Thursday, September 6, 2012

Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang by jma@tekali

Tempoh masa lebih setengah abad sudah mencukupi bagi orang Melayu memberi kepercayaan kepada Umno menjadi teras BN memimpin negara. Jangan salahkan kaum lain sekiranya berlaku kesilapan sehingga Melayu, agamanya, bangsanya dan bahasanya terpinggir.

Semua kaum telah menerima hakikat secara perlembagaan bertulis bahawa Islam agama persekutuan, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja berperlembagaan. Dalam masa yang sama hak kaum lain wajib diberi dengan adil.

Umno yang berkuasa dengan sokongan majoriti besar khususnya daripada penganut Islam berbangsa Melayu wajib dilakukan muhasabah dengan adil, bijak dan bertanggungjawab. Orang Melayu jangan menipu diri sendiri. Allah berfirman dalam surah Arra'du (bermaksud):

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

"Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya."

Agama Islam
Walaupun Islam diletakkan dalam perlembagaan atas desakan kumpulan Islam bersama PAS kepada Suruhanjaya Reid, tetapi mereka menerima dengan pentafsiran bahasa dan fahaman mereka terhadap agama.

PAS menghargai dan menerima hakikat mencapai kemerdekaan terlebih dahulu, bersama pemimpin generasi awal Umno dengan iringan doa dirahmati Allah di alam barzakh kerana bersama mendukung kemerdekaan.

PAS mengambil keputusan bersusah dan berkorban menjadi parti pembangkang, supaya manjadi kekuatan di luar kerajaan bagi menyempurnakan kemerdekaan itu dengan acuan maruah agama dan bangsa tanpa terikat lagi dengan acuan pemikiran warisan penjajah.

Almarhum Tan Sri Syed Ja'afar Al Bar menegaskan kepada saya, hanya beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia:

"Adalah lebih baik PAS berada di luar BN membetulkan keadaan dan tidak bijak berada di dalam," tegas beliau, ketika PAS berada dalam BN.

Kenyataan ikhlas kerana melihat Umno tidak mempedulikan kepada perubahan yang sepatutnya selepas mencapai kemerdekaan.

Sepatutnya Islam ditafsirkan dengan bahasa al-Quran, bukannya bahasa Inggeris. Umno yang tidak membuat perubahan menyebabkan Islam terus berada di tahap yang tidak berdaulat, dengan cara pentadbiran agama Islam yang lama diatur sejak zaman penjajah.

Namun ketinggian moral pentadbiran bersih oleh generasi awal Umno dapat menarik beberapa orang tokoh bangsa lain menganut Islam.

Mengikut kajian ilmu pentadbiran dan pengurusan Islam, menunjukkan bahawa penjajah British lebih banyak terpengaruh dengan sistem pentadbiran Islam melalui kajian orientalis, tetapi mereka menolak akidah dan syariat yang sempurna.

Adalah lebih mudah mengambil alih negara daripada penjajah British daripada penjajah bangsa lain. Hanya sedikit perubahan perlu dilakukan dengan dimasukkan roh Islam dan petunjuk syariatnya.

Malangnya Umno tidak mengorak langkah yang maju dengan membuat perubahan yang positif dan pro-aktif dengan yang baik dikekalkan yang tidak baik dibuang.

Para pemimpin Umno lebih leka dengan perubahan bersifat kebendaan untuk menarik rakyat memberi sokongan semata-semata untuk menang pilihan raya.

Tanpa dinafikan perlunya banyak masjid yang didirikan, bangunan pusat Islam, bangunan sekolah agama, Tabung Haji, Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam dan sebagainya.

Masalahnya roh dan pengisiannya tidak mengikut acuan Islam yang sempurna secara ikhlas dan berta'abud dengan petunjuk Al Quran dan Sunnah yang banyak.

Keadaan ini menjadikan sehingga asasnya bocor, kedudukan Islam lebih lemah daripada zaman penjajahan, sehinggakan pemimpin Melayu Islam dan bangsanya tidak mampu menjadi contoh Islam yang sempurna kepada seluruh manusia.

Almarhum maulana Abu Hasan Ali Al Nadawi, tokoh ulama dan pemikir Islam yang tersohor menegaskan dalam bukunya Kembali Semula kepada Islam menegaskan:

"Pelaksanaan Islam dengan cabarannya berlaku dua cara pendekatan. Sama ada melaksanakan Islam secara ibadah, dengan yakin kepada janji Allah dunia dan akhirat, atau laksanakan Islam secara jibayah, dengan memilih secara akal manusia yang hanya mencari pengaruh untuk berkuasa dengan sokongan rakyat semata-mata."

Yang kedua inilah yang dilakukan oleh Umno sehingga boleh berlaku salah faham terhadap Islam di kalangan penganut yang jahil, dan lebih lagi di kalangan bukan Islam.

Apabila Islam dilihat bukan melalui kaca mata ajarannya yang sempurna dan murni, tetapi dilihat daripada kecuaian pemimpin Umno. Lebih berbahaya lagi apabila menunjukkan contoh negatif seperti tidak bermoral, rasuah, penyalahgunaan kuasa, politik wang dan sebagainya.

Sehingga Tun Dr Mahathir sendiri pernah membuat kenyataan terbuka dan telah dua kali keluar masuk Umno. Almarhum Tunku Abdul Rahman pula meninggalkan Umno dan berucap di pentas PAS sebelum meninggal dunia.

Peranan pengajian Islam kalangan umat Islam dilemahkan dengan kawalan bertauliah sejak zaman penjajahan, diteruskan oleh Umno bagi meneruskan pengaruh sekularisme dalam masyarakat Islam.

Agenda menghapuskan tulisan jawi yang tidak dapat dilaksanakan oleh penjajah dan melemahkan penguasaan bahasa Arab di kalangan pelajar aliran Islam berjaya dibuat bawah pemerintahan Umno.

Seterusnya Umno menggunakan media khususnya berbahasa Melayu, bagi mencetuskan perkara yang meragukan dan salah faham terhadap Islam, seperti isu syariat Islam.

Ia difikirkan boleh menjadi bahan untuk menakutkan kalangan bukan Islam dan mengelirukan penganut Islam yang jahil seperti hukum poligami, pesaka, undang-undang jenayah hudud dan qisas, haramnya riba secara menyeluruh, hak wanita, hiburan dan lain-lain yang memerlukan ilmu dan pelaksanaan untuk difahami.

Islam itu wajib diimani seluruhnya dan dilaksanakan semuanya. Beriman sebahagian dan menolak atau ragu sebahagiannya adalah merosakkan iman.

Beramal dengan sebahagian dan menolak sebahagiannya pula menyebabkan tasawur yang salah terhadap Islam dan menyebabkan celaka dunia dan akhirat.

Hak istimewa

Kaum bukan Melayu yang faham tidak membantah adanya hak istimewa kerana memahami hakikat majoriti Bumiputera khususnya orang-orang Melayu terpinggir dengan penyusunan masyarakat ciptaan penjajah.

Mereka tidak membantah hak istimewa yang dicatit tanpa menafikan hak yang adil kepada semua kaum lain.

Namun hak ini disalah guna, sehingga kaum Melayu dan bumiputera tidak mampu bersaing dengan sendiri, tetapi ditongkat oleh Umno demi agenda politik berkuasa semata-mata dan mengambil kesempatan mencari kekayaan diri, keluarga dan rakan sekeliling tetapi tidak memperkasakan kaum Melayu dan bumiputera.

Contoh yang jelas ialah tanah rezab Melayu dan pinjaman disalah gunakan, sehingga Bank Bumiputera dileburkan dan beberapa agensi dijadikan alat mengaut keuntungan bagi kalangan tertentu sahaja dan banyak bantuan tidak sampai kepada sasaran dan tidak mencapai matlamat.

Bahasa kebangsaan

Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan terpinggir bukan sahaja dilemahkan daripada menjadi bahasa ilmu, bahkan dipinggirkan penggunaannya dalam amalan rasmi dan masyarakat umum.

Bahasa yang pernah diperkasakan oleh tamadun Islam serantau dan digunakan oleh lebih tiga ratus juta manusia, tiba-tiba menjadi dagang terpinggir di tengah pemimpin dan masyarakatnya sendiri.

Ketika bangsa lain berjaya diperkasakan dengan bahasa masing-masing, seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain, kita hanya sekadar bergaya dengan bahasa penjajah tetapi bangsa sendiri lemah jiwanya kerana membelakangi bahasanya, kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

Kedudukan politik

Kelemahan kuasa politik Melayu terhakis kerana mengatur strategi kemenangan Umno secara salah dan jangka pendek. Kelemahan politik Melayu di Singapura, Pulau Pinang dan Pantai Barat, kerana penyusunan kerusi menguatkan kuasa Umno bukannya memperkasakan Melayu Islam.

Melayu ditanam semangat hanya Umno parti tunggal yang menjaga hak Melayu, seolah-olah mengganti Tuhan Maha Esa, memberi rezeki dan menyara hidup mereka.

Kaum lain boleh memilih parti lain dan menguasainya. Apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak bermaya, mereka berpindah kepada DAP atau PKR atau DHPP. Maka Melayu terus berpaut dengan ranting Umno yang sudah berpenyakit dan menyalahkan kaum lain.

Kedudukan jumlah kerusi Melayu masih besar kerana kedudukan majoritinya, tetapi jumlah kerusi tanpa perubahan politik dalam kalangan bangsa Melayu sendiri tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka.

Melayu Islam dapat diperkasakan dengan PAS yang berdasarkan Islam mengikut undang-undang tubuhnya yang berbeza dengan Umno. PAS telah membuktikan kemampuannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Walaupun Umno menghalang pemerintahannya secara khianat terhadap agama dan bangsanya sendiri secara tidak bermoral dan melanggar adab demokrasi dan perlembagaan semata-mata mahu berkuasa dalam penyakit tua yang tidak sembuh.

Umno sanggup bermusuh dengan PAS dan kerajaan pimpinan PAS kerana Islamnya, lebih dahsyat daripada bermusuh dengan kaum lain.

Mutakhir ini adanya kalangan tokoh Melayu Islam dalam Umno meninggalkan Umno, bersama kalangan tokoh ilmuan, kakitangan kerajaan dan pasukan keselamatan menyertai PAS.

Ia adalah petunjuk positif kepada pengundi Melayu Islam secara khusus supaya mereka membuat perubahan bersama PAS menggantikan Umno sebagai kuasa pemerintahan. Perubahan sekadar ini tidak mencukupi tanpa sejumlah besar ahli Umno dan orang-orang Melayu yang bergantung dengannya secara khurafat .

Kalau mahu selamatkan Melayu dan perkasakannya, wajib masuk PAS yang mendaulatkan Islam, bukannya masuk Umno yang memikul Islam tanpa pelaksanaan sepenuhnya setelah lebih satu abad memikul amanah. Inilah pembetulan yang wajib dilakukan.

Kata Khalifah Umar bin Al Khattab RA: "Kembali kepada yang benar adalah lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan."

Akhirnya renunglah kepada firman Allah yang tersebut di atas tadi dan Firman Allah (bermaksud):

"Dan jika kamu berpaling (daripada menegakkan Islam) ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu."

Melayu tegakkan Islam yang sempurna, bersama PAS Melayu selamat dan semua kaum juga akan selamat, kerana Islam itu rahmat Allah kepada seluruh alam dan adil untuk semua kaum.

Tegakkan Melayu dengan mengapikan semangat perkauman, Islam hanya sampingan, Melayu bersama Umno, tidak mampu lagi memimpin, kerana hilang meruah dan lemah jiwanya. Selamat berhijrah kepada ahli-ahli Umno kepada PAS.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Harga minyak petrol RON97 kini RM3

Untuk kali kedua dalam tempoh kurang daripada satu bulan, kerajaan persekutuan telah secara senyap-senyap menaikkan harga petrol gred RON97.

Kenaikan RM0.30 seliter harga yang berkuatkuasa tengah malam tadi, menjadi harganya mencecah RM3 seliter Harga minyak mentah kini adalah 96.37. Adakah wajar kenaikan ini?

Politik Pijak Dan Kencing

Atas apa pun alasan penghinaan sesama manusia adalah tidak dibenarkan. Tetapi apabila orang yang berkuasa mempertahankan satu pihak dan menyalahkan satu pihak yang lain maka balas dendam akan berlaku. Apabila ini berlaku maka keadaan yang tidak harmoni akan wujud.

Kalau Najib rasa terhina kerana gambarnya dipijak orang.... adakah kami tidak rasa terhina apabila pemimpin kami dihina... Bahkan lebih teruk dari setakat dipijak. Penghinaan sebegini bukan baru berlaku bahkan ianya talah lama berlaku dan dibiarkan oleh pimpinan BN.

Parti yang memerintah merasa mereka dilindungi dan kebal dari tindakkan undang-undang. Akibatnya penghinaan ini terus berlaku dan akibatnya apabila sebelah pihak sudah tidak tahan dengan penghinaan yang berterusan ini maka inilah akibatnya.... Balas dendam.





Dua Bentuk Senaman Yang Serupa Tetapi Berbeza Kesannya.... Yang Satu Kena Buru Yang Satu Dipertahankan.....



Masih Terkapai-Kapai Walaupun Penyelesaian Telah Wujud Lebih 1430 tahun Dahulu.....

PETALING JAYA, Sept 5 — Rape offenders should be meted harsh sentences to deter others from committing similar crimes against women and children, said the Attorney-General’s (AG) Chambers in a statement released late today.

The Star Online quoted the statement, which was signed by AG Tan Sri Abdul Gani Patail (picture), as reading in part, “The department’s stand is that rape cases require deterrent sentencing to reflect the abhorrence and revulsion of the public towards such crimes.

“This aberration of justice for those who most need the protection of law must be rectified.”

It also said, “In determining the appropriate punishment, especially for statutory rape cases, among the major factors to be considered by all parties involved is public interest and the seriousness of offence committed.”

The news portal reported the AG’s Chambers, in reference to statutory rape, as saying, “In principle, an adult, or a person above the age of 18, especially persons known and trusted by the child victim, should not take advantage of a child as the child has not reached maturity.

“Even if it is said (alleged) that there was consent from the child victim for a sexual act, the consent must be questioned, due to the age and immaturity of the party which is said to have given its consent.”

The statement by the AG’s Chambers follows the recent public uproar over the cases of former national bowler Noor Afizal Azizan and electrician Chuah Guan Jiu who were bound over for five years and three years respectively on a RM25,000 good behaviour bond each after being found guilty of statutory rape. MI.

S & P: Malaysia berisiko mengalami penurunan kredit jika pembaharuan tidak dilakukan

KUALALUMPUR, Sept 6 — Penarafan kredit berdaulat Malaysia mungkin akan dipotong jika kerajaan tidak menunaikan janji melakukan reformasi bagi mengurangkan perbelanjaan untuk mengurangkan defisit fiskal, kata Standard and Poor’s (S & P) dalam laporan terbarunya mengenai negara, menyertai lain-lain agensi penilaian global dalam amaran mengenai tekanan kepada profil kredit negara.

S & P berkata reformasi kerajaan harus melihat termasuk meperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pengurangan subsidi.

“Kita mungkin menaikkan penarafan kredit berdaulat jika pertumbuhan yang lebih kukuh dan usaha kerajaan untuk mengurangkan hasil perbelanjaan dalam defisit yang lebih rendah daripada jangkaan, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

“Dengan defisit yang lebih rendah, pengurangan ketara dalam hutang kerajaan adalah mungkin.

Bulan lepas Fitch Ratings dalam laporan berasingan berkata bahawa, Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman berkembar fiskal defisit belanjawan persekutuan dan hutang persekutuan.

Fitch juga berkata bahawa data jelas menunjukkan sektor awam berkaitan aktiviti telah menjadi pemacu utama pertumbuhan KDNK bagi empat suku terakhir di samping aktiviti sektor swasta yang kukuh.

Putrajaya telah bergerak ke arah memotong subsidi tahun lepas, tetapi akibat daripada tekanan politik dalam pilihan raya yang semakin hampir telah menyebabkan beberapa pembaharuan ini terbengkalai.

Rancangan untuk memperkenalkan GST juga telah ditangguhkan kerana kebimbangan bahawa ia menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan undi.

“Malaysia banyak bergantung kepada hasil berkaitan petroleum. Kerajaan telah merancang untuk melakukan reformasi dalam sistem subsidi dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Bagaimanapun, memandangkan dengan sensitiviti politik, kita menjangkakan pelaksanaan GST hanya akan dilakukan selepas pilihan raya umum,” katanya.

Agensi itu menambah bahawa selama lebih daripada satu dekad, pertumbuhan ekonomi Malaysia sebahagiannya dibawa oleh pelaburan awam yang besar – kadang-kadang melebihi sector swasta – dan ini telah menjejaskan kedudukan fiskal kerajaan.

Angka daripada Laporan Ekonomi Perbendaharaan Persekutuan menunjukkan bahawa hutang domestik kerajaan persekutuan hampir dua kali ganda dalam masa kurang daripada lima tahun – daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421 bilion pada tahun 2011 – jauh mengatasi hasil yang yang hanya meningkat 31 peratus, daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion, dalam tempoh yang sama.

Walaupun pentadbiran Najib telah berikrar untuk membiarkan tidak kewajipan kerajaan persekutuan melebihi 55 peratus daripada KDNK negara, terdapat kebimbangan jika pinjaman disokong kerajaan atau “liabiliti luar jangka” diambil kira, pendedahan hutang jumlah kerajaan telah pun meningkat kepada kira-kira 65 peratus daripada KDNK tahun lepas. MI.

Sunday, September 2, 2012

Membantu Mangsa Kebakaran Di Kuala Perdik

Dalam masa orang bergembira beraya... Dia buah rumah telah terbakar di Kuala Perdik pada petang 30 Ogos 2012 yang mengakibatkan 17 penghuni hilang tempat berteduh. Juga rumah yang berdekatan mengalami kerosakkan akibat kebakaran tersebut.

Bantuan segera telah disampaikan dan kini keluarga yang terjejas sedang menumpang di rumah berhampiran Namun keadaan rumah tersebut uzur dan banyak kayunya dimakan anai-anai akibatnya lantai tengahnya telah roboh. Memandangkan rumah ini sahaja yang ada maka kerja pembaikan perlu dibuat dengan segera.

Pasukan Pas Dusun telah berkejar ke tempat kejadian dan membantu memperbaiki kerosakkan tersebut. Kayu yang rosak telah diganti. Tiang penyokong baru dibuat dan lantai baru juga telah dipasang. Alhamdulillah kerja-kerja telah siap dan mudah-mudahan penghuni dapat duduk dengan lebih selesa.

Terima kasih dan syabas kepada petugas yang bertungkus lumus membantu.

Semoga Allah memberi ketabahan dan kesabaran kepada mangsa dalam menghadapi musibah ini.




















Wednesday, August 29, 2012

Rakyat luntur semangat sambut Merdeka

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak menolak kemungkinan sikap kerajaan BN menerapkan politik kepartian dalam sambutan Hari Kemerdekaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi punca lunturnya semangat rakyat menyambutnya.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, hasil pemantauan pihaknya, rakyat seolah-olah tidak berminat mengibarkan jalur gemilang di seluruh negara walaupun negara kini telah 55 tahun merdeka.

“Kami merasakan hilangnya semangat mengibarkan jalur gemilang ini berikutan cara dan pendekatan Umno-BN yang menyebabkan rakyat mula sedar bahawa sambutan kemerdekaan negera ini seolah-olah menyampaikan mesej untuk BN terus memerintah negara sahaja.

“Bahkan dalam sejarah apabila tema sambutan kemerdekaan negara kali ini mengambil tema daripada Umno iaitu ‘Janji Ditetapi’,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sambutan 'suam' dari rakyat itu sebagai manifestasi kekecewaan mereka terhadap pemerintahan BN selama ini.

Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu juga melihat banyak lagi kelemahan BN walaupun rakyat telah memberikan ruang memerintah sekian lama.

“Rakyat perlukan semangat baru untuk membina negara yang semangkin hari semangkin terhakis," katanya.

Ujar beliau, tiupan semangat baru perlu diberikan kepada rakyat bagi membangunkan negara mengikut lanskap kemajuan dan keharmonian serta kebebasan daripada sistem penjajahan yang selama ini masih membelenggu rakyat tanpa disedari.

“Saya menyeru kepada rakyat khususnya orang muda agar kibarkan jalur gemilang demi menunjukkan semangat cintakan negara serta membuat satu perubahan penting bagi negara kita di masa hadapan dan untuk generasi yang akan datang demi negara tercinta,” tegas beliau.

Tuesday, August 28, 2012

LET US CHANGE OUR GOVERNMENT.

An interesting article to ponder...

PLEASE REMEMBER THE FOLLOWINGS WHEN MAKE COMMENT(S) :-

1. PLEASE DO NOT PUT WORDS IN MY MOUTH AS I NEVER PUT WORDS IN ANYONE’S MOUTH.

2. PLEASE RESPECT OTHER PEOPLE’S VIEW AND DIFFERENCES IN OPINIONS. I HAVE ALWAYS RESPECT THE VIEWS OF ALL REGARDLESS WHETHER THEY ARE BN SUPPORTERS, PR SUPPORTERS OR FENCE SITTERS.

3. PLEASE DO NOT COMMENT ON THE PERSON WHO GAVE THE COMMENT BUT DO COMMENT AND COUNTER HIS/HER VIEWS. COMMENT ON THE CONTENT, NOT ON THE CONTRIBUTOR. IT IS NOT WISE TO PRACTICE PERSONAL ATTACK.

http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:No_personal_attacks

WORLD HISTORY? Hmmm… Merdeka is coming soon… Let’s look at some of MALAYSIA’S HISTORY…

Maybe many of us are not aware that, long before UMNO (established in 1988) exist, many non-UMNO, non-MCA, non-MIC, non-Gerakan, non-BN members fought against the British for independence and SOME (OR MANY) DIED IN THIS NOBLE COURSE. Even the members of the Parti Komunis Malaya (PKM) use PKM as a platform to fight against the British. Let us all remember their fight for our independence.

Among them were…

1. Pak Sako (a political journalist).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ishak_Haji_Muhammad

2. Aziz Ishak (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Aziz_Ishak

3. Ibrahim Yaacob (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_Yaacob

4. Abdullah CD (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Abdullah_CD

5. Ahmad Boestaman (KMM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Boestaman

6. Dr. Burhanuddin Helmy (PAS).

http://en.wikipedia.org/wiki/Burhanuddin_al-Helmy

7. Ustaz Abu Bakar Al- Baqir.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_al-Baqir

8. Rashid Maidin (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin

9. Shamsiah Fakeh (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh

10. Chin Peng (PKM).

http://en.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng

11. Mat Indera (PKMM and API) – Hanged by the British for the Bukit Kepong incident.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_Indera

12. Tok Janggut.

http://en.wikipedia.org/wiki/Tok_Janggut

13. Dato Maharajalela.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharajalela_Lela

14. Abdul Rahman Limbong.

http://en.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_Limbong

15. Dol Said.

http://en.wikipedia.org/wiki/Dol_Said

16. And many more…

Among the organizations which fought against the British for our independence are :-

1. Parti Komunis Malaya (1930).

http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Communist_Party

2. Kesatuan Melayu Muda (1938).

http://en.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Melayu_Muda

3. Angkatan Pemuda Insaf (1946).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Pemuda_Insaf

4. Angkatan Wanita Sedar (1946).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Angkatan_Wanita_Sedar

5. Hizbul Muslimin (1948) – which became PAS.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hizbul_Muslimin

6. Parti Islam Semalaysia (PAS).

http://en.wikipedia.org/wiki/Parti_Islam_Se-Malaysia

6. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945).

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Kebangsaan_Melayu_Malaya

Almost all of the above organizations were made illegal and were banned by the British.

“Malaysia need not and did not go to war to achieve the peaceful aims of those you lauded over. Maybe this was done so peacefully and happily, you never noticed !” – MORE THAN 11,000 PEOPLE DIED FOR MALAYA IN THE FIGHT FOR FREEDOM.

UMNO became the ‘hero’ of our independence because UMNO agreed to share the power with the Chinese and Indians.

By right, UMNO, MCA and MIC have no right to negotiate with the British for our independence. Only the Malays Rules have the right to do so. The Malay Rulers are the legitimate owners of Persekutuan Tanah Melayu, not UMNO, MCA and MIC. UMNO, MCA and MIC did not sign the Federation Of Malaya Independence Act with the British but The Malay Rulers did.

http://en.wikipedia.org/wiki/Hari_Merdeka

http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=File:Ukpga_19570060_en.djvu&page=1

Even if we believe that UMNO is the hero for our independence, yes that’s true for the previous UMNO (ceased to exisst in 1987) but the current UMNO was established only in 1988 (with Tun Mahathir being the 1st member). Our independence is in 1957.

http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

As mentioned in my previous comments, THERE ARE TOO MANY COUNTRIES (DEVELOPED AND ALSO DEVELOPING COUNTRIES) IN THIS WORLD WHICH HAD CHANGED THEIR GOVERNMENT. Just name them… Thailand, Philippines, Japan, South Korea, Taiwan, USA, UK, France, Australia, New Zealand and many more.

WHAT HAPPENED TO THESE COUNTRIES AFTER THEY CHANGE THEIR GOVERNMENT?

Pakatan Rakyat is definitely not going to be the best ever government. Pakatan Rakyat is definitely not going to be a perfect government. PAKATAN RAKYAT WILL DEFINITELY NOT BE ABLE TO FULFILL ALL THEIR PROMISES. It is not the end of the world for Malaysia if we change our government. But it is definitely the end for all corrupt BN’s politicians. THAT’S WHY THEY ARE TOO AFRAID IF WE CHANGE OUR GOVERNMENT.

I don’t care whether Anwar Ibrahim practice so**my. I don’t care whether Nik Aziz wants to cut-off people’s hand. I don’t care whether Lim Guan Eng going to give 999 years lease of land to the Chinese.

I don’t care about PR’s promises. My conscience is crystal clear that PR will never be able to fulfill all their promises. What I care is…

1. I CAN’T AFFORD TO BUY A HOUSE.

2. I HAVE TO PAY DEBT FOR NINE YEARS ONLY TO DRIVE A LOW QUALITY CAR AND I AM SPENDING 1/3 OF MY INCOME TO PAY FOR THIS.

3. I CAN’T AFFORD TO PROVIDE TERTIARY EDUCATIONS FOR MY KIDS.

4. I CAN’T RELY ON THE PUBLIC TRANSPORT BECAUSE THEY ARE SO INEFFICIENT, INCONVENIENCE AND EXPENSIVE. NOTHING HAVE CHANGE!

These four major things really give direct impact on my life, on my family’s life, on kids life, on the future of my kids.

UNTIL NOW, BN FAILED TO ADDRESS THE ABOVE BURDENS.

Maybe UMNO should change their English name to a Malay name like PKMB?

LET’S GO FOR A CHANGE.

Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz

MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Nota : Syaitan confirm jahat dan malaikat confirm baik. Jangan nak bercanggah dengan ketetapan Allah. Jangan nak memandai...