Sunday, April 8, 2012

PAS Memastikan Hubungan Harmoni Antara Kaum

SHAH ALAM, 8 April — Pemimpin PAS pula memperkukuhkan usaha mereka malam tadi untuk mendekati komuniti Melayu di Selangor dengan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak mengkhianati golongan tersebut untuk komuniti Cina.

Pemimpin mereka menolak dakyah, tuduhan dengan membuktikan parti Islam itu tidak tunduk kepada parti majoriti Cina-DAP, yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR). Kebanyakan pemimpin Umno dan akhbar mereka Utusan Malaysia menuduh PAS tunduk terhadap DAP.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu berkata ketika perhimpunan malam tadi Umno cuba menakutkan komuniti Melayu, walaupun “propaganda” mereka itu tidak lagi efektif. Beliau turut menuduh kritikan Umno itu bersifat hipokrit kerana mereka juga bekerjasama dengan Cina.

“Ye, memang (Presiden Gerakan Tan Sri Dr) Koh Tsu Koon itu Jawa,” sindirnya kepada Umno dihadapan penyokong yang kesemuanya Melayu malam tadi. “Dan Lim Chong Eu Bugis,” tambahnya.

Perhimpunan yang diadakan di Stadium Melawati itu dianjurkan sebagai pentas pemimpin pembangkang mempertahankan pentadbiran PR di Selangor daripada Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya akan datang, termasuk menyambut ulang tahun ke 25 PAS di negeri ini.

Mat Sabu turut menjelaskan DAP seringkali dikritik sebagai chauvinis anti Islam oleh Umno namun menegaskan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah menerima peruntukan yang lebih tinggi sewaktu pemerintahan DAP berbanding Gerakan.

“Tahun pertama parti ‘anti Islam’ Lim Guan Eng telah memberikan RM20 juta, tahun berikutnya meningkat kepada RM24 juta, dan tahun ketiga RM33 juta,” katanya. “Masuk tahun keempat, beliau yang dikatakan anti Melayu telah memperuntukkan RM64 juta.”

Ketua PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman sebelumnya berkata, peruntukan maksimum yang pernah diberikan kerajaan BN adalah RM12 juta.

Menurut Mat Sabu, “politik persepsi” yang cuba dianjurkan Umno cuba menunjukkan kepada Melayu tiada pihak yang akan menjaga kebajikan mereka sekiranya Umno kehilangan kuasa.

“Tapi dengan PAS dan PKR, kami akan mempunyai lebih Melayu di Parlimen sekiranya PR menang pilihan raya umumakan datang,” katanya.

Abdul Rani turut menuduh Umno mengetahui 98 peratus kumpulan miskin tegar berpendapatan di bawah RM400, di bawah Gerakan adalah Melayu dan junlah itu semakin berkurang di bawah pentadbiran DAP.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membantu mempertahankan pemimpin PAS malam tadi, dengan mendakwa PR tidak akan menggunakan “taktik politik murahan.” Menurut beliau merujuk kepada seminar “ancaman Kristianisasi” di Johor bulan lalu yang telah menimbulkan rasa kurang senang masyarakat Kristian di negara ini. “Perlu ada kefahaman terhadap agama,” katanya. “Umno mengabaikan kepentingan berkenaan agama.”

Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa dirinya telah dicop sebagai rasis oleh penyokong pro Umno kerana mempertikaikan keputusan Maju Expressway yang dibina menggunakan dana kerajaan.

“Apabila kita menyerang Tan Sri Abu (pemilik Maju Exspressway), Umno tuduh Tony rasis,” kata Pua. Tapi kami bukan melihat bangsa. Selagi mana berlakunya penipuan kami tidak kira India, Melayu, Cina, atau Jepun.”

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menjelaskan beliau turut diserang apabila mempersoalkan Lebuhraya Pantai Barat yang mana syarat-syaratnya menunjukkan berlakunya pertambahan dua kali ganda terhadap konsesi untuk tempoh 60 tahun. “Ia diberikan kepada Kumpulan Europlus - dimiliki oleh Chan Ah Chye - adakah dia Melayu?” soal Pua.

Dalam perhimpunannya Disember lalu, Umno menuduh DAP sebagai “ancaman terbesar” kepada agenda Melayu, dan mendakwa bertanggungjawab memansuhkan hak Bumiputera. Serangan terhadap pembangkang adalah tindakan penting Umno dengan menuduh DAP bertanggungjawab mengetepikan Melayu dalam negeri yang ditadbirnya dan mencabar agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Sementara ada pihak melihat serangan terhadap DAP merupakan serangan kepada “Pakatan”, sesetengah pemimpin Umno melihat parti itu merupakan ancaman besar terhadap Melayu dan sekiranya DAP berkuasa, ia akan memusnahkan komuniti.

No comments: