Sunday, July 29, 2012

Lajim Ukin Tubuh Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Untuk Berkerjasama Dengan Pakatan Rakyat

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti serta dalam Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta-merta, untuk bekerjasama dengan barisan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Sabah.

Walau bagaimanapun, Lajim yang juga ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk memutuskan samada untuk mengekalkan atau tidak jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lapor akhbar bahasa Inggeris The Star.

Perkembangan ini dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

“Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

“Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya,” katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu petang tadi, mengikut laporan Bernama.

Lajim turut mengumumkan pertubuhan gerakan baru Pakatan Perubahan Sabah (PPS) di majlis yang sama, yang telah dikaitkan akan berkerjasama dengan PR demi kepentingan negeri Sabah.

Ahli Parlimen Beaufort memberitahu wartawan PPS mempunyai senarai perwakilan seramai 17 orang, bagi setiap kawasan parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Friday, July 27, 2012

Gambar-Gambar Tragis Pembersihan Etnik Umat Islam Rohingya


Peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya... masjid tempat beribadah hangus dibakar. Inilah tragedi pembersihan etnik paling dashyat abad ini selepas pembersihan etnik semasa perang Bosnia di awal 90an.

Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar oleh puak Buddha Rakhine dan kerajaan junta tenteranya sendiri.

Marilah sama-sama kita sertai munajat perdana yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS di hampir kesemua masjid di seluruh negara.

Hanya doa dan sumbangan kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka semua masih berjuang untuk survival hidup mereka di tanah air sendiri..


Salleh Man dari PAS dilantik YDP MAIPP

Yang di-Pertuan Agong telah melantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman mengumumkan perkara itu di kompleks kerajaan negeri di Komtar.

"Datuk Salleh, yang juga ADUN Permatang Pasir, akan memulakan tugasnya mulai hari ini sehingga 31 Disember 2013," kata Mansor, yang juga ADUN Penanti.

Pengumuman pelantikan Salleh itu menamatkan spekulasi mengenai jawatan itu, yang sepatutnya diberikan kepada PAS sebagai sebahagian daripada ikrar pilihan raya Pakatan Rakyat pada 2008. MK.

Thursday, July 26, 2012

TG Nik Aziz tetap pertahan laksana hudud

Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Mursyidul Am PAS Datuk TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun ada tentangan daripada pihak lain termasuk anggota Pakatan Rakyat iaitu DAP.
   
Nik Aziz, yang juga menteri besar Kelantan berkata semua pihak telah mengetahui hasrat PAS berhubung pelaksanaan hukum hudud terutama di negeri ini.

Beliau berkata tiada sebab PAS tidak melakukan sesuatu yang dianggap untuk kepentingan agama walaupun ada pihak yang tidak bersetuju.
   
"Rasanya saya tak perlu sebut kali kedua, kerana ia (cadangan itu) sudah lama dah, semua orang tahu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.
   
Beliau ditanya mengenai kedudukan PAS dan DAP yang nampak tidak sehaluan dan berbeza pendapat mengenai dasar negara Islam dan hukum hudud.
   
Sebelum ini, Pengerusi DAP Karpal Singh dilaporkan meminta pemimpin PAS supaya tidak terus membangkitkan isu negara Islam yang boleh merencatkan kemaraan pakatan pembangkang ke Putrajaya.
   
Nik Aziz berkata jika hukum gantung boleh diterima semua pihak, maka tidak ada sebab hukum hudud tidak boleh diterima.
   
"Pelik apa kalau ambil hudud, bukankah di Malaysia ini ramai orang kena hukum gantung. Hukum gantung menyebabkan isteri dia (pesalah) jadi bujang (janda), anak jadi anak yatim, keluarga kehilangan tempat bergantung.
   
"Tapi hudud tak matikan orang, nak kerat (potong) tangan pun letak bermacam-macam syarat," katanya.

Wednesday, July 25, 2012

KJ: Cheaper foreign cars will kill Proton

PKR's promise to make cars affordable could spell the end of Proton which could affect tens of thousands of workers, says Umno Youth chief Khairy Jamaluddin.

 Ini adalah kenyataan pimpinan UmNo. Satu persoalan yang perlu kita fikirkan adalah apa tujuan Proton diwujudkan? Adakah untuk membantu rakyat secara menyeluruh dengan membekalkan kereta dengan harga munasabah dengan kualiti yang baik... Atau membina industri automotive dengan tujuan untuk menjana pekerjaan dan kemahiran kepada segelintir rakyat sahaja.

Walaupun Proton 'berjaya' membina empayar industri automotive dan industri sokongan yang terdiri dari pembekal komponennya adakah ia berjaya menjadikan rakyat keseluruhannya menikmati keselesaan hidup? Ataupun ianya hanya membina satu kelompok elit yang semakin kaya raya sedangkan rakyat kebanyakkan terhimpit dengan hutang yang tinggi dan kereta yang berkualiti rendah.

Kenapa kita tidak mampu melakukan apa yang dibuat oleh Tata Motors yang menghasilkan Tata Nano pada tahun 2008 yang di jual dengan harga USD1,800.00 (RM6,300.00)?

 Tata nano RM6,300.00 sahaja.

Kesimpulannya... kita perlukan kereta yang berharga rendah dan berkualiti. Tidak kira sama ia bernama proton atau toyota atau honda atau kia atau lain2.

Tuesday, July 24, 2012

Polisi Cukai BN Memiskinkan Rakyat Dan Menyebabkan Rakyat Menanggung Beban Hutang Yang Tinggi Untuk Merasai Kemudahan Asas Seperti Kenderaan Dan Rumah.

Pakatan Rakyat akan menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan Kajiselidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009 yang baru dikeluarkan Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir 72 peratus isi rumah menggunakan kereta sedangkan 53 peratus isi rumah Malaysia berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Peratusan yang tinggi itu katanya, berpunca daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal BN pada tahun 2006.

Pada masa sama katanya, hutang kereta persendirian meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14 peratus dalam masa 18 bulan sejak November 2010.

Ini membuktikan ia adalah isu pilihan raya yang perlu diberikan perhatian oleh parti-parti yang bertanding, kata Rafizi.

"Keadaan ini membayangkan bahawa hutang kereta yang disebabkan harga kereta yang tinggi adalah satu beban utama pada rakyat," katanya.

Menurut Rafizi, harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta.

Pengenalan duti eksais - sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta - pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA), katanya.

Rafizi mendakwa tindakan itu dibuat setelah kerajaan antara lainnya menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Beliau (Khairy) perlu kongsi dengan kita apakah pertimbangan pada masa itu yang membuatkan kerajaan perkenalkan duti eksais," katanya.

Duti eksais ke atas kereta juga kata Rafizi, ibarat mencukai rakyat atas pembelian barang keperluan seperti makanan, air dan elektrik.

"Anda (kerajaan) tidak sepatutnya menghukum rakyat dengan kutip cukai atas barang keperluan.

"Kalau ada ruang fiskal (belanjawan) yang perlu ditutup, kerajaan perlu cari mekanisma lain," katanya.

Justeru katanya, Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin dalam sidang media sama berkata pimpinan muda PKR akan membuat jelajah keliling negara untuk berdialog dan menerangkan perkara itu kepada orang ramai bermula 5 Ogos ini.

"Kita cadangkan dialog peringkat kebangsaan.

"Kita mahu dengar (cadangan) daripada rakyat dan kumpulan berkepentingan seperti Malaysian Automotive Association (MAA), berkenaan perkara ini," katanya.

Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa... Bagaimana pula atlit mendedahkan aurat ketika bersukan?

Jangan hanya memberi pandangan terhadap kelonggaran berpuasa kepada atlit yang bermusafir. Istilah musafir dan mukim juga perlu dijelaskan. Mungkin ada kelongaran lain yang lebih munasabah yang patut digunakan.

Bagaimana pula dengan atlit Islam yang mendedahkan aurat ketika bersukan.... Kenapa tidak ditegur sama?
_________________________________________________
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.

NONE"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Lajim jumpa Nik Aziz di Kota Bharu

KOTA BHARU: Ketika panas cerita tentang kedudukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukim dalam Umno, tiba-tiba hari ini Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-duanya kelihatan berbual mesra di pejabat Menteri Besar Kelantan itu hari ini.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

Difahamkan pengumuman berkenaan dibuat pada majlis sambutan Ulang Tahun ke-57 kelahirannya pada Sabtu bulan lalu.

"Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telahpun di hantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu.

"Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat," katanya yang dipetik daripada portal berita New Sabah Times pada Isnin. HD.

Wednesday, July 18, 2012

Gapena: Pemimpin 'tolol' punca masalah bahasa

Gabungan Penulis Nasional (Gapena) menyalahkan pemimpin negara yang gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam pelbagai program, termasuk dalam acara rasmi, sehingga merencatkan usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Secara sinis, gabungan terbesar 21 persatuan penulis itu berpendapat, terdapat pemimpin mahu kelihatan Melayu hanya dengan berpakaian tradisi, tetapi gemar berbahasa Inggeris walaupun tidak betul.

"Dia (pemimpin) memikirkan bahasa asing itu hebat. Dia tahu (bahasa kebangsaan) tetapi dia tolol sedikit," kata Ketua Satu Gapena Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar sambil menggelar golongan itu "tolol bahasa".

"Misalnya, kerajaan sudah berulang kali (tetapkan) mesyuarat kerajaan dalam bahasa Melayu tetapi kami dapat maklum balas ada yang buat dalam bahasa Inggeris."

Sambil mempersoalkan patriotisme pemimpin itu, Dr Abdul Latif berkata, 'kejanggalan' itu juga dilihat dalam laporan berita di kaca televisyen berbahasa Melayu apabila pemimpin negara bercakap menggunakan bahasa Inggeris.

"Wartawan tanya dalam bahasa Melayu, dia jawab bahasa Inggeris juga. Itu pun nahunya (bahasa Inggeris) salah," katanya sambil ketawa kecil.

Malah, kata Dr Abdul Latif, mereka juga sedang mengusahakan rancangan khas di RTM untuk menyindir golongan tersebut yang menggunapakai judul sama "tolol bahasa" yang kini dalam proses penyediaan skrip.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr Abdul Latif juga berkata, fenomena itu turut mendorong Gapena menubuhkan Majlis Pemantauan dan Tindakan Bahasa Kebangsaan untuk memantau penggunaan bahasa Melayu di sektor awam.

Majlis itu, yang ditubuhkan sebagai sebahagian daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kelapan pada Oktober lalu, walaupun tiada penguatkuasaan bertujuan mengingatkan pelbagai pihak.

"Kita pun tak boleh mengenakan penguatkuasaan (bersifat) kekasaran, (kita hanya) mengingatkan supaya mereka berasa malu.

"Pemimpin yang tolol bahasa ini berubahlah, bertaubatlah. Ini negara kita ada bahasa kita, bukan bahasa asing. Gunakanlah bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan," katanya.

Ditanya sama ada tindakan itu bertindih dengan peranan audit bahasa yang dijalankan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Abdul Latif menberitahu, sebagai NGO mereka akan lebih mudah bersuara dan menegur.

"Kalau Dewan Bahasa, hal-hal berkaitan kerajaan, mereka tak boleh ke depan. Sebab itu mereka ada audit bahasa. Bagi kami, kami bebas (untuk menegur).

"Kalau Dewan Bahasa nak tegur PM depan-depan tak boleh, kami boleh (tegur) tetapi secara terhormat," katanya.

Ditanya tindakan kerajaan menyerap banyak istilah bahasa Inggeris secara terus ke dalam bahasa Melayu seperti perkataan "presint" di Putrajaya, Dr Latif berkata ia kini semakin berubah sedikit demi sedikit.

"Banyak lagi kerajaan buat perubahan tetapi bukan secara melulu. Misalnya Istana Kehakiman dahulu dalam bahasa Inggeris. Presint pun ada rasionalnya tetapi (perubahan) ini berperingkat-peringkat akan dilaksanakan.

"Yang penting kita hendakkan pemimpin yang cinta dan hayati bahasa kebangsaan," katanya lagi. MK.

Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan

Mudah-mudahan saudara kita ini dapat meraikan Ramadhan yang bakal menjelang dengan gembira. Sedikit yang dikongsi mudah-mudahan dapat meringankan beban yang ditanggung. Selamat Menyambut Ramadhan.




Tuesday, July 17, 2012

Exco: Semua 7 empangan Selangor penuh air

Paras air di tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras tertinggi, kata exco kanan Selangor, Ronnie Liu.

Justeru, beliau memberi amaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya tidak mereka kenyataan berhubung krisis air.

azlanLiu yang memegang portfolio kerajaan tempatan berkata, beberapa ketua kampung dan ahli majlis pagi ini sudah melawat empangan berikut dan mendapati ia masih penuh.

Wakil rakyat DAP itu kemudian mempersoalkan cadangan catuan air di Lembah Klang ekoran tidak berlaku kekurangan air seperti didakwa.

"Kita tidak percaya cerita mereka kerana semua empangan dan sungai dipenuhi air.

"Kenapa perlu catu? Adakah mereka mengaku tidak tahu bagaimana merawat air secara berkesan? Sebenarnya ada banyak air mentah," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau menambah, sekiranya SYABAS tidak mampu merawat air mentah, syarikat konsesi itu patut menyokong rancangan menteri besar untuk mengambil alih operasinya.

Arahan Untuk Beri Sokongan Najib

Dimana-Mana Majlis Kempen Najib meriah bukan kerana sokong tapi kerana dikerah. Surat ini sebagai bukti yang didedahkan oleh blogger MiLo SuaM yang melibatkan kerahan 1,000 pelajar Kolej Komuniti untuk menyertai program Najib 1M4U itu.

Pelajar-pelajar ini diberikan T Shirt, makanan dan pengangkutan percuma untuk meramaikan program Najib di KLCC semalam. Pihak kolej pula terpaksa menanggung kos perjalanan yang perlu dibayar oleh pelajar-pelajar ini.

Ini surat bukti yang bocor ke tangan kita, dibocorkan oleh orang mereka sendiri yang nampaknya sudah muak dengan taktik Najib yang poyo nak meraih sokongan.

Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno...

KUALA SELANGOR: Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.

"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

"Ramai lagi Datuk dan Tan Sri yang menunggu masa meninggalkan Umno," kata beliau ketika berucap di Perhimpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor.

Beliau berkata, semakin ramai rakyat berani menzahirkan tentangan kepada Umno BN kerana isu rasuah dan penyelewengan dalam parti itu semakin terdedah, malah oleh bekas pemimpin Umno sendiri.

"Kita lihat pegawai kerajaan setelah pencen isi borang PAS  dan minta rakyat tolak Umno. Kenapa ramai sangat rakyat nak tolak Umno sekarang?

"Tidak lain dan tidak bukan kerana Umno amalkan rasuah, ketirisan, penyelewengan," katanya di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri stadium.

Menyedari perkara ini kata Mohamad, Umno BN giat memainkan isu perkauman untuk menarik sokongan orang Melayu dengan melaga-lagakan orang Melayu dengan DAP.

"Jalan lain tidak ada bagi Umno untuk mempertahankan kuasa. Mereka berhujah di sudut perkauman.

"Ketika kita berhimpun di sini, kita lihat sebaran dibuat kepada Melayu Islam mengenai DAP. Barangkali penuh di luar sana disebar bahawa kalau Umno kalah yang akan jadi perdana menteri ialah DAP. Ini pembohongan," kata beliau sambil memegang risalah mengutuk DAP yang disebar di seluruh Malaysia.

Tambah beliau, tindakan terdesak ini untuk menarik undi orang Melayu.

"Mereka gunakan ini untuk tarik Orang Melayu. Mereka tak harapkan Cina, tak harapkan India.  Oang Asli pun mereka tak harap," katanya.

Darul Hidayah Masih Dalam Pembinaan Namun Sudah Menanti Ramadhan Untuk Dimakmurkan










Tuesday, July 10, 2012

PAS Selangor arah ahli, pemimpin ke Himpunan Oren


SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS di setiap kawasan menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda pada Sabtu, 14 Julai ini.

Himpunan aman bermula selepas menunaikan solat zuhur di masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur jam 2 petang.

Beliau mengarahkan semua ahli dan pimpinan PAS Kawasan-kawasan memakai baju berwarna oren tanda sokongan sokongan terhadap bantahan tersebut.

"Program ini merupakan kemuncak yang dianjurkan PAS sebagai bantahan rakyat serta menyokong perjuangan Anak untuk membebaskan peneroka Felda daripada terus ditipu," katanya.

Tambah beliau, bantahan itu juga terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Menurut beliau, PAS Selangor mesti menyatakan sokongan terhadap bantahan penyenaraian FGVH dalam Bursa Saham dan akan menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

"Saya ingatkan ahli dan pimpinan PAS kawasan datang awal ke Masjid Wilayah bagi menggelak tergendala," katanya.

Sunday, July 8, 2012

Maka Najib Pun Merayu Seluruh Selangor Untuk Merampas Semula Kemudahan Yang Kini Kami Nikmati.

Maka meroyanlah Najib kempen seluruh Selangor bagi mendapatkan sokongan semula rakyat. Beliau merayu dan meminta supaya BN diberi peluang  menguasai semula Selangor. Meminta memberi peluang kedua dan mengaku bersalah.

Persoalannya ialah selepas 50 tahun memerintah Selangor tak cukup ke?

Adakah rakyat sebelum ini tidak memberi peluang? Apa yang pasti dalam masa 4 tahun PR memerintah Selangor telah mendapat kemudahan yang cukup banyak. Bukan sahaja apa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri tatapi juga BN menabur pelbagai sumbangan kepada rakyat. Sedangkan ini semua tidak pernah berlaku sebelum ini sepanjang pemerintahan 50 tahun BN di Selangor.

Dahulu untuk mendapatkan kemudahan padang permainan terpaksa bergaduh dan maki hamun.... namun kini baru nak tanya dah dapat banyak padang futsal. BN bagi dan PR pun bagi... Bukankan keadaan ini lebih baik. Dahulu kalau BN bagi RM100 rakyat terpaksa telan juga sebab PAS cuma mampu bagi RM50.

Namun kini bila kerajaan PR bagi RM1000 maka dengan muka kelat dan terpaksa maka BN bagi juga RM1000 kepada mangsa banjir. Apabila perkara ini semua berlaku bukankah berada dalam keadaan sekarang ini lebih baik.

Kenapa pula kita perlu sokong BN untuk merampas semua kemudahan ini daripada rakyat?

Friday, July 6, 2012

Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat PAS Wilayah Persekutuan.

PAS Wilayah Persekutuan akan meneruskan momentum kejayaan Himpunan Hijau di negeri-negeri dengan penganjuran Xpresi Hijau dan Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat PAS Wilayah Persekutuan.

Kali ini PAS Wilayah Perseketuan memilih lokasi ditengah-tengah badaraya Kuala Lumpur sebagai pusat penganjurannya.

Himpunan ini akan diadakan pada Sabtu, 14 Julai 2012, dan bertempat di dua lokasi berasingan.

Pada sebelah siangnya, Xpresi Hijau akan menggamit warga kota dengan Konvoi Motosikal anak-anak muda Kuala Lumpur mengelilingi bandaraya.

Program akan bermula seawal jam 9 pagi dan akan bergerak mengikut kawasan-kawasan menjelajah Kuala Lumpur.

Dijangkakan 1000 buah motosikal serta 200 buah kereta akan memenuhi segenap pelusuk Kuala Lumpur dengan pakaian serba hijau serta bendera PAS di kenderaan masing-masing.

Antara tetamu utama yag bakal hadir pada program Xpresi Hijau ini adalah Yasir Said, bekas juara Cub Prix Asia bersama dengan pimpinan Alternative Riding Club (ARC) serta pimpinan-pimpinan PAS WP. Prof Dr Nik Zain akan turut hadir menyampaikan ucapan kelak.

Di sebelah malamnya pula, PAS WP akan menganjurkan kemuncak Himpunan Hijau Menuju Putrajaya.

Lokasi Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru yang mempunyai nostalgianya tersendiri akan menjadi tuan rumah kepada puluhan ribu warga kota yang menyertai Himpunan ini.

Dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, disusuli pula Munajat Warga Kota Hadapi PRU ke 13 yang akan dipimpin oleh Dr Khairuddin Aman Razali At Takiri, Setiausaha Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Selepas solat Isyak pada jam 9.00 malam, kemuncak program bermula dengan pidato daripada pimpinan-pimpinan PAS Pusat.

Antara pimpinan PAS Pusat yang akan hadir adalah Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Hj Ahmad – Ajk PAS Pusat, Mazlan Aliman – AJK PAS Pusat merangkap Presiden ANAK, Ustaz Nasrudin Hassan- Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Timbalannya Ustaz Nik Mohd Abduh, Setiasuaha Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Balasubramaniam - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Selain mereka, PAS WP juga menjemput Datuk Adnan Ibrahim, bekas Pengarah Pelajaran Perak- Datuk Ramli Buyung, Naib Presiden Kanan Felcra Bhd, Abdullah Ali- lagenda bolasepak negara, Kamal Bachaa- bekas Ahli MKT PPP, serta Cikgu Nazri Nordin – bekas AJK UMNO Bahagian Gopeng.

Artis terkenal seperti Hairi Othman dan Zulkifli Ismail akan turut memeraihkan majlis ini nanti.

PAS WP juga meneruskan fenomena penghijrahan artis dan tokoh politik dan pegawai kerajaan ke dalam PAS.

Dijangkakan ada beberapa tokoh penting serta selebriti terkenal akan diisytihar menyertai PAS dalam majlis tersebut.

Seluruh ahli PAS, penyokong serta rakyat dijemput untuk menghadiri himpunan Hijau ini dengan memakai baju berwarna hijau bagi memeriahkannya.