Monday, May 31, 2010

Ceramah Perdana

Jangan lupa insyallah malam ini 31/5/2010, 9 malam di Dewan Dato' Nazir Batu 14 Hulu Langat bersama penceramah yang tidak asing lagi Dato' Tuan Ibrahim Tuan....... Sebagai menggantikan program yang tidak dapat beliau hadiri sebelum ini.

Mari turun baramai-ramai dan manfaatkan masa yang ada untuk menambah ilmu dan meningkatkan kesedaran.

Konvoi Gaza: Malaysia digesa kutuk serangan Israel

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia menggesa kerajaan Malaysia mengutuk tindakan tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang menyerang kapal induk Mavi Marmara yang menyertai konvoi bantuan antarabngsa Gaza.

"Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel," kata pengerusinya, Zulkifli Mohd Nani.

Tambahnya lagi, ianya jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

Bagi Zulkifli, berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman, katanya.

Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan, katanya.

Beliau juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

Beliau juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

Pihaknya juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza, katanya.

Selain itu pihaknya menyokong sebarang tindakan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan, katanya.

Seterusnya beliau menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajatbagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Tujuh buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean diserang awal pagi tadi waktu Malaysia.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.

Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.

Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri.

Friday, May 28, 2010

BN jadi bengong bila PAS tahaluf dengan DAP


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu telah membuat kajian ketika menyertai BN sebelum ini dengan mengambil kira tindakan Nabi Muhammad SAW dalam membuat perjanjian dengan penduduk Yahudi Madinah.

Kontrak yang dikenali dengan nama Perjanjian Hudaibiah itu "lebih teruk kerana Nabi banyak beralah," kata menteri besar Kelantan itu ketika menyampaikan amanat di kongres Angkatan Muda Keadilan di Kota Bharu hari ini.

Namun, demi menjaga keselamatan, baginda tetap menyetujui perjanjian bertulis tersebut, kata Nik Abdul Aziz lagi.

"Kita berkongsi dulu dengan BN, (kita) dapat tubuh kerajaan. Dengan (Semangat) 46 dulu pun dapat buat kerajaan dan sekarang dalam Pakatan pun dapat buat kerajaan.

"Oleh itu gangguan yang dibuat oleh Melayu Umno terhadap PAS tentang unity government memang ada asas.

"Tapi BN jadi bengong bila kita tahaluf dengan DAP... Sedangkan DAP pun Cina, MCA pun Cina," katanya lagi.

Dalam ucapan ringkas selama kira-kira lima minit itu, beliau turut mengambil peluang mengkritik BN kerana sering menggunakan undang-undang ISA dalam memenangi persaingan politik.

"Tapi jangan marah, jangan guna ISA. Guna ISA ini tanda orang mati akal," katanya lagi.

Sekitar Demo Bantah Judi Bola Di Masjid Batu 14

Apa pendirian anda? Sokong UMNo dan sokong judi atau sokong PAS bantah judi? Anda buat penilaian dan anda buat keputusan. Kalau bukan di sini kita mengambil pendirian tunggulah nanti kita akan dipersoalkan juga pendirian kita nanti. Di mahkamah Rabbul Jalil yang tiada peguam yang mewakilkan kita hanya amal dan perbuatan kita menjadi pembela.












Kerajaan Najib GAGAL meningkatkan KDNK

Kegagalan Najib dalam meningkatkan KDNK telah menyebabkan peruntukan dan keistimewaan kepada rakyat dihapuskan. Ini adalah kerana asas untuk mengurangkan 'subsidi' iaitu KDNK gagal dinaikkan mengakibatkan negara tidak dapat menampung keperluan pentadbiran.

Ini ditambah dengan peruntukkan luarbiasa dan tidak masuk akal dalam setiap pilihanraya kecil. Ini belum lagi termasuk projek pembaziran yang dibuat oleh kerajaan. Akibatnya peruntukkan kepada rakyat ditarik balik. Ini adalah jalan singkat yang tidak memerlukan akal yang cerdik untuk memikirkan. Kalau macam itu kita tidak memerlukan Idris Jala. Siapa sahaja pun boleh buat.... hatta penjual burger tepi jalan pun boleh jadi Menteri. Setakat tahu kos dan untung sudah cukup untuk membuat keputusan.

Memandangkan UMNo amat bergantung kepada orang Melayu untuk terus memerintah dan orang Melayu ini mudah lupa dan mudah dibeli maka UMNo tidak takut untuk menyusahkan orang Melayu. Lima tahun sekali diberi kain pelikat sudah memadai untuk orang Melayu ini terus menyokong UMNo. Kalau tak percaya lihatlah kawasan Melayu tradisional. Nescaya kita lihat mereka ini merupakan orang yang memegang akidah UMNo yang amat tegar. Mereka ini berkelakuan seperti hamba abdi yang langsung tidak membantah dan mempertikaikan apa sahaja yang UMNo lakukan.

Mereka ini kebanyakkannya orang susah sehingga tidak sempat berfikir masalah masyarakat dan negara. Hidup mereka terlalu tertekan bagi memikirkan masalah hidup demi mencari sesuap nasi untuk terus hidup. Mungkin mereka tidak salah tetapi apa yang mampu kita buat? Sebab itulah PAS perlukan Harakah, Siasah, Ceramah, Tazkirah, Khutbah dll untuk mengetuk pintu hati orang Melayu ini. Sedarlah wahai bangsaku! kita sudah lama dan terlalu jauh tertinggal. Sampai bila kita mahu terus hidup begini? Berjuanglah untuk anak bangsa kita. Jangan harapkan UMNo.... Sebab kita tidak memerlukan UMNo. Dengan UMNo pun kita masih tetap hidup susah..... Apa ruginya kita meninggalkan UMNo?


Malaysia Akan Muflis Pada 2019 Jika Kerajaan Terus Beri Subsidi – Idris

KUALA LUMPUR: Malaysia akan berhadapan dengan risiko untuk muflis menjelang tahun 2019 sekiranya kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi dan mengawal pinjaman sedia ada.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala subsidi yang ditampung oleh Kerajaan Persekutuan ketika ini adalah 54 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 100 peratus sekiranya kerajaan tidak mengurangkan jumlah pemberian subsidi kepada rakyat di negara ini.


Sejak bila pulak negara ini hak milik UMNo?

Segala bentuk perasaan wujud apabila saya membaca headline ini. Sebagai seorang Perdana Menteri tidak sepatutnya Najib menjawab sedemikian rupa. Tidak pernah ada dalam sejarah hakmilik negara ini serahkan kepada UMNo. UMNo hanyalah pentadbir dan bukannya tuan tanah.

Sebagai ketua negara Najib perlu mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya dari jemaah kabinet. Yang terbaik adalah mendapatkan persetujuan dari Parlimen tentang rancangan dan keputusan yang hendak dibuat. Bukankan lebih baik Kabinet membuat kajian dan cadangan seterusnya keputusan tersebut dibentangkan di parlimen untuk kelulusan.

Apabila sudah terdesak dan diasak disetiap penjuru barulah Najib membuat kenyataan bahawa UMNo menyokong cadangan beliau. Sedangkan sebelum ini tidak pernah disebut keputusan perbincangan majlis tertinggi UMNo dalam hal ini. Apabila sudah hilang punca barulah Najib mencari UMNo dan menjadikannya 'kambing hitam'. Mari kita mintak minit mesyuarat mana, bila, di mana dan siapa yang datang untuk membuat keputusan tersebut. Seterusnya apakah asas yang digunakan dalam membuat keputusan tersebut. Apakah yang kita untung dan apa yang kita rugi? Mana kajian tersebut. Apakah asas perbincangan tersebut.

Bagaimana dengan isu jambatan lurus ke Singapura? Bagaimana dengan isu air, bagaimana dengan isu ruang udara, bagaimana dengan isu pemilikkan hartanah negara, EPF, pertikaian sempadan dll..... Apakah asas yang digunakan?

Saya yakin sebenarnya Najib tidak pernah berbincang dan tidak ada asas untuk membuat keputusan tersebut. Worst case scenario..... Ini arahan dari Rosmah!

MALAYSIA BUKAN MILIK UMNo

KUALA LUMPUR, May 27 — Datuk Seri Najib Razak declared today that he had obtained the backing of the Umno supreme council for the government’s decision to relocate the Tanjong Pagar railway station in Singapore.


Judi, Mansuh Subsidi, GST, Jual Tanah KTM Dan Minyak Naik Lagi; Bukti Kerajaan Najib Tiada Duit


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat tindakan Kerajaan meluluskan lesen judi bola baru-baru ini sebagai satu langkah terdesak. Ini tidak termasuk percubaan untuk memansuhkan subsidi, cukai pembelian (GST), Jual Tanah KTM dan terbaru rancangan menaikkan harga minyak. Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dilihat gagal menguruskan kewangan negara hingga menyebabkan kantung ekonomi negara kini jadi kelam kabut. Duit banyak dihabiskan untuk janji pilihanraya kecil.

DEMO HARAMKAN JUDI BOLA

DEMO JUDI BOLA HARI INI SELEPAS SOLAT JUMAAT DI MASJID BATU 14. MARI KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA UNTUK MENGHARAMKAM PERKARA YANG JELAS HARAMNYA DAN BUKAN MENJADI BUDAYA MANA-MANA KAUM.

KITA TIDAK DITANYA APAKAH HASIL USAHA KITA TETAPI APA YANG TELAH KITA BUAT. MARI BERSAMA-SAMA BENTRAS JUDI.

Selangor dedah senarai ADUN, MP terima kuota rumah

Senarai nama ADUN dan ahli parlimen yang menyalah-gunakan kuota pembelian rumah kos rendah untuk kepentingan peribadi dan ahli keluarga terdekat akan didedahkan.

Sehubungan itu, menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pihaknya menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan membuat pemantauan secara terperinci untuk memastikan kuota yang diperuntukkan itu diagihkan dengan betul .

“Ketika pemerintahan kerajaan BN, setiap ADUN diperuntukkan kuota untuk mengagihkan rumah kos rendah kepada mereka yang layak .

“Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran pada Mac 2008, kuota yang diamalkan sejak sekian lama itu telah dimansuhkan kerana diragui ketelusannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Serah semula rumah

Menurut Khalid, pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini, beliau juga telah mengarahkan pemantuaan dibuat terhadap setiap kakitangan kerajaan yang memiliki rumah kos rendah sejak 2004 sehingga sekarang.

“Ba
gi kakitangan kerajaan yang telah memiliki rumah kos rendah, mereka akan dipanggil untuk memberi penjelasan dan jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pemilikan itu, tindakan sewajarnya akan diambil.

“Kakitangan kerajaan ini juga akan diminta untuk menyerahkan semula rumah berkenaan kepada Kerajaan Negeri untuk dijual kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.

Khalid berkata dalam kes dua pegawai kanan kerajaan negeri - Sharipah Marhaini Syed Ali dan Hanizah Katab, mereka telah diminta menyerahkan semula unit yang dimiliki kepada kerajaan negeri untuk dijual.

“Tindakan ini tidak bermakna kerajaan negeri cuba menyekat mana-mana kakitangan kerajaan daripada memiliki rumah kos rendah asalkan mereka benar-benar layak serta menepati syarat dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.

Menteri Besar Selangor itu juga berkata pihaknya mahu memastikan pengagihan rumah kos rendah dibuat secara adil sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang ditekankan dalam pentadbiran.

Kerajaan gagal haram jualan rokok 14 batang

Pengharaman penjualan rokok 14 batang gagal dikuatkuasakan mulai 1 Jun ini dengan alasan kementerian kesihatan memerlukan lebih banyak masa untuk membuat kajian mengenai kesannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik Bernama berkata, tarikh penguatkuasaan itu tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang pengharaman penjualan rokok 14 batang akan menyebabkan lebih banyak lambakan rokok haram di negara ini.

"Pengecualian untuk penjualan rokok 14 batang sememangnya diberikan sehingga satu tarikh yang belum diputuskan pada 2010, namun kementerian sebelum ini membuat cadangan untuk mempercepatkannya kepada Jun ini.

"Memandangkan lebih banyak data diperlukan tentang kesannya, Kabinet semalam memutuskan supaya ia tidak dipercepatkan,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata, satu kenyataan juga akan dikeluarkan secepat mungkin mengenai perkara itu.

Sebelum ini, Tiong Lai pernah menyatakan bahawa penjualan rokok 14 batang akan diharamkan bagi mengehadkan kebolehcapaian awam terhadap rokok terutama di kalangan remaja dan hanya membenarkan penjualan rokok 20 batang yang harganya lebih mahal.

Dalam pada itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dalam satu kenyataan medianya melahirkan rasa kesal dengan ketidak-upayaan kerajaan akan menangguhkan pengharaman pek kecil rokok.

“Kadar epidemik merokok di Malaysia tidak patut dipandang ringan. Lebih daripada 50% lelaki dewasa di Malaysia adalah perokok. Kira-kira 50 kanak-kanak Malaysia di bawah umur 18 tahun mula merokok setiap hari.

“Sem
entara itu terdapat kira-kira 10,000 penduduk Malaysia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit-penyakit yang dikaitkan dengan merokok, menjadikannya salah satu pembunuh utama di negara ini,” kata presidennya, SM Mohamed Idris.

“Kami menganggap kerajaan bersikap serius apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tahun lalu bahawa tidak ada lagi kelewatan dalam pengharaman terbabit dan pada Jun 2010, selepas tertangguh selama 5 tahun, pek 14 batang rokok itu akan disingkirkan dari pasaran.

“Nampaknya, rakyatlah yang tersingkir! Keuntungan yang diraih oleh segelintir pihak lebih penting daripada kesihatan penduduk amnya,” kata CAP lagi.

Menurut Idris lagi, Seksyen 16(1) Peraturan Kawalan Produk Tembakau 2000 jelas menyebut “Pengeluar perlu membungkus rokok dalam bungkusan yang mengandungi tidak kurang daripada 20 batang rokok.”

Justeru, katanya, kerajaan sendiri melanggar peraturan.