Tuesday, May 12, 2015

Apabila Salah Pilih Pemimpin....!

Kalau kita benar pejuang Islam kita tidak boleh bersetuju dengan langkah PAS Kota Bharu mengundang Penasihat DAP, Lim Kit Siang berceramah menolak hudud di negeri itu. Ia bukan sahaja mengkhianati PAS tatapi juga mengkhianati perjuangan Islam.

Kekecewaan itu turut disuarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan Tuan Guru Nik Aziz rahimahuLlah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama Lim Kit Siang ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah.

“Semoga Allah mengukuhkan istiqamah ahli PAS seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,”katanya.

Penasihat DAP itu berceramah di Padang Perdana Kota Bharu pada malam Ahad atas undangan PAS Kawasan Kota Bharu dipimpin oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Selain Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli juga turut diundang berceramah dalam program tersebut.

Walaupun Kit Siang menyebut DAP tidak bersikap anti Islam apabila menentang hudud dilaksanakan di negeri Kelantan kerana bantahan itu dibuat berdasarkan pertentangannya dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebagai orang Islam dan terutama sekali ahli PAS, kita tidak boleh setuju dengan pandangan ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah sesuatu yang berbentuk semasa dan ianya telah melalui perubahaan dan pindaan yang banyak. Kalau nak bincang tentang perlembagaan bincang di perlimen bukannya 'menghasut' rakyat Kelantan menolak hudud dengan pelbagai alasan.

Dan apa yang PAS lakukan setakat ini adalah untuk memberi hak Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman rotan lebih dari 6 sebatan. Bukannya menberi hak kepada Mahkamah Syariah untuk menghukum orang bukan Islam.

No comments: