Tuesday, June 9, 2009

Wajib Lulus BI?

Sebelum mewajibkan BI lulus sebagai syarat LULUS SPM. Kementerian perlu melihat kemudahan pembelajaran BI itu dahulu. Lihat dahulu guru yang mengajar, pencapaian, kaedah pembelajaran dan kemudahan yang ada. Jangan sampai BM pun tak lepas BI pun melepas. Kera dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kehausan. BM terpinggir, BI pula didaulatkan. Penjajah lari..... kita nobatkan pula mereka sebagai pengerak kemajuan.
____________________________________________

Kementerian Pelajaran buka talian isu BI wajib lulus SPM

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan emel yang disediakan Kementerian Pelajaran.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau emel di kpkpm@moe.gov.my.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.

Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. BERNAMA

No comments: