Thursday, July 31, 2008

Berita Jemaah

Isteri sahabat kita Saudara Sidi (gambar di atas) dari Cawangan Taman Indah Jaya, Jalan Sg Tekali telah dimasukkan wad di Hospital Kajang kerana mengidap penyakit kencing manis. Menurut beliau, isterinya akan menjalani pembedahan kecil hari ini. Sesiapa yang hendak melawat atau menghulurkan sumbangan (sangat diperlukan) sila hubungi terus beliau di no 0132542946.

Wednesday, July 30, 2008

CARUMAN TAKAFUL WARGA EMAS


Kerajaan Negeri Timbang Longgarkan Syarat Mohon Bantuan Masuk IPT

SHAH ALAM, 22 Julai - Kerajaan negeri menimbang untuk melonggarkan syarat bagi permohonan hadiah kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bermula tahun depan.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata syarat sedia ada sekarang iaitu pendapatan keluarga pemohon sebanyak RM1,500 ke bawah mungkin dinaikkan sehingga RM3,000.

“Saya sedang mencuba untuk memberikan bantuan pelajaran ini kepada mereka yang mempunyai pendapatan keluarga mencecah RM3,000, ia mungkin tahun depan,” katanya.

Beliau berkata cadangan itu akan dibawa dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Katanya, ia mungkin direalisasikan dalam fasa kedua agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) selepas pengenalan beberapa dasar antaranya Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Caruman Takaful Warga Emas.

Bermula bulan ini, kerajaan negeri memberi bantuan RM1,000 kepada pelajar IPT awam dan swasta yang datang dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah.

Bantuan itu diberi kepada pelajar yang mengikuti pengajian kali pertama peringkat Diploma dan Ijazah Pertama bagi kemasukan Julai.

Kira-kira 8,500 pelajar dianggarkan layak menerima bantuan melalui peruntukan RM10 juta yang disediakan kerajaan negeri. – NOOR ALLIA KASSIM



Berita MTD

Saudara Lutfi Amir, AJK Majlis Pemuda DUN Dusun Tua telah dimasukkan ke hospital Kajang Sabtu-Ahad lepas kerana kemalangan dan kecederaan di tempat kerja. Jari tangan kiri beliau telah mengalami kecederaan dan telah mendapat rawatan susulan dari pihak Hospital.

Dalam kesempatan yang sangat singkat, Alhamdulillah Ketua Pengarah Majlis Tindakan DUN dan beberapa AJK sempat untuk menziarahi beliau sambil 'membawa keluar' dari Hospital selepas mendapat kebenaran dari Doktor yang bertugas.

Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik kepada Sdr Lutfi Amir dan diharapkan atas terus menyumbang tenaga dalam membantu gerak kerja meninggikan Agama Allah khususnya di DUN Dusun Tua ini.

Beliau merupakan AJK dan petugas parti yang sangat komited, rajin dan bermujahadah. Teruskan khidmat baktimu yang sangat cemerlang itu.

Tuesday, July 29, 2008

Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali - Tawaran yang tawar

Tiada apa yang menarik dalam tawaran Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali bekas MB Perak itu. Kalau beliau menawarkan jawatan MB kepada PAS jika bersedia berkerjasama dengan UMNO, sekarang ni pun PAS sudah menjadi MB Perak. Apa lebihnya apa istimewanya? Yang pasti UMNO lebih untung kerana mereka tengah berkira-kira untuk menjadi exco negeri.

Tak payahlah buat tawaran yang bukan-bukan. Adalah lebih baik UMNO memulakan hubungan baik dengan PAS melalui kerjasama yang lebih kukuh untuk membina negara yang lebih maju. Mereka patut meningkatkan kerjasama dan hubungan dengan negeri-negeri Kelantan, Kedah dan Perak disamping Pulau Pinang dan Selangor. Sepatutnya tidak timbul masalah orang Melayu ketinggalan atau terbuang dinegeri sendiri kalau kerajaan pusat dan UMNO tidak mengamalkan politik balas dendam dan penindasan. Kerjasama perlu ditingkatkan dalam menyalurkan bantuan dan pengagihan sumber. Ini termasuklah juga promosi pelaburan dalam dan luar negara.

UMNO sepatutnya sedar bahawa siapapun yang memerintah PAS atau UMNO; yang paling utama ialah suara orang Islam dan Melayu masih kuat di Parlimen dan DUN. Kalau UMNO terus mengamalkan politik pecahbelah, balas dendam, menindas dan pentingkan diri sendiri; sampai bila pun orang Islam dan Melayu akan terpinggir.

Sepatutnya UMNO perlu membantu PAS dengan lebih bersungguh-sungguh terutamanya negeri-negeri yang tidak diperintah oleh UMNO seperti Kelantan dan Kedah. Selagi perkara ini tidak dibuat orang akan mempertikaikan keikhlasan UMNO dalam apa juga tawaran kerjasamanya.

Sekalung tahniah kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di atas komen beliau yang tegas.
________________

Perak MB snubs Umno team-up offer
By CLARA CHOOI and CHRISTINA KOH

IPOH: Perak Umno has offered the state PAS to team up with it but Perak Mentri Besar snubbed the offer saying, “PAS in Perak will be in Pakatan Rakyat forever and ever.”

Making the offer at a press conference here yesterday, Perak Umno chief Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali said the party was even prepared to allow PAS to keep the mentri besar’s post.

Tajol Rosli, who described the move as bringing about political stability and a stronger state government, stressed that he would not take up any positions in the new administration because he did not want to be accused of “controlling” the state government.

The state government is now a coalition of DAP (18 seats), PKR (seven) and PAS (six). Umno controls 27 seats while MCA has one.

If PAS were to join forces with Umno and Barisan, the team would control 34 seats.

In an immediate reply, Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin firmly rejected the proposal.

“As far as PAS in Perak is concerned, we will be in Pakatan Rakyat forever and ever.

“There is no way we will pair with them (Umno). We are the Pakatan Rakyat; a composition of PAS, DAP and PKR,” he said at a press conference after chairing the Perak Water Board meeting here yesterday.

He said that this was because the people of Perak had given their mandate to the present administration by voting the Pakatan into power.

“We are integrated as the PR to serve Perakians forever and ever.

“We will never align with Umno and this is our commitment,” he said.

On Tajol Rosli’s suggestion that the offer to make a PAS representative the mentri besar, Nizar, who is also Perak PAS deputy commissioner said:

“He can offer whatever he wants. No, we disagree. At the state-level, we are not willing.”

Nizar added that if there were ever plans to merge with a party outside of the PR, the PAS leadership would have to discuss the matter first with DAP and PKR. “Even then, I do not think this will happen,” he said.

Monday, July 28, 2008

Bubar Atau Penjenamaan Semula?

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru
Jul 26, 08 9:49pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Persoalan yang perlu dijawab : Bubar PAS bubar UMNO dan buat sebuah parti ISLAM baru. Saya pasti parti ISLAM baru tersebut akan serupa kalau tidak sama pun sama dengan PAS. Tok Guru pun dah lama tawarkan, sekiranya UMNO jadi parti ISLAM dan mengambil Al-Quraan dan Sunnah sebagai perlembagaan dah lama PAS bubar dan semua orang Melayu dan ISLAM masuk UMNO. Tapi UMNO tidak mahu. Kita tunggu dan lihat selepas ini. Saya tak jangka UMNO akan terima.

Yang pasti sehingga saat ini tiada tanda-tanda UMNO berhenti menindas wakil rakyat bukan BN termasuklah PAS. Tiada peruntukkan dan kelewatan peruntukan rakyat, penubuhan JKKP, pendaratan hasil minyak dan gas Kelantan, lebuhraya ke Kelantan, penghinaan terbuka di media masa dan lain-lain aktiviti yang masih berterusan. Tiada tanda-tanda UMNO hendak berdamai. Tetapi terus berkerja keras menghancurkan Pakatan Rakyat dan PAS.


Patutkah PAS terus menganggotai Pakatan?
Jul 27, 08 8:33pm
Pakatan Rakyat patut menimbang secara serius sama ada PAS patut dibenarkan terus menganggotai pakatan pembangkang itu, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Beliau mempertikaikan beberapa tindakan pemimpin PAS yang menurutnya telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan parti itu.

Seperti biasa Karpal atau Lim Kit Siang adalah orang yang paling menentang apabila PAS membuat apa-apa kenyataan terutama sekali yang melibatkan orang Melayu dan Islam.Dialah antara orang yang selalu diburu media untuk memberi reaksi. Seperti biasa inilah jawapannya. Perlu di ingat sekitanya PAS berpecah dengan Pakatan Rakyat kesannya akan kita melihat serta-merta di Selangor dan Perak. Perubahan kerajaan negeri akan berlaku. Pakatan Rakyat akan kehilangan kerajaan negeri Perak dan Selangor 50-50.

Kita tunggu apakah tindakkan yang akan dibuat oleh UMNO selepas ini. Bola telah di kaki mereka. Sekiranya perjuangan kebangsaan dan ego mereka lebih utama dari agama dan negara maka mereka akan termenung sampai sudah dan tidak ada penyelesaian. Sehinggalah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru dan mengambil alih pemerintahaan mereka pun masih termanggu lagi. Kita tunggu.......

Nota : MINYAK TERUS TURUN LAGI...... USD123


Thursday, July 24, 2008

Harga Minyak Terus Turun

Harga minyak dunia kini terus turun kepada USD124.55 satu barrel. Ini menyebabkan harga petrol juga turun kepada USD3.255 segelen dipasaran hadapan New York.

Sekiranya kita terjemahkan nilai diatas kepada harga petrol di negara kita adalah seperti berikut:

Harga petrol satu liter dalam USD = USD3.0255/3.79 = USD0.798 seliter (Nota : 1 gelen = 3.7854118 liter)
Harga petrol satu liter dalam RM = USD0.798 x RM3.2 = RM2.55 seliter (Nota : USD1 = RM3.2)

Nampak gayanya harga petrol kita dah di atas harga pasaran. Bila nak berubah? Masih sebok dengan Muzakarah dan muqabalah lagi ke? Masih nak selamatkan UMNO lagi. Dah lupa ke cerita Sang Kerbau Dan Sang Buaya ke? Adakah kita nak melepaskan anjing tersepit?

Kalau UMNO ikhlas nak perjuangkan agama dan bangsa ada baiknya mereka pakat ramai-ramai masuk PAS. Nescaya perpaduan dalam masyarakat Melayu dan Islam akan pulih semula. Insyallah. Tapi kalau banyak sangat alasan maka biarlah Luncai terjun dengan labu-labunya.

Wednesday, July 23, 2008

Majlis Syura PAS bermesyuarat esok (hari ini)



KUALA LUMPUR, 22 Julai: Isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat esok, 23 Julai di Kota Bharu.

Fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.

Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.

Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.

Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.

Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tuesday, July 22, 2008

Singapura Tuntut Perairan Wilayah Dan EEZ Di Sekitar Batu Puteh

Oleh Zakaria Abdul Wahab

SINGAPURA, 22 Julai (Bernama) -- Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lepas dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.

Menteri kanan republik itu Balaji Sadasivan berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Dis 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan.

Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam.

Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak.

Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura.

Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika "ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian".

Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman.

Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.


Nota : Singapura tidak akan puas hati hanya setakat mendapat Pulau Batu Putih. Ia sebenarnya mahu menghubungkan Pulau Batu Putih dengan Pulau Singapura dan hasilnya sebuah wilayah yang sekali ganda pulau Singapura. 'Terima Kasih Ketua Peguam Negara'.

MINYAK TURUN?

Dengan penurunan harga minyak mentah dunia (lihat graf sebelah) kita lihat tiada usaha atau janji kerajaan untuk menurunkan harga minyak di negara ini.

Berapa harga petrol didagangan antarabangsa?

Rujuk kepada Nymex RBOB Gasoline Future
Kalau nilai petrol USD 3.204 segelen (harga diatas adalah dalam sen)
Satu gelen adalah bersamaan 3.7854118 liter (orang Malaysia beli minyak guna sukatan liter)
Maka harga satu liter adalah 3.204/3.7854118 = USD 0.8464072522
Kita gunakan tukaran asing USD1 = RM3.2 maka harga petrol di pasaran antarabangsa adalah RM2.708503207

Kini kita bayar RM2.70 satu liter. Adakah kini harga minyak di negara ini sudah terlalu hampir dengan harga di pasaran antarabangsa? Adakah kerajaan akan terus buat tak tahu hingga harga minyak kita lebih mahal dari harga pasaran? Adakah tektik kes DNA DS Anwar Ibrahim dan isu Muzakarah digunakan untuk mengalihkan perhatian kita daripada kenaikkan harga dipasaran tempatan.

Biarkan rakyat negara ini dengan isu sampingan dan lupakan isu minyak.

Kita perhatikan seterusnya harga minyak ini......

Wednesday, July 16, 2008

Bila Timbalan Menteri Tidak Dapat Bezakan Antara Pukul 1 Petang Dengan 2 Petang

Anwar wouldn’t have made 2pm deadline
Wednesday July 16, 2008 MYT 5:17:22 PM
By SIM LEOI LEOI

KUALA LUMPUR: PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim would not have been able to turn up for his scheduled appointment at the city police headquarters on time.

Deputy Home Minister Datuk Wan Farid Wan Salleh said Anwar was supposed to have gone straight to the police headquarters here after his interview at the Anti Corruption Agency in Putrajaya.

“Instead, he was on his way home. He couldn’t possibly have made it on time.

“The police were just executing a warrant of arrest against Anwar,” he told reporters in the Parliament lobby on Wednesday.

Wan Farid was commenting on the arrest of Anwar, who was picked up in front of his house in Bukit Segambut for investigations after a former aide had lodged a sodomy report against him.

Asked why the police had not waited until 2pm before making the arrest, Wan Farid said: “What's the difference between 20 or 50 minutes?”

“According to the information I received, he went voluntarily to the police car without any incident and that under police custody, he has given his full cooperation,” he said.

Anwar minta penyokong bertenang

Jul 16, 08 4:41pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta para penyokongnya dan rakyat Malaysia supaya bertenang ekoran tindakan polis menahannya hari ini.

Beliau juga meminta mereka supaya menolak sebarang percubaan provakasi, yang boleh dijadikan alasan untuk mengisytiharkan keadaan darurat.

Mantan timbalan perdana menteri itu menyatakan demikan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat beliau petang ini.

Pagi tadi, Anwar memberi kenyataan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya berhubung laporannya terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden 'mata lebam' pada 1998.

Menurut kenyataan itu lagi, semua ini merupakan ulangan episod yang berlaku terhadap Anwar pada 1998.

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur jika sesuatu yang tidak baik berlaku terhadap Anwar.

"Kami ingin mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai janjinya untuk memastikan Anwar diberi pelindungan," tambah kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Anwar ditahan di luar rumahnya di Kuala Lumpur pada jam 1.05 tengahari tadi.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijadual memberi kenyataan kepada ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada jam 2 petang berasaskan kepada persetujuan yang dicapai dengan pihak polis pada hari Selasa.

Kenyataan itu berkata, Anwar baru pulang ke rumahnya dari ibupejabat BPR selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang difailkan berhubung kes penyembunyian fakta, yang membabitkannya pada 1998.

Menurutnya, ketika beliau menghampiri rumahnya, 10 kereta polis, separuh daripadanya tidak bertanda, memintas kereta yang dinaiki Anwar. Sekumpulan 20 orang anggota komando menghampirinya, sekaligus mengingatkan kembali insiden ketika Anwar ditahan di rumahnya pada September 1998.

Seorang pegawai mendatangi Anwar dan mengarahkannya menaiki kereta polis yang tidak bertanda untuk dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur. Peguam beliau tidak dibenarkan ikut bersamanya dalam kereta polis tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, Anwar ditahan kurang 15 jam selepas beliau mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai kenaikan harganya minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Analisis: Debat yang menghiburkan, saling raih populariti



Oleh Mohd Sayuti Omar
Rabu, 16 Julai 2008

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak sepadan.

Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shabery, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini.

Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya.

Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka.

Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini.

Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh.

Bagi Shabery dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri.

Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shabery meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.

Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shabery sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.

Kesanggupan itu satu kehebatan Shabery sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery.

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.

Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.

Debat minyak

1-2 perkara yang menarik perhatian saya melihat gelagat tema-teman sekeliling ketika menonton debat berjemaah di depan television malam tadi.

1. Apa yang ditepuk dan disorak bagai nak rak oleh tetamu-tetamu (penyokong) Dato Shabery itu, adakah mereka seronok harga minyak naik? pelik..pelik.. tapi soalan ini ditimbulkan oleh adik saya yang pengalaman politik dan ekonominya tidak ada sangat

banyak lagi yang menarik dan tertarik dalam debat malam tadi..

Monday, July 14, 2008

Debat Anwar VS Shabery: Khabar terbaru….



Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur berjalan lancar. Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam esok 15 Julai. Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini. TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian. Perubahan ini tidak dapat dielakan kerana TV3 terikat dengan program asal yang dijadualkan malam itu. Selain TV9 ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani ( saluran 501). Promosi mengenai debat yang akan disiarkan menerusi TV9 sudahpun disiar menerusi TV3 dari masa ke semasa. Pada lewat petang Ahad pihak Bernama TV ( menerusi saluran Astro 502) juga menyampaikan keputusannya nak turut menyiarkan debat itu secara langsung. Agendadaily selaku penganjur debat ini melihat kesediaan ketiga-tiga stesyen televisyen itu serentak menyiarkannya secara langsung sesuatu yang sangat positif dalam menengahkan budaya perdebatan secara intelektual mengenai sesuatu isu besar negara.

Friday, July 11, 2008

FENOMENA ISTIMEWA MATAHARI DI ATAS KAABAH


16 JULAI 5.28 PM (Waktu Malaysia)

Cara untuk menyemak arah kiblat
  1. Pacakkan sebatang kayu atau apa-apa objek yang lurus di atas permukaan yang rata.
  2. Pastikan kayu tersebut tegak 90 darjah.
  3. Pastikan bayang-bayang kayu tersebut jelas kelihatan di atas permukaan yang rata tadi
  4. Pastikan kawasan tersebut, matahari boleh kelihatan dengan mudah dan tidak terlindung.
  5. Tunggu sehingga 5.28 PM jika pada tarikh 16 Julai
  6. Apabila sampai waktunya, perhatikan bayang-bayang objek tadi.
  7. Unjurkan garisan bayangbayang tersebut ke arah matahari.
  8. Garisan itu akan menunjukkan tepat ke arah kiblat, InsyaAllah

Thursday, July 10, 2008

Protokol ke 10 Yahudi

Protokol ke 10 Yahudi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Radio Bernama 24 pun dah ada banyak lagu.

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Filem kita pun apa kurangnya. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......

3. ..Smoke....
Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak macho jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Yahudi kaya-raya....

4. ....Sport...
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi score lagi....

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Protes minyak pun ada live band. Yahudi seronok sakan....

6.... Female...
Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta...di hadapan bateri terpampang gadis dengan pakaian tidak menutup aurat beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Yahudi londeh kita.....

7...Fashion....
Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...Kita serupa macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza Hut... dan seribu satu macam lagi... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Perut kita perut Yahudi...

Siaran langsung debat Anwar VS Shabrey di TV3



Debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek pada malam 15 Julai ini anjuran www.Agendadaily.com akan disiarkan secara langsung oleh TV3 selaku penyiar rasmi.Debat itu juga akan disiarkan secara langsung pada waktu sama oleh Astro Awani. Difahamkan kemudiannya RTM1 akan buat siaran tertunda debat berkenaan. Hanya 200 orang saja - 100 orang jemputan penganjur,50 pihak Anwar dan 50 pihak Ahmad Shabrey diundang menyaksikannya di Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Debat itu adalah dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak '.

Tuesday, July 8, 2008

SAH...Anwar beri surat setuju debat dengan Shabery

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan persetujuan hitam putih bertarikh 7 Julai kepada Agendadaily untuk hadir bagi berdebat dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Surat berkenaan diserahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik oleh Anwar bagi pihaknya untuk menguruskan prosedur debat berkenaan di bangunan Parlimen jam 2.40 petang Selasa. Shabery pula telah memberi surat sahkan kehadirannya pada 26 Jun lalu. Debat tersebut akan berlangsung pada 15 Julai depan (Selasa) jam 9 malam di Dewan Bahasa dan Pustaka. Debat itu akan disiarkan secara langsung dan pihak Agendadaily telah mendapat pengesahan stesen TV yang akan siarkan debat itu secara langsung.

Friday, July 4, 2008

Koleksi Gambar: Sekitar majlis pengebumian anak tahanan ISA

Unit Foto Harakah
Fri | Jul 04, 08 | 8:43:28 pm MYT

Anak tahanan ISA, Shahrial Sirin, Aina Mardiah, 17, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Serai jam 11.30 pagi tadi. Sebaik keluar dari van jenazah, Shahrial yang masih mengenakan pakaian yang dipakai sewaktu tiba dari Kementa semalam bersama-sama ahli jawatankuasa khairat kematian menurunkan jenazah anaknya ke liang lahat.







Pembaca yang sudi membantu keluarga Almarhumah Aina Mardiah dan keluarga mangsa ISA yang lain, salurkan sumbangan anda kepada HARAKAHDAILY DOT COM, nombor akaun Maybank 5640 7000 0336.

Undang-Undang Syariah Sepatutnya Digunakan Untuk Umat Islam Di England .


Sharia law SHOULD be used in Britain, says UK's top judge

By Steve Doughty
Last updated at 12:21 AM on 04th July 2008

The most senior judge in England yesterday gave his blessing to the use of sharia law to resolve disputes among Muslims.

Lord Chief Justice Lord Phillips said that Islamic legal principles could be employed to deal with family and marital arguments and to regulate finance.

He declared: 'Those entering into a contractual agreement can agree that the agreement shall be governed by a law other than English law.'

In his speech at an East London mosque, Lord Phillips signalled approval of sharia principles as long as punishments - and divorce rulings - complied with the law of the land.

But his remarks, which back the informal sharia courts operated by numerous mosques, provoked a barrage of criticism.

Lawyers warned that family and marital disputes settled by sharia could disadvantage women or the vulnerable.

Tories said that legal equality must be respected and that rulings incompatible with English law should never be enforceable.

Lord Phillips spoke five months after Archbishop of Canterbury Dr Rowan Williams suggested Islamic law could govern marital law, financial transactions and arbitration in disputes.

The Lord Chief Justice said yesterday of the Archbishop's views: 'It was not very radical to advocate embracing sharia law in the context of family disputes'.

He added there is 'widespread misunderstanding as to the nature of sharia law'.

Lord Phillips said: 'Those who are in dispute are free to subject it to mediation or to agree that it shall be resolved by a chosen arbitrator. There is no reason why principles of sharia law or any other religious code should not be the basis for mediation or other forms of dispute resolution.'

Lord Phillips said that any sanctions must be 'drawn from the laws of England and Wales'. Severe physical punishment - he mentioned stoning, flogging or amputating hands - is 'out of the question' in Britain, he added.

Lord Phillips' speech brought protests from lawyers who fear women could be disadvantaged in supposedly voluntary sharia deals.

Barrister and human rights specialist John Cooper said: 'There should be one law by which everyone is held to account.

'Well-crafted laws in this country, drawn up to protect both parties including the weak and vulnerable party in matrimonial break-ups, could be compromised.'

Resolution, the organisation of family law solicitors, said people should govern their lives in accordance with religious principles 'provided that those beliefs and traditions do not contradict the fundamental principle of equality on which Britain's laws are based.'

Spokesman Teresa Richardson said religious law 'must be used to find solutions which are consistent with the basic principles of family law in this country and people must always have redress to the civil courts where they so choose.'

Robert Whelan, of the Civitas think tank, said: 'Everybody is governed by English law and it is not possible to sign away your legal rights. That is why guarantees on consumer products always have to tell customers their statutory rights are not affected.

'There is not much doubt that in traditional Islamic communities women do not enjoy the freedoms that they have had for 100 years or more in Britain.

'It is very easy to put pressure on young women in a male-dominated household. The English law stands to protect people from intimidation in such circumstances.'

Shadow Home Secretary Dominic Grieve said: 'Mediation verdicts which are incompatible with our own legal principles should never be enforceable. One of the key aspects of our free society is equality. This should be understood and respected by all.'

The Ministry of Justice said: 'English law takes precedence over any other legal system. The Government has no intention of changing this position. Alongside this, it is possible to resolve civil law dispute by other systems.'

Thursday, July 3, 2008

P Balasubramaniam Tarik Balik Kenyataan Bersumpah

PI retracts stunning statutory declaration
Jul 4, 08 11:11am
P Balasubramaniam dropped the second bombshell in less than 24 hours, this time claiming that he was forced to make his shocking statutory declaration linking Najib to Altantuya.

Teori Ekonomi 'Pak Pandir' - Dr Dzul

"Apa yang kerajaan laksanakan ini saya sebut sebagai polisi pak pandir. Sebab apa? Setelah kita buka pintu inflasi kemudian kita mahu tutup semula umpama setelah kita buka kandang lembu dan lembu sudah lari keluar sekarang ini kita nak hambat balik lembu.

"Dengan cara apa? Dengan cara kita berikan rebat, berikan pelbagai insentif, gaji dua kali sebulan, pekerja awam dibenarkan bekerja dua kerja satu masa, tetapi semua ini akan meninggalkan kesa yang parah," tegas beliau.

___________________

Komen:
  1. Kerajaan naikkan minyak.
  2. Harga barang peperluan juga ikut naik.
  3. Barang keperluan juga terhad.
  4. Gaji tak naik dan kuasa membeli semakin rendah.
  5. Wang lebih banyak dibelanjakan untuk barang keperluan asas sahaja.
  6. Perusahaan barang kurang perlu terbantut dan mengurangkan kos operasi.
  7. Sektor pelancongan dan perkhidmat yang paling teruk terjejas.
  8. Wang mula banyak disimpan dari berbelanja.
  9. Ekonomi akan menguncup dan inflasi meningkat.
  10. Syarikat yang sakit mula memberhentikan pekerja.
  11. Pengangguran meningkat dan perebutan kerja berlaku.
  12. Kerajaan mengalakkan kerja kedua menambah parah sektor pekerjaan dan perebutan kerja berlaku.
  13. Ramai yang mencari jalan singkat/mudah dengan melakukan jenayah penipuan dan kekerasan.
  14. Ekonomi menjadi gawat dan masalah sosial akan bertambah.
Siapa pula akan dipersalahkan?....... Kerajaan yang lemah atau pengundi yang tak tahu memilih pemimpin..... Atau ahli politik yang tak tahu memilih pemimpin?.....

Semua orang ada sumbangan dalam menjadikan ini berlaku. Telah nyata kerosakkan di darat dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia.

JUMPA DI PADANG TIMUR PADA 6 JULAI 2008, 9 PAGI.