Friday, January 31, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Assalamualaikum
Salam Sejahtera
Ni Hao Ma...

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina  kepada semua masyarakat Tionghua di seluruh Hulu Langat dan khususnya di Dun Dusun Tua dan bagi mereka yang menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Walaupun masyarakat kini dihimpit dengan masalah kenaikan harga barangan dan peningkatan pelbagai kadar keperluan harian seperti gula, elektrik, petrol, dan sebagainya tetapi sambutan perayaan ini tetap diteruskan bagi menjalin persahabatan dan keakraban sesama kita dalam bermasyarakat.

Kerajaan negeri Selangor dan Pakatan Rakyat akan terus menerus dalam usaha membantu masyarakat  dalam usaha meringankan beban dan kesempitan hidup yang dilalui oleh rakyat amnya dan di Dun Dusun Tua khususnya. Pakatan Rakyat juga akan terus mendesak agar Kerajaan Persekutuan menurunkan dan menstabilkan harga barangan agar rakyat tidak tertekan dengan masalah kenaikan barangan ini.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai! Semoga di Tahun Kuda ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

SELAMAT TAHUN BARU CINA...GONG XI FA CAI!

YB HJ RAZALI HASSAN
AHLI DEWAN NEGERI
DUSUN TUA

Saturday, January 25, 2014

Minum Petang Bersama YB Nizar



Satu kehilangan besar kepada PAS – TG Nik Abdul Aziz

Sg Makau









Ceramah Maulid Indah Jaya Bt 13 1/2.





Friday, January 24, 2014

Ekoran kata Daim, resahnya hidup mati BN PRU14

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno, sama ada secara terbuka atau sembunyi-sembunyi, ramai yang turut resah tentang hidup mati Umno dan BN dalam pilihanraya akan datang.

“Bagi semua pemimpin ini, Umno, BN dan kerajaan selepas PRU13 lalu bukannya bertambah baik dan diterima oleh rakyat, sebaliknya menjadi semakin lemah, kalut dah hilang punca dalam mengurus banyak perkara, tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, semalam.

Menurutnya, walaupun jangka masa PRU14 masih ada empat tahun lebih daripada sekarang, tetapi sudah ramai yang bercakap mengenai kemungkinan Umno bakal kalah dalam pilihanraya itu.

Ini, katanya kerana bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang pandangannya mengenai politik jarang tersasar, secara terbuka berkata, BN akan kehilangan kuasanya jika PRU14 diadakan dalam suasana seperti sekarang di mana kelemahan kepimpinan Najib Razak begitu ketara dan diperkatakan oleh ramai orang.

Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin pula membayangkan tiga senario yang bakal berlaku iaitu sama ada Najib berubah, beliau ditukarkan jika gagal berubah dan jika tiada apa-apa yang berubah, BN akan tewas dalam pilihanraya akan datang.

Seorang lagi bekas wartawan iaitu Zainuddin Maidin yang juga merupakan bekas Menteri Penerangan, tidak jemu-jemu menyarankan agar bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad diberikan semula kuasa dan pengaruh dalam kerajaan, dengan terbaru mencadangkan agar dilantik sebagai Menteri Mentor bagi membantu Najib, suatu gambaran hakiki bahawa kepimpinan Najib begitu lemah dan tidak bermaya sehingga Mahathir yang sudah berusia 89 tahun dan lebih 10 tahun bersara, dirasakan perlu dipanggil semula untuk menyuntik ‘ubat kuat’ kepada Najib. HD.

Wednesday, January 22, 2014

Kit Siang gesa BN, Pakatan berbincang elak insiden 13 Mei berulang

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu berbincang supaya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang, kata Lim Kit Siang. Gambar fail.Lim Kit Siang menggesa satu pertemuan diadakan di antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bagi memastikan peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang selain membincangkan isu berkaitan kepentingan negara.

Penasihat DAP itu berkata, pertemuan itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara.

“Adakah Kabinet hari ini bersedia mengambil pendirian teguh menghentikan hasutan kebencian terhadap kaum dan agama serta hasutan untuk berulangnya peristiwa 13 Mei?

“Umno Pulau Pinang dan sekutunya memutar belit fakta mendakwa flash mob kangkung oleh Adun PKR Lee Khai Loon bertujuan menyerang perdana menteri Melayu oleh kaum Cina,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sabtu lalu, kira-kira 600 ahli Umno berhimpun di Seberang Jaya, Pulau Pinang membawa sepanduk provokatif mengancam mengulangi tragedi 13 Mei sekiranya isu kangkung terus dimainkan.

Antara sepanduk yang dibawa termasuklah yang tertera ayat "Menghina PM seperti menghina Melayu",  "Melayu Pulau Pinang bertahan kerana makan kangkung", "ABCD Asal bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam”.

Selain itu terdapat juga sepanduk berbunyi, "Kerana mulut pemimpin DAP berlakunya 13 Mei 1969... adakah anda mahu lagi?"

Lim berkata, tidak mengapa jika Lee enggan membuat permohonan maaf kerana tidak wajar perkara itu dilakukan kepada samseng yang mengancam kepada keganasan.

Katanya, flash mob kangkung tidak perlu dikaitkan dengan kaum tetapi ia adalah satu manifestasi keresahan rakyat Malaysia yang menderita dengan kenaikan harga barang.

“Apa yang perlu diperhatikan Kabinet adalah kempen pada minggu lalu yang diadakan oleh kumpulan yang tidak bertanggungjawab membibitkan kebencian kaum dan agama agar berulangnya peristiwa berdarah 13 Mei,” katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyarankan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anggota Kabinetnya agar memberikan fokus kepada lima perkara setelah situasi negara dilihat bertambah buruk berbanding sebelumnya.

Lim berkata, lima perkara yang perlu diperhalusi kerajaan adalah mengenai perpaduan nasional, krisis ekonomi, rasuah dan ketirisan, krisis pendidikan kebangsaan serta keselamatan rakyat, pelabur dan pelancong asing.

“Ahli Kabinet yang tidak membaca saranan ini jelas hidup di zaman dinosaur, tidak layak menganggotai Kabinet dan Najib mempunyai sebab jelas untuk menyingkirkan menteri tunggul dan ‘half-past six’ dalam rombakan Kabinet nanti.

“Dalam banyak perkara, keadaan negara semakin membimbangkan sejak dua minggu lalu. Kabinet masih belum mengesahkan penyelesaian 10 perkara masih diguna pakai dalam kontroversi Bible setelah mereka dilihat mengingkari perjanjian itu,” katanya.

Sebelum pilihan raya negeri Sarawak 2011, Putrajaya mempersetujui penyelesaian 10 perkara membenarkan Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam Al-Kitab dalam satu rundingan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Minggu lalu, pemimpin gereja daripada pelbagai peringkat menyatakan solidariti mereka mempertahankan penggunaan kalimah Allah dalam perhimpunan di gereja menggunakan bahasa Melayu.

Bagaimanapun, Putrajaya masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi setelah penganut Kristian menantikan penjelasan daripada Idris. - 22 Januari, 2014.MI.