Tuesday, January 14, 2014

Perutusan Maulidur Rasul saw.

Galas Syariah Genggam Sunnah

1. Ulangtahun keputeraan Rasul saw bukan disambut sekadar gembira dengan kelahiran baginda saw. Tetapi makna pada sambutan ulangtahun kelahiran baginda saw ialah terhenti atas perlaksanaan dan penghayatan sunnah yang ditinggalkan oleh baginda saw. Firman Allah saw :

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Surah Al Ahzab : Ayat 21

2. Justeru itu, marilah kita menyusun dan membina ummah ini agar kembali berperanan lalu bangkit menggalas syariat dan menggenggam sunnah dalam kehidupan di dunia ini. Inilah satu - satunya formula untuk mengembalikan izzah ummah setelah sekian lama dibelenggu oleh musuh - musuh Allah dengan pelbagai lilitan termasuk lingkaran Islam Liberal dan ideologi asing yang melumpuhkan aqidah dan fikrah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

Masalah Air Taman Wawasan & Pinggiran Delima.



YB Hj Razaly Hassan membincagkan masalah air di Taman Pinggiran Delima & Taman Wawasan bersama En Ab Halim dari SYABAS &wakil penduduk pada 13.1.2014 pukul 6.00 -7.00 ptg bertempat di Restoran Belanga Bestro Bt 14. Manaka ketua wakil penduduk ialah En Shahril
. YB memainkan peranan mententeramkan keadaan dan membuat persetujuan langkah langkah yang dicadangkan oleh SYABAS.

Selamat menyambut maulid.


Wahai Rasulullah,
Tika ini, jika engkau hadir bertamu,
Mungkin mengalir deras airmatamu,
Dek kesayuan mengenang umatmu,
Terlalu jauh dari Allah dan risalahmu,

Wahai Rasulullah,
Nafsu kini menjadi tuhan,
Harta dan pangkat menjadi sembahan,
Melalaikan segala arahan & janji ketuhanan,
Ibadah dirasa berat tidak tertahan,
Al Quran bukan lagi panduan kehidupan.

Wahai Rasulullah,
Kedamaian rumahtangga semakin hancur,
Sikap curang semakin subur,
Peranan ibubapa kian gugur,
Ketaatan anak-anak turut melebur,
‘Barah' di dalam keluarga menjadi parah,
Akibat solat yang tiada berarah,
Amat jauhlah keikhlasan ibadah

Wahai Rasulullah,
Kami tidak mahu lupai jasa & kesukaranmu,
Namun ramai mendustakan ajaranmu,
Harta kini lebih dicintai dari cintamu,
Cinta Allah & Rasul menjadi lafaz kaku,
Seperti khayalan yang nyata palsu,

Wahai Rasulullah,
Dosa kami ibarat lautan tidak berpenghujung,
Namun dirasa umpama lalat di hujung hidung,
Hinggapnya hanya sebentar,
Bila ditepis ia tidak lagi berkunjung...
Taubat kami kurang kekesalan,
Tiada penghayatan, tiada keinsafan
Hati kian berkarat, dipenuhi dosa tanpa Nur Tuhan,
Anehnya, kami masih merasa layak ke syurga idaman,

Wahai Rasulullah,
Aurat wanita tercemar kian,
Berbangga ditayang & dihias berlebihan,
Ditagih penghargaan dan kalam pujian,
Tidak dipeduli murka Tuhan,
Bapa & suami dayus suatu kebiasaan,
Cuaikan amanah ketua keluarga lantikan tuhan,

Wahai Rasulullah,
Bersamamu, kami merindui kehidupan,
Namun adakah diri ini punyai kelayakan,
Dibanding sahabat, tabien & solihin yang beriman,
Dimanakah tempat kami di sisi insan kesayangan Tuhan,
Dipohon syafaatmu duhai kekasih pilihan,

Wahai Rasulullah,
Belas Allah kami harapkan,
Moga , tatkala menjelang kematian,
Jiwa yang sejahtera dapat kami hamparkan.

Nukilan rasa,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Sunday, January 12, 2014

Munaqasyah Ucaptama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat














BIODATA RASULULLAH SAW

SALAM RABI'ULAWWAL 1435H

NAMA :
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib.

TARIKH LAHIR : 
Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masehi Tahun Gajah.

TEMPAT LAHIR :
Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah.

Gelaran: AL AMIN

Pengasuh Pertama:
Ummu Aiman

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibatul Aslamiah

Ibu Susu Kedua:
Halimah As Saadiah

Isteri-Isteri Rasulullah :
1] Khadijah bt Khuwailid.
2] Aisyah bt Abu Bakar.
3] Hafsah bt Umar.
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah.
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy.
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith.
10] Safiyah bt Huyai.

Anak-Anak Rasulullah :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H .

Perpanjangkan kepada seluruh Umat ISLAM sebagai tanda kecintaan kita kepada NABI MUHAMMAD SAW.

Monday, January 6, 2014

PAS Tegur DAP Isu Cadangan Pindaan Enakmen

PAS menyokong kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan wakil rakyat DAP bertindak gopoh dalam mengeluarkan cadangan untuk meminda undang-undang berhubung penggunaan kalimah 'Allah' di negeri Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan trio DAP Selangor itu "agak tergopoh-gapah" sepertimana serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).

"Pindaan itu adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri... Apa (cadangan) yang dipinda, kita pun tak tahu.

"Kita bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap kenyataan tiga pemimpin DAP agak tergopoh-gapah sepertimana serbuan JAIS," katanya dalam sidang media pagi ini.

Beliau merujuk kepada cadangan oleh tiga orang ADUN DAP tersebut untuk meminda peruntukan dalam Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 negeri itu dipinda.

Katanya, PAS juga menyokong tindakan Exco Agama Kerajaan Selangor yang mahu mengadakan pertemuan dengan pihak gereja dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung serbuan minggu lalu.

Dalam sidang media sama, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata Pakatan perlu mengambil langkah lebih berdiplomasi dan isu tersebut dan "tidak perlu menyerang DAP".

"Mereka berhak untuk menyatakan pandangan, tetapi pandangan Pakatan Rakyat perlu dihasilkan dan ditentukan melalui konsensus. Tak perlu kita menyerang DAP.

"Kita bawa perbincangan dalaman dalam Pakatan Rakyat...Datuk Seri Anwar kata ia perlu ditangani dalam Pakatan Rakyat," katanya. MK.

Friday, January 3, 2014

Apabila Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria Menghukum Rakyat Yang Membantah Kerajaan Boleh Dibunuh....

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.

Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.

"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.

"Ia satu penyelewengan fakta tentang hukum-hakam Islam yang sangat ketara dan menyesatkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, 'bughah' atau pemberontak dalam Islam ialah penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam dan ia termasuk sebagai salah satu kesalahan jenayah hudud dalam Islam.

Sedangkan katanya, peserta himpunan pada itu hadir dengan tangan kosong dan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

Tambah beliau lagi, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara bagi Malaysia.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Dis 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah," ujar beliau lagi.

Kenyataan mufti itu kata beliau lagi satu 'fatwa' yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat.

"Sangat dibimbangi "fatwa" seumpama itu membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat.

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," tegasnya

Dr Asri : Politik Islam atau Islam Politik?



Semalam ada pihak yang bertanya saya tentang mereka yang memakai kasut semasa solat. Soalan itu merujuk kepada kumpulan anak-anak muda yang membantah kenaikan harga barang yang bersolat dalam keadaan memakai kasut di tempat mereka berkumpul.

Ada pula yang cuba menyatakan solat itu tidak sah, bahkan ada yang menyatakan itu seperti menghina solat.

Rentetan dari itu juga, ada yang menyatakan anak-anak muda yang memakai topeng ala vendetta dalam perhimpunan itu telah rosak akidah mereka kerana menyerupai ajaran Kristian.

Samada kita bersetuju ataupun tidak dengan perhimpunan anak-anak muda, suatu hal yang lain, tapi yang jelas kenyataan-kenyataan ini walaupun berbunyi agama tetapi hakikat bukan bertujuan agama.

Sebaliknya, bertujuan kepentingan politik pihak tertentu malangnya, unsur agama dimainkan untuk menjatuhkan pihak yang bertentangan. Hal ini berlaku dalam banyak pihak dan puak sepanjang sejarah politik manusia.


Memakai kasut semasa solat bukanlah satu kesalahan jika kasut itu bersih dari najis. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim, ada riwayat yang disahihkan oleh al-Zahabi, daripada Anas bin Malik, berkata:

“Nabi s.a.w tidak pernah menanggalkan kasut dalam solat melainkan sekali, lalu, ketika itu, orang ramai pun turut menanggalkannya.

Nabi s.a.w bertanya: 'Mengapa kamu menanggalkan kasut kamu?' Mereka menjawab: 'Kami melihat engkau menanggalkannya, maka kami pun tanggalkan'.

Nabi s.a.w bersabda, 'Jibril telah memberitahu aku bahawa pada kedua kasutku ada kotoran'."

Dalam riwayat Ibn Khuzaimah, ditambah: “Seseorang kamu hendaklah melihat kasutnya, jika ada kotoran hendaklah dia sapu di tanah (gesel hingga bersih di tanah), kemudian dia boleh bersolat memakainya.”

Ertinya, bukan satu masalah yang besar, bahkan diizinkan solat memakai kasut jika bersih. Namun ia dijadikan isu kerana ada kepentingan politik.

Betapa ramai yang pergi konsert yang pelbagai dalam negara ini yang entah bila mereka bersolat pun tiada siapa yang tahu.

Tidak pernah pula menjadi isu pun bagai ‘agamawan politik’ ini, tiba-tiba yang bersolat berkasut pula menjadi isu.


Topeng vendetta memanglah bukan dari ajaran Islam, tapi sejak bila pula ia dari ajaran Kristian?! "V for Vendetta" adalah hasil dari novel David Llyold dan Tony Weare pada tahun 1982.

Ia menjadi terkenal kerana difilemkan pada tahun 2005 dengan tajuk "V for Vendetta".

Dalam sejarah, topeng itu menggambarkan keberanian Guy Fawkes dan kumpulannya yang menentang penguasa yang menindas rakyat pada tahun 1605.

Cuma dalam kisah topeng ini kumpulan pemuda yang menentang penguasa itu agak ekstrim dengan merancang untuk membunuh King James dan meletupkan negara.

Dikatakan mereka juga ingin menghapuskan parlimen dan mengembalikan monarki Katolik. Dari sudut itu, ia bukan satu perlambangan yang baik.

Cuma, sebenarnya bukan isu Kristianisasi yang ditakuti, sebaliknya isu politik yang hendak dikaitkan.

Betapa ramai orang politik negara ini yang hadir dalam majlis sambutan Krismas, Depavali, sambutan itu dan ini yang dari segi latar sejarahnya memang mempunyai unsur agama.

Tidaklah pula mereka itu dikaitkan dengan Kristianisasi, Hinduisasi ataupun seumpamanya.

Demikian juga apabila ada pihak yang mengharamkan seorang Muslim menyertai parti musuhnya yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar kerana dianggap menolak Islam.

Namun kemudiannya membolehkan Muslim menyertai parti lain yang tidak berteraskan Islam sebagai dasar disebabkan parti itu berbaik dengan mereka.

Semua hukuman yang tidak selaras dan terpilih ini akibat dari menjadikan agama sebagai senjata dalam berpolitik.

Percampuran antara politik dan agama boleh membawa kesan yang positif yang diredhai dan dikehendaki Allah dan RasulNya, tapi boleh juga membawa kesan yang negatif yang merosakkan agama Allah dan RasulNya.

Ia semua amat bergantung kepada siapa yang mengendalikan percampuran tersebut. Atas apa hasrat dia ingin mencampurkan agama dan politik menentukan hasil percampuran itu. Jika dia mencampurkan keduanya untuk mendapat panduan Tuhan dalam memimpin manusia secara adil dan amanah, maka itu membawa kepada kebaikan.

Namun, jika percampuran politik dan agama atas hasrat menguatkan kedudukan politik cuma, maka itu akan merosakkan nama Allah dan agamaNya. Agama hanya akan menjadi mainan kepentingan penguasa dan segala tafsiran mempunyai kepentingan mereka yang terbabit dalam politik.

Dalam sejarah Kristian, ketika golongan agama di Vatican menguasai politik, betapa ramai tokoh-tokoh yang dihukum mati atas tuduhan heresy (murtad) hanya kerana tidak bersetuju dengan penyelewengan pihak gereja dan kuasa politik.

Umpamanya dalam isu penjualan 'indulgences' atau borang pahala yang dijadikan saluran untuk golongan agama mengaut harta dengan cara menipu fakta agama, ramai dibunuh kejam hanya kerana mengkritik.

Demikian juga isu 'purgatory', 'relics', 'saints' dan pelbagai lagi yang menjadikan cara golongan agama menipu orang awam. Mereka yang jujur bangun mengkritik dijatuhkan hukuman mati dan dibakar hidup-hidup.

Inilah nasib yang menimpa Jan Huss (1370-1415) yang merupakan reformis agama Bohemian, yang dibakar hidup-hidup di khalayak ramai.

Demikian tekanan yang dikenakan kepada reformis agung Kristian, Martin Luther (1483-1546) dan para pengikutnya yang sebahagian mereka dibakar hidup-hidup.

Golongan politik mengambil kekuatan dari cengkaman kuasa agama ke atas rakyat. Penyelewengan pengurusan dan harta negara bagaikan diampun Tuhan kerana golongan agama bersama mereka.

Inilah hasilnya apabila kuasa politik dicampur dengan agama yang dikendalikan oleh mereka yang berkepentingan.

Di negara kita kini, lihat bagaimana ada pihak yang ‘so-called’ agamawan yang sibuk membaca dalil kepada rakyat supaya bersyukur dan jangan membazir kerana itu amalan syaitan. Dalam masa yang sama tidak pula aktif membaca nas-nas ini kepada golongan atasan.

Persoalannya, apakah ayat-ayat Tuhan ini hanya ditujukan kepada rakyat bawahan? Sementara golongan atasan, samada sultan ataupun menteri, ayat-ayat Tuhan tidak terkena mereka?


Ada agamawan yang menghalalkan darah orang bawahan yang berkumpul secara aman tanpa senjata. Kononnya mereka itu bughah yang dihalalkan bunuh.

Padahal bughah adalah istilah mempunyai takrifan dan konteks yang tersendiri. Tidak dinamakan bughah yang boleh diperangi oleh pemerintah rakyat yang berkumpul tanpa senjata.

Dalam konteks hari ini, apakah bughah dilakukan rakyat yang masih membayar cukai dan mengikut pelbagai peraturan yang tetapkan oleh negara?

Kita mungkin boleh tidak bersetuju dengan perhimpunan itu tapi apakah patut untuk dihalalkan darah awam sedemikian rupa? Lihatlah bagaimana agama boleh menjadi senjata kuasa politik sehingga perintah dibenarkan menumpah darah rakyat yang lemah.

Saya tidak menyeru kepada pengasingan agama dari politik kerana itu bukan tabiat Islam. Pun begitu, jika agama sekadar senjata untuk kepentingan politik, lebih baik ia diasingkan.

Politik Islam itu bukan semestinya membaca dalil agama itu dan ini sedangkan intipatinya tidak memenuhi maksud rahmat dan keadilan yang menjadi tujuan ajaran Islam.

Sekali lagi saya nukilkan kata-kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H) tentang politik dan keadilan dalam al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyasah al-Shar’iyyah:

“Berkata al-Shafi’i: 'Tiada siyasah (politik) melainkan apa yang menepati syarak'.

Kata Ibn ‘Aqil: 'Siyasah itu yang merupakan tindakan yang mana dengannya manusia lebih dekat kepada kebaikan dan jauh dari kerosakan, sekalipun ia tidak ditetapkan oleh Rasul dan diturunkan wahyu mengenainya. Jika engkau maksudkan dengan perkataanmu "Tiada siyasah melainkan apa yang menepati syarak" iaitu tidak menyanggahi apa yang syarak sebut, maka itu betul.

Jika engkau maksudkan tiada siyasah melainkan apa yang syarak sebut maka itu salah. Itu juga menyalahkan para sahabah... apabila zahirnya tanda-tanda keadilan dan wajahnya memancar sinar dalam apa jalan sekalipun, maka di situlah syariat Allah dan agamaNya... bahkan Allah s.w.t. telah menjelaskan bahawa apa yang Dia syariatkan mengenai jalan-jalan (hukum agama) tujuannya untuk menegakkan keadilan dalam kalangan hamba-hambaNya dan membolehkan manusia menegakkan keadilan. Apa-apa saja jalan yang dapat menghasilkan keadilan dan kesaksamaan maka itu dari agama ini, dan ia tidak menyanggahinya'." ~Dr. Asri Zainal Abidin

Thursday, January 2, 2014

Melayu: Dari Sang Sapurba hingga zaman UMNO

Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, timbalan menteri yang cakap besar ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.

Pemimpin UMNO terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam.Kalau tak mampu beli rumah, duduk dalam reban ayam?
Adakah destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang Lebar Daun berjanji janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan nya, adakah destini bangsa Melayu ialah untuk menghamba-abdikan diri mereka kepada golongan bangsawan? Dan UMNO itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan raja2 Melayu zaman dulu kala.

Najib boleh berdolak dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji2 nya- fakta nya dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Berjuta rakyat menerima BR1M majority nya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik UMNO spinkan pemberian BR1M sebagai tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat!

Dan timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON 95 manakala yang berpendapatan RM 5000 keatas mengguna RM RM370 sebulan untuk RON95. Tentulah yang bependapatan rendah berbelanja kurang ketas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala yang bependapatan tinggi, boleh belanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800 adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. University mana yang beri Ahmad Maslan CGPA3.8?

Melayu yang kulit tebal macam badak sahaja yang menganggap diri mereka teristimewa sedangkan persepsi umum Melayu itu sinomim dengan orang miskin, peminta bantuan dan sabsidi, rasuah, suka berfoya dan bersukaan,  suka pemberian percuma dll sifat dan perangai2 rendah. Jika perangai seperti ini bukan mengaibkan bangsa Melayu- kita tidak tahu hendak cakap apa lagi. 

Melayu yang kulit tebal dan tak reti bahasa sahaja yang ingat Allah bersama sama mereka bahkan jika boleh Allah itu dianggap sebagai ahli UMNO.
Maka mengikut butiran perjanjian asal Demang Lebar Daun dengan Sri Tri Buana, jika pihak raja mengaibkan bangsa Melayu- bangsa Melayu wajib mengeluarkan raja tersebut.

Bangsawan dan raja zaman moden ialah UMNO. UMNO telah menconteng arang dan mengaibkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu mesti menentang dan mengeluarkan UMNO pimpinan Najib.
Apa lagi yang dinanti oleh pemimpin Melayu yang tidak setuju dengan UMNO? Inilah masa mereka tampil kedepan, memimpin negara. Sejarah akan mencela mereka kerana duduk berdiam diri.
Hutang negara melebihi siling 55% GDP jika dikira jaminan kerajaan kepada GLC2. Ini disebut sebagai contingent liabilities. Deficit bajet terus besar . kerajaan menjual harta benda rakyat dan menjual gadaian2 dan pajakan kepada pihak ke3. Fitch Rating menurunkan kredibiliti kewangan negara. Kerajaan Najib berbelanja berbilion Ringgit untuk memang PRU13. Wang haram akibat dari rasuah, pemalsuan harga belian, hasil haram yang lain mengalir sebanyak RM80 billion setahun sejak 10 tahun yang lalu. Pendatang haram dan warga asing hantar RM40 bllion setahun kenegara2 asal mereka. Buat duit disini, belanja dinegara asal.Dibawah pengurusan Najib, Malaysia jadi basket case.

Dan kita hendak terima bila orang kata Najib seorang pemimpin yang bagus untuk Malaysia? Metos Naib sebagai pemimpin yang unggul hanyalah ciptaan media dan spin oleh penasihat iklan Najib. Najib ialah PM yang lebih teruk dari Pak Lah.

Menyampah kita dengar ada hamba abdi Melayu menjadi galang ganti menjuarai mempertahankan excesses Rosmah Mansor dan megancam mengasari sesiapa yang menegur Rosmah Mansor. Apa polis buat terhadap ugutan2 ini? Polis bukan kerja untuk Rosmah Mansor kan?

Menyampah kita dengar NGO2 Islam marahkan Murphy Pakiam kerana menegur Najib. Adakah Najib itu maksum?. Najib tahukah beza antara ahli sunnah wal Jemaah dan syi’ah? NGO marahkan Pakiam dan mempertahankan Najib kerana dia Melayu? Jika begitu Melayu itu bangsa yang suka mempertahankan rasuah, incompetence, salah laku?

Adakah kerana seorang pesalahlaku itu Melayu, maka apa dilakukan, dimaafkan kerana semata mata dia Melayu? Jika demikian perkara yang selalu saya nyatakan semasa ceramah sudah pun berlaku, yakni, suatu hari, bandingan nya adalah seperti orang UMNO masuk kedalam rumah kita, meniduri anak2 perempuan kita atau pun isteri2 kita, maka kita katakan- tidak mengapa kerana UMNO itu Melayu. Inilah ekspresi jiwa hamba abdi waris dari Sang Sapurba.

Masa nya sudah tiba kita menggulingkan UMNO sebab UMNO telah mengaibkan anak bangsa Melayu. golongan bangsawan baru (UMNO) yang merupakan golongan 20% teratas, menguasai 52% kekayaan dan pendapatan orang Melayu. Mengapa pula 40% Melayu terbawah hanya berkongsi 12% pendapatan orang Melayu? Macam mana ini boleh terjadi jika semenjak 1946, teriakan UMNO ialah hidup Melayu?

Melayu yang mana hidup, dan Melayu mana pula yang mati?

Bukankah dibawah kerajaan UMNO, bangsa Melayu adalah kaum termundur dalam negara kita? Dari segi pendidikan, dari segi ekonomi, dari segi perlumbaan dalam kehidupan yang lain2, semua tercorot. Melayulah yang teruk sekali. Bukankah ini mengaibkan bangsa Melayu dan mengikut perjanjian antara D.L Daun dan ST BUana, kalau raja aibkan rakyat, maka musnahlah negeri nya.
Sejak tahun 1970 bila UMNO melancarkan DEB, agihan kekayaan sesama bangsa Melayu masih tetap seperti diatas. Ianya membuat kita orang Melayu bertanya, untuk kepentingan siapa sebenarnya UMNO berjuang? Fakta dan kebenaran menunjukkan bahawa UMNO berjuang untuk kepentingan 20% Melayu teratas, golongan rentier class yang menguasai sumber pengkayaan negara ini.
UMNO tidak berani berdepan lagi dengan bangsa Melayu sekarang ini. Ekwiti kekayaan negara sudah lama puak UMNO capai matlamat 30% nya. bukankah syarikat GLC semua nya syarikat milik Melayu dan jika dihimpun kekayaan dan sumber pengkayaan yang dimiliki oleh GLC, bukankah matlamat 30% ekwiti kekayaan sudah lama tercapai? Tapi ianya dinikmati dan dicapai oleh 20% melayu teratas. Yang lain terus ketinggalan. UMNO itu jurucakap golongan 20%.

Usaha utama bangsa Melayu ialah membebaskan diri mereka dari perhambaan minda dan mental yang UMNO lakukan selama ini. Hak orang Melayu ialah perkara yang mereka perjuangkan bukan perkara yang diberi oleh orang lain. Masa depan bangsa Melayu dilindungi oleh kerajaan yang didirikan atas prinsip perintah ikut undang2. Masa depan orang Melayu dijamin dengan melengkapkan diri mereka dengan nilai2 yang menyokong kemajuan bukan yang menyokong belitan dan cengkaman golongan bangsawan Melayu.