Thursday, July 8, 2010

Umno Selangor: Zahrain, Zul Noordin antara sertai roadshow

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Ahli-ahli Parlimen Bebas khususnya mereka yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun ini akan menyertai program jelajah yang bakal dianjurkan Umno Selangor untuk mendedahkan “sandiwara” Pakatan Rakyat.

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abd Shukor Idrus berkata, kehadiran wakil rakyat terbabit dapat memberi penerangan jelas kepada rakyat berhubung apa yang berlaku terutama membabitkan isu politik di Selangor.

“Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku, mereka ini pernah berada dalam parti terbabit seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin,” kata beliau dipetik Umno Online hari ini.

Kedua-dua mereka sebahagian daripada anggota Konsensus Bebas yang ditubuhkan oleh lima wakil rakyat yang dahulunya merupakan pemimpin PKR.

Tiga yang lain ialah Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Shukor berkata melalui program ini Umno Selangor yakin dapat memberi penjelasan terutama membabitkan pembohongan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Selangor supaya “rakyat tidak terus ditiipu dengan permainan mereka.”

Shukor berkata, program yang diadakan itu dijalankan secara berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.

Ia akan bermula di Selayang minggu ini.

Selain mengenai politik Selangor, kata beliau, penceramah terbabit akan menjelasakan tipu muslihat dan pembohongan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merealisasikan cita-cita peribadinya.

“Ini adalah antara gerak kerja berterusan Umno Selangor dalam usaha memastikan Selangor berjaya ditawan semula oleh Barisan Nasional,” katanya.

Ahad lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata Umno Selangor akan mengadakan program jelajah seluruh Selangor mulai minggu ini bagi menjelaskan mengenai pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat terhadap rakyat di negeri itu.

Noh berkata, program itu diadakan rentetan kemelut terkini yang berlaku dalam PKR membabitkan Naib Presidennya Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Apa juga masalah yang berlaku dalam PKR bagi kita itu sandiwara mereka. Kita tidak payah campur tangan supaya kita tidak akan terperangkap dengan taktik dan cara mereka.

“Yang penting kita mesti terangkan kepada rakyat bahawa perkara itu berlaku semata-semata kerana nak tarik perhatian rakyat kepada PKR, supaya rakyat tidak lupa PKR.

“Ini kerana rakyat dah mula lupa mereka sebab mereka tidak dapat menunaikan janji kepada rakyat dan bangunkan Selangor,” katanya.

Pada 27 Jun lalu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak diumumkan sebagai Pengerusi PKR Selangor menggantikan Khalid berkuat kuasa serta merta oleh Presiden parti itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Note : Apa yang kita nak kata kepada mereka ini. Pejuang atau pengkhianat perjuangan? Dulu mereka ini mendakwa pejuang keadilan dan rakyat..... kini bersekongkol dengan UMNO untuk mengkhianati mandat rakyat. Bukan itu sahaja malah mereka ini mengkhianati mereka yang bersengkang mata berkempen, keluar tenaga dan wang dari poket sendiri bagi kemenangan mereka ini. Tak pernah fikir itu semua ke?

1 comment:

Unknown said...

apsal takde org komen? sbb org taknak baca. sbb apa sbb cerita ni melambak kat blog2 lain. kat site harakah pun melambak cite camni. Nama jer MTD N23 ceritala pasal N23. Apa progress ko dah buat utk DUN ni baru lah org DUN YANG MENGUNDI DI DUN N23 ni baca. Aku tanya pasal jalan semakin sesak kat Langat ni ko buat dono jer pasal APA? PASAL KO NI MMG TAK RETI BUAT KEJE CUMA PANDAI HENTAM/KOMEN/MENGATA ORG SALAH. KALAU SETAKAT CITE2 CAMNI MELAMBAK BLOG2 LAIN AKU BOLEH BACA.