Tuesday, December 23, 2008

Hudud Atau Hukum Jenayah Islam

Kita telah terlalu kerap dan selalu dimomokkan dengan hudud. Yang terakhir sekali serangan dari pihak media dan Najib tentang hudud yang disebut oleh Husam dalam satu forum bersama Khairi di Kelantan baru-baru ini.

Apa itu hudud? Hudud hanyalah sebahagian daripada peruntukkan undang-undang jenayah Islam yang terdiri daripada diat (pampasan), qisas(balas balik), ta'zir (denda) dan hudud (had). Lain-lain undang-undang/peraturan Islam ialah Muamalah (kemasyarakataan) dan Munakahat (kekeluargaan).

Kenapa dilebelkan negatif kepada hudud jika undang-undang atau peraturan muamalah dan munakahat telah dilaksanakan dinegara ini. Bukankah ianya berasal dari sumber yang sama. Adakah kerana penjajah telah memisahkan undang-undang jenayah Islam ini maka hingga hari ini kita terus mempertahankan apa yang dibawa oleh British dan meninggalkan apa yang dibawa oleh Islam.

Kalau DAP tak setuju ianya mudah kerana meraka tidak ada roh dan jiwa Islam. Bahkan mereka tak dikenakan hukum Islam pun jika mereka bukan Islam. Tetapi masalahnya orang Islam seperti Khairi dan mereka-mereka yang sepertinya di dalam UMNO yang bermati-matian memusuhi Hudud.

Apahak hudud itu tanggungjawab PAS atau tanggungjawab seluruh umat yang mengaku Islam? Sebagaimana wajibnya ibadat puasa maka begitulah wajibnya undang-undang jenayah Islam dilaksanakan.

Islam menjamin kesejahteraan umat dan masyarakat dengan perlaksanaan undang-undang ini. Marilah kita tingkatkan pemahaman tentang undang-undang Islam (bukan hanya hudud) dan janganlah kita menjadi musuh kepada perkara yang kita tidak tahu.

No comments: