Thursday, April 17, 2014

Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut



IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya. - Bernama

Tuesday, April 15, 2014

Kisah Dari Selatan - Cut&Paste

Berita Bergambar Yang Mengejutkan Seluruh Umat Islam.. Saksikanlah

Bukan di Pulau Pinang, bukan di Selangor apatah lagi di Kelantan, tapi di Johor kubu Umno terkuat di dunia. Kalau Di Penang mampus orang Penang ..kena Taji di Dalam Media tiap tiap HARI..Inilah Dunia akhir  zaman .

Kalau dulu azan sebagai menggerakkan  Kita untuk Solat Subuh. Tapi orang Sekarang  Dengar azan pun Tidak Mahu..
Diantara tujuan azan ialah. 1 . Menandakan waktu Solat telah masuk 2.  Menandakan waktu berbuka Puasa di bulan Ramadhan. 3.  Menaikan memangat  pejuang Islam Ketika berperang untuk menaikan  Syiar Islam 4.  Menunaikan Haji. 5. Menerima Cahaya mata. 6.  Ada lagi .dll.
Kalau Teresa Kok Atau..Lim Guan Eng buat Laporan Polis..pasti Heboh seMalaysia KAN..Semoga orang yang membuatkan laporan polis ini bertaubat dan sedar Akan kesilapannya. ~kitabantai.info
Para pegawai Polis dan AJK masjid dihadapan rumah pereport

Monday, April 14, 2014

SECEBIS KISAH YANG CUKUP MENGHARUKAN....

Suatu hari ibu saya mengajak saya untuk berbelanja bersamanya kerana dia Memerlukan sehelai baju yang baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi berbelanja bersama dengan orang lain, Dan saya bukanlah orang yang sabar, Tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli-belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap kedai yang menyediakan baju untuk wanita, Ibu saya mencuba sehelai demi sehelai dan mengembalikan semuanya. Masa terus berlalu, saya mulai lelah. Ibu pula mula rasa hampa kerana masih tidak ketemui baju yang sesuai untuknya.

Akhirnya pada kedai terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba sehelai jubah biru yang cantik terdiri dari tiga helai. Pada blusnya terdapat sejenis tali di bahagian tepi lehernya, Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam bilik persalinan, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut. Dengan susah payah dia mencuba untuk mengikat talinya. Ternyata, tangan-tangannya tergetar-getar yang sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya.

Seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang mendalam kepadanya. Saya berpaling dan pergi, cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan, saya kembali masuk ke bilik persalinan untuk mengikatkan tali jubah tersebut.

Pakaian ini begitu cantik ,dan dia membelinya.

Perjalanan membeli-belah kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilenyapkan dari ingatan saya.

Sepanjang hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam bilik persalinan tersebut. Terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengikat tali jubahnya.

Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi saya, memandikan Saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, Dan lebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dan paling menyusup dalam hati saya.

Kemudian pada petang harinya, saya pergi ke kamar ibu. Saya mengambil tangannya, menciumnya ... Dan yang membuatnya terkejut bila saya memberitahukannya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahawa Tuhan telah memberi peluang kepada saya untuk melihat, dan betapa bernilai serta berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa bahawa suatu hari Kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri.

Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, Tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... With Love To All Mother.

Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik .

"JIKA KAMU MENCINTAI IBUMU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DI DUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA"

Thursday, April 10, 2014

GST Bakal Mendedahkan Negara Kepada Krisis Ekonomi dan Sosial Baru

Masihkah kita ingat hujung tahun 90an apabila negara berdepan dengan krisis ekonomi yang menyebabkan negara meningkatkan BLR. Pada masa itu kadar pinjaman kereta mencecah sehingga 9.6%. Akibatnya pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan dan peniagaan terjejas teruk.

Kenaikkan kadar BLR ini mulanya dilihat menepati teori ekonomi yang mana apabila wujud inflasi kadar BLR perlu dinaikkan supaya rakyat lebih banyak menabung. Namun langkah ini tidak menguntungkan perniagaan bahkan menjejaskan keseluruhan proses memulihkan ekonomi negara.

Tun Mahathir pada masa itu telah bertindak diluar kebiasaan yang melihat teori ekonomi konvensional adalah salah. Akibat dari itu beliau telah menurunkan BLR dan merancakkan perniagaan. Akibatnya kemampuan untuk membeli kembali dan perniagaan kembali hidup. Ekonomi kembali pulih perlahan-lahan.

Kini kerajaan memperkenalkan pula GST yang mana secara langsung meningkatkan kos harga barang sebanyak 6%. Dahulu hanya sebahagian barang sahaja dikenakan cukai perkhidmatan. namun dengan adanya GST lebih banyak barang akan dikenakan cukai. Kalau BLR dari 5% naik ke 4% sudah cukup untuk menjejaskan sektor peniagaan dan ekonomi negara, bayangkan kesan 6% kepada pasaran jualan negara.

Pastinya dengan adanya cukai ini pengguna akan memperlahankan pembeliah yang akan memberi kesan secara langsung kepada sektor runcit dan barangan pengguna. Sanggupkah kita berdepan sekali lagi masalah ekonomi disebabkan keputusan yang tidak mengambil kira sentimen ini.

Bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan sederhana yang sudah dibebankan cukai pendapatan dari 13% hingga 26%. Apakah nasib mereka? Kini pun pengecualian cukai hanyalah RM9,000 setahun dan untuk isteri yang tidak berkerja sebanyak RM3,000. Untuk RM12,000 setahun ini apa yang mereka bolah buat? Secara purata kita boleh nyatakan bahawa mereka ini diberi RM1,000 sebulan untuk hidup. Sedangkan mereka ini pembayar cukai. Berbanding mereka yang berpendapatan RM2,500 boleh membelanjakan sepenuhnya pendapatan mereka juga mendapat pelbagai pengecualian cukai lain.

Akibatnya golongan pertengahan ini akan tertindas. Tekanan hidup akan terus meningkat. Akibatnya institusi keluarga pula akan terjejas. Inikah yang kita mahu? Perlu di ingat golongan inilah yang paling ramai dan mereka boleh menentukan masa depan kepimpinan negara. Nampaknya ini peuang baik untuk Pakatan Rakyat mendekati golongan ini.

Ubah sebelum parah.

Seruan kepada semua ahli dan penyokong PAS

 Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang by jma@tekali
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS agar beramai-ramai melakukan solat hajat atas kes perbicaraan perintah ingkar mahkamah yang akan dijalankan pada 14 April ini setelah kes yang sepatutnya dibicarakan pada 30 Mac lalu ditangguhkan.

“Sila sebarkan makluman ini dan sama-samalah kita berdoa agar Tuan Guru Presiden akan diselamatkan oleh cubaan dari pihak-pihak yang ingin memalukan dan menjatuhkan imej Tuan Guru,” tulisnya menerusi facebook.

Beliau juga melahirkan rasa simpati yang teramat kepada seluruh pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana arahan penasihat parti mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didengari dan ditaati oleh ahli dan cabang PKR sendiri sehinggakan DSAI mula dianggap berbohong.

“Alhamdulillah tarbiyyah yang sering kita adakan walaupun dipandang sebagai langkah yang tidak perlu, membuktikan ahli-ahli PAS dididik supaya taat kepada pimpinan dalam perkara kebaikan seperti ini,” ujarnya yang juga Adun Bukit Payong, Marang.

Menurutnya, Tuan Guru dan PAS secara keseluruhannya tidak pernah merayu dan menagih simpati mana-mana pihak agar dihapuskan saman ini kerana sememangnya Tuan Guru Presiden tidak bersalah dalam hal ini.

“Ini kerana beliau tidak pernah membuat tuduhan kepada sesiapa secara khusus malah tidak pernah menyebut nama sesiapapun dalam ceramah beliau di Kampung Tebakang semasa kejadian,” tulisnya lagi.

Oleh itu, katanya saranan meminta maaf kepada individu-individu tertentu dalam isu ini, adalah jauh dari kewarasan berfikir seorang insan yang normal.

Baginya, kes ini sangat mudah untuk diselesaikan tetapi ada pihak-pihak yang berkepentingan cuba menangguk di air yang keruh.

Tambahnya, jika dilihat seseorang dari parti yang lain yang turut dikaitkan oleh sesetengah pihak sebagai orang yang dimaksudkan oleh Tuan Guru dalam ceramahnya itu, tidak pernah kedengaran untuk menyaman Tuan Guru kerana pastinyalah dia berfikiran waras disebabkan Tuan Guru tidak pernah menyebut namanya dan pastinya dia tidak terasa kalau dia bukan pelakunya.

“Oleh itu sekali lagi saya menyeru agar dilakukan solat hajat di masjid-masjid, surau-surau, markas-markas ataupun juga di rumah-rumah agar kejahatan niat orang yang berniat jahat dapat dipatahkan dengan kehendak Allah,” katanya lagi.

RM25 juta : Panda Diutamakan Rakyat 'Dibangsatkan'...

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) terkejut pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda menelan belanja RM25 juta dan pembiayaan dua ekor Panda dari negara China kini sudah disiapkan di Zoo Negara.

“Jelas perbelanjaan yang meliputi membina tempat untuk dua haiwan ini, pembiayaan kawalan suhu sebanyak RM180,000 sebulan dan pembayaran insuran premium RM300,000 setahun selama 10 tahun jauh lebih mahal daripada membiaya ribuan keluarga miskin tegar di negara ini,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, aneh sekali pihak pemerintah bersungguh-sungguh untuk berbelanja mewah untuk dua haiwan ini yang pada hakikatnya tidak perlu dibawa ke negara ini hanya sekadar untuk diperaga untuk masyarakat tempatan.

“Di kala rakyat bersungut dengan kos sara hidup yang meningkat, harga komoditi getah menurun dan seluruh negara masih sugul dengan kehilangan MH370 dengan penumpangnya, kami tidak dapat menerima kenapa kerajaan sanggup berbelanja dengan mewah hanya untuk dua ekor Panda,” ujarnya.

Secara nalurinya, kata beliau Panda itu tidak perlu dibawa beribu kilometer dari kawasan alaminya yang asal.

Katanya, apa perlu haiwan itu hendak dibawa sejauh itu dengan pembiayaan yang tinggi dan terpaksa dibangunkan tempat yang bersifat tidak asli.

“Kenapa kita perlu menyiksa haiwan itu untuk dipaksa hidup dalam persekitaraan yang bukan asal hanya kerana mahu dipertontonkan kepada orang ramai?” soal beliau lagi.

Justeru, tegas beliau Mapim berpendapat sesungguhnya tindakan kerajaan tidak munasabah dan adalah berlawanan dengan etika menjaga hak binatang.

Apatah lagi, tambahnya perbelanjaan yang begitu tinggi adalah tidak rasional berbanding dengan keperluan kelompok rakyat bawahan yang masih bergelut untuk mencari rezeki dalam keadaan ekonomi yang kini sangat rumit.

“Bagaimanakah kerajaan mahu merasionalkan perbelanjaan RM25 juta itu untuk menyimpan dan mempamer dua ekor Panda itu padahal banyak keutamaan rakyat yang masih belum dapat dipenuhi?” soal Azmi.

Katanya, rakyat masih menderita dengan terputus bekalan air, terpaksa berdepan dengan kenaikan kos rawatan kesihatan dan kos pengangkutan yang meningkat.

Beliau turut mempersoalkan apakah manfaat yang dapat diperolehi jika wang rakyat berjuta ringgit dikeluarkan hanya untuk mempamer Panda yang bukan menjadi keutamaan rakyat

“Kami menegaskan ketika Laporan Ketua Audit Negara 2013 sedang didedahkan di Parlimen, betapa sekali lagi berpuluh juta ringgit tiris dan bocor akibat pengurusan kewangan dan perbelanjaan yang lemah,” katanya.

Kini, ujar beliau rakyat dikejutkan dengan wang dikeluarkan sedemikian banyak untuk membiaya dua ekor Panda tersebut.

“Kami menggesa pihak kerajaan menilai semula projek ini dan menarik balik keptusan untuk melanjutkan terus program ini yang pasti akan mengambil sumber wang awam yang terlalu banyak,” ujarnya.

Sehubungan itu, tegasnya Mapim membantah budaya berbelanja secara tidak rasional ini dan menggesa kerajaan menumpukan perhatian kepada keperluan yang lebih utama untuk rakyat.

Tuesday, April 1, 2014

Masih Kah Kau ingat 8 Hari Yang Lalu.....

Antara kesimpulan AAIB dan Kesimpulan Najib..... Jangan buat kesimpulan tanpa berdasarkan fakta. Fakta hanya menyatakan kedudukan terakhir yang dikesan bukan dah konfirm kapalterbang mendarat atau terhempas atau jatuh.....
____________________________________________________________
 
Berikut ialah kenyataan akhbar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai perkembangan terkini penerbangan MH370 yang hilang.

Malam ini saya diberi taklimat oleh wakil-wakil dari Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB).

Mereka memberitahu saya bahawa Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit meliputi koridor utara dan selatan, telah melakukan pengiraan lanjut terhadap data itu.

Dengan mengggunakan kaedah analisis yang belum pernah digunakan dalam sesuatu penyiasatan seumpama ini, mereka telah berjaya membuat pencerahan mengenai laluan penerbangan MH370.

Berdasarkan analisis baru mereka, Inmarsat dan AAIB telah membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Ini merupakan lokasi yang terpencil, jauh dari sebarang lokasi pendaratan. Justeru itu dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Kami akan mengadakan sidang akhbar esok untuk memaklumkan butiran lanjut.

Sementara itu kami ingin memaklumkan anda mengenai perlembangan terbaru ini dalam kadar segera.

Kami berkongsi maklumat ini atas dasar komitmen kami terhadap keterbukaan dan perasaan hormat kepada seluruh keluarga, dua prinsip yang menjadi panduan penyiasatan ini.

Malaysia Airlines sudah pun memaklumkan kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal untuk memberitahu mereka perkembangan ini.

Bagi mereka dua minggu yang berlalu cukup memeritkan; saya sedar bahawa berita ini akan lebih sukar lagi. Saya menggesa pihak media supaya menghormati privasi mereka dan memberi mereka ruang menghadapi situasi getir ini. – Bernama, 24 Mac, 2014.

Wednesday, March 26, 2014

Bantah Pembunuhan....

Memorandum Bantahan Hukuman Gantung 529 aktivis Mesir 28Mac2014 selepas Solat Jumaat di Hotel De Palma Ampang. Turun & Sebarkan! Anjuran Pemuda PAS M'sia & NGO.