Wednesday, February 13, 2008

Pak Lah takut ke?

Parlimen tidak dibubar hari ini: PM
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080212230432/Article/index_html

BANGI: "Tak jadi bubar esok (hari ini). Seronok khabar angin ini (tetapi) esok (hari ini) tak ada pembubaran Parlimen," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung desas desus kononnya Parlimen akan dibubarkan hari ini.

Perdana Menteri juga menafikan kononnya mesyuarat mingguan Kabinet hari ini adalah yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-12 diadakan.

Demikian kata Pak Lah....... Spekulasi tentang pilihanraya akan terus dibuat sehingga Pak Lah mengumumkan tarikh pilihanraya. Adalah sesuatu yang tak munasabah dan tak adil bagi seorang yang akan bertanding dan mempunyai kepentingan dalam pilihanraya menjadi orang yang membuat keputusan bilakah pilihanraya akan diadakan. Pak Lah akan terus dituduh sebagai ikon pemimpin yang serba lemah, lembik, penakut, bacul dan zalim.

Adakah dia hendak menunggu hingga beliau merasa selesa dan yakin akan menang baru nak umum tarikh pilihanraya? Adakah beliau masih berangan untuk mengulangi kemenangan 2004?

Ataupun senarai calon yang dikemukakan oleh pejabat perhubungan negeri semuanya tak bersih sehingga beliau terkial-kial untuk mencari calon pengganti yang bebas dari kes-kes yang menjejaskan pencalonan kelak. Kalau nak tunggu calun BN/UMNO bersih kena ambik calon BAlah nampaknya. Bak kata Tun Mahathir kalau nak bersihkan BN/UMNO kena tolak mereka.

Undilah PAS dan Keadilan untuk negara yang berkebajikan.


Tuesday, February 12, 2008

Najib cabul kemudahan kerajaan

Najib Chairs Melaka UMNO, BN Meetings

MELAKA, Feb 12 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today held closed-door meetings with Melaka Umno and state Barisan Nasional (BN) leaders at "Seri Bendahara", the official residence of Chief Minister Datuk Seri Mohamed Ali Rustam, in Ayer Keroh.

The BN meeting was attended by state MCA secretary Datuk Seah Kwi Tong, Melaka MIC chairman Datuk R.Ragavan, Gerakan chief Ng Lip Yong and PPP head Chiw (rpt Chiw) Tiang Chai.

Boleh ke Timbalan Pengerusi BN guna kediaman resmi ketua menteri Melaka untuk mengadakan mesyuarat BN? Ini salah guna harta kerajaan! Mereka ni tak boleh bezakan ke antara aktiviti parti dengan aktiviti kerajaan?

Bancian Pilihanraya Umum - The Star

Bread and Butter Matters

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/2/12/nation/20254298&sec=nation&focus=1

PETALING JAYA: The cost of living, social issues, the crime rate and illegal immigrants - these are the issues that matter most to Malaysian voters, according to a survey conducted ahead of the general election.

These bread and butter issues are the prime concern of voters now.

Even hot issues like politics ranked lower than economic factors and crime.

...

Prof Dr Syed Arabi said 2% of respondents expressed concern over internal and external threats and considered the rising number of vehicles as a bane, while only 1% said leaders must be proven to be capable.

Hasil bancian di atas boleh dianggap sebagai kayu pengukur terhadap sensitiviti masyarakat umum terhadap suasana politik negara di masa ini. Masyarakat amat memandang berat terhadap kesejahteraan hidup dan keselamatan diri selain dari masalah sosial yang ditimbulkan oleh pendatang asing.

Amat kurang perhatian diberikan terhadap kemampuan pemimpin. Oleh itu 'negara berkebajikan' adalah strategi terbaik untuk menarik perhatian penggundi bagi menyokong PAS. Kurangkan menyerang pimpinan BN, bukan tak boleh langsung tetapi ramai orang yang tak suka. Berhujahlah secara berhemah, perlu disokong dengan fakta yang jelas dan nada yang lembut tetapi tegas lebih mudah diterima.
Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. [Al-Nal:125]


Keterampilan dan ketokohan pemimpin adalah nilai tambah tetapi jangan dipandang ringan.

Pakai senjata yang betul untuk 'membunuh' musuh

Selepas bercuti panjang saya ingin berkongsi sedikit maklumat bagi membuka minda kita. Tak perlu saya 'cut & paste' cerita dari blog tersebut. Cukup sekiranya kita mula membuka blog-blog yang tumbuh bak cendawan selepas hujan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang kerajaan BN sekarang. Cuba kita intai-intai penulis blog ini:

http://kadirjasin.blogspot.com/
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Mungkin kalau pengendali blog itu dari kalangan orang atau penyokong PAS orang BN mungkin tidak percaya. Tetapi bagaimana kalau ianya datang daripada rakan-rakan mereka (BN) sendiri. Bukan kita menafikan kekuatan yang ada dalam PAS atau idea kreatif kita sendiri tetapi kita memerlukan strategi dan pendekatan yang berbeza untuk orang yang berlainan.

Kadangkala kita perlu jadi 'opportunist' untuk berjaya dalam perjuangan yang penuh cabaran dan dugaan ini. Semoga kita berjaya insyallah.

Wednesday, February 6, 2008

Bertepuk Sebelah Tangan Itu Angan-angan

vote.jpg

“Baiklah, kita akan beri peluang kepada pembangkang. Kita tukar undi dan kita tengok pembangkang boleh atau tidak menunaikan janji-janjinya”, kata seorang pengundi.

Jika ramai yang berkata begitu, saya yakin pembangkang pun turut tersenyum sama.

Sungguh ajaib. Akhirnya berjaya juga ‘minda’ pengundi diubah. Tentu kemenangan boleh diperolehi.

Parti pemerintah juga mungkin gelisah, jika ramai yang menukar pangkah.

IDEA PEMUSNAH

Hakikatnya, idea sebegitu bukanlah idea yang boleh mengubah negara. Ia adalah minda pemusnah. Sesiapa sahaja yang memerintah, jika rakyat bermentalitikan ‘kita sudah undi, sekarang tunaikanlah janji!”, maka tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Mungkin kerana itu timbulnya asas perdebatan di antara kewajaran Negara Berkebajikan vs. Masyarakat Berkebajikan. Atau boleh disebut sebagai Welfare State vs. Welfare Society.

Negara Berkebajikan bercorakkan kebajikan yang diserahkan tanggungjawabnya kepada negara, dan rakyat menganga menanti subsidi. Sama ada mampu atau tidak mampu, menyerahkan urusan kebajikan rakyat untuk diuruskan oleh kuasa politik secara mutlak, mempunyai kesan jangka panjang kepada sikap dan kompetensi masyarakat.

Apa pula peranan rakyat? Masyarakat?

Apakah perubahan terhasil hanya dengan mengubah pemerintah dan pemerintahan, sedangkan masyarakat kekal dengan sikap yang sama?

SIRAH SEPINTAS LALU

desert.jpg

Yathrib duduk dalam tekanan. Dalam banyak-banyak tekanan, tekanan ekonomi merupakan penyeksaan hidup yang paling dirasa dan mudah diukur. Keadaan ini berlaku akibat manipulasi Yahudi yang menguasai ekonomi Yathrib ketika itu. Tetapi mampukah Yahudi melakukan aktiviti manipulasi itu jika tiadanya keadaan yang membolehkan manipulasi itu berlaku?

Ya… Yahudi itu lebih merupakan simptom dan bukannya punca.

Peperangan yang berpanjangan di antara Aus dan Khazraj, atas sebab yang pelbagai adalah peluang paling utama untuk mereka dimanipulasi. Yahudi juga berperanan untuk terus mengapi-apikan permusuhan di antara Aus dan Khazraj, agar manfaat kacau bilau itu, pergi kepada Yahudi yang bijak mengambil kesempatan. Yahudi yang bijak, penduduk tempatan yang dungu dan diperalatkan.

Tetapi tekanan yang dihadapi oleh penduduk Yathrib, mendesak segelintir yang ada kesedaran untuk berubah. Kesediaan untuk berubah itu memberi ruang kepada Islam untuk datang dan berperanan sebagai penyelesaian.

Pertemuan diatur. Bai’ah al-’Aqabah terhasil. Iaitu kesediaan Rasulullah SAW dan Muhajirin untuk berhijrah melakukan perubahan. Juga kesediaan Ansar untuk menerima perubahan. Perubahan itu tidak berlaku jika sesiapa bertepuk sebelah tangan, bagai suasana Thaif dan Mekah itu sendiri. Kejayaan di Madinah adalah usaha pemerintah dan rakyat untuk saling menjana perubahan. Ubah sistem, ubah juga cara dan gaya hidup.

Dalam erti kata yang lain, perubahan hanya boleh berlaku hasil sinergi kedua belah pihak. Pihak yang menawarkan perubahan dan pihak yang bersedia untuk berubah.

BERPELUK TUBUH MENANTI MANFAAT PERIBADI

Jika ia diterjemahkan kepada bahasa hari ini, Malaysia hanya mampu mengecapi perubahan sebenar, jika perubahan tersebut merupakan perubahan bersinergi antara pemerintah dan golongan yang diperintah. Masing-masing ada tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan. Kontrak sosial yang jelas antara keduanya.

armchair.jpg

“Kami tukar undi dan kami nak tengok sejauh mana kerajaan baru boleh tunaikan janji!”, kata pengundi.

Lupakan sahaja. Jika ada perubahan sekali pun, mungkin tidak lama kerana demand and delivery yang tidak seimbang. Rakyat hanya tahu demand dan demand, manakala ahli politik menari mengikut rentak yang sama dengan menabur janji dan janji dan janji.

Sedangkan hukum alam memberitahu satu peraturan penting iaitu NO PAIN NO GAIN!

Jika mahukan perubahan, bersediakah kita untuk berkorban? Berkorban keselesaan untuk pergi ke zon cabaran?

KENAPA PERLU BERUBAH?

Rakyat harus bertanya kembali, perlukah mereka kepada perubahan?

Perubahan apakah yang mereka mahukan?

Menaikkan upaya beli rakyat, mengawal kenaikan harga keperluan asas, peluang perniagaan, pendidikan, kesihatan dan segala kualiti fizikal dan material… itukah yang kita mahukan?

Tentu sekali… tentu itu yang kita mahu. Kalau boleh kita mahu semua itu percuma. Dan jangan terkejut jika ada ahli politik yang berani menawarkan janji ke arah membanyakkan percuma.

Tetapi nilaikan kembali, berapa banyak duit yang pemerintah dan rakyat belanjakan kerana melihat hidup ini pada keperluan fizikal dan material sahaja?

Bagi yang Muslim, masihkan Islam menjadi rujukan nilai dan moral mereka? Masihkah akhlak ada tempat dalam kehidupan?

Bagi yang non Muslim, apakah sumber rujukan nilai dan tingkah laku mereka? Membelakangkan soal agama, bukan hanya mengundang bencana di Akhirat (yang tiada tempat dalam bahasa dan sentimen pilihanraya), tetapi ia juga menjahanamkan kualiti hidup kita di SINI.

Itu bahasa dunia untuk menjelaskan fungsi agama.

KESIHATAN

alcohol.jpg

Kesihatan… kerana membelakangkan agama dan rujukan moral, berapakah jumlah wang yang terpaksa dibelanjakan oleh rakyat dan kerajaan untuk menangani kesan daripadanya? Berapa banyak kes di hospital yang berpunca dari arak, rokok, seks bebas, dan tekanan mental yang menghilangkan kewarasan? Jangan bincangkan soal Akhirat kerana bahasa pilihanraya tidak mempunyai perkataan untuknya. Tetapi bincangkan jumlah duit beli ubat dan duit bagi ubat, oleh kerajaan dan rakyat, atas penyakit yang sengaja dicari ini.

Mampukah perubahan dilakukan dengan menawarkan perkhidmatan kesihatan percuma, jika rakyat terus menerus patah kaki tangan, cedera parah dan menjadi OKU kesan memandu dalam keadaan mabuk? Iaitu manifestasi kehidupan yang membelakangkan agama dan mementingkan diri sendiri.

Kerana arak, penyakit hati dan pelbagai lagi penyakit lain bertambah-tambah dan tidak pernah berkurang. Pemerintah penggal akan datang didesak menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik tetapi bagaimana dengan rakyat yang sengaja mencari penyakit, kerana membelakangkan kehidupan beragama, beretika dan bermoral? Dan pedulikah pemerintah dengan berleluasanya konsumer arak di dalam masyarakat hari ini?

Seks bebas… berapakah belanja rakyat dan belanja kerajaan menangani Sexual Transmitted Disease (STD)? Berapa banyak anak luar nikah yang dilahirkan dan dicampak merata-rata? Selain mencalarkan imej negara, berapa ramai mereka yang terselamat ini menjadi beban kepada kerajaan untuk menanggungnya?

Rakyat demand ahli politik perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, murah atau kalau boleh percuma, tetapi bagaimana dengan penyakit-penyakit yang sengaja dicari ini?

Mujur juga Menteri yang mengamalkan seks bebas itu tersingkir. Moralnya entah di mana, profesionalismanya pun tidak keruan.

Tegasnya, pembaikpulih terhadap perkhidmatan kesihatan di negara kita harus membabitkan kedua belah pihak. Selain berusaha mencari formula untuk mengawal harga perkhidmatan, usaha mengubah cara hidup rakyat juga mesti diambil kira.

RAKYAT BOROS BERBELANJA

Tentu sahaja, pilihanraya merupakan senjata utama untuk rakyat mendesak gaji yang lebih baik, harga barang yang lebih masuk akal dan taraf hidup yang kelas satu.

Saya yakin ada banyak perubahan yang diperlukan untuk mengatur dan mengagihkan pendapatan negara secara bijaksana dan adil.

Tetapi bagaimana pula dengan sikap rakyat dalam berbelanja.

astro.jpg
Sumber: Picasa Web Album

Dalam keadaan rumah yang separuh senget, bumbung tetap setia ‘menadah wahyu’ dari langit ASTRO. Dan dengan lambakan rancangan Realiti di Televisyen, berapa banyakkah perbelanjaan rakyat Malaysia menghantar sms untuk mengundi penghibur popular pujaan mereka? Reality Show itu sahaja pun sudah banyak membocorkan kewangan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Reality Show itu bukan sahaja terus menerus menjadi saluran pembaziran rakyat, malah ia juga memerosotkan kualiti seni di negara kita. Kemenangan diukur berdasarkan populariti dan bukan lagi kualiti. Reality Show adalah dadah yang memberikan kekayaan kepada pembekal dan pengedarnya malah menjadi ketagihan yang membunuh penagihnya… satu sms demi satu sms.

af.gif

Itu hanya secebis dari budaya hidup masyarakat kita yang dimanipulasi pula oleh pelbagai pihak yang mahu terus mengaut keuntungan.

Jika Aus dan Khazraj bergaduh sesama sendiri hingga bertahun-tahun dimanipulasi Yahudi, masyarakat kita juga sering berbalah sesama sendiri dan merawatnya dengan mencari damai di dalam keasyikan hiburan melampau, hingga tanpa sedar menjadi mangsa manipulasi pelbagai pihak yang dibenarkan untuk memanipulasinya.

FOKUS KEMPEN

Maka perubahan yang ingin dijana bukan hanya pada permainan angka untuk melihat siapakah yang lebih berbakat dalam menabur JANJI MANISMU, tetapi rakyat juga harus sedar bahawa perubahan tidak hanya terjustifikasi dengan mengubah-ubah pangkah di atas kertas undi, tetapi kesediaan untuk mengubah cara hidup yang lebih bermaruah, bijaksana dan berteraskan nilai.

ubah.gif
“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Raad : 11

Kembalilah kepada agama kerana agama mengajar manusia hidup dengan nilai, peka dan bermaruah… dan bukan penghukum seperti yang disangka.

Namun jika kita enggan berubah, sama ada anda memilih agama atau tidak, kita semua pasti dihukum.

Kematian Nurin dan kehilangan Sharlinie, pembunuhan setiap hari, ragut dan rompak bersenjata setiap masa, dan tidur setiap malam yang tidak lena kerana keselamatan yang sudah hilang dari kehidupan… memahamkan saya bahawa kita sedang menjalani hukuman.

Hukuman dunia kerana membelakangkan agama dan moral.

Sebelum hukuman Akhirat bagi manusia yang percaya… seperti saya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Ini dah main kasar.........


Malam tadi PAS Taman Indah Jaya telah mengadakan operasi menaikkan bendera di pintu masuk taman. Salah satu dari bendera tersebut telah diikat kepada tiang konkrit. Tetapi pagi tadi saya dapati salah satu daripada bendera tersebut telah tumbang. Saya ingatkan tali pengikatnya putus (dawai + kabel), tetapi TIANG KONKRIT PATAH. Apa sudah jadi? Sapa punya kerja ni? Tak kan kena tiup angin boleh patah. Sampai sekarang saya masih tak boleh dapat jawapan. Ada sesiapa boleh bantu?

Tuesday, February 5, 2008

GENDANG PERANG TELAH DIPALU........ SERANG SEKARANG!

Pak Lah dapat ilham

Oleh Ismail Mat,Khairul Anuar Abdul Samad dan Wan Faizal Ismayatim

PM akan tentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-12

KOTA BHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau sudah mendapat ilham bagi mengadakan pilihan raya umum walaupun tarikhnya belum ditentukan lagi.

"Ilham sudah ada, tapi saya akan tentukan bila," kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN) Kelantan di sini, semalam.


Daftar Pemilih Induk ‘07 diwarta

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk 2007 esok sekali gus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.

Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

‘‘Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002

Monday, February 4, 2008

Mari Nilai Semula Manifesto BN PRU11

Antara azam, tekad, ikrar dan janji BN yang termaktub dalam Manifesto PRU11 adalah seperti berikut:

Mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara: Dalam konteks ini, rakyat wajar mengambil kesimpulan sama ada kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selaras dengan ikrar mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kalau usaha ini memang secocok dengan cita-cita tersebut, mengapakah wujud persepsi di kalangan rakyat jelata bahawa WPI adalah menjejaskan kedaulatan negara? Kalau terus BN menang adakah WPI akan diserahkan kepada Singapura?

Meningkatkan martabat bangsa dan negara, agar sentiasa dihormati dan dicontohi, di pentas dunia; dan memastikan Malaysia tetap berpengaruh di peringkat antarabangsa, khususnya selaku pengerusi OIC dan NAM: Bagaimanakah hakikatnya pada hari ini? Benarkah sebagai yang didakwa oleh banyak pihak bahawa imej Malaysia di arena internasional kini kian merosot? Berapa ramai wartawan antarabangsa yang berminat untuk interview beliau pada setiap kali beliau hadir di forum antarabangsa?

Komited kepada demokrasi berparlimen, memberikan setiap warganegara suara dalam pentadbiran negara: Di manakah suara rakyat jelata dalam konteks beberapa isu kontroversi seperti pilihanraya yang bersih, penyambungan khidmat pengerusi SPR, skandal ECM Libra, kebebasan media dan lain-lainnya?

Memenuhi tuntutan rakyat dengan memerangi rasuah. Meneruskan usaha-usaha untuk membudayakan semangat menolak rasuah: Pada 19 November 2006, Bernama pula melaporkan bahawa Corruption Perception Index (CPI), Malaysia, yang disediakan oleh Transparency International kian merosot daripada tangga 39 kepada tangga 44. Secara umumnya, mengapakah kini wujud persepsi bahawa kadar rasuah kian berleluasa? Bagaimana dengan kes Eric Chia dan Kasitah Gadam dan 18 kes berprofil tinggi?

Membangunkan negara secara menyeluruh dan seimbang berlandaskan pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan malah pemikiran ‘kelas pertama’: Apakah di antara contoh “pemikiran kelas pertama” yang dicetuskan oleh era Abdullah? Glocal vs 'Goblok'

Prihatin terhadap keperluan rakyat dan akan merujuk kepada pandangan rakyat dalam isu-isu penting, serta mendapatkan pandangan rakyat secara aktif bagi isu-isu penting: Adakah tekad dan azam seperti ini wujud dalam usaha kerajaan menangani kenaikan harga barang-barang makanan termasuk minyak masak, kenaikan harga petroleum, kenaikan kadar tol, kewujudan WPI, tuntutan mewujudkan sistem pilihan raya yang telus dan sebagainya?

Membanteras jenayah dan gejala sosial: Bunuh, rompak, samun, ragut yang terus menghiasi dada akhbar dan TV. Program-program hiburan realiti yang dilambakkan? Konsert yang silih berganti. Sure Heboh atau Jom Heboh yang diharamkan oleh Mufti Perak tetapi masih diteruskan. Pergaulan bebas dan seks bebas yang tak larat nak tengok. Buang anak.

Meningkatkan tahap keselamatan peribadi setiap individu: Kemalangan jalanraya? Mengapakah terjadi kes penculikan kanak-kanak yang kian meningkat? Mengapakah kadar jenayah dikatakan bertambah serius? Di mana adik Sharlinie?

Manifesto BN PRU 11 penuh sila rujuk:
http://202.56.84.170/webserver/umnoonline/manifesto/BM%20version%20-%20full.pdf

Thursday, January 31, 2008

Datuk Ishak Baharom (Bekas Mufti) Meninggal .. Al Fatihah

Al-Fatihah. BEKAS Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, 80, meninggal dunia di Unit Rawatan Rasmi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), petang semalam.

Allahyarham adalah seorang tokoh agama yang dihormati, bukan saja di Selangor, malah di seluruh negara. Beliau dilantik sebagai mufti kelima di Jabatan Mufti Selangor secara kontrak pada 16 Ogos 1985, ketika berusia 58 tahun, iaitu tiga tahun selepas bersara sebagai guru agama.

Sepanjang Ishak menjadi mufti selama 12 tahun, beliau terpaksa melalui pelbagai kontroversi. Antaranya ialah apabila beliau menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan tiga gadis Islam yang juga model sambilan, menyertai satu pertandingan ratu cantik pada 1997. Pendirian tegas beliau bukan saja menyebabkan ramai pihak terkejut, ada yang mempertikaikan tindakan Jais.

Ia juga menimbulkan satu lagi kontroversi, apabila akhbar lidah rasmi Pas, Harakah, melaporkan Ishak menuduh iman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai terpesong berikutan kenyataan Dr Mahathir mengenai kes penangkapan tiga peserta terbabit. Lanjutan daripada laporan Harakah itu, Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tersinggung dengan kenyataan Ishak, namun isu berkenaan dianggap selesai selepas Ishak menjelaskan keadaan sebenar.

Pun begitu, tidak lama kemudian, Ishak melahirkan rasa sedih dan kekesalannya kerana tiada seorang pun pemimpin kerajaan negeri yang mempertahankan tindakan Jais menahan ketiga-tiga gadis itu. Kenyataan Ishak itu dikatakan dibuatnya ketika beliau menyampaikan satu ceramah di Masjid Az-Zubir Ibnu Al-Awwam di Cheras.

Ketegasan Ishak dalam isu membabitkan akidah dan cara hidup umat Islam di Selangor memang sudah diketahui sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai mufti.

Pada awal 1996, Ishak mengeluarkan kenyataan mengharamkan perbuatan merokok di kalangan umat Islam. Beliau yang juga Pengerusi Perunding Hukum Syarak Selangor ketika itu, memberi penjelasan bahawa ada bukti kukuh mengapa perbuatan merokok dianggap sebagai haram. Antara alasan yang diberikan ialah ia membahayakan kesihatan dan hakikat itu sudah diakui pakar kesihatan sendiri.

Ishak juga pernah membuat kenyataan bahawa pinjaman yang dibuat penjaja dan peniaga kecil Melayu daripada along atau ceti haram menunjukkan mereka tidak mengambil berat soal halal haram hingga sanggup membuat pinjaman atau berurusan dengan mereka. Ishak menegaskan bahawa perbuatan itu bertentangan dengan hukum syarak kerana ia ada unsur riba yang hukumnya adalah dosa besar.

Sepanjang beliau menjadi mufti sehingga ke akhir hayatnya, Ishak menjadi penceramah dan pendakwah bebas walaupun beliau pernah diharamkan kerajaan Selangor, daripada menyampaikan ceramah di masjid dan surau negeri itu pada November 1998. Bagaimanapun, larangan itu ditarik balik pada Februari 1999.

Secara peribadi, Ishak berpegang kepada prinsip jika kita berbuat baik kepada orang tanpa mengira kaum dan keturunan, Tuhan akan membalas perbuatan dengan balasan yang baik. Selain itu, Ishak percaya setiap individu tidak perlu berkira untuk membantu atau berkorban kepada individu lain asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran agama dan berada di jalan yang benar.

Biarpun Ishak sering berdepan dengan pelbagai kontroversi, dengan prinsip yang dipegangnya sepanjang hayat beliau, Ishak tetap disayangi keluarga dan orang yang mengenalinya sehingga akhir hayat beliau. Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Mohamad Hashim Yahya berkata Almarhum seorang sangat alim, tinggi ilmu agama dan tinggi akhlaknya.

AL-FATIHAH. Agaknya dunia semakin berakhir, ditandai dengan gugurnya seorang demi seorang ilmuan agama dari dunia ini.

Wednesday, January 30, 2008

Kerajaan Kebajikan PAS boleh...

Sudah tentu semua pihak masih ingat lagi peristiwa banjir besar di Johor tahun lepas. Banjir termenung yang tidak pernah disangka-sangka berlaku. bukan sekadar besarnya, bahkan gelombang mengejutnya yang melanda dua kali dan menunggu masa yang agak lama untuk surut.

Bila banjir melanda, yang paling awal terbit ialah soal bantuan dan kebajikan. Fakta ini sekadar renungan semata-mata.
















Kerajaan kaya BeEnd Negeri Selangor RM500 ribu, tanpa sokongan tenaga sukarela jangka waktu sepenuh masa.

Sumbangan bernilai RM500,000 untuk mangsa banjir di Johor
Thursday, January 18 @ 10:10:54 MYT
( http://www.mbselangor.net.my/modules.php?name=News&file=article&sid=1215 )

Kerajaan Bijak Bestari Islam hadhari Terengganu Bestari, kerajaan kaya dengan sumber petroleum, mengumumkan bantuan kewangan berjumlah, RM 100 ribu

Kerajaan Membangun Bersama Islam PAS Negeri Kelantan, kerajaan miskin, ditekan Kerajaan Pusat, tiada sumber petroleum, tidak maju seperti Selangor dan Johor. Jumlah bantuan RM 1 juta dan lain-lain sokongan khususnya Ketumbukan Tentera Merah Unit Amal seluruh negeri yang tidak putus-putus menghulur bantuan tenaga membantu mangsa banjir dari kalangan rakyat Johor.

Jadi, apa yang mustahilnya kerajaan kebajikan PAS dan PKR ini? Dalam keadaan kekuatan yang sangat terhad itu pun masih mampu untuk menghulurkan bantuan yang terbaik buat rakyat jelata. Itu baru tahap kerajaan negeri. Insya Allah dengan izin mandat memerintah Kerajaan Pusat, PAS mampu. Tidak perlu teori ekonomi yang berbelit-belit itu. Cukup sekadar amanah dalam mengurus wang dan perbendaharaan negara insya Allah semuanya boleh buat rakyat Malaysia. Hari ini yang tidak boleh kerana wang negara lebih banyak menanggung kos perbelanjaan rasuah dan penyelewengan dari menanggung kos kesempitan dan kesusahan rakyat.

Di Dusun Tua pun sewaktu banjir besar Ramadhan lepas, berapa banyak bilangan rumah dan mangsa banjir yang pemimpin BeEnd jenguk secara dekat, bertanya khabar dan memberi bantuan terus tanpa pihak lain.

Rakyat perlu ingat, mangsa banjir diberikan pampasan dari Dana kerajaan melalui jabatan dan agensinya. Saya fikir tanpa jabatan dan agensi-agensi ini, apa yang BeEnd boleh beri kepada rakyat?

Tahniah Unit Amal dan seluruh jabatan kebajikan dari PAS khususnya DUN Dusun Tua atas pengorbanan, komitmen dan sumbangan yang sangat bernilai walaupun jumlahnya tidak sebesarmana. Namun Allah lebih berhak membalas setiap pengorbanan yang sudah tentu diniatkan untuk kebaikan semua.