Monday, July 20, 2009

Satu pagi bersama YB Dr Che Rosli di Bt 14

MTD Dusun Tua terus bergerak dalam usaha menyelami masalah yang dihadapi penduduk dan memberi khidmat kepada masyarakat.
Perbincangan dengan pihak pengurusan Tahfiz Az-Zaharah Batu 18, Hulu Langat bagi mencari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah institusi agama yang banyak menabur bakti dalam mengembangkan agama dan membentuk modal insan yang cemerlang.
Walaupun lawatan di Tahfiz Az-Zaharah sebentar tetapi cukup bermakna.
Singgah sebentar di rumah arwah Abdul Manap Abdul Rahman di Dusun Nanding yang meninggal baru-bari ini akibat kemalangan jalan raya di selekoh Dusun Nanding barhampiran surau. Beliau meninggalkan empat orang anak yatim piatu. Isteri beliau telah meninggal tiga tahun yang lalu.
Usaha perlu dibuat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh empat beranak yatim piatu ini.
Mujurlah ibu saudaranya iaitu Puan Faridah ada untuk membantu. Begitupun keadaan ekonomi beliau tidak begitu mengizinkan untuk menanggung amanah yang berat ini. Bantuan masyarakat setempat amat dialu-alukan untuk meringankan beban keluarga ini.
Dalam kesibukkan melawat penduduk aktiviti di masjid tidak dilupakan. Program kursus jenazah telah diadakan pada 19 Julai di Masjid Batu 14 bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan jenazah. Muslimat juga hadir.
Tekun mendengan penerangan dari penceramah.
Makan jangan lupa.... dan bermesra dengan peserta kursus.
YB amat menghargai usaha yang dijalankan dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini.
Sijil juga diberikan.
Sekretariat yang gigih menyelaraskan program.
Kemaskini dari Dhaka, Bangladesh.... Insyallah akan berada disini selama seminggu.

No comments: