Friday, February 13, 2009

2 Bukit : Penaman Calon & Pembuangan Undi

Jelas keputusan SPR untuk mengadakan PRK 2 Bukit ini pada 7 April 2009 adalah untuk memberikan kelebihan kepada UMNO/BN. Tarikh itu adalah tarikh dipenghujung menurut undang-undang yang mengkehendaki pilihanraya perlu dibuat dalam masa 60 hari selepas kerusi dikosongkan. Oleh kerana perletakkan ADUN Bukit Selambau disahkan kosong pada 8/2/2009 maka 60 hari adalah jatuh pada 9/4/2009, oleh itu tarikh yang paling selamat adalah 7/4/2009.

Situasi semasa dan bancian Merdeka Center menunjukkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya dibuat dalam masa terdekat. Oleh itu untuk memberi kelebihan kepada UMNO/BN maka PRK dibuat semaksimum yang boleh. Dengan harapan Melayu mudah lupa dan hangat-hangat tahi ayam orang Melayu menjadi kenyataan.

Kesimpulannya PR akan berhadapan seluruh jentera dari SPR, Polis, Kementerian Penerangan, Kementerian Dalam Negeri, Media Cetak, Radio, TV, Menteri Kabinet, 'Ustaz', Penasihat Agama, 'Mufti' dll.

Bersedialah untuk satu pertembungan terhebat di dekad ini. Dan saksikanlah satu pilihanraya yang paling berat sebelah yang akhirnya dimenangi oleh PR. Insyallah.

Kesebaran,Istikomah dan tawakal kepada Allah. Kemenangan sedang menunggu.
______________________


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Selambau, V. Arumugam sebagai sah, sekali gus mengadakan dua pilihan raya kecil serentak awal April ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof mengesahkan semua dokumen berkaitan peletakan jawatan itu, yang diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, adalah sah dan tidak wujud keraguan.

"Setelah meneliti notis pemakluman oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah serta dokumen-dokumen yang dilampirkan bersama notis tersebut, selepas mendalaminya secara rapi setiap dokumen berkenaan serta maklumat-maklumat berkaitan dari Penasihat Undang-undang Negeri Kedah serta pandangan perundangan dari pihak Jabatan Peguam Negara, maka SPR dengan ini mengesahkan bahawa kerusi bagi bahagian pilihan raya Bukit Selambau, adalah kosong dan tarikh kekosongan berkuat kuasa pada 8 Februari 2009," katanya lagi.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Bukit Selambau dan kerusi Parlimen Bukit Gantang akan diadakan pada 7 April ini.

Tarikh penamaan calon pula diadakan 29 Mac.

Tempoh kempen adalah selama sembilan hari. Pilihan raya kecil ini diadakan hampir dua bulan selepas kekosongan wujud.

UMNO Yang Menderhaka Kepada Raja-raja Melayu

Kuala Terengganu – Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan UMNO mengadakan himpunan kononnya menunjukkan sokongan kepada sultan, yang akan diadakan di PWTC, pada 19 Februari depan.

“UMNO juga yang menghina sultan! Dia (UMNO) yang menggubal perlembagaan yang merampas kuasa sultan, itu (himpunan) satu tindakan yang pura-pura, hipokrit,”katanya pada sidang media yang diadakan selepas Ceramah Dana Palestin, di Batu Enam semalam.

Menurutnya himpunan tersebut bukan sahaja mainan politik, malah lebih teruk dari itu, kerana rakyat sudah mengetahui ‘tembelang’ UMNO yang sebenarnya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak menyokong tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Karpal Singh yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri tersebut.

“Ya, PAS tidak menyokong (Karpal), itu tindakan peribadi (beliau), bukan sahaja PAS, bahkan seluruh Pakatan Rakyat mengatakan kita tidak mahu bertembung dengan Sultan,

“Pertembungan kita dengan UMNO, dengan Barisan Nasional, kerana Sultan tidak berpolitik,”ujarnya ketika ditanya wartawan berkaitan perkata tersebut.

Mengulas tentang keadaan di negeri Perak, beliau berkata, rakyat akan menilai tindakan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Hj Mohammad Nizar Jamaludin yang bersetuju menyerahkan kembali kenderaan dan kediaman rasmi kepada kerajaan negeri.

“Itu satu tindakan yang dilihat oleh rakyat, rakyat akan menilai, menunjukkan bahawa kita (PAS) tidak gila kuasa, dan tidak tamak kuasa,

“kita mahu supaya kekuasaan dapat dengan cara sopan, kerana kita mengambil jawatan itu dengan sopan,” katanya yang menambah Haji Nizar tak minta jawatan, dimana kita (PAS) diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menunggu proses pilihanraya kecil yang akan diumumkan hari ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.

Katanya Pakatan rakyat akan bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut, dimana Parti Kedilan Rakyat (PKR) akan melatakkannya calonnya di Bukit Selambau dan PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil palimen Bukit Gantang.

“(berkenaan) Calon, kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak, setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan,

“Tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah,”katanya apabila ditanya tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN yang mengharamkan ceramah di negeri Perak sebagai satu tindakan yang pengecut dan penakut.

“Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut, sedangkan dia (kerajaan UMNO-BN) mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah,

“Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju,”katanya.

Beliau menyeru kepada semua petugas dan penyokong Pakatan Rakyat agar menghadapi pilihanraya dengan baik dan bijak, sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau turut berpesan supaya menjaga tatatertib dalam pilihanraya kecil akan datang dan tidak melayan sebarang provokasi pihak lain.

“InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi, (yang cuba) untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini,

“Jika ada sesuatu tindakan (yang tidak diingini) itu bukan daripada kita (PAS), (tapi) daripada pihak-pihak lain,”jelasnya.

Thursday, February 12, 2009

Kajian: Majoriti mahu DUN Perak dibubar

PETALING JAYA: Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.

Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.

Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.

"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.

Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.

Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).

Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.

Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu.

ADUN Pelabuhan Klang nafi keluar PKR

PETALING JAYA:"Demam spekulasi lompat parti" merebak ke Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini menafikan yang beliau akan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

Bercakap pada sidang media petang ini, Badrul Hisham berkata, beliau akan tetap bersama PKR dan menyokong kepimpinan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR negeri itu hari berhubung spekulasi bahawa mereka akan melompat BN.

Khalid, yang juga Pengerusi PKR negeri berkata, beliau ia penting ekoran perkembangan di Perak minggu lalu.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya akan membincangkan isu-isu lain.

Minggu lalu, kerajaan negeri itu telah mengadakan taklimat untuk memperuntukkan dana tahunan RM150,000 kepada kesemua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor.

"Kita akan membincangkan sejauh mana peruntukan bagi ahli-ahli Parlimen dan ADUN boleh digunakan dengan sebaik yang mungkin.

Ketika ditanya mengenai Badrul Hisham yang dikatakan "hilang", Khalid memberitahu, wakil rakyat berkenaan dijangka hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan bahawa pengundi-pengundi di kawasan Port Klang telah mengadu tentang ketidakhadiran wakil rakyat dalam banyak majlis dan sukar untuk berhubung dengannya.

Laporan SPRM terhadap 'MB baru'

Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 'Menteri Besar Perak', Datuk Dr Zamby Abd Kadir hari ini.

Laporan tersebut dibuat di Ipoh pada jam 11 pagi tadi, oleh pemimpin DAP yang menuduh 'menteri besar' itu menyalahguna kuasanya dengan melantik tiga orang penasihat yang bertaraf exco.

Menurut Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, setiap penasihat tersebut akan menerima gaji sebanyak RM250,000 setahun.

Turut hadir ialah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan kira-kira 20 orang penyokong parti itu.

Semalam, Dr Zambry melantik tiga orang penasihat dan seorang ketua penerangan kerajaan negeri. Keempat-empat mereka akan mendapat imbuhan sama seperti ahli exco kerajaan negeri yang lain.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri.

Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.

Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Wednesday, February 11, 2009

ADUN Changkat Jering tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah

Bolehlah Norliza ni di dakwa kerana berbohong atau senyampaikan maklumat yang salah kepada mahkamah. Sekiranya ada yang menyuruh berkata demikian maka orang itu juga perlu dihadapkan kemahkamah.

_____________________________

KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Menurut Norliza, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. BERNAMA

Tuesday, February 10, 2009

Le Tour de Langkawi 2009 - UPDATED HARI INI

Jumpa pelumba-pelumba handalan negara dalam jelajah Le Tour de Langkawi 2009. Tahniah kepada pelumba negara yang berjaya meletakkan diri di 10 yang terbaik.

Kedudukan Peringkat 1 : Putrajaya - Senawang
1 GAVAZZI Mattia SDA 03:06:42
2 SUTTON Chris GRM 03:06:42
3 HOFFMAN Nolan RSA 03:06:42
4 DALL'ANTONIA Tiziano CSF 03:06:42
5 NATEGHI Hossien IRI 03:06:42
6 MUSIOL Daniel VBG 03:06:42
7 ANUAWAR Ahmad Haidar MAS 03:06:42
8 CHTIOUI Rafaa DOT 03:06:42
9 SHIMIZU Miyataka EQA 03:06:42
10 MANAN Anuar MAS 03:06:42

Kedudukan Peringkat 2 : Senawang - Melaka
11 151 AUS 19810704 BATES Gene AUS
12 143 MAS 19860425 ANUAWAR Ahmad Haidar * MAS
13 25 AUS 19840910 SUTTON Chris GRM
14 135 MAS 19860620 ZAINAL Nor Rizuan * MCF
15 181 KAZ 19860313 GRUZDEV Dmitriy * KAZ
16 192 CHN 19820829 HUI Guo * CHN
17 133 MAS 19880229 ABDU RAZAK Mohd Faris * MCF
18 173 IRI 19811012 SOHRABI Mehdi * IRI
19 101 KOR 19830119 SUH Seok Kyu * SCT
20 82 GER 19830327 MUSIOL Daniel VBG

Peringkat 3 - Melaka - Melaka
Rabu, Februari 11, 2009 10:00am
Jarak : 186 km
11 112 ALG 19850202 HANNACHI Abdelbaset DOT
12 82 GER 19830327 MUSIOL Daniel VBG
13 12 FRA 19830825 BERNAUDEAU Giovanni BBO
14 146 MAS 19831210 SALEH Mohd Zamri * MAS
15 174 IRI 19870208 NATEGHI Hossien * IRI
16 143 MAS 19860425 ANUAWAR Ahmad Haidar * MAS
17 166 RSA 19850113 VAN HEERDEN Christoff RSA
18 103 KOR 19830119 CHOI Jin Yong * SCT
19 181 KAZ 19860313 GRUZDEV Dmitriy * KAZ
20 145 MAS 19830112 WAN MOHAMMED NAJMEE W * MAS

Nampaknya nasib hari ke3 juga tidak menyebelahi pelumba kerana tidak dapat berada di kelompok 10 teratas. Walaupun begitu pencapaian masih baik. Kita tunggu peringkat ke4 dari Melaka ke Bandar Baru Bangi dan pastinya melalui Hulu Langat.

Pada peringkat ke 4 (12 Feb 2009 bermula pada pukul 10.00pagi) dari Melaka ke Bandar Baru Bangi.

Mari kita saksikan pelumba-plumba handalan negara ini di mendaki Genting Perez dari Kuala Kelawang pada sekitar pukul 1.00 tengahari dan berada di Empangan Semenyih sekitar pukul 1.30 petang.

Diharapkan keadaan jalan yang rosak di200 meter dari simpang tiga Sg Lui Kuala Kelawang menuju empangan Semenyih dapat diperbaiki sebelum perlumbaan peringkat ke 4 bermula. Juga jalan sebelum sampai ke hutan lipur Tekala ada terdapat lubang yang agak besar yang boleh membahayakan pelumba.

Selamat berkayuh....

Kenyataan Mohon Maaf MyKMU

Pengumuman Khas

Seperti mana makluman umum ruangan Forum siber seperti ini sukar dikawal sepenuhnya. Justeru itu mana-mana pemilik portal tidak bertanggungjawab terhadap sebarang pendapat atau pandangan yang dikemukakan di sini. Walau pun demikian kami dari masa ke semasa berusaha memastikan tiada isu fitnah atau tuduhan liar dilakukan dalam ruangan forum ini.

Berhubung dengan tuduhan terhadap ADUN Selat Klang, YB Halimah, kami mohon maaf atas terlepas pandang topik terbabit sehingga menjejaskan nama YB dan Keluarga. Ini merupakan pengajaran kepada para pengguna forum ini.

Ahli forum ini yang membuat dakwaan juga telah pun memohon maaf di sini:
http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=24427#629698

Bagaimanapun pihak pentadbir laman bersedia menjawab apa sahaja isu perundangan sekiranya perlu.

Sekian, terima kasih.

Pentadbir Laman
Mykmu.net

Waran tangkap ke atas ADUN Changkat Jering

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas kawasan Changkat Jering dan Behrang, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri untuk perbicaraan kes rasuah mereka yang dijadualkan hari ini.

Oleh yang demikian satu waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Osman.

Beberapa panggilan yang diterima mStar Online memaklumkan Osman kini dimasukkan ke hospital.

Namun usaha untuk menghubungi Osman bagi mendapatkan pengesahan masih gagal.

Selain Osman, mahkamah turut mengeluarkan waran tangkat terhadap ahli perniagaan Usaili Alias.

Sementara itu menurut peguam Jamaluddin, anak guamnya tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan dan surat sakit juga telah dikemukakan kepada pihak mahkamah.

Kedua-dua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar dekat sini secara usahasama dengan Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT).

Osman dan Jamaluddin sebelum ini merupakan ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun mengumumkan untuk keluar daripada parti itu minggu lalu menjadi wakil rakyat bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN)..

Selain itu, ADUN Jelapang, Hee Yit Fong daripada DAP turut mengumumkan keluar parti dan menyokong BN.

Pada masa yang sama, ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim bertindak keluar PKR dan kembali ke pangkuan Umno, sekali gus menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan BN kembali menguasai negeri itu.

Dalam pada itu, Osman dan Jamaluddin dilaporkan turut tidak kelihatan di majlis mengangkat sumpah barisan Exco baru Perak yang berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, pukul 10 pagi ini.

2 Bukit Menjadi Taruhan : Bukut Gantang & Bukit Selambau












"ALFATIHAH disedekahkan buat Allahyarham Roslan Shahrum (MP Bukit Gantang) yang telah kembali kerahmatullah (kira-kira 12t/hari 9/2/09) dan jenazahnya telah selamat disempurnakan di sebelah petang pada hari yang sama.

Najib merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah ternyata lebih baik.

Walaupun Najib menggunakan segala jentera, media dan Istana bagi menghalalkan kerja-kerjanya merampas Perak ternyata perancangan Allah mengatasi segalanya. Dengan kembalinya Ahli Parlimen Bukit Gantang kerahmatullah maka kedudukkan 'kerajaan baru' Perak nampak tak tentu hala.

Saya melihat dalam beberapa prespektif:
  1. Kerusi yang kosong adalah Parlimen, maka speaker DUN tak perlu berebut untuk membuat peristiharan. Biarlah Pandikar Amin yang membuat pengumuman kerusi kosong. Tidak juga SPR perlu membuat kenyataan yang bukan-bukan dan cerita siapa yang layak dan tak layak buat pengumuman dan tak payah nak kelam kabut siapa perlu maklumkan kepada baginda Sultan kerana Parlimen di bawah Agong.
  2. Ini adalah pentas terbaik untuk dua orang Besar perak bertanding. Ini adalah kerana kedua-dua Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir boleh bertanding kerusi itu. Biar rakyat yang tentukan sama ada rakyat mahukan DUN dibubarkan atau tidak. Sekiranya Nizar menang maka DUN bubar kalau Zambry menang maka Nizar perlu akur dan jadilah pembangkang.
  3. Jangan lupa DUN Cangkat Jering juga dibawah parlimen Bukit Gantang. Pengundi Cangkat Jering tentu berkira-kira untuk menghukum Omar Jailu kerana mengkhianati mandat rakyat.
  4. Oleh kerana penyandang kerusi ini milik PAS Najib sudah tentu bertambar gusar. Sedangkan kerusi BN Kuala Terengganu pun kalah inikan pula kerusi PAS. Kita akan saksikan satu pilihanraya yang paling ganaz dijangkakan berlaku di sini.
Marilah kita semua berdoa agar kita diberi kemenangan oleh Allah dan Allah menunjuk jalan penyelesaian yang terbaik di Perak.

Manakala Bukit Selambau pula kita nantikan keputusannya. Tentunya ia akan meredakan isu lompat parti......

Berhentilah cakap politik yang tidak berkesudahan dan tumpukan kerja berkhidmat untuk rakyat.

_________________________

KUALA LUMPUR, Feb 9 — The Pakatan Rakyat, which lost three Perak lawmakers last week, today lost its Bukit Gantang MP who died suddenly while Bukit Selambau assemblyman V Arumugam tonight quit both his Kedah executive council post and state seat. Kedah's Menteri Besar Azizan Abdul Razak confirmed the resignation of Arumugam.

The death and resignation will add to the fledgling electoral pact’s woes as it continues to dispute losing the Perak government to Barisan Nasional in a controversial decision by the state ruler.

By-elections for both seats will be called within 60 days according to law.

Earlier today, Pas MP for Bukit Gantang Roslan Shaharum died suddenly of a suspected heart attack while cycling to a pharmacy, paving the way for at least one by-election in the state mired in a constitutional crisis and saddled with two menteri besars from rival coalitions.

Police said passers-by found the 50-year-old's body by a slip-road at 11.15 am. His family said he will be buried at 6pm at his village in Changkat Lallang.

The Bukit Gantang by-election will be seen as a referendum for Barisan Nasional's action to regain the state and Sultan Azlan Shah’s decision not to dissolve the 59-seat assembly after the Pakatan Rakyat led by Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin lost its slim majority through defections last week.

Incidentally, one of the defectors, Osman Jailu, represents the Changkat Jering state seat within the Bukit Gantang constituency.

Roslan, who was appointed chairman of the Perak Foundation last year, leaves behind a wife and 11 children. He was the human resource director for the Perak Economic Development Corporation before he quit to stand for elections last year.

In Election 2008, Roslan took the Bukit Gantang seat by beating Umno treasurer Datuk Abdul Azim Zabidi and Independent candidate Mohganan P. Manikam with a 1,566 majority. Roslan won 20,015 votes against Azim’s 18,449 while the indepedendent lost his deposit with just 872 votes.

His death brings back Pakatan Rakyat to just 81 seats in the 222-seat parliament after it gained an extra seat when Pas’s Abdul Wahid Endut convincingly won the Kuala Terengganu parliamentary seat last month following the death of BN’s Datuk Razali Ismail.

BN has yet to win in any by-elections since Election 2008 and the Bukit Gantang seat will prove no different due to the prevailing hostile mood against the ruling federal coalition after it took back the Perak government last week.

The by-election will test Barisan Nasional particularly Umno which is also going to party polls in March. The Election Commission has up to 60 days to hold by-elections upon a vacancy.

In Alor Star, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak confirmed Arumugam has resigned from the executive council and state seat as he battles allegations of adultery. He had earlier complained about threats to his life, his family and aides including an attempted kidnap attempt.

Bernama reported Azizan as saying that the 55-year-old Arumugam had sent the resignation letter to the Kedah Sultan, adding that the Menteri Besar has been informed of the quit decision by Arumugam's aide.

"Arumugam told him that he was relinquishing the post due to personal reasons and that it has nothing to do with the Pas leadership," said Azizan, who is also Kedah Pas commissioner.

He later confirmed that the first-term assemblyman had quit the state seat.

Sources said Arumugam apparently took a second wife through a Hindu customary marriage leading his wife to accuse him of bigamy. It was learnt that he complained that government machinery was being used against him.

He won in Election 2008 as an independent candidate and only joined the Pas-lead Kedah government after being assured of an executive council post. He was in charge of domestic trade, Siamese and Indian affairs in the Pakatan Rakyat goverment, which has 22 seats in the 36-seat assembly.

Arumugam resigned as a trainer at the RMAF college in Alor Star to contest in the elections, getting 13,225 votes against MIC’s S. Krishnan’s 10,863 votes. Apart from Bukit Selambau, PKR also controls the Lunas, Bakar Arang, Sidam and Kulim state seats in Kedah.

Meanwhile, Election Commission chairman Tan Sri Abdul Aziz Yusof said today the commission will meet to discuss the Bukit Gantang by-election once it recies official notice of Roslan’s death from Dewan Rakyat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Parliament is due to convene on Feb 16.

This would be the third by-election since the 12th general election with the first in Permatang Pauh when PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail quit to make way for her husband, Anwar, to make his political comeback after his sacking in 1998 and subsequent convictions.

Anwar won the seat, his political stronghold since entering politics in 1982, with a bigger majority to return to turn to parliament after a decade. The other by-election was in Kuala Terengganu.