Tuesday, December 31, 2013

Guling, Giling dan Geleng....

Awasi Fitnah Malam

1. Hari ini pasti sahaja ramai yang akan bergegas ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Aman TURUN dengan maksud untuk mendesak kerajaan supaya TURUNkan harga barang dan keperluan asas rakyat agar mereka tidak terus dihimpit sengsara. Ertinya himpunan ini mempunyai matlamat yang suci dan murni.

2. Namun kita semua tahu bahawa :

الغاية لا تبرر الوسيلة

Matlamat (yang baik) tidak menghalalkan cara (yang salah).

maka semua bentuk cara  berhimpun yang salah dan tidak menepati syara' mestilah dihindari agar matlamat yang suci itu tidak dicemari dengan cara yang salah. Sebalik para peserta himpunan mestilah menunjukkan satu sikap dan akhlak yang baik.

3. Perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah :

a) Para peserta yang beragama Islam mestilah jaga waktu solat. Sebaiknya solat jamaah di tapak himpunan tersebut atau di masjid berdekatan. Seterusnya diiringi doa dan munajat mohon Allah buka pintu hati para pemimpin negara untuk laksanakan Islam dan juga mohon ekonomi dan politik negara stabil dan rakyat sejahtera.

b) Elakkan sama sekali pergaulan bebas dan keadaan bersesak - sesak lelaki dan perempuan kerana ini akan mencetuskan fitnah pada agama dan diri kita semua. Pada setiap kali perhimpunan, muslimah atau kaum wanita wajib berjalan dalam kelompok mereka sendiri dan jangan sekali - kali masuk berhimpit di kelompok kaum lelaki.

c) Oleh kerana Himpunan kali ini diadakan pada waktu malam, selayak muslimah tidak keluar menyertai himpunan tersebut kecuali ditemani atau diiringi mahram. ( Bahkan himpunan di siang hari pun sayugianya muslimah ditemani mahram atau bergerak dalam kumpulan mereka yang ramai sekira - kira diri mereka selamat dari pelbagai fitnah). Awasi fitnah malam. Pelihara maruah dan kesucian wanita muslimah. Saya kira memadai dengan kaum lelaki keluar beramai - ramai di malam hari sebegitu untuk nyatakan sikap, perasaan dan suara mewakili rakyat agar kerajaan segera TURUN kan kos sara hidup yang kian tinggi.

d) Muslimah boleh menyertai semangat himpunan TURUN ini dengan menganjurkan solat dan munajat di rumah atau markaz masing - masing agar TURUN berjaya mencapai objektif dan kerajaan pula segera berbuat sesuatu untuk kebaikan rakyat.

e) Peserta hadir dengan aman tanpa sebarang provokasi. Jangan membawa sebarang alat merbahaya. Jangan rosakkan harta awam dan jangan mengganggu ketenteraman awam. Sebaliknya jaga kebersihan, berikan hak lalu lintas dengan tertib dan gembirakan masyarakat sekitar dengan memberi salam dan melemparkan senyuman termasuk kepada pihak polis yang diarah berkawal. Saya harap pihak polis juga jangan keterlaluan dan mencetus provokasi seperti menggunakan gas pemedih mata dan water canon. Benarkan lah rakyat dengan aman secara tertib dan harmoni.

4. Alhamdulillah tajuk akhbar hari telah mula menampakkan kesan langsung dari kebangkitan rakyat apabila kerajaan mengumumkan pelbagai langkah penjimatan termasuk memotong elaun keraian menteri. Tahniah TURUN. Tahniah kepada pengerusi atau penyelarasnya adinda saya Sdr Azan Safar. Meskipun baru - baru beliau ditangkap polis, namun pengorbanan beliau menarik perhatian dan membuka mata sebahagian besar rakyat agar berani bertindak dan bangkit mendesak kerajaan agar tidak menindas rakyat.

5. Hanya ada dua pilihan bagi kerajaan dalam mendepani kemelut ini dan ia sangat penting.

Pertama : TURUNkan harga barang juga pelbagai keperluan asas rakyat supaya rakyat tidak sengsara dengan kos yang mencanak naik

Kedua : Jika kerajaan bertegas dengan sikap terus NAIKkan segalanya sehingga rakyat terbanyak terus dibebani kos sara hidup yang tinggi maka pilihan yang ada ialah kerajaan mesti TURUN atau bersedia untuk di TURUNkan (bukan diGULINGkan) dalam pilihanraya umum yang akan datang Insyaallah.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi
Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Apabila Guling BN Di Momokkan Sebagai Guling Kerajaan.

Tekanan ke atas perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup pada malam esok mendapat perhatian bekas anggota kabinet Datuk Saifuddin Abdullah yang membangkitkan mengenai tuduhan bahawa acara tersebut merupakan usaha untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin tidak menjelaskan konteks kenyataan tersebut, namun ia dipercayai merujuk kepada kenyataan polis dan pemimpin kerajaan yang konsisten menggelarkan perhimpunan tersebut sebagai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan.

Saifuddin berkata, langkah rakyat menggulingkan kerajaan adalah satu tindakan demokrasi.

Perkara itu berbeza dengan tekanan kerajaan ke atas rakyat yang menurutnya merupakan penindasan.

“Rakyat guling kerajaan: Demokrasi. Kerajaan giling rakyat: Autokrasi,” katanya dalam tulisan di Twitter.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam laporan akhbar The Star hari ini turut meminta penganjur membatalkan rancangan tersebut kerana pihak berkuasa "tidak akan berkompromi" dalam mengambil tindakan.

Tekanan juga semakin memuncak dari NGO pro-kerajaan yang dilaporkan membuat lebih 1,300 laporan polis di seluruh negara bagi membantah penganjuran perhimpunan tersebut.

Antaranya, Persatuan Veteran Tentera Malaysia yang mahu anggota NGO dan pasukan berpakaian seragam untuk menyertai sambutan ambang tahun baru di Dataran Merdeka sebagai sokongan kepada kerajaan.

Beberapa NGO pro-kerajaan menyeru agar orang ramai agar tidak menghadiri himpunan di Dataran Merdeka malam tahun baru ini.

Jurucakapnya, presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah uga meminta anggota NGO tersebut untuk hadir bagi memerhatikan kejadian yang bakal berlaku malam esok.

"NGO sila datang ke dataran esok..saksikan walaupun dtg tunjukkan kita sebagai ngo sokong kerajaan.

"Kita akan kumpul untuk menyaksikan apa yang berlaku. NGO tak ada kuasa pertahankan perhimpunan cuma kita tengok dan yakin dengan keupayaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM)," kata Abdul Rani.

Turut hadir di sidang media tersebut ialah wakil Persatuan Veteran Tentera Melayu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana Malaysia dan Kelab Penyokong Aspirasi Najib 1Malaysia. ~tmi

Hadiah RM1,000 Untuk Email Palsu Paling Kreatif

Saya, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan dengan ini menganjurkan satu pertandingan email palsu yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 bertujuan menguji sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil individu-individu yang disabitkan di dalam email palsu ini, seperti mana mereka memanggil dan menyiasat saya.

Apabila blog-blog Umno mencipta satu email palsu yang kononnya dialamatkan kepada saya mengenai rancangan untuk memasang bom di beberapa tempat di Kuala Lumpur, PDRM tanpa menyemak terlebih dahulu kesahihan email rekaan itu terus memanggil saya untuk memberi keterangan dan disiasat. Sehingga sekarang, pegawai penyiasat yang mengambil kenyataan saya (ASP Anand dari IPD Dang Wangi) tidak boleh mengesahkan sama ada saya dipanggil hanya sebagai seorang saksi atau suspek.

Oleh kerana pendekatan PDRM ialah menyiasat orang yang disabitkan di dalam email palsu (bukannya petualang yang mencipta email palsu), saya berpendapat rakyat perlu menguji istiqamah/konsistensi PDRM dalam menyiasat semua email-email palsu kalau pun ia melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Maka, saya menganjurkan pertandingan ini yang menjemput orang ramai menghantar satu email palsu dan berpeluang memenangi hadiah tunai RM1,000.

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

1) Email palsu itu hendaklah dialamatkan kepada salah seorang sama ada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Email yang perlu digunakan adalah seperti berikut:

Dato' Seri Najib Tun Razak - najib@pmo.gov.my
Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi - ahmadzahid@moha.gov.my
Tan Sri Khalid Abu Bakar - abkhalid@rmp.gov.my

2) Untuk layak menyertai pertandingan ini, setiap email yang dihantar kepada salah seorang dari mereka perlulah disalinkan kepada pertandinganemail@gmail.com

3) Peserta pertandingan bebas menulis apa-apa tajuk asalkan tidak melanggar undang-undang.

4) Setiap email yang ditulis akan dipamerkan di blog ini untuk kegunaan umum.

5) Pertandingan ini dibuka selama seminggu bermula hari ini 30 Disember 2013 dan berakhir 6 Januari 2014. Pemenang akan diumumkan pada 10 Januari 2014.

6) Penyertaan akan diadili mengambil kira kelucuan email dan perkaitan email dengan isu-isu semasa negara.

7) Pemenang akan dihubungi untuk urusan hadiah.

Segala persoalan boleh diajukan ke pertandinganemail@gmail.com

Selamat mencuba nasib!

Turun Untuk Keamanan.... AWAS... Siapa Buat Provokasi Akan Ditangkap.


Tuesday, December 24, 2013

Baru Perasan UmNo $@&#*%

Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.

Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen Pakatan.

“Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.

“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.

Mutu lebuhraya itu tetap tidak meningkat walau dengan kenaikan kadar harga tol, kata Ridhuan lagi.

“Adakah kerajaan sudah buta dengan semua kenaikan ini? Bagaimana rakyat mahu menghadapi semua keadaan ini? Adakah benar BN bermaksud barang naik?,” katanya lagi.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya menyemak semula perjanjian antara syarikat pemegang konsesi lebuhraya untuk mengelakkan perjanjian berat sebelah.

“Peliknya kenapa kita menandatangani perjanjian bodoh yang tidak menyebelahi rakyat? Sama seperti perjanjian air dengan Singapura,” katanya lagi.

Katanya lagi, syarikat berkenaan sepatutnya lebih berhati perut kerana sudahpun meraih banyak keuntungan, termasuk dari hasil iklan papan tanda di lebuh raya.

“Logiknya, tol tidak perlu naik, tetapi semakin turun harga, Maklumlah, pengguna semakin bertambah. Jalan raya tidaklah dibaiki hari-hari,” katanya lagi. MK.

Jangan Bebankan Rakyat Bila Kerajaan Boros Tahap Melampau.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed menjangkakan BN akan mengalami kekalahan lebih teruk di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan MP Pulai itu yang berkata, kerajaan terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat akibat kenaikan kos berkenaan.

“Akibat kenaikan itu orang marah dan tidak undi kerajaan. (Dalam) PRU13 kita sudah kalah di bandar dan PRU14 nanti, BN akan (kalah) lebih teruk (di bandar),” katanya.

Apa Yang Memerintah Tidak Rasa Dia Adalah Kerajaan Yang Diberi Kuasa Dan Hak....

Rakyat tidak seharusnya menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup, kata Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Teluk Kemang berkata, kenaikan tersebut merupakan perkara yang tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan yang memerintah.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami serta cuba menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

"Itu kita tak boleh elak, nak marah pada Umno sebab apa, kalau marah pada Umno harga tidak boleh turun...kos hidup (tidak boleh turun)...jadi jangan terlalu emosional.

"Kita minta masyarakat memahami kenapa kos ni naik, kenapa pengurangan subsidi itu terpaksa kita buat, demi untuk menjaga keadaan ekonomi negara," katanya kepada pemberita ketika ditanya apakah Umno sebagai tunjang kerajaan akan disalahkan berikutan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup.

Terdahulu Isa merasmikan majlis graduasi sesi 2/2013 Kolej Yayasan Felda di Menara Felda di ibu negara, hari ini.

Katanya, rakyat perlu bersikap rasional bukannya emosional memandangkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi menjaga kestabilan ekonomi negara untuk kebaikan generasi akan datang.
  
Ditanya mengenai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang memberi amaran akan menggantikan Umno jika Umno gagal mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera di negara ini, Isa berkata PERKASA tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana nasib pertubuhan itu sendiri selama ini dibela Umno.

Media baru-baru ini melaporkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semasa Persidangan Agung PERKASA ke-4 mendakwa Umno menunjukkan banyak kelemahan dan “tidak bertaring” dalam mempertahankan hak Melayu.
  
Isa menganggap kenyataan tersebut berbaur emosi serta tidak rasional kerana tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalas Umno selama ini bukan suatu tugas mudah.

"Ini suatu pandangan yang terlalu emosi kerana nak ambil alih Umno itu bukan satu benda yang mudah. Saya percaya mungkin dia (Ibrahim) dalam keadaan yang terlalu emosi," katanya.

Menyentuh cadangan PERKASA yang mahu menyediakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Umno, Isa berkata ia perlu mengambil kira semua aspek kerana keadaan ekonomi bukan kuasa Umno dan menteri kabinet.
  
Katanya, mana-mana pihak harus memahami situasi dan kesukaran yang dihadapi kerajaan sebelum menilai atau menjatuhkan hukuman.

-Bernama

Saturday, December 21, 2013

Ceramah Umum


Pakatan gesa sidang tergempar bincang pendedahan kerajaan jual aset negara RM1.4 bilion

Pakatan Rakyat (PR) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil mesyuarat tergempar di Parlimen untuk membincangkan penjualan aset negara seperti didedahkan oleh laporan Bank Dunia baru-baru ini.

“Kita perlu sesi ini untuk membincangkan tentang penjualan aset negara. Bila penjualan ini dilakukan dan mengapa kita tidak diberitahu tentang ini?

"Ini merupakan satu perkara yang amat mengejutkan kerana laporan itu menyebut penjualan aset negara sebanyak RM 1.4 bilion kerana ingin membuktikan kepada rakyat bahawa defisit negara ini terkawal," kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa melancarkan kempen PR menentang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Anwar, mesyuarat tergempar itu juga perlu membincangkan kemerosotan sistem pendidikan Malaysia dan ranking rendah yang diperolehi negara seperti yang didedahkan laporan sistem persekolahan dunia baru-baru ini.

Surat menuntut mesyuarat tergempar itu akan dihantar kepada Perdana Menteri Isnin ini, selepas mesyuarat Majlis Presiden PR, tambahnya.

Bercakap di sidang akhbar semalam, ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memetik laporan Bank Dunia mendedahkan jumlah pendapatan kerajaan Malaysia sebanyak RM1.4 bilion hasil penjualan aset, manakala RM4.2 bilion berupa sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.

"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.

Semalam, kempen menentang GST menyaksikan kehadiran pemimpin tertinggi PR yang lain seperti Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming

Kempen anti-GST merupakan satu lagi usaha PR meraih sokongan umum menolak sistem cukai baru itu yang dikatakan tidak adil dan membebankan pada ketika rakyat terpaksa menangguh kenaikan harga barang.

Azmin dalam ucapannya menyentuh penggunaan jet rasmi kerajaan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebagai contoh penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan.

"Kerana itu kita menyarankan Najib melantik Rosmah jadi Menteri luar Negeri memandangkan dia mempunyai hubungan yang kuat dengan negara Timur Tengah, malah sepanjang pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, isterinya Tun Siti Hasmah tidak pernah dilaporkan menggunakan jet rasmi kerajaan," katanya disambut dengan sorakan dari hadirin.

Sementara itu, Lim dalam ucapannya menegaskan, punca sesebuah negara itu muflis bukan kerana sistem cukai yang dilaksanakan, tetapi korupsi yang membarah dalam sebuah negara.

Abdul Hadi turut hadir di pelancaran kempen anti-GST semalam. - - Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 Disember, 2013.

Abdul Hadi menggariskan prinsip Islam dalam hal cukai, iaitu ia hanya dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.

"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil," katanya.

Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April 2014.

Selain itu, pentadbiran Najib turut melakukan pemotongan subsidi minyak dan gula yang menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu.

Terbaru, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus dan harga tol di beberapa lebuh raya di Lembah Kelang bermula 2014. – 21 Disember, 2013.

Abdul Hadi menggariskan prinsip Islam dalam hal cukai, iaitu ia hanya dikenakan pada sesetengah golongan, dan bukan semua, seperti dalam sistem cukai GST.

"Yang berlaku kini, apabila cukai dikenakan pada orang yang membeli satu lori gula dan juga kepada yang membeli 1 kilogram gula. Maka ia merupakan satu sistem yang tidak adil," katanya.

Dalam Bajet 2014 pada Oktober lalu, Najib mengumumkan GST akan dilaksanakan bermula April 2014.

Selain itu, pentadbiran Najib turut melakukan pemotongan subsidi minyak dan gula yang menyaksikan kenaikan harga bahan keperluan itu.

Terbaru, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 15 peratus dan harga tol di beberapa lebuh raya di Lembah Kelang bermula 2014. – 21 Disember, 2013.

Bank Dunia dedahkan Putrajaya jual aset negara untuk capai sasaran defisit, kata PKR

PKR mendakwa Putrajaya menjual aset negara untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara tetapi rakyat pula terpaksa berdepan dengan tekanan kos barang yang naik mendadak.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa langkah tersebut diambil bertujuan menurunkan defisit ke paras 4% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Lebih memeranjatkan, perdana menteri dilaporkan akan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset negara semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi beliau mencapai sasaran defisit yang beliau sendiri tetapkan," katanya.
Rafizi berkata, pendedahan tersebut boleh diperoleh dalam laporan terkini Bank Dunia, "Malaysia Economic Monitor: December 2013" yang dikeluarkan baru-baru ini.
Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).
"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentabiran Najib sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta negara melalui securitization of government mortgages untuk menampung keborosan pembaziran kerajaannya.
"Saya syak rancangan menjual aset negara ini sudah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya gagal," katanya.
Bagaimanapun, Rafizi tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai aset yang dijual, tetapi akan mengemukakan cadangan supaya satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.
"Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Najib.
"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya.
Putrajaya selepas berakhir Pilihan Raya Umum ke-13 lalu mengambil langkah pengukuhan fiskal bagi memastikan sasaran untuk mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3% berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang menjelang 2020.
Putrajaya mengambil langkah fiskal pertama dengan memotong subsidi petrol sebanyak 20 sen pada September lalu atas alasan ia mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion belanja kerajaan tahun ini.
Kemudian, semasa pembentangan Bajet 2014 Putrajaya juga mengumumkan penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen di samping penstrukturan semula subsidi kepada penjana kuasa yang menyebabkan tarif elektrik bakal naik sebanyak 15 peratus.
Selain itu, Putrajaya juga akhirnya memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 2015 bertujuan memperluas sumber pendapatan negara.
Khabar angin juga mengatakan dalam masa terdekat kadar tol di ibu kota juga akan distrukturkan bagi mengelak kerajaan menanggung kerugian daripada membayar konsesi.


Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, hutang negara meningkat kepada 53.3 peratus dalam KDNK pada penghujung 2012 daripada 51.6 peratus pada hujung 2011 dan 39.8 peratus pada hujung 2008. -  20 Disember 2013. MI.

Friday, December 20, 2013

Ucapan Tahniah Dari ADUN Dusun Tua

Assalamualaikum, 

Saya bagi pihak Adun Dusun Tua, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu khususnya di Dusun Tua.

Semoga keputusan tersebut dapat memberi impak yang besar untuk para pelajar meneruskan perjalanan untuk menimba ilmu.  Syabas kepada para pelajar yang telah menunjukkan daya juang yang cukup tinggi ketika menghadapi peperiksaan PMR. 

Sesungguhnya keputusan akhir adalah di tangan Allah Taala. Jangan lupa untuk sujud syukur, berterima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru serta rakan-rakan seiring jalan. Kepada yang kurang berjaya, jangan bersedih. Cuba bermuhasabah, sudah tentu masih terdapat potensi dan kekuatan diri yang belum diterokai dan digunakan sepenuhnya. Masih banyak cabaran-cabaran yang akan dihadapi. 

Kepada semua guru, tahniah dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. Saya yakin, kejayaan ini kunci utamanya adalah keikhlasan kita mendidik, membimbing dan doa restu terhadap anak-anak didik kita. 

Teruskan kegigihan kita. Mungkin pada tahun-tahun yang mendatang akan lebih mencabar dan sukar tapi amanah ini harus terus dipikul untuk memastikan anak-anak didik kita akan terus cemerlang dalam menimba ilmu untuk memastikan mereka menjadi insan yang bermanfaat dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.  

Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan teruskan usaha kearah kecemerlangan dunia dan akhirat. 

Wassalam.

YB Hj Razali Hassan
ADUN Dusun Tua

Kasanova baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat ini

Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihanraya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihanraya.

Jika sebelum pilihanraya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihanraya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.

Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihanraya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.

Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.

Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan letrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.

Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?

Tindakan Najib dan kerajaan begitu cepat mengumumkan pelbagai kenaikan sekarang ini telah mengundang kegelisahan yang tiada taranya kepada rakyat. Di mana-mana juga suara resah dan bimbang itu boleh didengari. Tidak saja golongan kritikal dan mereka yang memang dikenali sebagai penyokong pembangkang yang bersuara, bahkan sekarang ini suara yang dulunya menyokong juga sudah berubah nadanya.

Bagi mereka yang dulunya menyokong segala usaha UMNO dan kerajaan, pelbagai kenaikan ini menyebabkan mereka tidak berupaya lagi mencari kata-kata untuk mempertahankan janji-janji yang pernah dibuat dulu. Janji yang dilakukan kerajaan nampaknya bukan lagi untuk ditepati, tetapi lebih untuk dimungkiri dengan pelbagai hujah yang direka-reka.

Kajian Merdeka Center mengenai prestasi Najib jelas menunjukkan hakikat ini. Menurunnya kedudukan beliau daripada 62 peratus kepada 52 peratus setelah pelbagai kenaikan sejak kebelakangan ini, adalah gambaran sebenar suara keluh-kesah rakyat terhadap Najib dan kerajaan sekarang ini.

Ia juga adalah bukti penolakan terhadap janji-janji yang dimungkiri sendiri oleh Najib. Dalam tempoh hanya enam bulan setelah memperolehi kuasa, sudah begitu banyak janji yang dimungkiri, menunjukkan bahawa Najib memang tidak mahu berpegang kepada kata-katanya sendiri.

Janji-janjinya kelihatan lebih teruk daripada janji seorang lelaki ketika memikat seorang wanita yang ingin dikahwininya. Tetapi setelah berkahwin, kebanyakan janji itu tetap cuba dipenuhi dengan sedaya-upaya dan kalau ada pun yang hendak dimungkiri, ia mungkin hanya telah memperolehi dua atau tiga orang anak. Selebihnya mungkin janji itu hanya lewat untuk ditunaikan saja.

Namun Najib nampaknya telah memungkiri janjinya lebih pantas daripada itu. Hanya setelah enam bulan dan mungkin ketika seorang isteri sedang mengandung anak sulung, beliau sudah pun memungkiri banyak janjinya. Bayangkan dalam tempoh pilihanraya akan datang yang akan diadakan sebelum 2018, berapa banyak lagi janji yang akan dimungkiri Najib?

Kalau dalam kehidupan berumahtangga, lelaki seumpama itu boleh dianggap lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sesetengah orang mungkin memanggilnya "lelaki haprak" atau "kasanova cinta" tetapi oleh kerana janji-janji Najib dilontarkan kepada rakyat yang berjuta-juta jumlahnya, label dan kategori beliau mungkin lebih buruk daripada itu.

Apa saja boleh gelaran boleh dilemparkan kepada Najib dan kerajaan yang sedang dipimpinnya.

Tetapi apa pun label, kategori atau gelaran yang mahu mahu tujukan kepadanya, rakyat kini dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana Najib memungkiri janji-janjinya. Rakyat tidak seharusnya lagi berfikir lebih daripada sekali untuk menolak pemimpin seperti ini. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Thursday, December 19, 2013

Quote Of The Day.....Bila Orang Pandai Masuk UmNo....

 Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyarankan pengguna menggunakan jalan biasa jika tidak selesa dengan kenaikan kadar tol dikecam hampir keseluruhan rakyat.

Rakyat melihat kenyataan itu sebagai seorang menteri angkuh, sombong serta tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat.

Jikalau menteri memberikan cadangan yang tidak bijak maka sudah pasti tindakan refleknya sudah pasti juga tidak bijak.

Inilah akibatnya apabila seorang bijak pandai menyertai Umno.. pasti tindakan jadi tidak bijak kerana Umno ketandusan orang bijak pandai seperti di ungkap oleh Mahathir.

Apakah ini yang dimaksudkan oleh menteri yang angkuh ini? Addin.


Wednesday, December 18, 2013

Perkongsian Idea Dan Pandangan Bebas...

Salam kepada semua,

Walaupun artikel ini agak panjang tetapi perlu baca dan gharabkan supaya kita ketahui fakta dan kedudukan sebenar berhubung negara tercinta kita Malaysia.  Menegur dan mengkritik bukan bermakna kita benci, tetapi sebenarnya kita sayang supaya anak cucu kita tidak mewarisi kesalahan dan kesilapan generasi kita kerana tidak menegur dan berbuat sesuatu serta melakukan perubahan sepatutnya. Diharap kita tidak mewariskan kemiskinan dan kejahilan kepada anak cucu kita di kemudian hari. Allahuwa'lam.

Very good write up pls read this without prejudice.

"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"

Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ??? ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini. 

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura.......lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri. 

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita & Peace For All

Tuesday, December 17, 2013

Pemegang konsesi tol sudah untung besar kadar sedia ada

Saya telah menegaskan bahawa cadangan dan alasan kenaikan tol seperti yang dipertahankan oleh Datuk Seri Wahid Omar tidak masuk akal kerana majoriti dari pemegang konsesi adalah dikuasai kerajaan. Malah, syarikat-syarikat ini juga mendapat bantuan kewangan dan subsidi dari kerajaan melaksanakan dan mengendalikan lebuhraya bertol.

Sebab itu, kenyataan Datuk Seri Wahid Omar cuba mengelirukan rakyat apabila beliau membayangkan bahawa Barisan Nasional perlu tunduk kepada syarikat-syarikat swasta yang kononnya memilik syarikat pemegang konsesi, sedangkan hakikatnya syarikat ini kebanyakannya syarikat milik kerajaan.

Saya juga membidas sekeras-kerasnya keangkuhan Datuk Seri Wahid Omar yang memberi kata dua kepada pengguna jalanraya agar tidak menggunakan jalan bertol jika tidak bersetuju dengan kenaikan tol. Walaupun beliau sebelum ini dibayar gaji berjuta ringgit setahun dan sudah tentu tidak memahami kepayahan rakyat di bawah berhadapan dengan kenaikan harga barang, sepatutnya beliau mengambil kira kebajikan rakyat dalam melaksanakan tugas sebagai menteri. Kehadiran menteri-menteri seperti ini membuktikan betapa terpisahnya kabinet Dato’ Seri Najib Tun Razak dari realiti seharian rakyat.

Saya membantah keras cadangan menaikkan kadar tol kerana rekod kewangan syarikat pemegang konsesi menunjukkan mereka telah pun mendapat keuntungan berlipat kali ganda (obscene profits) pada kadar tol sekarang. Setiap kenaikan kadar tol sebenarnya menambahkan lagi keuntungan mereka sedangkan rakyat terus terbeban dengan tekanan ekonomi.

Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh Barisan Nasional. Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah.

Dalam kes kenaikan kadar tol, jumlah kos yang ditanggung pada kadar tol sekarang pun sudah terlalu rendah hingga memberikan keuntungan yang terlampau tinggi kepada pemegang konsesi. Oleh itu, sebarang kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan kerana keuntungan syarikat-syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan ini akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diborosi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kabinetnya.

Analisa keputusan kewangan PLUS Berhad (yang mengendalikan 6 lebuhraya), KESAS Berhad dan LITRAK Berhad (yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong dan SPRINT) menunjukkan kadar keuntungan yang melampau telah pun dinikmati oleh pemegang-pemegang konsesi, seperti berikut:

1) PLUS Berhad (keputusan kewangan bagi tahun 2011 dan perincian kos bagi tahun 2010 berdasarkan Laporan Tahunan PLUS)

Jumlah kutipan tol & perolehan (2011) RM4.098 bilion

Jumlah kos menyenggara lebuhraya (mengikut kos 2010) RM241 juta

Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain (mengikut kos 2010) RM397 juta

Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan (mengikut kos 2010) RM507 juta

Anggaran keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai 2011 (mengikut kos 2010) RM2.953 bilion

Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai (2011) RM2.515 bilion

% untung bersih sebelum cukai ( 2011) 61%

Tidak banyak perniagaan di dunia ini yang mencapai peratus untung bersih sehingga 61% seperti yang dicatatkan oleh PLUS Berhad. Melihatkan kepada kos untuk menyenggara lebuhraya hanyalah 6% dari jumlah kutipan tol setiap tahun sudah cukup menunjukkan bahawa kadar tol sedia ada sudah pun terlalu tinggi dan memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada PLUS.

2) KESAS

Lebuhraya KESAS mencatatkan keuntungan berganda sehingga 121% secara terkumpul (cumulative annual growth rate atau CAGR) di antara tahun kewangan 2008 hingga tahun kewangan 2012 seperti dilaporkan oleh Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.

Kadar keuntungan yang naik satu kali ganda dalam tempoh empat tahun ini juga membuktikan bagaimana kadar tol sudah pun terlalu tinggi hingga pemegang konsesi menikmati keuntungan yang meningkat dua kali ganda dalam tempoh hanya 4 tahun.

3) Litrak Berhad yang mengendalikan LDP dan SPRINT (keputusan kewangan bagi tahun 2013 mengikut Laporan Tahunan terkini)


Jumlah kutipan tol & perolehan RM369 juta

Jumlah kos menyenggara lebuhraya RM21 juta

Jumlah kos penggajian, pentadbiran dan lain-lain RM29 juta

Jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM79 juta

Keuntungan dari operasi tanpa caj susutnilai RM240 juta

Keuntungan bersih sebelum cukai dengan caj susutnilai RM180 juta

% untung bersih sebelum cukai 49%

Seperti juga pemegang konsesi yang lain, Litrak Berhad yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) menikmati margin keuntungan bersih sebelum cukai yang begitu tinggi pada kadar 49% iaitu lebih tinggi dari industri minyak dan gas. Kos menyenggara lebuhraya juga hanyalah 6% sahaja dari jumlah kutipan tol.

Ini membuktikan bahawa kadar tol sedia ada sudah terlalu tinggi hingga memberikan keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi.

Pada masa yang sama, walaupun kadar tol tidak dinaikkan, jumlah kutipan tetap meningkat dan margin keuntungan kekal tinggi kerana jumlah kenderaan yang menggunakan lebuhraya meningkat saban tahun.

Jadual berikut menunjukkan kadar pertambahan jumlah kenderaan setiap tahun yang dinikmati pemegang-pemegang konsesi besar di Malaysia seperti yang dilaporkan di dalam laporan tahunan masing-masing dan pelbagai analisa lain:


Angka-angka yang saya bentangkan secara jelas menunjukkan bagaimana pemegang-pemegang konsesi utama menikmati kutipan tol yang lebih tinggi kerana jumlah kenderaan yang bertambah telah pun melampaui sasaran kenderaan yang digunakan untuk menetapkan kadar tol sedia ada.

Dalam keadaan kos operasi sudah pun rendah (bagi sesetengah lebuhraya kos penyenggaraan tidak sampai 10% pun dari kutipan tol), keuntungan yang dinikmati merupakan antara yang tertinggi berbanding industri-industri lain. Oleh sebab itu, sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi.

Tol naik: Abim anggap Wahid biadap, wajar mohon maaf

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sebarang cadangan untuk menaikkan kadar tol kerana ia membebankan rakyat terbanyak.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, cadangan untuk menaikkan kadar tol seperti yang diuar-uarkan oleh pemegang konsesi lebuh raya amat dikesali.

“Alasan untuk menaikkan kadar tol kerana perjanjian konsesi jelas mengenepikan kepentingan rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim menilai akibat daripada kenaikan kadar tol ini, rakyat yang telah sedia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan kebelakangan ini akan terus dalam keadaan tertekan.

Katanya, kenaikan kadar tol akan turut menyumbang kepada kenaikan tambang pengangkutan awam yang kebanyakannya digunakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kenyataan angkuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, yang menyarankan agar sesiapa yang tidak setuju dengan kenaikan kadar tol memilih laluan lain yang tidak bertol, adalah amat dikesali,” ujarnya.

Menurutnya, Abim menilai kenyataan sebegini jelas sebagai satu penghinaan terhadap rakyat terbanyak.

“Beliau sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas keceluparan yang begitu biadab,” ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau Abim menyeru agar rakyat membantah kenaikan kadar tol demi kehidupan yang lebih baik.

“Dalam hal ini, Abim akan mengerakkan kempen bagi mengangkat suara rakyat terbanyak yang semakin risau dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilihat menjerut leher golongan marhaen,” tegasnya.

Sunday, December 8, 2013

Misi AMAL Hulu Langat Berlepas Ke Pahang.


KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama aktivis Jabatan Amal Selangor yang membawa misi bantuan barangan kepada mangsa banjir berlepas ke Pahang tengah hari tadi.

Pelepasan kumpulan hampir 200 orang yang terdiri daripada sukarelawan Jabatan Amal Selangor, Briged Muslimat dan individu itu disempurnakan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dalam satu majlis di Gombak pagi tadi.


Misi yang diketuai Pengarah Jabatan Amal Selangor Khairil Anuar Ismail ini membawa barangan keperluan dengan 15 buah lori 5 tan, 10 buah lori 3 tan, sebuah lori kontena, 25 buah kenderaan pacuan empat roda dan 20 buah kereta.


Antara barangan yang dibawa termasuk makanan, selimut, telekung, pakaian baru dan terpakai, lampin pakai buang dan pelbagai barangan keperluan lain.


Ini merupakan trip pertama Amal Selangor dalam misi membantu mangsa banjir dan trip berikutnya dijadual sepanjang minggu depan.


Dalam pada itu, Jabatan Amal Selangor masih memerlukan sukarelawan dan juga sumbangan berterusan bagi membantu misi ini.


Sumbangan kewangan boleh disalurkan melalui akaun BIMB atas nama Amal Selangor 1201 0010 0354 34.

Saturday, November 30, 2013

Hutang Rakyat Semangkin Meningkat. Adakah Hutang Meningkat Kerana Pendapatan Rendah Atau Kenaikan Harga Barang Akibat Tindakkan Kerajaan Meningkatkan Harga Barang Melalui Cukai.

Rakyat terpaksa menanggung hutang isi rumah tinggi untuk meneruskan hidup berpunca daripada sistem kapitalisme yang diamalkan oleh kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Michael Jeyakumar.

Ahli Parlimen Sungai Siput itu semasa berucap dalam forum Sosialis hari ini berkata sistem kapitalis gagal memberikan nikmat hidup sederhana kepada seluruh masyarakat dunia, Malaysia sebagai salah satu negara tersebut.

"Populasi dalam negara kita berada di bawah tekanan ekonomi.

"Rakyat biasa terpaksa melakukan dua kerja dan bekerja 12 jam sehari untuk memenuhi keperluan hidup," kata Dr Jeyakumar.

Dr Jeyakumar kemudiaan menerangkan pendapatan yang diperoleh oleh rakyat Malaysia ang bekerja masih lagi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian menyebabkan hutang isi rumah meningkat.

"Hutang isi rumah telah mencapai 145% daripada keseluruhan pendapatan tahunan isi rumah, ini hanya jumlah kasar.

"Bagi 40% keluarga Malaysia yang miskin, hutang isi rumah mungkin menjangkau 300% pendapatan tahuna!" tegas beliau lagi.

Hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz pada Julai lalu berkata nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam negara berkembang sebanyak 13% kepada 83% daripada 70% pada 2008, paras tertinggi bagi negara membangun di Asia.

Susulan tersebut, BNM terpaksa mengambil langkah untuk membendung peningkatan hutang isi rumah dengan memperkukuh amalan pemberian pinjaman. MI.

UmNo Menggunakan Sentimen Perkauman Untuk Terus Kaya Sedangkan Orang Melayu Kekal Di Takuk Lama.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, berkata parti itu berkeras menentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan kerana membenci kaum Melayu dan Bumiputera sebaliknya mahu melihat golongan tersebut menjadi lebih kaya yang sekali gus mengukuhkan ekonomi kaum Cina.

Katanya, Dasar DEB hanya mengukuhkan ekonomi kumpulan tertentu dan Malaysia perlu berubah daripada melihat kepentingan ekonomi berasaskan kaum kepada fokus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

“Kita bantah DEB kerana kita mahu orang Melayu menjadi semakin pandai dan kaya kerana apabila mereka menjadi semakin kaya, ekonomi ahli perniagaan Cina juga semakin meningkat apabila orang Melayu ada kuasa membeli.

“Kenapa mesti keruhkan pemikiran kita mengikut konsep bangsa? Kita perlukan satu dasar yang tidak mengikut bangsa dan pendapatan. Ini bukan kerana saya bantah atau benci orang Melayu tetapi dasar yang lebih baik perlu dikhususkan mengikut pendapatan,” katanya dalam sebuah forum di Petaling Jaya malam tadi.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semasa mengumumkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera September lalu dengan mudah melabelkan kaum asing untuk dikategorikan sebagai Melayu.

Katanya, kaum bukan Bumiputera bertungkus-lumus membangunkan negara dan sebahagian pendapatan mereka disalurkan kepada negara melalui cukai pendapatan.

“Najib semasa membentangkan program pemerkasaan ekonomi Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ada menyebut Jawa itu Melayu, Jakun dan Sakai Asli adalah Melayu, Arab dan Pakistan semua dikira Melayu walaupun Mamak dan Malabari juga disebut Melayu.

“Saya berketurunan Cina tetapi jika dibandingkan dengan seseorang dari Pakistan yang mungkin akan menjadi warganegara dalam tempoh dua tahun dan anak mereka mendapat kewarganegaraan secara langsung serta berstatus Bumiputera yang mempunyai hak tertentu disebut dalam Perlembagaan.

“Di mana letaknya konsep keadilan dalam perkara ini? Sebagai bukan Melayu Bumiputera, kami menyumbang dengan membayar cukai bersama rakan lain. Tetapi kami tidak dilihat sebagai rakyat penuh negara ini,” katanya.

Pua berkata, kuota pendidikan dikhususkan kepada Bumiputera yang pada asalnya untuk mencerdikkan anak Melayu tetapi akibat daripada tenaga pengajar kurang berpengalaman pelajar Melayu terpaksa menerima akibatnya.

Katanya, sebagai ahli Parlimen, ramai pengundi dari kawasannya mahukan surat sokongan agar dapat ditempatkan di kolej matrikulasi tetapi beliau menyarankan mereka menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kerana ia mampu memberi peluang lebih cerah.

“Masuk matrikulasi lebih mudah masuk universiti tetapi mendapat kursus pengajian yang tidak sukar. Apa yang akan terjadi adalah ilmu tidak meningkat. STPM lebih susah dan jauh lebih baik daripada matrikulasi.

“Lebih baik mengambil STPM. Mangsa secara tidak langsung adalah orang Melayu dan Bumiputera tetapi golongan inilah yang mahu kita bantu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga ahli panel dalam forum itu meramalkan 2014 adalah tahun kenaikan harga barang dan perkhidmatan kerana kerajaan persekutuan hanya mempunyai masa kira-kira satu setengah tahun untuk berbuat demikian.

Katanya, rakyat perlu menghadiri setiap perhimpunan bantahan yang dilakukan pembangkang supaya kerajaan tidak lagi berani menaikkan harga barang sesuka hati.

“Tahun depan saya menjangkakan diingati sebagai tahun barang naik. Barisan Nasional (BN) perlu menaikkan harga barang sebelum Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kerana jika dilaksanakan selepas pelaksanaan cukai itu, ia akan lebih mengundang kemarahan rakyat untuk menggulingkan BN.

“Kita perlu tentang kenaikan harga barang dan tarif. Jika dipanggil membantah kenaikan cukai, saya minta seramai mungkin yang turun kerana jika ia tidak ditentang akan menjadi amalan dari tahun ke tahun.

“GST akan bermula dengan 6% dan seterusnya dinaikkan kepada 10% secara berperingkat,” katanya yang turut membangkitkan masyarakat perlu dilengkapkan ilmu secukupnya agar dapar berfikiran rasional untuk menolak segala dakyah kerajaan.

Ahli Palimen Pandan itu turut membangkitkan akibat pelbagai tekanan kewangan yang diberikan kepada rakyat, hutang isi rumah kini meningkat kepada RM820 bilion setelah rakyat dibebankan dengan pelbagai hutang bulanan yang terlalu tinggi.

Katanya, kadar hutang isi rumah di Malaysia merupakan kedua tertinggi di Asia dan melebihi hutang semasa kerajaan iaitu RM541 bilion.

“Hutang kerajaan RM541 bilion dan ia memberi kesan kepada kerajaan untuk berbelanja hari ini. Tetapi yang kita tidak tahu adalah soal hutang rakyat lebih tinggi berbanding hutang kerajaan.

“Hutang rakyat hari ini kedua tertinggi di Asia selepas Sri Lanka. Rumah dan kereta perlu dibayar. Keluar dari universiti, Pinjaman PTPTN juga perlu dibayar. Jika gaji sekadar RM3,000 sebulan maka tidak mampu membayar hutang dan perbelanjaan bulanan,” katanya.

Seorang peserta bertanya soalan kepada ahli panel.Seorang peserta bertanya soalan kepada ahli panel.Ketika ditanya adakah Selangor wajar dijadikan contoh pelan pendidikan percuma, Rafizi berkata, tanggungjawab pendidikan adalah di bawah kerajaan pusat dan kerajaan negeri perlu berlaku adil kepada semua rakyat Selangor.

Bagaimanapun, katanya, pendidikan kepada anak negeri Selangor tidak perlu diabaikan dengan memberi bantuan sewajarnya supaya dapat memberi contoh kepada kerajaan pusat.

“Pendapatan rezab kerajaan negeri Selangor lebih kecil daripada RM3 bilion. Punca kewangan negeri terlalu sedikit iaitu hanya daripada premium tanah. Saya berasa tidak wajar jika mana-mana negeri mengambil tanggungjawab kerajaan pusat.

“Jika meminta kerajaan Selangor melaksanakannya maka menghukum rakyat Selangor kerana terpaksa kurangkan peruntukan lain di bawah peruntukan kerajaan negeri.

“Walaupun Selangor tidak boleh melaksanakan pendidikan percuma sepenuhnya tetapi kita boleh tunjukkan dengan pendapatan yang terhad ini, peratusan yang disumbangkan untuk memudahkan pendidikan anak Selangor jauh lebih tinggi berbanding kerajaan pusat,” katanya. – 30 November, 2013 MI.

Tuesday, November 26, 2013

Siapa Bagi Ruang Kepada Singapura?

Singapura merupakan rakan utama kumpulan risikan "5 Eyes" yang memintas telefon dan memantau rangkaian komunikasi di Kuala Lumpur, ia didedahkan di dalam dokumen sama yang dikeluarkan pendedah maklumat Edward Snowden.

Kumpulan media berpengkalan di Australia, Fairfax Media melaporkan hari ini akhbar harian Belanda, NRC Handelsblad menamakan Singapura sebagai kunci utama "pihak ketiga" yang menyalurkan lima negara tersebut akses ke dalam saluran komunikasi di Malaysia.

Akhbar tersebut menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan cengkaman Amerika Syarikat ke atas saluran komunikasi trans-Pasifik melalui kemudahan pemintasan di Pantai Barat Amerika Syarikat, Hawaii dan Guam.

Kemudahan fasiliti tersebut memintas semua kabel trafik merentas Lautan Pasifik, dan berhubung dengan Australia dan Jepun, Singapura adalah sebahagian daripada pembinaannya seperti yang ditunjuk dalam peta.

Menurut Fairfax, Malaysia dan Indonesia menjadi sasaran utama bagi kedua-dua perisikan Australia dan Singapura sejak tahun 1970-an, kerana kebanyakan telekomunikasi dan trafik Internetnya akan melalui kepulauan bandar raya negara tersebut.

Pada bulan Ogos, Fairfax juga melaporkan perisikan Singapura merupakan rakan kongsi agensi pengintipan elektronik Australia, Defence Signals Directorate, bagi meneroka kabel SEA-ME-WE-3 yang beroperasi dari Jepun, melalui Singapura, Djibouti, Suez dan Selat Gibraltar ke Utara Jerman.

Perbuatan tersebut didakwa didalangi oleh syarikat pengendali telekomunikasi Singapura, Singapore Telecommunications Limited (SingTel), salah sebuah syarikat yang dimiliki agensi pelaburan kerajaannya, Temasek Holdings.

Syarikat tersebut memiliki Peter Ong, ketua perkhidmatan awam Singapura yang dahulunya bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan negara dan penyelarasan risikan, diberikan jawatan dalam lembaga sebagai wakil kerajaan.

Singtel juga dipercayai memperluaskan hubungan antara Australia dan Singapura dalam perisikan dan pertahanan sejak 15 tahun lalu, menurut pendedahan tersebut.

Bulan lepas, Snowden mendedahkan Amerika Syarikat menjalankan pengintipan mereka di kedutaan di Kuala Lumpur bagi memintas dan memantau rangkaian komunikasi telefon.

Menerusi peta yang diterbitkan oleh majalah Jerman Der Spiegel dan diteliti oleh Fairfax, menunjukkan 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di pejabat kedutaan AS di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Peta yang bertarikh 13 Ogos 2010, bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang kemudahan seperti di Singapura, Australia, New Zealand, Britain, dan Jepun, yang merupakan sekutu rapat AS.

Pada bulan Ogos, sumber perisikan Australia telah mengesahkan alat perisikan rahsia XKeyscore – yang juga didedahkan oleh Snowden – digunakan untuk mengintip Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Program XKeyscore yang digunakan sejak tahun 2008 tersebut telah dikatakan berjaya menangkap pengganas daripada risikan yang diperoleh menerusi penggunaan alat tersebut. – MI 25 November, 2013.

Saturday, November 23, 2013

Sepuluh arahan Presiden simpulkan ucapan dasar

SHAH ALAM: Ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar PAS Pusat ke-59 kali ini mencatat kelainan apabila Tuan Guru Abdul Hadi Awang di fasa akhir ucapannya menyebut sepuluh arahan yang patut dilaksanakan aktivis PAS di setiap peringkat organisasi.  
Sepuluh arahan itu menyentuh peranan yang perlu dilaksanakan oleh Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan bagi merealisasikan tema “Rahmat Untuk Semua”. 
Sepuluh arahan yang terkandung dalam ucapan dasar Presiden itu adalah:
  1. Semua pihak dalam Dewan, Lajnah, Badan Perhubungan PAS Negeri dan Wilayah serta Kawasan mestilah mempunyai kefahaman yang jelas terhadap tema ”RAHMAT UNTUK SEMUA”, dan seterusnya bertindak merangka perancangan dan strategi pelaksanaan agar intipati ini dapat berada dalam masyarakat dan difahami bahawa dasar Islam ini dibawa oleh PAS. Jadikanlah tema ini sebagai sesuatu yang benar bernafas, bukan sekadar slogan kosong yang sedap didengar sebagai halwa telinga untuk Muktamar semata-mata.
  2. Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan juga perlu lebih dinamik dalam gerakerja tersusun yang mempunyai sasaran bulanan dan tahunan, menambahkan ahli yang berkualiti, mendekati medan baharu dalam masyarakat, dan mempunyai sekurang-kurangnya 50% program di kalangan ahli baharu atau masyarakat awam di luar lingkungan ahli jamaah. Penentuan petunjuk prestasi perlu dibangunkan, sebagai sasaran kerja yang lebih terarah. Kukuhkan organisasi parti dengan berbagai ilmu pengurusan, kepimpinan perlu dibajai dengan tarbiyah untuk membentuk diri seterusnya mengikhlaskan niat perjuangan. Usaha yang berterusan untuk mengaktifkan ILHAM, dan modul-modul pembinaan diri ahli di berbagai peringkat mestilah diperkukuhkan dengan menjadikannya sebagai salah satu sasaran tahunan.
  3. Sabah dan Sarawak adalah rakan penting dalam pembentukan Malaysia. Rakyat di sana telah bersama dalam referendum yang melahirkan negara Malaysia, maka hargailah hasil yang turut sama dibina oleh rakyat Sabah dan Sarawak ini. Maka seluruh jentera PAS di medan ini perlulah berusaha gigih untuk menyedarkan rakyat tentang hak mereka ini supaya tidak dibuli oleh UMNO-BN disetiap masa dan ketika. Badan Perhubungan PAS di Sabah dan Sarawak pula perlulah melengkap dan memperkemaskan organisasi, mempertingkatkan kerja dakwah, menghilangkan phobia masyarakat di sana terhadap PAS, dan seterusnya merakyatkan PAS supaya diterima sebagai parti yang berupaya menjadi tempat bergantung mereka.
  4. Dewan Ulama pula merupakan nadi denyutan jamaah yang perlu bertindak pantas menjadi jurubicara jamaah dan menjelaskan isu di sekitaran dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah, ijma dan qiyas. Bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai rupa dan bentuk yang bersesuai dengan masyarakat perlu lebih dinamik dan bertenaga menjelaskan pendirian jamaah khususnya menterjemahkan Islam bagi menangani masalah semasa, juga membantu kerajaan negeri melaksanakan Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam. Perbincangan ilmiah dan seminar khusus dalam memahami persoalan maqasid syariah, siyasah syari’yyah, perlu dijalankan dari masa ke semasa untuk menangani ketidakfahaman dalam masyarakat kita ini dan seterusnya menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk sepanjang zaman.
  5. Dewan Pemuda pula mestilah sentiasa dinamik, melengkapkan diri dengan ilmu Islam dan kefahamannya, serta bersedia menyambung legasi perjuangan kepimpinan terdahulu sehingga mampu untuk melakukan islah di dalam masyarakat Malaysia yang masih sarat dengan berbagai fikrah yang berlawanan dengan Islam. Inovasi baharu dakwah perlu diterokai. Pemuda juga perlu mendepani isu semasa nasional, tempatan dan antarabangsa; dan mampu mengenengahkan permasalahan ummah dan mencadangkan penyelesaiannya dengan menonjolkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam.  Program siyasah yang bersifat inklusif perlulah diterokai untuk mendekatkan diri kepada masyarakat awam di luar sana.
  6. Dewan Muslimat perlulah mendepani berbagai isu dalam bahasa yang mudah dan menyentuh hati nurani masyarakat dalam negara kita ini, bahkan menerokai isu-isu antarabangsa. Program dalaman seperti tarbiyah wajar dimantapkan lagi, sejajar dengan keperluan semasa terutamanya untuk berdepan dengan zaman penggunaan pelbagai media supaya Dewan Muslimat berperanan besar dalam masyarakat terkini yang meletakkan kaum wanita menjadi penentu kepada wajah umat dan negara.
  7. Dewan Himpunan wajar untuk diperkembangkan peranan mereka dengan mempunyai modul-modul latihan khusus kepada ahlinya. Modul ini perlu dibangunkan, untuk melahirkan ahli Dewan Himpunan yang mampu bergerak dengan lebih baik lagi sebagai satu dari sayap parti yang penting, menjadi jambatan atau pintu yang menghubungkan rahmat Islam perjuangan PAS kapada kaum bukan Islam.
  8. Kawasan dan Cawangan perlu mempunyai sasaran kerja yang jelas yang dan dipantau oleh pimpinan negeri. Zaman mesyuarat tanpa fail dan tidak berkala itu adalah sudah berlalu. Program dalaman seperti program tarbiyah dan latihan mestilah menjadi agenda yang penting dalam aktiviti Kawasan dan Cawangan.
  9. Ahli dan kepimpinan PAS yang memikul amanah sebagai Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan Anggota Lembaga Pengarah, Ketua Kampung dan semua yang berkaitan perlulah melaksanakan amanah dengan sepenuhnya mengikut adab dan batas-batas akhlak, kerana peranan mereka yang telah dipilih oleh rakyat ini adalah sebagai wajah depan PAS. Prestasi mereka akan dipantau, dinilai dan akan dibantu oleh jemaah sekiranya terdapat kelemahan dalam melaksanakan tugas mereka. Semua dari kalangan mereka ini akan dijemput menyertai forum, perbincangan meja bulat, bengkel dan sesi latihan yang bersesuaian supaya lebih mahir dan dapat membantu dalam menjalankan tugas masing-masing.
  10. Ahli – ahli PAS secara keseluruhannya perlulah mempunyai disiplin dan akhlak yang tinggi, merapatkan saf ahli, mempunyai hubungan dengan Allah yang kuat, berada dalam suasana sentiasa dahagakan ilmu, dan seterusnya terlibat dalam aktiviti majlis ilmu, usrah, tamrin, muqayyam dan sebagainya dengan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan waqi’ dan keupayaan masing-masing.