Friday, July 31, 2009

Aku menentang ISA bukan kerana ISA tidak perlukan tetapi aku menentang ISA kerana ISA dilaksanakan secara ZALIM oleh pemerintah. Untuk mengelakkan keZALIMan ini dari berterusan maka BEBASKAN KAMI DARI ISA. Marilah kita turun beramai-ramai ESOK 1 Ogos untuk memberikan sokongan kepada mereka yang dizalimi di Kem Tahanan Kamunting. MANSUHKAN ISA, BEBASKAN TAHANAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING!

ADUN PAS Permatang Pasir meninggal dunia

ADUN PAS Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia kerana sakit jantung awal pagi tadi.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi.

"Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi... anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia)," katanya ketika dihubungi.

Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu.Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hamdan, 63, menjadi ADUN sejak 1999.

Jenazahnya sedang dibawa ke pejabatnya di Kg. Permatang Pasir, kata Mahfuz.

"Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kg. Permatang Pasir selepas sembahyang Asar (petang ini)," kata beliau lagi.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah berkata, PAS sudah kehilangan seorang pemimpin yang sangat memahami perjuangan parti dan kehendak rakyat.

"Ia satu kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang pemimpin yang gigih dan komited kepada perjuangan parti.

"Malah beliau juga dekat dengan rakyat, sebab itu beliau boleh memenangi kerusi yang ditandingi (Permatang Pasir sejak 1999)," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-12, Mohd Hamdan berjaya menewaskan calon Umno daripada Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Jumlah penggundi Permatang Pasir pada PRU 12 adalah seramai 20,350.

Hargai Pahlawan

Setiap tahun tanggal 31 Julai merupakan tarikh yang dinantikan oleh para pahlawan tanahair kerana tarikh itulah hari memperingati jasa mereka yang mempertahankan negara dengan darah dan nyawa disambut. Tetapi setiap kali majlis pemperingati itu jugalah majlis meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara terus berlangsung walaupun telah difatwakan HARAM oleh Majlis Mufti Kebangsaan.

Bagaimana tahun ini? Adakah ianya akan dilaksanakan lagi? Adakah ada pembaharuan akan dilaksanakan? Kita tunggu sambutan hari ini.

Tahun ini tiada berita besar di dada akhbar yang menyentuh sambutan Hari Pahlawan. Tiada di Berita Harian juga tiada di Utusan Malaysia. Ucapan Agong juga tidak mendapat liputan yang sewajarnya melainkan di Bernama.

Kembali dengan sambutan Hari Pahlawan, siapakah pahlawan dan apakah sabutan yang sepatutnya dilakukan? Adakah kita perasan bahawa kebanyakkan sambutan mengenang pengorbanan pahlawan hanya untuk mereka yang terlibat dalam perjuangan sekitar merdeka dan selepas merdeka? Bagaimana mereka yang berjuang semenjak masuknya Portugis ke Tanah Melayu pada tahun 1511. Adakah kita masih mengingati senarai yang sangat panjang itu?

Adakah kita masih lagi ingat nama-nama seperti Dol Said, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbung, Rentab, Mat Salleh Perang, Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Dato Bentara Luar Johor, Tok Gajah dan nama-nama besar lain ini tidak termasuk orang awam yang menggalas senjata yang terkorban dan cedera untuk mempertahankan negara yang tercinta. Kenapa hanya pengorbanan Askar Melayu sahaja yang di ingati. Benar mereka telah menabur bakti dalam menjaga kemerdekaan dan keamanan negara. Siapa pula yang memperingati mereka yang berjuang sebelum wujudnya Askar Melayu? Mereka juga perlu diingati dan dihargai.

Sempena Hari Pahlawan yang jatuh pada hari Jumaat Penghulu Hari yang penuh berkat ini, marilah kita panjatkan doa agar roh pejuang-pejuang yang telah pergi diberikan rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang solleh, solehin dan syuhada. Al-Fatihah.

Wednesday, July 22, 2009

Bangladesh : Perjalanan yang menginsafkan

Beginilah suasana maghrib disebuah ruang tetamu penduduk tepi jalanan Dhaka. Hidup beralaskan bumi dan berbumbungkan langit. Sentiasa berharap hujan tidak menggangu mereka dan musim sejuk lama lagi.....
Hospital ini mungkin lebih sesuai dipanggil rumah sakit. Melihatnya pun sudah cukup menyakitkan dengan keadaannya yang amat uzur. Bagaimanakah nasib mereka yang terpaksa terlantar di sini agaknya?
Antara kompleks jemaah tabligh yang terbesar di Dhaka.
Beca adalah kenderaan utama di Dhaka dan merupakan sumber utama mencari rezeki penduduk bawahan di sini.
Jangan terkejut jika sekecil ini tiba-tiba muncul dan mengetuk tingkap kereta anda.
Ataupun setua yang uzur menghulurkan tangan untuk mencari sesuap nasi bagi menyambung hidup yang tidak pasti berapa lama lagi.
Beca motor amat banyak di kota ini.
Penduduk Dhaka yang tinggal di merata ceruk hatta didalam khemah di tepi pagar, padang permainan dan dibawah pokok. Bagaimanakah nasib anak-anak mereka yang masih kecil. Adakah mereka ini akan terus mewarisi kemah ini untuk hidup berdekad lamanya lagi ditempat yang sama dan nasib yang sama.
Antara yang istimewa di Bangladesh... Mangga.


Tuesday, July 21, 2009

Tahniah MTD Telah Melepasi 9000 Hit....

Alhamdulilah dengan berkat sokongan dan dokongan semua pihak Blog MTD Dusun Tua ini masih aktif dan berfungsi sebagaimana sepatutnya. Blog ini adalah wadah perjuangan dan sumber maklumat penduduk dan pendokong PR terutamanya PAS. Walaupun 9000 itu bukanlah satu angka yang sangat besar juka dibandingkan seperti Blog Che Det atau Ruhaini Ahmad. Tetapi saya gembira kerana kita mencapai angka itu dalam masa kita bukan seliberiti yang dikenali ramai.

Dengan sumber yang terhad kita terus mampu menghidupkan blog ini walaupun kadang-kala maklumat yang dipaparkan hanyalah salinan dari media-media lain. Ianya cukup untuk memberi tahu pengunjung bahawa kami masih hidup dan bernyawa. Insyallah perjuangan ini akan berteruskan walaupun dimana saya berada. Wassalam.

Dhaka, Bangladesh.

Monday, July 20, 2009

Satu pagi bersama YB Dr Che Rosli di Bt 14

MTD Dusun Tua terus bergerak dalam usaha menyelami masalah yang dihadapi penduduk dan memberi khidmat kepada masyarakat.
Perbincangan dengan pihak pengurusan Tahfiz Az-Zaharah Batu 18, Hulu Langat bagi mencari jalan untuk membantu menyelesaikan masalah institusi agama yang banyak menabur bakti dalam mengembangkan agama dan membentuk modal insan yang cemerlang.
Walaupun lawatan di Tahfiz Az-Zaharah sebentar tetapi cukup bermakna.
Singgah sebentar di rumah arwah Abdul Manap Abdul Rahman di Dusun Nanding yang meninggal baru-bari ini akibat kemalangan jalan raya di selekoh Dusun Nanding barhampiran surau. Beliau meninggalkan empat orang anak yatim piatu. Isteri beliau telah meninggal tiga tahun yang lalu.
Usaha perlu dibuat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh empat beranak yatim piatu ini.
Mujurlah ibu saudaranya iaitu Puan Faridah ada untuk membantu. Begitupun keadaan ekonomi beliau tidak begitu mengizinkan untuk menanggung amanah yang berat ini. Bantuan masyarakat setempat amat dialu-alukan untuk meringankan beban keluarga ini.
Dalam kesibukkan melawat penduduk aktiviti di masjid tidak dilupakan. Program kursus jenazah telah diadakan pada 19 Julai di Masjid Batu 14 bagi meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan jenazah. Muslimat juga hadir.
Tekun mendengan penerangan dari penceramah.
Makan jangan lupa.... dan bermesra dengan peserta kursus.
YB amat menghargai usaha yang dijalankan dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan program ini.
Sijil juga diberikan.
Sekretariat yang gigih menyelaraskan program.
Kemaskini dari Dhaka, Bangladesh.... Insyallah akan berada disini selama seminggu.

Wednesday, July 15, 2009

Najib’s inner circle

Which is which now? This list:


Baby brother and prominent Banker Nazir Razak, trusted aide Rohana Mahmood, family friend Shahril Shamsuddin, DRB-Pekan link with Syed Mokthar Albukhary, Ex-special assistant Omar Mustapha Ong, Golf buddy Tan Kay Hock.

Or this news:

KUALA LUMPUR, July 15 — The people in Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s inner circle;
Tan Sri Peter Sondakh

Sondakh advises Najib on Indonesia.

He came into contact with Najib when he was negotiating to sell a controlling interest in his telecommunications group, Excelcomindo Pratama, to Malaysia’s national telecommunications company Telekom Malaysia in 2004.

Flush with cash from the sale of his telecommunications group, Sondakh, now 57, acquired hotels in Malaysia, including the Sheraton Imperial. The latter was owned by a financially troubled unit controlled by Telekom Malaysia’s parent company Khazanah Holdings, the country’s state-owned investment agency.

Since then, Sondakh has emerged as an informal personal adviser to Najib on matters related to Indonesia.

Omar Mustapha

Omar was Najib’s aide when he was DPM.

The one-time special assistant to Najib owns a business consultancy called Ethos & Co.

Omar, who is 38 years old, also has links with Sondakh.

The two struck up a relationship several years ago when Omar was assigned by Najib, then Deputy PM, to build a network in Indonesia, which was identified as a potential investment destination for Malaysian companies, particularly state controlled enterprises.

Businessmen who know Omar say that he is being tapped for strategic advice.

He is also said to be the architect of the Premier’s “1 Malaysia” slogan — a call for a more united Malaysia, which has become the central theme of Najib’s first 100 days in office.

But Omar, who graduated from Oxford, has been ensnared in a controversy in recent weeks after the board of the national oil corporation Petronas rebuffed a proposal by Najib to appoint his young aide as a director.

Bankers and lawyers familiar with the situation say that the board of directors of Petronas opposed Omar’s position because he failed to honour his scholarship agreement with the oil corporation after it financed his studies in Britain.

After graduating in the mid-1990s, he worked briefly in Petronas and another government-linked corporation before joining consultancy firm McKinsey.

He left it to set up Ethos in early 2002 with several friends, and two years later was appointed Najib’s special officer in the DPM’s Office.

Omar did not respond to requests for comment.

Siew Ka Wei

Siew controls several public-listed entities.

The businessman and Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid, a senior politician from the ruling Umno, are said to be close to completing a takeover of a 70 per cent interest in a private company that owns the Malay Mail.

Political handovers in Malaysia often result in changes in the top positions in the country’s mainstream media organisations and this is one change on the cards.

The lanky, cigar-chomping Datuk Siew, 53, is a controlling shareholder of several public-listed entities such as Nylex and Ancom.

Al-Amin, who is also 53, is a board member of both firms.

Tan Sri Tan Kay Hock

Tan is said to be a golf buddy of the PM.

He is the low-profile controlling shareholder of Johan Holdings, a public-listed investment holding company, and said to be a golf buddy of Najib’s.

The Financial Times had reported that Tan, 61, was the owner of the 607ha Guiana Island, which is now at the centre of a fraud case brought by the United States authorities against Texan billionaire businessman Allen Stanford.

Joe Low

Another low-profile businessman, he was a key architect of a multibillion-ringgit sovereign wealth fund established by the state of Terengganu.

The fund, called the Terengganu Investment Authority (TIA), has sparked controversy because it will be created using borrowed money and not existing capital held by the state. It will raise capital from a RM5 billion bond issue, which will be guaranteed by the Malaysian government.

Little is known of Penang-born Low, who a TIA official said is an adviser to Malaysia’s King, Sultan Mizan, and has close ties with several Middle East investment funds. — The Straits Times

PAS Menang Dengan Majoriti 65 Undi


Tahniah kepada pengundi Manik Urai kerana memilih Pas untuk mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Mohd Fauzi Abdullah, menang tipis 65 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat. Mohd Fauzi, 50 memperoleh 5,348 undi berbanding Tuan Aziz yang mendapat 5,283 undi. Sebanyak 117 undi rosak.

Setelah jutaan wang dijanjikan dan dibelanjakan oleh BN untuk menawan Manik Urai, ternyata pengundi lebih bijak dan itulah ketentuan Allah. Kemenangan tipis ini mungkin dapat memberi sedikit keyakinan kepada BN untuk membubarkan DUN Perak. Kalau BN yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong mereka maka BN patut tidak gentar untuk membubarkan DUN Perak. Kita tunggu dan lihat.

Tuesday, July 14, 2009

PAS dijangka raih majoriti lebih besar

KUALA KRAI, 14 Julai (Hrkh) - Impian Umno mahu bertapak semula di Manek Urai semakin sukar dengan kehadiran lebih 1,300 pengundi luar yang pulang mengundi sehingga jam 4 petang ini.

Gelombang pasca Mac 2008 nampaknya masih lagi dipertahankan majoriti pengundi di Manek Urai bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Allahyarham Haji Ismail Yaacob (Paksu Wil).

Menurut sumber sehingga jam 4 petang tadi PAS nampaknya mendahului Umno hampir keseluruhan peti undi. Paling menarik apabila peti undi Manjor yang menjadi kubu tradisi Umno sebelum ini nampaknya tidak mampu lagi dipertahankan.

Petanda yang jelas misi Umno tidak kesampaian apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin difahamkan sudah meninggalkan Manek Urai sedang menuju ke Kota Bharu untuk kembali ke Kuala Lumpur.

Manakala petugas-petugas Umno di tempat mengundi di Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama sudah meninggalkan tempat tersebut.

Begitu juga di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria sudah keletihan dan mencari tempat berlindung. Keghairahan Umno sudah semakin malap sekarang.

Image Sekarang hanya tinggal perayu undi PAS yang setia menjalankan tugas.

Menurut sumber Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan setakat ini PAS sudah mendahului sebanyak 2,200 undi setelah 84 peratus keluar mengundi. - mj_

Monday, July 13, 2009

Antara Kerajaan dan Politik Murahan

Apabila sahaja pilihanraya berlangsung maka bermulalah projek segera dan janji-janji politik murahan berkumandang. Antara yang tidak munasabah ialah projek agropolitan dan jambatan untuk Manik Urai.

Sesuatu yang tidak masuk akal sebagai kerajaan yang memerintah apabila kerajaan yang diperintah UMNO dan BN hanya memberi kemudahan dan pembangunan apabila menang pilihanraya. Jika BN itu pembangkang adalah munasabah kerana pembangkang tiada kuasa dan dana untuk membuat pembangunan. Tetapi sekiranya UMNO yang membuat janji tersebut maka terserlah kedangkalan politik dan terbuktikah ini adalah umpan dan rasuah pilihanraya. Didalam keadaan UMNO dan BN ada kuasa untuk meluluskan peruntukkan mereka menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dana rakyat untuk memancing undi.

Ini semua patut dihentikan. Mana perginya Suruhanjaya Pilihanraya? Pihak berkuasa perlu menyiasat aktiviti rasuah ini. Kalau UMNO ikhlas mahu membantu orang Melayu khususnya penduduk Manik Urai UMNO sepatutnya sama ada menang atau kalah UMNO mestilah membantu rakyat Manik Urai. Bukan tunggu menang pilihanraya. Kemenangan Manik Urai tidak menjejaskan kerajaan Malaysia. Maka semestinya UMNO dapat membantu meluluskan program pembangunan Manik Urai..... tak perlu menang pilihanraya baru nak bantu.

Sekiranya inilah kaedah UMNO memerintah dan membantu rakyat; maka selepas ini seorang demi seorang ADUN UMNO perlu di'berhentikan' untuk mendapatkan projek segera atau mendapatkan perhatian TPM.

Hentikan Rasuah Hapuskan UMNO.

Manek Urai jadi kota agropolitan

KUALA KRAI 12 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Manek Urai akan dijadikan sebuah kota agropolitan untuk melonjakkan pembangunan dan menjana ekonomi rakyat yang masih memerlukan banyak pembelaan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, seiring dengan perancangan memajukan pertanian secara komersial itu, prasarana untuk keselesaan rakyat akan disegerakan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk membina jambatan baru menghubungkan Manek Urai Lama dan Baru.

Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

“BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan baru ini,” katanya.