Monday, November 30, 2009

Laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa 'Bocor'

Cuba search di Google "BA landslide report Vol1.pdf".

Tak boleh disimpan di sini kerana ianya masih di bawah OSA. Kalau nak kena cari sendiri dan download sendiri. Ingat ianya masih dibawah Akta Rahsia Rasmi. Kami tidak bertanggungjawab di atas apa-apa jua implikasi ataupun kesahihan laporan tersebut.

Surau Al-Falah Indah Jaya - Korban

Alhamdulillah pada tahun ini Surau Al-Falah Taman Indah Jaya berjaya mengadakan program korban bagi membantu ahli kariah yang ingin menyempurnakan ibadat berkorban.

Sebanyak 7 ekor telah ditumbangkan termasuk satu ekor untuk aqiqah. Semua kerja dibuat secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. Ibadat korban telah dilaksanakan pada dari raya pertama (Jumaat).

Bak kata pepatah yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Walaupun masa singkat, dengan kerjasama seluruh penduduk yang ada seluruh kerja aqiqah dan korban berjaya diselesaikan sebelum asar.

Program seperti ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan penduduk setempat disamping memesrakan hubungan antara penduduk dan institusi surau. Mudah-mudahan ibadat korban yang dilaksanakan diterima Allah SWA hendaknya. Insyallah.







MB Dan Wang Juta-Juta

Dulu Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ditangkap kerana membawa wang RM4 juta di Australia dan kemudiannya dia hilang jawatan MB. Kini Datuk Seri Mohamad Hasan didakwa terlibat dalam pemindahan wang sebanyak RM10 juta ke London. Kini beliau sedang disiasat oleh Bank Negara. Adakah ini bermakna peluang Tan Sri Samad kembali menjadi MB N9 semakin cerah? Tunggu dan lihat.


Ignorance no defence for Negri MB in RM10m transfer

KUALA LUMPUR, Nov 30 — Datuk Seri Mohamad Hasan has found himself in a pickle over his alleged transfer of RM10 million to London, due to the perception that he should have known better than to send the money through a money changer.

The Negeri Sembilan Mentri Besar’s use of a money changer has thrown up a host of questions, most of which involve corruption allegations that the Pakatan Rakyat (PR) — and even his enemies in Umno — are already exploiting.

Mohamad’s predicament has invited comparisons to another Umno politician — Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, the former Selangor MB — who was caught in Brisbane in 1997 for failing to declare nearly RM4 million worth of Australian dollars.

Muhammad admitted in court later that he had bought several properties worth nearly RM17 million. He was eventually acquitted after he claimed ignorance of Australian laws because he could not understand English.

Monday, November 23, 2009

Kesan pembangunan..... Projek Trowong Air Karak - Hulu Langat

Pembinaan trowong air dari Pahang ke Selangor yang merentasi Hulu Langat ini telah berjalan sejak Jun 2009. Projek yang menelan belanja RM3.6 billion itu bertujuan untuk membekalkan air untuk penduduk kawasan Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Penduduk Lembah Kelang dijangka akan menghadapi bekalan air masalah sekiranya tidak mendapat bekalan tambahan dalam masa yang terdekat.

Dengan pembinaan trowong besar ini (5.2 meter diameter) diharapkan ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk Lembah Kelang tetapi juga memacu pembangunan ekonomi kawasan DUN Dusun Tua. Terowong itu bermula di Karak dan berakhir di Taman Perkasa.

Lumrah projek besar seperti ini, ianya tidak lepas dari masalah terutama apabila projek ini melibatkan proses membersihkan dan penarahan bukit. Akibatnya beberapa penduduk di Kampung Padang dan Sungai Congkak telah terjejas akibat masalah pencemaran air dan banjir lumpur. Ianya bukan sahaja merosakkan harta benda seperti rumah penduduk tetapi juga tanaman, ternakkan ikan dan juga kawasan rekriasi Sungai Congkak.

Terpanggil dengan masalah itu Pengarah MTD yang juga Ahli Majlis MPKj saudara Mohd Jan Sulong telah mengadakan pertemuan antara penduduk dan mereka yang terlibat dengan projek seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan semua agensi yang terlibat.

Selepas daripada dialog dengan penduduk dan lawatan tapak projek, sidang akhbar telah dibuat untuk menjelaskan kepada media tentang maslah yang dihadapi dan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil. Antara perkara yang akan diambil perhatian adalah seperti:
  1. Bekalan air minum dan keperluan penduduk yang tercemar
  2. Kolam takungan lumpur yang tidak padan dengan saiz projek
  3. Kolam takungan lumpur tidak pernah diselengara dan dicuci
  4. Kawasan pembinaan yang terlalu hampir dengan rumah penduduk
  5. Banjir lumpur
  6. Saiz longkang yang terlalu kecil
  7. Tanah runtuh
  8. Pencemaran Sungai Congkak
  9. Kehilangan sumber pendapatan pengusaha pelancongan
  10. Pampasan kepada penduduk yang mempunyai gran tanah dan yang tiada gran.
  11. Kerosakkan jalan kampung
  12. Rumah retak
  13. Kemusnahan kolam ikan dan kehilangan induk ikan seperti kelah dan baung.


Friday, November 20, 2009

Tazkirah Jumaat : TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang Mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah. Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Wanita-wanita yang dikasihi sekelian..tunggu apa lagi, tutuplah auratmu, kerana ianya perintah dari Allah, Allah yang menciptakan kamu, Rabb yang memberikan kita kehidupan kekal abadi diakhirat kelak, baik atau buruk diatas rahmat Dia dan bagaimana buku amal kita diterima kelak. Jangan tunggu apa lagi, kita tidak pasti bila ajal maut kita atau bila Allah pilih kita untuk diberi hidayah..para isteri, tidak sayangkah anda pada suami2 anda? suami2 anda akan ditanya, dipersoalkan kelak dihadapan Allah.. kasihan pada mereka..suami-suami? Tidak cintakah lagi pada isteri? isteri anda akan menerima azab yang berat di akhirat..

Na'uzubillahhimin zaliq..bersama-samalah kita berpesan untuk kebaikan bersama dan berdoa ke hadrat Allah atas kesilapan-kesilapan dan dosa-dosa yang telah kita lakukan, sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri serta tidak putus asa daripada meminta rahmat Allah s.w.t kerana ia adalah sifat kaum-kaum yang beriman.. Amin.

Thursday, November 19, 2009

SPRM tidak boleh menyoal siasat melebihi waktu pejabat

Kuala Lumpur 19 Nov. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan mengisytiharkan bahawa dia telah ditahan dengan salah oleh SPRM.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Ariff Md Yusof.

Beliau memutuskan demikian pada prosiding semakan kehakiman yang dikemukakan pada 22 Julai lalu oleh Boon Wah selaku pemohon.

Dia menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Mohammad Hassan Zulkifli selaku Penolong Penguasa SPRM Selangor dan SPRM masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga dalam saman pemula itu.

Plaintif mendakwa mereka yang disiasat bawak seksyen 30 (1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 09 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat mulai 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari dan bukan selepas tempoh yang ditetapkan.

Dengan keputusan tersebut Boon Wah berhak menerima ganti rugi atas penahanan salah SPRM terhadapnya pada pukul 9.45 pagi 15 Julai hingga 2.53 keesokan harinya.

Dengan keputusan tersebut bermakna SPRM tidak boleh menyoal siasat saksi melebihi waktu pejabat.

Pakatan Rakyat has the worst of all bosses


We work overtime without extra pay.

We are neglecting our families to attend to others.

We have to be clean, stay clean and appear to be clean every seconds.

We will be scolded like dogs if we happen to make one mistake – there’s not really a chance for us to explain anything.

Because of one wrong word, we are slapped and being threaten to be sacked.

We can't take medical leave even when we are sick. We still need to crawl to work even though we are sick.

When we are being harassed by others, we are not being protected, instead we are being labelled as idiots because we are being investigated. He even chided us as stupid when we are being framed by authorities controlled by his old company.

No one comes to help when we are assaulted while doing our assignments. Our family too was harassed when we were maliciously accused of some evil acts that we didn't do.

We are worse than slaves.

When some of our subordinates leave the company for better offers from his old company, he blames it on our mismanagement even though sometimes he knows that it was a form of sabotage from his old company.

If it is not because of a "promise", we would have change our jobs by now. Why should we put our family and ourselves through this hell life?

We cared about our boss company’s future, but does our boss really care about us? We are working around the clock to make sure the company is profitable despite unfriendly business environment, yet our boss keeps comparing us with his old company and said we are not up to par.

He did not show any appreciation to our sacrifices at all. All the good things that we have done, he treats it like nothing because to him, that's what he is hiring us for. One simple mistake or word, he'll keep on pinning on it like there's no tomorrow -- even though you tried your best to correct your mistakes, he'll still keeps pinning on them without mercy.

He forgets we are just ordinary humans, we need encouragement too. He should stop treating us like a genius who knows everything since birth. We are not, we need to learn and cope. We make mistakes like others, but please give us enough time to grieve and rise back on our feet again.

We need mistakes to know that is wrong to do things a particular way. Encouragement and proper appreciation is what we asked for, is that so hard to get from our boss?

Our boss is a very demanding man. He treats us like a saint. He started this company because his previous company was a total disaster. Due to his own naivety, his old company’s employees no longer listened to him and kicked him out after his employees managed to take control of the board directors.

Being left disappointed and full of vengeance, he started a new one to rival his old company, and hired us to do what his previous company can't.

He expects us to be perfect. He expects us to know how to run everything like his ex-employees. He expects all of us to be incorruptible. He wants us to feel indebted because we are given a job.

We are given the task to take over the market share of his previous company of 50 years in 5 years. He did not give us any flexibility. Every mistake seems to be punishable by death. If we ask for help, he will insult us for not being competent.

He said he took a very high risk by hiring us as we have yet to prove ourselves to be as capable as his previous company's employees. But he did nothing to help the company – he just only knows how to whine when things are not going well.

He just wants to have his 3 meals a day intact. He wants to make sure his family’s future is secured. But, he is unwilling to sacrifice his time to make his company better. He is expecting us to achieve the miracles without bothering his and his family’s future. He forgets that we can do so much more with his support and not his nagging.

Oh yeah, ssshhhh, let me tell you a secret about our boss. His name is "Rakyat Malaysia".

Dear Fellow Rakyat Malaysian,

We have to start comparing PR and BN to a common denominator. Subconsciously, we are comparing Pakatan Rakyat to a saint, and Barisan Nasional to a devil. This has to stop, because this is outrageously unfair.

When PR and BN makes the same mistake, often we feel more disappointed with PR rather than BN. To us, for BN to make those mistakes is rather common, after all we do not call them devils for nothing. But sadly towards

PR, we feel disgusted of the same mistake because to us, a saint can’t do no wrong.

PR has been fighting very hard for us for the last 19 months. Yes, there were some unhappy moments, we have had some very happy ones too. Even friendship has their ups and downs, right? Why must we keep focusing on those unhappy moments while conveniently forgetting about those happy ones? Or are we saying that PR is our friend only when they are making us happy? And they are forever our enemy because they make us sad even for once?

We have to stop giving pressure to PR, they have more than enough pressure to deal with BN’s constant attacks. PR has no one to ask for help, besides us. The police, MACC, judiciary, SPRM and corrupted civil servants are all treating PR as enemies. We are their only friends. If we turn our back from PR now, they will be eaten alive by BN sooner than we thought.

With the strong backing from us, BN will have a harder time to alienate PR. Our support is the only protecting shield PR has. We can’t remove this shield from them until we can make sure there’s an even playing field out there for them to compete with BN. We are the one single-handedly created this uneven field with our blind support to BN for 50 years. PR has sacrificed a lot for us, and now when they are down, it is our turn to back them up.

Yes, PR is our employee, but more importantly PR is also our only friend and ally against the evil regime BN. We can help to shield PR from constant harassment by giving more and more support instead of threatening them that we’ll return to BN. That’s what a good boss and a good friend will do in the time of need. But are we mature enough to do so?

=================================

Li Fook Gao@Tohkong Mosjid can be reached at tohkongmosjid@gmail.com

HEBAT..HEBAT

Yesterday at 11:23pm
Salam 2 all.

Sidang Parlimen hari ni Rabu 30 Zulqaedah 1430/ 18 Nov 2009 berlaku sesuatu yang sangat menarik perhatian saya.

Ini berlaku apabila YB Timbalan Menteri Kewangan yang sedang menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa menyentuh isu berkaitan hasil judi yang diperolehi Kerajaan.

Beberapa orang Ahli Parlimen daripada kalangan bukan Islam bangun dan mendesak supaya kerajaan mengkaji semula kegiatan judi dan pelesenannya, dengan menyatakan bahawa aktiviti berjudi saperti empat nombor ekor dan lain-lain telah menyebabkan kesengsaraan kepada ramai orang terutamanya kaum Cina.

Diantara Ahli Parlimen yang terlibat adalah YB Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), YB Cheong Jen Fen (DAP-Kucing), YB Fong Ko Puan (DAP-Batu Gajah) dan YB Anthony Loke (DAP-Rasah).

Mulanya kami MP Muslim dari Pakatan bercadang hendak menyertai bahas dalam isu judi ini, tapi bila dah tengok yang MP bukan Islam dah bersungguh-sungguh membangkitkan isu itu, kami rasa sudah lebih dari mencukupi.

Dan saya angkat tabik kepada Timbalan Menteri Kewangan YB Datuk Awang Adek Hussein yang telah memberi jaminan akan membawa isu itu ke peringkat kabinet dan "berjuang" untuk mencapai matlamat tersebut.

Bukan senang untuk kita melihat Ahli Parlimen bukan Islam berusaha untuk menghapuskan amalan perjudian, dan bukan senang nak tengok Menteri UMNo/Be End mengambil sikap bersetuju dan memberi jaminan akan berjuang untuk menghapuskannya.

Bravo kepada mereka semua..dan tahniah atas sikap berani dan tegas dalam menangani isu judi ini.

Dan kepada semua Ahli Parlimen yang beragama Islam, tak kira PR atau Be End, ini patut menjadi satu pengajaran bagi kita dan memberi suntikan semangat untuk melaksanakan syariat Islam. Yang penting kita memainkan peranan mendidik dan mendakwah mereka tentang kebaikan dan menafaat yang akan diperolehi rakyat tak kira apa bangsa dan agama jika syariat Islam dilaksanakan sepenuhnya. Saya yakin bila mereka diberi kefahaman yang cukup, mereka akan bersedia menerimanya..

TAPI..Mat Jais kata nak dakwah kena ada toliah pulak..hampeh.. ;//

Adios.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
30 Zulqaedah 1430
18 Nov 2009

Radio Jakim "SALAM FM"

Sudah beberapa bulan saya mengikuti siaran ini semasa memandu pada setiap pagi hari berkerja (Isnin-Jumaat). Slot 7:30 pagi amat menarik kerana mengupas banyak perkara dan isu. Yang lebih menarik minat saya ialah program Tasawur Islam yang disampaikan oleh Ust Shauqi Othman pensyarah kanan UPM. Program setiap hari Khamis 7:30 pagi itu mengupas secara ilmiah dan panjang lebar tentang pemerintahan Islam. Diharapkan program ini dapat diteruskan bagi memberi kefahaman tentang pemerintahan, keadilah dan visi Islam itu sendiri.

____________________________

Tag Line : Menjana Minda Ummah
Masa Siaran : Jam 0100 Pagi Sehingga 0800 Pagi Setiap Hari
Konti Siaran : Studio 7 Berkongsi dengan Asyik FM dan Suara Islam
Siaran Percubaan : Bermula 15 Februari 2009 Mulai Jam 0100 sehingga 0800, 7 jam berterusan

Frekunsi : FM 91.1 MEGAHERTZ bagi kawasan LEMBAH KELANG
FM 102.5 MEGAHERTZ bagi kawasan PAHANG BARAT
FM 105.1 MEGAHERTZ bagi kawasan CAMERON HIGHLAND

GELOMBANG PENDEK KEBANGSAAN (GPK)
SW 6070 KILOHERTZ
GELOMBANG PENDEK SW 9750 KHZ 31 METER
SW 9750 KHZ 48.58 METER

Objektif :
  1. Melebarkan lagi program dakwah melalui radio dalam Bahasa Malaysia dengan program-program yang berinformasi dan ilmiah;
  2. Untuk memberi pilihan kepada pendengar mendapat INPUT dakwah secara interaktif pada waktu awal pagi;
  3. Untuk memastikan ajaran Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat bagi melahirkan ummah yang progresif dan berakhlak mulia.

Wednesday, November 18, 2009

Knowing yourself, knowing your enemy, you will achieve absolute victory.


Menjenguk perlembagaan UM NO... Cuma saya hairan selepas lebih 50 tahun negara merdeka Mahkamah Syariah masih lagi tak ada kakitangan yang berkelayakkan untuk melaksanakan hukum sebat menurut syariat Islam. Sila rujuk kes Kartika. Kini mereka membuat pelbagai alasan dan dalih untuk tidak melaksanakan hukum Islam. Apakah kedudukkan Islam dalam perlembagaan UM NO sebenarnya? Apakah UM NO sebenarnya adalah parti kebangsaan (perkauman Melayu) tulin? Di mana letak Islamnya? Adakah sekadar di bibir buat pemanis mulut sahaja? Sedangkan dari segi perlaksanaan tidak dapat dibezakan antara sivil dan syariah.

Apakah Fasal 3.2 itu yang sebenarnya menjadi asas perlembagaan UM NO? Oleh kerena Perlembagaan Malaysia diasaskan oleh Lord Reed maka UM NO sebenarnya mempertahankan perlembagaan lebih dari mempertahankan Islam. Ini adalah kerena menurut perlembagaan negara, mana-mana undang-undang dan peruntukkan yang bercanggah dengan perlembagaan maka undang-undang itu akan terbatal dengan sendirinya..... Sebagaimana peruntukkan

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan.

(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

Yang ini perlembagaan UM NO:

FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

PAS Tanding di Kota Siputeh

Jumlah Pengundi: 20,281
Peratusan Kaum: Melayu : 91.69% Cina : 7.46% India : 0.08% Lain-lain : 0.78%

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang bersetuju PAS akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputih, Kedah sekiranya berlaku pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata persetujuan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dihadiri pemimpin-pemimpin kanan parti pembangkang di Parlimen, di sini, semalam.

"Kita membincangkan perkara itu dan PAS telah menyatakan sudah siap sedia untuk bertanding di kerusi berkenaan. Parti Pakatan Rakyat lain akan memberikan sokongan padu kepada PAS," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan.

Kerusi Kota Siputeh disandang Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ia diisytiharkan kosong semalam oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berikutan kegagalan beliau menghadiri dua persidangan dewan itu secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Bagaimanapun hari ini Abu Hassan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, melalui peguam yang mewakilinya Datuk Mohd Hafarizam Harun. BERNAMA

Tuesday, November 17, 2009

Lagi Pilihanraya Kecil?

Datuk Abu Hassan Sarif kini bukan lagi ADUN Kota Siputeh

KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturutturut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika manamana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," kata beliau.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. BERNAMA

Monday, November 16, 2009

Mencari sasaran baru

Aktiviti membunuh tokoh PR akan diteruskan bagi memburuk-burukkan PR. Serangan terhadap TG Nik Aziz dibuat selepas beliau diumumkan dan dicadangkan sebagai Pengerusi PR. Iaitu secara langsung serangan baru terhadap calon Perdana Menteri Malaysia in the making. Setelah puas menghentam DS Anwar yang dikaitkan calon PM, kini peluru diarahkan kepada calon PM yang baru.

Sekarang jelaslah bahawa sekiranya ada nama baru keluar, segala usaha akan digerakkan untuk memburukkan tokoh tersebut. Ada jugak orang jenis macam ini.

Tauliah: Apakah kerana dia Dr Mohd Asri?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor.

Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

Anwar isytihar perang pertahan Selangor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habisan," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Friday, November 13, 2009

Zaid picks Nik Aziz to chair Pakatan Rakyat Malaysia

Zaid is the pro-tem chairman of Pakatan Rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR, Nov 13 — The opposition bloc should name Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat to be chairman of the Pakatan Rakyat Malaysia to foil any further attempts by Umno to have “unity government” talks with PAS, Datuk Zaid Ibrahim said today.

The maverick politician also wondered aloud why none of the three parties making up the Pakatan have mentioned the coalition except to clarify that he is the pro-tem chairman.

Writing in his blog today, Zaid also asked the coalition to review its ambitious plans to capture the Borneo states of Sabah and Sarawak and instead asked them to support local parties there.

He also confirmed The Malaysian Insider's report that the Pakatan Rakyat Malaysia submitted its registration on Nov 3.

"To make these efforts a success, we need 'sacrifices' from Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang can also make a big contribution by asking Tok Guru Nik Aziz to be the leader or chairman of Pakatan Rakyat, just like Mahatma Gandhi was spiritual leader to the Congress Party," said Zaid, referring to the leaders of PKR and PAS who are seen as less popular than respected PAS spiritual leader.

He also said veteran DAP leader Lim Kit Siang could prove his "statesmanship" by agreeing to his suggestion and to be adviser for democratic and human rights affairs.

"In one stroke, this will silence any agenda for a 'unity government' with Umno," Zaid stressed.

The head of the Pakatan Common Policy Platform secretariat also asked for a review of the bloc's push to win Sabah and Sarawak.

"Political reality shows it is a heavy effort and we have seen negative reaction with the tussle for seats like in the 2008 general election.

"Political wisdom also shows its better for Pakatan to play its role by supporting parties that are in tune with it in Sabah and Sarawak," he said, adding that step would show respect to the locals and make them equal partners in the coalition.

"Isn't this more realistic?" he asked.

"Only a grand coalition like this can overcome the Barisan Nasional giant," Zaid said.

On the flip side, he said capturing Putrajaya would remain a daydream if the leaders of the three parties felt they were strong enough and wanted to continue using old ways such as electoral pacts to form the federal government.

Saying he hoped not to offend anyone, Zaid noted the important issue was to achieve change and it will not happen if the allies only prioritised their parties and positions.

"They are not change agents. This group only wants power for themselves.

"The people will see that this group is no different from Umno and Barisan Nasional leaders," said Zaid, who is noted for being blunt and outspoken.

He said they must make the same sacrifices that they demand from the people for reforms to happen.

"If the leaders are still stubborn, the people will punish us in the next general election," Zaid wrote.

He also noted it was the first time three major opposition parties in Malaysia united in a legal entity with a common logo and single political aim.

But Zaid lamented the joy for the historic moment has not been shared by leaders from PKR, DAP and PAS.

"There hasn't been an encouraging statement from the top leadership of the three parties. It is as if they don't want it made public," he said, noting the only statement made was to deny that he was the chairman of the coalition.

Zaid sarcastically thanked them for the clarification, saying Malaysians know that registering a group or party would require the name of sponsors or a pro-tem committee.

"Of course, it doesn't make sense for me to be leader to top leaders like Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang and Lim Kit Siang.

"What the people want to hear but has yet to be told is the aim and hope of forming Pakatan Rakyat Malaysia as an alternative to Barisan Nasional," he said.

Zaid said explaining the substance was more important than the form of the organisation, adding that people want to know the aim, vision and joint strategies of Pakatan.

He noted the plans remained vague but Pakatan should work with like-minded individuals such as Tengku Razaleigh Hamzah as another "striker" to strengthen the pact.

"Ku Li might be a veteran but he has integrity and contemporary political views," he said, adding that the Gua Musang MP need not jump from Umno to still help Pakatan.

Zaid said the Kelantan prince could still be invited to speak at political ceramahs as his aims were similar — to eliminate corruption and move the country forward.

Deceiving the enemy

Sudah hampir 2 tahun PRU12 berlalu namun pergolakkan politik negara tidak pernah surut. Di pihak yang menang mereka dalam keadaan tertekan untuk melaksanakan amanah yang diterima semasa PRU 12 dan bagi membuktikan kepada rakyat yang mereka juga boleh dan mampu mentadbir dengan baik.

Sedang di pihak yang kalah, mereka terus meningkatkan usaha untuk mengambil kembali apa yang mereka telah terlepas. Mereka tidak sanggup menerima kekalahan ataupun menjadi pembangkang.....

Akibat tidak mahu akur dengan keputusan rakyat ini, maka hingga kini terlalu banyak isu-isu politik timbul yang dilihat tidak menguntungkan rakyat. Sehingga sebahagian rakyat ada yang yang mula berkata kalau macam ini tak payah tukar pemerintah lagi bagus! Otak pun tak berserabut.

Disinilah kejayaan media perdana dalam memainkan peranan mereka untuk memburukkan musuh politik dan mengelirukan rakyat. Media yang masih dikuasai oleh mereka terus-terusan melaksanakan agendanya untuk memburuk-burukan musuh politiknya hatta terpaksa menulis secara yang tidak telus dan berat sebelah.

Mereka yang berjuang dalam parti mungkin faham apa yang berlaku; tetapi bagaimana mereka yang berada diluar yang hanya membaca akhbar utama dan TV tempatan? Mereka ini mangambil berita dari media perdana umpama menerima wahyu dari tuhan.

Bukan itu sahaja, segala bentuk tekanan diberikan dalam bentuk sekatan dana dan kemudahan pentadbiran tidak diberikan bagi mengambarkan ketidakupayaan musuh mereka. Mereka ini sanggup melihat rakyat susah dan menderita demi mendapatkan kuasa kembali. Ini adalah kerana mereka beranggapan sekiranya mereka kalah lagi dalam PRU13 maka mereka mungkin terpaksa menanti 30 hingga 50 tahun lagi untuk memerintah semula.

Pelbagai tektik dimainkan bagi menggambarkan keburukkan parti politik lawan hingga apabila kita membaca atau mendengar berita seolah-olah negara sedang bergolak seumpama negara jiran atau selatan Afrika. Ataupun mereka cuba mengambarkan perti lawan cerai berai dan tidak mampu memerintah. Justru mereka mengharap rakyat kembali menyokong mereka.

Kenapa ini semua berlaku?.... Jawapannya adalah mudah. Yang kalah tidak mahu menerima kekalahan.

Mereka yang baru hilang kuasa ini akan terus menggunakan segala kemudahan dan jentera yang berbaki yang mereka masih kuasai untuk menjatuhkan lawan. Hingga mereka sanggup membeli orang dengan harga yang tidak mampu ditolak oleh orang yang bertuhankan duit. Mereka sudah bisa mewah dan berkuasa tak kan mereka mahu menjadi rakyat biasa ataupun menjadi pembangkang.

Tatik mengelirukan dan mangaburi mata masyarakat ini akan terus berlangsung hingga mereka ini hilang peluang dan kuasa terus atau mereka menang semula. Tetapi sekiranya dia menang mereka akan mengunakan kuasanya untuk membalas dendam dan menindas mereka yang kalah dan juga mereka yang menyokong parti lawan. Saya yakin ianya akan terus berjalan hinggalah lahat menjemput dia kembali.

Apa faedah yang rakyat dapat dari pergolakkan ini?.... Tak ada! bahkan merekalah yang mengaut keuntungan politik

Ingatlah kini kesedaran rakyat dan sumber maklumat sudah meningkat. Mereka hanya mampu mempengaruhi sebahagian rakyat yang tidak terdedah dengan media alternatif. Ataupun mereka masih disokong oleh golongan yang taksub dengan politik kepartian. Ataupun mereka yang mempunyai sifat perkauman yang sangat tebal. Akibatnya mereka bebal dengan perkembangan zaman dan terkongkong dalam politik sempit.

Perubahan politik perlu diteruskan dan pastinya cabaran akan terus ditingkatkan. Tekanan dari mereka pastinya sudah dijangkakan. Kita juga pasti mereka sanggup menggunakan kaedah 'matlamat menghalalkan cara'.

Kini mereka menggunakan kaedah 'deceiving the enemy' bagi mengaburi mata rakyat. Mereka cuba melalaikan rakyat dan musuh politik dengan pelbagai cara dan isu. Sedangkan mereka sendiri sedang berusaha menyusun operasi bagi memadamkan peluang parti lawan untuk menang dalam PRU13.

Mereka akan menggunakan segala jentera kerajaan yang ada bagi melaksanakan agenda kotor mereka. Mereka akan menggunakan dana pembangunan rakyat bagi kepentingan politik mereka. Hatta mereka sanggup menipu rakyat bagi memastikan imej parti lawan kotor bagi memastikan lawan mereka tewas dalam PRU13.

Masa sudah semangkin suntuk. Rakyat perlu diberi kesedaran. Perkhidmatan kepada rakyat terutamanya di Selangor perlu dipertingkatkan. Biarlah sekiranya kita kalah juga dalam PRU13, khidmat baik dan jasa kita kepada rakyat terus diingati dan disebut sehingga generasi akan datang. Bukan untuk mencari nama hanyalah ingin menabur bakti kepada nusa dan bangsa sementara diberi kuasa dan peluang.

Hari ini mungkin rakyat tidak sedar......, jangan sampai kita hilang dan tidak ada baru mereka berkata 'alangkah baiknya jika dia masih ada'. Pada masa itu segalanya sudah terlambat untuk diubah dan tak dapat kita tolong..................

Wednesday, November 11, 2009

Sokongan muda lari?....


Adakah benar Pas berdepan kemelut baru apabila sokongan golongan muda kepada parti itu dilaporkan berpaling arah dengan mendadak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, tahun lalu. Sila rujuk http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/.

Setakat ini 69.5% masih percaya sokongan orang muda masih kuat. Syabas.

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal

SHEIKH Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah, meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, demikian harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News melaporkan pada Ahad.

Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kg atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979.

Kerja-kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu.

Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, mengacu pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya.

Tiang dalam dan meezab, dibuat daripada emas 24karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan.
Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu.

Ayat al-Quran "Ya Hayy Ya Qayyum" (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan "Allah" dan "Muhammad" diukir pada pintu. Kerja-kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung halaman datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah alFalah tempatan beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun.

Ahmad telah bekerja di kedai bapanya "Sheikh Ibrahim Badr" di Goldsmiths' Street sepanjang hidupnya.

Beliau lahir dalam keluarga pertukangan seni yang terkenal dengan kehalusan kerjatangan emas yang ekskuisit....... Al-Fatehah.

Bai'ah : Antara Realiti dan Sensasi

Seppuku atau harakiri : Nak suruh PAS taruhkan nyawa macam Jepun kuno ke?

PAS sekali lagi digegarkan oleh satu isu sensasi yang menarik perhatian banyak pihak terutama media perdana khasnya musuh politik tradisi PAS iaitu UMNO. Ierbaru isu bai'ah atau janji taat setia atau akaun bersumpah yang mempertaruhkan sesuatu yang amat berharga dalam hidup iaitu perkahwinan.

Dahulu sahabat juga bai'ah dan mereka mempertaruhkan sesuatu yang amat berharga demi mempertahankan Nabi SAW iaitu nyawa mereka. Ini sesuai pada zaman tersebut yang mengkehendaki sahabat untuk turun berperang melawan musuh. Mereka membunuh atau terbunuh di medan jihad. Tetapi kini PAS tidak berperang dan jauh sekali untuk membunuh dan terbunuh dalam pilihanraya. Apa lagi yang boleh dipertaruhkan untuk menunjukkan kesungguhan mereka? Adakah kita nak jadi macam Jepun kuno yang menuntut untuk melakukan seppuku atau harakiri sekiranya kalah dalam peperangan atau memalukan negara atau memalukan parti..... yang mana ianya adalah membunuh diri dan ianya jelas haram.

Bagaimana pula kedudukkan bai'ah menceraikan isteri talak tiga ataupun mungkin istilah yang lebih tepat melafazkan taklik (sekiranya amalan ini wujud) apabila ADUN PAS lompat atau keluar parti ? Apakah ianya wajar atau apakan hukumnya dari sisi agama?

Sebelum saya menjawab perkara tersebut saya ingin mengutarakan satu penjelasan. Dari segi hukum, ini kena bertanya kepada mereka yang lebih arif dan boleh mengeluarkan fatwa iaitu Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya lebih suka menbincangkan perkara ini secara teori dan logik. Sekiranya perkara bai'ah ini benar maka ADUN yang hendak lompat parti secara automatik isterinya tercerai dengan talak tiga. Sebelum itu kita perlu mempertimbangkan beberapa senario lagi yang kita perlu lihat:

Senario 1
ADUN PAS yang menang dan tak puas hati kepada parti lalu keluar dari PAS.... Maka secara automatik isterinya tertalak tiga.

Senario 2
ADUN PAS yang menang dan dibeli oleh musuh politik seumpama ADUN Cangkat Jering., Behrang, Jelapang dan Pelabuhan Kelang lalu dia keluar parti..... Maka secara automatik isterinya tertalak tiga.

Senario 3
ADUN PAS melanggar diseplin parti lalu dipecat keanggotaan parti..... Adakah ianya diketegorikan keluar parti? Adakah isterinya tercerai?

Senario 4
ADUN PAS tidak menyokong PR sebaliknya menyokong BN tetapi tak lompat parti? Adakah ini juga diketegorikan keluar parti? Adakah isterinya tercerai?

Sebelum kita menjawab itu semua adalah labih baik kita berfikir dahulu. Jangan hanya kita memandang ianya (bai'ah) tidak pernah dibuat orang maka kita meletakkan ianya zalim, tak berhati perut atau perbuatan bodoh dalam kita sendiri jahil. In the first place, adakah meletakkan diri sebagai calun dalam pilihanraya ini pilihan atau paksaan? Kalau pilihan maka kita boleh memilih untuk bertanding (dengan bai'ah) atau tidak bertanding (tak payah bai'ah). Kalau bertanding sebagai calon PAS itu dipaksakan atas dirinya pula adakah ikrar dalam keadaan seseorang itu dipaksa ianya jatuh hukum?

Marilah kita berlapang dada dalam perkara ini. Media hanyalah memainkan isu ini dan ianya disansasikan bagi memburukkan imej PAS. Akhirnya mereka nak katakan bahawa UMNO itu alim dan lebih baik dari PAS.

Fikir-fikirkan.


Tuesday, November 10, 2009

Inilah syarikat yang dijual dengan nilai 1 Euro oleh Proton

Castiglioni poses with the new MV Agusta F4 motorcycle in Milan.

Harley-Davidson to launch MV Agusta sale next week

MILAN, Nov 10 — Harley-Davidson will name the investment bank to handle the sale of its Italian motorbike unit MV Agusta next week, launching the sale process for the Italian company, MV Agusta’s Managing Director Enrico D’Onofrio said yesterday.

Harley-Davidson decided in October to sell MV Agusta to focus on its core brand only 14 months after buying the Italian company for €70 million (RM350 million).

“There’s a lot of interest, strategic investors, financial investors. There is a process of selection (for the buyer), he said on the sidelines of a new motorbike presentation.

“Next week the name of the investment bank to handle the sale should be revealed by Harley Davidson,” he added.

MV Agusta Chairman, and the company’s former owner, Claudio Castiglioni said it makes sense for Harley-Davidson to talk to him about the sale of the company because of his very strong links to MV Agusta and its workforce.

“The links are good and we can do it quickly,” he said, referring to a sale of the company.

Castiglioni declined to say if he would buy the company on his own and said a serious group could do it. — Reuters

Selangor pertikai pusat tidak salur dana

Tindakan kerajaan persekutuan mengurangkan peruntukan kepada kerajaan Selangor dipertikai sedangkan negeri itu menyumbang hasil sebanyak RM16 billion kepada kerajaan pusat, kata menteri besar ketika mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion untuk Bajet 2010.

"Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan bajetnya di sidang DUN hari ini.

Beliau juga berkata pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.

"Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.

Turut dipertikaikan adalah amalan baru menjalankan projek-projek persekutuan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.

"Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing.

"Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.

Khalid juga berkata, jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

Negara kekurangan jurutera mahir

Brain-drain debate after Penang loses RM10b deal

KUALA LUMPUR, Nov 10 — Penang lost out on a multibillion-dollar foreign investment because it does not have enough experienced electrical and electronic engineers, state officials said.

The assertion could point to a worrying drop in Malaysia’s international competitiveness. After all, Penang is dubbed the country’s Silicon Valley.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng told Parliament recently that the state lost US$3 billion (RM10.2 billion) worth of foreign investment because it could not “commit to having 1,000 engineers”.

“I didn’t turn down their investment but they did not want to come because I could not give them a guarantee,” he was quoted as saying by The Star daily.

Parti Gerakan delegates at its annual assembly on Oct 31 staged a protest to demand that Lim explain why he had lost a big investment. The party has an axe to grind because it lost Penang to Lim’s Pakatan Rakyat alliance in last year’s general election.

According to Lim’s chief of staff Jeff Ooi, the specifications laid down by the potential investor were such that Penang could not fulfil them. He and other state officials declined to identify the Western European company involved.

“We have a shortage of engineers in Penang, and the investor specified that it needed senior electrical and electronic engineers, which we do not have in big supply,” Ooi told The Straits Times.

It spelt bad news for Malaysia, coming amid a sharp drop in foreign direct investments (FDI) into the country.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak recently revealed that the country’s net FDI plunged to RM3.6 billion in the first six months of the year, compared with RM19.7 billion in the same period last year.

Gerakan economic bureau head Wan Sun Keong said Lim gave a “flimsy excuse” for losing the investment.

“Each year, our public and private universities produce no fewer than 6,000 engineering graduates, based on my own unofficial estimates,” he said.

Penang is home to major manufacturing plants, including top chipmakers Intel and Advanced Micro Devices, lighting manufacturer Osram Opto Semiconductors and automotive equipment maker Bosch. Intel alone employs about 5,000 engineers in Penang, said Wan.

The state reeled in RM10.2 billion worth of FDI last year, compared with the national total of RM46 billion.

The Penang Skills Development Centre, which trains students for employment with Penang-based companies, said it produces about 100 electrical and electronic engineers a year.

But Ooi attributed the brain drain to Malaysia’s lack of competitiveness. He said the state government had obtained supporting data from the state Human Resource Department and the Federation of Malaysian Manufacturers.

The opposition has long complained about the brain drain, as Malaysian professionals get lured away by higher pay elsewhere and are turned off by the shrill debates on race and religion. There are also concerns that the country’s education system does not produce quality graduates.

“It all boils down to salaries,” said Shamsuddin Bardan, executive director of the Malaysian Employers Federation. A senior engineer working in the US could make about RM30,000 a month, compared to about RM20,000 in Malaysia.

Fui K. Soong, executive director of the American Malaysian Chamber of Commerce, suggested that a review of the country’s tax structure could help attract talent. “Professionals make much more overseas where the tax structure is much lower than in Malaysia...We have to move up the value chain and create a high-income economy,” she said.

Critics say the tax system burdens the middle class — professionals, entrepreneurs and civil servants — the most. — The Straits Times

Monday, November 9, 2009

Program Mesra Rakyat

Program setengah hari Ketua Pengarah MTD Saudara Mohd Jan turun padang ke Pekan Suntek Batu 9 semalam bertujuan untuk bertemu masyarakat. Selaku Ahli Majlis MPKj, program ini juga digunakan untuk melihat sendiri masalah yang dialami oleh pengguna dan peniaga di Pasar Batu 9 ini.

Program yang dilaksanakan bersama DAP ini juga membuka kaunter untuk memberi kemudahan kepada penduduk untuk mendaftar sebagai pengundi disamping mengingatkan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dan hak sebagai penggundi. Program sebegini akan berterusan bagi memastikan seluruh penduduk dan rakyat negeri Selangor mendapat manfaat yang sewajarnya bernaung di bawah kerajaan negari sekarang.