Tuesday, March 11, 2008

KLCI Merudum - Pak Lah Buat Apa?!


Tuesday March 11, 2008

Stockbrokers downgrade KLCI fair value


By KATHY FONG

PETALING JAYA: The strong wave of selling that swept across Bursa Malaysia yesterday wiped out RM86bil, or 8.7%, from the bourse's total market capitalisation of RM984bil as at last Friday.

The KL Composite Index (KLCI) tumbled 123 points, or 9.5%, to a 14-month low of 1,173.2 points in its biggest single-day loss so far.

The intensive selling activated the circuit breaker at around 3pm. Trading was halted for an hour when the benchmark index plunged 130 points, or 10%, to 1,166. This was the first time the market-wide circuit breaker was activated on Bursa Malaysia.
_____________________

Hari pertama KLCI didagangkan selepas pilihanraya yang paling meriah dalam sejarah telah memperlihatkan kejatuhan yang terbesar dalam sejarah. Kejatuhan 130 adalah sesuatu yang mengejutkan semua pihak dan akibatnya pasaran saham panik dan mereka mula menjual pegangan saham mereka secara besar-besaran. Akibatnya pasaran saham panik. Adakah ianya akan berterusan pada hari, ianya bergantung kepada Pak Lah. Kenapa? Adakah Pak Lah akan terus meratapi kekalahannya dan sebok buat mesyuarat UMNO dan BN hingga lupa tanggungjawab yang di amanahkan oleh rakyat dan negara. Seseorang tolong kejutkan dia!!!!

KEGAGALAN Pak Lah untuk menjadi pemimpin yang berjiwa besar dan menerima keputusan rakyat dan bertanggungjawab di atas kekalahan BN mengakibatkan pasaran saham hilang keyakinan. Pasaran saham pula hilang keyakinan apabila Pak Lah hilang pedoman dan panik diatas kekalahannya. Sedangkan dia boleh mengikut jejak langkah an Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang akur kehendak rakyat setarusnya mengiktiraf pilihan rakyat dan melakukan apa yang sepatutnya untuk kebaikkan rakyat termasuk memastikan peralihan kuasa berjalan dengan baik dan lancar.

Tetapi bagaimana dengan Pak Lah....? Pak Lah panik, kelam kabut, serabut, gelabah, marah dan dia bertindak seolah-olah bila BN kalah maka negara akan hancur dan musnah. Maka seperti biasa pemimpin-pemimpin UMNO dan BN cuba memberi gambaran bahawa kepimpinan Pak Lah masih releven dan diperlukan oleh UMNO dan BN. Banyaklah program-program untuk menunjukkan sokongan terhadap Pak Lah dibuat tetapi TIDAK ADA program diadakan untuk menyokong keputusan rakyat. Rakyat mahukan yang terbaik dan inilah keputusan yang terbaik.

Negara Jepun selalu bertukar PM dan setiap kali PM mereka bertukar tiada pun kesan langsung terhadap ekonomi dan pasaran saham mereka. Tetapi kenapa tidak berlaku di Malaysia. Ini adalah disebabkan kematangan berpolitik dikalangan pemimpin UMNO dan BN amat rendah dan memalukan. Ini ditambah dengan sumbangan media yang tidak telus dan hanyak memihak kepada BN dan bukannya rakyat. Akibatnya suasana politik menjadi tidak setabil dan keadaan panik yang tidak perlu (unnecessary) telah berlaku.

Jika kita lihat beberapa kes diberitakan oleh TV3 malam tadi memperlihatkan kerosakkan dan kebakaran di dewan dan Tadika KKEMAS telah disensasikan dan mengambarkan seolah-olah Barisan Rakyat yang baru menang di Selangor dan Kedah kemaruk dan ingin merampas segala kemudahan awam yang ada. Akibatnya tanggapan negatif wujud dan prasangka buruk diwujudkan terhadap kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat. Inikah yang Pak Lah mahukan. Pak Lah tidur lagi ke?

Kenapakah teruk sangat UMNO dan BN ini, tak bolehkah mereka menerima keputusan rakyat. Rakyat telah membuat keputusan dan apa pun keputusannya; ia adalah kemenangan kepada rakyat. Kenapa harus dinafikan. Hanya kerana kebimbangan yang keterlaluan dan ketakutan yang menyelubungi peminpin-pemimpin UMNO dan BN mereka mencetus rasa tidak selesa dan cemad dikalangan rakyat. Biarlah mereka (UMNO dan BN) kalah, hidup masih perlu diteruskan dan semua perlu berganding bahu untuk merapatkan kembali masyarakat yang terjejas oleh proses pilihanraya yang baru lalu. Jangan kita ikut jejak langkah UMNO, alang-alang UMNO dan BN kalah biar semua orang menderita. Ini salah dan tak betul.

Saya amat berharap dan merayu kepada kepimpinan tertinggi parti (PAS, Keadilan dan DAP) dan semua MB baru yang dilantik bagi negeri-negeri Selangor, Perak, P. Pinang, Kedah dan Kelantan dapat mengadakan perjumpaan dengan PM (Pak Lah) seberapa segera bagi memulihkan keadaan. Kita mesti menunjukkan kepada masyarakat dan dunia bahawa siapapun yang memerintah, rakyat dan negara adalah keutamaan bukan parti. Pemimpin dan parti datang dan pergi tetapi rakyat akan terus setia disini. Marilah kita bersama-sama berganding bahu bagi membina sebuah negara yang aman, bebas dan makmur untuk semua rakyat dan generasi yang akan datang. Ini bukan masa untuk bertelagah dan mencari kelemahan. Lantiklah jawatankuasa bebas untuk melihat masalah parti, tugas yang sangat besar sedang menanti kita.

PULIHKAN KEADAAN SEGERA.
KEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT.


Sunday, March 9, 2008

PRU 12 : ISYARAT JELAS KEPADA BN

Dengan tumbangnya kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor serta kekalnya Kelantan di tangan PAS, rakyat negara ini telah menghantar mesej yang amat jelas terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah. Kepimpinan Pak Lah terlalu sombong, angkuh dan tidak menghargai atau menghormati rakyat. Pelbagai sekatan dan penindasan yang berterusan menyebabkan rakyat hilang sabar maka ianya diterjemahkan di peti undi. Akibatnya, dalam PRU12 ini satu lembaran baru dicipta dan BN kehilangan kuasa pemerintahan di empat negeri.

Walaupun pelbagai usaha telah dibuat oleh BN dalam usaha mengulangi kejayaan 2004, tetapi rakyat yang mempunyai pelbagai sumber maklumat tidak boleh ditipu lagi. Inilah masanya untuk rakyat menghukum pemerintah yang zalim dan pembohong. Mereka telah gagal mencapai KPI yang diharapkan. Manakala manifesto BN 2008 tidak ubah seperti lawak Doremon yang hanya layak ditonton oleh anak-anak sekolah rendah.

Fajar baru kini telah menyinsing di ufuk timur. Terbitnya membawa seribu harapan rakyat marhain dan sinarnya telah menerangi pantai barat, utara dan pantai timur negara. Sinarnya cukup terang hingga menembusi kubu Negeri Sembilan dan Johor. Adalah menjadi harapan seluruh rakyat bahawa gelombang perubahan ini mampu memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Tidak hanya segelintir elit yang sentiasa mengelilingi dan mendampingi pemimpin.

Tugas kita baru sahaja bermula. Buktikan bahawa cara kita dan BN adalah berbeza. Jadilah wakil rakyat kepada seluruh rakyat dan bukan hanya kepada penyokong dan parti sahaja. Oleh itu hormatilah dan terimalah mereka kerana mereka juga pembayar cukai dan mereka hanya ada satu sahaja wakil rakyat.

Selamat berkhidmat kepada yang menang dan yang tidak berjaya tugas untuk menjadi pembangkang dan pemerhati telah bermula. Bersedia untuk kemenangan yang lebih besar pada PRU13 insyallah.

Keputusan Pemilihan P 101 Hulu Langat

P.101 HULU LANGAT
MARKIMAN BIN KOBIRAN BN 34,379
CHE ROSLI BIN CHE MAT PAS 36,124 MENANG


N.23 DUSUN TUA
ISMAIL BIN SANI BN 13,542
MENANG
MOHD SANY BIN HAMZAN PAS 11,579

N.24 - SEMENYIH
ARUTCHELVAN A/L SUBRAMANIAMS PKR 10,448
JOHAN BIN ABD AZIZ BN 11,588 MENANG

N.25 - KAJANG
LEE KIM SIN PKR 13,220
MENANG
LOW LEE LENG BN 9,952

Friday, March 7, 2008

8 MAC 2008 HARI PENENTUAN

8th March 2008 : The Judgment Day

Hari ini adalah hari terakhir untuk parti-parti politik yang bertanding berkempen bagi meraih sokongan. Tepat pukul 12 tengah malam nanti semua aktiviti kempen dan memasang poster akan tamat. Hari Sabtu 8 Mac 2008 adalah hari penentuan bagi mengesahkan hala tuju politik negara ini. Adakah kita menuju kearah negara berkebajikan, kemuflisan, kemelaratan, kebobrokkan atau kehancuran. Pengundi DUN Dusun Tua, Parlimen Hulu Langat dan seluruh penggundi di negara ini akan membuat pilihan sama ada PAS, Keadilan, DAP atau BN.

Begitu banyak janji politik ditabur oleh semua pihak, janji manakah yang diterima oleh pengundi. Adakah penduduk Dusun Tua percaya bahawa sekolah agama Taman Sri Nanding akan dibina? Bila kita lihat papan tanda projek tidak pula menandakan tarikh projek akan siap? Adakah ianya akan dibuat atau satu lagi projek pembohongan UMNO/BN.

Apakah jaminan bahawa pengundi mendapat maklumat yang adil dan tepat. Setelah seluruh media tempatan dipergunakan oleh BN bagi menghentam dan memburuk-burukan lawan (PAS, Keadilan, DAP dll.) tanpa memberi ruang sedikitpun kepada parti lawan untuk menjawab segala tohmahan itu. Ruang sedikit yang tinggal ini pun dihalang dengan pelbagai ugutan dan alasan. Malam tadi, bertempat di tapak pasar tani Batu 14 Hulu Langat, kita dipertontonkan oleh aksi 'orang utan' yang menghalang program penerangan yang dibuat oleh PAS. Walaupun permit telah dikeluarkan tetapi itu bukan jaminan bahawa majlis akan berlangsung tanpa halangan dan gangguan. Polis yang mengeluarkan permit pun gagal melakukan apa-apa. Bukan setakat gagal menghalang UMNO dari terus menghemburkan kata-kata kesat kepada PAS tetapi juga gagal mempertahankan permit yang telah mereka dikeluarkan sendiri.

Inilah gambaran wajah dan masa depan negara yang kita cintai ini. Apabila berhadapan dengan UMNO tiada badan atau penguat kuasa yang mampu berbuat apa-apa. Apakah ini yang rakyat mahukan? Negara ini bakal menjadi negara mafia dan mengamalkan undang-undang rimba. Siapa yang kuat dialah yang berkuasa. Ini undang-undang rimba/hutan. Ianya hanya boleh dan layak digunakan di hutan sahaja. Benarlah kata TG Nik Aziz yang mengatakan bahawa "Yang kita bimbang ialah kita berhadapan dengan orang utan". Kalau kita melayan provokasi mereka kita pun boleh dipanggil orang utan sama.

Penyelesaian kepada konfik dan kekalutan ini adalah kita kenalah bersama-sama BUANG UMNO dan BUANG BN ke tong sampah pada hari mengundi nanti. Kita tukar dan kita pangkah PAS, Keadilan atau DAP. Selagi rakyat tidak ada kesungguhan untuk berubah kita akan terus ditadbir menggunakan dua sistem iaitu perlembagan negara dan sistem rimba UMNO. Sebagaimana yang kita maklum, sistem rimba ini akan mendapat tempat di kalangan pemimpin UMNO/BN dan terus dipertahankannya.

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh Pak Lah untuk membentuk negara yang Aman, Makmur dan Sejahtera. Adakah Pak Lah nak BOHONG lagi. Tidak cukupkah berbohong satu hari sebelum pembubaran parlimen? Adakah rakyat negara ini mahu ditadbir oleh perdana menteri yang pembohong ini? Apabila Pak Lah mula cakap bohong, SPR pun ikut sekali berbohong mengenai peraturan matikan setem di borang 5 dan 5A dan yang terbaru ialah penggunaan dakwat penanda bagi mereka yang telah menggundi.

Tidak pernah kita melihat sejarah pilihanraya yang seburuk ini. Segala jentera kerajaan, ahli korporat dan samseng UMNO bertindak sesuka hati, seumpama negara ini diperintah oleh Al-Capone Raja Dadah dan ketua gangster yang ditakuti. Mungkin Pak Lah kini layak dipanggil Pal Lah Al Capone dan bukan lagi Al Hadari.

Pak Lah mendakwa bahawa Anwar tidak lagi releven, tetapi kenapa Pak Lah berhabis-habisan mengutuk dan menyerang Anuar di media dalam semua ceramah beliau. Apakah Pak Lah bohong lagi. Pak Lah sebenarnya terlalu bimbang dengan situasi dan suasana penggundi sekarang. Majoriti penggundi telah menerima pelbagai maklumat dari pelbagai sumber. Akibatnya kesedaran penggundi bertambah tinggi. Inilah antara sebab kenapa penduduk cina di Suntex berani membuka bilik gerakkan PAS. Bukan sahaja di Hulu Langat, bahkan fenomena ini berkembang di seluruh negara.

UMNO dan BN kini berada didalam keadaan terdesak. Akibatnya, walaupun kedua-dua calon DUN Dusun Tua Mohd Sany Hamzan (PAS) dan Ismail Sani(BN - UMNO tidak bertanding) membesar di persekitaran yang sama dan sekolah yang sama, ia tidak menjanjikan pilihan yang bebas dan adil. Oleh kerana negara dipimpin oleh ketua mafia maka seluruh jentera pilihanrayanya akan mengamalkan gerak kerja ala-mafia.

Kini Mat Rempit telah mendapat tempat yang tinggi di dalam UMNO. Apabila Mat Rempit bersama UMNO, mereka akan dilindungi oleh 'Big Brother' mereka iaitu Ketua Putera dan Pemuda UMNO. Marilah kita berfikir jauh sedikit, dimanakah kedudukan Mat Rempit ini sekiranya UMNO/BN menang lagi kali ini. Saya yakin dan percaya pihak polis tidak akan mampu lagi mengekang Mat Rempit ini kerana Putera UMNO telah terhutang budi dengan Mat-Mat Rempit ini. Mat Rempit akan bermaharajalela dijalanraya dan jaminan perlindungan oleh Pegerakkan Rempit UMNO. Pada UMNO rempitlah asalkan menyokong UMNO.

Sanggupkah kita melihat generasi muda ini hancur dan rosak ditangan UMNO. Hilang agama, hilang jati diri, hilang maruah dan hilang pedoman. Yang pastinya apabila semua ini berlaku barulah mereka panggil Mufti, Ulma' dan Parti PAS untuk menyelesaikan masalah ini. Apa nak buat lagi UMNO telah terhutang budi dengan Mat Rempit. Tunggulah masanya.....

Saya yakin dan percaya sekiranya orang UMNO sendiri sedar tentang perkara ini dan berfikiran terbuka. Nescaya mereka juga takut untuk menggundi BN. UMNO telah mengkhianati perjuangan datuk nenek kita. UMNO telah menjual maruah bangsa melayu dengan harga yang murah bahkan UMNO tidak bimbang bangsanya hancur demi menjamin kelangsungan kuasa politik mereka. Membujur lalu melintang patah.

Sekiranya selepas ini harga minyak naik, tol naik, susu naik, beras naik, gula naik, telur naik, ayam naik, sayur naik, daging naik, ikan naik, cukai naik dan semuanya naik saya akan tuntut penggundi BN. Demi anak bangsa saya, saya akan TUNTUT percayalah. Sabar itu ada hadnya. Jangan sampai pijak kepala orang.

Esok adalah hari perhitungan. Negara apakah yang kita semua mahukan. Ambilah pesanan ini: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”
(An-Nisaa’ : 58).

Selamat mengundi dan selamat menukar kerajaan kepada yang labih baik dan berkebajikan.

UNDILAH PAS UNTUK NEGARA BERKEBAJIKAN


.

Wednesday, March 5, 2008

IMPIAN - SENARAI BARISAN ANGGOTA JEMAAH MENTERI KABINET 2008


PERDANA MENTERI = DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (Keadilan)


TIMBALAN PERDANA MENTERI = YB DATO' HAJI ABDUL HADI AWANG (Pas)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat = DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL (Keadilan)

Menteri Pelajaran = PROF. DIRAJA DR. UNGKU AZIZ (Ahli akademik)

Menteri Penerangan = YB DATO HUSAM MUSA (Pas)

Menteri Luar Negeri = AZMIN ALI (Keadilan)

Menteri Kerja Raya = M. KULASEGARAN (Dap)

Menteri Pertahanan = JOHARI ABDUL (Keadilan)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan = TENG CHANG KHIM (Dap)

Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi = YB LIM KIT SIANG (Dap)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri = Dato' TAKIYUDDIN HASSAN (Pas)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani = MAHFUZ OMAR (Pas)

Menteri Sumber Manusia = SYED SHAHIR SYED MOHAMUD (Keadilan)

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri = SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL (Keadilan)

Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan = PROF. EMERITUS DATO.. DR. KHOO KAY KIM (Ahli akademik)

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi = YB DATO' KAMARUDDIN JAAFAR (Pas)

Menteri Kewangan= DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (Keadilan)

Menteri Kewangan II = NASHARUDDIN MAT ISA (PAS)

Menteri Kesihatan = DR LO LO GHAZALI (PAS)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar = DOMINIQUE NG KIM HO (Keadilan)

Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah = MOHAMMAD SABU (Pas)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna= DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI (Pas)

Menteri Pelancongan= DATO' ANUAR TAN BIN ABDULLAH (Pas)

Menteri Wilayah Persekutuan= DR HATTA RAMLI (Pas)

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi= DR. TAN SENG GIAW (Dap)

Menteri Pengajian Tinggi= YB SALEHUDIN AYUB (Pas)

Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi= TAN SRI KHALID IBRAHIM (Keadilan)

Menteri Belia dan Sukan= TIAN CHUA (keadilan)

Menteri Di JPM= HANIPA MAIDIN (Pas) --> Undang-undang

Menteri Di JPM= DATUK DR JEFFREY KITING (Keadilan)

SPR batal dakwat celup

Sesuatu yang dibimbangkan dan dijangka telah mula kelihatan dan menjadi realiti. Apabila BN mula merasa cemas dan rimas dengan sinario politik negara yang tidak memihak kepadanya, satu arahan mengejut telah dikeluarkan. Setelah kerajaan berbelanja sebanyak RM2juta untuk membeli 47,000 botol pencelup tiba-tiba arahan telah dibatalkan oleh SPR .

Walau apa alasan pun ianya memperlihatkan bahawa SPR cuba memperbodohkan pengundi. Sedangkan SPR boleh membuat arahan supaya sekiranya ada sesiapa dicelup sebelum mengundi mereka boleh membuat laporan polis. Itupun jika ianya berlaku sebelum pukul 8pagi pada 8 Mac. Sekiranya selepas 8 pagi mungkin beliau telah mengundi dan cuba menipu.

Sekiranya SPR betul-betul telus pelbagai jalan boleh dibuat tetapi sekiranya sebaliknya macam-macam alasan boleh diberi.

LAWAN TETAP LAWAN, TIPU TETAP ADA HADNYA
BEGITU JUGA DENGAN KESABARAN PEJUANG

Tuesday, March 4, 2008

Wind of change

I follow the Pangsun
Down to Bt 9
Listening to the wind of change
As Voting Day arrives
Malaysians plebiscite
Listening to the wind of change

The world closing in
Did you ever think
That we could be so close,like brothers
The future's in the air
I can feel it everywhere
Blowing with the wind of change

Chorus:
Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

Walking down the street
Distant memories
Are buried in the past forever

I follow the Pangsun
Down to Bt 9
Listening to the wind of change

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

The wind of change blows straight
Into the face of time
Like a stormwind that will ring
The freedom bell for peace of mind
Let your ghazal sing
What my guitar wants to say

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow share their dreams
With you and me

Take me to the magic of the moment
On a glory night
Where the children of tomorrow dream away
In the wind of change

ISSU YANG MASIH BELUM SELESAI

  1. Pasar pagi Jumaat di Pekan Batu 14 perlu segera dipindahkan untuk mengurangkan kesesakkan lalu lintas.
  2. Semua gerai-gerai yang telah siap dibina perlu segera diagihkan seperti di Taman Pinggiran Delima, Taman Titiwangsa, Sungai Serai dan Taman Nanding.
  3. Pastikan semua pengumpulan dan pembuangan sampah ditaman dan kawasan perumahan diperbaiki. Sediakan tong yang sesuai dan mencukupi. Perbaiki sistem pengumpulan, pembuangan dan pungutan sampah ditempat awam. Kuat kuasakan peruntukkan undang-undang bagi mengelakkan salah guna seperti membuang sisa binaan dan industri ke dalam tong yang disediakan.
  4. Hadkan permit dan jumlah lori pasir dijalanraya. Jangan benarkan lori beroperasi terutama sekali di waktu puncak atau anak-anak pergi dan balik sekolah.
  5. Hentikan pencemaran Sungai Langat. Hentikan aktiviti korek pasir dan buang sisa ke dalam Sungai Langat. Pantau pembuangan sisa kilang ke Sungai Langat. Sediakan pusat pemantauan dan amaran tahap kualiti sungai (boleh dilaksanakan bersama PUSPEL).
  6. Kesesakkan jalan yang semakin serius yang memerlukan peruntukan untuk membesarkan jalan.
  7. Pusat permainan kanak-kanak yang terhad.
  8. Masalah setempat seperti hakmilik tanah di Lui dan laluan keluar masuk bandar Mahkota Cheras.
  9. Pemilihan jawatankuasa surau dan masjid yang dikongkong oleh JAIS.
  10. dll

Monday, March 3, 2008

Kempen BN di Indah Jaya

Sekali sekala ada baiknya kita cuba mendengar apa yang cuba diperkatakan oleh calon lawan bagi membuat perbandingan dan memantapkan kempen kita.

Ceramah malam tadi itu diadakan bersebelahan bilik gerakkan BN bermula sekitar jam 9.30 malam. Saya tidak pasti ceramah tertutup atau umum kerana tiada makluman atau hebahan dibuat. Yang hadir majoritinya adalah wanita. Saya sempat mengikuti ceramah sambil minum teh di gerai sebelah.

Ceramah dari wakil calon tidak dapat saya ikuti kerana saya menghadiri majlis tahlil penduduk. Tetapi maklumat dari ketua UMNO cawangan Indah Jaya beliau banyak menyentuh dan memberi motivasi kepada penduduk.

Ceramah Ismail pula banyak berkisar tentang memperkenalkan diri beliau dan janji beliau iaitu untuk mengadakan lampu jalan dan berjanji untuk menjadi pemimpin yang baik. Tiada menifesto dan tiada janji pilihanraya. Masalah penduduk hanya akan dibincangkan selepas beliau menang. Itupun kalau beliau menang.

Hasrat beliau untuk menjadi pemimpin yang baik tidak jelas dan mungkin tiada kayu pengukur untuk menilai. Adakah beliau menggunakan Islam, adat atau nafsu ukurannya? Beliau juga menyentuh tentang undi PAS masuk syurga dan undi BN masuk neraka. Tiada hujah yang diberikan untuk menafikan tanggapan itu atau menyokongnya. Tanpa ilmu manusia akan sesat dan menyesatkan orang lain. Syurga dan neraka adalah hak Allah. Jalan ke syurga itu adalah jelas dan jalan ke neraka juga jelas. Yang tak jelas adalah perjuangan UMNO itu sendiri. Ia untuk rakyat atau untuk kroni. Ataupun untuk rakyat sikit-sikit dan banyak-banyak untuk kroni?

Masalah penduduk sekitar yang masih belum selesai dan tidak dibincangkan:

1. Taman permainan kanak-kanak yang tidak mencukupi. Sekitar taman Titiwangsa, Indah Jaya dan kampung kenangan berkongsi taman permainan di padang awam Taman Titiwangsa. Nisbah kanak-kanak yang tidak padan dengan kemudahan.

2. Gerai projek 'belia 4B' yang masih tidak dibuka untuk manfaat belia dan penduduk sekitar.

3. Pondok RELA yang terbiar dan membazir. Ia mungkin boleh dipindahmilik kepada persatuan penduduk untuk pusat aktiviti atau dijadikan kedai koperasi atau lain-lain yang lebih bermanfaat.

4. Penduduk asal Taman Indah Jaya (tanah lot) masih tidak menikmati khidmat pungutan sampah. Akibatnya ada kalangan penduduk membuang sampah di selekoh masuk Taman Indah Jaya. Ini menyebabkan kadang-kala ada bau yang tidak menyenangkan.

Ismail juga ada mengatakan bahawa beliau ada berkunjung ke Bandar Mahkota Cheras untuk bertemu penduduk. Sedangkan pada pagi semalam tiada wakil dari BN yang hadir untuk mendengar masalah rakyat dan menandatangi dikelarasi penduduk yang menuntut pembukaan jalan keluar ke persimpangan Bandar Tun Hussin Onn yang melibatkan semua calon yang bertanding.

Mungkin ini boleh kita manfaatkan untuk di dedahkan kepada masyarakat semasa PAS berkempen.


UNTUK MASUK SYURGA UNDILAH PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM