Monday, December 29, 2014

Kounter Amal Dibuka

Assalamualaikum kepada semua warga Dusun Tua

Jabatan Amal Hulu Langat telah membuka pusat pengumpulan makanan kering, bantuan ubatan, pampers dan lain lain di Nanding (tepi jalan). Bagi anda yang ingin menyumbang, pastikan

1. Pakaian seperti pampers kanak2 dan dewasa, selimut dan tuala sahaja.... pakaian terpakaiπŸ‘–πŸŽ½πŸ‘—πŸ‘šπŸ‘”(Tidak Diperlukan)

2. Sila masukkan semua pakaian ini mengikut jenis masing masing kedalam kotak. πŸ“¦Jika tidak, pakaian anda akan diketepikan.πŸ‘ž

3. Pastikan semua pakaian tadi telah 'ditagging' dengan betul.πŸ“

4. Untuk makanan, pastikan makanan kering sahaja seperti, roti dalam tin, beras, gula, dan lain lain keperluan patut.πŸ’ŠπŸΌπŸœπŸ«πŸͺ🍞🍹

5. Untuk bantuan berbentuk duit boleh disalurkan kepada HULU LANGAT PRIHATIN (12029010071359) Bank Islam πŸ‘·πŸ‘·πŸ‘·πŸ‘·

6. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi atau whatsapp 017 4043144 (Syafiq). sms tidak dilayan.😘😘

Waktu Operasi 8AM-5PM Isnin-Jumaat🚢🚢🚢
Petugas Amal diperlukan

Sekian.                                   
Amal Kerana Allah

Saturday, December 27, 2014

AHLI-AHLI PAS SELANGOR DAN UMAT ISLAM DIGESA TUNAIKAN SOLAT HAJAT DAN TERUS MENYUMBANG UNTUK MANGSA BANJIR.

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengarahkan semua ahli-ahli PAS Selangor menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan mereka yang terlibat dengan banjir besar yang sedang melanda negara kita.

Ahli-ahli dan juga umat Islam di Selangor diharap dapat mengerjakan solat hajat sama ada bersendirian atau berjemaah di markas-markas, pejabat-pejabat PAS atau di tempat-tempat yang sesuai memohon Allah SWT melindungi bukan sahaja mangsa-mangsa banjir tetapi mereka yang bertungkus menyelamat dan membantu mereka.

Memandangkan esok merupakan hari Jumaat yang penuh keberkatan, gunakan peluang tersebut untuk bermunajat kepada Allah SWT.

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberikan ketabahan serta kesabaran menghadapi ujian dari Allah SWT ini dan dipermudahkan segala urusan.

Sehubungan itu, PAS Selangor masih menerima sumbangan bahan makanan dan kelengkapan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur dan utara.

Setakat ini konvoi PAS Selangor telah bertolak sebanyak 4 kali yang melibatkan lebih 27 kenderaan pacuan 4 roda dan 9 buah lori muatan 3 hingga 10 tan membawa bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Lebih 130 petugas-petugas PAS Selangor telah dihantar betugas secara bergilir-gilir sejak 20 Disember 2014.

Bilangan ini tidak termasuk kenderaan dan petugas yang dihantar secara berasingan oleh PAS Kawasan-Kawasan.

Mereka yang ingin menyumbang kepada mangsa-mangsa banjir boleh datang ke Pusat Pengumpulan PAS Selangor beralamat  di Dewan Merbau, Jalan Senangin 17/2, Seksyen 17, Shah Alam atau menghubungi En. Rayme Abd Rahman 018 664 5036.

YB Dato' Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
25 Disember 2014

Monday, December 22, 2014

Dr Haron Din Jawab Balik Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Pergeseran antara PAS dengan DAP kian panas apabila parti itu dalam reaksi segeranya terhadap kelancangan Lim Guan Eng bertegas, hudud merupakan nyawa kepada PAS yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

Malah, Timbalan Mursyidul Am Pas, Dat,o' Dr. Haron Din ketika membuat kenyataan tegas itu berkata, jika DAP mahupun Guan Eng tidak selesa dengan perjuangan PAS itu, Setiausaha Agung DAP tersebut boleh mencari ‘keselesaan’ lain dengan jalannya tersendiri.

Bahkan tanpa berselindung, beliau mengakui, siri ‘serangan’ oleh DAP terutamanya mempersoal dan mempertikai hukum hudud yang menjadi asas kepada perjuangan PAS telah ‘mengoyak’ syarat tahaluf siyasi (kerjasama politik) dalam pakatan pembangkang.

Justeru, tegas tokoh ulama yang disegani dalam PAS itu, jika DAP atau Guan Eng berterusan mempertikai hukum hudud, parti tersebutlah sebenarnya bertanggungjawab merosakkan ‘kertas’ tahaluf siyasi yang dipersetujui pakatan pembangkang sejak 2008.

“PAS tidak terbelenggu oleh komen lawan mahupun kawan. Hudud nyawa PAS dan ini perjuangan asas yang tidak pernah lekang. Jika Guan Eng merasakan tidak selesa, maka carilah jalannya sendiri untuk keselesaan kerana hudud tetap diteruskan (di Kelantan).

“Apa yang dibuat DAP telah mencacat dan mencarik-robek tahaluf, kalau terus-menerus demikian, maka DAP yang mengoyak kertas tahaluf kerana PAS tidak pernah mempertikai asas perjuangan DAP,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng dalam siri ‘serangan’ terbaharunya ke atas PAS menyifatkan, komitmen sekutu DAP itu untuk tetap melaksanakan hudud di Kelantan adalah penghinaan kepada pakatan, selain mendakwa langkah berkenaan bertentangan dengan konsensus pakatan.

Kenyataan tersebut dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan tidak sampai seminggu selepas beliau mendesak pakatan pembangkang memuktamadkan pendirian untuk menolak hudud ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan DAP kononnya demi aspirasi pengundi.

Tidak menunggu lama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kemudian membalas dengan menegaskan kerajaan negeri akan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas 29 Disember ini untuk meminda Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Pindaan 2014).

Penegasan Datuk Ahmad Yakob itu disusuli pula kenyataan sinis oleh Timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengalu-alukan DAP untuk keluar pakatan sekiranya tidak yakin dapat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sementara itu, Dato' Dr Haron Din mempersoal apa sebenarnya motif Guan Eng apabila Setiausaha Agung DAP tersebut berterusan mempertikai isu hudud, sedangkan antara semua parti sekutu dalam pakatan sudah ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ berkait soal asas perjuangan.

“Mengapa sebelum ditubuhkan pakatan dulu tidak disebut? Mengapa baru sekarang? Nasihat saya kepada Guan Eng usahlah membuang masa menegur PAS kerana kami tidak akan mempedulikan kata-kata seperti itu. PAS tidak akan meninggalkan perjuangan ini,” katanya.

Islam Agama Berasaskan Ilmu



Nabi Muhammad SAW membina tamadun dan negara dengan ilmu berpandukan Al Quran. Sedangkan negara barat menyebarkan ideologi dan membangunkan tamadun dengan meniru negara Islam dengan meninggalkan syariat. Menyebabkan negara mereka dan teknologi mereka maju tetapi masyarakat dan aqidah mereka rosak.

Di negara Islam kini pula kebanyakkan hanya menumpukan kepada solat, zakat, haji  dan lain-lain ibadah khusus sahaja dengan meninggalkan hudud.  Ada pula yang tegakkan Islam secara gopoh tanpa merujuk kepada kaedah Nabi SAW dari sudut plaksanaan amalannya. 

Islam perlu dilaksanakan melalui kekuatan dan dilaksanakan secara berjamaah. Jamaah ini pula mesti mempunyai ada tiga sifat iaitu amar makruf, nahi mungkar & pemyuburan/penyebaran ilmu.

Kebanyakkan teori baru mengatakan pembangunan sesebuah negara dimulakan dgn kekuatan kewangan dan ekonomi. Sedangkan Allah mengajarkan Nabi Adam as dengan ilmu, nama-nama perkara dan benda yg belum diketahui sebagai awal segala perkara, iaitu mengenal Allah SWT, mengenal baik dan buruk, mengenal perkara taqwa untuk takutkan dosa-dosa maksiat sekaligus membina jati diri manusia.

Selepas diteguhkan dengan ilmu, Allah SWT mengutus Nabi Adam as ke bumi sebagaimana tujuan asal beliau dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Bani Israel disebut dalam Al-Quran melalui tempoh masa yang lama dihina dan diperhambakan oleh pemimpin zalim. Kemuliaan mereka diperintah untuk berjihad membebaskan Palestin dari golongan Jabbarin dan terlebih dahulu menerima lantikan Talut sbg pemimpin yg diperkuatkan Allah SWT dengan ilmu dan kekuatan fizikal walaupun ramai di kalangan mereka pada masa itu mengkehendakkan orang kaya sebagai pemimpin.

Begitu juga Iskandar Dzulkarnain diperkuatkan Allah dengan ilmu juga dlm menjalani tugas sebagai pemimpin. Iskandar Dzulkarnain mampu memahami bahasa kaum yang susah difahami dan kaum itu sanggup membayar cukai yang tinggi namun bagi beliau cukup memadai dengan dengan ilmu yang telah Allah kurniakan kepada beliau.

Permulaan wahyu pun dimulai dengan ilmu, Baca! dan terus membaca! serta peranan pena (al-Qalam).

Cabaran Allah kepada orang-orang kafir pun dalam bidang ilmu dengan cabaran untuk mengemukakan surah yang dapat menandingi surah dalam Al-Quran.

Mukjizat kepadapd Nabi saw juga berteraskan ilmu iaitu kitab al-Quran.

Pembinaan Kota Madinah juga membawa kesan besar pembinaan masyarakat madani iaitu himpunan manusia di suatu tempat yang teratur dan dibimbing dengan ilmu dan amal sehingga Madinah menjadi contoh negeri yang berjaya membentuk manusia menjadi insan yang mulia, hebat sehingga berjaya menyebarkan Islam dan menjatuhkan Rom dan Parsi.

Penciptaan makhluk seperti binatang yang dilihat tidak berguna dan najis sekalipun semuanya ada hikmah dan kegunaannya apabila ia diolah dengan ilmu.

Kemajuan di Madinah, Nabi SAW mengasaskan kaedah cek dalam muamalat di kalangan sahabat.

Di Mekah Nabi menjadi contoh tokoh Mudharabah dengan menyimpan harta dengan cukup amanah dan meniagakannya dengan baik.

Dalam perang Ahzab Nabi SAW mengasaskan pembinaan hospital apabila membina khemah untuk merawat sahabat yang cedera dalam peperangan itu termasuk Sa'ad bin Mu'az r.a.

Orang Barat juga merujuk terjemahan al-Quran dalam membentuk undang-undang antarabangsa, seperti kaedah menyantuni pelarian perang.

Dibenarkan mereka duduk dalam negara untuk melihat keadilan Islam dan memanfaatkan tenaganya untuk pembinaan negara.

Ilmu-ilmu kaji langit dan angkasa juga wujud dalam al-Quran.

Anak Gabernor Mesir di zaman Saidina Umar menjadi Khalifah, telah mengkasari seorang pemuda selepas kalah berlumba kuda lalu ayahnya pemuda itu membawanya ke madinah untuk dibela.

Keadilan ini menjadikan manusia mudah menerima Islam.

Sehinggalah tiba saat kejatuhan Islam apabila orang Islam mula meninggalkan Islam.

Barat mengambil pedoman dari ketinggian Ilmu Islam. Menjadikan mereka mahir mencipta dan menghasilkan teknologi baru termasuk senjata yang menjadikan manusia lebih ganas dari binatang.

Dua kekuatan Muslim yang akan terus membentengi aqidahnya iaitu al-Quran dan Makkah.

Cahaya Islam tidak boleh dihapuskan. Siapa saja yang berusaha memadamkan Nur Islam akan didatangkan kepada mereka golongan yang akan mempertahankan Islam sama ada dari golongan agama atau sebaliknya.

Dalam konteks jemaah dan gerakan Islam hari ini, apabila masjid sebagai pusat ilmu dan ibadat tidak dapat digunakan memenuhi peranannya, maka perlulah pembinaan Markaz dan Kompleks Tarbiah dibina untuk meneruskan agenda pengembangan ilmu di kalangan ahli gerakan Islam.

(Catatan dari ucapan TGHH sempena perasmian KOMTA DH Ahad 21hb Disember 2014 Komta.)

Friday, December 19, 2014

UmNo Gagal Memberi Penjelasan Islam Kepada Parti Komponennya

What Liang and Gerakan have nothing to do with Hudud?

Why do you agreeable to British's Common law which has nothing to do with you and us and not Hudud?

Do you know that some form of Hudud was implemented in Tanah Melayu long before you ancestor exist in Tanah Melayu?

Hudud is part of Islam and Islam will never complete without it. How the process in implementing it is something that can be discussed and debated. But you are not in the position to comment or influencing others to reject Hudud.

Hudud is an open book. No secret about it. The reference and guide is available in various sources such as Al Quraan, Hadith and also various Islamic Scholar litreture.

If you don't agree please provide your argument and reference. Don't argue just for the sake of argument..... else people will call you naif, s*#&!@ and arrogant.
___________________________________________________________
DAP and PKR can order 18 of their Muslim lawmakers not to support the private members' bill that PAS intends to move in Parliament to enable Kelantan to enforce hudud, said Gerakan secretary-general Liang Teck Meng.

"I want PKR and DAP leaders to get their Muslim MPs not to vote for the bill. Forget about politics, these 18 can determine the country's destiny.

"I hope PKR and DAP agree with me on this," Liang told The Malaysian Insider.

The PAS-led Kelantan government has moved to convene a special sitting of the legislative assembly on December 29 to amend its Islamic laws, which will pave the way for the private members' bill to be tabled in the Dewan Rakyat at its next sitting.

Of the 37 parliamentary seats held by DAP, two of its federal representatives are Muslims, namely Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari and Raub's Datuk Ariff Sabri; while 16 out of 29 PKR MPs are Muslims.

The private member's bill, when tabled in the Dewan Rakyat, will need a simple majority of 112 MPs supporting it in order for it to be passed. The bill can be tabled once the Kelantan state assembly passes the amendment to its Shariah Criminal Code Enactment II.

The ruling Barisan Nasional's Umno currently has 88 MPs, of which all, with the exception of deputy speaker Datuk Ronald Kiandee, are Muslims.

PAS holds 21 seats in Parliament and if both it and Umno collaborate, they would still be four seats short of the 112 needed to pass the bill.

Gerakan secretary-general Liang Teck Meng says the party will persuade Umno to refrain from supporting PAS's bill. – The Malaysian Insider file pic, December 19, 2014. Gerakan secretary-general Liang Teck Meng says the party will persuade Umno to refrain from supporting PAS's bill. – The Malaysian Insider file pic, December 19, 2014. Liang said Gerakan would try to persuade its coalition partner Umno to refrain from supporting PAS's bill, but at the same time, urged PKR and DAP to convince its Muslim MPs not to give their backing as well.

"If you believe in moderation, please convince your Muslim MPs not to support the bill," he said.

He also said PAS's insistence on hudud showed it never had any intention to abandon it despite strong protests from its Pakatan allies, especially DAP.

Implementing hudud is not in the joint manifesto of the three Pakatan parties.

Secular DAP has repeatedly demanded that PAS shelve its plans in Kelantan, stressing that the controversial Islamic criminal code was not part of the opposition's common policy framework.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim recently admitted that the PAS-led Kelantan government's plans to table an amendment on hudud in its state assembly was problematic, as it had no powers to enforce the Islamic criminal law in the state.

"There will be many problems because you have to amend federal laws‎. You don't have the power to enforce (hudud).

"Let's say they do it anyway. Who will make the arrests? Who will bring them (the suspects) to prison?

"It's not within their (the state government's) powers. So there are a lot of problems," Anwar had said.

PAS's attempt to push for hudud is not new. Previous attempts by the party to table similar bills were blocked by the BN-dominated Parliament and had never been voted on.

But in recent times, Umno had openly expressed support for PAS’s latest bid, and the main obstacles had turned out to be the Islamist party's own allies.

In April, PAS had announced plans to introduce two private members’ bills in Parliament to allow it to enforce hudud in Kelantan.

But in doing so, it again resurrected the on-and-off conflict with DAP; a dispute that dates back to the 1990s and which had stymied past attempts at political collaboration.

However, in May, following protests and severe criticism, PAS decided it would postpone the tabling of the bill to allow time for a joint federal and Kelantan government technical committee to study the implementation of the Kelantan Shariah Penal Code II.

That committee had since met several times and stated that it was on track to introducing hudud law. – December 19, 2014. MI.

UmNo Tak Dengar Pandangan Ahli Sendiri....

Pemimpin Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menganggap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin "memperlekeh" suara akar umbi apabila menyifatkannya (Syed Rosli) sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno".

Ini ekoran seruan Syed Rosli dalam surat terbukanya yang mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.

Syed Rosli sebaliknya membidas ketua Pemuda Umno yang menurut beliau, sepatutnya menghormati suara "ahli bawahan yang memilihnya" dalam pemilihan parti tahun lalu.

"Saya setuju bahawa kenyataanya itu jelas memperlekeh (suara) akar umbi. Apabila musim pemilihan, Khairy cari siapa? Ahli akar umbi untuk mempertahankan jawatan.

"Beliau pergi ke bawah untuk mendapatkan undi (sokongan). Sepatutnya beliau mengucapkan terima kasih dan hormat hasrat ahli yang memberikan jawatan itu kepadanya.

"(Tetapi) ini satu penghinaan kepada ahli akar umbi yang bersuara," katanya yang pernah mencabar Khairy merebut jawatan ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu.

Semalam Khairy menyifatkan Syed Rosli sebagai "suara paling rendah dalam hirarki Umno" untuk mendesak Najib - dalam surat terbukanya - supaya berundur ekoran kelemahan gaya pentadbirannya.

Khairy turut dilaporkan meminta wartawan memetik kenyataan pemimpin yang berwibawa dan mempunyai kedudukan dalam Umno untuk sesuatu laporan dan pada masa yang sama kerajaan boleh memberi maklum balas, seperti tindakan pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Syed Rosli yang juga ketua penerangan cawangan itu mendakwa, ramai pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi bersetuju kelemahan gaya pentadbiran Najib yang mewajarkan beliau berundur.

Bagaimanapun Syed Rosli mendakwa bahawa kebanyakan mereka "tidak berani" bersuara kerana bimbang akan kehilangan jawatan dan projek tertentu.

"Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya cakap dengan ikhlas dan tidak ada kepentingan individu," katanya.

Dalam pada masa yang sama, Syed Rosli berkata beliau masih menunggu Khairy menyahut cabarannya untuk bersumpah laknat "tidak mengamalkan rasuah" dalam politik sewaktu merebut jawatan ketua Pemuda.

"Sudah (lebih) satu tahun saya cabar beliau dalam bangunan Umno untuk bersumpah tidak mengamalkan rasuah dalam politik, adakah beliau sebagai 'the highest form of creature in Umno' takut dengan cabaran saya?

"Kalau beliau menjawab (cabaran saya), saya akan hormat beliau," kata sambil menjelaskan beliau tidak menuduh Khairy mengamalkan perkara itu, sebaliknya menegaskan hanya mahu MP Rembau itu menyahut cabarannya sahaja.

Menjawab soalan bahawa kenyataan beliau itu tidak mewakili pendirian Umno Pandan seperti yang dilaporkan, Syed Rosli mengakui ia adalah kenyataan peribadi kerana tidak mahu mengaitkan pandangannya dengan organisasi yang menaunginya.

"Bagaimanapun, saya yakin ramai yang menyokong saya termasuk termasuk komen-komen dalam dikongsi dalam laporan media," katanya. MK.

Thursday, December 18, 2014

Melayu Kena Sokong PAS Atau Jadi Pak Kaduk.

Pendahuluan
  1. Analisis sokongan pengundi berdasarkan etnik tidak dapat dielakkan dalam konteks pilihanraya di Malaysia kerana pembentukan parti yang bertanding juga lebih berasaskan kepada etnik.
  2. Data-data PRU ke-13 melibatkan tahap sokongan Melayu terhadap BN dan PR perlu dilihat dengan penuh prihatin khususnya oleh ahli-ahli PAS. Hal ini kerana dalam konteks agihan kerusi di kalangan PR, rata-rata PAS bertanding di kerusi Melayu berhadapan dengan UMNO khususnya di peringkat Parlimen. Justeru, undi teras bagi PAS ialah pengundi Melayu.
  3. Apabila DAP dan PKR yang secara umumnya bertanding di kerusi pengundi cina atau pengundi campuran berjaya mendapatkan maksima kemenangan di kerusi tersebut sedang PAS gagal memenangi kerusi Melayu maka kuasa tawar menawar politik pasca PRU ke-14 tidak berada di tangan PAS.
  4. Malah tidak pelik jika di saat itu rundingan pembentukan kerajaan hanyalah antara UMNO mewakili kerusi Melayu dan DAP serta PKR mewakili kuasa politik Cina dan campuran. Dalam politik semuanya serba mungkin.

Data PRU13
  1. Dalam PRU13 daripada sebanyak 222 kerusi Parlimen secara umumnya terdapat 119 kerusi majoriti Melayu, 29 kerusi majoriti Cina, 36 kerusi campuran dan 38 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
  2. PR sangat kuat menyapu bersih 29 kerusi Cina dan 23 kerusi campuran namun lemah dengan hanya mendapat 36 kerusi Melayu dan 1 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak menjadikan semuanya 89 kerusi.
  3. BN pula gagal memenangi walau satu pun kerusi Cina, hanya mendapat 13 kerusi campuran tetapi gagah dengan mendapat 83 kerusi Melayu dan 37 kerusi Bumiputra Sabah dan Sarawak.
  4. Ertinya cabaran besar PR yang perlu ditanggung oleh PAS khususnya ialah memenangi 83 kerusi Melayu. Manakala cabaran bagi DAP dan PKR ialah memenangi 37 kerusi Sabah dan Sarawak. Adapun di Semenanjung mereka hanya perlu bekerja keras merebut 13 lagi kerusi campuran.
  5. Dengan andaian PR mengekalkan semua 89 kerusi sekarang, PR hanya memerlukan antara 23 hingga 30 kerusi untuk memerintah Malaysia atau berada pada kedudukan selesa.
  6. Dengan andaian kerusi itu boleh diperolehi daripada 13 kerusi campuran milik BN hari ini dan lagi 10 hingga 17 lagi dari Sabah dan Sarawak maka PR sebenarnya seolah tidak memerlukan sangat pertambahan kerusi Melayu menerusi PAS dan PKR.

Tahap Sokongan Melayu Terhadap PR pada PRU13
  1. Analisis menunjukkan bagi Semenanjung Malaysia, 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India
  2. Johor mencatat sokongan Melayu yang paling tinggi bagi BN dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7%. Di Kelantan berlaku sedikit peningkatan undi bagi BN berbanding PRU 12 dan fenomena ini memberi isyarat BN mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana.
  3. PR menerusi PAS terutamanya dan PKR hanya memenangi 36 kerusi Melayu dengan hanya 16 kerusi selamat dan 20 kerusi tipis.
  4. BN menerusi UMNO berjaya menang di 83 kerusi Melayu dengan 50 kerusi selamat dan hanya 30 kerusi tipis.
  5. Data ini menunjukkan tugas PAS sangat besar bagi memenangi pengundi Melayu. Untuk itu strategi yang betul bagi menghadapi pengundi Melayu ialah dengan tidak menimbulkan sebarang isu kontroversi melibatkan Melayu-Islam. Sebarang kontroversi yang dibangkitkan oleh DAP terutamanya hanya akan menjarakkan lagi pengundi Melayu daripada PAS. Apatah lagi media arus perdana sangat berperanan meracuni pengundi Melayu yang rata-ratanya berada di luar bandar.
  6. Sementelah pula jika kontroversi isu agama dan Melayu itu dibangkitkan oleh sebahagian pimpinan PAS maka ia menjadi bola tanggung untuk UMNO terus mengukuhkan kedudukan mereka di kalangan Melayu. Kesannya sudah lasti dirasai oleh PAS.

Sokongan Padu Pengundi Cina Terhadap PR
  1. Corak pengundian pengundi Cina membayangkan mereka begitu yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan BN yang terasnya adalah Melayu UMNO dan membentuk kerajaan campuran kuasa pelbagai etnik dalam PRU ke 14.
  2. Dalam PRU ke 13 BN menerusi Gerakan dan MCA gagal mendapat sebarang kerusi majoriti Cina sedang PR menerusi DAP dan PKR menyapu bersih 29 kerusi dengan 25 kerusi selamat dan hanya 4 kerusi dimenangi secara tipis.
  3. Di 36 kerusi parlimen campuran pula PR memenangi 23 kerusi dengan 18 kerusi selamat dan 5 kerusi tipis manakala BN hanya mendapat 13 kerusi dengan 4 sahaja kerusi selamat dan 9 kerusi tipis. Keadaan ini menunjukkan PR hanya perlu bekerja keras untuk memenangi hanya 13 sahaja lagi kerusi campuran yang dimenangi BN.
  4. Kesimpulannya, dengan mengekalkan kemenangan sapu bersih 29 kerusi Cina, 23 kerusi campuran dan merebut 13 lagi kerusi campuran, PR menerusi DAP dan PKR terutamanya bakal memiliki 65 kerusi Parlimen. Dengan corak pelbagai isu dimainkan oleh PR pada hari ini usaha untuk mendapatkan kemenangan maksima di kerusi Cina dan campuran adalah mudah bagi PR.

Strategi Kemenangan PR PRU14

Merujuk kepada analisis di atas kesimpulan yang boleh dibuat ialah:
  1. PAS perlu melipatkan gandakan usaha memenangi pengundi Melayu.
  2. Sokongan Cina dan kerusi campuran pelbagai etnik kepada DAP dan PKR sudah hampir sampai ke siling.
  3. Tumpuan utama PR ialah pada kerusi Sabah dan Sarawak.
  4. Sebarang strategi yang mengabaikan sokongan pengundi teras PAS iaitu Melayu akan meletakkan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR.
  5. Kuasa tawar menawar politik apabila PAS lemah ialah antara DAP serta PKR mewakili pengundi pelbagai etnik dan UMNO mewakili pengundi Melayu manakala PAS hanyalah seumpama melukut di tepi gantang politik.
  6. MCA dan Gerakan sudah hampir kehilangan gigi malah mungkin hampir lumpuh melainkan ia bersama dalam arus DAP dan PKR.

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Friday, December 12, 2014

PSR 13 Dis 2014

Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang telah layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki dan ucapan tahniah juga buat penyokong pasukan Vietnam.

Mereka telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi biarpun pasukan yang disokong mereka tewas akhirnya..

Gambar di atas dan di bawah ni adalah antara gambar paling menarik Malaysia lawan Vietnam sebentar tadi. Sekumpulan peminat memegang mafla 'Harimau Malaya' di tengah-tengah ribuan penyokong Vietnam.

Jikalau dilihat sehingga habis perlawanan penyokong Malaysia yang menjadi mangsa belasahan penyokong Vietnam yang kecewa kerana pasukan mereka tewas..

Biarpun negara mereka tidak semaju negara kita, namun apa yang ditunjukkan oleh penyokong mereka itu wajar kita contohi..

Mereka mempamirkan semangat kesukanan yang tinggi.. bukannya macam segelintir penyokong pasukan negara kita tu..

Asal kalah saja nak belasah penyokong pasukan lawan... Asal kalah saja kutuk pasukan sendiri...buat malu je..

PSR 13 Dis 2014

ARGUMENTASI MENJAWAB TUDUHAN DR MAZA TERHADAP PAS

1 - Setelah membaca pandangan peribadi Dr Asri Zainal Abidin (DrMaza) baru-baru ini mengenai PAS yang digambarkan seolah-olah tidak boleh ditegur dan dikaitkan pula dengan "Wilayatul Faqeh" dari Syiah. Maka izinkan untuk saya menjawab beberapa salah faham yang ditimbulkan daripada pihak DrMaza kepada pihak Parti Islam Se-Malaysia.

2- Digambarkan seolah-olah jika PAS memerintah Malaysia maka demokrasi di Malaysia akan hancur oleh kerana digambarkan PAS seolah-olah tidak boleh ditegur. Namun, hakikat yang berlaku jauh daripada tuduhan yang dilemparkan. Sejarah tidak menipu, ketika PAS menjadi kerajaan negeri di Terengganu sebelum ini telah menubuhkan badan Hisbah yang bertindak sebagai saluran rakyat menegur kerajaan negeri.

3 - Malah PAS ketika itu juga telah mengadakan majlis muhasabah terbuka bersama rakyat di negeri terbabit dimana kerajaan negeri memberi kebebasan kepada rakyat untuk memberi pandangan dan kritikan pemerintahan kerajaan negeri ketika itu. Justeru, di manakah yang dikatakan demokrasi akan hancur sepertimana yang digembar-gemburkan seolah-olah PAS ini ekstrim. Apa yang dikatakan PAS tidak boleh ditegur sangat berlawanan dengan fakta sejarah.

4 - PAS sangat menerima konsep perbezaan pendapat namun perbezaan pendapat yang dituntut dalam Islam mestilah tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Apabila prinsip dan dasar Islam dijulang, maka perbezaan pendapat dalam perkara cabang dan kaedah pada suasana politik di Malaysia juga mampu diraikan. 

5 - Namun jika kritikan dan perbezaan pendapat itu tidak menghormati prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan parti maka disinilah titik had suatu kritikan dan perbezaan pendapat itu boleh dibincangkan secara bersama. Tambahan pula, mengatakan PAS menerima konsep "Wilayatul Faqeh" dalam Syiah. Buat pengetahuan, Syiah pada peringkat awal tidak mewujudkan "Wilayatul Faqeh" sebaliknya mereka menggunakan sistem imamah di mana imam adalah berkuasa mutlak dalam menentukan segala polisi dalam pemerintahan. Namun, bagi mendepani cabaran rencah politik pada zaman sekarang. 

6- Mereka mengadaptasi sistem syura yang lebih awal lagi diamalkan oleh ahli sunnah wal jamaah sejak turun temurun lagi malah ia juga merupakan salah satu sunnah yang diamalkan sendiri oleh para sahabat ketika pemerintahan Khulafa Ar-Rashidin yang mewarisi sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu berbincang sebelum menentukan polisi dan strategi.

7- Berbeza dengan konsep imamah yang memberi kuasa mutlak kepada imam dan "Wilayatul Faqeh" versi syiah yang menuntut penganut syiah untuk mentaati Ulamak Syiah secara membabi buta, malangnya ia dikaitkan dengan PAS tanpa asas yang kukuh. 

8 - Majlis Syura Ulamak PAS dikendalikan oleh Ulamak yang pakar dalam hukum-hakam agama Islam dan dalam masa yang sama juga mahir dalam selok-belok politik. Sebagai satu-satunya parti Islam di Malaysia, Majlis Syura Ulamak PAS menjadi panduan rasmi dan arah pandu kepada ahli PAS dalam mendepani pelbagai isu di Malaysia supaya prinsip dan dasar Islam dapat ditegakkan.

9 - DrMaza juga menambah, konsep yang dibawa oleh PAS ini mengulangi kesilapan Pope di Vatican yang mencetuskan perang saudara antara Katolik dan Protestan. Sekali lagi DrMaza gagal dalam memahami konteks kedua-dua perkara. Amalan teokrasi mendewakan Pendeta seolah-olah segala kata-kata Pendeta adalah kata-kata tuhan yang tidak boleh disangkal langsung. 

10 - Kesilapan yang sama diulangi oleh golongan syiah yang mengangkat imam mereka ke darjat maksum dan tidak boleh dibantah dalam menentukan polisi pemerintahan. PAS sebuah parti yang matang dan sentiasa peka mengambil iktibar daripada kesilapan kaum terdahulu. PAS menolak konsep teokrasi yang enggan memberikan ruang kritikan dan perbezaan pendapat kepada semua ahli selagi mana ia tidak melanggar prinsip dan dasar Islam.

11 - Tanpa segan dan silu DrMaza juga menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kelak. Adakah DrMaza ingin membawa mesej secara diam kepada umat Islam supaya mengundi Parti Sekular yang lain?

12 - Kenyataan beliau secara diam membawa mesej bahawa Parti Islam sudah tidak relevan dan perlu meninggalkan dasar Islam di mana PAS hanya akan menjadi relevan jika mengikut kaedah Parti Sekular seperti di negara-negara Eropah dan Amerika di mana masyarakat bebas mengkritik dan berbeza pendapat sekalipun dalam hal dasar Islam. 

13 - Dan jika terhapusnya Majlis Syura Ulamak, maka PAS tidak ada beza dengan parti-parti sekular lain yang bergerak hanya atas dasar kepentingan (interest) umum semata-mata dan bukannya untuk menjunjung perintah Allah. Oleh kerana DrMaza adalah seorang yang mempunyai reputasi dan dipandang tinggi oleh sesetengah masyarakat di Malaysia, maka segala kata-kata beliau akan senang diterima oleh awam tanpa berfikir panjang. 

14 - Adatnya memang begitu, suatu perkara yang asalnya tiada nilai tetapi jika ia diberi label akademik maka awam senang untuk menerimanya. Tidak hairanlah kenapa kenyataan beliau berkenaan Majlis Syura dan Ulamak sering digunakan oleh golongan Sekular dan Modernist bagi menggambarkan bahawa PAS ketinggalan zaman dan ekstrim di mata orang awam terutamanya golongan mahasiswa.

--------------------------------------------------------------
Point pada penulisan ini disediakan oleh saudara Muhammad Syafiq bin Jamadudin yang kini masih menuntut di UNISEL. Penulisan ini kemudiannya disusun semula oleh saudara Mohd Fadhil bin Zulkifli yang kini masih menuntut di KUIZM.

Monday, December 1, 2014

Jangan Tertipu Harga Minyak Tidak Ditentukan Oleh Pengusaha Minyak : Kerajaan Masih Mengawal Harga


Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.

Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baru ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baru itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.

"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.

-- Bernama

Dikala Dunia Menyanjung Ulama Kita : Dimana Kita?