Wednesday, August 6, 2008

Lawatan kerja YB Dr Che Rosli Che Mat ke DUN Dusun Tua

YB Dr sempat meluangkan masa untuk bersama-sama rakyat di DUN Dusun Tua khususnya di sekitar Pekan Batu 14 Hulu Langat Jumaat 1 Ogos 2008 minggu lepas. Beliau sempat untuk menziarahi dan beramah mesra bersama rakyat di pasar pagi Pekan Batu 14. YB Dr bersama teman-teman berkesempatan bertemu peniaga dan pengunjung di sana. Beliau juga mengambil kesempatan mendengar rungutan dan aduan rakyat serta bertemu peniaga serta membuat tinjauan terperinci masalah yang dihadapi oleh para peniaga pasar di situ.





Beberapa masalah yang dihadapi peniaga ialah pengurusan tapak dan ruang niaga pasar yang tidak sempurna sedangkan mereka semuanya mempunyai lesen dan telah membuat bayaran kepada MPKJ.











Selain itu beberapa masalah lain seperti kesesakan lalulintas dan risiko yang dihadapi oleh peniaga di tepi jalan yang terpaksa menghadapi suasana jalan yang dipenuhi kereta dan lori-lori besar yang sangat membahayakan.





No comments: