Wednesday, October 15, 2008

Polisi Perlaksanaan Projek Ternakan Babi Masih Dikaji

SHAH ALAM, 13 Oktober – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari hari ini berkata kerajaan negeri Selangor masih mengkaji polisi perlaksanaan pusat ternakanan babi moden di Sepang walaupun pembinaannya dijadualkan bermula hujung tahun ini.

Katanya, projek ternakan babi di Ladang Tumbuk, Kuala Langat yang membabitkan kos RM100 juta itu masih diteliti dan kerajaan negeri masih mengambil kira kepentingan penduduk setempat.

“Pencemaran yang (ada) serius dan kita hendak atasi masalah itu dan dalam masa yang sama kita hendak pastikan ianya seimbang dengan kehendak penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya,di sini.

Ketika ditanya pemberita mengenai adakah projek ternakan babi moden itu melibatkan kawasan yang sama, Yaakob berkata pihaknya masih meneliti dan menimbangkan perkara itu.

“Kita akan kaji itu semua kerana di Selangor ini kita ada banyak kawasan, cuma kita kena kaji kesesuaian sebab masih ada protes dari penduduk yang perlu dipertimbangkan,” ujarnya.

Katanya, jika masih ada rungutan dari orang ramai pihaknya akan menyerahkan semula kepada jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengkaji dan melihat semula perkara itu.

Sementara itu, dalam pertemuan hari ini Pengerusi Pergerakan Perpaduan Islam Malaysia (PPPIM) Dato’ Zulkifli Muhamad bersama beberapa anggota PPIM menyerahkan memorandum kedua berhubung cadangan untuk memindahkan projek ternakan babi di Ladang Tumbuk itu.

Memorandum itu diserahkan sendiri kepada Yaakob di pejabatnya di Tingkat 14, Bangunan SSAAS dekat sini petang tadi.

Dalam pada itu, Yaakob berkata pihaknya menerima baik cadangan tersebut dan akan mengkaji semula semua polisi berkenaan mengikut keadaan dan kesesuaian. – MURIZA ABDUL HAMI

Note : Mungkin ada baiknya atau lebih mudah jika ladang tersebut dibina di kawasan penempatan orang bukan Islam. Sekiranya mereka juga membantah. Tak payah buat lagi baik.

No comments: