Wednesday, August 29, 2012

Rakyat luntur semangat sambut Merdeka

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka.

“Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.

“Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu ‘Janji Ditetapi’,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.

“Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.

Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari.

“Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta,” tegas beliau.

Tuesday, August 28, 2012

LET US CHANGE OUR GOVERNMENT.

An interesting article to ponder...

PLEASE REMEMBER THE FOLLOWINGS WHEN MAKE COMMENT(S) :-

1. PLEASE DO NOT PUT WORDS IN MY MOUTH AS I NEVER PUT WORDS IN ANYONE’S MOUTH.

2. PLEASE RESPECT OTHER PEOPLE’S VIEW AND DIFFERENCES IN OPINIONS. I HAVE ALWAYS RESPECT THE VIEWS OF ALL REGARDLESS WHETHER THEY ARE BN SUPPORTERS, PR SUPPORTERS OR FENCE SITTERS.

3. PLEASE DO NOT COMMENT ON THE PERSON WHO GAVE THE COMMENT BUT DO COMMENT AND COUNTER HIS/HER VIEWS. COMMENT ON THE CONTENT, NOT ON THE CONTRIBUTOR. IT IS NOT WISE TO PRACTICE PERSONAL ATTACK.

http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:No_personal_attacks

WORLD HISTORY? Hmmm… Merdeka is coming soon… Let’s look at some of MALAYSIA’S HISTORY…

Maybe many of us are not aware that, long before UMNO (established in 1988) exist, many non-UMNO, non-MCA, non-MIC, non-Gerakan, non-BN members fought against the British for independence and SOME (OR MANY) DIED IN THIS NOBLE COURSE. Even the members of the Parti Komunis Malaya (PKM) use PKM as a platform to fight against the British. Let us all remember their fight for our independence.

Among them were…

1. Pak Sako (a political journalist).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad

2. Aziz Ishak (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Aziz_Ishak

3. Ibrahim Yaacob (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaacob

4. Abdullah CD (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_CD

5. Ahmad Boestaman (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestaman

6. Dr. Burhanuddin Helmy (PAS).

http://en.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_al-Helmy

7. Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_al-Baqir

8. Rashid Maidin (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin

9. Shamsiah Fakeh (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh

10. Chin Peng (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng

11. Mat Indera (PKMM and API) – Hanged by the British for the Bukit Kepong incident.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Indera

12. Tok Janggut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Tok_Janggut

13. Dato Maharajalela.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharajalela_Lela

14. Abdul Rahman Limbong.

http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Limbong

15. Dol Said.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

16. And many more…

Among the organizations which fought against the British for our independence are :-

1. Parti Komunis Malaya (1930).

http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Communist_Party

2. Kesatuan Melayu Muda (1938).

http://en.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda

3. Angkatan Pemuda Insaf (1946).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insaf

4. Angkatan Wanita Sedar (1946).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedar

5. Hizbul Muslimin (1948) – which became PAS.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hizbul_Muslimin

6. Parti Islam Semalaysia (PAS).

http://en.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia

6. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Melayu_Malaya

Almost all of the above organizations were made illegal and were banned by the British.

“Malaysia need not and did not go to war to achieve the peaceful aims of those you lauded over. Maybe this was done so peacefully and happily, you never noticed !” – MORE THAN 11,000 PEOPLE DIED FOR MALAYA IN THE FIGHT FOR FREEDOM.

UMNO became the ‘hero’ of our independence because UMNO agreed to share the power with the Chinese and Indians.

By right, UMNO, MCA and MIC have no right to negotiate with the British for our independence. Only the Malays Rules have the right to do so. The Malay Rulers are the legitimate owners of Persekutuan Tanah Melayu, not UMNO, MCA and MIC. UMNO, MCA and MIC did not sign the Federation Of Malaya Independence Act with the British but The Malay Rulers did.

http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka

http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=File:Ukpga_19570060_en.djvu&page=1

Even if we believe that UMNO is the hero for our independence, yes that’s true for the previous UMNO (ceased to exisst in 1987) but the current UMNO was established only in 1988 (with Tun Mahathir being the 1st member). Our independence is in 1957.

http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

As mentioned in my previous comments, THERE ARE TOO MANY COUNTRIES (DEVELOPED AND ALSO DEVELOPING COUNTRIES) IN THIS WORLD WHICH HAD CHANGED THEIR GOVERNMENT. Just name them… Thailand, Philippines, Japan, South Korea, Taiwan, USA, UK, France, Australia, New Zealand and many more.

WHAT HAPPENED TO THESE COUNTRIES AFTER THEY CHANGE THEIR GOVERNMENT?

Pakatan Rakyat is definitely not going to be the best ever government. Pakatan Rakyat is definitely not going to be a perfect government. PAKATAN RAKYAT WILL DEFINITELY NOT BE ABLE TO FULFILL ALL THEIR PROMISES. It is not the end of the world for Malaysia if we change our government. But it is definitely the end for all corrupt BN’s politicians. THAT’S WHY THEY ARE TOO AFRAID IF WE CHANGE OUR GOVERNMENT.

I don’t care whether Anwar Ibrahim practice so**my. I don’t care whether Nik Aziz wants to cut-off people’s hand. I don’t care whether Lim Guan Eng going to give 999 years lease of land to the Chinese.

I don’t care about PR’s promises. My conscience is crystal clear that PR will never be able to fulfill all their promises. What I care is…

1. I CAN’T AFFORD TO BUY A HOUSE.

2. I HAVE TO PAY DEBT FOR NINE YEARS ONLY TO DRIVE A LOW QUALITY CAR AND I AM SPENDING 1/3 OF MY INCOME TO PAY FOR THIS.

3. I CAN’T AFFORD TO PROVIDE TERTIARY EDUCATIONS FOR MY KIDS.

4. I CAN’T RELY ON THE PUBLIC TRANSPORT BECAUSE THEY ARE SO INEFFICIENT, INCONVENIENCE AND EXPENSIVE. NOTHING HAVE CHANGE!

These four major things really give direct impact on my life, on my family’s life, on kids life, on the future of my kids.

UNTIL NOW, BN FAILED TO ADDRESS THE ABOVE BURDENS.

Maybe UMNO should change their English name to a Malay name like PKMB?

LET’S GO FOR A CHANGE.

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz

MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Nota : Syaitan confirm jahat dan malaikat confirm baik. Jangan nak bercanggah dengan ketetapan Allah. Jangan nak memandai...

Monday, August 27, 2012

Laman Facebook Pemuda Umno pohon maaf diatas poster kontroversi

Imej tangkapan skrin poster tersebut di laman Facebook Pemuda Umno sebelum diambil keluar pada Sabtu lepas.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pentadbir kepada laman Facebook Pemuda Umno membuat permohonan maaf hari ini diatas poster kontroversi mereka siarkan — menyatakan undi kepada Pakatan Rakyat (PR) akan menyebabkan Kristian menggantikan Islam sebagai agama persekutuan.

Laman Facebook tersebut memuat naik poster yang bertulis: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. God bless you my son.”

“Kami minta maaf secara terbuka kepada semua rakyat atas kesilapan mengeluarkan gambar yang tidak patut pada 17/18 Aug 2012. Admin itu sudah dikeluarkan dari fanpage,” tulis pentadbir laman tersebut lewat malam tadi beberapa jam selepas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin memberitahu media dia sudah hampir tahu siapa di belakang poster tersebut.

Poster tersebut mengejutkan warga internet yang melihat permohonan maaf tersebut sebagai satu kontradiksi kepada kenyataan Khairy yang menyatakan Pemuda Umno tidak mempunyai laman Facebook rasmi.

Khairy turut mengarahkan ketua Pemuda Taman Tun Dr Ismail untuk membuat laporan polis menafikan laman Facebook tersebut milik Pemuda Umno dan orang yang menaikkan poster tersebut adalah orang yang tidak beri kuasa.

“Khairy cakap akaun palsu... Rupanya akaun betul la nih. Siap buat report polis bagai akaun palsu. Senang-senang je nak bodoh-bodohkan kami ye... Siapa admin yg kena remove tuh?? Cepat dedahkan siapa... Memburukan imej Pemuda UMNO...,” komen Nur Miba di permohonan maaf tersebut.

“Hampeh betul la korang ni. Menyusahkan… tak mengaku, lepas tu mengaku. Bangang,” kata Shauqie Kharip.

Jika Pemuda Umno dibawa ke mahkamah berkenaan dengan laman Facebook bukan milik mereka itu, ia akan menjadi ujian kepada pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan yang mendapat tentangan daripada ramai pihak.

Seksyen 114A menyebabkan pengusaha kedai kopi yang menyediakan perkhidmatan Wi-Fi boleh dikenakan saman fitnah dan dakwaan jenayah diatas komputer yang digunakan pelanggan.

Suhakam dalam kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider meminta kerajaan menyemak semula pindaan undang-undang tersebut.

“Walaupun tanggapan fakta di bawah Seksyen 114A boleh dipatahkan. Seseorang yang dianggap bersalah, mungkin tidak mempunyai masa, sumber dan khususnya kepakaran teknikal berhubung dengan persekitaran Internet, untuk membuktikan sebaliknya bagi mematah tanggapan tersebut,” katanya pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam.

Beliau berkata berbeza pula dalam kes jenayah, pihak pendakwaan boleh lebih bersedia untuk membuktikan kesalahan pihak tertuduh, kerana mereka diberi kuasa untuk memaksa mana-mana saksi berpotensi (seperti pentadbir, pemberi khidmat rangkaian dan pembekal Internet) untuk mengemukakan keterangan.

Kenapa Umno berdolak dalik dengan hudud?

Hudud adalah salah satu daripada cabang hukum jenayah mengikut syariat Islam, wujudnya bersama Qisas dan Takzir. Hukum Hudud adalah hak Allah yang dinaskan dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith Mutawatir yang menjelaskan kesalahan dan hukumannya, dasar dan sebahagian huraiannya. Bagi penganut Islam seluruhya maka tentulah wajib beriman dan beramal dengan Islam yang menjadi agama cara hidup (way of life). Tuntutan untuk beriman dan beramal dengan Islam adalah bukan sahaja wajib ke atas ahli PAS dan penyokongnya, bahkan juga wajib kepada semua penganut Islam dalam NGO atau secara individu dan ahli mana-mana parti politik, termasuklah ahli UMNO yang beragama Islam, walaupun UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang membuka pintu keahlian kepada bumiputra bukan Islam seperti orang asal dan Siam. Seluruh majoriti penganut Islam dalam UMNO wajib beriman dan beramal dengan Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, sama sahaja dengan ahli PAS dan penyokongnya.

Ayat-ayat Al-Quran yang menyatakan hukum dan perintahnya, antara lain telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah dan Surah Al-Nur, di mana kedua-duanya adalah surah Madaniyyah (yang diturunkan di Madinah).

Permulaannya sangat tegas (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. (Al-Maidah: 1)

Di antara perjanjian itu ialah mengucap Dua Kalimah Syahadah, mengaku dan percaya menjadi penganut Islam. Pengucapan dan penerimaan dua kalimah syahadah ini adalah syarat terpenting menjadi seorang Islam, iaitu beriman dengan Allah dan RasulNya.

Firman Allah (maksudnya): “Ini ialah satu ‘surah’ yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)” (An-Nur: 1)

Adapun melaksanakan undang-undang syariat Islam seperti hudud, qisas dan takzir ini pula wajib melalui proses kehakiman Islam dan sistemnya yang adil. Maka haram dilaksanakan secara spontan oleh individu, atau keluarga atau JKK peringkat kampung atau kumpulan atau penguasa daerah atau negeri, tanpa suatu proses kehakiman. Sistem kehakiman Islam pula dipayungi oleh kuasa politik sepenuhnya dengan adanya Negara Berdaulat atau kerajaan yang berkuasa. Di sinilah maka Rasulullah SAW tidak melaksanakan undang-undang hudud ketika berdakwah di Makkah iaitu ketika tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Pelaksanaannya berlaku di Madinah, iaitu setelah adanya kuasa negara dalam sistem politik dengan penubuhan kerajaan yang berdaulat dan mengadakan sistem kehakiman melalui seluruh perjalan mahkamah.

Adanya penganut bukan Islam dalam masyarakat majmuk adalah tidak menjadi halangan, di mana banyak ayat-ayat dalam surah Madaniyyah yang sebab turunnya adalah bagi menjawab kalangan bukan Islam yang menentang hukum Hudud dan sebagainya, dalam keadaan mereka berada bersama masyarakat majmuk di-Madinah. Pelaksanaanya pula tanpa menunggu seluruh rakyat faham atau bersetuju, kerana kefahaman berlaku dan terjadi melalui proses pelaksanaanya. Akhirnya seluruh anggota masyarakat Madinah menerima hukum hudud, termasuklah bukan Islam secara tanpa paksaan, setelah mereka melihat kesannya yang mampu mendidik masyarakat, keadilannya yang menyeluruh dan wujudnya rasa selamat dari gangguan penjenayah.

Perlu juga kita fahami bahawa hukumannya adalah sangat menggerunkan, tetapi syarat menjatuhkan hukuman dan pelaksanaannya adalah sangat sukar atau ‘sangat memayahkan’ dengan syarat-syaratnya yang sangat ketat. Ini berlaku apabila individu yang dituduh atau wakil (peguamnya) mengadakan hanya sedikit alasan yang kecil maka hukuman hudud tidak boleh dijatuhkan, pilihannya sama ada dibebaskan atau dikenakan hukuman takzir yang lebih ringan daripadanya. Hujah bahawa hudud sangat sukar dikenakan akan menyebabkan penjenayah terlepas adalah sama sekali tidak benar, kerana hukuman takzir dalam kerangka hukuman yang sedia ada seperti Penal Code pada waktu ini pula akan mengambil tempatnya. Manakala tindakan bertaubat di luar mahkamah adalah lebih digalakkan daripada diheret ke mahkamah.

Hukuman hudud tidak dijatuhkan ke atas penjenayah oleh beberapa khalifah Islam, bukan kerana meninggalkannya, tetapi kerana syaratnya tidak mencukupi.

PAS hanya berkuasa di peringkat negeri Kelantan dan pernah di Terengganu melalui sistem Demokrasi dan Federalisma. UMNO pula melanggar adab dan akhlaknya apabila tidak menghormati konsep demokrasi dan federalisma ini dengan mendera rakyat negeri Kelantan dan Terengganu yang menolak UMNO-BN dalam pilihanraya itu. Walaupun berdepan dengan kekangan ini, PAS tetap secara konsisten melangkah menunaikan kewajipannya melaksanakan Islam sebagai ad-Din. Akhirnya, Undang-undang Jenayah Islam bersama undang-undang yang lain telah dibentang dan diluluskan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipilih melalui Pilihanraya Umum lalu. Peringkat pertama PAS menang di Kelantan di awal 90-an bersama Semangat 46. Dalam melaksanakan amanah ini, Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dengan berpandukan bidang kuasa kerajaan negeri, di antaranya melaksanakan beberapa aspek hukum Islam di bawah kuasa Majlis Perbandaran dan Daerah seperti menghapuskan lesen premis perjudian serta mengawal penjualan arak bagi rakyat bukan Islam sahaja serta membenarkan perkara yang diizinkan oleh agama masing-masing, termasuk dalam perkara hak penganut agama bukan Islam yang wajib dilindungi.

Bagi undang-undang jenayah Syariat, kerajaan negeri terlebih dahulu menyusun daripada nas Al-Quran dan Hadith. Ianya disusun secara terkini oleh kalangan para ulama dan pakar undang-undang daripada kalangan PAS bersama ahli-ahli akademik daripada pusat pengajian tinggi. Setelah selesai maka ianya dibawa kepada umum sebelum dibentang ke dalam DUN Kelantan. Draf cadangannya pula telah terlebih dahulu dibentangkan dalam satu seminar yang diadakan di Hotel Concorde KL di mana semua parti politik dan NGO Islam dan bukan Islam telah dijemput. Proses yang sama dilakukan di Terengganu semasa pemerintahan PAS bersama rakan-rakan yang lain. PAS juga menerima kunjungan para diplomat asing bukan Islam dan NGO human rights antarabangsa yang datang meminta penjelasan, dengan semua persoalan yang dibangkitkan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS di negeri Kelantan dan Terengganu. Ahli Parliman PAS juga pernah cuba membawa usul pindaan perlembagaan beberapa kali dalam tahun 90-an, tetapi dihalang oleh proses peraturan mesyuarat (Standing Orders of the Dewan Rakyat) dan sengaja diletakkan dalam senarai yang akhir tanpa kesempatan dibahas, apatah lagi untuk ke peringkat kelulusan.

Semuanya menunjukkan bahawa PAS hingga kini, dan akan datang, akan terus mempertahankan matlamat dan cita-citanya secara terbuka, menerusi ruang demokrasi yang ada. PAS akan terus berpegang kepada batas kerjasama Tahaluf Siyasi (persefahaman) mengikut batas hukum Islam yang menjadi hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuh PAS. Dalam masa yang sama PAS juga menghormati dan mengakui akan perbezaan pandangan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dalam beberapa perkara, tetapi semuanya tidak menghalang untuk PAS kukuh bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat ini untuk bergerak di atas common policy platform yang telah dipersetujui dan kebersamaan untuk memerangi salah guna kuasa, rasuah, ketirisan, demokrasi songsang amalam BN sejak sekelian lama, dasar ekonomi pincang yang menekan rakyat dan sebagainya. Ternyata sejak lebih 50 tahun berada di tampuk kuasa, UMNO-BN tidak menunjukkan minat untuk melakukan perubahan yang dinyatakan di atas, di mana mereka hanya berminat membolot kuasa politik dan pemerintahan untuk meneruskan kerakusan mereka sahaja.

Perlu juga kita ingat, bahawa UMNO adalah parti paling besar menguasai Kerajaan Negeri dan Pusat serta memimpin Barisan Nasional kerana berjaya memujuk bangsa Melayu Islam mengundinya setiap kali pilihan raya umum. Kerajaan UMNO-BN ini mempunyai kuasa Negeri dan Pusat berlipat kali ganda lebih daripada PAS. Mereka berkuasa ke atas Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama di banyak negeri dan Pusat Pengajian Tinggi berbagai bidang. Hingga kini UMNO turut juga mempunyai mantan pemimpin PAS yang tidak sabar bersama PAS kerana terlalu lambat mendapat kuasa di peringkat pusat, lalu bergayut dengan UMNO yang lebih banyak kuasanya di peringkat negeri dan pusat walaupun mereka tetap tidak melaksanakan tuntutan Islam ini. Hakikatnya ialah UMNO wajib meletakkan pelaksanaan syariat Islam seperti hudud ini di atas kepala dan bahu mereka, bukannya disepitkan di bawah ketiak untuk hanya dipergunakan bila melawan PAS atau untuk mendapat undi pilihan raya semata-mata.

Setelah lebih 50 tahun diberikan kuasa, maka UMNO wajiblah mempengaruhi rakannya dalam BN bagi melaksanakan syariat Islam dan seluruh hukum Islam yang diperintahkan oleh Allah SWT. PAS pula tentulah wajib menyokong segala usaha melaksanakan hukum Allah, termasuklah melaksanakan perubahan menyeluruh terhadap sistem ekonomi dan keadilan dalam masyarakat, membenteras rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya daripada semua pihak. Maka berdosalah PAS kalau tidak menyokong dan menolong jika ada usaha ikhlas dan langkah daripada UMNO atau mana-mana pihak yang benar-benar menegakkan hukum Islam. Malangnya hingga kini tidak ada tanda dan alamat ke arah itu. Bahkan, seorang Perdana Menteri dari kalangan pimpinan tertinggi UMNOlah yang menghantar surat rasmi kepada Kerajaan PAS Kelantan suatu masa dahulu untuk diambil tindakan sekiranya kerajaan Kelantan berkeras ingin melaksanakan hukum Islam ini.

Perlu difahami oleh kita semua, bahawa hukum Allah adalah amanah daripada Allah, kepada sesiapa sahaja yang mengaku Islam apabila menjadi pemimpin yang memegang kuasa pemerintahan, bukan hanya khusus kepada PAS sahaja. Kalau tidak menunaikan amanah ini bermakna khianat, dan sesiapa yang menyokong dan mendukungnya juga adalah pengkhianat terhadap Allah dan Rasul Nya SAW. Laknatnya lebih besar apabila melihat kemungkaran dan jenayah merebak di hadapan mata kerana gagalnya undang-undang ciptaan manusia, namun tetap mempertahankan undang-undang yang nyata lemah dan sesatnya.

Malangnya UMNO hanya memalu gendang kosong melalui gendang media yang dikuasainya supaya PAS bersilat dengan DAP dan ramai yang menjadi pemerhati dan menunggu PAS keletihan, atau dipersalahkan, lalu tarikh pilihan raya pun diumumkan. UMNO tidak menjawab apabila MCA berkata UMNO jangan hilang akal dengan hukum hudud. Malangnya UMNO terus mengulit orang Melayu Islam dengan gendang dan alat medianya, supaya terus menjadi bangsa khayal dengan janji, bangsa pelupa dan mudah lupa terhadap kesalahan, tenggelam dalam jahil murakkab (tidak tahu, buat macam tahu).

Kepada sesiapa yang berkemampuan dan berkenaan pula, termasuklah pengamal media arus perdana, jangan selama-selamanya menjadi tukang sapu UMNO dan pembawa sampahnya, jagalah maruah diri dan agama sebelum pintu taubat ditutup. PAS tetap istiqamah dan menerima setiap pandangan yang membina dan menentang tanpa berganjak terhadap semua penghalang, yang datang daripada segenap penjuru dan semua kalangan, sama ada kerajaan, bukan kerajaan, dalam Negara dan luar Negara, kerana yakin kepada Islam adalah daripada Allah Pencipta Alam seluruhnya.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Masjid Bt 14









Monday, August 13, 2012

Edaran Bubur Lambuk, Berbuka Puasa dan Sumbangan Di Kg Batu 14



















Bacalah... Anda Akan Faham Kenapa Islam Menyediakan Hudud Sebagai Penyelesaian.

KUALA LUMPUR, 13 Ogos — Kadar jenayah di Lembah Klang telah menyebabkan kos hidup dan menjalankan perniagaan yang sudah tinggi lebih meningkat memberikan tekanan kepada produktiviti penduduk dan kesejahteraan mereka.

Dari pusat membeli-belah ke restoran, dari rumah ke pejabat, rakyat Malaysia yang tinggal di sekitar ibu negara terpaksa memikul beban berbelanja lebih demi keselamatan mengukur kerana menganggap keadaan tidak selamat tambahan lagi apabila memerhatikan kekerapan kejadian jenayah mengejutkan dalam beberapa bulan lepas dan perasaan lebih banyak orang yang mereka kenali menjadi mangsa jenayah.

Mengalihkan wang demi perbelanjaan untuk risiko keselamatan menyebabkan jumlah wang yang seharusnya digunakan untu membuat pelaburan ke dalam perniagaan lebih produktif malah boleh menghalang pelaburan sama sekali serta mengurangkan kuasa beli rakyat Malaysia.

Tatkala negara yang cuba mengimbangi semula ekonominya untuk lebih banyak bergantung kepada perbelanjaan domestik berbanding perbelanjaan luar.

Ken Wong, 35, yang mengendalikan beberapa kafe ala kopitiam dan tinggal di kawasan komuniti berpagar di KL menyatakan bahawa dia merasakan seperti jenayah bukan sahaja meningkat tetapi juga menyebabkan kos hidup dan menjalankan perniagaan meningkat.

Sebagai tambahan kepada lebih 20 CCTV dia dipasang, Wong baru-baru ini  membelanjakan lebih RM300 sebulan untuk perkhidmatan ‘butang panik’ baru yang membolehkan kakitangan kafe meminta bantuan dengan menekan burtang tersebut sekiranya berlaku rompakan. Beliau juga memilih untuk membeli insurans kecurian di premis tersebut.

“Saya kini membayar lebih untuk premium insurans dan perkhidmatan butang panik baru yang boleh menjadi wang simpanan jika keselamatan kawasan lebih baik, “katanya.

Rumah beliau di komuniti berpagar atas bukit yang di KL berharga harga tinggi, yuran bulanan  sebanyak RM1, 200.

Caj tinggi adalah disebabkan oleh kerana kawasan ini adalah  disertakan sepenuhnya dengan pagar sensitif gerakan, menyebabkan kejiranan perlu menanggung kos tambahan untuk mengambil pemilikan kuasa kepada jalan dan lampu jalan serta perkhidmatan seperti landskap dan urusan sampah oleh kerana pihak berkuasa tempatan tidak lagi bertanggungjawab.

Akan tetapi membayar RM1, 200 ibarat membeli ketenangan fikiran kerana jiran-jiran boleh membiarkan pagar mereka terbuka — suatu kemewahan yang jarang di KL — tanpa rasa takut dirompak oleh geng-geng yang bersenjatakan parang.

“Jika boleh, saya tidak mahu membayar begitu banyak,” katanya.

“RM1, 200 hampir seperti membayar ansuran gadai janji baru.”

Penduduk lain di KL tidak begitu bernasib baik kerana kawasan kejiranan mereka mempunyai begitu banyak pintu masuk dan terlalu sukar untuk menyekat akses kepada orang luar walaupun mereka mampu membayar kos tambahan untuk membeli keselamatan tambahan.

Wong berkata ibu saudaranya yang tinggal di kejiranan tidak berpagar di utara KL sebelum berpindah ke Puchong dicuri keretanya dua kali dalam masa satu tahun kira-kira dua tahun lalu.

Pusat membeli-belah di Lembah Klang juga berbelanja untuk keselamatan berbanding dengan rakan-rakan mereka di negara membangun lain.

Menurut presiden, Persatuan Pengurusan Pusat Membeli Belah dan Kompleks Tinggi, H.C. Chan, dalam lawatan ke Australia baru-baru ini, beliau bertukar-tukar nota dengan eksekutif sebuah pusat beli-belah di sana dan terkejut mendapati bahawa mereka hanya memerlukan 15 anggota keselamatan untuk pusat membeli-belah yang lebih besar daripada MidValley, Megamall di KL.

“Pusat membeli-belah yang sama saiz di Malaysia memerlukan anggota keselamatan sepuluh kali lebih banyak, “katanya.” Budaya ini adalah biasa. Di UK, ia juga kes sama seperti di Australia. Kita membelanjakan lebih pendapatan per kapita ke atas keselamatan daripada negara-negara lain. “

Chan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Membeli Belah Sunway berkata, dia bimbang reputasi negara akan jatuh dan menakutkan pelancong dan memberi kesan kepada pendapatan RM1 bilion seminggu daripada  industri pelancongan, dan kira-kira suku daripadanya  dibelanjakan untuk membeli-belah.

Katanya walaupun dia tidak melihat kesan yang ketara lagi ke atas pusat membeli-belah, beliau bimbang cerita tentang jenayah di Malaysia akan dilaporkan di luar negara.

Datuk Akhbar Satar, Pengarah Institut Jenayah dan Kriminologi, Universiti HELP berkata bahawa, kadar jenayah yang menyumbang kepada rasa tidak selamat boleh jadi berkaitan dengan tahap pembangunan negara ini.

“Adalah penting bahawa integriti diterapkan sebahagian daripada asuhan kanak-kanak,” katanya.

Akhbar juga berkata terdapat kekurangan minat dalam penyelidikan jenayah di negara ini.

 “Orang lebih berminat untuk mempelajari politik tetapi tidak jenayah,” katanya.

Akhbar menambah jenayah boleh memberi kesan kelembapan ke atas produktiviti dan pelaburan.

"Jika orang ramai berasa lebih selamat, mereka akan lebih bersedia untuk bekerja sehingga di pejabat, "beliau menambah.

"Jika kurangnya keselamatan, siapa yang mahu melabur?"

Ketua Ekonomi RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata kos langsung jenayah kepada ekonomi adalah kepada sumber manusia.

"Jika rakyat terus dilanda oleh jenayah, kehilangan produktif akan berlaku dan terdapat juga kos psikologi — ketakutan — dan ia juga boleh menyebabkan sisipan atau penutupan perniagaan, "katanya.

Yeah berkata bahawa jika rasa tidak selamat menjadi berleluasa, ia boleh menyebabkan pelaburan terhalang daripada memulakan perniagaan serta peruntukan semula sumber kepada perkara-perkara keselamatan.

"Peningkatan kos menjalankan perniagaan akan menyebabkan kesan kelembapan,"katanya.

"Senario kes terburuk adalah jumlah kerugian keyakinan dan kemudian perniagaan menyebabkan orang ramai meninggalkannya. "

Yeah bagaimanapun menyatakan bahawa statistik rasmi menunjukkan terdapat penurunan dalam kadar jenayah walaupun terdapat kebimbangan awam yang meluas.

"Apa yang mereka perlu lakukan adalah memindahkan sumber ke tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah," katanya. "Dan menunjukkan butiran terperinci statistik untuk memberi orang keyakinan yang lebih besar dalam angka-angka. "

Penduduk di Lembah Klang telah lama hidup dalam ketakutan beg tangan mereka diragut atau diserang dalam rumah mereka sendiri oleh penjenayah ganas mengakibatkan percambahan jawatan pengawal keselamatan.

Selain itu, adanya penghadang masuk ke perumahan di sekitar bandar telah menyebabkan perumahan berpagar dan dijaga bagi pembangunan perumahan baru semakin popular.

Pentadbiran Najib berikrar untuk mengurangkan jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilancarkan pada tahun 2009, tetapi peningkatan mendadak jenayah sensasi seperti siri cubaan penculikan di pusat membeli-belah popular di bulan-bulan kebelakangan ini membangkitkan semula isu keselamatan orang ramai.

Kerajaan cuba untuk meredakan kebimbangan lonjakan ketara dalam jenayah dengan mengeluarkan statistik yang menunjukkan indeks jenayah negara menurun sebanyak 10.1 peratus kepada 63.221 kes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini dari 70343 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pengerusi baru Sekretariat Kawasan Keputusan Utama Negara GTP, Datuk Wira Ayub Yaakob berkata bahawa pelaksanaan inisiatif pengurangan jenayah akan dikaji semula dan dipertingkatkan.

Bagi orang-orang seperti pemilik kafe, Wong, walaupun statistik menunjukkan penurunan dalam jenayah, keselesaan masih belum terasa.

"Adalah menyedihkan jika perlu risau tentang keselamatan setiap masa kita meninggalkan rumah, "katanya. MI.

Sunday, August 12, 2012

Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba Masuk PAS Tinggalkan UmNo

Bekas pemimpin Umno, Datuk Mohd Tamrin Ghafar Baba secara rasminya menyertai PAS dalam satu majlis yang diadakan di markas PAS pada malam tadi.

Bekas MP Umno yang sering kelihatan di program anjuran PAS berkata, beliau membuat keputusan tersebut selepas memikirkan perkara itu untuk sekian lama.

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, beliau kini bersedia "mewakafkan masa dan batang tubuhnya" untuk perjuangan PAS.

"Bukan baru ini saya buat keputusan tinggalkan Umno, ia tidak tergopoh-gapah.

"Umno terkeluar dari landasan untuk membela rakyat sejak 90-an lagi.

"Insya Allah saya akan bagi sokongan dan berjuang habis-habisan," katanya.

Borang keahlian seumur hidupnya itu selepas Borang keahliannya diterima presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam majlis sambutan Badar Qubra di markas PAS di Taman Melewar, Gombak.

Beliau sebelum ini ahli parlimen Batu Berendam di Melaka dari tahun 1986 sehingga 1995 dan pernah menjadi pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Edaran Bubur Lambuk dan Majlis Berbuka Puasa Di Indah Jaya