Tuesday, February 2, 2010

Musim AGM telah Kembali

Musim Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan telah kembali. Seperti biasa semua Cawangan PAS di Kawasan Hulu Langat diminta mengatur dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebagai melaksanakan keperluan peraturan pertubuhan dan menilai kembali pentadbiran Cawangan PAS. Ini bagi memperbaiki dan menyusun semula jawatankuasa dan gerak kerja dalam melaksanakan tanggungjawab dan hasrat kerajaan.

PRU13 juga sudah semakin hampir dan persediaan awal perlu digerakkan. UMNo dah lama canang gendang perang dan Najib dalam situasi ingin mendapatkan mandat baru dan barisan kabinet yang mesra beliau dan pentadbirannya.

Diharap semua Pengerusi dan Setiausaha dapat mengaturkan mesyuarat tersebut mengikut sebagaimana pekeliling yang telah dikeluarkan.

Selamat bermesyuarat.

No comments: