Sunday, February 20, 2011

Forum Maulid Nabi SAW Di Masjid Batu 14

Nabi telah diutuskan kedunia ini sebagai rahmat bukan kepada umat manusia tetapi seluruh mahluk termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Namun kegagalan umat Islam terutama orang Melayu memahami syariat Islam telah menyebabkan ramai orang salah faham dengan Islam.

Islam hanya boleh difahami jika kita sentiasa mendekatkan diri dan membuka hati untuk memahami ajaran Islam. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi memahami Islam dari sumbernya iaitu Al-Quraan. Namun halangan bahasa perlu diatasi. Oleh itu adalah menjadi kewajiban untuk seluruh orang Islam mempunyai dan membaca terjemahan dan tafsir Al-Quraan.

Pegangan bahawa "Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu" telah mengekang perkembangan Islam di negara ini. Akibatnya jumlah penganut Islam dari bangsa lain di Malaysia amat rendah. Sedangkan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan dakwah kepada mereka ini semua.

Pandangan-pandangan terutama dari pimpinan UmNo yang jahil dan berpegang "Islam adalah Melayu dan Melayu adalah Islam" inilah puncanya bangsa lain semakin jauh dari Islam. Lebih memburukkan lagi sekatan-sekatan yang dibuat kepada majlis ilmu dan institusi pengajian Islam. Itu tidak termasuk usaha-usaha menghalang bukan Islam dari menghampiri kawasan masjid dan surau.

Ketakutan UmNo terhadap orang faham Islam inilah sebenarnya yang menyebabkan orang semakin jauh dengan Islam. Maka wujudlah satu fahaman jahiliyah baru yang didalamnya bercampuraduk antara agama, adat, kebiasaan dan pemikiran. Jahiliyah ini perlu dibersihkan dan hanya boleh dilakukan dengan menerima Islam secara keseluruhannya.

Sudah sampai masanya usaha yang bersepadu bagi mengukuhkan pengetahuan Islam dikalangan umat dan juga menyampaikan dakwah kepada seluruh warga Malaysia tanpa mengira bangsa.




















Saturday, February 19, 2011

Sekitar Sambutan Maulid Nabi SAW di Masjid Bt 14





















Forum Poligami Di Masjid Bt 14

Adalah sesuatu yang menarik apabila Muslimah menganjurkan forum yang membincangkan isu poligami. Panel program tersebut adalah Uataz Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz dan Ustazah Roslina Jantan manakala moderatornya ialah Ustaz Musa Badaruddin. Walaupun pada mulanya terdapat suara-suara sumbang dan tidak menyokong forum tersebut namun dengan penjelasan yang diberikan oleh para panel akhirnya semua yang hadir berpuashati dengan program tersebut. Poligami adalah masalah hukum sedangkan keadilan adalah perkara yang berbeza. Jangan sebab ada sesetengah pihak tidak bertindak adil hukum yang diputuskan Allah ditolak. Akibatnya terjejas akidah disebabkan kejahilan. Semoga semua yang hadir mendapat manfaat dari program ini.





























Himpunan Pemuda 30K

ALOR SETAR, 19 Feb: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

"Saya dan rakan-rakan yang memikul amanah kepimpinan kerajaan negeri, tidak akan bagi laluan mudah kepada umno BN," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah.

Hadir sama pada majlis perasmian pagi tadi adalah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ahmad Abdullah, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan seluruh kepimpinan pemuda seluruh negara.

"Apakah kita nak biarkan keadilan yang kita buat ini dihancurkan Umno?" soal Azizan disambut laungan 'tidak' oleh kira-kira 30 ribu pemuda PAS yang hadir termasuk dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sehubungan itu beliau turut mengarahkan pemuda PAS menggiatkan usaha mendaftar pemilih khususnya kepada anak muda.

Katanya, hanya dengan usaha itu PAS boleh kekal menegakkan keadilan bukan sahaja di negeri-negeri yang dikuasai malah seluruh negeri di Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Saya meletakkan harapan tinggi kepada pemuda, bangun menjalankan daftar pemilih.

"Hanya dengan mereka mendaftar, mereka boleh mengundi kita, baru kita boleh menang,"katanya lagi.

Hasrat menguasai Putrajaya juga katanya tidak mustahil berlaku, dengan semangat perubahan anak muda di seluruh dunia khususnya di Tunisia dan Mesir yang juga diharap sampai ke negara ini.

"Pemuda perlu mencetus perubahan, idea baru, menjadi tokoh negarawan, bukan sahaja banyak komen, tapi memberi cadangan penambahbaikkan," tegasnya.

Sementara itu, Nasruddin ketika ucapan aluannya pagi tadi meletakkan dua syarat utama jika mahu PAS menang dalam PRU akan datang.

"Setiap individu pemuda PAS mestilah mendekatkan diri kepada Allah SWT, menjadi tentera Allah.

"Inilah kekuatan yang ada pada kita dan beberbeza dengan musuh," ujarnya.

Kedua katanya, ahli PAS perlu mengelak perselisiahan dalamam sehingga membolehkan parti itu diserang musuh sehingga menjadi lemah.

"Rapatkan saf atas dasar ukhwah, jangan bagi ruang walaupun satu lubang untuk musuh masuk pecahbelahkan kita," katanya.

Majlis perasmian hari ini turut menyaksikan selebriti terkenal, Bob Lokman, menyerahkan borang ahli PAS.



Borang tersebut diserahkan kepada Ustaz Azizan sebelum dipakaikan baju tema himpunan.

Himpunan 30K pemuda hari ini antara lain akan membincangkan tugasan dan gerak kerja berdepan PRU 13.

Program sehari hari ini akan berakhir malam nanti dengan program ceramah oleh dua pemimpin utama PAS, iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Thursday, February 17, 2011

TG Nik Aziz VS Che Det


Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Heboh sejak akhir-akhir ini pertelagahan antara dua pemimpin dan bekas pemimpin ini semakin menjadi-jadi. Ianya menjadi lebih kacau apabila diapi-apikan oleh akhbar Melayu yang tidak bertanggungjawab. Apakah faedah dari pertelagahan ini semua. Apakah yang akhbar harian ini dapat dengan mengadudombakan orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya?

Orang UmNo suka menuduh ikut sedap mulut terhadap PAS. Begitu juga hujah Che Det dalam blognya. Mereka ini bercakap seperti mereka sahaja tahu dan orang lain bodoh-bodoh belaka. Hujah Che Det lebih banyak mengikut perasaan dari mengikut fakta. Mungkin ada sedikit sebanyak hujah yang disampaikan...namun dengan menyembunyikan sebahagian lagi fakta yang penting tidak menjadikannya nampak ikhlas.... bahkan ianya lebih menyerlahkan kejahilannya.

Bila agaknya kita boleh melihat pemimpin-pemimpin Melayu ini duduk semeja dan membincangkan masalah yang membelenggu seluruh masyarakat kita. Dan seluruh rakyat melihat hujan dan buah fikiran mereka melalui hujah atau debat. Namun ianya tinggal impian dan harapan. Pelbagai perancangan dan perbincangan pernah dilakukan namun akhirnya UmNo selalu tarik diri atau memberi pelbagai alasan yang akhirnya ianya tidak menjadi kenyataan.

UmNo selalu mengecam perjuangan dan pendirian PAS dalam pelbagai perkara terutamanya berhubung dengan Islam. Namun sehingga kini UmNo masih gagal mengutarakan Islam apakah yang diperjuangkannya. Cuba kita cermin Islam dengan UmNo.... sejauh mana Islam dan UmNo itu sepadan.... Cuba kita lihat Wanita UmNo dan Puteri UmNo.

Kemanakah akhirnya pertelingkahan ini?

PAS akan terus berjuang untuk memertabatkan Islam dalam muka bumi ini walaupun UmNo menyerang tanpa henti melalui Tv, radio dan akhbar harian mereka. PAS akan meneruskan perjuangan ini walaupun tinggal seorang diri.

Bukan bangsa atau kelompok atau puak yang diperjuangkan. Tetapi Islam itu yang lebih utama. Politik boleh datang dan pergi, pemimpin boleh datang dan pergi tetapi Islam kekal hingga akhirat. Sebab itulah sekiranya UmNo itu membuang dasar kebangsaannya dan menggantikan dengan Al-Quraan, Hadith, Ijma' dan Qias maka perjuangan PAS tidak lagi relevant... itulah janji TG Nik Aziz.

Saturday, February 12, 2011

Suara Rakyat Tamatkan Era Hosni Mubarak


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman. Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.

Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah. Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.

Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terhindar daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu. Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh, jiran mengebom negaranya, kerajaan pimpinannya hampir muflis, aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya, namun Mubarak selama itu terus juga berkuasa. Hakikatnya tiada yang kekal selamanya, beliau terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.

Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981. Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan. Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.

Tuesday, February 8, 2011

Elak Pilihanraya Pelabuhan Klang

Beberapa kes sebelum ini apabila percubaan untuk mengelak pilihanraya dibuat maka pilihanraya kecil lain terpaksa diadakan disebabkan kematian ADUN atau Ahli Perlimen.
________________________
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan status ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah sehingga 17 Feb ini. Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi interim terhadap SPR, sementara menunggu saman pemulanya bagi satu deklarasi bahawa beliau masih ADUN kawasan berkenaan didengar.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said yang mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam (kanan) Harun untuk Badrul Hisham.

Badrul Hisham memfailkan permohonan pada 28 Jan lalu bagi menghalang SPR daripada mengadakan pilihan raya kecil di kawasan berkenaan, atau mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Sebelum itu, pada 24 Jan, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharkan mahkamah bahawa beliau masih ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.

Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas sebagai tidak sah dan batal kerana ia melangkaui perlembagaan Selangor.

Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong atas alasan Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang sebab munasabah.

Badrul Hisham yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, meninggalkan parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.

Beliau menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

- Bernama

PAS Bertanding di Merlimau


Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan. Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.

"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu. “Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.

Ditanya jika PAS akan meletakkan calon wanita seperti yang dilakukan mereka pada pilihan raya kecil DUN Tenang bulan lalu, Abdul Hadi berkata: “Tunggu dan lihat”. Katanya parti itu akan menggerakan jentera pilihan raya dan mendengar pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan. "Calon mungkin wanita, mungkin lelaki.

"Kita tunggu senarai dari negeri dan akan hantar jentera ke bawah. “Lazimnya calon adalah orang tempatan,” kata Abdul Hadi.

Turut serta pada sidang media itu adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti berkenaan.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 itu, calon parti PAS Jasme Tompang tewas di tangan Mohamad Hidhir dengan majoriti 2,154 - peningkatan hampir 3,000 undi berbanding pencapaian pembangkang empat tahun sebelumnya. DUN Merlimau mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

Sementara itu, seorang pemimpin pemuda PAS kawasan Jasin berkata mereka telah memajukan kepada PAS Melaka, dua orang calon pemuda PAS kawasan berkenaan untuk mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Merlimau 6 Mac ini. Kedua-dua calon tersebut telah dimajukan ke PAS Melaka, seminggu selepas kematian wakil rakyat BN.

Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon tersebut, tetapi berkata kedua-dua mereka adalah ahli jawatankuasa PAS kawasan Jasin dan anak tempatan. Katanya, seorang daripada mereka adalah exco pemuda kawasan tersebut.

Tambahnya, ada kemungkinan bilangan calon bertambah mengikut pertimbangan PAS negeri sebelum dimajukan kepada pucuk kepimpinan PAS Pusat.

Saturday, February 5, 2011

Firaun Dulu Dan Sekarang


Siapa tak tahu kisah Firaun. Bagi umat Islam, Firaun adalah manusia yang menjadi lambang kejahatan dan kekufuran. Pemerintah Mesir kuno yang berkuasa dan kaya-raya. Dengan tentera yang ramai dan tamadun yang hebat tetapi zalim dan mengaku sebagai tuhan. Disebut didalam al-Quran lebih 60 kali.

Di Makamkan dalam binaan hebat pyramid. Diawet dan dikekalkan. Dibawa ke muzeum untuk dilawati, dikagumi sepanjang zaman. Pernah dibawa ke Paris untuk dikaji dan diberi sambutan hebat mengalahkan raja-raja di dunia. Firaun nama yang cukup gah meskipun sudah mati beribu tahun yang lalu tetapi dipuja manusia hingga kini. Sedangkan ianya agar diambil peringatan sebagaimana Allah telah mengekalkan badan dan jasadnya seperti disebut dalam surah Yunus-92:

فَالْيَوْمَ نُنَجِّيكَ بِبَدَنِكَ لِتَكُونَ لِمَنْ خَلْفَكَ آيَةً وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ عَنْ آيَاتِنَا لَغَافِلُونَ
Maka pada hari Ini kami selamatkan jasadmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

Langit tak selalunya cerah. Kebangkitan rakyat menentang firaun moden, Hosni Mubarak menyebabkan rakyat berkumpul di Medan Tahrir yang disebelahnya adalah Muzeum yang menyimpan pelbagai artifak dan mumia Firaun. Kekecewaan rakyat dan penderitaan yang sekian lama membuak-buak menyebabkan mereka memecah masuk ke dalam museum dan memecahkan beberapa mumia firaun yang dianggap bersejarah itu.

Setelah Firaun moden di Tunisia melarikan diri, kebangkitan rakyat bak domino , melanda Mesir. Sejauh mana Mubarak dapat bertahan. Sebagai gah mereka-mereka yang zalim. Menindas rakyatnya sendiri menggunakan pelbagai tipu-helah untuk mengekalkan kuasa. Menggunakan tentera dan polis untuk membantai rakyatnya sendiri. Kalau Firaun ada orang yang menyediakan museum untuk dilawati apakah ada museum untuk orang yang seperti Mubarak? Dihujung usia dan dihujung kekuasaannya, ia amat dibenci oleh rakyatnya sendiri.

Perbanyakkanlah doa Nabi Musa ini semoga Firaun dan mereka yang sewaktu dengannya melihat azab didunia ini lagi.

وَقَالَ مُوسَى رَبَّنَا إِنَّكَ آتَيْتَ فِرْعَوْنَ وَمَلَأَهُ زِينَةً وَأَمْوَالًا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا رَبَّنَا لِيُضِلُّوا عَنْ سَبِيلِكَ رَبَّنَا اطْمِسْ عَلَى أَمْوَالِهِمْ وَاشْدُدْ عَلَى قُلُوبِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُوا حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Musa berkata: "Ya Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Telah memberi kepada Fir'aun dan pemuka-pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia, Ya Tuhan kami - akibatnya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan Engkau. Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, Maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih."

Tuesday, February 1, 2011

Hi-Tea Bersama Masyarakat Cina Bt 14

Sempena Tahun Baru Cina pihak JPD dan Parlimen Hulu Langat dengan kerjasama Balai Polis Bt 14 satu majlis Hi-Tea dan dialog telah diadakan di Tapak Pasar Batu 14. Dengan hasrat mendekatkan masyarakat dengan pimpinan setempat dan Balai supaya dapat mengeratkan hubungan agar usaha untuk membentuk persekitaran yang lebih baik dan selesa dapat diwujudkan.

Hubungan mesra yang terjalin diharapkan dapat membantu pihak balai dalam usaha mencegah dan membentras jenayah. Pihak balai memberi jaminan bahawa semua bentuk laporan akan diambil perhatian dengan serius dan memastikan anggota keselamatan berada di tempat kejadian seawal yang mungkin.