Wednesday, October 24, 2012

Himpunan bantah Chua Soi Lek esok

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menganjurkan himpunan aman dan serahan memorandum bagi membantah kebiadapan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terhadap Islam pada hari Rabu, esok.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ia akan diadakan jam 2.30 petang  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumput.

Himpunan ini diadakan ekoran kebiadaban Dr Chua Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, Chua berkata, negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Ekoran itu, pelbagai pertubuhan khasnya PAS telah membantah kenyataan ini kerana ia bukan lagi menyerang PAS atau DAP yang menjadi musuh politiknya, tetapi menyerang Islam selaku agama rasmi negara ini.

Turut membuat bantahan terhadap kenyataan Chua adalah Abim, Ikram dan pelbagai pertubuhan Islam lagi.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, selama ini pemimpin Umno yang paling banyak menghina Islam.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

Lawak Jenaka Orang 'Cerdik' Yang 'Tak Cerdik'

Sekiranya pelaburan di Genting Sanyen Power Sdn Bhd oleh Worldwide Holdings Berhad dilupuskan maka Kerajaan Negeri Selangor hilang suara dan hak dalam Lembaga Pengarah sedangkan dalam masa yang sama PR tidak menguasai Putrajaya. Dengan memiliki sebahagian saham, selaku minority shareholder, Pakatan sekurang-kurangnya mampu mendapat maklumat dalaman dan berhak menimbulkan pelbagai bantahan dari dalam. Dalam bahasa undang-undang, pemegang saham tersebut akan mempunyai locus standi dalam hal ini. Tanpa sebarang saham, Pakatan tiada sebarang suara dan tidak mampu menzahirkan bantahan dari dalam.

Penjualan IPO Felda pula ternyata tidak merugikan dana kerajaan dan ternyata sehingga kini harga saham Felda Ventures masih berlegar sekitar RM4.70 dan kini RM4.66 iaitu jauh lebih rendah dari harga pembukaan RM5.53.Mungkin dalam permulaannya strategi yang sama seperti diatas digunakan namun apabila bertembung dengan dua kepentingan yang sama berat dan sama penting maka keutamaan dana kerajaan negeri adalah lebih utama. Menjual saham Felda adalah lebih menguntungkan rakyat Kedah maka keputusan inilah yang lebih diutamakan.

 Status kedua syarikat ini adalah berbeza iaitu satu syarikat persendirian dan satu lagi syarikat senaraian awam (public listed) Pegangan saham syarikat persendirian tidak terdedah dengan spekulasi dan tekanan pasaran saham. Maka kepentingan kedua-dua belah pihak pengguna dan dana negeri juga terpelihara.

KJ janganlah nak kondem sangat PR hingga memalukan diri sendiri yang kononnya graduan berpendidikan tinggi dari universiti tersohor dalam pentadbiran dan perniagaan.

Monday, October 22, 2012

Chua Soi Lek : Hasil Tarbiah Kebencian UmNo Terhadap PAS?

 Soi Lek sudah kurang ajar dan melampau batas. Kamu boleh kutuk TG Nik Aziz, kamu boleh kutuk pimpinan PAS, kamu boleh kutuk PAS....... Tapi kamu sudah melampau bila menghina Islam.

Kenapa tiada pimpinan UmNo yang bersuara? Kenapa tiada ulama UmNo yang menegur? Adakah ini semua atas arahan UmNo?
_____________________

KUALA LUMPUR: Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS, hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.

“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.

Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.

Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai agamawan.

“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini. Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.

“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian kat PAS.

“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,”  tambah beliau.

Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau.

Soi Lek: negara amal hudud antara yang 'paling korup'

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 itu, Chua tidak menamakan mana-mana negara namun menggunakan dakwaan itu untuk menyerang Pakatan Rakyat.

"DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara. Ini satu lagi penipuan besar," katanya.

Dalam ucapan selama 45 minit itu, Chua secara umumnya menyerang seterunya DAP dan sesekali memuji perdana menteri.

Chua menyerang slogan Ubah DAP, yang menurutnya satu singkatan bagi "Untuk Bentuk Agama dan Hudud ala PAS". MK.

Thursday, October 18, 2012

Soi Lek: Hudud akan jejas pekerjaan 1.2 juta rakyat

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan, termasuk di resort judi Genting Highlands dan rumah urut, sekiranya PAS melaksanakan hudud di Malaysia.

Nota : Mungkin lepas ini Najib perlu membentuk kementerian baru yang memerlukan jawatan Menteri Judi dan Sex Bebas.

Siapakah orang UmNo yang akan mentarbiah orang jahil agama dan buruk akhlak seperti ini. Tak kan Najib tak mampu nak tegur... tak pun Ulama muda UmNo. Kalau tak mampu nak tarbiah tak kan tak boleh kenyataan seperti ini di 'black out'.

Wednesday, October 17, 2012

Hasil Selangor meningkat 114.3%: Tiada sebab untuk rakyat tukar kerajaan

http://greenboc.blogspot.com,
Laporan Audit : Hasil Selangor Meningkat 114.3 Peratus

Laporan Audit Negara yang dibentangkan hari ini mendapati Kerajaan Negeri Selangor mencatatkan peningkatan kutipan hasil sebanyak RM 62.50 juta pada tahun 2011 berbanding tahun sebelumnya.

Pada keseluruhannya, hasil yang dikutip Kerajaan Negeri pada tahun 2011 adalah berjumlah RM 1, 634 juta berbanding RM 1, 571.50 juta pada 2010.

Bardasarkan Laporan Audit juga, Hasil Sebenar yang dikutip Kerajaan Negeri ini juga melebihi Anggaran Hasil sebanyak RM 204 juta atau 114.3 peratus.

Kerajaan Negeri memungut tiga jenis hasil meliputi Hasil Cukai sebanyak RM 534.32 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM 791.18 dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM 308.50 juta.

Analisis Audit menunjukkan Hasil Cukai dan Hasil Bukan Cukai mencatatkan peningkatan sejumlah RM 62.50 juta walaupun Terimaan Bukan Hasil mengalami sedikit penurunan.

Penyumbang utama hasil Kerajaan Negeri adalah terdiri daripada Premium Geran Tanah, Cukai Tanah Semasa dan Pemberian Jalan Raya/Lorong.

Jumlah hasil yang meningkat ini membolehkan Kerajaan Negeri mengakhiri tahun kewangan 2011 dengan surplus berjumlah RM 180.50 juta iaitu peningkatan berjumlah RM 56.26 juta atau 45.3 peratus berbanding 2010.

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri hanya mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM 1, 571.50 juta dengan catatan surplus RM 124.24 juta.

Ulasan GB />
Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan:

Samada suka atau tidak suka, namun itulah hakikatnya. Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mengambil tempatnya - mendedahkan siapa yang terlebih baik di dalam mengurus-tadbir negara.

Sekalipun BN dengan segala medianya cuba untuk memburuk-burukkan reputasi dan prestasi negeri-begeri dibawah Pakatan Rakyat, namun perkara yang benar tidak boleh ditutup dan disembunyikan.

Penipuan-penipuan media massa untuk menunjukkan kehodohan Pakatan Rakyat akhirnya menikam mereka kembali.

Dengan laporan audit terbaru ini, langkah Pakatan Rakyat ke Putrajaya semakin hampir dan semakin pasti.

Monday, October 15, 2012

Apabila UmNo Merapu....

  1. UmNo memang tidak berminat untuk melaksanakan hudud.
  2. UmNo membentuk struktur parlimen yang tidak menguntungkan Islam dan menjadikannya alasan untuk mengelak perlaksanaan hudud. 
  3. Semasa UmNo berkuasa penuh di Parlimen pun perlaksanaan hudud tidak pernah dibangkitkan... melainkan apabila sudah tersepit barulah bersuara di Johor. 
  4. Begitu juga semasa menguasai DUN Pulau Pinang UmNo tidak berhasrat untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dari Gerakan.
  5. PAS pasti menyokong perlaksanaan hudud walaupun diusulkan oleh UmNo. Dan kita tidak akan melebelkan ianya undang-undang UmNo selagi tidak bercanggah dengan syariah.
  6. Apakah initiative UmNo dalam memberi pendidikkan dan kesedaran masyarakat tentang hudud?
  7. Apakah initiative UmNo dalam menyediakan prasarana bagi perlaksanaan hudud?
 _____________________________
KUALA LUMPUR, Oct 14 — The Barisan Nasional government has never raised the issue of hudud, the Islamic penal code, to be carried out in multi-religious Malaysia, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz told Sin Chew Daily in an interview published today.

Hudud has remained a sensitive touch point in Southeast Asia’s third largest economy, which has a 60 per cent Muslim population with political parties continuing to spar over the subject in the run-up to the 13th general elections.

The idea of having an Islamic criminal code has been used to either scare away the minority Chinese voters, or shore up support among the majority Malay-Muslim community,  which is split three-ways among the ruling BN’s mainstay and the country’s biggest Malay party, Umno and the opposition’s Islamist PAS and PKR, seen as an urban liberal party.

“We don’t have to say anything, look at our past record, we have never brought up this topic,” Nazri told the Chinese-language daily in an interview published today.

In June, a Johor Umno state assemblyman had proposed that hudud laws be carried out on Muslims and non-Muslims alike in the whole state, which immediately caused MCA to threaten to leave BN if the coalition implements the Islamic laws.

Kelantan and Terengganu have passed hudud as laws, but these laws have yet to be enforced because they go against the Federal Constitution.

MCA had previously warned that Muslim MPs would unite to amend the constitution in favour of hudud if Pakatan Rakyat takes over, but DAP’s Lim Kit Siang had dismissed it as a “lie” to stop the Chinese community from voting for the opposition.

Lim had said that there were only 130 Muslim MPs in the country, while 148 MPs are needed to make up the two-thirds majority for a constitutional amendment.

MCA had also repeatedly used the issue in its bid to drive a wedge between PAS and DAP, two parties in the Pakatan Rakyat federal opposition pact.

PAS has expressed its support for the implementation of hudud law, but DAP has said that it can only be done in a “Islamic state”, pointing out that the Federal Constitution states that Malaysia is a secular country.

BN has often pointed to the differing views of PAS and DAP on hudud as proof that PR is not united.

When asked to comment on Tun Dr Mahathir Mohamad saying BN’s hudud and PAS’ brand of hudud is different, Nazri asked: “Who is he? He is only the former prime minister, this is a country with freedom of speech, he can say anything.”

Dr Mahathir, who is also the former BN and Umno president, was previously reported as saying that PAS could realise its goal to set up an Islamic state and carry out hudud if it joined Umno in a bid to woo the Islamist party to the BN’s side.

The controversy prompted PAS president Datuk Seri Hadi Awang to rise to its ally’s defence, pointing out that while the DAP opposed hudud, Umno had already rejected its implementation. MI.

Friday, October 12, 2012

Tahaluf Syiasi PAS bersama Pakatan Rakyat

 http://farm8.staticflickr.com/7080/7364867546_2b0b3ee5a2.jpg

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu persefahaman di rumah Abdullah bin Jud'aan, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya". (Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Ibn Kathir)

Peristiwa bersejarah ini berlaku di masa jahiliyah, ketika Rasulullah SAW belum dilantik menjadi rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Makkah.

Rasulullah SAW diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia.

Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Makkah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi seorang bangsawan Makkah bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan kenalannya, kerana kedudukan bangsawan si zalim itu.

Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Makkah dan keamanannya sudah tidak ada lagi.

Apabila seruannya didengari para pemimpin Makkah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half al-Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi.

Rasulullah SAW bersabda tersebut di atas dengan huraiannya : "Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya".

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya". (Riwayat Ibn Majah)

Di atas konsep inilah maka Rasulullah SAW menerima persefahaman tersebut, walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliyah.

Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam.

Rasulullah SAW juga menyatakan sempadan dengan sabdanya yang bermaksud:

"Orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab atas segala syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram". (Riwayat Al-Bukhari dan selainnya)

PAS adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno.

Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al-Quran dan Sunnah, Ijma' Ulama dan Qias.

Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf (kerjasama) yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum fikah politik Islam.

Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, masyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.

Umno yang mewakili Melayu-Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak membezakan antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam.

Islam pernah memperkasakan Arab dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melimpah ruah.

Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS, Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal.

Cukuplah menegakkan Islam ala Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya.

Melayu yang perkasa bersama UMNO, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak di atas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga.

Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walaupun disembunyikan di bawah tikar yang hina.

PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap istiqamah (konsisten) dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia.

Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh (bertoleransi) mengikut batas-batas Allah.

PAS pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan BN bersama UMNO dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan muktamar khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama UMNO.

Kemudian PAS dihalau keluar daripada BN pada 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihan raya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan UMNO.

Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama.

PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP.

Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional (PKN) yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP.

PAS mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang.

Percayalah orang Melayu-Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama-sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain.

Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersamanya.

Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipandang lekeh. Kerjasama PAS dalam BN di awal tahun 70-an dan sehingga akhirnya tidak rugi dengan kehilangan Kelantan setelah PAS ditendang keluar.

Pengaruh PAS dalam kerajaan berjaya masuk ke dalam jasad jentera kerajaan dan institusi pengajian dalam negara dan luar negara dan bertunjang sehingga hari ini dan mereka adalah bakal menjadi jentera pentadbiran PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya berjaya.

Kerjasama PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah (Parti Melayu Semangat-46 dan DAP) pada 1990-an berjaya menawan Kelantan sehingga hari ini. Kerjasama PAS dengan Barisan Alternatif dan kemudiannya Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada tahun 1999 walaupun hanya satu penggal kerana ditumbangkan dengan zalim.

Tahun 2008 pula berjaya menawan lima negeri dan PAS memimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala Selangor dipimpin PKR dan DAP memimpin Pulau Pinang. Walaupun dijatuhkan begitu rupa di Perak. Inilah senario tahaluf siyasi yang dilaksanakan selama ini.

Kerjasama tahaluf siyasi mutakhir ini berjaya memecahkan tembok yang melindungi pandangan bukan Islam terhadap Islam. Usaha media berbagai bahasa termasuk bahasa Melayu beragama Islam bagi mengelirukan menemui kegagalan.

Sehingga akhirnya mendedahkan kepura-puraan Umno berjuang menegakkan hukum hudud laksana ayam jantan kokok berderai ada hal ekornya bergelumang tahi sejak lebih lima puluh tahun. Sebenarnya UMNO lah penghalang besar kepada perlaksanaan Islam kerana telah berkuasa di peringkat negeri dan pusat.

Ketahuilah bahawa pengajian politik bukan sahaja tersurat dalam tulisan buku dan pengajian akademik di bilik kuliah. Terpenting juga ialah ijtihad dengan istiqamah di tengah medan perjuangan. PAS mempunyai semua aspek ini dengan beristiqamah kepada ajaran Islam yang menjadi akidah dan teras kepada semua amalannya.

Kelantan adalah satu-satunya negeri paling lama di perintah oleh PAS sejak tahun 1959 sehingga 1977 dan kali kedua 1990 sehingga kini adalah penyumbang besar kepada kejayaan Melayu Muslim dalam bidang pendidikan, perkhidamatan awam, keselamatan dan ekonomi.

Diikuti pula Terengganu Tahun 1959 sehingga 1961 dan kali kedua 1999 sehingga 2004 dan Kedah 2008 sehingga kini. Apabila giliran PAS dikurniakan kemenangan di negeri-negeri ini maka secara automatik menjadi sasaran Umno bagi melemah dan menjatuhkannya atas nama Melayu dan Islam. Paling malang menggunakan kedudukannya menguasai kerajaan pusat dan melanggar konsep demokrasi dan federalisme.

Mengepung media dan menyusahkan pentadbiran dan kewangan negeri-negeri ini, sehinggalah merampas royalti petroleum di Terengganu dan menafikan hak Kelantan. Namun perkara ini tidak pernah dilakukan kepada Singapura ketika dalam Malaysia, Pulau Pinang di bawah Parti Gerakan sebelum BN dan Sabah dibawah PBS. Inilah hakikat Umnodengan Melayu dan Islam anutannya.

Kepada semua pihak yang bersimpati dengan PAS, saya tegaskan, percayalah kepada kami dengan semua pengalaman yang tersebut dan hilangkan khurafat beriman kepada Umno parti Maha Esa.

Kepada ahli dan penyokong PAS saya nasihatkan supaya merujuk kepada sumber ilmu Islam yang ada dalam PAS, bukannya belajar melalui media yang bersukan dengan Islam dan berniaga dengan politik.

PAS tetap berpegang bahawa politik adalah amanah terbesar daripada Allah. Bahagialah mereka yang menunaikannya dengan istiqamah dan celakalah mereka yang mengkhinatinya. Pikul amanah ini secara berjamaah jangan berseorang diri dan memencilkan diri.

Pesanan Rasulullah SAW: "Sesiapa yang memencilkan diri daripada jamaah akan ditawan syaitan, laksana serigala yang menawan kambing yang terpencil daripada kawanannya."

Maka amat bodoh kalau ditipu oleh syaitan yang dikenali.

Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Apakah Akan Di Jawab Oleh Menteri Undang2 UmNo?

Pakar perundangan bimbang Perlembagaan diganti dengan undang-undang Islam
TERKINI @ 03:31:01 PM 12-10-2012
Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita
October 12, 2012

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Keputusan Mahkamah Tinggi ke atas transeksual Muslim di Negeri Sembilan semalam menimbulkan keraguan undang-undang Islam bakal menggantikan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di negara ini, kata pakar perundangan.

Peguam kebebasan sivil, Syahredzan Johan dan pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom memberitahu kebimbangan mereka kepada The Malaysian Insider dengan memberi contoh kes tersebut sebagai bukti Perlembagaan Persekutuan bukan lagi menjadi rujukan dan hal ini akan menyebabkan penghakiman mengutamakan undang-undang Islam daripada undang-undang lain dalam sistem dua mahkamah di Malaysia ini.

“Terdapat satu perkara membimbangkan apabila penghakiman meletakkan enakmen Islam lebih tinggi daripada Perlembagaan.

“Islam adalah agama Persekutuan, tetapi itu tidak bermakna bahawa 'Islam', atau tanggapan pihak berkuasa sebagai 'Islam' untuk menggantikan peruntukan Perlembagaan lain,” kata Syahredzan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Siti Mariah Ahmad menolak cabaran oleh sekumpulan muslim transeksual terhadap peruntukan undang-undang Islam yang menyekat lelaki daripada memakai pakaian wanita atau berpakaian seperti wanita dengan alasan seorang muslim tidak dikecualikan daripada undang-undang Syariah.

Hakim juga memutuskan bahawa Bahagian II Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan asasi rakyat Malaysia seperti kesamarataan di sisi undang-undang, kebebasan beragama, dan melarang perhambaan dan lain-lain dikecualikan dibawah Seksyen 66, menurut wakil peguam Aston Paiva kepada transeksual tersebut.

Beliau berkata hakim hanya merujuk kepada pendapat agama daripada mufti Negri Sembilan untuk melakukan pengadilan ke atas Seksyen 66 bagi membuat ketetapan lisan.

Beliau menambah penghakiman bertulis kes itu tidak lagi disediakan dan berkata hakim tidak memberi petanda bila ia akan dikeluarkan.

Seksyen 66 dibawah kod jenayah negeri Islam menyatakan bahawa “mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian wanita di mana-mana tempat awam atau perlakuan seperti seorang wanita adalah didapati melakukan kesalahan dan hendaklah disabitkan dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

Syahredzan berkata keputusan Mahkamah Tinggi Seremban adalah sama dengan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini di mana ia telah menetapkan bahawa Islam mesti dilindungi dengan “apa cara sekalipun”.

“Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh menjelaskan mengenai perkara ini; peruntukan yang berhubungan dengan Islam mesti menerima perintah sekular untuk digubal undang-undang,” katanya, sambil menambah ia bermakna undang-undang tersebut mesti diluluskan di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Ia juga bermakna bahawa undang-undang yang digubal, tanpa mengira sama ada tertakluk dibawah enakmen Syariah atau keputusan parlimen mestilah selaras dan sama dengan Perlembagaan,” katanya.

Azmi, seorang profesor madya di fakulti undang-undang Universiti Malaya (UM) memberikan penerangan lebih mendalam.

“Ia akan memberikan kebebasan atas kebijaksaan sendiri kepada dewan undangan negeri, jabatan agama Islam dan mufti untuk memperkenalkan sebarang undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan dengan mengatakan ia adalah Islamik dan mengikut Perlembagaan.

“Jika anda tidak menghormati peraturan asas ini, maka apa apakah jaminan yang kita miliki sebagai seorang warganegara?” soalnya.

Empat individu transeksual yang dikenal pasti menerusi nama mereka iala Muhamad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani, Wan Farol Wan Ismail dan Adam Shazrul Mohd Yusoff.

Mereka telah ditangkap dan disabitkan di bawah undang-undang jenayah Islam kemudiaannya telah mengemukakan saman tersebut pada tahun lepas kepada Negri kerajaan Sembilan dan jabatan hal ehwal Islam negeri untuk menamatkan “penganiayaan”, yang didakwa mereka telah melanggar hak dalam perlembagaan.

Paiva memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak guamnya yang disahkan melalui kaedah perubatan mempunyai permasalahan identiti jantina hanya mahukan mahkamah mengisytiharkan Seksyen 66 “tidak terpakai kepada mana-mana individu yang mempunyai permasalahan identiti jantina”.

Beliau berkata, mereka kini tertekan dan mempertimbangkan untuk melakukan rayuan ke atas keputusan itu.