Krisis "keluar parti" yang melanda PKR baru-baru ini mendapat liputan yang luas di dada akhbar. Berbanding media cetak bahasa Melayu yang menonjolkan masalah kepimpinan PKR secara khususnya, media cetak bahasa Cina sebaliknya, lebih menyasarkan kepada individu yang keluar parti.
Dengan kata lain, walaupun fenomena "keluar parti" ini mengundang persepsi negatif terhadap PKR secara umumnya, tetapi jika diteliti, wujudnya dua penafsiran yang jelas berbeza, antara akhbar Melayu dengan akhbar Cina. Ketika mengulas isu ini, akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian mempertikaikan halatuju perjuangan PKR, yang kononnya membelakangi kepentingan Melayu-Islam. Sebaliknya, isu halatuju perjuangan PKR tidak diungkit oleh media Cina, tetapi integriti individu (yang keluar parti) yang dipersoalkan.
Tidak dinafikan, fenomena "keluar parti" semestinya menghakis keyakinan khalayak ramai terhadap PKR, tetapi ia juga difahami sebagai strategi Barisan Nasional untuk menyerang musuh politiknya.
"Musuh dalam selimut" musuh
Nanyang Siang Pau, dalam satu komentar politik yang disiarkan di muka surat A2, berjudul "Senjata Terbaik", memetik Seni Perang oleh Sun Tzu, bahawa strategi terbaik untuk menjahanamkan musuh adalah dengan menggunakan "musuh dalam selimut" musuh (atau kuda trojan).
Komentar ini bermula dengan "senjata yang terbaik di dunia bukanlah bom nuklear atau bom atom, bukan pistol malah bukannya pisau, tetapi taktik untuk melaga-lagakan satu sama lain, malah meleraikan rakan seperjuangan yang rapat menjadi musuh yang bertentangan...".
Ini kerana "musuh" dalam selimut musuh inilah yang paling memahami kelemahan dan segala strategi dalam kem dirinya, dan apabila orang sedemikian digunakan untuk melawan balik orang yang berada dalam selimut bersamanya, ia merupakan senjata yang paling berkesan.
Malah, penulis ini melontarkan kemungkinan Fairus menembak balik Pakatan Rakyat, setelah keluar dari PKR. Misalnya, Fairus boleh berkempen untuk menyerang DAP dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, yang juga merupakan Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang.
Seandainya ramalan di atas menjadi kenyataan, penulis menjangkakan bahawa MCA dan Gerakan mungkin berdepan dengan dilema. Ini kerana pemimpin MCA dan Gerakan menjadikan Fairus Khairuddin sebagai sasaran kritikan, semasa beliau berada dalam PR. Tetapi bagaimana MCA dan Gerakan berdepan dengan Fairus yang seketika dahulu disifatkan sebagai tidak berkebolehan, lemah, tidak berkhidmat dan sebagainya, setelah Fairus diterima oleh komponen parti terbesar BN?
"Sesungguhnya tiada kawan dan musuh yang selama-lamanya dalam politik. Tetapi apabila musuh kepada musuh anda menjadi kawan, dan dipeluk rapat... Awas! Anda bukan sekadar kehilangan prinsip politik," penulis mengingatkan.
Strategi UMNO-BN
Bertitik tolak daripada "strategi politik", penolong editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan dalam artikel kolumnya mula menghitung bilangan ahli parlimen "keluar parti" yang diperlukan oleh BN untuk menguasai semula majoriti 2/3, sebagai syarat untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pengundian yang bakal dijalankan tahun ini.
"Untuk mengembalikan penguasaan majoriti 2/3, yang memerlukan sokongan 148 orang ahli dewan rakyat, mungkin sukar untuk dijayakan, melihat kepada keadaan sekarang. Tetapi tidak mustahil untuk dilakukan kerana terdapat banyak pijat-pijat dan katak di gelanggang politik tempatan. Jika gagal mengembalikan majoriti 2/3 sekalipun, fenomena lompat parti bakal menjadi krisis keyakinan PR setelah digemparkan media arus perdana," tulis Lim Sue Goan.
Cheah See Kian, penganalisa politik ketika ditemuramah China Press, tidak terperanjat apabila UMNO memilih Pulau Pinang sebagai tumpuan serangannya. "Ini kerana menyerang Lim Guan Eng bermakna menyerang Anwar. Lim diserang atas tuduhan meminggirkan orang Melayu, dan ini tiada bezanya dengan serangan terhadap Koh Tsu Koon, (bekas KM) dua tahun yang lalu. Tanpa bukti, tetapi motif politik," katanya.
Untuk Cheah See Kian, Tan Tee Beng tidak mampu melakukan sesuatu dengan "keluar parti", selebih-lebihnya menimbulkan "riak". Malah, beliau menganggap rakyat akan lebih bersimpati terhadap Lim Guan Eng dan PR, berikutan kejadian ini.
Cheah See Kian juga menganggap bahawa tindakan UMNO akan lebih menyukarkan MCA dan Gerakan.
Beliau berkata, sebahagian rakyat berharap MCA dan Gerakan akan memainkan peranan untuk membantu pembaharuan UMNO selepas PRU ke-12, agar UMNO tidak angkuh dengan kuasa yang berpusat padanya. Tetapi, UMNO kini semakin berkuasa!
Cheah berkata, inilah punca kekecewaan rakyat terhadap MCA dan Gerakan yang gagal melakukan apa-apa dalam BN.
PKR menjadi sasaran
Walau bagaimanapun, PKR gagal mengelakkan diri daripada dikritik, memandangkan parti tersebut melahirkan paling ramai wakil rakyat yang keluar parti. Bermula dari (bekas) EXCO Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, (bekas) EXCO Kedah Mohd.Radzi Salleh, disusuli ADUN Selangor Badrul Hisham Abdullah, ahli parlimen Bayan Baru Zahrain Mohamed Hashim, dan kini ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng.
Dalam analisa Lum Chih Feng di Oriental Daily, beliau menganggap fenomena ini mendedahkan kecuaian parti ketika melantik calon PRU ke-12. Perkara ini telah diakui oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR sebelum ini. Lum berpendapat, PKR tidak menyediakan kursus untuk mendidik wakil rakyatnya yang terpilih kerana "tsunami politik".
Lum Chih Feng menganggap PKR kini tidak memiliki kelebihan dalam sumber dan masa. Justeru itu, Lum menjangkakan bahawa Anwar akan mengambil langkah baru. Seandainya tidak, Anwar akan terkurung dalam situasi untuk "mengawal", dan ia semestinya tidak memihak kepada Anwar. - Merdeka Review
TOTAL DISTANCE : 102.8 km START LOCATION : BANGUNAN KBS, Persiaran Perdana FINISH LOCATION : GENTING HIGHLANDS, Theme Park START TIME : 1000 HRS ESTIMATED TIME ARRIVAL : 1221 HRS (FAST SCHEDULE) NEUTRALISED SECTION : 6.0 KM
THE shortest but most decisive and traditionally the most anticipated stage of LTdL starts in front of the Youth and Sports Ministry building in Persiaran Perdana, Putrajaya.
An aggressive rhythm is expected right from the start where those contesting the points classification are expected to take the early intiative and attack towards the first intermediate sprint in Kajang (12.6km) and the mountains classification battle begins with a tender category 4 climb in Menara Tinjau, Bukit Indah (36.5km), before the second intermediate sprint comes in Ampang (45.8km).
It is expected that small breakaway attempts will begin as the peloton heads into Gombak dan the old road heading towards Bentong where the uphill battle towards supremacy in LTdL begins.
The peloton is expected to be taken over by the climbers teams with domestiques working the pace at the front as they road gets more and more vertical, while the main contenders will be biding their time awaiting the moment when they make their decisive moves.
Small groups that had made the escapes prior to this are expected to be caught and the huge peloton is expected to trickle down to the remaining pure climbers who will decide the overall victor of the LTdL 2010.
The overall winner and King of the Mountains of LTdL 2010 are expected to be decided in this stage.
Mungkin banyak perkara yang menjadi hak kita tetapi kita tidak tahu. Mereka yang mencanang kononnya pejuang hak bangsa Melayu inilah juga yang merompak dan merombak hak orang Melayu.
Sedar atau tidak ini adalah kenyataan yang perlu kita hadapi. Kalau pernah mendengar lagu 'Anak Kecil Main Api" lagu favorite BTN ....... inilah sebenarnya yang telah berlaku lebih 50 tahun yang lalu. Tetapi masih ramai yang tidak sedar ataupun telah ditipu sejak sekian lamanya oleh perompak tanah rizab Melayu. _______________ KEMAMAN – Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, YB Haji Mohd. Zainuddin Mohd Yusof berkata, walaupun usia kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak lama, namun berjaya mengembalikan 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan oleh Umno/BN.
Menurutnya, dalam perlembagaan Malaysia artikel 67 telah menetapkan, sebanyak mana Tanah Rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk apa-apa tujuan, hendaklah diganti oleh mana-mana kerajaan yang melupuskan tanah tersebut
Sehubungan itu, katanya, ketika kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa, seluas 500 ekar tanah rezab Melayu yang telah dilupuskan untuk membina kilang simen Hanjoong Perak, telah ganti semula.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ceramah Isu-isu semasa yang diadakan di Kampung Geliga, disini semalam.
Namun demikian, beliau berkata, Umno/BN telah melupuskan beribu ekar tanah rezab Melayu tanpa menggantikan dengan tanah lain.
KOTA BARU, 3 Mac — Barisan Nasional (BN) Kelantan mempertahankan tindakan wakil rakyatnya mengambil bahagian dalam perbahasan usul yang dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk merujuk tuntutan royalti minyak di mahkamah.
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad berkata pihak yang mempersoalkan tindakan mereka kelmarin sebenarnya tidak faham rasional pendirian wakil BN.
“Adun BN hanya menyokong agar usul dibahaskan dan kami mengambil bahagian dalam perbahasan.
“Tetapi apabila sampai masa untuk mengundi, kami tidak mengundi... ini kena faham. Kalau kita tidak menyertai perbahasan, bagaimana kita hendak menyatakan hujah kita (pendirian BN dan kerajaan pusat) dalam isu pertikaian ini... mereka (kerajaan negeri) hendak mentafsir menerusi mahkamah, jadi kami berhujah supaya bawa kes ini ke mahkamah,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Beliau yang juga Adun Kok Lanas dan Setiausaha BN Kelantan berkata, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) mungkin salah faham dengan sebab pihaknya berbuat demikian.
“Orang yang faham fahamlah dengan apa yang berlaku. Kalau tidak faham, maka tak fahamlah mereka dengan keadaan di Kelantan,” katanya lagi sambil menambah suasana di Kelantan berbeza dengan negeri lain termasuk Terengganu.
Hishammuddin merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.
Justeru Mohd Alwi menambah, Hishammuddin “sepatutnya berkata (memberitahu wartawan) akan merujuk kepada kami sebelum berkata demikian”.
“Apa yang kami lakukan ini bertujuan mempertahankan kerajaan, sebab itu Pemuda Umno (pusat) membuat kenyataan yang betul (bahawa tindakan kami adalah betul),” kata beliau lagi.
“Hanya satu panggilan yang memisahkan saya daripada Hishammuddin... beliau (sepatutnya) telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan,” katanya lagi.
Malah Mohd Alwi berkata, beliau telah berbincang dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan juga timbalannya Datuk Dr Awang Adek Husien sebelum usul itu dibahaskan.
“(Dalam suasana ini) kita kena bertindak sebagai ahli politik yang tenang, bijak dan matang... ini adalah mainan politik... ini sudah jadi satu pertikaian, jadi biar bawa ke mahkamah,” katanya.
Beliau berpendapat bahawa jika pertikaian itu dibawa ke mahkamah ia tidak boleh dijadikan bahan percakapan kerana boleh dianggap prejudis.
Mohd Alwi diminta mengulas laporan bahawa kemungkinan mengambil tindakan terhadap anggotanya yang menyokong usul dibawa kerajaan negeri Kelantan untuk membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah.
Semalam, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata parti itu akan mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi sebelum mengambil tindakan.
Kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepada usul itu untuk dibahaskan, termasuk Mohd Alwi, Mat Yusof Abdul Ghani (BN – Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN – Kuala Balah).
Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri ialah Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN – Bukit Bunga) manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN – Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.
Bagaimanapun ketika usul diluluskan tiada wakil BN dalam dewan, kata Mohd Alwi.
“Sebab itu ia diluluskan 39-0 bukannya 45-0,” katanya.
Oleh itu kata Mohd Alwi, terserah kepada pucuk kepimpinan jika mahu mengambil tindakan.
“Kami ini bukan bodoh... jangan kata sembarangan,” kata Mohd Alwi sambil menambah, “kami tidak bertindak sembarangan.”
Dalam pada itu, Noorzahidi yang juga Setiausaha Umno Kelantan berkata, kalau salah keenam-enam Adun BN perlu dikenakan tindakan.
“Kalau undi tanda sokongan isu tersebut dibawa ke mahkamah, bagi saya tak salah.
“Sebab sebelum ini pun kerajaan persekutuan memang mengalu-alukan supaya kes tersebut dibawa ke mahkamah,” katanya.
Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.
Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.
Usul terbabit berbunyi, “bahawa DUN memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.
“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”
Mungkin sesuatu yang perlu diperbetulkan antara istilah keluar parti, kembali (rujuk) kepada UMNo, menjadi bebas dan menyokong BN.
Sekiranya dulunya mereka ini orang UMNo kemudian masuk PKR dan keluar semula ia perlu disebut. Ahli PKR kembali kepada UMNo.
Sekiranya dulunya tak ada parti dan keluar PKR. Ianya dipanggil keluar parti.
Apa pun keluar PKR maknya menolak Pakatan Rakyat. Menolak PR maknya menyokong BN. Menyokong BN maknanya.......? ________________________________ Bagan Serai MP joins PKR exodus
KUALA LUMPUR, March 3 — Bagan Serai MP Mohsin Fadzli Samsuri became the latest MP to quit PKR and turn independent today, even as party leaders moved to quell fears of an exodus of lawmakers.
He made the announcement at a press conference together with former PKR secretary-general Datuk Salehuddin Hashim.
Mohsin said he was quitting the party today because of concerns about Pakatan Rakyat’s (PR) politics, especially over the “Allah” row.
He claimed that he had raised some of his concerns through the party’s internal channels but no action had been taken.
“In the name of Allah, I would like to announce my resignation from PKR,” said Mohsin.
He said that he contested in Election 2008 after a request made by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“The trust and confidence that I have placed in PKR’s and Pakatan Rakyat’s struggle especially in restoring the special position of Islam has faded with the latest development in the party,” he added.
Mohsin also revealed that he has not been able to perform his duties due to sabotage and internal problems in the party.
“I have raised these issues and questions through internal party channels, but no action or positive step was taken,” he added.
Mohsin is the third PKR MP to quit the party since last month.
With his resignation PKR now has 27 MPs, DAP, 28, PAS, 23, PSM, 1 and SAPP, 2. There are four independents.
Barisan Nasional (BN) controls 137 seats in the 222-member Parliament.
While Salehuddin has denied behind the spate of resignations, his appearance at press conferences of MPs announcing their decisions to quit has fuelled speculation about his involvement.
Following the resignations of Bayan Baru MP Datuk Seri Zahrain Hashim and Nibong Tebal MP TanTee Beng, Salehuddin had predicted more than ten other MPs could leave the party.
Datuk Seri Anwar Ibrahim and other PKR leaders have accused Salehuddin and Prime Minister Datuk Seri Najib Razak of being instrumental in enticing PKR MPs.
PKR deputy president Senator Syed Husin Ali responded yesterday to Salehuddin’s prediction of future resignations by revealing that the former secretary-general was paid RM9,000 a month and had quit in a huff at not being named head of Selangor investment arm Perangsang
Syed Husin’s riposte appeared to be part of a campaign to discredit party rebels as he had also disclosed that former Penang deputy chief minister Mohd Fairus Khairuddin was paid RM4,000 a month despite quitting his state post and Penanti seat.
KUALA LUMPUR, Mac 2: PKR leaders have called on the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate red-hot speculation that Prime Minister Najib Razak had given his cousin a juicy Independent Power Plant contract so that they could finance the defections of at least ten Pakatan Rakyat federal lawmakers into the Umno-BN.
“These are very serious allegations involving the very top leadership of the country. Malaysia’s reputation has been badly shaken by the Anwar sodomy trial and the Teoh Beng Hock case,” PKR Youth chief Shamsul Iskandar Akin told Harakahdaily.
“Therefore the MACC must take action not only to redeem itself but to protect what is left of Malaysia’s good name. Don’t let Najib and Rosmah make a laughing stock of our country once again. Remember what happened to private investigator P Balasubramaniam and the Altantuya murder. The authorities must have the courage to investigate independently and immediately.”
RPK spills the beans once again
On Tuesday, a day after Opposition Leader Anwar Ibrahim’s PKR party was rocked by a string of defections from recalcitrant leaders, top blogger Raja Petra Kamaruddin exposed how it was done.
“When Anwar Ibrahim said that Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor are behind the latest wave of crossovers he was actually not wrong,” Raja Petra wrote in his posting entitled ‘Why two-thirds is crucial’.
“The man behind this ‘shopping spree’ to buy the opposition Members of Parliament is Hamdan, Najib’s cousin, who was given the Kudat IPP as the ‘cash cow’ to finance the shopping spree
“Of course, the Kudat IPP comes with a ‘commission’ of RM50 million. And this RM50 million is to be used to pay off the opposition Members of Parliament as an inducement to cross over.”
Never-ending tale of corruption
Indeed, Raja Petra’s shocking disclosure is but the latest in the never-ending Malaysian tale of corruption and abuse of power. Across the nation, the people have been stunned by the spate of revelations from both sides of the political divide that only underscored how graft and dishonesty have become a way of life to the ruling elite.
Out of disgust and frustration, a prominent Umno veteran leader had even tipped off his opposition counterparts, warning them that he had personally seen former PKR secretary-general Salehuddin Hashim meeting with Najib prior to the defections. Salehuddin is widely regarded as being the ringleader of the defectors.
“It is difficult for me to understand if there are no other circumstances, knowing that the Najib-Rosmah strategy is to try to buy people as much as possible,” Anwar had told reporters on Monday.
"This cannot be allowed to go unchecked forever. Malaysians must make a stand and demand immediate change starting with the MACC. They must fulfil their duty of protecting the public and not top Umno leaders," PKR strategic director Tian Chua told Harakahdaily.
All you need is money
So far, two federal lawmakers – Bayan Baru’s Zahrain Mohd Hashim and Nibong Tebal’s Tan Tee Beng – have succumbed to the lures allegedly thrown out by the first couple. Two other problematic MPs are expected to follow suit – Kulim Bandar Bharu’s Zulkifli Noordin and Wangsa Maju’s Wee Choo Keong.
“It is actually the taxpayers’ money that is financing all these crossovers,” Raja Petra said. "Tan (Tee Beng) from Penang was paid only RM2 million. It is not much but he has gambling debts up to his eyeballs and the loan sharks or along are camped outside his house so he has no choice but to accept this figure.
“Wee Choo Keong’s problem is more complicating. It involves two mistresses and one who has just given birth and Umno has threatened to expose this scandal. He also has this RM35 million legal problem with Ambank and if this can be settled ‘out of court’ then Wee will certainly become another ‘independent’ Member of Parliament.”
The BN needs 148 seats for a two-thirds majority. With support of the three independents, it will get there with just another eight defectors. A two-thirds majority is not just a psychological booster, but is also necessary for smooth passage of the next redrawing of electoral constituencies that will begin next year.
“All it takes is money and Barisan Nasional will get back its two-thirds majority in Parliament whereby the next gerrymandering exercise can be launched," Raja Petra warned.
"Then it does not matter whether the opposition will win 60 per cent of the popular votes come the next election. Barisan Nasional will still be in power and with a two-thirds majority on top of that."
Percaya atau tidak, betul atau salah tetapi itulah yang dibaca oleh orang awam. Itulah matematik politik. Bukan setakat perlu betul tetapi perlu juga dilihat betul. Apabila kita kebetulan mempunyai jawatan di dalam parti dan dalam masa yang sama kebetulan kita baru pencen atau mengeluarkan dana pesaraan kita dari KWSP kita bukan diadili mengikut kebenaran tetapi apa yang orang melihat.
Kita mungkin baru mengeluarkan KWSP yang berjumlah lingkungan setengah juta atas jawatan dan tempoh kita berkerja yang panjang. Namun orang hanya melihat kita tiba-tiba kaya dan membeli kereta mewah kerena baru mendapat jawatan politik. Betul atau tidak tidak pernah orang tanya.
Begitu juga dengan nasib pelarian politik PKR Mohd Fairus Khairuddin. Atas apa pun justifikasi yang diberikan, kenyataannya beliau masuk UMNo selepas SPRM mengugurkan atau menghentikan siasatan keatasnya telah menghilangkan integrity beliau sendiri. Semua orang kini menemplak beliau yang di lihat sebaris dengan pelarian PKR di Perak yang mengakibatkan pertukaran tampok pemerintahaan.
Cuma apa yang sedikit kita hormati adalah keputusannya mengosongkan kerusi Penanti bagi membolehkan pilihanraya kecil dijalankan.
Itulah pentingnya bukan setakat bersih tetapi perlu dilihat bersih.
__________________________________________________ Fairus nafi masuk Umno kompromi dibersihkan SPRM
KUALA LUMPUR, 1 Mac — Bekas timbalan ketua menteri I Pulau Pinang Mohd Fairus Khairuddin menafikan beliau menyertai Umno sebagai satu kompromi selepas dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bulan lalu.
Penyertaan beliau diterima oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak serta-merta dengan “senang hati” malam tadi.
Fairus juga menandatangani borang penyertaan ke dalam Umno di hadapan Najib.
“Saya hendak menafikan sekeras-kerasnya. Saya tidak bersalah. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Saya sudah dua kali dibersihkan (oleh SPRM),” kata Fairus pada sidang media selepas majlis Perjumpaan Kepimpinan Tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bersama Perdana Menteri Malaysia yang turut dihadiri Najib.
Dua minggu lalu SPRM mengumumkan pihaknya telah menutup kes terhadap lapan personaliti berprofil tinggi termasuk Fairus yang disiasat ketika berada dalam kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Beliau telah disiasat oleh SPRM berhubung kes rasuah melibatkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Terdahulu Fairus dengan berpakaian ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong mengumumkan beliau keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu khususnya hilang kesabaran ekoran isu polemik kalimah “Allah”.
“Sebagaimana saya katakan dulu, saya memantau perkembangan politik... saya pun ada had kesabran,” katanya.
Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan untuk membersihkan namanya, Fairus, 33, berkata beliau tidak perlu melakukan apa-apa untuk menebus imejnya atas alasan tidak membuat sebarang “kesalahan.”
Fairus berkata beliau mendapat petunjuk untuk menyertai Umno, parti pilihan terbarunya ini, selepas solat sunat sejak tiga bulan lalu.
“Saya mendapat petunjuk untuk memilih masuk Umno,” kata beliau ketika ditanya mengapa memilih parti dominan Barisan Nasional ini.
Ketika ditanya sama ada beliau hilang kepercayaan terhadap Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fairus berkata, sudah cukup memadai dengan mengatakan “pucuk kepimpinan.”
Fairus berkata beliau memutuskan untuk meletakkan jawatan timbalan ketua menteri dan ADUN Penanti awal tahun lalu untuk mengekalkan kestabilan dalam PKR.
“Saya sudah membuat yang terbaik dengan membuat pengorbanan untuk parti demi kestabilan parti dan pakatan,” kata beliau sambil menambah beliau mengambil untuk melepaskan jawatan timbalan ketua menteri kerana tidak mahu mewujudkan suasana kucar-kacir.
“Ada pihak dalam parti yang mahukan jawatan (timbalan ketua menteri) dan menimbulkan pelbagai masalah, tetapi saya ambil keputusan (letak jawatan) kerana mahu jaga kestabilan dalam parti,” katanya.
Fairus mengakui beliau pernah berhadapan dengan tekanan daripada segelintir orang dalam PKR agar mengosongkan jawatan dalam kerajaan dan sebagai wakil rakyat.
Mengenai keputusan bekas pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Hashim yang mengumumkan keluar parti itu bulan lepas, Fairus memberitahu, mereka membuat komen masing-masing berdasarkan pemantauan profesional sendiri.
“Selari dengan amalan demokrasi kita harus menerima pandangan tetapi mengapa mengenakan tekanan ke atas mereka yang memberikan pandangan,” katanya.
Selain Zahrain difahamkan beberapa wakil PKR akan keluar dalam waktu terdekat ini.
Ada dua Ahli Parlimen lain dari PKR juga mengecam kepimpinan PKR dan mereka sedang disiasat lembaga disiplin.
Bagaimanapun Fairus menafikan beliau keluar PKR semalam kerana dipengaruhi oleh rakan-rakannya yang bertindak sedemikian.
“Mereka tidak menelefon saya, saya pun tidak berhubungan dengan mereka... kalau mereka hendak menyertai Umno, saya alu-alukan mereka,” katanya.
Bahagian Umno yang beliau akan sertai tidak disahkan oleh pucuk kepimpinan.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata pihaknya akan menggunakan pengalaman Fairus bersama bekas Ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Noor dan beberapa bekas pemimpin parti itu dalam program kempen mereka.