Tuesday, November 1, 2011

Peninju Israel Masuk Malaysia : Menteri tunjuk kat Selangor


Kenapalah aku ada menteri m@#$%^% tahap gaban ini?

Boleh tak PM tolong buang Menteri yang memalukan negara dan merendahkan tahap intelektualan rakyat Malaysia. Ataupun itu sahajalah pemimpin UmNo yang ada dan yang tinggal. Yang lain lagi teruk dari menteri seorang ini.

Kalau macam ini punya mentaliti patutlah negara terpaksa tanggung hutang lebih RM400billion. Segala peruntukkan bolos dan wang lesap projek tak jalan.

Kalau dah polisi kerajaan tidak membenarkan warga negara Israel masuk negara kenapa pula nak salahkan Selangor? Bukankah kemasukkan warga negara dibawah tanggungjawab Imegresen? Sejak bila pulak Imegresen ini dibawah bidang kuasa Kerajaan Selangor?
______________________________________________
Kejohanan babitkan peninju Israel: S'gor sumbang RM5j

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk Kejohanan "The Challenger Muay Thai" yang disertai peninju Israel, Ilya Grad.

Sementara kementerian itu hanya meluluskan penganjuran sebagai satu aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain, katanya dipetik Bernama semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN- Kota Belud) mengenai penglibatan peninju Israel dalam pertandingan itu. MK

No comments: