Thursday, May 16, 2013

Perpecahan kelas, gender dilihat dalam corak pengundian PRU13, kata Merdeka Center

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Wanita dan rakyat Malaysia berpendapatan rendah mengundi untuk Barisan Nasional (BN) sementara lelaki, golongan kelas menengah dan kelas atas, lebih cenderung ke arah parti Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013.

Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center juga mengatakan hari ini, 55 peratus daripada responden dalam tinjauan terbaru mengatakan mereka bergantung kepada internet dan media sosial sebagai sumber utama maklumat politik mereka.

“Wanita secara umumnya lebih ramai yang mengundi BN berbanding lelaki, kerana mereka kurang melayari internet,” kata Ibrahim (gambar) dalam forum Pasca PRU ke-13: Harapan BN dan PR selepas PRU-13 di Universiti Malaysia (UM) di sini.

Dianggarkan satu pertiga daripada rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dan mempunyai akses kepada internet, dan dijangka jumlah itu akan meningkat sehingga dua ke tiga kali ganda bagi tempoh dua tahun akan datang.

“Lebih ramai lelaki yang melayari laman web politik dan isu semasa. Pengundi wanita kurang melayari laman-laman seperti ini,” katanya dalam seminar anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL). MI.

No comments: