Sunday, November 23, 2014

Berapa Sebenarnya Harga Minyak Dan Bagaimana Ditentukan?


Sebelum kerajaan melaksanakan minyak tanpa 'subsidi' bulan depan... Kita mintak penjelasan kerajaan Najib bagaimana proses penetapan harga minyak akan dibuat. Kalau harga minyak mentah 1 barrel USD100 berapa harga RON95 dan berapa RON97. Apakah formulanya. Apakah peranan kerajaan dan pengusaha dalam menentukan harga minyak?

Semua orang pun tahu walaupun harga RON97 dikatakan dijual mengikut pasaran, namun harga minyak tersebut masih dikawal oleh kerajaan. Penjual minyak masih tiada kuasa untuk menjual dengan harga yang lebih rendah. Atau mungkin tak berani nak jual dengan harga yang lebih rendah. Kalau pun tidak menjual dengan harga yang lebih tinggi....

Kalau begitu makanismanya (kerajaan yang menentukan harga)..... adakah penghapusan subsidi minyak ini sebenarnya adalah taktik yang terbaik untuk mengaut wang dari poket rakyat. Perlu diingat minyak adalah barang keperluan asas sebagaimana kenderaan kini adalah keperluan asas. Nak tak nak tangki perlu di isi.

Show me your hand!


Saturday, November 22, 2014

Forum Hijrah To A Great Mukmin

Anak Muda Berniaga

Askm. Seminar Usahwan IMPAK masih dibuka. Ikon usahawan produk makanan, hartanah & OnlineBiz esok 23Dis d PKNS Bangi. Daftar: http://www.impak.my/seminar. 



Friday, November 14, 2014

Peneroka Bandar Dituduh Setinggan..... Gerakan Terancang Menghalau Dan Merampas Tanah Orang Melayu Dari Pusat Bandar.

Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam bersetuju penduduk Kampung Chubadak, Sentul, Kuala Lumpur bukannya setinggan tetapi pemegang lesen dan ekuiti tanah yang mereka duduki dan berhak diberikan pampasan sewajarnya.

Sehubungan itu, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar Mahkamah Tinggi membicarakan tuntutan pampasan mereka semula berdasarkan akuan yang dibuatnya.

Keputusan dibuat Datuk Abdul Aziz Rahim bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Dr Prasad Sandosham Abraham hari ini.

Kes tersebut diarahkan untuk didengar semula di Mahkamah Tinggi pada 24 November ini.

31 penduduk Kampung Chubadak membuat rayuan hari ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan writ saman penduduk kampung itu pada 1 Julai lalu.

Mereka menyaman Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pemaju tanah itu Sentul Murni Sdn Bhd.

Antara yang hadir di mahkamah hari ini adalah warga emas, Wahidah Mat Salleh, 72, yang rumahnya merupakan terakhir dimusnahkan di kampung tradisi Melayu itu pada 28 Ogos lalu.

Dalam perbicaraan hari ini, penduduk Kampung Chubadak diwakili barisan peguam daripada Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Pemuda PAS iaitu  Fazarudin Sujairi Md Radzi, Azmir Zakaria, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Mohd Fitri.

Perjuangan Opah Wahidah mempertahankan haknya di sambut pelajar Universiti Malaya (UM) apabila beliau di bawa ke kampus itu melalui program "Opah Wahidah Masuk Universiti" 5 November baru-baru ini.

Kini warga emas itu bersama suaminya yang menetap lebih 45 tahun di kampung terbabit hanya berteduh di bawah sebuah khemah dibina jiran tetangga sekarang ini.

Ketika penyokong Pakatan Rakyat (PR) sibuk dengan kes mahkamah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang 28 Oktober lalu, satu-satunya rumah di Kampung Chubadak, Sentul yang masih bertahan, iaitu rumah Opah Wahidah dirobohkan dan puingnya dibakar hangus.

Dua penuntut universiti yang cuba mempertahankan rumah itu daripada dirobohkan, ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Sentul.

Mereka ialah Abdul Muqit Mohamad, mahasiswa Universiti Malaya, dan Ahmad Fahmi Mokhtar, mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Darul Quran.

Kampung Chubadak, Sentul mula dibuka sejak 50 tahun lalu oleh peneroka bandar yang masuk ke Kuala Lumpur serentak dengan Kampung Chubadak Tambahan, Kampung Pasir, Kampung Chubadak Indah, Chubadak Hulu dan Chubadak Hilir.

Kira-kira 160 keluarga tinggal di kampung itu yang terletak hanya 5km dari pusat bandar dan sedang dihimpit arus pembangunan.

Sejak 12 tahun lalu, masalah mula timbul apabila pemaju mahu membangunkan kampung itu selepas kawasan sekelilingnya sudah pesat membangun.

Pada 1996, kampung itu dikejutkan dengan berita DBKL membenarkan pihak pemaju membina blok apartmen di kawasan kampung mereka.

Natijahnya, apabila bantahan dibuat, ramai antara mereka terpaksa bermalam di lokap polis kerana cuba mempertahankan kampung dan tapak rumah mereka. – 13 November, 2014. MI

Monday, November 10, 2014

Pelbagai Cara Untuk Memudahkan Belajar Dan Membaca Al-Quraan


Antara Jaga Keselamatan Dan Jaga Kantung?

KEMAMAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 November lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini.

Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

Ismail berkata, JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata, pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

"Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama," katanya. - Bernama

Berita lain...

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Sebanyak 1,574 saman telah dikeluarkan dalam operasi bersepadu besar-besaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama dua hari pada Sabtu dan Ahad lalu bagi kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran, penggunaan strobe light dan lampu HID.
Ismail Ahmad

Operasi bersepadu itu turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, statistik itu dijangka terus meningkat dalam masa dua minggu memandangkan pihaknya akan terus mengadakan sekatan di 100 buah lokasi di seluruh negara membabitkan 211 pasukan kecil anggota dan pegawai penguat kuasa.

“Daripada laporan awal mendapati lebih 50 peratus saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan gagal mematuhi spesifikasi ukuran dan paparan plat nombor pendaftaran kenderaan.

“Operasi ini penting dilaksanakan memandangkan pada tahun lalu sahaja seramai 6,915 kematian akibat kemalangan jalan raya dicatatkan dan diharapkan pendekatan ini akan dapat mengurangkan jumlah itu ke paras minimum,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau operasi JPJ itu di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.

Pusat Khidmat Cawangan Cheras Awana

YB Parlimen Dr Che Rosli Che Mat merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen & DUN Dusun Tua Cawangan Taman Cheras Awana.