Saturday, February 27, 2010

Maulidur Rasul Surau As-Salikin Taman Sentosa












No ceasefire in Selangor, even for Maulidur Rasul


PETALING JAYA, Feb 26 — Pakatan Rakyat (PR) leaders in Selangor slammed the distribution of a “newspaper” at the official Maulidur Rasul celebrations which they claimed was defamatory and designed to undermine the coalition.

The 17-page tabloid Selangor Kita which was distributed to the public at the Prophet Muhammad’s birthday celebrations at the Shah Alam stadium, raised the ire of Selangor Pas deputy commission Dr Che Rosli Che Ma.

The Ulu Langat MP, who was speaking after a press conference to announce the state PR convention, described the contents of the newspaper as highly defamatory, adding he was shocked there were those who would distribute it at the Maulidur Rasul celebrations, attended by the Selangor Sultan .

Among the headlines of the Malay language newspaper was ‘Arak Menu Biasa di Selangor’ (alcohol freely available on Selangor’s menus), Selangor ‘Darul Urut’ (land of massage parlours) and Pengakuan Mangsa liwat Anwar (confession of Anwar’s sodomy victim).

The newspaper also carried a Sept 6, 2000 Timeasia.com interview with openly gay journalist Ashley Lee, with the headline ‘During the Anwar Trial it Was Easy to Get Lucky’.

“I can’t believe there are those who would use the opportunity to distribute the newspaper during the religious event.” he said, pointing out that it was handed to him as he left the event.

Dr Che Rosli said the tabloid, which had a cover price of RM2, did not appear to have a printing and publishing licence which is mandatory for newspapers in the country.

The articles in the newspaper also targeted Shah Alam MP Khalid Samad, Selangor Mentri Besar Khalid Ibrahim, state executive councillior Ronnie Liu and the PKR’s Azmin Ali.

Besides Selangor Kita, Dr Che Rosli said he had collected a bundle of other pamphlets also targeting the state government.

He said they will study the contents before taking the necessary action.

Wednesday, February 24, 2010

Government scraps tiered fuel subsidies for simpler ways

KUALA LUMPUR, Feb 24 — The government is looking at simpler ways to subsidise fuel for consumers after quietly scrapping the proposed tiered fuel subsidies scheduled for May 1 due to its complexity.

Industry sources said Putrajaya made the decision “recently” after complaints that the new subsidy system which uses MyKad for petrol purchase could be a hassle for consumers and petrol dealers apart from causing congestion at fuel stations.

“Oil industry executives have been asked to stop implementing the tiered subsidy system as the government has stopped it,” an industry source told The Malaysian Insider.

A consultant working on the programme confirmed the move, saying “the decision was made fairly recently.”

“It was just too complex and unwieldy,” he admitted to The Malaysian Insider, referring to the tiered subsidy system.

Under the programme that was being handled by Malayan Banking Berhad, motorists had to register using their Mykad to be eligible for some subsidy for one vehicle from May 1.

However, petrol dealers complained of additional costs despite making only 12.19 sen per litre for petrol and seven sen per litre for diesel. RON95 petrol is currently sold at RM1.80 a litre, RON97 and diesel at RM2.05 and RM1.70 a litre respectively. Shell is the only retailer selling the premium RON 97 Shell V Racing at an unsubsidised price of RM2.38 a litre.

The government has never revealed the tiered fuel subsidy system but went only as far to say that foreigners would not be eligible for subsidised prices. Fuel prices in Malaysia are cheaper than neighbours Indonesia, Singapore and Thailand.

Foreign motorists are only allowed to buy fuel up to 20 litres within 50km of the borders except for the unsubsidised premium Shell V Racing petrol.

“Now the authorities will find another way to implement subsidies without burdening the public and the petrol dealers,” the industry source added.

There is speculation that the government will raise retail prices by 10 sen in the short-term while mulling proposals for a better subsidy system. Global oil prices have steadily risen and are now at US$79 (RM269) a barrel.

In 2007, the authorities raised retail prices until they peaked at RM2.70 a litre leading to widespread protests and contributed to the ruling Barisan Nasional’s historic losses in Election 2008. It is learnt that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is keen to avoid protests that helped drive predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi out of office.

This is not the first time that the Najib Administration has pulled back an unpopular move before it is implemented. Last December He retracted an unpopular 5 per cent Real Property Gains Tax (RPGT) Budget 2010 proposal for properties sold after five years.

Businessmen complained the move was unfair as it the RPGT was meant to cool down speculation in the property market, not tax those who are genuinely selling after holding their properties for a reasonable amount of time.

For the petrol subsidies, Petrol Dealers Association of Malaysia (PDAM) president Datuk Hashim Othman anticipated a longer time to process transactions as biometrics have to verify the vehicle owner’s identity through thumbprint scanning and this could lead to possible congestion at the petrol stations.

“Experts in the field may say it is applicable but people on the ground are worried that the thumbprint scan, which is similar to the practice in the airport, may delay transactions and create congestion at petrol stations,” The Star quoted him as saying this week.

Hashim had said the government was still negotiating the quota of fuel subsidy that each car owner would be entitled to.

“The idea to give fuel subsidy to deserving people is good but we are worried that the system may be complicated and cannot address arising problems.”

Deputy Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Minister Datuk Tan Lian Hoe, when met at the Perak Chinese Chambers of Commerce and Industry Chinese New Year open house on Monday, said her ministry was still gathering feedback on the matter from the people.

Tuesday, February 23, 2010

Untuk apa semua ini?

Kenapa kita perlu berparti?
Apa matlamat dan perjuangan parti?
Apa pula yang diharapkan dari parti?
Apa yang kita dapat dari parti?
Kita lebih utama atau parti?

Parti adalah wadah perjuangan atau parti adalah segalanya?
Parti memandang hingga akhirat atau setakat hari esok?
Parti untuk membangun umat atau parti untuk menghimpun laba dan kekayaan?
Parti untuk memberi khidmat dan mempertahankan hak atau parti untuk menzalimi umat?
Kita berkhidmat untuk parti atau parti berkhidmat untuk kita?
Apakah sumbangan anda untuk membangun parti ini?

Monday, February 22, 2010

YB Ust Nasharudin Membawa Pulang Amanat Qardawi

"Bandar Baru Bangi : Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa yang baru pulang daripada majlis pertemuan pelajar-pelajar Qardawi di Doha, Qatar telah di beri amanah oleh Syeikh Yusuf Qardawi sendiri supaya pulang ke Malaysia dan membacakan kitab beliau yang terbaru yang bertajuk Fiqh Al Jihad di mana-mana Masjid di sini.

Nasharudin berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Annur bagi menggantikan tempat Al-Fadhil Ust Haron Din yang pergi menunaikan umrah baru-baru ini.

Menurut Nasharudin, kitab Fiqh Al-Jihad merupakan karya terbaru Syeikh Yusuf yang belum lagi diterjemah dan masih belum dibenarkan untuk diterjemah. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan Surau Annur sebagai tempat untuk beliau membacakan kitab tersebut nanti.

Di dalam kuliah tersebut, Nasharudin menceritakan serba sedikit pengalaman beliau di Qatar ketika mengikuti program tersebut bersama dengan Syeikh Yusuf. Menurut Nasharudin, program selama 10 hari itu yang dihadiri oleh seramai 40 orang ulama yang dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf daripada seluruh dunia mempunyai jadual yang sangat ketat. Majlis bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari sehingga beliau tidak berkesempatan langsung untuk melihat bandar Doha.

Menurut Nasharudin, beliau terpaksa membatalkan kesemua program politik beliau di Malaysia semata-mata untuk mengikuti majlis di Doha tersebut. Peluang untuk duduk bertalaqi ilmu bersama tokoh ilmuan dunia itu adalah sesuatu yang didambakan. Yang lebih penting menurut Nasharudin ialah bukan sahaja untuk duduk dalam halaqah ilmu bersama Syeikh Yusuf, tetapi yang lebih penting bagi beliau adalah untuk dapat merasakan bagaimana hidup bersama dengan seorang ilmuan seperti Syeikh Yusuf (bermu’ayashah).

Syeikh Yusuf Qardawi dilahirkan pada tahun 1926 di Mesir. Beliau telah dididik sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna. Di antara guru-guru beliau adalah Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Abdul Qadir Audah, Syeikh Mahmud Syautub dan ramai lagi.

Syeikh Yusuf pernah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan Mesir. Yang menariknya, ketika beliau berada di dalam penjara, beliau telah bercakap-cakap dengan rakan-rakan beliau yang turut ditahan supaya menganggap penahanan mereka dipenjara tersebut ibarat perkhemahan musim panas (summer camp) yang penginapan dan makan minumnya ditanggung oleh kerajaan Mesir.

Menurut Nasharudin, Syeikh Yusuf telah dilarang memasuki Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sepanjang hidupnya bermacam-macam ujian, tohmahan dan fitnah yang beliau hadapi. Yang terbaru, gambar Syeikh Yusuf sedang berpeluk dengan seorang Rabai Yahudi sedang disebarkan secara meluas di Palestin, sedangkan beliaulah yang begitu keras menyeru umat Islam berjihad melawan yahudi di Palestin.

Dalam khutbah Jumaat minggu lepas, Qardawi telah tampil membuat penjelasan tentang peristiwa yang sebenarnya berlaku. Menurut Qardawi, gambar tersebut telah diulas dengan cara yang cukup tidak beramanah dan berniat jahat. Memang betul yang berpeluk dengan beliau itu adalah seorang rabai yahudi tetapi rabai yahudi daripada mazhab yang menentang penubuhan Negara Israel. Rabai itulah juga yang telah membantu beliau keluar daripada United Kingdom ketika terdapat cubaan untuk menahan beliau di sana.

Ternyata itu adalah penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memberikan gambaran yang tidak betul tentang pendirian beliau dalam isu Palestin.

Seterusnya Nasharudin menjelaskan bahawa 40 orang ulama daripada seluruh dunia yang di panggil untuk mengikuti majlis selama 10 hari tersebut antara lain adalah bertujuan untuk membentuk satu ‘madrasah’, satu pemikiran yang penting di dalam pemikiran Islam khasnya dalam bab usul fiqh dan fiqh bagi mengelak umat Islam akhir zaman ini terjebak dengan dua aliran ekstrem yang sedang melanda ummah sekarang ini. Aliran ekstrem yang dimaksudkan ialah kefahaman Muktazilah Baru dan kefahaman Zahiriah Baru.

Secara ringkasnya, Muktazilah ialah kefahaman yang banyak menggunakan logik dan akal dalam menentukan sesuatu hukum manakala Zahiri ialah kefahaman yang tidak langsung menggunakan logik dan akal, sebaliknya merujuk kepada nas, Al-Quran dan hadis secara zahir sahaja. Sebab itulah kita perlu mengambil jalan ‘wasatiy’ ataupun pertengahan demi menyelamatkan umat Islam di akhir zaman.

Seterusnya, Nasharudin berkata bahawa di akhir program tersebut, kesemua ulama yang hadir dalam majlis tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk menamakan Syeikh Yusuf Qardawi dengan gelaran “Syeikhul Islam” disebabkan oleh sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada dunia Islam. – ANN

Tiada Exco, wakil rakyat Selangor miliki harta projek

GOMBAK, 22 Feb: Dalam masa hampir dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, tiada seorang Exco dan wakil rakyat yang memiliki harta atau kekayaan sama ada melalui projek yang diberikan atas nama anak-beranak atau kroni, kata Exco Kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Kemudahan Awam negeri itu juga memastikan setiap masjid di seluruh negeri mesti mengadakan kuliah, pengajian ilmu agama serta qiamullail.

Katanya, mana-mana masjid yang pendapatan kurang daripada RM1,000 pula, Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu membayar imbuhan untuk penceramah.

Ini kerana, katanya, Selangor suatu ketika dahulu merupakan tempat lahirnya golongan ulama dengan adanya sekolah-sekolah pondok seperti di Sungai Besar, Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Kuala Langat.

Malangnya, tambah beliau biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah seperti Jordan dan Arab Saudi tiada pelajar yang memohonnya.

Ini kerana, katanya, Umno sudah berjaya melemahkan sistem pengajian Islam di negeri ini dan sebagai bukti golongan remaja terjebak dalam gejala maksiat dan tidak gemar mengikuti pengajian agama di masjid dan surau.

Beliau menyatakan demikian pada majlis penyerahan borang permohonan keahlian PAS kepadanya selaku Pesuruhjaya PAS negeri di Kampung Makmur, kelmarin.

Sebanyak 40 borang keahlian PAS telah diserahkan kepada Hasan melalui Ketua PAS Cawangan, Mazli Ahmad dalam majlis ringkas yang penuh bermakna, pada malam kelmarin di Kampung Makmur.

Turut serta Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir; timbalannya, Radzi Ahmad; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Gombak, Hong Euk Wh serta AJK PAS kawasan.

Penduduk di kamping itu mengisytiharkan menyertai PAS beramai-ramai kerana berasa terjamin hak tempat tinggal mereka sejak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di samping ura-ura kerajaan negeri akan memberi geran pemilikan tetap.

Penduduk kampung sekarang sedar selama berpuluh tahun mereka di bawah pemerintah Umno/BN sering ditipu untuk meluluskan geran tapak rumah setiap kali menjelang pilihan raya tetapi ia hanya permainan politik Umno untuk BN terus mengekalkan kuasa.

Penduduk asal kampung tersebut mempunyai 160 buah keluarga dan sebahagian daripada mereka telah menerima tawaran perpindahan di pangsapuri kawasan Selayang manakala 47 buah keluarga masih tinggal di kampung tersebut.

Dr Hasan juga melahirkan rasa sedih melihat penduduk Kampung Makmur yang masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun setiap kali menjelang pilihan raya dijanjikan oleh Umno/BN untuk mendapat geran pemilikan kekal.

Menurut maklmut yang diperolehi, katanya, setiap kali sebelum pilihan raya ada pihak daripada Pejabat Tanah daerah menemui penduduk Kampung Makmur supaya mengisi borang dengan dijanjikan mendapat geran kekal dan diminta bayaran sebanyak RM160.

Bagaimanapun beliau berkata, penduduk Kampung Makmur tetap tinggal dalam keadaan masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun sudah lebih 50 tahun Umno/BN mentadbir Selangor.

"Umno memang suka tanah yang diduduki penduduk bertaraf TOL sebab apabila menjelang pilihan raya Umno/BN boleh menjanjikan kepada penduduk untuk mendapat geran," katanya.

Menjelang pilihan raya, kata beliau, banyak janji yang ditaburkan oleh pimpinan Umno/BN sama ada daripada Pusat, negeri dan calon-calon untuk memberi pembangunan.

“Dalam janji-janji Umno/BN untuk memberi pembangunan inilah yang penduduk Kampung Makmur perolehi dengan keadaan surau yang bocor dan buruk serta suasana kampung yang tidak selesa,” ujarnya.

Menurut beliau, Selangor merupakan penyumbang cukai terbesar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain iaitu sebanyak 40 peratus kepada kerajaan Pusat kerana mempunyai pelabuhan dan tujuh pusat pengajian tinggi.

Katanya, Selangor merupakan negeri yang kaya jika ditadbir oleh pemimpin yang ikhlas, amanah maka tidak ada rakyatnya yang tinggal di tanah TOL atau setinggan.

Hasan juga mengingatkan seluruh penduduk Kampung Makmur supaya menjadi ahli PAS dan mendaftar sebagai pemilih kerana pilihan raya mungkin adakan diadakan dalam tempoh setahun.

Tun Lah Tak PayahLah Komen

Ada baiknya Tun Lah tak payah komen sesuatu yang lebih mengaibkan diri sendiri. Ada baiknya Tun Lah balik Permatang Bertam dan duduk diam-diam kat Masjid Jamiul Badawi lagi banyak manfaatnya. Duit Masjid pun banyak, bolehlah tolong perabih....

Kalau berbicara tentang Malaysia sebuah negara Islam, adalah lebih baik kita cerita tentang perundangan Islam sekali. Tak payahlah cerita perlembangaan dan undang-undang yang tidak mengambarkan sebuah negara Islam.

Kalau kita diam orang tidak tahu kita reti atau tidak, tetapi apabila kita buka mulut maka sahlah siapa kita sebenarnya.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.
_____________________________
Tun Abdullah Kesal Campur Tangan Asing

GERIK: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata negara asing tidak perlu campur tangan dalam urusan kes Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini kerana negara ini mempunyai undang-undang dan undang-undang itu dijunjung serta tidak perlu sama sekali campur tangan dari luar," katanya ketika diminta mengulas bantahan sekumpulan anggota Parlimen Australia berhubung kes Anwar.

Beliau berkata Malaysia sebuah negara yang dikenali sebagai negara Islam yang mempunyai undang-undang yang jelas dan sebarang tindakan yang dibuat tidak membelakangi undang undang.

"Ini perkara berlaku dalam negara kita. Kenapa ada campur tangan dari luar, negara ini ada undang-undang," katanya selepas menanam pokok spesies paya bakau di Belum Rainforest Resort, Pulau Banding dekat sini.

Friday, February 19, 2010

Anda fikir saya tidak tahu apa yang berlaku?

Dalam pertemuan Penguasa dengan seorang pemimpin sebuah negara Timur Tengah sedikit masa lalu, dibangkitkan isu Anwar dengan pemimpin tersebut menasihat Penguasa bahawa Islam melarang umatnya memfitnah sesama Islam. Penguasa menjawab menyatakan bahawa kes ini berbeza dengan kes sebelum ini kerana katanya kali ini kerajaan ada bukti.

Pemimpin Timur Tengah tersebut menjawab lebih kurang begini,"adakah anda fikir saya tidak tahu apa yang berlaku? Pegawai keduataan saya di KL memberi laporan hampir setiap hari." Muka penguasa menjadi merah dan pertemuan yang dijadualkan berlangsung selama sejam itu berakhir hanya 15 minit.

Kita boleh baca analisis dari seluruh dunia mengkritik sistem kehakiman kita yang diperkuda Penguasa, malah kerajaan BN jadi bahan ketawa warga dunia. Ringkasnya, tidak ada seorang pun yang mempunyai akal di dunia ini akan mempercayai Penguasa bermoral bersih manakala Anwar bermoral kotor.

Dalam komen mereka, para MP Australia memberi analisis yang mudah. Anwar Ibrahim merupakan ancaman politik yang merbahaya kepada kedudukan Penguasa dan Beeend, kerana itu dia mesti dihapuskan. Jika tidak, dalam pilihanraya akan datang Penguasa akan tumbang.

Sebab itu Penguasa telah memberi arahan kepada juak-juak dan dedengkotnya supaya menggunakan apa juga dana dan daya bagi memastikan:

1) Anwar sibuk menepis kes ini, sehingga beliau tak sempat untuk menyerang Penguasa secara politik.

2) Anwar dimasukkan ke penjara sebelum pilihanraya umum akan datang.

Hukuman dijatuhkan dulu, selepas itu baru dicipta tuduhan, dicari saksi dan direka keterangan. Saya teringat petika sajak Usman Awang kepada Anwar. "Palu telah dijatuhkan, lama sebelum tanganmu terikat ke belakang."

Kes liwat, mahkamah, Saifooool, AG, Hakim, Polisia dan Media BN hanyalah alat untuk melaksanakan arahan penguasa dengan ganjaran lumayan. Mereka bersekongkol merekayasa skrip.

Dan mereka diarah untuk sentiasa fokus tanpa membenarkan sedikit pun plan ini tergelincir. Sebab itu Hakim Skrip tidak mahu mengambil tindakan terhadap Utusan Meloya kerana ia akan mengganggu plan yang dirancang.

Sebarang permohonan perundangan oleh Anwar diarah ditolak kerana ia akan mengganggu skrip yang telah dirancang.

-zunar-

Fitnah Kepada Islam : Part II

Dalam masa 'pejuang' hak asasi yang menuntut hak sama rata gender kepada wanita mereka telah terperangkap dan 'sesat' dalam dunia mereka. Terkini, apabila hukuman yang sama rata diberikan kepada lelaki dan wanita mereka menggunakan hujah perlembagaan pula. Kalau nak sangat sama rata kenapa memilih yang hanya sedap menurut nafsu mereka sahaja.

Apabila dasarnya sesat, sampai bila-bila pun mereka akan terus sesat. Segala hujah mereka ini pula adalah berdasarkan perlaksanaan hukum yang salah dan mereka mengikut akal mereka yang amat dangkal dan jahil tentang Islam.

Inilah akibatnya apabila hukum syariah yang dilaksanakan sebenarnya telah menyeleweng dari kehendak Islam yang akibatnya menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Siapa yang akan dipertanggungjawabkan dalam hal ini dan siapa pula akan memperbetulkan ini semua?

Mahkamah telah dibelenggu oleh perlembagaan yang menghadkan hukuman maksima terhadap kesalahan syariah kepada 3 bulan penjara, 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan. Siapa yang menghadkan ini semua? Adakah ini selaras dengan hukum Had dalam Islam?

Hukuman untuk zina, minum arak, qazaf, memberontak, murtad, mencuri, merompak dan lain-lain telah ditetapkan oleh Islam sejak azali. Dan yang menetapkan hukuman ini pula adalah Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Siapa pula kita yang cuba berlagak menjadi 'tuhan' dan mengubah hukuman yang telah ditetapkan ini.

Setelah lebih 50 tahun negara merdeka, kita masih tidak mampu lagi memperbaiki kesilapan ini. Merdekakah kita? Siapa yang akan menjawab di hadapan mahkamah Allah nanti?

Atau yang paling utama lagi..... Kenapa orang Islam masih menyokong mereka yang menghina Islam dan menyebabkan Islam dihina ini. Bukankah negara ini majoritinya orang Islam? Apakah majoriti orang Islam ini semuanya jahil sangat hingga gagal mengubah sesuatu yang menjadi hak kita?

Orang yang menyokong kemungkaran dan redha terhadap kemungkaran ini akan dipertanggungjawabkan terhadap semua ini diakhirat kelak. Sekiranya anda jahil pada hari ini pastikan anda tidak diperbodohkan di PRU13 nanti.

Kini banyak suara-suara sumbang yang mempertikaikan hukuman yang didakwa hukuman 'syariah' sedangkan ianya tidak menepati hukum syariah dari segi hukuman dan cara perlaksanaan. Siapa yang akan membetulkan ini semua?

Salahkah mereka yang mempertikaikan itu atau kita lagi bersalah kerana gagal melaksanaan tuntutan Islam.
_________________________________________
Seks haram: Hentikan 'wabak' merotan

Tindakan Jabatan Penjara merotan tiga perempuan Islam atas kesalahan mengadakan persetubuhan haram dianggap satu diskriminasi terhadap wanita.

Sisters in Islam (SIS) mendakwa tindakan merotan itu mencabuli hak sama rata dan tiada diskriminasi yang dijamin oleh perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Pengarah Eksekutif SIS Hamidah Marican (kiri) berkata memandangkan beberapa isu syariah berhubung perlaksanaan hukuman seperti kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang masih belum selesai, tindakan kerajaan itu dipertikaikan.

“Dengan melaksanakan hukuman itu, secara tidak langsung, ia menggambarkan kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan umum, katanya

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram).

Hukuman berkenaan dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini..

SIS menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) untuk segera bertindak bagi mengatasi masalah yang timbul akibat hukuman merotan itu dan juga kes Kartika.

Kerajaan juga, menurut beliau perlu mengkaji semula sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana ia mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggap merotan sebagai hukuman yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan memalukan.

'Rotan tidak efektif'

“Kajian juga menunjukkan merotan bukan hukuman yang efektif bagi menjamin kesalahan jenayah seksual atau keganasan tidak akan berulang,” katanya.

Turut membidas tindakan merotan oleh kerajaan ialah Persatuan Badan Bertindak Wanita (Awam).

Dalam kenyataan akhbarnya, Awam menuntut Menteri Dalam Negeri menjelaskan mengapa hukuman dijalankan secara rahsia.

Presidennya, Sofia Lim Siu Ching berkata hukuman itu dijalankan dengan niat jahat dan bertentangan dengan kepentingan awam yang mendapat perhatian seluruh dunia.

"Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan mengapa hukuman dijalankan tergesa-gesa sedangkan beberapa persoalan berhubung kes Kartika masih belum selesai," katanya.

Tamatkan 'wabak' merotan

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) juga mahukan Malaysia menamatkan segera apa yang dilabelkan mereka sebagai 'wabak merotan'.

AI juga mendakwa pihak berkuasa di negara ini telah merotan ribuan lelaki selain kes berprofail tinggi tiga wanita berkenaan.

Kumpulan yang berpangkalan di London itu berkata lebih 35,000 orang, kebanyakan mereka bukan rakyat Malaysia - dirotan atas kesalahan imigresen sejak 2002.

Menurut timbalan pengarah Asia-Pasifik AI, Donna Guest "ribuan kes berkenaan merujuk kepada wabak merotan yang mula berleluasa di Malaysia."

"Kerajaan Malaysia perlu menghapuskan hukuman merotan yang memang kejam dan zalim tanpa mengira apa jua kesalahan mereka," Katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Hukuman kuno

Majlis Peguam dengan keanggotan 13,500 ahli juga membidas tindakan merotan tiga wanita berkenaan.

Menurut badan perundangan itu, ahli-ahlinya telah meluluskan satu resolusi tiga tahun yang menolak sebatan sebagai satu bentuk hukuman kerana beranggapan ia hukuman kuno dan tidak selaras dengan konsep masyarakat penyayang.

Pendapat kami selaras dengan norma-norma hak asasi antarabangsa yang membantah hukuman merotan dan juga hukuman membabitkan bentuk jasmani yang dianggap kejam, tidak berperikemanusiaan serta memalukan.," kata pengerusinya, Ragunath Kesavan (kanan).

Tambahnya lagi, hukuman merotan ke atas wanita adalah juga bertentangan dengan Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

"Adalah memeranjatkan, kerajaan hanya mengumumkan perkara itu (merotan tiga wanita berkenaan) setelah hukuman sudah dilaksanakan," katanya juga dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ada Orang Melayu Bebal?

"Bahasa melayu sepatut nya tidaklah seharus dipertikaikan sama ada untuk dimertabatkan mahupun disebaliknya, apatah lagi ianya telahpun termaktub dalam perlembagaan persekutuan pekara 152 - akta bahasa kebangsaan 63/68 - akta pelajaran 1961 & 1996.

Masaalah yang sering berlaku dalam ertikatanya, apabila dasar tersebut tidak dilaksanakan dengan baik, tegas dan jujur. Itukan bahasa sendiri dan di ditelah dizahirkan juga melalui perlembagaan negara kita.

Dewan Bahasa dan Pustaka baru baru ini telah mengundang Datuk Dr. Hassan Ahmad juga selaku Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Prof. Dr. Abdullah Hassan, Prof. Dr. Zainal Kling dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Mereka semua sebagai ahli panel yang membentangkan kertas kerja "Hari Pejuang Bahasa 152" yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Datuk Wira Kamarudin Siaraf.

Dr. Abdullah Hassan dari UPSI berkata "Bahasa Melayu akan menerima kesan yang agak serius apabila perlaksanaan Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains/Matematik dalam bahasa Inggeris atau PPSMI". Tambahnya lagi "Pihak kerajaan memansuhkannya dulu patutlah dipuji tetapi kesannya terpaksa kita tanggung".

Manakala ahli panel Dr.Zainal Kling dari Gapena mempersoalkan peruntukkan besar yang disediakan untuk memajukan Bahasa Inggeris di negara kita, sedangkan bahasa sendiri terpinggir begitu saja. "Saya difahamkan peruntukan 5 bilion ringgit dalam program itu jadi kita mahu juga peruntukan yang sama untuk mertabatkan Bahasa Melayu ini" katanya lagi.

Dr.Ridhuan Tee dari Universiti Pertahanan National Malaysia @ UPNM mencadangkan agar sekolah satu aliran diadakan di Negara ini untuk mensyarakat berbilang kaun mencintai Bahasa Melayu, katanya.

Dalam majlis itu suasana agak ‘terpaku' dengan kelantangan Dr. Hassan Ahmad mengheret pemimpin Melayu dan orang orang Melayu yang memperkecilkan bahasa ibunda dengan menterjemahkan nya sebagai "golongan bebal".

Majlis yang julungkali diadakan itu telah menjadi medan kritikan keras kepada pemimpin Melayu dan orang Melayu yg merasakan bahasa kita ini adalah kolot tidak mencerminkan pembangunan bangsa sendiri.

Datuk Hassan Ahmad yang begitu dikenali ketika perhimpunan bantahan PPSMI dahulu juga merupakan ahli panel yang paling lantang dalam majlis itu, beliau agak keras serta menggunakan istilah ‘bebal' kepada pemimpin melayu dan orang melayu yang sanggup menidakan kekuatan bahasa sendiri.

Mungkin juga untuk sehari dua nanti, timbul pula impak dari sindiran tajam itu kepada mereka yang ‘melaksanakan' kerja kerja terdahulu itu. Selamatkah bahasa kita? Fakir fikirkanlah.

sentiasa.blogspot

Thursday, February 18, 2010

Mahkamah

Benarkah apabila sesuatu kes itu melibatkan keputusan orang nombor 1 negara maka semua keputusan akan menyebelahi orang no 1 itu. Ini merujuk kepada keputusan kes Gadis Mongolia, Nizar vs Zamry dan Anwar vs Saifool.

Beranikah Hakim membuat keputusan yang akan menyebabkan orang No 1 nampak bersalah atau nampak bodoh?

Apabila Hukuman Sebat Menjadi Fitnah Kepada Islam


Perlaksaaan sebatan. Bukan setakat hukuman perlu betul, tetapi kaedah juga perlu betul - Gambaran Hiasan

Inilah akibatnya apabila mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagiannya yang lain. Rukun Iman yang enam tinggal lima setengah akibat daripada ada orang Islam hanya menerima sebahagian kitab dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Apabila Iman tidak sempurna bermakna Islam juga tidak sempurna. Apabila Islam tidak sempurna maka ianya tidak layak sebagai orang yang bertakwa.

Hukuman zina, minum arak atau apa jua hukuman yang telah diputuskan dalam Islam tidak boleh ditukarganti. Bukan sahaja hukuman tetapi kaedah juga tidak boleh diubah. Apabila hukuman sebat disyaratkan dilakukan di khalayak ramai maka ianya perlu dilaksanakan di depan orang ramai. Apabila dilakukan di dalam penjara maka pelbagai andaian dan tanggapan negatif akan berlaku. Perkara yang betul pun boleh diadakan pelbagai andaian.

Cerita banyak pun tak guna. Menteri dalam negeri tak payahlah komen banyak-banyak. Keadilan Islam itu bila terlaksana bukan sahaja ianya adil tetapi juga nampak jelas keadilnya. Kaedah hukuman telah termaktub jelas didalam Al-Quraan dan kitab Feqah. Rujuklah mana-mana ulamak pun Insyallah jawapannya akan sama. Hatta di US, UK, Afrika, Eropah, China bahkan Russia semua hukuman Islam adalah sama.

Apabila perlaksanaan hukuman Islam dibuat secara salah maka tanya ulama' mana pun akan menyatakan bahawa cara hukumkan itu salah. Janganlah kita cuba tunjuk pandai hingga mengakibatkan Islam dipandang hina dan tidak bertamadun. Hukuman dalam Islam telah diputuskan oleh Pencipta Yang Maha Berkuasa bukannya oleh manusia yang punya nafsu dan kepentingan.

Kembalikan hak kepada yang berhak. Jangan kita berlagak sebagai tuhan pulak. Cukuplah Ayah Pin yang mendakwa pemerintah kerajaan langit... jangan kita pulak mengikut jejak langkahnya.
__________________________________________
Outrage over women’s caning

KUALA LUMPUR, Feb 18 — Groups and politicians were outraged that the government allowed three Muslim women to be caned for illicit sex under Syariah laws although such punishment is illegal in the Federal Constitution.

The Sisters in Islam (SIS) condemned the caning carried out on Feb 9, where two women received six lashes while another one was punished with four.

“Given that several issues on shariah and constitutional grounds, sentencing guidelines and Malaysia’s commitments to international human rights instruments that were raised on the Kartika case remain unresolved, we question the government’s motive in proceeding with the caning of Muslim women,” executive director Dr Hamidah Marican said in a statement.

She also questioned Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein disclosing the punishment yesterday, days after it was carried out.

“And to do this surreptitiously implies that the government wanted to hide this degrading and unjust treatment from public scrutiny,” she said.

Hamidah asked if the men involved were also found guilty for illicit sex and similarly sentenced and caned.

“We urge the Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil to take immediate steps to address the several unresolved issues arising from the caning sentence carried out on these women and the Kartika case.

“This case constitutes further discrimination against Muslim women in Malaysia. It violates Constitutional guarantees of equality and non-discrimination as whipping of women under Shariah Criminal Offences legislation contradicts civil law where women are not punishable by caning under Section 289 of the Criminal Procedure Code,” she added.

Hamidah also urged the government to review caning as a form of punishment as it violates international human rights principles which regard whipping and other forms of corporal punishment as cruel, inhuman and degrading treatment.

Political maverick Datuk Zaid Ibrahim was sarcastic in his comment which he tweeted in his twitter microblogging account.

“Only in lawless 1 Malaysia can state court order caning for women although Federal law precluded women from such punishment,” Zaid said.

Hishammuddin said that the case of Kartika Sari Dewi Shukarnor had been blown out of proportion and created anxiety among the public.

He added that the whipping sentence did not cause any injury on them.

The three women offenders, together with four men, had been sentenced to whipping under section 23 (2) of the Kuala Lumpur Federal Territory Syariah Criminal Offences Act 1997 (Adultery) by the Kuala Lumpur Syariah High Court between December 2009 and January this year.

He said a representative from the Home Ministry was present when the sentence was meted on the offenders.

Others present included representatives from Federal Territory Islamic Religious Department, the Syariah division of the Attorney-General’s Office and the Islamic Development Department (Jakim).

Based on interviews with the three women offenders, they were remorseful and had repented although the whipping did not leave a mark, he added.

“It is hoped that the issue will not be wrongly interpreted to the extent of tarnishing the sanctity of Islam. The sentence is to educate and make the offenders realise their mistakes and to return to the right path,” he added.

One of them was released on Feb 14 after spending a month in prison, Hishammuddin added.

He said another would be released over the next few days while the third would be released in June.

Under prison rules, only those who are serving a sentence can be caned. But civil law does not allow caning for women while only men below 50 can receive the punishment.

In carrying out the caning sentences, the country’s prison authorities have now demonstrated their willingness to carry out caning sentences on women if ordered to do so by a Syariah court.

The sentencing of women to be caned sparked a major controversy last year after part-time model Kartika Sari Dewi Shukarnor was sentenced to be caned by a Syariah court for the Islamic offence of drinking beer.

Government officials hoping to avoid any criticism had asked her to appeal the sentence. She refused, and instead, asked for the caning to be expedited.

Faced with domestic and foreign criticisms and fearful of the effect the caning of a woman would have on Malaysia’s image as a moderate Muslim country, officials continued to delay carrying out the sentence.

Recently, religious officials in Pahang, where Kartika was sentenced, said the caning issue would only be decided after she has an audience with the Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kartika, 33, was fined RM5,000 and sentenced to be given six strokes of caning by the Syariah High Court here on July 20 last year after pleading guilty to consuming liquor in a hotel at Cherating on July 11, 2008.

Last September, the Prisons Department declared it was ready at any time to carry out the caning of Kartika, but were only waiting for an order from the Syariah court.

Wednesday, February 17, 2010

XPDC Gunung Nuang

XPDC Gunung Nuang bersama Jabatan Amal Hulu Langat 19-21 Feb 2010 (Jumaat - Ahad). Untuk mereka yang berumur 17 tahun ke atas sahaja. Untuk pendaftaran sila hubungi saudara Sofian 019-2827473. Borang boleh didapati di Pejabat JPD Pinggiran Delima. Tempat terhad.

Selamat beriadah. Badan cergas otak cerdas.

Forum Rakyat Dibuka Semula

Pihak MTD telah membuat keputusan untuk membuka semula ruangan forum ShoutBox bagi memberi ruang kepada semua pihak melontarkan idea dan pandangan secara terbuka dan matang. Gunakanlah ruang yang disediakan ini untuk kebaikan bersama. Semoga ada manfaatnya.

Selamat berforum.

Tuesday, February 16, 2010

Orang Kita Pandang Sahaja.....

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Kekayaan beliau ialah sebanyak RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu .

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. - Bernama

Timbalan MB: Kelantan tidak adakan perarakan Maulidur Rasul

KUALA LUMPUR, Feb 16 — Kelantan tidak akan menganjurkan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini meskipun Umno dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat sebagai anti-Islam kerana didakwa merancang untuk membatalkan acara itu bulan ini.

“Kami tidak menganjurkan perarakan sebagaimana amalan sebelum ini. Tetapi sudah tentu perarakan diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri, yang dianjurkan oleh orang ramai untuk melahirkan kecintaan mereka terhadap Nabi Muhammad,” kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob.

“Secara rasmi tiada perarakan yang ditaja oleh kerajaan negeri. Sebaliknya kami akan adakan syarahan agama di Stadium Sultan Muhammad IV pada 25 Feb dan disusuli dengan sembahyang khas,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Kebanyakan negara Islam menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan perarakan selepas solat. Bagaimanapun Arab Saudi tidak mengadakan perarakan.

Minggu lalu Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri Pulau Pinang merancang untuk membatalkan perarakan tahun ini, sekali gus mengundang kritikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang.

Laporan dan krtikan itu dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menegaskan, kerajaan negeri pimpinannya tidak pernah memutuskan untuk membatalkan acara itu kali ini.

Beliau menyifatkan laporan Utusan Malaysia sebagai satu pembohongan.

Dalam kenyataannya, Timbalan Menteri Besar Kelantan menambah perarakan itu bukan satu kemestian.

“Umat Islam boleh memilih untuk mengadakan ataupun tidak. Tetapi apa yang penting ialah mereka berpegang teguh pada ajaran yang dibawa Nabi Muhammad,” kata Ahmad.

“Dan, ia juga tidak diamalkan ketika zaman Nabi,” katanya.

Semalam ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar mempersoalkan keikhlasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

Justeru Mahfuz berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.

“Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah

Saturday, February 13, 2010

Dari jauh saya melihat.....

I'm lost, tired and disappointed.

Saya tidak faham dan tidak boleh menerima mereka yang membuat kenyataan terbuka di media semata-semata kerana tidak berpuashati dengan keputusan parti atau jawatankuasa parti. Penting sangat ke kita berbanding dengan kemaslahatan umum? Penting sangat ke kita berbandingkan parti. Penting sangatkah kita berbanding dengan kemenangan Islam. Mungkin kita tidak berpuashati dengan tindakkan dan keputusan yang telah dibuat, tetapi wajarkah kita membuat kenyataan secara terbuka sedangkan kita sebahagian dari parti yang kita dokong.

Adakah kenyataan kita akan memperbaiki keadaan ataupun ianya dilihat lebih menjurus kepada cubaan untuk mempertahankan diri? Walaupun kita bersumpah dengan nama Allah adakah itu membuatkan kita lebih baik dan ikhlas. Ataupun kita akan dilihat lebih bersalah bila kita beriya sangat mempertahankan apa yang kita lakukan.

Kenyataan Abdullah Karim terhadap Tuan Ibrahim yang tersiar di Malaysiakini tidak akan menjernihkan suasana. Ianya dilihat lebih kepada cubaan untuk mengatakan saya betul kamu salah. Sedangkan berjuta orang melihat kita dengan dahi berkerut. Mereka memandang dan mula bersuara.... ini ke Parti PAS yang mendakwa ingin memerintah Malaysia dan membawa suara kita di persada antarabangsa?

Sedar atau tidak umat di luar sana mula melihat Pakatan Rakyat ini seolah-olah semakin kelam-kabut dan huru-hara serta tidak lagi boleh diharapkan. Dan kita pula adalah orang yang secara langsung menyumbang ke arah itu.

Saya menghargai tindakkan YB Khalid Samad yang 'akur' dengan tindakkan yang dikenakan keatasnya. Tidak kisahlah beliau sebenarnya benar-benar ikhlas atau perli kawatankuasa disiplin tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak mengeruhkan suasana secara langsung. Tindakkan YB Khalid itu juga telah menyebabkan Tuan Ibrahim rasa terkilan. Beliau amat berharap YB Khalid Samad mengemukakan rayuan.

Dalam usaha kita cuba menunjukkan bahawa parti kita terbuka dan sesiapa juga boleh bersuara dan memberi komen, kita jangan lupa bahawa di luar sana parti lawan sedang menunggu untuk mencari ruang dan peluang bagi membuat pukulan maut.

Kita masih belum mencapai tahap selesa. Kita masih lagi didalam keadaan ditindas dan ditekan. Segala tindakkan kita perlulah mengambil kira semua itu. Kita tidak mahu nanti tindakkan kita seperti tindakkan tentera pemanah turun dari bukit Uhud. Mereka berasa mereka betul dan mereka melihat mereka betul dan mereka juga seperti amat pasti yang mereka betul. Tetapi betul itu pun subjektif. Pastinya hari ini kita membaca sejarah bahawa tindakkan mereka itu telah menyebabkan Nabi SAW hampir terkorban, luka, berdarah dan patah gigi. Banggakah kita pada masa itu?

Mahukan generasi kita nanti membaca sejarah bahawa kitalah orang yang bertanggungjawab terhadap kehancuran itu? Siapa juga boleh membuat kesilapan. Tiada manusia yang sempurna. Apa yang lebih penting kita berjuang dan bersama-sama membina dan membangun perjuangan ini. Sehinggalah Islam tertegak di muka dunia ini. Sehingga semua orang dapat menyaksikan keadilan Islam mentadbir dunia.

Sehingga kita mencapai itu semua.... Berfikirlah secara lebih waras. Perkara yang betul tidak semestinya yang yang terbaik. Right thing not necessarily the best thing. Right thing must also politically accurate.

Kecoh Di Pulau Pinang

Menjenguk sejenak kontroversi yang melanda Pulau Pinang. Belum reda dari tindakan MP PKR keluar parti, kini timbul pula isu dikatakan kerajaan negeri membatalkan perarakkan maulidur Rasul.

Siapa betul siapa salah tak pasti tetapi menurut maklumat yang terkini seperti tertera di JAIPP aturcara sambutan adalah seperti berikut:

ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN UMMAH & PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M

7.00 pagi - Pendaftaran Kontinjen Perarakan

8.00 pagi - Bacaan Doa

9.00 pagi - Perarakan Kontinjen Dimulakan dengan pelepasan oleh Y.B Tuan Mansor bin Osman,Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Kontinjen Perarakan berhimpun di Dewan Sri Pinang, Goergetown, Pulau Pinang

9.30 pagi - Ketibaan Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff

- Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita
- Bacaan Al-Quran Oleh Adik Dzafarul Idham bin Muhammad Fuzi
- Persembahan Nasyid Oleh Kumpulan Mustika

Ucapan Aluan Oleh: Y.B. Tuan Haji Abdul Malik bin Abul Kassim, Pengerusi Jawatan Kuasa MMK (A) Negeri Pulau Pinang
Ucapan Oleh : Y.B Tuan Mansor bin Osman Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang

Ucapan Perasmian :
Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul
Rahman bin Haji Abbas,Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Pelancaran e-Munakahat
-
Forum Perdana oleh Panel Forum:
1. Y.Bhg. Dato' Siti Nor Bahyah binti Mahamood
2. Y.Bhg. Tuan Haji Ellias bin Haji Zakaria
Moderator : Tuan Haji Muhamad Imran bin Ibrahim
- Penyampaian Hadiah Perarakan
- Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita

T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan serta Dif Kehormat meninggalkan majlis.

Jamuan

12.00 T/hari - Majlis bersurai

Friday, February 12, 2010

Berhati-Hati Memandu Semasa Cuti Perayaan

Ingat mereka yang tersayang. Selamat bercuti dan selamat memandu. Semoga perjalan kita dilindungi Allah hendaknya. Amen.

Penghinaan Kepada Islam

Apabila penguasa meletakkan mahkamah sivil lebih tinggi dari Mahkamah Syariah maka kita melihat satu cubaan untuk menghina institusi kehakiman Islam sedang berlaku. Malangnya tiada siapa yang sedar tentang hal ini.

Dalam masa satu kes qazaf sudah difailkan di Mahkamah Syariah, Mahkamah Sivil masih terus membicarakan kes yang sama. Kenapa orang UMNo tidak bersuara sebagaimana isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam?

Adakah kerana orang yang didakwa itu adalah Anwar maka UMNo kata 'padan muka engkau'.

Mendahulukan Mahkamah Sivil dari Mahkamah Syariah juga satu bentuk penghinaan sistem keadilan Islam.

Ramai tidak faham maksud perbincangan PAS-Umno

KOTA BHARU, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS menganggap banyak pihak tersasar memahami maksud sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan perbincangan PAS dan Umno.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, akibat salah faham tersebut menyebabkan mereka mengulas di luar konteks sebenar sehingga terpesong jauh.

“Cadangan Menteri Besar Kelantan sebelum ini mahu mengadakan perbincangan dengan Umno berkaitan agama seperti PAS berdialog dengan penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu.

“Maka tidak salah jika PAS turut berdialog dengan Umno atas dasar agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengajak Umno berbincang kenapa parti itu menolak Islam sebagai cara hidup dan bernegara, selain itu katanya di mana silap PAS memperjuangkan Islam.

Oleh itu, Abdul Latif berkata, kenyataan yang dibuat Ketua Dewan Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan pihak-pihak lain dianggap tidak ada kena mengena dengan kenyataan awal Menteri Besar Kelantan.

Pemuda Umno dalam kenyataan hari ini menyebut Tuan Guru Nik Abdul Aziz diminta membuat pertemuan dengan DAP lebih yang secara terang-terangan menolak Islam sebelum berniat mengadakan pertemuan dengan Umno.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemuda Umno begitu angkuh yang memperlihatkan parti itu tidak berminat berbincang untuk kebaikan agama.

“Apa yang Umno inginkan hanya menangguk keuntungan politik dari cadangan dibuat Mursyidul Am PAS,” ujarnya.

Malah, katanya juga, DAP sehingga kini tidak pernah membuat kenyataan menolak Islam secara terang-terangan seperti didakwa pemuda Umno.

Beliau berkata, Umno sering mengungkit DAP menolak Islam, sedangkan Umno dan parti kompenan lain Barisan Nasional secara jelas menentang pelaksanaan hudud.

Katanya, tahun lepas Gerakan memasang sepanduk bagi menyatakan penentangan terhadap perlaksanaan hukum hudud.

Tazkirah Jumaat - Amaran Kepada Penguasa

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan atau dugaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertubat, maka bagi mereka azab Jahanam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. Al-Buruj Ayat 10

Ingatlah jangan kita kata apa yang kita buat ini untuk orang yang bukan Islam, sedangkan ianya menjadi dugaan yang amat besar kepada orang Islam. Kita kata kita buka pusat hiburan ini untuk pelancung dan orang bukan Islam sedangkan yang menjadi mangsa adalah anak bangsa orang Islam sendiri.

Jangan kita kata kalau kita kuat iman kita tidak akan terpengaruh dengan apa juga dugaan. Ingatlah amaran Allah dalam ayat Al-Buruj di atas. Jangan kita sangka kita akan terlepas dengan menyediakan alasan mengikut nafsu dan akal semata-mata. Kalau rasa neraka itu tiada apa.... tunggulah dan terus sokonglah mereka yang berbuat dan menyokong mungkar.

Terdekat ialah 14 Feb hari Mungkar..... Kalau kita mengiklan dan mengalakkan sambutan hari kekasih pada hari tersebut maka kita juga tergolong dalam ketegori di atas.

Bukan setakat tindakkan kita menyediakan kemudahan maksiat maka kita tergolong dalam ketegori ahli neraka..... kalau ada pihak yang berkuasa cuba menghalang penjualan arak secara terbuka dan kita tidak setuju dengan tindakkan tersebut kita juga tergolong dalam ayat di atas. Kalau ada orang ingin mencegah maksiat dan kita kata kita tidak setuju maka kita juga dalam golongan seperti disebut diatas.

Thursday, February 11, 2010

M.V. AGUSTA AGAIN

By Dr. Mahathir Mohamad

1. Robb Report - the magazine for the rich and famous reported in its February 2010 edition the following under "Front Runners";

"A new MV Agusta that lives high off the hog... Since acquiring MV Agusta for more than US$100 million in 2008, Harley-Davidson has helped revitalise the 65-year-old Italian brand. The new 2010 MV Agusta (www.mvagustausa.com) which debuted in November...."

2. People might just remember that Proton sold its share of MV Agusta for one Euro (RM4) to some unknown Italian who subsequently sold a part of the company to Harley-Davidson for the sum stated above (more than 100 million US Dollars equal to at present exchange rate more than RM340 million Ringgit).

3. We may also remember that the remaining part of MV Agusta was sold to BMW for about the same price i.e. more than 340 million Ringgit.

4. So we sold for RM4 something that the buyer, the mysterious Italians sold for more than RM680 million.

5. We may also know that Proton bought a part of MV Agusta for approximtely RM560 milion Ringgit.

6. The previous management of Proton claimed that it had saved millions of Ringgit by selling its share for RM4.

7. I am still trying to figure this out. Maybe those who read this blog might be able to enlighten me.

8. I am designated as adviser to Proton but during the period of the previous management, it was the management who advised me that the sale had been carried out. Obviously the duty of the advisor was to be advised and not to advise.

Note : Setakat RM4 aku pun boleh beli.... up 100% lagi pun tak apa. KenapaLah tak jual kat aku?

Politically Incorrect

Dalam beberapa suasana kita lihat terdapat tindakan kadangkala kita terperangkap diantara bijaksana akal dan bijaksana politik. Bijaksana akal mungkin hanya merujuk kepada pengiktirafan akademik mungkin ada yang ada sijil, diploma, bachelor, master, PHD dan tak ketinggalan juga pengiktirafan badan-badan profesional seperti akauntan dan sebagaimana.

Manakala bijaksana politik pula tidak hanya bersandarkan kepada kemahiran akademik tetapi juga mengambil kira pengetahuan dan kesedaran terhadap suasana dan keperluan. Politik adalah umpama hukum fekah. Dari segi dasarnya telah ada hukum tetap, tetapi dalam keadaan tertentu hukum fekah boleh berubah. Umpamanya makan babi dari segi hukum asalnya adalah haram. Tetapi dalam keadaan terdesak yang boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak makan babi (tiada makanan lain) maka dalam keadaan itu makan babi jadi harus. Itupun terhad untuk mengelak mati sahaja bukannya makan sampai tahap melantak... Maka tidak tepat bila adakalanya terdapat suara-suara mengatakan 'Dulu PAS kata tak boleh tetapi kenapa sekarang PAS kata boleh'. Berfikirlah sebelum bersuara...

Malangnya ada antara kita kadang kala hilang pertimbangan hingga menyebabkan tindakkan kita mendahului akal yang waras. Mungkin apa yang kita kata itu betul tetapi politically incorrect. Ada yang beranggapan kita perlu terbuka sehingga akhlak berjemaah pun dikesampingkan. Menegur pemimpin disamakan dengan menegur anak sediri, ikut sedap mulut hendak mengata. Apabila ditegur mereka kata inilah kebebasan bersuara atau pun mereka kata inilah keterbukaan.

Mungkin mahluk ini hidup dan membesar di dalam alam dan budaya masyarakat lain. Masyarakat yang boleh maki hamun dalam mesyuarat tetapi di luar bilik mesyuarat boleh gelak ,bertepuk tampar dan hisap rokok sama-sama. Tetapi hakikat masyarakat Melayu tidak begitu. Adap terhadap ketua dan mereka yang lebih tua itu adalah sesuatu yang perlu dijaga. Sekiranya menyalahi maka mereka boleh dikatakan kurang ajar atau bahasa yang lebih mudah.... biadap.

Inilah bila parti sudah menjadi besar dan ahli semakin ramai. Maka seribu satu perangai akan muncul. Tidak kurang juga yang membawa budaya parti lama mereka masuk sekali. Maka bila golongan ini ramai maka PAS sudah tak macam PAS... Dalam sesetengah kedaan, isu dalam PAS dan UMNo tah tak jauh berbeza.

Dalam jemaah yang kecil dahulu mereka amat mesra dan rapat. Usrah selalu, solat jemaah sama-sama, datang ceramah.... kini hanya segelintir sahaja yang istikomah. Mereka yang istikomah ini adalah mereka yang dulunya sedikit itulah. Mereka ini jenis rendam tak basah dan bakar tak hangus. Mereka inilah yang mempertaruhkan segalanya untuk melihat Islam berdaulat di negara ini. Berjuang tanpa batasan waktu hingga kita lihat hari ini pakai baju itu.... esok pun masih dilihat pakai baju yang sama. Kadang kala nak balik rumah pun tidak sempat. Begitulah pengorbanan mereka dan keluarganya.

Semoga kita masih diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk mengharungi perjuangan yang penuh berliku ini. Selamat Berjuang!

September 11

Sekadar berkongsi peristiwa yang menandakan bermulanya tekanan kepada gerakan Islam seluruh dunia. Gambar ini adalah gambar yang belum pernah dikeluarkan sebelum ini dan ianya dirakam oleh pasukan udara polis New York. Ingatlah selamanya Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu pejuang Islam sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka.

Honda & Toyota Menghadapi Masalah Keselamatan

Mungkin kini giliran pengguna Honda dan Toyota pula merasa sangsi terhadap keadaan kenderaan mereka. Selama ini semua orang beranggapan Toyota dan Honda merupakan peneraju.... Namun hakikatnya tidak selamanya begitu..... Bukan menakutkan sekadar memberi peringatan.

Honda expands recall, Toyotas probed

TOKYO, Feb 11 — Honda Motor Co said it would recall another 440,000 cars around the world for faulty airbags as rival Toyota Motor Corp faced further probes over its largest-ever safety crisis.

Wednesday, February 10, 2010

Dari Kacamata Orang Luar...

Malaysia masih lagi dilihat sebagai sebuah negara yang tiada arah masa depan. Malah mereka meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin tidak setabil. Terlalu banyak isu-isu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh Najib. Ini termasuklah isu kehilangan enjin jet, kontrovesi pengunaan perkataan 'Allah', pembakaran rumah ibadat, pencemaran masjid dan surau dan tidak terkecuali perbicaraan Anwar Ibrahim.

Kekecohan Pakatan Rakyat juga sedikit sebanyak menyumbang kepada keadaan yang tidak menentu ini. Kegagalan PR membentuk kerjasama yang bukan sahaja kukuh tetapi perlu dilihat sebagai pakatan yang boleh diyakini tidak menyumbang untuk memperbaiki keadaan.

Dalam keadaan yang kelam kabut ini mahkamah juga dalam keadaan serba salah. Perlukan mahkamah memenangkan Najib atau memenangkan seorang MB. Sedangkan kesan kekalahan Najib akan menjejaskan integriti dan menjunamkan lagi maruah sistem pentadbiran negara. Manakala kekalahan seorang MB mungkin hanya melibatkan satu negeri yang tidak banyak mengubah lanskap ekonomi dan integriti negara.

Apa pun kita kini berada di dalam keadaan yang serba tidak kena. Oleh itu penyelesaian yang terbaik adalah Najib perlu mengadakan pilihanraya Umum dalam masa yang terdekat. Ini diharapkan dapat memberikan mandat yang lebih jelas kepada kerajaan yang memerintah. Najib mungkin dapat mandat baru dan dalam masa yang sama isu Perak pun dapat diselesaikan dengan lebih berkesan.

Sekiranya Najib orang yang cerdik dia perlu membuat keputusan ini dengan segera demi kepentingan negara dan rakyat. Tidak ada gunanya kita cuba memperbaiki 'labu' yang telah hancur berkecai. Baik kita beli 'labu' yang baru sahaja.
______________________________________________
Malaysia veering towards instability, says PERC

KUALA LUMPUR, Feb 10 — Events since New Year’s Day have given the Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC) the impression that the situation in Malaysia is becoming increasingly unstable.

In a blistering report on Malaysia released at the end of January, PERC also asserted that a group of elite minorities were dominating the national agenda to the extent that it was hurting Malaysia’s attractiveness to investors.

The consultancy, which also publishes reports on the risk ratings of other Asian countries, said it is “probable” that no other Asian country is suffering from as much bad press as Malaysia. Among the developments that caught its attention were the theft of military jet engines, detention of terror suspects from a number of African and Middle East countries following warnings that Islamic militants were planning attacks on foreigners at resorts in Sabah, renewed ethnic and religious “violence” that included arson at some churches and desecration of mosques, and controversy over the integrity of key institutions like the judicial system in the sodomy trial of opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Events of the past month give the impression that pressures are building and the entire situation is becoming much more unstable,” said PERC.

The report noted that the government is blaming the international media for exaggerated reporting and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had argued that the focus should not be on the fringe groups that are causing problems but on the majority of Malaysians who are coming together to condemn the recent acts of violence following the ‘Allah’ controversy. But PERC maintained that the root of the problem was a vocal minority that is dominating the national agenda.

“Mr. Razak’s attempt to put the best spin on a bad situation is understandable. He is fighting for his political life and is trying to stop the erosion in confidence in Malaysia’s prospects,” said PERC. “However, he is wrong in saying that Malaysia is being defined by the way the majority of the population are coming together. It is being defined by the ability of a minority to dominate the political agenda, shaping policy and compromising the reputation of key institutions in ways that hurt Malaysia’s reputation as a stable, attractive place for foreign investors.”

The report also said that while Islamic activists which are “threatening Malaysia’s secular credentials” are getting the widest coverage, it was the Umno elites, described as “a fringe group of insiders who have been able to profit disproportionately from the policies of the ruling coalition” that deserved the most attention.

“They are threatened with a loss of political power that could also impinge directly on their substantial business interests. Malaysia’s future will be determined largely by the tactics this group of insider elites resort to in order to stay in power and the success of those tactics. Their commitment to democracy is a major question mark. If they blatantly manipulate the system in order to remain in power, the public backlash could be worse than anything Malaysia has seen in its modern history.”

PERC added Najib’s strategy is looking “increasingly unworkable” as a way to defuse pressures in the country.

“He is trying to be all things to all people, but in the end he might satisfy no one,” it noted.

Malaysia’s risk index as calculated by PERC rose slightly from 5.24 out of a possible maximum score of 10 in December to 5.4 in January. It however, remained well below the risk index in January last year which stood at 6.42. Countries that score higher on the index are deemed to have a higher level of risk.

The PERC report comes as the Najib administration is grappling with a budget deficit and is trying to formulate a new economic model in which private investment plays a bigger role in driving the economy towards developed status.

The consultancy pointed out however that even if the opposition were to be in charge come the next election, foreign investors and others would wait and see if the opposition could govern the country effectively.

“So far the only thing uniting these (opposition) parties is their opposition to the ruling coalition, not matters like dealing with Malay entitlements, the extent that there should or should not be a broader Islamisation of Malaysia, or an economic program for promoting the country’s development,” said PERC.

PERC maintained in its report that foreign investments into Malaysia have not been forthcoming, either in direct form or in the equity markets.

“Foreign companies and investors are remaining cautious until they see how Malaysia gets its own house in order,” it added.

Tuesday, February 9, 2010

Apabila Perjuangan Hilang Arah

Untuk apa perjuangan? Dapat apa dari perjuangan?

Apabila ada orang yang sudah mula hilang arah dan hilang punca dalam mengemudi perjuangan maka kita akan melihat pelbagai kesan dan tindak balas. Akan ada orang yang tidak berpuas hati, ada yang merajuk, ada yang hilang semangat dan terus diam dan ada yang memberontak. Yang 'tidak ada otak' pun ramai...... Bertindak semata-mata menurut nafsu.

Apa pun tindakan beberapa kerat dalam Pakatan Rakyat insyallah tidak akan menjejaskan kami dalam memberikan khidmat yang terbaik di DUN Dusun Tua. PAS tetap istikomah dalam menerskan perjuangan. Kami amat yakin bahawa perjuangan ini berlandaskan keadilan sebagaimana yang digariskan oleh Islam. Keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan tetapi perlu dilihat terlaksana.

Kalau nak hidup senang dan kaya raya masuklah UMNo. Tidak sedikit yang mampu membina mahligai..... tetapi tidak kurang yang menyokong merempat, miskin dan papa kedana.

Parti hanyalah wadah perjuangan.... Yang lebih penting apakah yang diperjuangkan. Adakah ianya mampu membahagiakan hidup kita didunia dan akhirat? Hanya yang beriman sahaja yang yakin.

Dalam perjuangan kita perlu berkerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?
__________________________________

Bendahari PKR, 100 Anggota PKR Bandar Tun Razak Sertai UMNO

KUALA LUMPUR: Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR)Norasidi Salim secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan kembali menyertai Umno malam ini.

Turut mengikut jejaknya adalah empat lagi anggota PKR iaitu Timbalan Ketua Bahagian PKR Putrajaya Azmi Hassan, Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan Ishak Hamzah, anggota jawatankuasa PKR Putrajaya Daud Ahmad dan penggerak reformist 1999-2008 Mohd Solleh Ibrahim.

"Keputusan ini diambil dengan rela hati tanpa desakan daripada mana-mana pihak. Ianya dibuat setelah difikirkan dengan masak-masak kedudukan kami dalam PKR dan menghalusi perjuangan parti.

"Apa yang kami dapati PKR tidak ada perjuangan membela rakyat yang jelas, malahan setiap tindak tanduk kepimpinan parti diselubungi oleh agenda persendirian," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan kepada Timbalan Presiden Umno, yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Monday, February 8, 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Semalam rombongan Pakatan Rakyat berada di Pasar Batu 9 bagi menyerahkan sumbangan beras dan bertemu masyarakat Cina bagi mengucapkan Selamat Tahun Baru - Tahun Harimau. Sambutan amat meriah dan seawal 8 pagi mereka mula berkumpul di Pasar Batu 9 Hulu Langat.

....antara acara sambutan.... Bukan gas pemedih mata tetapi mercun yang dibakar bagi memeriahkan acara.

Antara wajah-wajah ceria penerima sumbangan beras.

Penyampaian sumbangan yang dibuat oleh Mohamad Jan Sulong selaku Pengarah JPD Dusun Tua.
Sambutan yang amat memberangsangkan oleh masyarakat Cina seumpama kempen pilihanraya. Sekiranya sokongan ini berterusan tidak mustahil DUN Dusun Tua akan dapat kita tadbir sepenuhnya. Kemenangan insyallah amat cerah.

Selesai penyampaian sumbangan giliran bertemu dengan masyarakat setempat dan pengunjung bagi mengucapkan Selamat Tahun baru dan penyampaian kad ucapan.


Mungkin ada sesuatu yang menarik yang dibincangkan oleh mereka yang lalu-lalang di majlis tersebut. 'Ooooo inilah Dr Che Rosli, PAS punya Ahli Parlimen Hulu Langat. Kalaulah kita orang tahu faedah menyokong Pakatan Rakyat.... Dah lama kami undi.' Apa pun masih tidak terlambat untuk berubah.

Bagus!...... Saya sokong!