Thursday, September 13, 2012

Sokong PAS untuk kuatkan Melayu

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh seruan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar orang Melayu menguatkan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, orang Melayu khususnya beragama Islam harus menyokong PAS untuk memastikan pentadbiran negara mengikut landasan Islam.

Katanya, kedudukan Melayu ketika ini semakin lemah akibat dasar Umno BN sendiri yang menindas orang Melayu.

"Di bawah pemerintahan BN, walaupun BN memerintah lama tetapi kita tengok di mana kedudukan Melayu selepas 55 tahun kita merdeka.

"Dasar ekonomi baru target 30 peratus pencapaian Orang Melayu tapi setakat ini pencapai hanya 18 peratus, bermakna ia gagal," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Tambah Siti Zailah lagi, janji Umno BN untuk menjaga tanah rezab Melayu juga tidak boleh dipercayai kerana semakin banyak tanha rezab Melayu yang tergadai angkara Umno BN.

"Kalau kata nak jaga tanah rezab Melayu, dah lebih separuh tanah rezab orang melayu telah diceroboh tanpa ganti. Apa lagi yang ada pada orang Melayu?

"Kalau kita nak memartabatkan melayu dan Islam maka orang Melayu mesti memilih PAS," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau panjang.

Beri Tekanan Kepada Amerika....

Semalam, rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak kerajaan Malaysia yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat untuk segera mengambil tindakan agar pihak kerajaan Amerika Syarikat dapat menyelesaikan isu filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia.

"Justeru Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Pemuda PAS di peringkat negeri-negeri untuk mengadakan satu himpunan aman di peringkat negeri masing-masing untuk menyatakan secara terang-terang bahawa umat Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini. Pemuda PAS setiap negeri diminta untuk mengadakan himpunan aman tersebut pada Jumaat ini," katanya.

Menurut Faizi lagi, pemuda PAS juga akan menganjurkan bantahan besar-besaran di hadapan Kedutaan AS pada 21 Sept ini jika tiada sebarang respon positif dari kerajaan AS untuk bertindak terhadap pembuat filem tersebut.

LOS ANGELES, Sept 12 — The California-based Israeli whose film attacking Islam’s prophet Mohammad triggered a deadly attack on US diplomats in Libya has reportedly gone into hiding, the Associated Press reported.

Writer and director Sam Bacile spoke by phone with the AP from a secret location yesterday as his movie “Innocence of Muslims” apparently fuelled the rage that claimed the life of the US ambassador and three others in Libya. The US mission in Cairo also was the target of protesters, burned an American flag.

Reuters was not able to locate Bacile for comment.

Bacile, 56, is a California real estate developer who describes himself as an Israeli Jew, the AP said.

“This is a political movie,” Bacile told the AP. “The US lost a lot of money and a lot of people in wars in Iraq and Afghanistan but we’re fighting with ideas.”

The film portrayed Mohammad as a fool, a philanderer and a religious fake. In one clip posted on YouTube, Mohammad was shown in an apparent sexual act with a woman. For many Muslims it is blasphemous even to show a depiction of the Prophet.

Bacile said the film cost US$5 million (RM15.5 million) , some of which was paid by more than 100 Jewish donors, the AP said. — Reuters

Tuesday, September 11, 2012

Untung Sabut Timbul Untung FGV Belum Tentu....


Dulu diberitakan... Harga saham pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), melonjak kepada RM5.30 atau meningkat 75 sen sehingga jam 12.04 tengah hari, berbanding harga tawaran permulaan RM4.55. 

Ia diwar-warkan dibuka pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen. Penyenaraian Tawaran Awam Permulaan (IPO) kedua terbesar di dunia selepas pengapungan saham Facebook Inc, mengumpulkan AS$16 bilion dan menarik perhatian di seluruh dunia.

Ia turut menandakan satu mercu tanda penting bagi negara ini, terutama sekali para peneroka.

Kejayaan kemunculan sulung itu melegakan ramai pelabur mengenai keuntungan bersih lebih rendah FGV sebanyak RM192.17 juta dalam suku pertamanya berakhir 31 Mac, 2012, berbanding RM359.05 juta setahun lalu.

Namun hari ini harga terkini saham FGV ialah RM4.68... Hanya 13 sen dari harga tawaran.

Siapa sebenarnya yang untung, siapa yang kaya, siapa yang gigit jari dan siapa yang garu kepala. Walaupun hanya renurunan untung atas kertas tetapi apa jaminan yang saham ini akan naik. Adakah ini satu lagi episod kegagalan saham untuk rakyat marhain.... seperti juga saham-saham amanah yang telah ghaib dari senarai...

Harga naik itu dahulu pun disebabkan pembelian yang munasabah oleh institusi yang tidak dikenali... Siapakah mereka dan atas arahan siapakah pembelian itu dibuat... Mungkin Bursa Malaysia boleh tolong jawab.

Siapakah yang membuat keputusan dan dengan tidak munasabah membeli saham FGV dengan harga jauh lebih tinggi dari harga penawaran?....


Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Dr Halimah ucap selamat berjaya kepada calon UPSR

KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan pelajar kita belajar untuk berjaya dalam kehidupan kita dengan melalui peperiksaan yang hanya mengukur kejayaan mereka menguasai elemen ilmu, pengetahuan dan kemahiran penting dalam mengurus hidup diri, keluarga dan masyarakat melalui penggunaan bijak lambakan sumber-sumber yang dikurniakan Ilahi,” kata Dr Halimah Ali.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor itu menyatakan demikian di dalam blognya sempena peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini.

Justeru, beliau yang juga Adun Selat Klang itu mendoakan semua calon-calon peperiksaan awam akan berjaya memperolehi keputusan peperiksaan yang terbaik.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) BERMULA 11/9/12. Demam peperiksaan ini bukan sahaja melanda pelajar yang menjadi calon setiap tahun tetapi juga ibu bapa, lebih-lebih lagi si ibu.

Naluri ibu bapa mahu melihat anak berjaya dalam merangkul semaksima mungkin A dalam ujian ini. Bolehlah dikongsi bersama keputusan anaknya dengan keluarga, sahabat handai, jiran tetangga bahkan ibu bapa rakan-rakan sekolah anaknya.

Bagi ibu bapa yang di kalangan yang bergelar terpelajar, sudah tentu tekanan ini jauh lebih tinggi daripada ibu bapa yang berpendidikan sederhana kerana mereka akan diselubungi malu berlipat kali ganda kerana dilihat seolah gagal mendidik anak.

Ibu bapa yang miskin tetapi mempunyai daya mahu berubah akan memberi segala-galanya untuk mempastikan anak mereka mencapai yang terbaik. Mereka bersungguh mahukan anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya untuk mempastikan kualiti hidup mereka lebih baik daripada diri mereka. Keringat diperah, tulang empat kerat ligat melorong anaknya ke lorong kejayaan. Diakhiri dengan kedua tangan diangkat untuk berdoa, bermunajat.

Tulus ikhitiar ibu dan bapa untuk buah hati yang bertempur di atas kertas, namanya ujian atau peperiksaan.

Bermula dengan UPSR, PSRA, PMR, SMA,SPM, STAM,STPM......hingga ke menara gading. Ibu bapa terus berkorban wang ringgit, air peluh dan air mata bagi mempastikan si anak berjaya membawa pulang kertas yang tercetak markah terbaik, keputusan cemerlang, mumtaz....

Walaupun keputusan ujian atau peperiksaan ini bukan segala-galanya tetapi ia telah memukau ramai ibu bapa, anak-anak hingga ke pemutus dasar untuk riuh gempita tentang isu yang dianggap amat besar ini. Fenomena tahunan.....tiada yang baru.

Namun natijah daripada keputusan yang buruk akan menjadi petanda awal tentang kesukaran masa depan pelajar ini. Di kira kurang cerah. Akan payah mendapat pekerjaan atau sumber pendapatan yang mencukupi dan kualiti hidup merudum dan kurang dihormati masyarakat.

Justeru, persiapan rapi sepatutnya dilakukan oleh semua pihak untuk mempastikan kejayaan pelajar menghadapi peperiksaan. Sindrom demam peperiksaan disebabkan stress memuncak di ambang peperiksaan boleh menjadi wabak yang lazim sekiranya fenomena belajar intensif di saat akhir dibiarkan bercambah dan berakar umbi sebagai norma di kalangan pelajar.

Saya mengharapkan pelajar kita belajar untuk berjaya dalam kehidupan kita dengan melalui peperiksaan yang hanya mengukur kejayaan mereka menguasai elemen ilmu, pengetahuan dan kemahiran penting dalam mengurus hidup diri, keluarga dan masyarakat melalui penggunaan bijak lambakan sumber-sumber yang dikurniakan Ilahi.

Saya mendoakan semua calon-calon peperiksaan awam akan berjaya memperolehi keputusan peperiksaan yang terbaik.

Usaha, usaha, usaha
Berdoa
Bertawakkal

Mudah-mudahan berjaya.

Monday, September 10, 2012

Nasharudin Mat Isa Kekal

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Syura PAS malam tadi tidak membincangkan sebarang isu berkait kedudukan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, mesyuarat lebih dua jam malam tadi hanya memberi fokus kepada perkara-perkara yang berkait pilihan raya khususnya senarai calon yang akan bertanding.

Berhubung kedudukan Nasharudin katanya, tiada sebarang masalah yang timbul dan tiada keperluan bagi majlis syura membincangkannya.

"Mesyuarat tak bincang isu Ustaz Nasharudin dan dia pun ada dalam mesyuarat tadi.

"Tidak berbangkit untuk bincang isu Ustaz Nasha kerana tiada masalah yang timbul. Siapa kata ada masalah?" Kata beliau selepas selesai mesyuarat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Sehubungan itu jelasnya, kedudukan Nasharudin kekal sebagai anggota Majlis Syura PAS dan tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap Ahli Parlimen Bachok itu.

"Beliau kekal sebagai ahli majlis syura seperti biasa dan tiada apa-apa tindakan sebab tiada apa-apa masalah," katanya lagi.

Mesyuarat malam tadi turut dihadiri Nasharudin selaku ahli Majlis Syura PAS yang dilihat tiba di ibu pejabat PAS, kira-kira jam 8.55 malam tadi.

Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut hadir mempengerusikan mesyuarat.

Isu kedudukan Nasharudin menjadi tumpuan ekoran kenyataan beliau dimedia arus perdana yang menggesa PAS mempertimbang semula kenggotaan dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu hudud.