Markas Tarbiah Pas Darul Hidayah bukanlah satu tempat yang asing bagi pejuang-pejuang dan pendokong gerakkan Islam di DUN Dusun Tua. Malah Markas Tarbiyah ini telah berjaya mengeluarkan produk-produk yang berkualiti yang kini menjadi pemimpin dipelbagai peringkat parti, masyarakat dan korporat.
Selaras dengan peredaran zaman, kini telah sampai masanya bangunan yang kian uzur dimamah usia dan tidak lagi mampu dan sesuai menampung pelbagai program kecil dan besar untuk digantikan dengan bangunan yang lebih besar dan selesa. Walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan Darul Hidayah tetap istikomah dalam menganjurkan pelbagai-bagai kegiatan yang melibatkan pimpinan di pelbagai peringkat. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin pelbagai peringkat yang hadir di majlis yang diadakan.
Darul Hidayah terus menghimpunkan pejuang-pejuang dan pendokong gerakkan Islam datang untuk menimba ilmu melalui kuliah-kuliah, usrah, qiamulail dan lain-lain aktiviti yang diadakan juga mendengar taklimat dari pimpinan. Disinilah kebanyakkan aktiviti-aktiviti PAS Hulu Langat bermula.
Dengan peningkatan sokongan selepas pilihanraya umum ke 12, sudah tentu mendorong Darul Hidayah untuk menyediakan sebuah prasarana baru yang lebih selesa untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan tarbiyah. Seubungan dengan itu pada hari ini 28 Jun 2009, YB Nasharudin Mat Isa telah merasmikan Tabung Dana Pembangunan Kompleks PAS Darul Hidayah bagi membina bangunan baru Darul Hidayah.
Bangunan yang dijangka menelan belanja kira-kira RM600 hingga RM1 juta dilengkapi dengan dewan solat, dewan kuliah dan bilik mesyuarat. Disamping itu ia akan menyediakan syatem audio video yang lebih baik begi melancarkan lagi progran yang bakal dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu maka kami menyeru semua pihak agar dapat menghulurkan bantuan bagi membolehkan impian ini tercapai. Segala derma dan sumbangan bolehlah disampaikan kepada Saupi Azran atau Pengarah MTD sendiri Saudara Mat Jan.

No comments:
Post a Comment