Wednesday, October 30, 2013
Buat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Disebabkan ingin menjaga keharmonian parti inginkan saya menulis dengan nama samaran kerana tidak mahu menimbulkan polemik dalaman bagi parti.
Suara saya dikira mewakili hampir separuh PAS kawasan yang sudah bermuktamar dan mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.
Cadangan ini dibuat bukan kerana kami berasa pencapaian Mohamad Sabu tidak memuaskan, tapi demi keperluan parti untuk menjadi kuat semula.
PAS kini berpecah dengan teruk kerana dilanda wabak label melabel pemimpin. Wabak ini adalah yang paling teruk pernah disaksikan sepanjang 30 tahun saya berada dalam PAS.
Seperti kata Abang Mat kita, inilah keadaan yang paling buruk bagi PAS sepanjang 35 tahun beliau berada di dalam perjuangan Islam.
Saya juga melihat PAS kini dilanda anasir luar yang meresap masuk ke dalam jemaah PAS. Api melabel dan benci membenci sesama pemimpin ditiup kencang dalam majlis dalaman tertutup parti.
Perkara ini diambil kesempatan oleh media perdana dan golongan pakar saraf di media sosial sehingga PAS kini berpecah.
Tidak dinafikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh dikira sebagai penyatu dalam PAS. Namun, beliau seorang saja tidak cukup.
Abang Mat penting dalam kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat dan juga popularitinya di kalangan bukan Islam.
Tapi dengan PAS yang berpecah seperti sekarang, nilai tambah yang ada pada Abang Mat tidak berguna untuk PAS untuk dua tahun yang akan datang ini.
Dua tahun yang akan datang ini, PAS memerlukan seorang tokoh seperti Tuan Ibrahim untuk menyatukan PAS semula. Hanya PAS yang bersatu dan kuat dapat menumbangkan Umno pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Tambahan pula, Tuan Ibrahim adalah satu-satunya calon yang diterima kedua-dua pihak yang sedang bergaduh. Malah beliau adalah calon yang menerima pencalonan paling banyak daripada PAS kawasan untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS.
Artikel The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lawan Mohd Amar? menimbulkan kegelisahan pada kami yang mencadangkan Tuan Ibrahim bahawa beliau akan membuat keputusan mengundur diri dan memberi laluan kepada Nik Amar.
Sebagai ahli jamaah, beliau tahu dan sedar, beliau tidak patut membuat keputusan sendiri tanpa mempedulikan pandangan akar umbi.
Jangan memandang ringan suara kami dari bawah. Jangan lebih menitikberatkan pandangan sesetengah pihak daripada pandangan kami.
Kepada Abang Mat, maaf. Bukan kami tidak mahu menyokong Abang Mat, tapi kami menyokong apa yang lebih diperlukan untuk PAS buat masa ini. Abang Mat berkhidmat dengan baik, cuma yang lebih diperlukan PAS sekarang ialah faktor penyatu yang berada pada seorang insan bernama Tuan Ibrahim Tuan Man.
Datuk Husam Musa dan Datuk Nik Amar juga digalakkan bertanding. Kami tidak ingin lihat situasi hanya Abang Mat berlawan dengan Nik Amar seperti ramalan The Malaysian Insider kerana itu adalah satu penghinaan kepada suara PAS kawasan yang inginkan Tuan Ibrahim bertanding.
Namun, hasrat kami hanya untuk melihat Tuan Ibrahim bertanding. Perwakilan akan menentukan siapa pemenang. Dengan jumlah kawasan yang mencalonkan beliau, kami percaya majoriti perwakilan mempunyai pandangan yang sama seperti kami daripada Muslimat. – Faridah Othman 30 Oktober, 2013. MI.

GST and subsidi
Mereka menimbun harta.... lihatlah rumah mereka, kereta mereka, tanah mereka dan simpanan mereka....
Mereka mendapat harta melalui projek kerajaan, mereka mendapat untung berlipat kali ganda, mereka mendapat komisyen, mereka mendapat hadiah dan mereka mendapat kurnia. Sedangkan hutang negara semangkin menimbun.
Mereka semakin kaya-raya sedangkan kerajaan menambah hutang untuk memberi mereka kekayaan. Datang mana harta mereka kalau bukan dari poket raykat. Harta yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat telah mereka himpun untuk manfaat diri sendiri.
Negara meninggalkan hutang... Siapa yang akan bayar? Pastinya mereka terus mewah sedangkan rakyat mengikat perut untuk sesuap nasi, menampung susu anak dan lampin bayi.
Sedarkah kita manakah perginya harta negara yang menimbun. Harta dari cukai, harta zakat, harta keuntungan GLC, harta royalti, harta premium dan pelbagai lagi hasil negara?
Kini GST diperkenalkan. Tidak cukupkah harta yang mereka kaut dan mereka boroskan untuk memenui nafsu mereka semata-mata.
Rakyat sudah membayar zakat, rakyat sudah membayar cukai kenderaan, cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai perkhidmatan dankini GST pula....
Masihkah ada yang tidak sedar?
Sunday, October 27, 2013
Wajarkah GST Dilaksanakan Bila Kerajaan Masih Kaya... Lagi BOROS
IMAM Nawawi atau nama penuhnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al-Nawawi (631 -676H) ialah anak kelahiran Damsyik, Syam (Syria). Menghafaz Quran sejak dari kecil, beliau dilapor mempelajari sebanyak 12 mata pelajaran dalam berbagai jurusan ilmu agama. Antara buku karangan ulama terkenal Mazhab Shafie ini adalah Syarah Sahih Muslim dan Riyadus Salihin.
Sepanjang hayatnya, Imam Nawawi telah menyumbangkan tenaga fikiran dan ilmunya kepada agama Islam dan umatnya. Ketegasannya dalam menyampaikan kebenaran Islam tiada tolok banding pada zamannya. Sebagai ulama yang memimpin umat, beliau memfatwakan kebenaran tanpa rasa takut walaupun akibatnya merugikan kedudukan dan mengancam nyawanya.
Terdapat satu kisah masyhur berhubung Imam Nawawi yang menjelaskan lagi kemuliaan peribadi ulama terkemuka ini. Menurut riwayat, Sultan Al-Malik Al-Zahir telah mengadakan persiapan perang untuk memerangi orang-orang Tatar (Monggol) lalu digunakanlah fatwa ulama yang mengharuskan mengambil harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh.
Keseluruhan ulama fiqh negeri Syam telah menulis menyokong fatwa tersebut, namun baginda belum merasa senang hati kerana Imam Nawawi belum memberikan fatwanya.
Baginda menjemput Imam Nawawi ke istana untuk mendengar sendiri pandangan beliau. Walaupun menerima jemputan sultan, tanpa diduga Imam Nawawi menolak untuk menyokong fatwa itu. Malah dengan berani beliau memberikan alasan penolakannya itu.
"Aku mengetahui bahawa kamu (Sultan Al-Malik Al-Zahir) dahulunya seorang hamba tawanan dan tidak mempunyai sebarang harta benda. Tetapi dengan pertolongan Allah kamu telah menjadi seorang raja. Aku mendengar bahawa kamu ada memiliki seribu orang hamba, tiap seorang mempunyai beberapa ketul emas. Manakala 200 orang khadam wanita milik kamu masing-masing mempunyai barang-barang perhiasan yang bernilai.
"Andai kata kamu membelanjakan kesemua itu untuk keperluan perang sehingga mereka tidak lagi mempunyai barang-barang itu, maka aku bersedia memberikan fatwa untuk membenarkan kamu mengambil harta rakyat."
Thursday, October 24, 2013
Nilai Satu Kemerdekaan
Apabila penjajah meninggalkan negara, bukan sahaja meninggalkan masalah sosial tetapi juga meninggalkan sistem sekular yang kekal hingga selepas 50 tahun merdeka.
Dengan menyerahkan pimpinan kepimpinan negara kepada anak didiknya.
Apabila Berunei mengistiharkan perlaksanaan hukum syariah, negara yang mendakwa negara Islam masih terkial-kial mencari arah. Sedangkan perintah Allah amat jelas di dalanAl Quraan.
Monday, October 21, 2013
Ustaz Datuk Tuan Ibrahim paling tinggi pencalonan untuk Timbalan Presiden PAS
Menjelang tarikh tutup pencalonan untuk pucuk pimpinan PAS malam ini, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dikatakan mendapat pencalonan terbanyak untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.
"Tidak syak lagi saya rasa, Tuan Ibrahim mendapat paling banyak pencalonan berdasarkan maklumat yang saya dapat," kata seorang pemimpin kanan PAS yang enggan namanya disiarkan.
Semua pencalonan untuk pemilihan PAS tahun ini akan ditutup jam 12 malam ini sebelum ditentukan pencalonan untuk setiap calon, kata Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS, Haji Asmuni Awi.
"Kita akan mula buka semua kertas pencalonan dari kawasan dan dewan-dewan malam ini sebelum tarikh tutupnya pada jam 12 malam ini dan esok saya akan membuat sidang media mengenainya," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.
Menurut Asmuni, seorang peguam, semua kertas pencalonan perlu sampai ke Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut menjelang jam 12 malam ini secara pos atau melalui serahan tangan.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan akan merpertahankan jawatan itu.
Tuan Ibrahim pula dalam wawancaranya dengan sebuah akhbar harian berkata, beliau akan melihat jumlah pencalonannya dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Sehingga kini, empat nama yang disebut mendapat pencalonan utama dari kawasan-kawasan untuk jawatan ini. Selain Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu, turut mendapat pencalonan adalah Datuk Husam Musa dan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.
Sejak dua pemilihan lalu, mana-mana kumpulan yang mempunyai dua calon akan kalah. Pada pemilihan tahun 2009, Husam Musa dan Mohamad Sabu (yang bukan ulama) kalah di tangan Nasharudin Mat Isa.
Dalam pemilihan 2011 pula, Tuan Ibrahim dan Nasharudin (kedua-duanya dikira kumpulan ulama) pula kalah di tangan Mohamad Sabu.
Menjelang pemilihan kali ini, ahli PAS dikatakan berpecah apabila kempen ulama dan bukan ulama dibuat. Yang paling ketara, Multaqa Ulama Se Malaysia yang diadakan di Alor Setar oleh Dewan Ulama PAS membuat resolusi agar timbalan presiden dipilih di kalangan ulama.
Ekoran itu, pertembungan dikatakan berlaku antara ulama dan bukan ulama. Namun begitu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis telah campur tangan agar tiada perpecahan antara kedua-duanya.
Sementara itu, untuk jawatan Naib Presiden pula, sehingga kini lapan nama dikatakan mendapat banyak pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan.
Mereka adalah tiga penyandangnya iaitu Salahudin Ayub, Husam, Datuk Mahfuz Omar di samping Nik Amar, Tuan Ibrahim serta Idris Ahmad (anggota Parlimen Bukit Gantang), Datuk Abu Bakar Chik dan ketua Pemuda, Nasrudin Hassan.
Sehingga kini, ketiga-tiga penyandang dijangka akan mempertahankan jawatan masing-masing kecuali Husam yang belum diketahui akan bertanding Timbalan Presiden atau mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden.
Bagaimanapun, Salahudin Ayub dikatakan memberikan syarat 70 % pencalonan untuk jawatan ini bagi mengesahkan penerimaan pencalonan.
"Jika saya mendapat tidak sampai 70% daripada pencalonan perwakilan, saya akan mempertimbangkan semula samada mahu bertanding atau tidak," kata Salahudin.
Dalam pemilihan dua tahun lepas, Salahudin mendapat undi terbanyak manakala Husam kedua dan Mahfuz di tempat ketiga.
PAS mempunyai kira-kira 180 kawasan di seluruh negara yang berhak membuat pencalonan untuk kesemua jawatan tertinggi PAS. – 20 Oktober, 2013. MI.

Friday, October 11, 2013
Ustaz Azizan dari kacamata Daim Zainuddin
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mendedahkan hubungan akrabnya dengan mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak dalam tulisannya yang diterbitkan Berita Harian Online semalam.
Menganggap pemergian Ustaz Azizan sebagai satu kehilangan besar kepada Kedah, Daim menyifatkan Ustaz Azizan sebagai ahli politik yang 'jarang ada'.
"Beliau ialah seorang pemimpin rakyat yang berintegriti tinggi dan benar-benar jujur. Malaysia memerlukan ahli politik seperti beliau," tulis Daim.
Ikuti tulisan penuh bekas tokoh politik dan korporat Melayu ini dalam mengungkapkan keakraban dan pengalamannya bersama Allahyarham:
'Azizan yang saya kenal’
Apabila PAS merampas Kedah dalam pilihan raya peringkat negeri, saya bercadang untuk membuat kunjungan hormat menemui Menteri Besar baru, Ustaz Azizan.
Saya tahu bahawa beliau perlu menyelesaikan banyak perkara, maka selepas beberapa bulan, saya memohon untuk membuat temujanji berjumpa dengannya.
Maklum balas yang diterima amat menggalakkan. Saya menerima jemputan makan malam di kediaman rasminya. Itulah kali pertama saya bertemu dengan (Tan Sri) Azizan Abdul Razak.
Beliau boleh digambarkan sebagai seorang yang peramah dan menghiburkan dengan jenaka sehingga menjadikan pertemuan pertama itu berlangsung dalam suasana tenang dan santai. Selepas beberapa minit, beliau mempelawa saya untuk makan malam bersamanya.
Beliau memberitahu yang beliau sudah memesan mi Abu, mi goreng, popia dan menghidangkan durian serta dadih sebagai pencuci mulut. Katanya, beliau sudah meminta setiausahanya untuk bertanya setiausaha saya apakah makanan kegemaran saya dan mendapat senarai daripada setiausaha saya. Kemudian, beliau menghidangkan air panas. Beliau sudah menyelidik mengenai diri saya.
Saya gembira pertemuan pertama dengannya. Saya dapati beliau sangat merendah diri, berpengetahuan dan mempunyai sifat jenaka.
Selepas pertemuan pertama itu, setiap kali saya berada di Kedah, saya akan bertemu dengannya untuk makan malam, yang mana saya akan dihidangkan makanan kegemaran saya – mi Abu dan popia.
Bincang masalah sebagai MB
Selepas itu, beliau akan mula membincangkan masalah yang beliau hadapi sebagai seorang MB.
Beliau sentiasa berkata dengan perkataan yang manis kepada semua orang dan tidak pernah mengeluarkan kata-kata menghina sesiapa. Katanya, tugasnya sangat mencabar untuk menguruskan negeri yang perolehannya rendah, tetapi perbelanjaan terus meningkat.
Saya berkata kepadanya, selagi negara mengharapkan Kedah menjadi negeri jelapang padi Malaysia, Kedah perlu terus meminta bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan ia perlu berubah.
Negara kita adalah pengeluar beras yang membabitkan kos tinggi. Ketika saya di dalam kerajaan, saya pernah mencadangkan supaya kita mengimport beras dan menggunakan tanah sawah untuk kegunaan yang lebih produktif. Beliau bersetuju dengan saya tetapi mengakui ia memerlukan sokongan daripada Kerajaan Pusat untuk mengubahnya.
Kami terus bertemu secara kerap, sama ada di Alor Setar atau Kuala Lumpur. Beliau sukar untuk memenuhi permintaan yang menimbulkan konflik daripada banyak pihak. Ia benar-benar menyukarkan dirinya untuk cuba berlaku adil tetapi tegas.
Beliau menjadikan dirinya tidak popular dengan orang tertentu tetapi rakyat suka dengan pendekatannya. Beliau menjadi seorang pemimpin yang dihormati masyarakat.
Walaupun beliau menerima tekanan daripada partinya sendiri, beliau bertegas dirinya adalah MB untuk seluruh rakyat Kedah. Beliau akan melayan semua. Akhirnya, sama ada secara tersembunyi atau terbuka, beliau diserang rakan parti gabungan dalam pakatan tetapi beliau tegas dengan prinsipnya, yang mana dalam politik, beliau perlu akur kehendak parti, dengan syarat ia tidak bercanggah dengan prinsip yang beliau pegang dan pada akhirnya, beliau berkata, beliau perlu bertanggungjawab kepada Allah. Ini yang membuatkan beliau tidak bersedia berkompromi.
Apabila saya mendapat berita beberapa wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) merancang untuk menukar kem, saya mengingatkan beliau. Saya berkata kepadanya selepas apa yang berlaku di Perak, saya tidak fikir Barisan Nasional (BN) sedia untuk mengambil bahagian dalam politik seperti ini. Rakyat akan marah dan semua pihak perlu menerima keputusan pilihan raya dan teruskan seperti biasa.
(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) cuba dan gagal dan rakyat tidak mempercayai mana-mana kerajaan dibentuk dengan cara ini. Tetapi beliau berkata: Saya di sini buat sementara waktu saja. Biar Allah menentukan tetapi kita perlu uruskan semua masalah yang timbul terlebih dulu.
Kemudian, selepas itu ada lagi cubaan untuk menjatuhkannya. Beliau tidak cemas, malah beliau tidak terlalu yakin, namun tetap bersedia. Beliau mengharungi semua cabaran dengan caranya, di luar, beliau tetap berjenaka tetapi di dalam, bersedia dengan kemungkinan yang mungkin berlaku. Akhirnya, beliau berjaya.
Beliau meminta saya untuk mengatur pertemuan dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang saya memang lakukan. Mereka berkawan baik. Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Azizan juga memberitahu yang beliau diheret oleh PAS dan diminta memberi penjelasan mengapa beliau rapat dengan PM, Dr Mahathir dan saya. Beliau menjelaskan kepada mereka bahawa beliau mengenali adik Najib, Johari ketika sama-sama belajar undang-undang di London. Dalam kes Dr Mahathir dan saya, beliau mahu belajar daripada pengalaman dan beliau tahu kita mengharapkan yang terbaik untuk Kedah dan perlu sokong dirinya untuk kebaikan yang lebih bagi Kedah. Mereka (PAS) menerima penjelasannya.
Idea membina untuk Kedah
Azizan mempunyai idea yang membina untuk Kedah. Beliau mahu menambak kawasan pantai Kuala Kedah dan membina sebuah bandar baru. Beliau meminta saya mencarikan pemaju untuk melaksanakannya dan sekarang, ia masih dalam peringkat kajian.
Beliau berhasrat ke Mesir untuk mempelajari bagaimana negara itu berjaya dalam pengeluaran hasil pertanian di kawasan padang pasir yang luas dan menukarnya menjadi tanah subur. Beliau mahu melakukan perkara sama di Kedah. Azizan mahu membina lebih banyak kawasan perumahan terutama rumah mampu milik di bawah RM200,000.
Beliau mengarahkan pejabatnya melakukan satu kajian terhadap masalah itu dan bagaimana golongan berpendapatan pertengahan mampu membelinya. Semua ini dalam perancangan.
Azizan turut berbincang dengan saya perlukah Akta Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diteruskan. Saya jelaskan kepadanya sebab Dr Mahathir mahu LADA dan sejak itu, Langkawi menjadi terkenal sebagai destinasi pelancongan. Beliau berkata, beliau ditekan supaya tidak memperbaharuinya, tetapi beliau memperbaharuinya.
Azizan terpaksa membuat keputusan yang sukar tetapi dia melakukan apa yang betul untuk Kedah. Beliau memperkenalkan dasar baru yang mana konsesi balak ditender dan ia berjaya meningkatkan pulangan. Nilainya menjadi lebih tinggi, dan dia kemudian mengecilkan saiz konsesi disebabkan orang tertentu.
Beliau mahu membawa Institut Penyelidikan Getah (RRI) ke Kedah dan bersedia untuk mencari serta menyediakan tanah untuk tujuan itu.
Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri harus menukar tanah RRI dan kerajaan Kedah membangunkan tanah RRI, dan menyimpannya sebagai satu pelaburan jangka panjang supaya kerajaan boleh mendapat pendapatan darinya.
Azizan juga mahu mempunyai depot minyak dan penapisan di Yan. Beliau menerima banyak cadangan, tetapi beliau mendapati pelabur lebih berminat untuk memiliki tanah berbanding projek asal. Beliau juga mahu perkhidmatan kereta api dan lebuh raya diteruskan sehingga Yan untuk membawa kemajuan di kawasan bandar berhampiran pantai.
Tolak rasuah
Dalam isu rasuah, beliau amat kecewa dengan ahli perniagaan yang cuba menyogok beliau. Beliau kerap mengarahkan setiausahanya supaya memulangkan wang yang ditawarkan kepadanya. Apabila gagal menyogok di pejabat, mereka menghantar wang itu ke rumahnya.
Beliau bertanya dengan saya apa yang harus dilakukan terhadap orang yang bermuka tebal seperti ini. Nasihat saya kepadanya ialah serahkan wang itu kepada anak yatim dan mendapatkan resit daripada setiap derma yang diberikan. Beliau berterima kasih atas nasihat saya.
Azizan juga bercerita dengan saya bagaimana dia memujuk anaknya untuk berkahwin. Beliau dimasukkan ke hospital dan dilayan seorang jururawat yang difikirkannya sesuai untuk menjadi calon isteri kepada anaknya.
Sudah tentu, anaknya tidak bersetuju selepas Azizan meminta isterinya memberitahu anak lelakinya, jika dia tidak mahu berkahwin dengan jururawat itu, beliau akan berkahwin dengan jururawat itu yang boleh menjaganya jika beliau jatuh sakit.
Tiba-tiba, selepas pilihan raya, Azizan dimasukkan ke hospital. Saya melawat beliau banyak kali tetapi beliau sering berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada Kedah. Ahli politik seperti beliau jarang ada. Beliau adalah seorang pemimpin rakyat yang berintegriti tinggi dan benar-benar jujur. Malaysia memerlukan ahli politik seperti beliau.

Tuesday, October 8, 2013
Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan k-pop tiada penaja
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.
Ambrin turut tidak bersetuju dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.
Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.
Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
“Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting,” kata Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kehilangan pistol berkemungkinan disebabkan terjatuh ke dalam laut dari bot dan bukan terlepas kepada penjenayah.
Khalid berkata, setiap pistol mempunyai kod identiti dan setakat ini, polis tidak pernah mendapat laporan senjata yang hilang digunakan dalam jenayah.
Ambrin ketika mengulas mengenai kenyataan itu berkata, jawapan Khalid itu adalah pandangan peribadinya.
“Tiada tentang pistol hilang di dalam laut dalam laporan kami dan tiada jawapan daripada polis berhubung isu ini,” kata Ambrin kepada The Malaysian Insider semalam.
“Kita tidak boleh menolak kemungkinan apabila polis melakukan operasi atau latihan di laut, pistol mungkin jatuh ke dalam laut.
“Kes kehilangan aset polis adalah disebabkan oleh kecuaian anggota polis seperti tersilap letak atau menyebabkan ianya dicuri selain kelemahan menguruskan aset,” katanya.
Ahli Parlimen pembangkang menyelar polis selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 dibentangkan dengan mendakwa kehilangan pistol mempunyai kaitan dengan peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api.
Teresa Kok dari DAP mengkritik polis kerana sekadar memberikan alasan tanpa mahu mengakui kecuaian mereka.
“Macam mana Khalid tahu pistol itu jatuh ke dalam laut? Adakah rakyat Malaysia yang waras boleh terima alasan sebegitu,” katanya.
Berhubung bagaimana Jabatan Audit Negara tahu mengenai kehilangan itu, Ambrin berkata, mengikut peraturan, kementerian, jabatan atau agensi yang kehilangan aset kerajaan harus melaporkan kehilangan itu kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Audit Negara.
Pendedahan lain dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menjadi kontroversi adalah penggunaan dana RM1.6 juta oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa kumpulan K-pop ke Malaysia sempena sambutan Hari Belia Sedunia.
Bekas menterinya, Ahmad Shabery berkata, ia datang daripada penaja sementara penggantinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengambil alih jawatan itu pada Mei mengakui kementerian mengeluarkan belanja untuk konsert itu.
Shabery mendakwa, kementerian menerima RM20 juta daripada sektor korporat dalam dan luar negara untuk acara itu.
Shabery turut menggelar Jabatan Audit Negara “culas” (malas) kerana gagal menyemak wang yang dimasukkan oleh penaja ke akaun bank Majlis Belia Kebangsaan.
Bagaimanapun, Ambrin menafikan dakwaan Shabery dan berkata, tiada sesiapa daripada kementerian atau majlis yang mencabar fakta wang konsert K-pop itu datang menerusi peruntukan kerajaan semasa perbincangan kedua-dua pihak berhubung audit itu.
“Dalam audit tentang pembayaran geran oleh kementerian kepada badan bukan kerajaan kami mendapati sejumlah besar wang dibayar untuk beberapa aktiviti bagi sambutan yang dirasakan tidak wajar termasuk konsert K-pop.
“Ini sebabnya mengapa ia dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” katanya. – 8 Oktober, 2013. MI.

Subscribe to:
Posts (Atom)