Friday, January 14, 2011


Bagi yang berada di luar Pulau Pinang mungkin tidak mengetahui, ketika Koh Tsu Koon menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang beliau dianggap sebagai Melayu oleh penyokong UmNo, kerana apabila Lim Guan Eng pula dilantik sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang mereka berkata "Elok la tu.. bagi kat Cina Pulau Pinang ni..." dan mereka juga bertanya "Awat hangpa bagi Cina jadi Ketua Menteri?"

Tazkirah Jumaat - Muslim Mukmin Muttaqin

Muslim

Muslim adalah orang yang beragama Islam, berserah diri, tunduk dan taat kepada perintah Allah swt dan Rasul-Nya.

Allah swt berfirman: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (QS. Fushilat: 33)

Mukmin

Mukmin adalah orang-orang yang beriman dengan rukun iman dalam hati, perkataan dan perbuatanya.

Allah swt berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar.” (QS. Al Hujurat: 15)

Seorang mukmin sejati memiliki iman yang teguh dan kuat, tidak mudah goyang atau rapuh, senantiasa mengerjakan kebaikan, sabar dalam menghadapi cobaan, dan meminta pertolongan hanya kepada Allah swt.

Muttaqin

Muttaqin adalah orang yang bertakwa kepada Allah swt dan takut kepada-Nya, serta menjauhkan diri dari neraka dan dari azab-Nya dengan senantiasa mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya.

Muttaqi memiliki sifat sifat sebaimana tersebut dalam ayat berikut: ”(iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sholat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.” (QS. Al Baqarah 3-4)

Thursday, January 13, 2011

Orang Islam Dilarang Kerja Di Tempat Jual Arak

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Islam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

Bila Menteri Tak Cerdik Cuba Memperbodohkan Rakyat

Malaysia pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia, namun GAGAL membekalkan minyak masak untuk rakyatnya sendiri.....!

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad menyifatkan kenyataan menteri-menteri kabinet mengenai kenaikan harga barangan pengguna sejak kebelakangan ini seperti menteri yang tidak pernah bersekolah.

“Ini jawapan dari seorang menteri yang macam tidak bersekolah. Mereka ingat senang-senang ke nak bodohkan rakyat? Macamana harga barang tak naik? Anda meniaga sendirilah, baru tahu macam mana.

“Kalau barang yang sampai kepada mereka pun harga dah mahal atau lebih tinggi dari sebelumnya, macam mana mereka hendak jual dengan harga yang sama seperti sebelumnya atau lebih murah?

“Kalau nak marah kepada peniaga dan pengedar semata-mata tentulah tak adil kerana ekonomi ini seperti satu rantaian. Pengedar pula tentu akan mengambil kira harga dari kilang yang naik akibat peningkatan kos, kos pengangkutan dan sebagainya,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut Idris, walaupun terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan namun secara umumnya faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan harga barang pengguna disebabkan kelemahan kerajaan dalam menguruskan ekonominya yang tidak mendahulukan rakyat.

“Memang ada peniaga yang ambil kesempatan menaikkan harga barang tapi kenaikan harga barang sekarang ini melibatkan seluruh negara. Percayakah anda harga barang naik sebab semua peniaga seluruh negara ambil kesempatan? Sebenarnya segelintir sahaja yang naikkan harga barang secara berlebihan.
Tetapi media kerajaan sengaja memberi liputan terhadap penyelewengan peniaga yang menyorokkan bekalan dan menaikkan harga di pasaran berlebihan untuk mengaburi kelemahan mereka menguruskan ekonomi yang tidak mendahulukan rakyatnya.

Idris turut menemplak kenyataan seorang Timbalan Menteri yang dipercayai merujuk kepada Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe yang baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata bekalan keperluan pengguna seperti minyak masak mencukupi di pasaran.

“Kemudian ada pula timbalan menteri yang cakap bekalan barang keperluan sentiasa cukup di pasaran. Contohnya minyak masak dan bawang, tapi bila kita hendak beli, terpaksa keluar masuk empat, lima kedai baru dapat.

“Itu pun harga yang mahal. Bayangkan harga bawang besar boleh cecah RM5 sekilogram dari cuma seringgit lebih, lepas tu tiga ringgit lebih. Dalam masa lebih kurang setahun sahaja, sekarang dah RM5 sekilogram atau RM18 seguni berbanding sebelumnya RM5 sahaja seguni,” katanya.

Terdahulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri berkata penyelarasan harga beberapa barangan termasuk harga bahan api yang dibuat oleh kerajaan tidak memberi kesan kepada harga barangan lain

Bagaimanapun baru-baru ini beliau mengubah kenyataannya dengan mengatakan penyelarasan tersebut akan hanya memberi impak yang minima dan tidak melibatkan semua barang.

Dalam isu yang sama, Idris menyambut baik pelawaan Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop untuk berkongsi formula dengan mana-mana parti politik yang berhasrat memerintah negara ini bagi meringankan bebanan rakyat.

Dalam satu kajian yang dijalankan sebelum ini, Prof Hamid mendapati harga bahan api di negara ini boleh diturunkan memandangkan negara ini merupakan sebuah negara pengeluar minyak.

Dalam kajian yang sama juga mendapati oleh kerana Malaysia sebuah negara pengeluar minyak, harga minyak dalam pasaran tempatan tidak wajar ditentukan mengikut pasaran antarabangsa bagi membolehkan harga yang rendah diberikan untuk pasaran tempatan.

Pelan 100 hari Pakatan Rakyat

Kalau dah tak berani nak berhujah kenapa komen macam-macam.... Kata rancangan tak realistik, negara bengkrap, gula-gula pilihanraya, PR tak ada duit, buat kat negeri2 PR dulu dan seribu satu komen yang dihamburkan melalui media.

Namun apabila dipanggil untuk berhujah.... yang mana satu tak logik, yang mana satu tak masuk akal, yang mana satu tidak berpijak di bumi nyata.... Najib kecut perut dan memberikan pelbagai alasan. Kalau nak rakyat menilai mari kita menilai sebagai anak jantan. Kita nilai Najib betul atau Najib salah? Jangan takut tak ada atau takut kalah hujah mereka tembak dari jauh. Lempar batu sembunyi tangan.

No point to discuss or you don't have any point. Make-up your mind.
_________________________

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.

"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat," katanya kepada pemberita di Seri Perdana di Putrajaya hari ini selepas majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lalu.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas cabaran Anwar untuk berdebat dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika mereka menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru.

Sebelum ini, Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan BN akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika ada orang lain yang mahu berdebat dengan Anwar seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, itu terserah kepada masing-masing dan beliau tidak akan menghalangnya.

- Bernama

Tuesday, January 11, 2011

RM19B Untuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

  1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.
  2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
  3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.
  4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.
Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
11 Januari 2011

Monday, January 10, 2011

Dailog Masalah Tanah Hulu Langat

Pada 9 Januari 2011, Jawatankuasa Pengurusan DUN (JPD) Dusun Tua telah mengadakan majlis dialog bersama pemimpin di Dewan Orang Ramai Sungai Tekali. Menurut Penyelaras DUN Dusun Tua Saudara Mohamad Jan Sulong, Majlis tersebut diadakan bagi membincangkan permasalahan tanah yang membelenggu sejak sekian lamanya terutama mereka yang masih lagi tidak mempunyai tanah. Ada diantara mereka ini tinggal di kawasan rezab sungai, jalan dan juga tinggal di kawasan orang asal.

Antara yang hadir dalam majlis tersebut adalah YB Iskandar A. Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan), Dato' Zainal Abidin Aala (Pegawai Daerah Hulu Langat) dan Mohamad Jan Sulong (Penyelaras DUN Dusun Tua). Seramai lebih kurang 150 orang penduduk sekitar telah hadir untuk mengikuti dailog tersebut.

Dalam majlis tersebut penduduk diberi peluang untuk mengemukakan permasalahan yang mereka hadapi, antaranya penduduk Sungai Tekali yang diberikan tanah pada tahun 2009 namun gagal mengenalpasti kedudukan tanah mereka. Ini adalah kerana mereka menerima geran namun kedudukan tanah sebenarnya tidak dapat dipastikan. Penurut penerima tanah, itu lagi tanah tersebut tidak diukur walaupun mereka telah membayar premium dan kos juru ukur.

Penduduk juga membangkitkan masalah tanah kelompok yang mereka majukan setelah sekian lama dan apabila pembahagian lot dibuat rumah yang mereka dibina telah terkeluar dari lot yang diberikan.

Ada diantara penduduk yang ingin mengusahakan tanah-tanah rezab sungai dan jalan raya untuk tujuan tanaman jangka pendek seperti sayur dan pisang. Pegawai Daerah amat mengalu-alukan hasrat tersebut dan meminta ianya di majukan ke pejabat agar perbincangan dengan tuan tanah dan pemilikan sementara serta kebenaran dapat dikeluarkan.

Begitu juga dengan hasrat persatuan belia yang ingin memohon kawasan tanah untuk tujuan projek pertanian, YB Iskandar meminta supaya kertas kerja dibuat bagi menjelaskan projek yang akan dilaksanakan dan untuk tindakkan selanjutnya oleh Exco dan Pejabat Daerah.

Penduduk juga meminta penjelasan mengenai permohonan tanah pertanian yang telah diusahakan lebih 50 tahun tanpa hak milik. Menurut YB Iskandar, dari segi dasarnya permohonan pemilikan tanah pertanian telah dibekukan. Namun beliau setuju untuk mempertimbangkan sekiranya mereka telah mengusahakan tanah tersebut sejak dahulu. Peranan ketua kampung diperlukan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Dialog menjadi hangat apabila wakil pemuda dari Sungai Tekali pula membangkitkan isu penjualan tanah seluas 120 ekar dan 150 ekar yang dimiliki oleh individu. Pemilikan tanah yang luar biasa luasnya ini membangkitkan kemarahan penduduk sedangkan ramai lagi penduduk tempatan tidak mempunyai tanah. Sehubungan dengan itu YB Iskandar menjelaskan bahawa semua permohonan tanah selain dari untuk tujuan perumahan telah dibekukan. Beliau juga menambah, pemberian tanah yang luas kepada individu itu dilakukan oleh kerajaan yang terdahulu dan kini ianya telah dihentikan.

Oleh kerana pemberian tersebut dibuat secara sah maka kerajaan negeri kini tidak mempunyai kuasa untuk menarik balik tanah tersebut, melainkan sekiranya mereka telah melangar syarat pemilikkan seperti tidak membayar cukai.

Dialog itu telah berjalan lancar dan memberi maklumat tentang proses pembahagian tanah, hak milik dan pembangunan tanah rizab. Apa pun segala permasalahan perlu di majukan kepada Pejabat Daerah. Sekiranya ianya gagal diselesaikan, penduduk perlu membuat susulan dengan menghantar surat peringatan dan salinan kepada Dato' Zainal Abidin, Pegawai Daerah.








Gunting Rambut Percuma

Program gunting rambut percuma telah dijayakan oleh tukang gunting rambut yang tak asing lagi di Taman Sri Nanding iaitu Pak Len. Awal-awal pagi lagi anak-anak telah menunggu untuk gunting rambut sebagai persediaan menghadapi musim persekolahan baru.

Saturday, January 8, 2011

Minyak Masak Ghaib Dari Pasaran

Minyak masak adalah antara barangan yang dijangka akan mengalami kenaikkan harga dalam masa yang terdekat. Namun kini bukan masalah minyak masak naik harga.... Tetapi yang lebih parah minyak kelapa sawit ghaib dari pasaran. Tinjauan di kedai-kedai sekitar Hulu Langat yang tinggal adalah minyak bunga matahari dan minyak jagung.... Rasa-rasa kalau dah kaya, bolehlah beli. Kalau tak... pakat rebuslah semua makanan kita termasuk karipap, cucuk badak, cucuk kodok, keria... dan lain-lain yang seumpamanya.

Bila kita kata kerajaan perlu mengambil tindakkan... macam-macam alasan dan helah diberi untuk mengatakan bahawa minyak masak mencukupi. Kalau cukup mana perginya minyak masak? Disorok oleh pengilang.... pemborong.... atau peruncit?

Sebelum ini barang naik.... kini barang ghaib.... memang kita patut tukar kerajaan pimpinan Najib ini.

Thursday, January 6, 2011

Rakaman Ceramah Umum Ustaz Kamal Ashaari dan Che'Gu Bard 30hb Disember 2010 lalu...

Rakaman Ceramah Umum Al-Fadhil Ustaz Kamal Ashaari dan Che' Gu Bard di Dewan Dusun Tua, 30hb Disember 2010 Hari Khamis lalu telah diupload dan boleh ditonton di sini...

http://mtddusuntua.blogspot.com/2011/01/sekitar-ceramah-bn.html