Wednesday, January 9, 2013
Krisis air: Rakyat merana kerana kegagalan Syabas
PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa kecewa di atas kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di dalam menyelesaikan krisis air Selangor dan Kuala Lumpur sehingga menjejaskan kehidupan ribuan penduduk yang terlibat.
Tinjauan PAS WP mendapati ramai penduduk di kawasan Ampang, Pandan, dan Cheras menerima kesan sehingga penduduk terbabit terpaksa menggunakan pelbagai kaedah bagi menampung keperluan air di rumah mereka.
Dengan penjelasan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai masalah air tersebut yang tiada kaitan dengan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat2) kerana bekalan air sebenarnya mencukupi dan ia hanyalah kegagalan Syabas menyelenggarakan Rumah Pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru menunjukkan kegagalan ini bukan berpunca dari kerajaan Selangor, tetapi kerana kegagalan Syabas sendiri.
Apa yang dikesalkan adalah mengapa Syabas tidak mengenal pasti punca masalah kerosakan di rumah pam Wangsa Maju dan Hulu Pudu Baru lebih awal sebelum insiden ini berlaku? Syabas pula seakan tidak mengambil langkah efektif bagi memastikan masalah ini tidak berlaku.
PAS WP merasa kesal kerana kegagalan Syabas telah menyebabkan ribuan penduduk menjadi mangsa. Sepatutnya Syabas menetapkan suatu jangka masa yang singkat untuk menyelesaikan masalah ini supaya penduduk tidak merana selama beberapa hari.
Dalam hal ini, PAS WP mengharapkan krisis air ini adalah kejadian yang benar-benar berlaku disebabkan oleh kelalaian dan kelemahan pihak Syabas, dan bukannya ada agenda politik lain.
Janganlah krisis ini disebabkan oleh suatu perancangan jahat segelintir pihak yang mahu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan ribuan rakyat sebagai mangsa dengan tujuan supaya rakyat menyalahkan kerajaan PR.
Jika ini yang berlaku, ia adalah tindakan keji dan hina dan mereka ini sanggup mengorbankan kepentingan penduduk hanya memenuhi nafsu politik pihak tertentu.
Akhirnya, PAS WP meminta penduduk yang terjejas agar bersabar dalam menghadapi ujian sebesar ini. PAS WP memahami kesulitan yang dialami oleh penduduk dan mendoakan kesejahteraan mereka. Semoga krisis ini berlaku hanya sekali dan tidak akan berulang lagi di masa akan datang.
Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi
Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.

Kase sokong cadangan Pakatan batal saman AES
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menyokong cadangan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang mahu membatalkan semua saman membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak ia dilaksana September 2012.
Menurut Pengerusi Kase, Datuk Mahfuz Omar, cadangan itu adalah satu kebaikan kepada rakyat memandangkan pelaksanaan AES oleh kerajaan Umno BN dibuat secara tergesa-gesa.
Sambil merayu rakyat agar terus mematuhi undang-undang meskipun AES suatu hari nanti ditangguh sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Mahfuz juga menegaskan satu kajian akan dilakukan terhadap pelaksanaan AES .
"Kajian termasuklah dalam isu perjanjian dengan dua syarikat yang mendapat kontrak AES ini," katanya lagi.
Kata beliau lagi, Kase memandang serius isu AES membabitkan rakyat kerana sehingga kini lebih 400,000 saman telah dikeluarkan.
Pada sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan Pakatan Rakyat untuk membatalkan semua saman AES sejak sistem itu bermula.
Kata Anwar lagi, jika menerajui negara selepas PRU13, Pakatan Rakyat akan mengumumkan penangguhan AES untuk menjalankan kajian terhadap pelaksanaan sistem tersebut.

Monday, January 7, 2013
TG Hj Hadi vs Majlis Mufti
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’.
Mengulas kenyataan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah, beliau menafikan menerima sebarang surat daripada mufti tersebut.
“Saya tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya cabar Majlis Fatwa hantar surat kepada saya. Dia (Majlis Fatwa) tak panggil saya.
“Surat rasmi pun tidak ada…atas angin sahaja. Bukan boleh atas angin begitu…bukan ‘meniaga’ ni dan kalau berniaga pun tidak boleh atas angin. Ini soal agama,” tegasnya.
Beliau berkata ‘amanat’ itu merupakan satu petikan daripada ucapan beliau yang dibuat di Banggol Peradong 31 tahun yang lalu.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan beliau tidak pernah menamakan ucapan tersebut sebagai amanat tetapi dibuat oleh pihak lain.
“Amanat itu satu petikan, saya tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah.
“Bukan saya menamakan ‘amanat’, ia petikan ucapan saya selepas itu dibentang di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu. Ketua Biro Agama Umno bentang dan saya bangun (jawab)…betul, itu ucapan saya. Masa itu kenapa tidak hujah, selepas 30 tahun baru hendak hujah,” ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan isu penjelasan amanat tersebut bukan sekadar pilihan raya tetapi kerana hari akhirat.
Menurutnya, jika Perdana Menteri atau mufti enggan bersemuka di atas dunia, maka tunggulah pada hari akhirat ketika mengadap Allah SWT.
“Saya akan mati, mufti-mufti juga akan mati, Perdana Menteri mati, saya mati…kita mengadap Tuhan. Tuhan yang akan menentukan betul atau pun salah. Jika tidak atas dunia ini..akhiratlah. Kita bertemu dengan Tuhan jika atas dunia tak mahu bertemu,” tegasnya.
Justeru, Ustaz Abdul Hadi tetap bertegas mahukan ruang penjelasan selama satu jam bersiaran di RTM milik kerajaan kerana PAS tidak memiliki media yang menyeluruh.
“Saya tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media.
“Biar rakyat tahu…dia (rakyat) dengar semua barulah (faham). Ini dengar sebelah pihak, macam mana.
“ Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,” ujarnya.
Saturday, January 5, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Darul Hidayah
Bangunan Surau Darul Hidayah yang tersergam indah ini masih lagi dalam proses penyiapan. Permidani belum dipasang kerana masih menunggu dermawan. Tiles masih belum siap sepenuhnya menunggu infak dari penderma dan railing masih banyak belum dipasang.
Bangunan yang memerlukan dana RM1.5juta ini memberi peluang kepada pembaca semua untuk mewakafkan harta dan wang ringgit untuk bekalan di hari yang tidak berguna wang ringgit. Bersedekahlah sekarang kepada dana Darul Hidayah. Pasti Allah tidak merugikan kita.
Dana Pembangunan Surau Darul Hidayah (Hj Yunus 019-228 9221)
CIMB : 1210-0004507-05-6
Dana Pembangunan Surau Darul Hidayah (Hj Yunus 019-228 9221)
CIMB : 1210-0004507-05-6
Jadilah Orang Yang Bermaklumat
Jangan
biarkan BN dan UMNO terus menakut-nakutkan rakyat kononya Melayu akan
kehilangan keistimewaan sekiranya Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih
pentadbiran negara ini selepas pilihan raya nanti. INGAT UMNO INGAT
PENIPU !!
Lajim Ukin : AKUAN BERSUMPAH Skandal RM40 Juta!
STATUTORY DECLARATION
Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu, Sabah, dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;
4. Sepanjang penglibatan saya dengan Umno, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi Umno adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam Umno dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan Umno Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan Umno di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;
6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;
7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;
8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;
9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam Umno di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:
- Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
- Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada Umno Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
- Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah yang boleh membuktikan bahawa Umno Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan
- Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi Umno atau Badan Perhubungan Umno Sabah bahawa Umno telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;
10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;
11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;
12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;
13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan Umno dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.
Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dengan sebenarnya dan diakui oleh yang tersebut namanya di atas di Kota Kinabalu dalam negeri Sabah pada 10 haribulan Disember, 2012
LAJIM BIN UKIN
Tuesday, January 1, 2013
Pengunaan Kalimah 'Allah' : Sampai Bila Polimik Ini Akan Berakhir?
Gereja Katolik Roman tempatan sedang menunggu Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan mengenai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada tuhan Kristian dalam penerbitan mereka, selepas Putrajaya merayu terhadap penghakiman 2009 yangmengatakan gereja mempunyai hak berperlembagaan untuk berbuat demikian.
Minggu lalu, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.
Dalam satu kenyataan, presiden MGC Jagir Singh menegaskan majlis tersebut tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat lain dari menggunakan perkataan tertentu.
Setiausaha Agung DAP mencetuskan kegemparan apabila beliau menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam Bible Kristian versi Bahasa Melayu.
Beliau menegaskan bahawa ini dibenarkan di Sabah dan Sarawak semenjak 50 tahun lalu dan diamalkan di Timur Tengah selama lebih daripada seribu tahun.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mempertahankan rakan partinya mengingatkan masyarakat Muslim selain Kristian, terdapat juga agama lain menggunakan perkataan “Allah”.

Walaupun pelbagai penjelasan dan langkah dibuat bagi menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada istilah 'God' ataupun tuhan namun sehingga kini masih tiada penyelesaiannya. Apa yang pasti tiada perbahasan terbuka antara ketua-ketua agama yang dapat kita saksikan. Kita melihat tidak ada kesungguhan dan tiada yang berani tampil terutama sekali pihak yang berkuasa.
Mungkin dialog antara agama bukan menjadi budaya kita. Ataupun orang Islam yang majoritinya Melayu dinegara ini beranggapan Islam itu agama orang Melayu dan orang lain tidak berhak berbicara tentang Islam. Akibatnya Islam di negara ini seolah-oleh menjadi hak eksklusif orang Melayu. Sedangkan ianya tidak ilmiah dan gagal menyelesaikan persoalan diatas.
Kini kita berdepan dengan orang bukan Islam yang mahir tentang hukum, undang-undang, perlembagaan dan Islam itu sendiri. Kita tidak boleh menggunakan hujah hukum yang mana hukum Islam di negara ini tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Sebagai contohnya orang Islam berzina tidak sama hukumannya kepada orang bukan Islam.... Ataupun memang tiada hukuman kepada orang bukan Islam yang berzina.
Atas dasar itulah orang bukan Islam beranggapan apa-apa hukum atau fatwa yang dikeluarkan oleh institusi agama ini tidak diguna pakai kepada orang bukan Islam. Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Ataupun masalah ini sebenarnya memberi kelebihan politik kepada pejuang bangsa dan digunakan sebagai modal mendapatkan sokongan orang Melayu dan Islam.
Namun, kita melihat ianya masih ada jalan penyelesaian.... dan sememangnya ada. Allah akan tunjukkan jalan. Cuma orang yang memperjuangkan bangsa tidak mahu isu agama ini selesai dan mereka takut hilang modal. Dan yang paling menghantui mereka adalah hilang kuasa.
Hujah yang biasa kita dengar ialah orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah 'Allah' kerana orang Melayu menggunakan perkataan Allah untuk semua perkara yang melibatkan ketuhanan. Oleh itu mereka ingin menggunakan kalimah tersebut dalam buku terjemahan bahasa Melayunya. Supaya mereka yang berbahasa Melayu yang menganut agama bukan Islam boleh memahaminya.
Persoalannya yang kita bangkitkan ialah orang bukan Islam terutamanya Kristian mahu menggunakan kalimah 'Allah' itu dalam buku-buku terjemahan agamanya termasuk Bible. Sedangkan tuhan yang dirujuk di dalam Bible dan buku agama bukan Islam tidak sama dengan Allah yang digunakan oleh orang Melayu dan Islam.

Jadi apakah penyelesaiannya?
Orang selalu memperdebatkan kalimah 'Allah' sama ada boleh digunakan atau tidak namun berapa ramai yang membicarakan apakah makna kalimah 'Allah' itu dalam bahasa Melayu.
Cuba kita bayangkan ketua Paderi berdailog dengan ketua agama Islam (mungkin pengerusi majlis fatwa kebangsaan) secara langsung di TV pukul 8.30 malam.Cuba kita bayangkan apakah jawapan yang akan keluar sekiranya persoalan berikut diutarakan:
- Kenapa orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah 'Allah'?
- Dimana mereka mahu gunakan kalimah 'Allah' itu?
- Apalah pengertian Allah pada bahasa Melayu?
- Bagaimana kalimah Allah itu digunakan oleh orang Melayu?
- Boleh tak kita terjemahkan kalimah Allah yang difahami oleh orang Melayu didalam kitab agama bukan Islam dan kitab Bible?
- Boleh tak kita perbincangkan kalimah Allah bersama perbahasan tauhid rububiah dan uluhiah sebagaimana yang orang Melayu faham didalam kitab agama bukan Islam.
- Apakah Allah yang dirujuk oleh orang Melayu adalah tuhan yang sama yang dirujuk oleh orang bukan Islam?
Sekiranya kesemua persoalan di atas dijawab dengan ikhlas dan jujur, insyallah persoalan ini dapat diselesaikan dengan baik dan tuntas.... Namun adakah itu yang diharapkan oleh orang politik yang memperjuangkan bangsa dan mengharapkan isu Melayu dan agama sebagai modal politik mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)