Monday, May 31, 2010

Ceramah Perdana

Jangan lupa insyallah malam ini 31/5/2010, 9 malam di Dewan Dato' Nazir Batu 14 Hulu Langat bersama penceramah yang tidak asing lagi Dato' Tuan Ibrahim Tuan....... Sebagai menggantikan program yang tidak dapat beliau hadiri sebelum ini.

Mari turun baramai-ramai dan manfaatkan masa yang ada untuk menambah ilmu dan meningkatkan kesedaran.

Konvoi Gaza: Malaysia digesa kutuk serangan Israel

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia menggesa kerajaan Malaysia mengutuk tindakan tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang kapal induk Mavi Marmara yang menyertai konvoi bantuan antarabngsa Gaza.

"Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel," kata pengerusinya, Zulkifli Mohd Nani.

Tambahnya lagi, ianya jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

Bagi Zulkifli, berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman, katanya.

Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan, katanya.

Beliau juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

Pihaknya juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, katanya.

Selain itu pihaknya menyokong sebarang tindakan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan, katanya.

Seterusnya beliau menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajatbagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Tujuh buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean diserang awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.

Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

Friday, May 28, 2010

BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.

Sekitar Demo Bantah Judi Bola Di Masjid Batu 14

Apa pendirian anda? Sokong UMNo dan sokong judi atau sokong PAS bantah judi? Anda buat penilaian dan anda buat keputusan. Kalau bukan di sini kita mengambil pendirian tunggulah nanti kita akan dipersoalkan juga pendirian kita nanti. Di mahkamah Rabbul Jalil yang tiada peguam yang mewakilkan kita hanya amal dan perbuatan kita menjadi pembela.












Kerajaan Najib GAGAL meningkatkan KDNK

Kegagalan Najib dalam meningkatkan KDNK telah menyebabkan peruntukan dan keistimewaan kepada rakyat dihapuskan. Ini adalah kerana asas untuk mengurangkan 'subsidi' iaitu KDNK gagal dinaikkan mengakibatkan negara tidak dapat menampung keperluan pentadbiran.

Ini ditambah dengan peruntukkan luarbiasa dan tidak masuk akal dalam setiap pilihanraya kecil. Ini belum lagi termasuk projek pembaziran yang dibuat oleh kerajaan. Akibatnya peruntukkan kepada rakyat ditarik balik. Ini adalah jalan singkat yang tidak memerlukan akal yang cerdik untuk memikirkan. Kalau macam itu kita tidak memerlukan Idris Jala. Siapa sahaja pun boleh buat.... hatta penjual burger tepi jalan pun boleh jadi Menteri. Setakat tahu kos dan untung sudah cukup untuk membuat keputusan.

Memandangkan UMNo amat bergantung kepada orang Melayu untuk terus memerintah dan orang Melayu ini mudah lupa dan mudah dibeli maka UMNo tidak takut untuk menyusahkan orang Melayu. Lima tahun sekali diberi kain pelikat sudah memadai untuk orang Melayu ini terus menyokong UMNo. Kalau tak percaya lihatlah kawasan Melayu tradisional. Nescaya kita lihat mereka ini merupakan orang yang memegang akidah UMNo yang amat tegar. Mereka ini berkelakuan seperti hamba abdi yang langsung tidak membantah dan mempertikaikan apa sahaja yang UMNo lakukan.

Mereka ini kebanyakkannya orang susah sehingga tidak sempat berfikir masalah masyarakat dan negara. Hidup mereka terlalu tertekan bagi memikirkan masalah hidup demi mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Mungkin mereka tidak salah tetapi apa yang mampu kita buat? Sebab itulah PAS perlukan Harakah, Siasah, Ceramah, Tazkirah, Khutbah dll untuk mengetuk pintu hati orang Melayu ini. Sedarlah wahai bangsaku! kita sudah lama dan terlalu jauh tertinggal. Sampai bila kita mahu terus hidup begini? Berjuanglah untuk anak bangsa kita. Jangan harapkan UMNo.... Sebab kita tidak memerlukan UMNo. Dengan UMNo pun kita masih tetap hidup susah..... Apa ruginya kita meninggalkan UMNo?


Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.


Sejak bila pulak negara ini hak milik UMNo?

Segala bentuk perasaan wujud apabila saya membaca headline ini. Sebagai seorang Perdana Menteri tidak sepatutnya Najib menjawab sedemikian rupa. Tidak pernah ada dalam sejarah hakmilik negara ini serahkan kepada UMNo. UMNo hanyalah pentadbir dan bukannya tuan tanah.

Sebagai ketua negara Najib perlu mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya dari jemaah kabinet. Yang terbaik adalah mendapatkan persetujuan dari Parlimen tentang rancangan dan keputusan yang hendak dibuat. Bukankan lebih baik Kabinet membuat kajian dan cadangan seterusnya keputusan tersebut dibentangkan di parlimen untuk kelulusan.

Apabila sudah terdesak dan diasak disetiap penjuru barulah Najib membuat kenyataan bahawa UMNo menyokong cadangan beliau. Sedangkan sebelum ini tidak pernah disebut keputusan perbincangan majlis tertinggi UMNo dalam hal ini. Apabila sudah hilang punca barulah Najib mencari UMNo dan menjadikannya 'kambing hitam'. Mari kita mintak minit mesyuarat mana, bila, di mana dan siapa yang datang untuk membuat keputusan tersebut. Seterusnya apakah asas yang digunakan dalam membuat keputusan tersebut. Apakah yang kita untung dan apa yang kita rugi? Mana kajian tersebut. Apakah asas perbincangan tersebut.

Bagaimana dengan isu jambatan lurus ke Singapura? Bagaimana dengan isu air, bagaimana dengan isu ruang udara, bagaimana dengan isu pemilikkan hartanah negara, EPF, pertikaian sempadan dll..... Apakah asas yang digunakan?

Saya yakin sebenarnya Najib tidak pernah berbincang dan tidak ada asas untuk membuat keputusan tersebut. Worst case scenario..... Ini arahan dari Rosmah!

MALAYSIA BUKAN MILIK UMNo

KUALA LUMPUR, May 27 — Datuk Seri Najib Razak declared today that he had obtained the backing of the Umno supreme council for the government’s decision to relocate the Tanjong Pagar railway station in Singapore.


Judi, Mansuh Subsidi, GST, Jual Tanah KTM Dan Minyak Naik Lagi; Bukti Kerajaan Najib Tiada Duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Ini tidak termasuk percubaan untuk memansuhkan subsidi, cukai pembelian (GST), Jual Tanah KTM dan terbaru rancangan menaikkan harga minyak. Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

DEMO HARAMKAN JUDI BOLA

DEMO JUDI BOLA HARI INI SELEPAS SOLAT JUMAAT DI MASJID BATU 14. MARI KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MENGHARAMKAM PERKARA YANG JELAS HARAMNYA DAN BUKAN MENJADI BUDAYA MANA-MANA KAUM.

KITA TIDAK DITANYA APAKAH HASIL USAHA KITA TETAPI APA YANG TELAH KITA BUAT. MARI BERSAMA-SAMA BENTRAS JUDI.

Selangor dedah senarai ADUN, MP terima kuota rumah

Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat akan didedahkan.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .

“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .

“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Serah semula rumah

Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga sekarang.

“Ba
gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri - Sharipah Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.

“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.

Kerajaan gagal haram jualan rokok 14 batang

Pengharaman penjualan rokok 14 batang gagal dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini dengan alasan kementerian kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik Bernama berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu kenyataan medianya melahirkan rasa kesal dengan ketidak-upayaan kerajaan akan menangguhkan pengharaman pek kecil rokok.

“Kadar epidemik merokok di Malaysia tidak patut dipandang ringan. Lebih daripada 50% lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok. Kira-kira 50 kanak-kanak Malaysia di bawah umur 18 tahun mula merokok setiap hari.

“Sem
entara itu terdapat kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan merokok, menjadikannya salah satu pembunuh utama di negara ini,” kata presidennya, SM Mohamed Idris.

“Kami menganggap kerajaan bersikap serius apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tahun lalu bahawa tidak ada lagi kelewatan dalam pengharaman terbabit dan pada Jun 2010, selepas tertangguh selama 5 tahun, pek 14 batang rokok itu akan disingkirkan dari pasaran.

“Nampaknya, rakyatlah yang tersingkir! Keuntungan yang diraih oleh segelintir pihak lebih penting daripada kesihatan penduduk amnya,” kata CAP lagi.

Menurut Idris lagi, Seksyen 16(1) Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2000 jelas menyebut “Pengeluar perlu membungkus rokok dalam bungkusan yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok.”

Justeru, katanya, kerajaan sendiri melanggar peraturan.

Wednesday, May 26, 2010

Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi, rakan

Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA tanpa sebarang pampasan.

Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Sagong, 78, dan enam yang lain (dua daripada mereka telah meninggal dunia) daripada suku Temuan memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan, kerajaan Selangor dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan kontraktor United Engineers Malaysia Bhd (UEM) ke mahkamah mengenai perkara itu.

Kebuntuan hanya selesai apabila pada 22 April tahun lalu, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menarik dari daripada mencabar kes Sagong.

Bagaimanapun kerajaan persekutuan dan pihak lain berjaya mendapatkan perintah penangguhan.

Pada 12 April 2002, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Noor Ahmad mengarahkan kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri, MHA dan UEM membayar pampasan kepada Sagong Tasi dan enam yang lain akibat kehilangan tanah mereka itu.

Tahniah?......

Monday, May 24, 2010

Pernahkah Orang Melayu Baca Ini


Apakah yang dikata dikota? Atau sekadar penghias dinding Bangunan UMNo dan pemanis mulut. Mempertahankan hak atau membolot hak. Yang masih terpinggir dan terus hanyut di arus kemiskinan adalah juga orang Melayu. Yang hilang hak juga orang Melayu dan yang terus dipapah juga orang Melayu. Di mana perjuangan yang di canang lebih 50 tahun itu? Di mana letaknya Islam yang ingin diperjuangkan? Adakah hanya muncul bila menguntungkan dan hilang lenyap bila menghalang?

Adakah perjuangan masih belum selesai atau perjuangan telah gagal. Kalau telah gagal mengapa masih dipertahankan? Berikrar untuk menolong orang Melayu atau orang UMNo? Berfikir ikut kenyataan bukan ikut perasaan.

Zaid fail petisyen isytihar keputusan Hulu Selangor tak sah

Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Gelanggang Demokrasi



Gelangang demokrasi dibuka seluas-luasnya di Selangor. Bukan sahaja kepada penyokong tetapi juga parti lawan. Keterbukaan ini bukan sahaja kepada dalam bentuk bantuan, kemudahan tetapi juga ruang untuk berdailog dan berbincang.

Perkembangan ini sepatutnya diambil oleh seluruh rakyat tidak kira siapa untuk mengambil manfaat. Mungkin kerajaan sebelum ini tidak dapat menyediakannya.... ataupun mereka menyangka mereka adalah tuan dan tidak memerlukan pandangan orang lain. Dalam masa yang sama rakyat pula menyangka mereka adalah hamba pacal yang hina dan tidak berhak bersuara.

Saya dimaklumkan oleh ibu-bapa yang hadir di Mesyuarat PIBG SK TAAM pekan Batu 14 baru-baru ini tentang kekaguman YB Ismail Sani terhadap komitment masyarakat Cina dalam membangunkan sekolah mereka. YB juga mintak orang Melayu melakukan yang sama dan jangan bergantung kepada UMNo....... Maknanya UMNo tidak lagi diperlukan dan jangan mintak tolong UMNo.

Lembaran Baru Politik PAS

HARI ini secara rasminya PAS melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dengan jumlah keahlian permulaan seramai 20,000 anggota di seluruh negara. Pelancarannya merupakan lembaran sejarah baru bagi parti Islam itu yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Banyak yang perlu dilakukan PAS untuk menjadikan DHPP itu satu kenyataan dan perjalanannya amat panjang. Sayap baru itu kini dipengerusikan oleh Hu Pang Chaw dan timbalannya, N. Balasubramaniam yang sebelum ini menerajui Kelab Penyokong Pas bagi kaum India.

Pang Chaw sebelum ini adalah Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan - yang bergerak secara bebas atas nama kumpulan penyokong.

DHPP akan bergerak sama seperti sayap sedia ada iaitu Dewan Pemuda, Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Sayap baru itu bakal memiliki anggota jawatankuasanya di peringkat pusat di samping akan digerakkan ke peringkat negeri selain menjadi wakil dewan dalam majlis-majlis rasmi parti.

Sejak beberapa siri pilihan raya umum lalu, komuniti bukan Islam atau bukan Melayu dilihat sebagai penentu kepada kemenangan mana-mana parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pakatan pembangkang yang dianggotai PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor dan Sibu baru-baru ini jelas menunjukkan kuasa pengundi bukan Islam atau bukan Melayu yang menjadi penentu kepada calon BN atau pembangkang.

Jika di Hulu Selangor, kaum India selain Cina menjadi 'sasaran' parti yang bertanding sementara di Sibu kaum Cina jelas menjadi penentu. Ini gara-gara perpecahan di kalangan pengundi Melayu/Islam kerana ada yang menyokong PAS atau Umno serta sedikit-sedikit calon Bebas, itupun jika calon itu seorang Melayu/Islam.

Berdasarkan pengamatan penganalisis politik, kaum Cina tidak bergantung hidup dengan parti (mungkin ini faktor mereka tidak terus menyokong MCA 100 peratus), amat berbeza dengan gaya politik orang Melayu. Tsunami politik kaum itu menjadi fokus kesemua parti ketika ini dan pastinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Pengundi Cina akan berpihak kepada mana-mana parti yang menjaga kepentingan mereka secara total tanpa mempedulikan siapa di belakang parti itu, yang penting mereka dijaga sebaik mungkin dan periuk nasi tidak diganggu.

Di Hulu Selangor pengundi Cina yang mendominasi kawasan bandar atau pekan memihak kepada calon PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim tapi tewas di tangan P. Kamalanathan, demikianlah juga hal yang serupa di Sibu apabila calon BN, Robert Lau Hui Yew tewas kepada Wong Ho Leng dari DAP dengan majoriti 398 undi. Atas kesedaran dan faktor-faktor penting inilah PAS perlu mengorak langkah dengan 'menaik taraf' kelab penyokong mereka yang dianggotai bukan Islam terus sebagai sayap mereka walaupun belum diputuskan hak anggota dewan baru itu mengundi pada muktamar tahunan parti itu.

Memetik kata-kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad: "Untuk mengundi pada pemilihan parti belum lagi."

Katanya, apa yang menjadi kelebihan ialah ahli-ahli sayap itu kini boleh menghadiri muktamar parti sebagai perwakilan.

Kini tugas ahli DHPP lebih terarah dan fokus iaitu memecahkan tembok yang memisahkan PAS dengan masyarakat bukan Islam. Jika dulu pandangan skeptikal terhadap parti itu sangat tinggi.

Tetapi dengan adanya DHPP, sayap baru itu boleh memainkan peranan mereka menarik bukan Islam bersama-sama parti.

Namun mengatasi semua itu hakikatnya ialah - PAS tidak akan berharap lagi dengan PKR atau DAP yang turut memiliki penyokong pelbagai kaum. Mungkin PAS merasakan tidak ada upaya mengawal penyokong-penyokong bukan Islam kedua-dua sekutunya itu kerana dasar parti yang berbeza-beza kerana itu langkah paling berkesan menubuhkan sayap bukan Islam sendiri.

Nampaknya Pang Chaw dan Balasubramaniam tidak perlu bimbang lagi kerana pelawaan PAS ke atas masyarakat bukan Islam menyertai parti itu memang serius. Tidak lama lagi mereka mungkin berpeluang menjadi sebahagian daripada penggubal dasar dan perlembagaan parti.

Ini diperkuatkan lagi dengan jaminan Abdul Hadi bahawa parti itu memang bercadang membenarkan anggota parti daripada kalangan bukan Islam turut terlibat membuat keputusan dalam parti dengan mengundi pada muktamarnya.

Tetapi beberapa kajian dan penelitian perlu dilakukan terlebih dahulu khususnya berkaitan perlembagaan parti sebelum keputusan dibuat.

"Kita perlu kepada banyak pindaan perlembagaan berhubung hal ini dan akan disusuli kemudian," katanya selepas melancarkan DHPP.

Perkara itu juga katanya memerlukan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

Selepas ini PAS mungkin tidak akan bergantung lagi pada DAP atau PKR untuk menggerakkan jentera pilihan rayanya di kawasan majoriti bukan Islam.

Pucuk pimpinan DAP atau PKR perlu menghayati kata-kata Abdul Hadi ini yang menggambarkan rancangan jangka panjang parti itu untuk menjadi parti pelbagai kaum:

"Jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.

"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS."

Friday, May 21, 2010

Bantahan lesen judi sekitar Selangor


Sekurang-kurangnya empat masjid di Selangor mengadakan bantahan terhadap tindakan keajaan meluluskan lesen judi bola sepak selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Di Masjid Hulu Langat, sekurang-kurangnya 150 umat Islam mengadakan perhimpunan selama 30 minit bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan memberikan lesen kepada Kumpulan Berjaya.

Difahamkan, mereka membawa sepanduk bertulis "Hidup Islam" dan "Bantah Judi". Terdapat juga kehadiran beberapa anggota polis mengawal keadaan.

Bantahan yang sama juga diadakan di masjid Kajang, Hulu Langat dan Kapar.

Sementara itu di Kapar, Pemuda PAS di kawasan tersebut hanya mengedarkan risalah bantahan mereka kepada jemaah masjid yang menunaikan solat Jumaat di masjid di situ.

Semalam, Pemuda PAS dilaporkan mahu menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara, iaitu di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Thursday, May 20, 2010

Antara pertimbangan hukum agama dan hukum pentadbiran.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan perasaan simpatinya terhadap Datuk Bung Mokhtar dan isterinya Zizie Izette A Samad yang didapati bersalah menikah tanpa kebenaran oleh mahkamah rendah syariah.

Menurut Dr Mohd Asri (kiri), kedua-dua pasangan sensasi itu terpaksa menerima hukuman "hanya kerana berpoligami".

"Dalam masa yang sama, kita boleh melihat berbagai filem dan aktiviti seni yang berpelukan dan bermesraan atas pentas, ditonton ramai tidak pernah diambil tindakan.

"Jika pun pihak jabatan agama ingin membendung salah laku atau salah guna poligami, buatlah peruntukan undang-undang yang tegas kepada suami yang berpoligami tetapi tidak menjalankan tanggungjawab," katanya.

Semalam, selain dijatuhi penjara sebulan, Bung Mokhtar - ahli parlimen Kinabatangan - didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Isteri keduanya, Zizie - seorang pelakon - pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagaimanapun membenarkan permohonan Bung Moktar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan terhadapnya.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mohd Asri berpendapat, bagi membendung ketidakadilan poligami dengan menghalang poligami hanyalah meningkatkan maksiat semata-mata.

"Malanglah, jika yang berkahwin diambil tindakan, tetapi 'ada yang ternama tidak berkahwin' bebas dengan pasangannya yang ternama," kata Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Demontrasi seluruh negara bantah judi esok

PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima demonstrasi di pelbagai tempat di seluruh negara esok bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.

Perhimpunan yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, demonstrasi di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu

Tdak mustahil PRU Ke-13 April pada 2011

KUALA TERENGGANU – Tdak mustahil PRU Ke-13 akan datang diadakan pada April depan bersekali dengan pilihanraya di Sarawak, walaupun kebiasaanya pilihanraya negeri itu dibuat secara berasingan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ekoran kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Sibu 16 Mei lalu. “Saya yakin dengan perkembangan yang berlaku ini (Sibu) pilihan raya Sarawak akan dilewatkan sikit.

“Saya lihat, tidak mustahil PRU Ke-13 akan datang pada April 2011 tahun depan dan disekaliguskan dengan pilihanraya di Sarawak. Biasanya, diadakan secara berasingan tetapi barang kali akan disekalikan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di bilik mesyuarat pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, dekat sini, semalam.

Menurutnya, pilihan raya umum di negara ini tidak pernah diadakan kurang dari tempoh tiga tahun.

PRU 12 yang lalu diadakan pada Mac, 2008, maka Mac, 2011 ia genap tempoh tersebut.

Dato’ Mustafa menjangka, PRU 13 di adakan serentak dengan Pilihanraya negeri Sarawak bagi percaturan BN menyelamatkan kubu terakhirnya.

Dengan mengadakan kedua-dua pilihanraya serentak dapat mengurangkan tekanan ke atas Sarawak kerana pemimpin Pakatan Rakyat juga menghadapi PRU di Semananjung.

“Pakatan Rakyat boleh menang jika pilihan raya dibuat di Sarawak sahaja berdasarkan perkembangan di Sibu.

“Jika diadakan di Sarawak sahaja tekanan cukup hebat dan akan jadi nasib seperti pilihan raya kecil di Sibu. Barisan Nasional akan kalah,” tegasnya juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat

BN terpaksa merangka strategi agar Sarawak tidak dijadikan tumpuan ‘serangan’ Pakatan Rakyat.

“Jika dilihat sekarang ini keseluruhan kekuatan BN yang ada maka, Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak dianggap sebagai kubu terakhir bagi Barisan Nasional.

“Jadi, kubur terakhir ini jika Sabah dan Sarawak ‘roboh’ (kalah) habis pemerintahan BN di negara ini, Insya’Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya Pakatan Rakyat mula diterima di Sarawak setelah rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional.

Menurutnya, PAS, DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) kini menjalinkan kerjasama yang sangat baik dalam satu kumpulan pakatan.

“Pakatan Rakyat kini mula diterima di Sarawak. Sebab dahulunya, masing-masing bertanding sendiri. DAP tanding sendiri, PAS tanding sendiri, PKR tanding sendiri. Tetapi kali ini kita (PAS) bekerjasama dalam satu kumpulan pakatan (Pakatan Rakyat),” ujarnya.

Beliau menegaskan, PAS bersedia pada bila-bila masa jika Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan walaupun seawal tahun 2011.

Pada pilihan raya kecil di Parlimen Sibu, Sarawak calon DAP-Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi tersebut menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas, Narawi Haron dengan kelebihan majoriti 398 undi.

Monday, May 17, 2010

Tak sokong BN tak patriotik

Itulah yang cuba ditanam dalam minda rakyat. Untuk terus berkuasa BN cuba meyakinkan bahawa mengundi BN setia kepada negara sedangkan undi PR adalah penderhaka. Akibatnya mereka yang tidak mahu berfikir dan mereka yang rendah tahap kesedarannya menerima bahawa Malaysia adalah milik BN. Semua yang menentang dikira penderhaka.

Sejak bila pulak negara Malaysia ini milik BN?
_________________________
KUALA LUMPUR, May 17 — Malay rights group Perkasa has again questioned Chinese support for Barisan Nasional (BN), noting that the lack of support in Sibu was similar to the Hulu Selangor vote last month.

Perkasa president Datuk Ibrahim Ali claimed Chinese voters in Sibu did not appreciate the promises and financial aid pledges made by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak during the eight-day campaign.

Undi POS gagal memenangkan BN

DAP berjaya memenangi kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi POS pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

BN - BERKHIDMAT UNTUK NAMA DAN JAWATAN

Inilah kenyataan calon BN di Sibu yang kalah. Jelaslah bahawa Kerajaan yang dipimpin oleh BN akan menganak tirikan mereka yang tidak menyokong BN. Tidak sokong tidak untung dan sokong belum tentu untung.

Mungkin pada BN rakyat yang bodoh senang ditipu. Rakyat yang miskin senang dibeli. Rakyat yang susah senang dipujuk. Oleh itu untuk terus berkuasa pastikan BN akan pastikan RAKYAT susah, merempat, miskin, bodoh, tongong dan mereka yang sewaktu dengannya.

Apa pendirian anda? Masih mahu sokong BN?
______________________________

11.30pm: Speaking at a press conference, a beaming Wong Ho Leng says: "This victory is one small step in Sibu, one big step to (state administrative capital) Petrajaya, and one giant step to Putajaya."

Robert Lau, meanwhile, expresses sadness: "I'm sad, because Sibu is going to lose out on a lot of things. I have said in my campaign that if we lose, we lose the confidence of the federal government.

"But my heart is still with the people of Sibu and I will serve them in whatever capacity that I can," says the SUPP leader.


Kebakaran di Bt 9

Satu kebakaran yang memusnahkan deretan kedai lama di hadapan Balai Polis Batu 9 telah berlaku semalam. Kejadian yang memusnahkan keseluruhan bangunan kedai itu diberlaku sekitar 4 petang. Akibat dari kebakaran tersebut jalan telah ditutup untuk semua lalulintas. Kesesakkan teruk telah berlaku dari Taman Sri Nanding hingga ke tempat kejadian.

Sehubungan dengan itu, sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah kesesakkan ini. Polis perlu memainkan peranan bagi memaklumkan pengguna jalanraya dan menasihatkan menggunakan laluan alternatif. Pihak Polis perlu memaklumkan kejadian dan nasihat perjalanan perlu dibuat untuk mengelakkan kesesakkan. Ini boleh dilakukan di Batu 14 bagi membolehkan pengguna jalan memilih untuk ke Ampang atau Semenyih.



Sunday, May 16, 2010

Kuliah Duha 16 Mei 2010 Masjid Bt 14


Kuliah Duha Batu 14 diteruskan lagi. Kuliah kali ini meneruskan tafsir Surah Al-Mutaffifin yang membicarakan kisah orang yang mendustakan Hari Kiamat. Hari Kiamat merupakan Rukun Iman yang jika mengingkarinya bermakna kita telah meruntuhkan keimanan (menjadi kufur). Hari kiamat juga dipanggil Hari Ad-Deen (Al-Fatehah) yang mengambarkan bahawa pada hari tersebut manusia akan dinilai berdasarkan Ad-Deen (agama). Mereka yang mengingkari suruhan agama maka akan celakalah mereka dan sekiranya taat maka beruntunglah mereka.

Orang yang mengaku Islam sedangkan ingkar tentang datangnya kiamat maka ia akan mendapat laknat dari Allah dan halal darahnya. Ada yang menyangka sekiranya orang mempercayai kiamat akan menyebabkan kita menjadi mundur. Mereka fikir orang yang sebok dengan dengan urusan akhirat mereka ini akan membuang dunia. Sedangkan mereka adalah silap dan tersesat dengan kesesatan yang jauh.

Ketahuilah bahawa orang yang sentiasa ingat akan akhirat akan mendorong mereka supaya berhati-hati dalam urusan dunia. Mereka ini sentiasa cermat kerana setiap amal perbuatan mereka kerana mereka percaya kelak amal perbuatannya akan dinilai diakhirat.

Mereka yang berdosa akan seronok dengan kehidupan dunia dan lupa tentang azab nereka yang menanti. Mereka menyangka setiap orang yang mengaku Islam akan masuk syurga. Mereka fikir, kalaupun mereka masuk neraka akhirnya mereka masuk Syurga akhirnya. Mereka menyangka hidup didalam neraka ini umpanya hidup didunia yang susah sikit. Namun mereka lupa siksa yang menunggu mereka dineraka adalah siksa yang tidak tertanggung oleh manusia. Lebih malang lagi, tiada kematian yang memutuskan siksaan itu.

Oleh itu sementara kita masih punya iman dan hidayah, hendaklah kita melaksanakan printah dan suruhan Allah hatta yang kecil atau besar. Ini adalah kerana sekiranya kita lalai dan melakukan dosa maka hati kita akan membentuk titik hitam. Dosa yang bertompok-tompok ini lama-kelamaan akan menyebabkan hati kita menjadi hitam. Hati yang hitam inilah yang akan menghalang hidayah dari Allah.

Berjalanlah kamu diatas muka bumi dan lihatkan apa yang berlaku kepada bangsa yang engkar kepada perintah Allah. Mereka mengenal Allah melalui sangkaan yang tidak benar. Pelbagai kesesatan wujud terhadap Allah kerana sangkaan dan tanpa ilmu yang benar. Ada yang menyangka tuhan itu perlu banyak kerana menyangka tuhan perlu banyak untuk menjaga urusan dunia yang pelbagai. Mereka lupa sedangkan kapal yang kecil itupun sekiranya punya dua nakhoda kapal itu tidak akan mampu berlayar inikan pula alam ini.

Belajarlah dan berfikirlah nescaya kamu akan berjaya. Kesedaran tidak akan datang bergolek tetapi ia akan hadir dengan ilmu dan kebenaran.

Perasmian Cawangan JPD Di Alam Jaya

Syabas dan tahniah kepada Delyganu, rakan-rakan dan penduduk Alam Jaya kerana kesungguhan mereka dalam menganjurkan majlis ini. Semoga dengan usaha ini lebih banyak saluran maklumat dapat dibuka dan seterusnya meningkatkan khidmat kepada masyarakat.
















Friday, May 14, 2010

Akan ada pilihanraya kecil lagikah?


Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.

Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.