Thursday, December 20, 2012

Presiden PAS diserang kerana nama dicadang sebagai PM

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang by jma@tekali
KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' dipercayai dibuat semata-mata kerana ada ura-ura nama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memang menjadi tradisi bahawa sesiapa sahaja selain Umno yang disebut-sebut menjadi calon perdana menteri akan diserang habis-habisan.

“Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai PM.

"Kini Tuan Guru Haji Hadi pula diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, doktrin Umno di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri gagal apabila timbul isu Presiden PAS disebut sebagai calon PM.

“Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.

"Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM, akan menjadi sasaran serangan media BN,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga mengimbau kembali sejarah pertubuhan al-Arqam yang diserang habis-habisan setelah mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

“Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri.

"Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana disebut untuk menjadi PM,” kata beliau.

Justeru katanya, rakyat mempunyai satu peluang yang cerah untuk menghentikan mitos bahawa jawatan perdana menteri ini hak eksklusif Umno sahaja dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Jumpa Anda Di Stadium Merdeka 12 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.
Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah  Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.

Monday, December 17, 2012

Confused Perkasa

Perkasa: Impossible for Malays to compete economically because of Islam

KUALA LUMPUR, Dec 15 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali suggested today that the Malays are economically disadvantaged against the non-Malays because of certain limitations in Islam.

The outspoken conservative Malay leader, who was speaking today at Perkasa’s annual meet here, cited this as the reason to continue with affirmative action policies, arguing that this was the best way to address this shortcoming of the Malays.

“Gambling, liquor, entertainment outlets ... how could Malays afford, be able to compete?” Ibrahim asked in his address.

He had claimed that millions of ringgit were denied to the Malays since those businesses are prohibited in Islam, while non-Muslim entrepreneurs had benefited a lot from them. MI

Nota : Awas....Jangan sampai apa yang kita perkatakan dilihat seperti mempertikan Islam. Majlis Fatwa atau Majlis Agama perlu memberi nasihat atau fatwa berkenaan kenyataan seperti ini.

Sunday, December 16, 2012

Datuk Mokhtar Abd Hamid menyertai PAS

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.

"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.

Perkasa Dan Matlamat Dan Cara

Ibrahim Ali mengatakan dua perkara pokok disini :

Pertama “Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu, yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau bertentangan dengan dasar-dasar nasional”. .

Kedua "Mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut membuat pelbagai tuntutan yang tidak ada dengan perlembagaan". 

Dari segi prinsip adala tidak salah kita mempertahankan Artikal 153 Perlembagaan Malaysia. Dan dari segi prinsip juga tidak salah bila kita minta sesuatu yang tidak disebut dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, apa yang menjadi kesalahan? 

Apabila sesebuah pertubuhan meminta sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adakah ianya salah? Kita perlu ingat bahawa Perlembagaan Malaysia boleh diubah dengan syarat-syaratnya yang telah ditetapkan.

Jadi dimanakah kesalahan Perkasa?

Perkasa bertindak diluarbatas apabila mereka cuba menjadi Polis dan hakim dalam masa yang sama. Ianya menjadi lebih pelik apabila mereka ini adalah sebahagian daripada UmNo yang mana UmNo adalah parti yang memerintah dana menguasai kerajaan Persekutuan.

Perkasa juga berada didalam situasi yang salah apabila dalam mempertahankan hak mereka juga mengancam bangsa atau kumpulan lain meminta sesuatu yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan. Sedangkan meminta atau menuntut atau mendesak itu adalah hak semua orang dan pertubuhan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mempertimbangkan sesuatu permintaan berdasarkan peruntukkan dan peraturan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu dipenuhi sedangkan ianya bercanggah dangan peraturan dan undang-undang kita ada mahkamah untuk membuat keputusan...

Jadi dimana masalahnya?

Masalah sebenarnya adalam UmNo. Mereka telah gagal membawa agenda orang Melayu dan Islam. Apabila UmNo gagal mereka cuba menutup kelemahan ini dangan berselindung di sebalik Perkasa. Sebab itu majoriti ahli dan penyokong Perkasa adalah orang UmNo. Ini adalah supaya dilihat UmNo sedang memperjuangkan hak orang Melayu. Mereka berharap orang Melayu akan menyokong Perkasa dan secara tidak langsung menyokong UmNo. Sebab itu dalam kenyataanmereka,  Perkasa akan mengundi BN dalam PRU13.

Kesimpulan

Semua orang berhak meminta, semua orang berhak membuat tuntutan dan semua pihak berhak membuat permohonan. Kita ada kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dan keputusan. Mereka salah membuat keputusan kita tukar mereka. Mereka betul dalam membuat keputusan kita sokong mereka.

Thursday, December 13, 2012

Rakyat Malaysia Digesa Mendaftar Sebagai Pengundi Sebelum 31 Disember

PETALING JAYA: Anda hanya mempunyai 19 hari sahaja lagi untuk mendaftar sebagai pengundi jika mahu membuang undi pada pilihan raya umum ke-13 yang mungkin diadakan antara Februari dan Mei tahun depan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua rakyat Malaysia yang layak dan masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk berbuat demikian sebelum 31 Disember ini bagi membolehkan senarai nama dimasukkan dalam suku keempat 2012 yang dijangka akan diwartakan pada Februari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mereka yang gagal berbuat demikian tidak akan dapat mengundi jika pemilihan diadakan sebelum senarai pengundi seterusnya dikemaskini dan diwartakan pada Mei 2013.

"Ada yang meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada awal Mac manakala yang lain mengatakan ia boleh jadi akhir bulan Mac.

"Dalam mana-mana kes, masih terdapat beberapa hari lagi sebelum 31 Disember, jadi sila mendaftar sekarang kerana ramalan mungkin menjadi kenyataan dan pilihanraya diadakan dalam tempoh tersebut," kata Wan Ahmad.

Sehingga 30 September, 20.3 peratus atau 3,346,460 daripada 16,451,867 rakyat Malaysia yang layak mengundi masih belum mendaftar dengan suruhanjaya itu.

Tempoh semasa Parlimen berakhir pada 28 April dan pemilihan mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh itu.

Wan Ahmad berkata SPR akan menambah daftar pengundi baru dengan segera selepas setiap suku tahun berakhir tetapi semua rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar harus melakukannya kerana masa diperlukan untuk memproses permohonan mereka.

Maklumat mengenai bagaimana untuk mendaftar tersedia di laman web www.spr.gov.my.

Thursday, December 6, 2012

Diskusi : Dakwah & Memakmurkan Masjid



Pemandu di Seremban, AES rakam di KL

Seorang eksekutif pemasaran mencabar saman yang dikeluarkan olehnya oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dengan alasan beliau dan kenderaannya tidak berada di Jalan Klang Lama ketika insiden berkenaan didakwa berlaku pada 25 September lalu.

Shoba Karunakaran, 34, meminta dibicarakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur ke atas tuduhan tidak memberhentikan kenderaan di satu lampu isyarat yang menunjukkan isyarat merah.

Insiden berkenaan didakwa dirakam melalui kamera AES.

Beliau memberitahu wartawan, beliau terkejut apabila menerima saman tersebut.

"Saya sedang bercuti di Seremban pada hari tersebut dan masih tidur pada pagi tersebut ketika saya sepatutnya melakukan kesalahan berkenaan.

"Jadi saya hairan mengapa saya disaman," katanya.

Shoba merupakan antara 27 pemandu yang hadir ke mahkamah hari ini, walau 914 saman dikeluarkan.

Daripada jumlah itu, seramai 12 orang mengaku bersalah dan dikenakan saman RM300, manakala lapan lagi termasuk Shoba minta dibicarakan.