Thursday, April 10, 2014

RM25 juta : Panda Diutamakan Rakyat 'Dibangsatkan'...

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara.

“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.

“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang.

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat.

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya.

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.

Tuesday, April 1, 2014

Masih Kah Kau ingat 8 Hari Yang Lalu.....

Antara kesimpulan AAIB dan Kesimpulan Najib..... Jangan buat kesimpulan tanpa berdasarkan fakta. Fakta hanya menyatakan kedudukan terakhir yang dikesan bukan dah konfirm kapalterbang mendarat atau terhempas atau jatuh.....
____________________________________________________________
 
Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang.

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaru ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. – Bernama, 24 Mac, 2014.

Wednesday, March 26, 2014

Bantah Pembunuhan....

Memorandum Bantahan Hukuman Gantung 529 aktivis Mesir 28Mac2014 selepas Solat Jumaat di Hotel De Palma Ampang. Turun & Sebarkan! Anjuran Pemuda PAS M'sia & NGO.

Monday, March 24, 2014

Iktibar Dari PRK N25 Kajang

  1. Secara umumnya pengundi bukan Melayu dan mereka yang celik politik amat objektif. Siapa yang lebih baik itulah yang diundinya.
  2. Pengundi Melayu tradisional adalah penyokong tegar kerajaan @ parti pemerintah. Parti yang berkuasa pada semasa itu, dialah yang diundinya.Mereka menggangap menggundi selain parti yang memerintah adalah penderhaka.
  3. Pengundi Saluran 1 amat setia kepada UmNO dan 'die hard fan'. Mereka terhutang budi dengan UmNo sebab kemerdekaan. Mereka menggangap Malaysia ini UmNo yang punya. Selain dari UmNo adalah musuh. Perubahan hanyalah melalui kesedaran ataupun tunggulah hingga generasi ini lenyap dan diganti oleh generasi yang baru.
  4. Isu liwat meloyakan majoriti pengundi, menghina kewarasan berfikir golongan berpendidikan dan celik politik. Makin banyak isu ini dimomokkan makin orang benci dan meluat dengan UmNo.
  5. Projek segera tidak lagi mendapat tempat terutama di kawasan bandar... Ataupun BN dan UmNo dah habis modal pusingan. Takpun, dah tak ada yang sanggup labur. 
  6. Sambutan terhadap program makan malam, cabutan bertuah, konsert, sumbangan semasa kempen pilihanraya bukanlah penentu sokongan. Masyarakat sudah matang dan menganbil pendirian apa sahaja yang orang bagi diambilnya. Sokong sendiri mau ingat.
  7. BN sudah habis modal dan keradibiliti. Hilang tokoh dan kehabisan calon yang berwibawa.
  8. Kempen maki hamun, carut, aibkan orang, ala samseng menyebabkan orang menjauhkan dari dari UmNo.
  9. UmNo hilang arah perjuangan apabila perjuangan Melayunya gagal... lagi parah apabila gagal meletakkan Calon Melayu menentang calon Melayu PKR YB Datin Sri Wan Azizah.
  10. MH370 menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan BN mengurus isu dan bencana. 
  11. Faktor Najib yang lemah dalam pelbagai isu menyebabkan rakyat beralih kepada Pakatan rakyat.
  12. Hukuman terhadap Anwar meningkatkan simpati terhadap Anwar dan kebencian terhadap BN.
  13. Kecemerlangan Pakatan Rakyat dalam mengurusan negeri, dana dan cakna terhadap masalah rakyat meningkatkan sokongan rakyat. 
  14. Isu air dan kegagalan Syabas mengurus bekalan air meningkatkan kemarahan rakyat terhadap kroni UmNo ini. 
  15. Konsert maut FMFA di Bukit Jalil telah menjahanamkan reputasi Nazri, UmNo dan BN.Walaupun konsert besar Live in Colour berikutnya dibatalkan namun kesan Bukit Jalil tidak akan hilang.
  16. Kempen SelangorKu walaupun tidak di gegar sepenuhnya di Kajang namun masih tidak menjejaskan sokongan rakyat.
  17. Tindakkan ADUN letak jawatan mungkin menjadi penyebab sebahagian pengundi tidak bersungguh untuk terlibat dengan PRK.
  18. Cuaca amat panas telah menghadkan pergerakkan pada hari menggundi terutama kepada yang kurang bersungguh.
  19. Kajang mungkin bukan kayu ukur atau lawan yang kuat bagi Pakatan rakyat.... tetapi cabaran di Balingian pasti lebih besar.
  20. Disimpan untuk edisi yang akan datang..... :)
Nota : Sekadar pandangan peribadi penulis.

Tahniah Kajang Tahniah Kepada Semua.

KAJANG: Calon PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan  kemenangannya pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang sebagai membuktikan keberkesanan 'Langkah Kajang'.

Beliau juga menyifatkan kemenangan ini sebagai langkah pertama menuju Putrajaya, dengan peningkatan undi di kebanyakan saluran 5, 6 dan 7 yang merupakan saluran undi golongan muda.

Kemenangan itu juga, katanya lebih manis apabila Pakatan Rakyat berjaya meningkatkan undi Melayu, selain berjaya memenangi dua kawasan Melayu yang dahulunya dimenangi BN.

"Peningkatan undi Melayu terhadap kita menunjukkan trend yang positif yang boleh memberikan kemenangan dan terus ke Putrajaya," kata beliau kepada media.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di pusat penjumlahan undi, Kompleks Sukan MPKj, Bandar Baru Bangi, sejurus selepas diumumkan sebagai Adun baru Kajang.

Dalam pada itu, Wan Azizah menjelaskan penurunan majoriti diperolehi PKR kali ini terkesan dengan jumlah peratusan keluar mengundi yang rendah berbanding pilihan raya umum (PRU) lalu.

Sementara itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi Dun Kajang yang memilih beliau sebagai wakil rakyat selain jentera parti dari PKR, PAS dan DAP yang bertungkus-lumus sepanjang kempen selama ini.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengarah PRK Kajang, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang berperanan sepanjang kempen ini," ujarnya.

Presiden PKR itu turut mengulangi komitmen untuk menunaikan semua perkara yang terkandung dalam manifestonya sebagai langkah awal khidmatnya kepada penduduk Kajang.

Dr Wan Azizah memenangi kerusi Dun Kajang dengan majoriti 5,379 undi.

Beliau meraih 16,741 undi manakala calon BN memperolehi 11,362.