Kepada
mereka yang terlibat membuang sampah dikawasan ini,tolong fikirkan
kesan pencemaran alam sekitar. Terutama pencemaran bau yang terpaksa
dihadapi oleh penduduk sekitar. Disana terdapat kawasan perumahan dan
kedai makan...sekarang di sini sudah jadi lokasi pembiakan nyamuk dan
lalat. Tikus-tikus dah lama membesar. Perkhidmatan mengangkut
sampah tak tentu masa. Kadangkala sampah mengunung, melambak ketepi
sungai, dengan air busuk mengalir ke Sungai Langat yang menjadi sumber
minuman rakyat Selangor...fikir-fikirkan lah.............
Beginilah pemandangan yang amat menjijikan serta berbau busuk ditepi jalan utama menuju ke distinasi perkelahan Sg Congkak dan Pangson..
Baki
sampah dikutip....sisa-sisa ini terbiar membusuk, mengotorkan bahu
jalan,saban minggu ribuan pengunjung dari segenap pelusuk melalui jalan
ini menuju ke distinasi perkelahan. Begitu juga mereka yang berbasikal dihujung minggu untuk menyedut udara Langat tetapi terpaksa menyedut udara yang tercemar di sini.
Bila
didesak kerana sampah dah mengunung barulah kontraktor datang memugut... Itu
pun baki sampah berselerak menjadi habuan binatang liar......penduduk
terpaksa menyedut udara busuk yang tercemar.....SALAH SIAPA?
Yang buang sampah, MPKj atau kontraktor? Sampai bila kita hendak salahkan orang lain?
Aduan telah dibuat kepada semua pihak yang berkenaan
malangnya tiada tindakan tegas yang diambil. Masyarakat setempat sering
mengadu..kesian mereka yang tinggal berdekatan... Tolonglah kasihanilah mereka. Mereka juga saudara kita.
No comments:
Post a Comment