Thursday, September 30, 2010

SAMBUTAN & JAMUAN HARIRAYA AIDILFITRI (JPD DUSUN TUA) 2010

Salam,

Dengan rasa penuh rendah diri kami menjemput seluruh warga rakyat dan pengundi DUN Dusun Tua ke majlis ini...

Tuesday, September 28, 2010

Adun Galas kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orang anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.

"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang menziarahi allahyarham di hosiptal berkenaan.

Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

Sunday, September 26, 2010

Tuesday, September 21, 2010

Rumah Terbuka PAS Kawasan

Semua warga Hulu Langat dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Hulu Langat

Tarikh : 26/9/2010
Hari : Ahad
Masa : 11pagi - 2petang
Tempat : Dataran Saujana Prima

Semoga kehadiran semua menyerikan lagi majlis ini.

Program bersama Pakatan Rakyat.

Sunday, September 19, 2010

Selamat Hari Raya

Ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada YB Ismail Sani dan keluarga.

Pastinya selaku sahabat dalam perjuangan menabur bakti kepada masyarakat dan lawan dalam parti yang berbeza, banyak perkara-perkara yang kita tidak sehaluan. Namun semua itu bukanlah halangan untuk bersama manyambut lebaran ini dengan ziarah menziarahi antara satu sama lain.

Selaku Pengarah DUN, Saudara Mohd Jan Sulong meluangkan masa menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran YB Ismail Sani dan UMNo yang diadakan di Padang Titiwangsa, Taman Titiwangsa. Kehadiran beliau disambut oleh YB Ismail Sani dan lain-lain pemimpin UMNo setempat.



Siapa kata kami bermusuh? Mungkin kita berbeza pandangan dan perjuangan namun hubungan kami amat baik. Apa pun rakyat yang sepatutnya mendapat manfaat akhirnya. Tidak sepatutnya orang Melayu bergaduh dan benci membenci antara satu sama lain sedangkan kita sepatutnya bersama untuk memastikan hak kita terbela dan kita mendapat hak kita. Dan apa yang lebih penting Islam diletakkan ditempat yang selayaknya.

Ketua Balai Pekan Bt 14 pun ada.

Mana ada isteri-isteri.... seorang sahaja... Tapi kalau orang doakan ameeen jer ler.... Isteri pun ameen sekali ke?

Friday, September 17, 2010

Kempen Kibar Bendera Yang Muram





Hendak kibar atau tidak? Bukan sebab tak mahu kibar tetapi lebih banyak sebab untuk tidak kibar dari kibar. Bukan sebab tidak cintakan negara tapi lihatlah bendera kita di atas jika dibandingkan dengan bendera yang menjadi kebencian seluruh umat Islam di dunia. Bendera kita ala-ala US. Sebuah negara yang sentiasa menyokong apa sahaja tindakkan Israel terhadap rakyat Palestine. Suka atau tidak itulah kenyataannya.

Kalau kita di Afganistan atau di Iraq mingkin kita akan sama-sama kena tembak bersama tentera US. Sampai bila kita akan terus bertahan dengan menggunakan bendera diatas? Mungkin dengan sentimen kebencian terhadap USA yang amat kuat; kini kita punya alasan yang lebih kukuh untuk menukar bendera kita..... atau mungkin sekurang-kurangnya mengubahsuai untuk mengurangkan wajah US dalam bendera kita. umpamanya kita boleh berbuat seperti ini:

Mungkin ada baiknya kita mengambil kira keselamatan tentera atau misi keamanan kita terutama ketika di luar negara yang tahap kesedaran terhadap kewujudan negara Malaysia amat rendah... Atau kita ini mungkin tidak terkenal langsung negara Malaysia ini. Mereka yang biasa terlibat dengan misi antarabangsa mungkin boleh membuat komen.........

Ataupun kita gunakan bendera seperti ini semasa negara ada misi di luar negara sahaja...... Apa pun ianya adalah sekadar pandangan peribadi.

Penurunan Kadar Jenayah Satu Retorik ?

Pertamanya saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS mengutuk sekeras - kerasnya segala perbuatan jenayah kejam dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa jenayah terbaru iaitu :
  1. Ustazah Norliza Ishak 35, [ yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 - Port Dickson ]
  2. Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain [ juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010 - Kuala Lumpur ] .
  3. Sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya [ Muhaimi Sautar 33, ] pada 24 Ogos 2010 - Kota Bharu .
  4. Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010 . - Sungai Petani .
  5. Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan 8, dan Che Ku Zaimah Che Ku Awang 28, cedera parah dibahagian muka dan mata apabila disimbah cuka getah dalam satu kejadian amuk di Kampung Sekayu pada 15 August 2010 . - Hulu Terengganu .
  6. Ilya Nabilah Rosnata 19 ditemui mati dirogol dan dibunuh dengan kejam dengan kesan tikaman pada bahagian dadanya , dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum dijumpai terapung di Sungai Bagan dan tangannya diikat pada sebatang pokok 21 Julai 2010 lalu .- Pulai Chondong Machang.
  7. Pengawal Keselamatan dibunuh dengan kejam dalam satu kejadian di Pekan Batu 9 . Mangsa dipercayai telah dilanggar terlebih dahulu dan kemudiannya tangan kirinya dipotong dengan sebilah parang pada 4 Julai 2010 .- Kajang
  8. Amir Khan Abdullah @ Balwant Singh 53, ditemui mati berlumuran darah dengan tujuh tikaman di kepala sehingga terkeluar otaknya dan tiga tikaman di dada kiri di atas tilam dalam sebuah bilik di rumahnya pada 1 Julai 2010 . - Selayang .
  9. Siya Pandian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak mati ditembak di bahagian kepala dan dadanya dihadapan kedai mencuci kereta miliknya pada 15 Mac 2010 di Langkap Teluk Intan Perak .
  10. K. Haresarren 18 bulan mati selepas mengalami keretakan tulang rusuk , hatinya pecah dan lebam di seluruh tubuh kerana didera teruk pada 3 Mac 2010 . Petaling Jaya sebelum itu pada 25 February 2010 , Syafiah Humairah 3, mati dipukul , disepak dan dipijak . - Shah Alam
  11. Atan Daud 90, Sutiah Katas 80, Ismail Awang 76, dan Siti Khatijah Ismail 22 ditemui terbunuh dengan begitu kejam pada 5 Januari 2010 . - Gemencheh
Saya hanya membawakan 10 kes jenayah kejam dari ratusan kes kejadian jenayah dalam negara kita sejak awal tahun ini . Bermula dengan satu tragedi pembunuhan 4 anggota keluarga di Gemencheh Januari lalu , kini negara gempar lagi dengan pembunuhan kejam ke atas Datuk Sosilawati dan 3 lagi mangsa yang merupakan pembantu beliau .

Program Transformasi Kerajaan [GTP] yang diperkenalkan April tahun lepas oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan kononnya telah mencapai hasil signifikan menerusi pelbagai inisiatif Bidang Keberhasilan Utama negara [ NKRA ] .

Alex Iskandar Liew [ Pengarah Komunikasi GTP di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan ( PEMANDU ) di Jabatan Perdana Menteri ] menjelaskan bahawa indeks jenayah keseluruhan pada januari hingga ogos telah menurun 16.24 peratus .

Melihat kepada perkembangan mutaakhir betapa sadisnya jenayah yang berlaku membuatkan semua pihak kembali ragu terhadap dakwaan kononnya indeks jenayah telah menurun. Sebaliknya rata - rata melihat Malaysia merupakan sebuah negara yang berdepan dengan ancaman nilai keamanan dan keselamatan .

Setiap hari akan ada sahaja jenayah dilaporkan berlaku di seluruh negara oleh media massa. Bahkan jenayah tidak lagi dihitung dengan kadar berapa kali kejadiannya setahun , sebulan dan sehari , tetapi kini dihitung mengikut kadar jam , minit dan saat .

Saya percaya semua pihak bertanggungjawab terhadap usaha membenteras jenayah , namun kerajaan adalah pemegang amanah untuk meletakkan rakyat dan negara dalam keadaan selamat , aman dan sejahtera . Rakyat tidak boleh dikaburi dengan kenyataan - kenyataan hipokrit dan bersifat retorika politik semata - mata .

8. Pencapaian NKRA dilihat sangat tidak meyakinkan . Malah negara masih subur dengan elemen - elemen yang mempunyai potensi besar untuk mendorong berlakunya satu - satu jenayah . Sementelah pula langkah pencegahan masih bersifat melepaskan batuk ditangga. Ianya tidak dilakukan secara serius.
  • samalah seperti mencetak kata - kata amaran dan gambar penyakit yang menjadi akibat ketagihan rokok di kotak rokok dan kemudiannya dibenarkan ia dijual kepada orang ramai.
  • samalah juga tindakan kerajaan mengeluarkan lesen untuk operasi hiburan atau kelab malam dan penjualan kondom serta minuman beralkohol di kawasan majoriti muslim kemudian kerajaan yang sama pula melantik pencegah maksiat supaya menghalang dan menangkap orang yang melakukan maksiat .
Kedua - dua nota di atas memperlihatkan kepada kita betapa tidak seriusnya kerajaan menangani pertumbuhan indeks jenayah dan mungkar dalam negara kita lantaran mereka berpeluang membuat keuntungan di sebaliknya . Fenomena ini sangat dikesali dan ia sekali - kali tidak akan dapat membebaskan negara dari belenggu jenayah jika inilah sikap yang ada pada kerajaan .

Sekadar mengutuk sekeras - kerasnya segala jenayah yang berlaku tidak boleh merubah apa - apa kecuali satu tindakan berkesan dan bersepadu dengan gandingan semua pihak [ kerajaan dan rakyat ] dilakukan secara bijak demi masa depan negara . Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi melihat Islam dan syariatnya adalah satu solusi tepat untuk menghindarkan negara dari badi jenayah yang semakin menular.

Kami juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah kepada Tan Sri Ismail Omar yang telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru agar Tan Sri Ismail dapat berkhidmat dengan adil , telus , benar dan saksama serta cekap dan tegas membasmi rasuah dan jenayah dalam negara ini . Kes jenayah kejam yang menimpa Datuk Sosilawati menjadi kes high profile yang pertama mesti dihadapi oleh Ketua Polis Negara yang baru . Semoga berjaya dengan cahaya kebenaran dan petunjuk Ilahi .

Oleh: Ust. Nasrudin Hassan at Tantawi

Nota : Penurunan kadar jenayah bukan hanya dilihat sekadar jumlah keseluruhan penurunannya tetapi juga pandangan masyarakat terhadap keselamatan mereka. Mungkin jenayah kecil-kecilan menurun namun kes jenayah berat yang melibatkan kematian dilihat semakin meningkat. Jangan kita siapa buat lihatlah apa yang dibuat.

Jangan kerana nak tunjuk Najib dan telah mencapai NKRA yang dijanjikan dan nak tunjuk dia buat kerja kita memaparkan statistik yang mengelirukan.

Wednesday, September 15, 2010

Should Non-Muslim Malaysians Be Afraid Of PAS?

That is a question that will be extremely pertinent when the next general election comes around. With a large percentage of the non-Muslim population being currently disillusioned with Barisan Nasional (BN), how would they vote if they were faced at the next general election with choosing between a candidate from BN and one from PAS?

The people who are most suspicious of and averse towards PAS are the Christians. Not all are like that, however; for instance, I know Christians who voted for PAS in the 2008 general election, including a pastor in Kedah. A Catholic friend in Penang says she and her church members fully support PAS. And many among the flock of the Church of the Divine Mercy in Shah Alam, who gave PAS MP Khalid Samad a standing ovation when he visited it in 2008, must have voted for him.

But on the other hand, I have also come across Christians who are educated, middle-class and very sensible, but who are so scared of PAS that their fear seems irrational.

The religious aspect is of course of utmost concern to them. They are scared that if PAS came into power, it might establish an Islamic state, and that would serously affect Christian worship. Considering that the Christians have become a beleaguered lot over the last 20 years because of increasing restrictions being placed on them by the Government, their worry about facing worse circumstances may be understandable.

For example, getting a permit to build a church, which is probably the most basic of their concerns, now takes an inordinate amount of time. The Catholics of Shah Alam had to wait 14 years before the then BN Selangor State Government allowed them to build their church. Christian groups wanting to circumvent this problem have resorted to registering themselves as non-religious organisations.

New churches are now expected not to look like churches. Some of them look like factories, especially the St Ignatius Church in Petaling Jaya, which reportedly was prohibited from putting a cross on top of its building. Furthermore, many churches are now located in shophouses because getting religious land for the building of churches is next to impossible.

On top of that, from time to time, some BN MP would kick up a fuss in Parliament or elsewhere about crosses existing on the facades of missionary schools and agitate to have them all removed.

Would all this get worse if PAS came to rule the country?

First of all, it is unlikely that PAS can do that on its own. It now has 23 seats in Parliament. It must win 112 of the total 222 seats to gain a simple majority and become the ruling party. That would amount to a huge quantum leap.

But even if that near-impossible event did become a reality, and PAS wanted to turn Malaysia into an Islamic state, it would still need to get enough support to amend the Federal Constitution for that purpose. It would need a two-thirds majority to pass the Bill, i.e. 148 votes. Where would it get the extra 36 to add to its 112?

It may then be argued that if Pakatan Rakyat (PR) got elected to form the government, PAS would be part of it. That is true. But if it still insisted on going ahead with its Islamic state agenda, it would need the support of its coalition partners to vote for the Bill. Given that its partners are PKR and the DAP, how many votes is it likely to garner from them? Enough to make two-thirds?

I reckon that even if BN, which would then be in the Opposition, relinquished the whip in the voting on the Bill, thereby allowing its MPs to vote according to their conscience rather than follow the party line, it would still be very unlikely that the two-thirds will be obtained.

Mathematically, then, the fearful Christians need not fear that PAS can impose an Islamic state. But for the sake of argument, even if it could and did, how much different would it be from what we’re in now? After all, Najib Razak has already declared Malaysia an Islamic state, which he did in July 2007. Since becoming Prime Minster, he hasn’t retracted that declaration.

Let’s have a look at PAS’ idea of an Islamic state. In its document on the establishment of such a state, it makes clear that Syariah law will hold sway but only Muslims will be subjected to it. Non-Muslims can choose to be subjected to it or to the current penal code of the land. In other words, there is no change for them.

It also guarantees “the rights and freedom of the individuals and the citizens of the state”, and among the rights protected are freedom of religion and right to cultural expressions; freedom of speech, political association and assembly; freedom to private ownership; freedom of education; freedom to engage in business; and so on.

It pledges to uphold parliamentary democracy as PAS has accepted democracy “as the best methodology” for realising its political struggle, and to take full cognisance of the reality and sensitivities of Malaysia’s multi-ethnic, multi-religious and multi-cultural make-up.

From the look of it, there is not much difference in principle from the current state. The one major difference in PAS’ idea of an Islamic state, however, is that Islam will be the basis of socio-political life and it will be implemented as a comprehensive way of life.

This may be the difference that the Christians would recoil from. Even if they stopped to consider that Islamic principles are rather similar to those of Christian ones, especially in relation to the concepts of justice, equality, humanity, and that these principles are, in fact, consistent with the guarantee of religious freedom, they will not be comfortable with the setting-up of an Islamic state.

I am not a Christian myself but I do not want an Islamic state either. Neither do I want a Christian state or a Buddhist state or whatever-religion state. And that’s simply because I am strongly in favour of Malaysia being a secular state.

MCA president Chua Soi Lek recently came out to say that if PR wins the next general election, the prime minister might be from PAS. He was of course capitalising on the non-Muslims’ fear and distrust of PAS. But even if what he said does materialise, the PAS prime minister would most likely behave accordingly. The PAS politicians are not new to the game, and they are pragmatists too. They will rise to the occasion. And that occasion is recognising the realpolitik.

Malaysia is a diverse society and its major interest groups have to be pacified. The PAS prime minister would not be so naïve as to jeopardise his position by alienating them. The lessons of March 8, 2008, have been properly learnt.

Furthermore, can a PAS prime minister be that awful an option? Not if he is the likes of Nik Aziz or Nizar Jamaluddin. Both are held in high regard even by non-Muslims. Nizar even came to be adored by non-Muslim Perakians in just the short time he was their Menteri Besar. It is true that when he was named MB, there was initial apprehension among non-Muslims, but when they saw his subsequent performance, they became full of admiration for him.

Of course, it may be argued that neither of them will become PM, anyway, and in all likelihood the position would fall to Abdul Hadi Awang. He, too, is an old hand. He would know that as PM, he would not be able to behave as he would as PAS president. His constituency would be radically different, and he would have to juggle the needs of a whole spectrum of groups – ethnic, religious, cultural, etc – and keep them satisfied. He would have to sustain their support for him. Otherwise, the outcome at the following general election would be disastrous not only for him but also for his party and coalition.

There would be things he could not do. Just as an example, it would be foolhardy (no pun intended) to ban alcohol. Not only would this anger non-Muslims who drink (and even some Muslims who do); the international community would leave in droves. Then how would Malaysia obtain foreign direct investment? Malaysia would be seen as a repressive and regressive state. How would it be competitive in this globalised world?

The rules of the political game are different now from those of the past. If Hadi were to take a hardline Muslim stance in his policies as PM, his partners in PKR and the DAP would not let him, not to mention those in Sabah and Sarawak.

Christians and non-Muslims who fear PAS need to therefore reassess their feelings. This is not a country that is homogeneous. There is a large non-Muslim population that cannot be ignored. They might also consider that PAS’ stand on the “Allah” issue has been consistent and in support of Christian usage of the word. Pit that against a BN government that is deadset on banning it by appealing against the High Court ruling that allowed it.

Personally, I believe that a religion-based party is anathema to the harmonious development of our diverse society because politicisation of religion can be divisive. But PAS is a political reality that cannot be wished away, and it has the potential, in partnership with PKR and the DAP, of unseating the incumbent government, which needs to be removed for the sake of real and positive change.

As such, when the time of reckoning comes at the next general election, some of us when faced with the option of having to vote for PAS or BN would have to exercise the option without the baggage of irrational fear. If we don’t set aside these fears, we might end up making the wrong choice.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Menyambut Aidil Fitri

PAS Dusun Tua sentiasa istikomah dalam usaha kita untuk menyebarkan dakwah dan menyalurkan bantuan kepada seberapa ramai penduduk yang memerlukan di seluruh DUN Dusun Tua. Pun begitu masih terdapat kekangan yang dihadapi dalam memberikan khidmat yang terbaik kepada seluruh warga DUN Dusun Tua.

Walau bagaimanapun segala usaha akan diambil bagi memberi kesedaran kepada rakyat dan meningkatkan khidmat kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan ada sokongan yang lebih baik daripada seluruh lapisan masyarakat kita dapat mengatasi segala halangan.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, pihak pengurusan MTD dan seluruh jentera PAS Dusun Tua memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dalam berbicara, terkurang dalam memberi khidmat dan janggal alam perlakuan. Kami adalah insan biasa yang tidak lepas dari salah dan silap.

Semoga segala amal ibadah dan doa kita disepanjang bulan Ramadhan diterima dan dimakbulkan Allah hendaknya.

Pesanan kepada yang memandu, berhati-hatilah dan bersabar ketika memandu. Berehat bila penat, berhenti bila letih. Ingatlah orang yang dikasihi tengah menunggu kita di kampung. Jangan bahayakan diri sendiri, keluarga dan pengguna jalanraya yang lain.

Selamat bercuti dan berhari raya.

Gereja Florida Rancang Bakar Al-Quraan

Seorang komander utama tentera Amerika Syarikat di Afghanistan telah memberi amaran bahawa nyawa askar Amerika dalam bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangannya untuk membakar naskhah-naskhah Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 11 September 2001 (9/11) di New York dan Washington.

Jeneral David Petraeus berkata rancangan membakar kitab suci penganut Islam akan menjadi satu propaganda bagi kumpulan Taleban di Afghanistan dan mencetuskan sentimen anti-Amerika di seluruh Dunia Islam.

Pusat Dove World Outreach di Gainesville, Florida, berkata ia akan membakar salinan Al-Quran pada ulang tahun kesembilan peristiwa serangan 9/11, minggu ini, untuk memprotes apa yang dikatakannya sebagai 'kejahatan Islam'.

Dalam satu wawancara dengan akhbar Wall Street Journal semalam, Jeneral Petraeus menyifatkan acara itu 'boleh membahayakan askar dan ia boleh membahayakan keseluruhan usaha mereka'.

'Tindakan seperti itu yang benar-benar boleh digunakan pihak Taleban, dan boleh mengakibatkan masalah besar. Bukan sahaja di sini, tetapi di mana mana sahaja di seluruh dunia, di mana saja kami mempunyai hubungan dengan masyarakat Islam,' jelasnya.

Rancangan memprotes oleh sekumpulan 50 anggota gereja di Florida itu, yang memiliki muka laman Facebook yang memuatkan moto 'Islam dihasilkan Syaitan', telah mencetuskan kemarahan di Indonesia, negara dengan penduduk majoriti Islam paling ramai di dunia.

Bulan lalu, kira-kira 100 warga Indonesia membantah di luar kedutaan Amerika di Jakarta dan mengancam untuk 'berjihad' jika kumpulan Kristian di Amerika itu meneruskan acara itu. -- AFP.
_______________________

Nota : Apa pendirian kerajaan Malaysia?

Tuesday, September 7, 2010

Kembara Ehsan






Sekali lagi PAS Dusun Tua bersama YB Iskandar menjelajah DUN Dusun Tua bagi menjejaki mereka yang memerlukan dan menyampaikan bantuan sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Sumbangan yang sedikit ini diharap dapat melegakan dan mengembirakan hati mereka yang amat memerlukan.

Hati sebak bila melihat wajah yang penuh kesyukuran menerima kunjungan rombongan Kembara Ehsan ini. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi kesudian YB Iskandar dan Pengarah JPD menjenguk insan-insan ini sudah cukup mengembirakan hati mereka. Tahniah dan syabas kepada mereka yang menggerakkan program ini. Semoga ianya dapat diteruskan dan semakin ramai yang merasai nikmat dari kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Lain-lain gambar di sini : http://www.flickr.com/photos/jmatekali/

Saturday, September 4, 2010

Amar Maaruf Nahi Munkar










Sambutan Ambang Merdeka Di Masjid Batu 14

Program bagi merepatkan masyarakat dengan masjid terus dilaksanakan bagi memberi kesedaran bahawa institusi Masjid bukan setakat tempat untuk ibadah khusus semata-mata. Ia juga sebuah institusi pusat hubungan dan aktiviti masyarakat. Ini agar rakyat sedar bahawa masjid tidak terpisah dengan kehidupan harian. Tanggapan bahawa satu set hukum di masjid lain dan di luar masjid satu set hukum yang lain perlu dihapuskan. Kita bertuhankan yang satu di masjid ataupun diluar masjid.

Begitu jugalah tanggapan bahawa masuk masjid kena tutup aurat dan bila diluar masjid tak tutup aurat perlu dibetulkan. Ini adalah ajaran salah dan sesat yang telah lama membelenggu masyarakat sejak sekian lama. Benar institusi masjid perlu dihormati tatapi perintah Allah lagi amat penting untuk ditaati. Apa-apa yang dilarang oleh Allah dimasjid atau luar masjid adalah tetap juga sama. Begitu juga politik.... kalau politik tak boleh atau haram masuk masjid maka politik diluar masjid juga tak boleh dan HARAM...... Bukankah begitu kaedah Islam?








Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah JPD di Surau Al-Falah Indah Jaya

Kesempatan yang diberikan diisi dengan memberi sedikit tazkirah tentang Ramadhan dan tanggungjawab kita dalam hidup bermasyarakat. Walaupun bertembung dengan cuti panjang hujung minggu, alhamdulillah sambutan amat baik dikalangan penduduk.