Tuesday, October 2, 2012

Sekitar Ceramah YB Ir Datuk Sri Nizar dan Pelancaran Cawangan Baru PAS


















Mahkamah putuskan penahanan ISA 2001 tidak sah, kerajaan perlu bayar pampasan lebih RM4juta

KUALA LUMPUR, 2 Okt —  Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa penahanan Chua Tian Chang (Tian Chua), Shaari Sungib, Badaruddin Ismail, Hishamuddin Rais dan Dr Badrul Amin dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 2001 adalah tidak sah, secara haram, bersifat politik dan berniat jahat pampasan perlu dibayar oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM4,060,000. MI

Monday, October 1, 2012

Malam Ini Ceramah Umum Di Tapak Pasar Malam Sg Serai. Mari Datang Beramai-Ramai.


Samseng rosakkan kereta, simbah asid di Himpunan Pengerang

pengerang himpunan hijau 300912 car attack by acid big 01
JOHOR: Sekurang-kurangnya tiga kenderaan termasuk kereta yang dinaiki Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dirosakkan pihak tertentu yang tidak senang dengan program Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor hari ini.

Kedua-dua tayar kereta milik Penggerak Institut Peduli Rakyat (Peduli), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin itu dirobek manakala cerminnya dipecahkan sebelum ia disedari kira-kira jam 1 petang.

Ketika kenderaan itu dirosakkan, kereta itu diletakkan hanya 500 meter dari balai polis Sungai Rengit, tidak jauh dari tapak perhimpunan berkenaan.
Selain itu, dua kereta yang dinaiki aktivis sosial, Hishammudin Rais dan wartawan Suara Keadilan, Sidiqin Omar pula disimbah asid pagi ini.

Kejadian yang disedari  sekitar jam 7.30 pagi itu berlaku depan rumah yang mereka tumpangi di Jalan Teluk Ramonia, Sungai Rengit.

Asid itu dipercayai disimpan dalam plastik itu sebelum disimbah ke bonet dan pintu kiri kedua-dua kereta itu, menyebabkan cat kenderaan kelihatan mengelupas.

Perbuatan itu dipercayai didalangi samseng Umno berikutan pelbagai program yang cenderung kepada Pakatan Rakyat diganggu kebelakangan ini termasuk tiga kali simbahan terhadap bas Merdeka Rakyat dan banyak lagi.

Himpunan yang dihadiri oleh 6,000 orang itu telah mengeggarkan negeri yang dikatakan kubu kuat UmNo... Akibat ketakutan yang amat sangat itu maka banyaklah provokasi yang keterlaluan.

Pembangunan Selatan Untuk Johor Atau Untuk Rakyat Singapura?

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah.

Tatkala  ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah.

Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia.

“Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini.

Legoland Malaysia, antara tarikan untuk ekspatriat. 

Pasangan tersebut membeli rumah banglo lima bilik di Ledang Heights, Johor, yang mereka katakan lima kali ganda lebih luas dari kondominium mereka di Singapura, dan terdapat 100 orang ekspatriat yang terus berkembang.

Dua anak mereka juga belajar di Marlsborough College di Johor selepas dibuka pada Ogos, menurut akhbar edisi hujung minggu Singapura, Straits Times.

Perpindahan mereka dari Singapura ke Johor untuk melihat harga yang lebih murah bermula lima tahun lalu, menurut ajen hartanah kepada ST.

Mereka mula berpindah ke Nusajaya, iaitu sebahagian dari zon ekonomi Iskandar Malaysia di Johor yang bermula sejak tahun 2006.

ST melaporkan projek perumahan seperti Horizon Hills, Leisure Farm Resort dan Ledang Heights di Nusajaya sedang rancak berjalan.

Harga sewa rumah meningkat antara RM8,000 hingga RM20,000 sebulan manakala banglo berharga antara RM2 juta hingga RM7 juta.

Ajen hartanah Jerry Lim berkata, mereka tidak berlengah-lengah lagi sejak pembukaan lebih banyak sekolah di Iskandar Educity.

Separuh dari hartanah UEM Land dijual kepada warga asing termasuk rakyat Singapura, kata pemaju perumahan itu kepada ST.

“Dengan projek seperti Marlborough College, Legoland, Pinewood Studios, serta hospital dan universiti yang bakal siap, tidak ada risiko untuk pelaburan,” kata David Bochsler, pengarahan jualan dan pemasaran Exhale, salah satu firma yang membina rumah di Nusajaya.

Bochsler, yang kini tinggal di Johor tetapi bekerja di Singapura, merujuk kepada pembangunan baru menjadikan Iskandar Malaysia semakin menarik untuk pembeli rumah.

Ekspatriat dari Belanda, Geert Hulst, bergerak 45 minit sehari untuk bekerja di Singapura, dan dua orang anaknya belajar di Marlborough College selepas ia dibuka pada Ogos.

Baru-baru ini, kerajaan persekutuan berjanji tidak akan mengutip tol untuk pengguna di Link Penyuraian Timur (EDL), lebuhraya di Johor selepas cadangan pengambilalihan dari Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Cadangan ini mungkin memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan ekspatriat yang tinggal di Johor untuk menyeberang tambak untuk bekerja di Singapura.

Lebih dari 50,000 kenderaan melalui jambatan EDL setiap hari.

Putrajaya pada Bajet 2013 telah mengadakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah perumahan, dengan perdana menteri mengumumkan inisiatif melalui Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan agensi kerajaan seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan PR1MA akan membina 5,000 rumah mampu milik yang dijangka 20 hingga 30 peratus lebih rendah dari harga pasaran di Seremban, Negeri Sembilan.