Thursday, November 21, 2013

Selamat Bermuktamar..... Peranan Ulama.

SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP), Datuk Ustaz Harun Taib ingin menegaskan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang mencadangkan pendaftaran PAS dibatalkan kerana ia berasaskan agama bahawasanya PAS adalah parti yang paling sesuai dengan keadaan semasa dan masyarakat berbilang kaum dan agama.

Ini, tegasnya kerana Islam diturunkan oleh Allah kepada manusia yang berbilang bangsa dan agama.

“Kerana itu saya menyeru pimpinan Pakatan Rakyat agar menerima Islam sebagai dasar pemerintahan negara,” ujarnya dalam ucaptama pada Muktamar Tahunan DUPP kali ke-52 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini pagi ini.

Teks beliau dibacakan oleh timbalannya, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada muktamar yang bertemakan ‘Ulama Haraki Menangani Fasad Mengisi Kemenangan’.

Tambah beliau, tahaluf siyasi bertujuan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam dan menjelaskan bahawa Islam adalah penyelesaian terbaik untuk masalah manusia.

Pada kesempatan muktamar ini juga, beliau berhasrat merungkaikan kesamaran dan kekeliruan yang dilemparkan kepada DUPP yang perlu dihentikan.

Katanya, apabila DUPP menjelaskan hadis tentang ulama sebagi pewaris Nabi, ia tidak bermaksud ulama mengangkat diri dan mendabik dada tetapi merupakan penyataan tentang tugas dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh ulama sebagai pewaris tugasan Nabi s.a.w.

Beliau menjelaskan, apabila DUPP bercakap tentang kepimpinan ulama, ia tidak bermaksud ulama tamak untuk menjadi pemimpin tetapi ia adalah penegasan bagi apa yang ada dalam perlembagaan PAS yang meletakkan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas sebagai sumber rujukan.

“Keempat-empat sumber ini hanya boleh dihurai dan dijelaskan oleh para alim ulama. Maka hendaklah mengambil pengajaran oleh orang-orang yang berakal,” ujarnya.

Wednesday, November 20, 2013

Siapa Punya Menterikah Ini... Kerja Menteri Dan Wartawan Pun Tak Boleh Bezakan. Tak Boleh Buat Kerja Menteri Berhentilah.....!

Kritikan terhadap isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor adalah ‘tidak adil’ kerana ia akan menjauhkan pelabur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim hari ini.
Bercakap kepada wartawan di lobi Parlimen, ahli Parlimen Arau itu melahirkan kekecewaannya terhadap kritikan yang diterima Rosmah kerana menggunakan jet kerajaan bagi lawatannya ke Qatar baru-baru ini.
“Saya sedih kerana ramai yang melahirkan kebencian terhadap dirinya. Berapa banyak pelabur yang kamu boleh bawa ke Malaysia?” tanya beliau kepada wartawan.

“Tiada satu pun! Beliau telah banyak menyumbang kepada negara dengan percuma."

Daim Baru Perasan AP Menyebabkan Rakyat Malaysia Berhutang Berkali Ganda Dari Yang Sepatutnya.

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mencadangkan kerajaan menimbang untuk memansuhkan Permit Import (AP), dasar yang diperlukan untuk mengimport kenderaan, bagi membantu mengurangkan kos memiliki kereta di Malaysia.
  
"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," katanya di ibunegara hari ini.

Daim (kanan) berkata demikian sebagai mengulas kenyataan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S. Folger yang berkata langkah itu jika dilaksanakan akan menjadikan harga kereta lebih murah, dan menggalakkan pengeluar kereta untuk meningkatkan pelaburan bagi mengeluarkan kereta yang lebih murah di pasaran tempatan.
  
"Bagi saya, ada satu cara kita dapat mengurangkan harga kereta. Ia merupakan penyelesaian yang mudah terhadap isu ini (iaitu) memansuhkan AP terbuka," kata Folger kepada akhbar The Sun baru-baru ini.
  
Daim berkata kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP), yang akan disemak semula tidak lama lagi, supaya menimbang kepentingan segman penduduk yang lebih besar, dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.
  
Laporan menyebut bahawa terdapat 98 syarikat memegang AP terbuka bagi mengimport kereta ke dalam negara.
  
Penganalisis industri sering membincangkan kaedah untuk menjadikan industri automotif tempatan lebih berdaya saing, menggalakkan pelaburan yang lebih besar dan melabur semula, dan supaya kereta lebih mampu dimiliki dalam pasaran tempatan.
  
Folger juga menekankan hakikat bahawa pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan hasil kerajaan, malah dapat meningkatkan kutipan.

Penganalisis industri mengatakan bahawa kerajaan boleh menghapuskan barisan tambahan dalam perniagaan dan melepaskan kos penjimatan itu kepada rakyat memandangkan AP terbuka mengenakan beberapa ribu ringgit untuk setiap transaksi yang diproses.
  
Penjimatan kos boleh digunakan oleh kerajaan untuk merangsangkan lagi industri itu atau menyalurkannya untuk perbelanjaan yang lebih produktif, kata mereka.
  
Penganalisis terbabit mencadangkan kerajaan mengeluarkan tender AP Terbuka untuk mendapatkan lebih banyak hasil kerajaan yang seterusnya boleh mengurangkan cukai untuk pembeli kereta, dan sekali gus menjadikan harga kereta lebih murah.
  
AP Terbuka biasanya digunakan oleh pengimport yang sama untuk mengimport semula kereta mewah recond dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding kereta yang dipasang dalam negara.
  
Sebagai contoh semakan di Internet menunjukkan Mercedes-Benz E200 baru dijual pada harga kira-kira 35,000 pound sterling (kira-kira RM179,000) di Britain berbanding RM366,000 untuk model yang sama yang dipasang di Malaysia.
  
Kereta Mercedes-Benz E200 terpakai di Britain akan menjadi kira-kira 10,000 pound lebih murah atau kira-kira RM51,000, bergantung kepada tahun pembuatan dan perbatuan.
  
Pengimport 'tidak rasmi' atau pemegang AP terbuka boleh mengambil kesempatan ke atas perbezaan harga yang lebih tinggi di Malaysia untuk menjual semula E200 recond daripada antara RM270,000 dan RM290,000 setiap satu, walaupun selepas membayar cukai.
  
Diskaun ini sering dilihat sebagai 'menguntungkan' pengguna atas perbelanjaan pengilang yang telah menanggung kos tambahan seperti perolehan tempatan, kos pemasangan, penjenamaan dan promosi, jualan dan perkhidmatan selepas jualan.
  
Pemansuhan AP terbuka juga akan menghapuskan Malaysia sebagai antara destinasi utama kereta terpakai mewah di dunia, kata penganalisis itu.
  
Mereka menegaskan supaya kerajaan perlu mengkaji semula keseluruhan struktur industri automotif, termasuk segmen rejim cukai dan tempoh akhir hayat kereta, bagi memastikan ia boleh bergerak ke depan memandangkan pembuat kereta nasional sudah wujud hampir 20 hingga 30 tahun dengan Proton Saga pertama dilancarkan pada Julai 1985 dan Perodua Kancil muncul pada Ogos 1994.
  
NAP diperkenal pada 22 Mac, 2006 dan disemak semula pada 2009 dan 2012 bertujuan menggalakkan daya saing dan berdaya maju dalam sektor automotif tempatan, khususnya pengeluar kereta nasional.
  
Ia juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai hab automotif serantau, dengan mengintegrasikan industri automotif tempatan ke dalam industri serantau dan rangkaian global dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing.
  
Penganalisis juga menyatakan bahawa menyediakan persaingan yang lebih tinggi akan menghapuskan rasa puas hati dalam kalangan pengeluar kereta dan pembekal.
  
Mereka juga berharap NAP yang akan dikaji semula itu dapat melihat gambaran yang lebih luas dan membantu memulihkan industri automotif tempatan supaya  menjadi sumber pendapatan negara menerusi pertukaran mata wang asing.

- Bernama

Thursday, November 14, 2013

UPSRA - Hulu Langat Cemerlang

Tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSRA baru-baru ini dan menjadikan daerah Hulu Langat mencapai keputusan yang terbaik di mana yang tertinggi di antara daerah-daerah di Selangor iaitu 86.8% lulus.  

Kemunculan sekolah-sekolah agama sebagai pemangkin dan kecemerlangan sahsiah pendidikan agama menuntut kita memastikan kecemerlangan ini berterusan pada masa akan datang. Cerita-cerita kejayaan dari generasi demi generasi menjadikan sekolah agama terus relevan dan menjadi pilihan ibu bapa.

Tahniah juga kepada guru-guru yang berperanan memberi pendedahan yang berterusan untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan baru dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng bakat dan potensi pelajar secara optimum.  

Sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.

YB Hj Razaly Hassan
ADuN Dusun Tua
YDP PAS Kawasan Hulu Langat

Thursday, November 7, 2013

Dr Mahathir sasar Gani Patail, dakwa agen CIA di pejabat Peguam Negara Pulak....

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail nampaknya sedang menerima tekanan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis dan peguam kanan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.

Menurut sumber The Malaysian Insider, sekurang-kurangnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Gani.

Antaranya Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar atau tidak ada dua pegawai Amerika Syarikat yang didakwanya agen kepada  Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang bekerja di pejabat Peguam Negara sekarang.

Sehubungan itu, Zahid didakwa berjanji akan menyiasat dakwaan Dr Mahathir itu.

Hari ini, Malaysiakini mendedahkan, Dr Mahathir  melalui orang kepercayaannya memanggil bekas pegawai penyiasat polis terhadap kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Mat Zain Ibrahim ke rumahnya.

Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.

Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya di Country Height. Turut serta adalah bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Matthias Chang.

Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Gani bermula daripada kes mata lebam Anwar lagi.

Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa. Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.

Selepas pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya  adalah dakwaan salah laku Gani dalam kes mata lebam Anwar.

Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar  kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Turut dihantar salinan Akuan Bersumpah itu adalah Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar dan juga dikatakan diterima oleh Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyidin Yassin. – 6 November, 2013. MI

Wednesday, November 6, 2013

Jangan Bawa Budaya Assabiyyah (Bangsa)

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Seri Paduka bertitah, rakyat sebaliknya perlu memahami konsep "penerimaan dan kebersamaan" yang menunjangi kesejahteraan hidup.

"Marilah kita bersikap sederhana dalam kehidupan berdasarkan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," titah Seri Paduka semasa merasmikan sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M peringkat kebangsaan dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Tuanku Abdul Halim juga melahirkan kegusaran apabila semangat "kebersamaan dalam kepelbagaian" dalam kalangan rakyat cuba dihakis dan diganggu gugat pihak tertentu.

"Pelbagai isu sensitif dan slogan cuba dicanangkan, sedangkan semua pihak tahu dan perlu memahami bahawa kita semua bertanggungjawab menjaga kepentingan perpaduan dan keamanan negara.

"Kesemua tindak-tanduk kita juga haruslah mencerminkan bahawa kita adalah masyarakat yang memegang amanah untuk menjaga keharmonian negara dan bukan sebaliknya," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim mengingatkan rakyat supaya tidak melihat isu mutakhir di negara ini sebagai isu remeh dan dipandang sebelah mata.

Seri Paduka bertitah, isu-isu membabitkan perubahan nilai hidup sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang salah, penghinaan terhadap institusi agama dan Raja serta pembelaan hak asasi tanpa sempadan, jika tidak diatasi akan menjurus kepada kehancuran masyarakat dan negara.

"Beta merasakan cukuplah sampai di sini sahaja masyarakat kita dikelirukan dengan pelbagai kecelaruan nilai yang tiada berkesudahan kecuali ia hanya akan membinasakan ummah.

"Kita perlu bangun dan menoleh sejenak ke belakang untuk menilai semula kesilapan untuk diperbetulkan," titah Seri Paduka.

"Janganlah kita benarkan kecelaruan nilai berkembang dalam masyarakat kita sebaliknya usaha membimbing masyarakat kepada penerapan nilai-nilai kebersamaan perlu diteruskan tanpa mengenal musim dan sentiasa dijadikan agenda negara," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong juga mengajak umat Islam di negara ini mencontohi pendekatan wasatiyyah yang dipelopori Rasulullah S.A.W dengan berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat Madinah.

"Kita wajar mencontohi negara Islam Madinah sebagai model yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan kebersamaan untuk mempertahan dan membangunkan negara," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat Malaysia perlu mengamalkan amalan wasatiyyah atau kesederhanaan supaya usaha memperkukuhnya dapat dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya kepada generasi muda yang menjadi asas kepada kesinambungan masyarakat dan kemajuan negara.

"Usaha memperkukuh kefahaman ini perlu melibatkan seluruh agensi kerajaan tanpa pengecualian termasuk media massa sebagai suatu platform yang amat strategik," titah Seri Paduka. ~bernama

Jamuan Malam Bersama Penduduk Cina Semenyih

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, November 5, 2013

Selamat Menyambut Maal Hijrah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah. 
Selawat dan salam kepada nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi sebaik-baik contoh bagi manusia.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H kepada semua, khususnya penduduk Dusun Tua & Hulu Langat seluruhnya. Marilah kita bersama-sama, sempena tahun baru hari ini mengambil ruh hijrah Rasulullah s.a.w, berazam meningkatkan amalan soleh meninggalkan perbuatan buruk dan yang dilarang Allah SW, berhijrah serta berubah dari setiap perkara kurang baik kepada yang lebih baik, menurut perspektif islam yang syumul.

Saya juga berharap pada tahun 1435H ini Dusun Tua & Hulu Langat begitu juga dengan Selangor umumnya akan bertambah maju, aman damai penuh barakah dengan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.

YB Hj Razaly Hassan
ADuN Dusun Tua
YDP PAS Kawasan Hulu Langat