Sunday, July 13, 2014

Penutup Tadarus Nisa Masjid Bt14


YB Haji Razaly Hassan ADN Dusun Tua melakukan Perasmian Penutup Program Tadarus Perdana Dan Khatam Al Quran 2014 Nisa bertempat di Masjid Sultan Hisamuddin Alan Shah di Pekan Batu 14 Hulu Langat.

YB menyampaikan sijil penyertaan program kepada seramai 120 orang yang menyertai program tadarus dan khatam Al Quran ini.

Thursday, July 10, 2014

Gaza: PAS seru solat hajat, Qunut Nazilah

KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras tindakan kejam tentera zionis Israel yang membedil penempatan rakyat Palestin sejak minggu lalu sehingga mengakibatkan puluhan syahid termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS melahirkan rasa dukacita dan simpati yang tinggi di atas apa yang menimpa saudara Islam di Palestin.

Sehubungan itu katanya, PAS mengajak seluruh umat Islam untuk sama-sama mendoakan keselamatan rakyat Palestin ketika ini.

"Kita minta supaya semua majlis kita khususnya Tarawih untuk baca Qunut Nazilah. Walaupun tradisi qunut selepas hari 15, tapi kita minta terus buat.

"Kita adakan solat hajat khas mendoakan keselamatan saudara kita dan semoga Allah hancurkan kejahatan musuhnya," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, PAS juga ujarnya membantah sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia yang seperti merelakan pembunuhan berlaku di hadapan mata.

Tegasnya, tanpa sebarang tekanan dari kuasa-kuasa besar ini maka lebih ramai jiwa akan terkorban di bumi Gaza itu.

"Kita akan mengadakan satu himpunan bagi membantah kekejaman Israel dan sikap membisu kuasa-kuasa besar dunia terhadap apa berlaku di Gaza," tambah beliau lagi.

Bagaimanapun tarikh perhimpunan itu ujarnya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, PAS juga turut melancarkan tabung khas bagi membantu saudara Islam di sana. - HD

Muslim Care


HELP FUND RAISING​

www.tabunggaza.com
TABUNG GAZA MAPIM
www.tabunggaza.com
MAYBANK ISLAMIC
558220601374​

www.tabungsyria.com
DANA KECEMASAN SYRIA
MAYBANK (DANA MAPIM)
558220605312

www.tabungrohingya.com
ROHINGYA HUMANITARIAN FUND
BANK AR-RAJHI
154001880630441

Wednesday, July 9, 2014

Dalam Kerancakan Piala Dunia, Gaza Terus Di Ganyang Israel Laknatullah..

Ya Allah saudara kami di sakiti, saudara kami dizalimi, saudara kami dibunuh ya Allah........Ya Allah selamatkanlah saudara-saudara kami yang dizalimi di Gaza dan juga lain-lain rantau dan negara ya Allah.....  Ya Allah bantulah mereka dan musnahkan musuh-musuh mereka ya Allah. Hapuskan dan hancurkan puak-puak yang menzalimi umat Islam di seluruh dunia.

Monday, July 7, 2014

ISU PERMOHONAN PUSAT LUMBA KUDA SATU CABARAN BESAR.

Saya mengakui isu permohonan untuk membina sebuah pusat lumba kuda di Hulu Selangor boleh memecahkan Pakatan Rakyat di Selangor jika diluluskan.

PAS sebagai sebuah parti Islam sama sekali tidak akan bersetuju dengan pembinaan pusat perjudian tersebut.

Kami telah menerima maklumbalas dari ahli-ahli kami dan masyarakat Islam yang menentang pembinaan itu.

Wakil-wakil PAS di dalam kerajaan pula sentiasa konsisten dengan pendirian tidak bersetuju dengan projek yang boleh memudaratkan itu.

Walau bagaimanapun saya yakin isu ini akan dapat diselesaikan dengan kerajaan negeri mengambil kira pandangan rakyat.

Oleh yang demikian, saya menggesa agar masyarakat Islam supaya bersabar kerana kerajaan negeri sentiasa prihatin kepada hasrat rakyat.

Iskandar A Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
7 Julai 2014

Friday, July 4, 2014

Tazkirah Jumaat

Semasa Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila mai bulan ramadhan beliau akan tadarus Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun.

TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran belajar sungguh2. Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca.

Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..." Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kalam TGNA tersebut.

Inilah cara tok guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Allahuakbar!

Sedutan tazkirah Ust Zakaria Hj Ahmad.

Wednesday, July 2, 2014

Judi Sudah Jadi Isu Nasional... Tunggu Apa PM Nak Kata ?


KUALA LUMPUR 29 Jun - Kelemahan penguatkuasaan yang didakwa akibat amalan rasuah melibatkan sesetengah agensi penguat kuasa menyebabkan kegiatan mesin judi haram tidak dapat dibanteras biar pun ia sudah berlaku sejak bertahun-tahun lalu dan kini berada pada tahap luar biasa.

Satu sumber mendedahkan, berikutan keadaan itu pengusaha mesin judi haram tidak pernah berasa bimbang atau takut untuk menjalankan kegiatan mereka memandangkan ‘segalanya sudah diuruskan’ dari segi undang-undang.

“Jumlah yang ditawarkan kepada sesetengah anggota agensi penguat kuasa pula bukanlah sedikit ada antara mereka melibatkan sehingga ratusan ribu ringgit dan dibayar secara bulanan atau sekaligus,’’ dakwanya.

Sumber itu mendakwa, pengusaha mesin judi haram tidak keberatan untuk mengeluarkan ‘modal’ bagi menyogok anggota-anggota agensi penguat kuasa kerana mereka mengaut keuntungan berlipat ganda setiap bulan.

“Walaupun pemberian habuan ini seolah-olah ‘elaun tetap’ kepada sesetengah anggota agensi penguat kuasa namun ia bukanlah perkara besar bagi pengusaha berkenaan kerana apa yang penting mereka boleh beroperasi dan memperolehi jutaan ringgit setiap bulan,’’ katanya.

Selain itu dakwanya, terdapat juga sindiket yang membayar sesetegah anggota agensi penguat kuasa untuk melindungi premis mesin-mesin judi haram dan ada antara mereka mengutip duit bulanan sehingga RM300,000 menerusi ‘runner’.

‘’Sindiket ini juga menggunakan kod-kod tertentu yang menggambarkan perniagaan mereka telah ‘dibayar’. Sebagai contoh melibatkan sebuah premis di sebuah daerah di Selangor, mereka menggunakan isyarat lampu berwarna merah atau biru sebagai petunjuk yang mereka telah memberi sogokan kepada penguat kuasa," katanya.

Dakwa sumber tersebut, walaupun sebahagian besar agensi penguat kuasa mengetahui bahawa wujudnya kegiatan mesin judi haram di kawasan masing-masing tetapi mereka hanya ‘tutup mata’ memandangkan telah menerima habuan daripada pengusaha.

“Pernah berlaku di mana, barang rampasan di permis yang menjalankan kegiatan itu hanya ‘bertahan’ dua jam sahaja. Pukul 2 pagi, mesin dirampas, pukul 4 pagi, pengusahanya sudah memperolehinya semula, bagaimana ini boleh berlaku?’’ katanya.

Sumber itu berkata, pengusaha mesin judi bukan sahaja sanggup menyogok anggota agensi penguat kuasa di peringkat daerah malah juga sehingga ke peringkat pusat.

“Contohnya, jika ada mana-mana ketua agensi penguat kuasa di peringkat daerah menunjukkan ketegasan, pengusaha akan cuba menggunakan orang tengah untuk berunding dengan peringkat lebih tinggi. Kesudahannya, mereka seolah-olah mendapat ‘lampu hijau’ bagi menjalankan kegiatan haram itu,’’ katanya.

Apa yang mengejutkan di sesete­ngah negeri, dakwa sumber tersebut, pengusaha mesin judi menyediakan premis atau tempat khas untuk anggota agensi penguat kuasa bermain.

Nota: Kalau diperingkat nasional pun bermasalah... apakah kekuatan yang ada pada kerajaan negeri bagi membentras masalah perjudian ini?

Tuesday, July 1, 2014

Episod Kecelaruan Institusi Pengajian Tinggi.

Tekanan terbaru terhadap pensyarah Universiti Malaya (UM) Redzuan Othman hanya sebahagian daripada siri panjang campur tangan terhadap institut pengajian tinggi (IPT), kata seorang profesor undang-undang.

Dr Abdul Aziz Bari berkata, beliau sendiri pernah digantung oleh Universiti Islam Antarabangsa ketika mengajar di situ selepas mengulas isu  berkaitan gereja di Petaling jaya pada 2011.

“UIA gantung saya dan tidak benarkan saya masuk ke pejabat sendiri. Ini mendorong mahasiswa – kebanyakannya bukan pelajar saya – mengadakan demonstrasi besar,” katanya.

Menurut Aziz lagi, menteri pengajian tinggi ketika itu Datuk Saifuddin Abdullah turut campur tangan dalam isu itu.

Dalam kes terbaru di UM, Saifuddin turut meletakkan jawatan sebagai felo universiti itu kerana tidak puas hati dengan tekanan terhadap Redzuan.

“Lebih lucu, Saifuddin sendiri kemudiannya tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam forum yang dianjurkan oleh mahasiswa UIA,” kata Aziz lagi.

Dalam tulisan terbarunya hari ini, kes-kes lain campur tangan lain dibariskannya termasuk:

    Selepas pilihan raya umum 1999, UM didakwa meminggirkan profesor ekonomi Jomo KS kerana pandangan dan penglibatannya bersama Barisan Alternatif yang dipimpin presiden PAS ketika itu Datuk Fadzil Mohd Noor.

Saifuddin semalam meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan UM sebagai membantah tekanan terhadap Dr Redzuan supaya berundur dari Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

Tekanan itu menurut Saifuddin  kerana kajian yang dilakukannya tidak menyenangkan kementerian.

Selain jawatan pengarah Umcedel, tempoh kontrak Redzuan sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM yang tamat semalam, juga  tidak dilanjutkan.

Jika tidak suka fakta statistik, jangan jadi penggubal dasar, kata penganalisis

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas hasil penyelidikan beliau menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas hasil penyelidikan beliau menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014. Arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas hasil penyelidikan beliau menunjukkan sikap kurang matang kerajaan, keyakinan dan tidak ikhlas dalam menghadapi fakta penting, kata penganalisis politik.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, kerajaan seolah-olah tidak dapat menerima pendapat yang berbeza di kalangan orang ramai, sebuah petunjuk kepada demokrasi yang matang.

"Ia menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. Saya tidak tahu apa yang berlaku, dan apa alasan mereka meminta beliau meletakkan jawatan," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

"Tetapi ia menunjukkan mereka tidak boleh menerima kritikan, walaupun daripada ahli akademik. Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman seorang yang terpelajar, individu penting yang memberi sumbangan besar dalam penyelidikan."

The Malaysian Insider semalam melaporkan Redzuan, seorang penganalisis politik terkemuka, bukan hanya diperintahkan meninggalkan jawatan pengarah UMcedel, tetapi kontrak beliau sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di Universiti Malaya juga tidak diperbaharui.

Ini jelas berpunca daripada hasil penyelidikan Redzuan di UMcedel yang membuatkan Putrajaya tidak senang hati sejak beberapa tahun, dengan penemuan kaji selidik terhadap politik Malaysia yang menunjukkan imej buruk pemerintah Barisan Nasional (BN).

Tetapi Ibrahim mengesahkan kajian UMcedel bebas daripada berat sebelah, dan berkata penemuannya sama dengan tinjauan dilakukan Merdeka Centre sendiri.

"Daripada apa yang saya lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perbezaan antara cara Umcedel mengumpul sampel berbanding Merdeka Centre.

"Tetapi sebahagian besar, kami mengesahkan kaji selidik mereka yang serupa dengan kami, penemuannya tidak jauh berbeza," kata Ibrahim.

Beliau berkata tekanan berterusan kerajaan terhadap ahli akademik dan institusi pengajian awam (IPTA) tidak memberikan petanda yang baik bagi masa depan pendidikan Malaysia.

"Ia menghantar isyarat yang salah kepada para pelajar dan ahli fakulti. Ia menunjukkan anda lebih selamat menyenangkan hati orang yang berkuasa berbanding bercakap benar,” kata Ibrahim.

Beliau menambah jika kerajaan berterusan bersikap begini, ia akan memperjudikan kualiti pakar di Malaysia serta kedudukan universiti.

"Ia hanya menunjukkan bahawa akhirnya, yang berkuasa kebanyakannya berminat untuk mengekalkan kuasa, bukan mendengar kebenaran," kata Ibrahim.

Wan Saiful Wan Jan, ketua pegawai eksekutif (CEO) Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Akademik (Ideas), bersetuju dengan pandangan Ibrahim.

"Saya tidak akan berkata kerja Profesor Dr Mohamad Redzuan Othman pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Saya berpendapat, beliau hanya melaporkan fakta," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Dan apabila orang tidak suka fakta statistik dibentangkan kepada mereka, maka saya khuatir mereka tidak boleh menjadi pembuat dasar."

Satu kajian yang dikatakan menggegarkan BN dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di mana hasil kajian menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketinggalan di belakang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Najib menafikan penemuan itu dan ramai penyokong BN mempersoalkan metodologi yang digunakan.

Wan Saiful berkata, adalah perkara biasa bagi ahli politik tidak berpuas hati dengan hasil penyelidikan dengan menyalahkan metodologi, tidak kira bagaimana ia bersifat saintifik dan jelas sekalipun.

"Apabila ia berkaitan penyelidikan dan metodologi, saya akan memilih kata-kata seorang profesor universiti dan bukannya ahli politik.

"Jika ahli politik berkenaan bagus dalam metodologi, maka mereka harus membuka firma penyelidikan sendiri dan bukan menjadi ahli politik."

Wan Saiful menambah, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan mesti segera memburu "Napoleon Kecil" yang bertanggungjawab terhadap penyingkiran Redzuan, dan memecat mereka.

"Jika ahli politik di belakangnya, maka kita harus ingatnya apabila mengundi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

"Jika ia datang dari Kementerian Pendidikan, maka ia menunjukkan jenaka jenis apa yang kementerian lakukan, selepas bercakap tentang pembaharuan pendidikan tinggi dan lain-lain."

Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai menunggu jawapan rasmi daripada kementerian sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap mereka, menyatakan keputusan itu boleh dibuat di peringkat yang lebih rendah, bahkan oleh naib canselor UM.

Apabila ditanya apakah ia perkara biasa bagi kerajaan di seluruh dunia mengeluarkan ahli akademik dengan pandangan yang bertentangan, Wan Saiful berkata: "Cubaan membandingkan Malaysia dengan trend global adalah satu kerja yang sia-sia.

"Di mana negara lain di dunia sedang bergerak ke arah autonomi, pengagihan kuasa, Malaysia masih menggunakan gaya Soviet bagi pendidikan tinggi. Kerajaan mengawal segala-galanya. "

Beliau berkata, satu-satunya cara bergerak ke hadapan adalah kerajaan mengagihkan kawalan institusi pengajian tinggi.

"Kerajaan perlu melangkah ke belakang dan mengakui mereka tidak boleh mengawal dari pusat jika mahu menjadi lebih baik.

"Berikan sepuluh tahun lagi, dan anda akan mendapati universiti swasta akan menjadi lebih bagus berbanding universiti awam. Ini kerana mereka mempunyai autonomi dalam melakukan apa yang mereka inginkan," kata Wan Saiful.

Dr Arnold Puyok, ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak, bersetuju bahawa campur tangan politik hanya akan melemahkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

"Saya berharap melihat universiti dibenarkan beroperasi sendiri, akan diberi lebih autonomi dan kebebasan intelektual dibenarkan berkembang. Kita tidak sepatutnya mempunyai sebarang campur tangan ahli politik dalam hal ehwal pelajar dan pensyarah.

"Kita melihat dan membaca laporan di mana beberapa ahli politik mempunyai pengaruh ke atas universiti, dan beberapa pelajar juga takut untuk bersuara secara kritis dan membina kerana sekatan tertentu."

Beliau berkata, adalah perkara biasa bagi penganalisis seperti dirinya dan Redzuan menerima aduan daripada ahli politik BN dan Pakatan Rakyat (PR) atas kerja mereka, terutama jika kritikal terhadap mereka.

Puyok berkata, beliau melihat kerja Redzuan dan mendapati ia neutral, walaupun mengkritik kerajaan.

"Tetapi saya fikir itu tugas seorang ahli akademik; kita mesti dibenarkan melakukan penyelidikan sendiri, bebas, dan mesti dibenarkan berkongsi penemuan dengan orang ramai.

"Jika ada yang tidak gembira, mungkin apa yang mereka boleh lakukan ialah melibatkan diri dengan ahli akademik itu."

Beliau menggesa ahli akademik lain agar tidak tunduk kepada tekanan politik dan terus menjalankan tugas mereka.

"Kita perlu terus melakukan apa yang diminta – meneruskan penyelidikan, berkongsi pengetahuan dengan pelajar dan masyarakat, mengajar.

"Tidak kira betapa sukarnya bagi kerajaan menerima penemuan, jika ia baik untuk negara dan kerajaan, mereka harus menerimanya.

"Tetapi sudah tentu kita perlu bertanggungjawab dengan fakta-fakta dan kajian. Bercakap benar, tetapi biarlah ia dikawal oleh etika," kata Puyok. – 1 Julai, 2014.