Thursday, May 1, 2008

Pengisian Sebuah Kemenangan

Setelah hampir dua bulan kerajaan baru Pakatan Rakyat (PR) menguasai Selangor saya yakin mereka telah mengemaskinikan segala keperluan untuk memacu pembangunan negeri ini dengan lebih baik lagi. Pembangunan perlu mencakupi segala aspek termasuk material dan modal insan.

Di Dusun Tua ini, kita agak kurng bernasib baik kerana kerusi ini dikuasai oleh pembangkang (UMNO). Beberapa penyesuian perlu dilaksankan bgi memastikan N23. Dusun Tua tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Mungkin penyelaras DUN perlu untuk memastikan pembangunan dan isu-isu tempatan dapat di selesikan dengan berkesan. Setakat ini saya tidak melihat DUN yang dilantik melakukan apa-apa. Kalau dahulu apabila Cikgu Rahmat menang beliau ada juga menemui penduduk (melawat Surau). Sekarang ini saya tidak pasti aktiviti YB Ismail Sani yang kebetulan jiran saya.

Disinilah saya lihat peranan penyelaras DUN dari PR (PAS) perlu bergerak aktif bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Memandangkan UMNO tidak biasa menjadi pembangkang maka mereka mungkin memerlukan masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dan menjalankan khidmat mereka. Ini adalah antara cabaran yang perlu dipikul oleh PR di Dusun Tua bagi memastikan nasib penduduk di sini akan terbela.

Rangka kerja yang tersusun perlu di bentuk bagi memastikan segala program pembangunan dan kemesyarakatan dapat berjalan dengan teratur. Ini termaksuklah program-program seperti:

  1. Pembangunan ekonomi yang mencakupi seluruh peringkat umur dan bangsa. Ini termasuklah menyediakan kemudahan penghasilan, pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Ruang-ruang perniagaan bersepadu perlu diwujudkan. Manakala gerai-gerai yang masih terbir perlu di agih-agihkan dengan seberapa segara bagi manfaat peniaga.
  2. Program-program belia perlu diperkasakan dan tidak tertumpu hanya program-program sukan sahaja. Program ekonomi belia perlu juga dibentuk dan disusun bagi memastikan belia mempunyai aktiviti/program tetap mereka. Pusat latihan dan pembangunan belia perlu diwujudkan bagi memberi pendidikan, latihan, kemahiran, pengalaman, peluang dan tempat untuk mereka berniaga. Mereka yang terlibat dengan pertanian atau ternakkan juga perlukan bimbingan dalam meningkatkan hasil pengeluaran dan juga pemasaran.
  3. Pembangunan rohani pula adalah suatu kemestian. Masjid dan surau hendaklah mempunyai program tetap pengajian ilmu. Pengajian perlu mencakupi seluruh kehidupan dan bukan setakat ibadat khusus shaja. Bagi memastikan program-program dapat berjalan dengan baik dan lancar AJK dan pentadbir masjid perlu juga diberi perhatian.
  4. Kemudahan masyarkat seperti dewan dan padang permainan perlu diperbaiki. Yang kurang perlu ditambah, yang rosak dibaiki dan yang tutup perlu dibuka.
  5. Kemudahan prasarana perlu di pastikan berada didalam keadaan baik seperti jalan raya, elektrik, telefon dan air. Kesesakkan lalu lintas yang semakin teruk adalah sesuatu yang memerlukan perhatian segera.
  6. Kawasan-kawasan industri perlu dihidupkan bagi mengurangkan kilang haram dan pencemaran. Ini juga akan meningkatkan peluang kerja kepada penduduk setempat.
  7. Pertambahan penduduk dan taman-taman perumahan baru telah menyumbang kepada kesesakkan bilik darjah. Kemudahan persekolah perlu diambil perhatian. Bilik darjah atau sekolah baru mungkin perlu dibena.
  8. Forum dan perjumpan dengan penduduk perlu diatur dan didakan bagi memahami dan menyelesaikan masalah penduduk setempat.
  9. Media khusus perlu disediakan bagi memudahkan masyarakat mengetahui program dan ruang untuk mengadu.
Mudah-mudahan dengan adanya semua ini kerajaan PR akan bertahan lebih lama lagi di bumi Selangor ini. Sekiranya Selangor masih kekal ditangan PR untuk satu penggl lagi (selepas PRU 13) mungkin BN perlu tunggu selama 50 tahun untuk bangkit semula. Itupun kalau ia masih wujud.

No comments: