Sunday, May 10, 2009

Berita Bergambar Sekitar Pertandingan Futsal Bawah 18

Yuran RM 25 ringgit sebagai tanda komitment perserta pertandingan.
YB Dr Che Rosli yang sentiasa bersama masyarakat dan remaja bagi memenuhi keperluan semua golongan masyarakat.
Cenderahati dari pihak penganjur kepada YB.... Yang lain tu tumpang sekaki bukan senang nak bergambar dengan YB.Keputusan terakhir juara pertandingan Sri Puding yang menewaskan PKPJ FC dengan jaringan 3 -2. Semoga yang menang akan terus cemerlang yang kalah terus berusaha.
Juara pertandingan Sri Puding dengan hadiah, sijil serta wang tunai RM 300.
Kedua PKPJ FC dengan hadiah wang tunai RM200.
Ketiga Five-I dengan wang tunai RM100.
Keempat jua dapat hadiah dangan wang tunai RM100 serta bergambar dengan YB.
Posing sebelum berentap dipertandingan akhir.
YB test power. Patut boleh score... keeper tak nampak bola. Silau kasut YB kilat sangat.
Setia menanti walaupun panas terik.
'Tangkap lerrrr..... apa tengok saja.'
Aksi maut... tewas juga akhirnya. Setelah berhempas pulas menjaga gawang.
Dah gol ke?
Main dua beranak je ke?
Pemain merangkap penonton. Tiket percuma.
Kita orang OK. Walaupun bersara awal.
Kalah pun tak pa..... 'apa yang penting kerjasama'.... pesanan Wonder Pets.
Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak cuba lagi di masa-masa yang akan datang. Banyak lagi program-program yang diatur untuk belia bagi memastikan masa mereka dihabiskan dengan program-program yang bermanfaat.

Kepada penganjur mungkin selepas ini kita buat di dewan tertutup yang lebih selesa dan lebih grand serta hadiah lebih lumayan. Bangunan pasar lama Batu 14 boleh dibangunkan semula sebagai pusat sukan dalam dewan. Pusat futsal pun baik juga.

Friday, May 8, 2009

Perak Fiasco : Was it worth it?

Siva dragged out of the hall

Hee Yit Fong got the position and attention she craved for today. Datuk Zambry Abdul Kadir received the guard-of-honour treatment he desired so much. And Barisan Nasional completed the sordid power grab in the state of Perak, earning the right to titles, perks and position but not what matters most to any government — legitimacy.

The three defectors (two who need some cover from serious corruption charges and one who was unhappy at being treated like a doormat by her comrades in the DAP) can enjoy their new-found status as kingmakers in the assembly.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and the BN can at last calm the nerves of members and supporters who were beginning to believe that the coalition had lost its ability to win at any cost.

But at what cost? Was the prize so valuable that it was worthwhile trampling on the image and standing of the country’s important institutions, the Federal Constitution and the sense of right and wrong?

Surely not. Even the most myopic BN supporter has to agree that achieving power through the backdoor has come at a great cost to the judiciary, monarchy and the police, not to mention the new leaders in Putrajaya who have been trying to erase the negativity surrounding Umno with the 1 Malaysia concept.

Impact on judiciary: It is a sad day that even before a court makes a decision, the public have discounted the impartiality of the panel. But this appears to be the case in Malaysia today. Such is the cynicism and scepticism here today that more attention is paid to the composition of the Federal Court than the legal arguments made in the Palace of Justice.

That is what happens when decisions by illustrious and respected judges on the doctrine of separation of powers is ignored. This is what happens when Article 72 of the Federal Constitution (which puts matters in the legislative assembly beyond the scrutiny of the courts) is treated like a footnote.

Constitutional monarchy: One single incident has turned one of Malaysia’s most beloved families into villains. Instead of dissolving the assembly at the urging of Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Sultan Azlan Shah of Perak decided otherwise — he asked Nizar to resign and installed BN as the new state government. By doing so, he refused to recognise that it is the right of Perakians to decide who represents them. He said recently that the Malay Rulers were above politics. Sadly, many Malaysians do not view the constitutional monarchy as honest brokers today.

Police: Crime appears to be spiralling out of control in Malaysia, snatch theft victims are dying on the streets (from Johor to Kelantan recently) and the men in blue seem more interested in enforcing a dress code and arresting social activists and politicians on lame-duck sedition charges. Really, the reputation of the Royal Malaysian Police takes a beating every time they forget that their duty is to serve the Malaysian public. But still they persist in acting in a manner which alienates the same people who are paying their salaries.

So was it worth it? Was taking power through the backdoor worth it? Only Malaysians can provide the answer to that question. They should do so at the ballot box at every opportunity between now and the next general election. Will the public still kept ignorance by the mainstreem media and assume nothing is happening...... OR BN is allways right?

Wednesday, April 29, 2009

Sah! Mansor calon PKR di DUN Penanti

PETALING JAYA: Sebagaimana dijangkakan, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman (dua dari kanan) akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR Pulau Pinang. Juga bakal Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru.

Monday, April 27, 2009

Isu lembu: MB Selangor saman fitnah Ketua SPRM


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said dan dua yang lain kerana mendakwa menyalahgunakan dana kerajaan bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban dan menyelenggara kereta.

Kes saman fitnah difailkan di Shah Alam hari ini.

Peguamnya, Sankara Nair berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, di bawah Akta SPRM tidak diberikan kuasa menyatakan kepada media mengenai hasil siasatan.

"Oleh itu mereka telah melanggar akta tersebut," katanya dalam kenyatan dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, kuasa mutlak untuk menentukan sama ada terdapat cukup bukti terletak pada Peguam Negara.

"Tindakan Ketua Pesuruhjaya (SPRM) mendakwa anak guam saya telah terlibat dalam salah laku, dalam kenyataan rasminya pada 21 Februari lalu, merupakan satu serangan ke atas reputasi dan bertujuan memfitnah beliau," katanya.

Khalid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi tumpuan berhubung isu menggunakan dana kerajaan untuk membiayai usaha pemberian lembu-lembu korban bernilai lebih RM110,000.

Dana itu dikatakan daripada sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan Parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Disember lepas.

Sebelum ini, Khalid menafikan dakwaan sedemikian.

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada SPRM Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Pada 20 Februari lalu, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya ada bukti dan keterangan kukuh berhubung dakwaan Khalid menyalah guna wang kerajaan negeri bagi menyelenggara kereta peribadi dan pembelian 46 lembu untuk korban sempena Aidiladha Disember lalu.

Friday, April 24, 2009

Najib Pertahan Penghapusan Kuota Pegangan Bumiputera 30%

Najib defends scrapping of quota

KUALA LUMPUR, April 24 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak yesterday defended the removal of the 30 per cent Malay equity quota in several sectors, and said that Malay businesses would not lose out despite any increased competition.

________________________________

Di Perak Pakatan Rakyat dihentam cukup-cukup gara-gara dikatakan kerajaan negeri memberi hakmilik tanah (lot rumah) kepada warganegara Malaysia keturunan Cina. Kini kerajaan pimpinan Najib membuat keputusan untuk menghapuskan pegangan saham 30% yang diwajibkan kepada pelabur asing yang hendak melabur di Malaysia. Mungkin ada baiknya langkah ini. Tetapi apakah tindakkan kerajaan untuk mengimbangi langkah ini?

Apabila kita kehilangan peluang perniagaan dengan pelabur asing..... sebagai ganti apakah yang kerajaan membuka lain-lain peluang perniaga Melayu? Sebagai contoh pelabur yang hendak membuka kilang kereta.... Bagaimana pula dengan peluang untuk membuat komponennya. Adakah peniaga Melayu ada kelebihan untuk menjadi rakan niaga mereka ini?

Adakah tindakkan orang Melayu selepas ini? Adakah mereka akan kata UMNO buat tak apa.....

Thursday, April 16, 2009

Mari ke pesta buku 17th - 26th April 2009 di PWTC.


Welcome to KLIBF 2009

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia


Wednesday, April 15, 2009

Dialog Dengan MPKj





Alhamdulillah, satu majlis dialog antara penduduk Taman Indah Jaya dan MPKj telah selamat diadakan pada 12 April 2009 di Balai Raya baru Taman Indah Jaya. Dengan kehadiran Saudara Mohd Jan (Ahli Majlis) dan Rosaliza dari Jabatan Khidmat Masyarakat MPKj dapat menjelaskan masalah-masalah penduduk setempat dan tindakkan yang bakal dilaksanakan. Antara masalah yang mendesak adalah masalah kutipan sampah, longkang, banjir, jalan, lampu jalan, pemotongan rumput dan tunjuk arah.

Insyallah pihak penganjur akan membuat tindakkan susulan bagi memastikan masalah yang di bangkitkan diberikan perhatian yang sewajarnya dan diselesaikan dalam tempoh yang segera. Semoga aktiviti seperti ini dapat menyalurkan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk dan golongan sasar disamping memperkenalkan kepimpinan tempatan kepada penduduk.

Tuesday, April 14, 2009

Malam genap 1 bulan yang mendebarkan

13hb Mac 2009 yang lalu masih segar dalam ingatan saat kebanyakkan kawasan di DUN Dusun Tua di landa banjir yang agak besar.

Bermula petang semalam sehingga malamnya 13hb April 2009 hanya sebulan saja jarak masa telah menimbulkan kerisauan kebanyakkan penduduk di sini.

Hujan yang turun tidak berhenti sejak petang sehingga jam 10.00 malam tadi menyebabkan air Sungai Langat agak tinggi dan mula menyebabkan banjir walaupun tidak sebesar banjir bulan lalu.

Walaubagaimanapun hanya beberapa rumah dan kedai yang dilimpahi air terutama kawasan rendah yang berhampiran dengan tebing sungai.

Sempat bersama penduduk tempatan iaitu YB Dr Che Rosli Che Mat yang turut meninjau sebahagian kawasan yang dilanda banjir.

Tiada kerosakan dan kerugian besar dilaporkan. Diharapkan sistem penyebaran maklumat banjir dapat diperbaiki khasnya untuk memberi makluman segera kepada para penduduk dalam menghadapi serta membuat persiapan awal banjir.














* Panorama selepas hujan berhenti, bulan mengambang penuh...

Monday, April 13, 2009

Amy Search & PAS

MENTERI Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) bersama Amy Search (kanan) dan Renggo (kiri) pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhamad ke IV hari ini.

KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.

"Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.

Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.

Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.

"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya. BERNAMA