Monday, December 31, 2012

Edar Calendar Lagi...








Pelancaran Ambang 13












Menteri UmNo Selamanya Tidak Mampu Berhujah!

PAS menyokong penuh hasrat Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk diberi peluang satu jam bagi menjelaskan isu amanat Haji Hadi di RTM1 dan TV3 secara langsung.

Setelah berminggu menyerang Presiden dalam isu ini menggunakan seluruh media perdana, kerajaan sewajarnya memberikan ruang sebagaimana yang diminta Presiden PAS untuk memberikan penjelasan kepada pengikut media perdana yang sama yang mengikuti serangan Umno dalam isu ‘Amanat Hadi’.

PAS melihat isu ini sebagai isu yang sengaja dibangkitkan semula bagi mengelirukan orang ramai. Peluang 1 jam ini wajib diberi kepada Presiden Pas untuk menjawab segala tohmahan jijik ke atas beliau yang telah berminggu lamanya.

Adalah sesuatu yang sangat tidak adil apabila peluang tidak diberi kepada yang dituduh dan sepatutnya golongan yang membuat tuduhan mesti mendengar dahulu penjelasan dari beliau.

Lebih malang bagi kalau ada mufti atau golongan agama yang terikut sama dalam kemelut yang sengaja ditimbulkan oleh golongan yang jahil terhadap agama.

Kenapa Presiden PAS tidak dipanggil, diminta penjelasan dan diberi peluang beliau menjelaskan segala pertuduhan?

Sehubungan dengan desakan Presiden ini, kita harap pihak kerajaan membuka laluan bagi beliau untuk memberi penjelasan melalui media perdana secara langsung. Kerajaan tidak perlu berdolak-dalih dalam isu ini bagi meraih populariti murahan, mahupun membiarkan isu ini menjadi polemik berterusan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Disember 2012

Friday, December 28, 2012

Anak Pertahan Hak Peneroka Felda







Dalam Anak menyuarakan tuntutan supaya peneroka mendapat pembelaan dan hak yang sewajarnya.... Ada pula pihak yang cuba mengelirukan peneroka.

Dr Hatta yang hadir dengan berkerusi roda menyampaikan ucapan di hadapan Wisma Felda.

"Isa Samad pernah disabitkan dengan rasuh politik, tetapi beliau masih diberi memegang jawatan Pengerusi Felda.

"Pengerusi Felda adalah jawatan yang besar, perlu orang amanah dan bersih.

"Kita cintakan Felda. Kita mahu Felda menjadi milik peneroka sepenuhnya, tetapi sekarang menjadi milik korporat," kata Dr Hatta.

Salahudin berucap sejurus selesai menyerahkan memorandum. Melahirkan kekecewaan kerana Isa takut untuk turun menerima sendiri memorandum tersebut.

"Kita datang dengan baik, tanpa provokasi. Kita kecewa kerana bukan Isa yang menerima memorandum hari ini," kata Salahudin.

Mazlan juga turut menyampaikan ucapan.

"Sepatutnya tidak ada masalah pada kita. Kita sudah hantar surat awal menyatakan hasrat kita untuk menyerahkan memorandum.

"Tetapi Isa takut, sehingga tidak sanggup menerima memorandum daripada kita," kata Mazlan.

 Himpunan kemudiannya bersurai kira-kira jam 3.30 petang selepas bacaan doa oleh Ust Mohd Nor.

Rupanya Rebet Telefon Pintar Satu Gimik

KUALA LUMPUR 27 Disember: Syarat rebat telefon pintar bernilai bawah RM500 menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bukan mahu membantu anak muda sebaliknya mahu mengkayakan kroni yang terlibat dalam syarikat komunikasi.“Ini bukan mahu tolong anak muda tapi nak tolong kroni syarikat telekomunikasi. Mereka yang akan dapat faedah. Pasti banyak untung daripada rebat ini.“Kalau syarat macam ini, siapa anak muda yang hendak beli telefon pintar sedangkan harganya ribuan ringgit, bukan RM500,” kata Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon.

Perdana Menteri ketika membentang Bajet 2013 pada 28 September lalu, mengumumkan pemberian rebat RM200 pembelian telefon pintar kepada belia berusia antara 21 hingga 30 tahun.

Ia terbongkar selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam laman webnya, menyatakan itu hanya untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500 sebelum kenyataan berkenaan dipadam hari ini.

Khai Loon juga menyifatkan kerajaan Umno BN tidak ikhlas memberi rebat RM200 itu berikutan mereka mengenakan ketat yang tidak masuk akal.“Syaratnya tidak ikhlas. Langsung tidak bertepatan dengan keadaan semasa.

Sekarang telefon pintar mahal, mana ada harga RM500? Nampaknya, rebat itu hanya gimik kerajaan Umno BN, bukan serius mahu tolong orang muda,” katanya.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan supaya bertindak lebih ‘pintar’ dengan melebar saluran internet percuma.“Lebih baik internet dinaik taraf dengan menambah jalur lebar internet setiap kawasan,” katanya. KD.

Majlis Perasmian XPDC Dakwah & Pelancaran Konvoi Kempen Anti Zina 8


Majlis Perasmian XPDC Dakwah & Pelancaran Konvoi Kempen Anti Zina 8 Daerah Hulu Langat akan diadakan pada :

Tempat: Masjid Bt.14 Hulu Langat
Tarikh: 29 Disember12 (Sabtu)
Masa: 12.30 tengahari
Perasmi: YB. Dr. Che Rosli Che Mat

Tentatif program:
12.00 - pendaftaran pserta XPDC & Konvoi  & Makan tengahari
1.30 - Solat Zohor
2.00 - Majlis Perasmian
3.00 - Gimik Perlepasan Konvoi
4.00 - Edaran Risalah
5.00 - Bersurai

Marilah lapangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Kerajaan Selangor sentiasa mengambil tindakan yang holistik ,berjangka panjang dan inklusif dengan menggunakan segala sumber yang sudah ada dan mengupayakan segala sumber  termasuk rakyat dan pimpinan rakyat untuk menyokong dan mendokong satu gerakan bersama membasmikan masalah zina yang tidak mahu diatasi oleh kerajaan terdahulu.

Keseriusan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dibukti dengan  langkah-langkah berikut:
  1. Mewujudkan  JAWATANKUASA INDUK MENANGANI GEJALA SOSIAL
  2. Peruntukan khusus sebanyak RM1juta setahun berbandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini yang hanya memperuntukkan RM10 sahaja setahun;
  3. Sedang mewujudkan satu sistem pengurusan sosial yang  dibangunkan dan diuruskan untuk fasa pertamanya di FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL UNISEL  untuk membangun sistem data segala prasarana, sumber fizikal dan juga sumber tenaga manusia yang akan di kursuskan untuk menangani gejala sosial di peringkat kawasan setempat serta sistem sokongan. Laporan terus kepada Pusat Pengurusan Sosial Selangor(PPSS) secara maya dan melalui penyelia setempat seperti ketua kampung/penghulu mengenai insiden gejala sosial dan akan masukkan data terkini dalam sistem ini dan membantu kerajaan negeri daripada mengesan trend, memantau keberkesanan dan kecekapan ‘key personnel’ untuk mengambil tindakan dan penerima input terus daripada masyarakat umum dan pengadu khusus.
Melalui Program Generasi Idaman Selangor (GeMS)  Kerajaan Negeri Selangor  mahu mengatasi isu gejala sosial bukan sahaja masalah zina  di Negeri Selangor. Langkah dan tindakan kerajaan negeri terutamanya  Kempen Anti Zina  bukan sekadar banner tetapi Kerajaan Negeri telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa menangani gejala sosial (peringkat INDUK DAN PERINGKAT DAERAH) yang dianggotai oleh jabatan serta agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pemimpin akar umbi seperti JKKK,  ibubapa, masjid/surau seperti berikut :
  1. Pejabat Daerah
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk PeBT
  3. Polis Diraja Malaysia
  4. Jabatan Agama Islam Selangor
  5. Jabatan Pelajaran Selangor
  6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  7. Jabatan Kebaikan Masyarakat
  8. Jabatan Agama Islam Selangor
  9. Jabatan Imigresen
  10. Jabatan Penjara
  11. Jabatan Kesihatan
  12. Jabatan Pendaftaran Negara
  13. RELA
  14. Pertubuhan Belia
  15. Pertubuhan Wanita
  16. Institusi Pengajian Tinggi
  17. Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG
  18. Majlis Permuafakatan Tadika Selangor
  19. Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor
  20. Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor
  21. Ketua-ketua kaum
  22. Persatuan Pesara
  23. Kaunselor
Peranan jawatankuasa ini untuk menjadi penyelaras yang dapat menghasilkan perancangan strategik dalam meningkatkan usaha menangani gejala sosial secara efektif.

Hasil daripada jawatankuasa terdapat beberapa program yang telah dilaksanakan antaranya :
  1. Kempen Anti Zina (7siri) yang disertai bersama oleh 40 NGO Islam
  2. Seminar Pengurusan Cinta(JOM JODOH)
  3. Kursus Kepimpinan Masyarakat
  4. Pusat Sehenti Gems(One-Stop GeMS Centre)
  5. Pengupayaan sistem sokongan masyarakat termasuk pengukuhan keluarga
  6. Menonjolkan ikon remaja/belia positif sebagai idola alternatif seperti celebriti berakhlak dan  tunas ILMUWAN
  7. Mewujudkan trend budaya positif(trend setting) di kalangan pemimpin dan pelaksana hingga ke masyarakat umum
  8. Memperbanyakkan program pembangunan jaringan sosial
Sehingga kini sebanyak 7 kali operasi sempena Kempen Anti Zina diadakan untuk mencegah dan menangani masalah zina.

Statistik menunjukkan bahawa penurunan di beberapa Daerah seperti Kuala Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Sabak Bernam, manakala  di Daerah- Daerah lain mencatatkan sedikit peningkatan tangkapan iaitu Daerah Kuala Langat, Sepang, dan Hulu Selangor. Terdapat beberapa faktor yang menunjukkan peningkatan  kes seperti di Hulu Selangor terdapat banyak kes tangkapan yang di buat di apartmen yang bersempadan dengan Genting Highlands dan ia adalah antara salah satu faktor penyumbang berlakunya kes khalwat ataupun zina.

Indikator bagi keberkesanan sesuatu program yang dianjurkan  tidak hanya diukur dengan angka-angka tangkapan yang dibuat. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri adalah untuk terus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat untuk mengetahui hukum-hakamnya berkaitan perbuatan zina. Dengan kesedaran ini masyarakat itu bersifat rasional dan emosional kerana situasi semasa menunjukkan berlaku trend yang meninggalkan hukum dan larangan Allah SWT. Selain itu, strategi menggunakan platform banner sebagai sistem penyebaran maklumat kepada masyarakat  dan ia merupakan salah satu medium yang di gunakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa usaha menangani masalah zina perlu ditangani oleh semua pihak. Peranan Banner amat penting bagi memberi maklumat kepada rakyat bahawa zina merupakan salah satu masalah sosial yang melanda masyarakat masa kini. Perkara yang lebih luas harus dilihat dalam aspek penggunaan banner ialah satu cara meuar-uarkan apa sahaja dasar dan program yang dijalankan serta apa-apa maklumat lebih –lebih lagi dalam konteks dasar tidak demokratik kerajaan persekutuan BN yang menafikan hak kerajaan negeri untuk diperuntukkan ruang dalam media massa perdana.

Kempen anti zina bukan sekadar banner sahaja kerana penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah digembeleng dan melibat 3 fasa dan membuktikan kegigihan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat. Ada yang menyengkang mata sehingga subuh untuk menyelamatkan remaja-belia yang tersasar dalam operasi bersepadu ke tempat maksiat.

Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah

PETALING JAYA, 28 Dis – Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

“Apabila penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah masyarakat,” kata Musa dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.

Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan “domino” aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

“Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

“Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland,” kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran ‘halal’ di Belanda sambil menambah, “Orang nak pergi pun segan.”

Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

“Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

“Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat,” katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

“Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat,” katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah  di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah  menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara. MI.

Thursday, December 27, 2012

Perhimpunan Januari tetap berlangsung walaupun tanpa permit, kata aktivis

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Himpunan Kebangkitan Rakyat akan tetap berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 Januari walaupun tanpa permit dari pihak berkuasa.

Aktivis sosial Hishamuddin Rais memberitahu, pihak penganjur masih menunggu respon dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan dengan permohonan mereka untuk manggunakan Stadium Merdeka, yang sudah dihantar minggu lalu.

Akan tetapi, beliau menegaskan walaupun tiada permit, peserta perhimpunan boleh berkumpul di keliling stadium secara aman.

“Saya hanya mengulangi kata Md Sabu, jika tiada permit, kita akan berkumpul di sekeliling stadium,” kata beliau merujuk kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, yang merupakan pengerusi kepada perhimpunan tersebut.

“Saya tidak fikir akan berlaku huru-hara, kecuali jika polis memulakannya. Saya fikir masa tidak kondusif untuk ini….. tetapi kami tidak bimbang tentang itu dan akan berhadapan dengannya jika berlaku,” kata Hishamuddin lagi.

Jika perhimpunan ini berlangsung tanpa kebenaran, jalan raya di ibu kota akan sekali lagi menjadi fokus dunia dan pergerakkan sivil seluruh negara, bersama parti Pakatan Rakyat (PR) dan kumpulan anti-kerajaan lain, dalam menuntut beberapa isu utama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Hishamuddin berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat akan menggabungkan semua pergerakan yang tidak berpuas hati dengan dasar dan keputusan kerajaan, golongan pro-perubahan, pro-demokrasi dan pro-pembangkang, dalam usaha untuk menakutkan parti pemerintah dari menipu semasa pilihan raya akan datang.

Pada sidang media mengumumkan perhimpunan tersebut minggu lalu, Mohamad menjemput semua kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan untuk menyertai perhimpunan terbesar itu.

“Kita tidak berselindung memilih tarikh tersebut secara spesifik kerana ia dekat dengan pilihan raya. Dan benar jika ada yang mengatakan ini politikal.

“Adalah jelas ia adalah satu acara untuk melancarkan tekanan ke atas kerajaan hari ini supaya mereka tidak akan melakukan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya, supaya ia tidak akan menjadi pilihan raya yang dicuri,” kata Hishammuddin.

Aktivis tersebut, yang juga merupakan ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, mengingatkan walaupun perhimpunan ini bersifat politik, pengelibatan kumpulan masyarakat sivil bermaksud mereka mahukan tuntutan mereka ditunaikan – dari menuntut kilang Lynas ditutup di Kuantan, pemberian royalti yang adil, pendidikan percuma dan pilihan raya bebas dan adil.

“Kumpulan ini telah menyuarakan tuntutan mereka, dan bukan sahaja untuk kerajaan hari ini akan tetapi termasuk kerajaan akan datang.

“Tuntutan ini masih sah kepada pemerintah akan datang, tolong ingat ini,” kata Hishamuddin sebelum menambah bahawa tuntutan pilihan raya bebas dan adil adalah mesej utama perhimpunan tersebut.

Penganjur mensasarkan satu juta orang untuk hadir ke Stadium Merdeka pada 12 Januari dengan warna hijau anti-Lynas, kuning Bersih 2.0, oren pergerakan anti Felda Group Venture Holdings (FGVH) dan merah untuk kumpulan yang menuntut royalti.

Kumpulan menuntut reformasi pilihan raya Bersih 2.0 tahun lalu cuba untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka tetapi diketepikan oleh kabinet Datuk Seri Najib Razak pada saat akhir.

Peserta perhimpunan walaubagaimanapun meneruskan perhimpunan di jalan-jalan di ibu negara pada 9 Julai 2011 menyebabkan keadaan huru-hara apabila polis anti perusuh menawan kawasan terbabit dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Perhimpunan tersebut menyebabkan pergerakan hak asasi manusia bercambah disamping kecaman antarabangsa terhadap kerajaan Najib di atas tindakan keras polis kepada peserta perhimpunan.

Dua perubahan besar dilakukan akibat daripada perhimpunan tersebut - iaitu Akta Perhimpunan Aman 2011 digubal untuk mengawal perhimpunan awam dan kerajaan membentuk sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen (PSC) untuk reformasi pilihan raya bagi melihat ke atas tuntutan Bersih 2.0.

Bersih 2.0 menganjurkan satu lagi perhimpunan tahun ini selepas mengatakan reformasi pilihan raya tidak mencukupi dan tidak ikhlas, walaupun terdapat akta untuk perhimpunan aman, perhimpunan pada 28 April menjadi lebih ganas dari sebelumnya.

Kali ini, peserta perhimpunan berkumpul untuk “duduk bantah secara aman” di Dataran Merdeka, dimana pihak berkuasa menutup kawasan tersebut selepas mendapat perintah mahkamah melarang peserta memasuki kawasan tersebut.

Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan berkata gabungan itu tidak terlibat menganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, walaupun sejumlah besar ahli sudah disenaraikan sebagai peserta.

Beliau berkata mana-mana ahli Bersih yang hadir pada perhimpunan 12 Januari akan hadir dengan kapasiti peribadi.

“Kita dijemput menghantar wakil untuk berucap ketika perhimpunan itu, tetapi itu sahaja. Kami tidak menganjurkannya,” katanya dan memberitahu perhimpunan ini turut disokong oleh parti PR - PAS, PKR dan DAP. MI

Wednesday, December 26, 2012

Darul Hidayah Sedang Menanti Sumbangan Anda.




Bible Bahasa Melayu menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan.

Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. 

Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya.

Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu,  permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli  kitab (Yahudi dan Nasara),   tetapi  keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.



Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 Disember 201
2

Ayuh Bantu Rakan-Rakan Peneroka Kita Di Felda


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya agar mahkamah membatalkan Mesyuarat Agung (AGM) KPF ke-31 pada 27 Disember ini.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim turut membenarkan KPF mencabar kesahihan keputusan Panel Rujukan pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KPF ke-31.

SKM mengeluarkan surat pada 4 Disember lalu, mengarahkan KPF mengadakan AGM ke-31, bersama surat kuasa yang menyatakan AGM pada 20 Jun lalu tidak sah dan AGM akan dipanggil oleh SKM.

Surat tersebut menyatakan bahawa asas bagi mengarahkan mesyuarat itu diadakan semula adalah pertikaian dalaman pada 26 November.

Ia mengandungi agenda mesyuarat seperti yang disenaraikan di bawah:
  • Mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan kali ke-30 pada 23 Jun 2011 dan minit mesyuarat agung khas yang diadakan pada 19 April 2012.
  • Membentang dan meluluskan Laporan Lembaga tahun 2011.
  • Menimbang dan meluluskan penyata kewangan teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2011 serserta laporan jawatankuasa audit dalaman dan pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Menimbang dan meluluskan cadangan pembahagian keuntungan tahun 2011.
  • Memilih anggota-anggota Lembaga sesi 2012/2013.
Mengulas keputusan mahkamah itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, keputusan tersebut melegakan 246,000 ahli KPF.

"Saya bagi pihak Anak mengucapkan terima kasih dan tahniah atas keputusan berani hakim.

"Ia sangat melegakan 246,000 ahli KPF dan menyelamatkan berbilion caruman dan aset KPF daripada penyamun yang diketuai (Tan Sri) Isa Samad," katanya kepada Harakahdaily.

Anak sebelum ini mendakwa wujud konspirasi untuk melantik Isa dan Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad dalam KPF.

Pelantikan dua indivisu tersebut akan membolehkan KPF menjadi pemegang saham utama Felda Holdings untuk disenaraikan ke Bursa Malaysia.

BN : Saman Tetap Saman!

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.

Ahli Parlimen BN itu menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.

“Saman itu masih sah dan akan terus dikeluarkan. Keputusan pembekuan itu terpulanglah kepada AGC untuk membuat keputusan,” jelas beliau menunjukkan bahawa kementeriannya tidak campur tangan dalam perkara ini.

Sementara itu, Kong juga mengakui saman AES tersebut bermasalah dalam sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.

Nota : Ganti tetap ganti. PRU13 tolak BN.

Monday, December 24, 2012

Polis dan UmNo dan Penjenayah



Apabila pihak polis mengambil pendirian berkecuali dalam pertembungan Pakatan Rakyat dan BN maka inilah kesudahannya. UmNo bebas melakukan jenayah hatta mencederakan orang dan merosakkan harta benda.

Akibat dari perlakuan jenayah ini terus mendapat perlindungan dan pembelaan maka pelaku jenayaah ini semakin berani. Saya tidak hairan akan sampai membunuh dihadapan mata dan tiada siapa berani mencegah penyokong UmNo dari melakukannya.

Bukan setakat tak mampu mencegah... mendakwa pun tidak berani. Sekiranya ada laporan polis dibuat pun mungkin perkataan UmNo tidak boleh ditulis.... Hatta nak tulis 'penyokong UmNo merusuh' pun mungkin tidak dibenarkan.

Kini Oren banyak mengalah dan penyokong UmNo pula diberi ruang yang terlalu banyak untuk menyerang hatta serangan fizikal. Jangan sampai ada yang hilang sabar.... Nanti semua orang akan rugi. Kini UmNo dilihat sebagai membela pencetus keganasan dan kekacauan.

Rakyat telah membuat keputusan di Selangor pada PRU12... Kini rakyat akan membuat keputusan di Putrajaya pula pada PRU13.

Referundum Perlembagaan Mesir; PAS Ucap Tahniah

KAHERAH - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada seluruh rakyat Mesir kerana telah membuat keputusan dengan majoriti 64 peratus mengatakan 'ya' dan menyokong dalam pilihan raya 'referundum' perlembagaan.

Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu, Ustaz Mohd Soud Said berkata  ia melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam dan kepimpinan Islam menerajui negara tersebut.

"Atas kejayaan (itu) kita (PAS) ucapkan tahniah kepada Dr Mohammad Morsi dan seluruh rakyat mesir samaada di dalam atau di luar Mesir diatas kemenangan dalam referendam perlembagaan baru Mesir,

"Ini melambangkan majoriti rakyat Mesir mahukan kepada Islam menerajui Mesir,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respons sebaik keputusan tidak rasmi diumumkan pihak Parti Keadilan dan Kebebasan selepas pusingan kedua referundum tersebut pada kira-kira jam 11 malam 22hb Disember, di sini.

Dengan itu, beliau berharap semua pihak dapat menerima keputusan tersebut dengan 'lapang dada' khususnya pihak pembangkang yang dilaporkan akan menolak keputusan referundum itu.

Menurutnya, keputusan tersebut amat penting bagi membangunkan negeri Mesir yang baru, yang lebih aman, stabil dan maju.

"Kita mengharapkan semua pihak dapat menerima keputusan rakyat Mesir yang telah memilih perlembagaan yang baru ini, lebih-lebih lagi (kepada) pembangkang dan negara-negera menyokong mereka (dibelakang pembangkan),

"InsyaAllah, selepas dari ini Mesir akan kembali aman dan lebih maju,"jelasnya.

Ustaz Mohd Soud berada di tanah Arab sejak pusingan pertama referundum dilaksanakan pada 15hb Disember lalu, bersama-sama rombongan Misi ke Gaza yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia.

Sehubungan itu, beliau turut memantau dan membuat tinjauan ke beberapa pusat pengundian di wilayah Kaherah pada 15hb dan wilayah Giza ketika pusingan kedua referundum, semalam.

Katanya, pada pusingan pertama pengundian diadakan di sepuluh wilayah yang berkesudahan dengan 56.2 peratus menyokong dan 43.4 peratus menolak.

Manakala keputusan tidak rasmi pada pusingan kedua semalam, katanya, sebanyak 71.43 peratus rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak kepada perlembagaan baru.

"Pada pusingan pertama, 56.2 peratus menyokong dan 43.4 peratus menolak, manakakla pada pusingan kedua 71.43 peratus rakyat Mesir yang menyokong dan 28.57 peratus mengatakan tidak,

"Ia menjadikan jumlah keseluruhannya setelah dicampur kedua-dua pusingan itu, 64.01 peratus menyokong dan hanya 35.99 peratus yang menolak,"katanya.

Justeru dengan kemenangan rakyat Mesir itu, beliau mengharapkan 'momentum' suara rakyat yang mahukan perubahan itu, akan menjalar dan menjangkit kepada semua negara arab dan negara-negara umat Islam seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Saturday, December 22, 2012

Jom Ngail


Lepas ni mungkin boleh buat konvoi moto amal pulak. Anak muda geng kita...

Friday, December 21, 2012

Sejak Bila Kesalahan Salah Guna Kuasa Selesai Dengan Pilihanraya Tanpa Proses Undang-Undang?

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

"Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.

NONE"Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Nota : Kalau semua kes salah guna kuasa boleh selesai dengan proses pilihanraya maka tidak perlu ada mahkamah dan proses undang-undang untuk ahli politik. Mungkin fahaman inilah yang digunakan oleh UmNo bahawa urusan parti tiada kena-mengena dengan undang-undang negara. Sehingga bila ada ahlinya yang terlibat dengan rasuah untuk mendapatkan undi dalam Pemilihan Agung UmNo maka diselesaikan melalui Lembaga Tatatertib UmNo bukan melalui mahkamah.

Sebab itu jugalah beli undi dipanggil politik wang dan bukannya rasuah. Kalau ahli politik dibenarkan merosakkan sistem perundangan apa lagi yang kita boleh harap dari mereka ini.

Wang Haram RM200billion

1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.

2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.

3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.

4. Variasi tersebut adalah dijangkakan kerana perbezaan pada kaedah pengiraan tetapi pertikaian angka ini telah menjadi akademik semata-mata. Sama ada angka Kerajaan yang betul atau pun angka GFI, hakikatnya PM sendiri telah mengakui wujudnya modal haram yang berbilion ringgit nilainya.

5. Pendedahan ini adalah signifikan kerana ianya membuktikan wujudnya wang komisyen rasuah yang besar berlegar di dalam ekonomi kita. Ianya juga membuktikan usaha tidak sah kumpulan penyangak ekonomi untuk mengelak cukai dan membawa keluar hasil negara melalui kaedah pelaburan hartanah, deposit akaun luar pesisir dan sebagainya bagi menokok kekayaan peribadi mereka.

6. Contoh kekayaan kumpulan penyangak ekonomi ini antara lainnya terbongkar melalui kes perceraian anak Ketua Menteri Sarawak yang membenarkan kekayaan luar biasa keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Jumlah tuntutan perceraian menantunya sahaja menjangkau RM 100 juta ringgit! Maka tidak hairan sekiranya jumlah wang haram ini menjangkau nilaian berbilion ringgit.

7. Laporan GFI setebal 94 mukasurat ini mendedahkan beberapa petunjuk penting mengenai punca pengaliran wang haram tersebut. Antaranya ketidaktelusan akaun firma dana kekayaan berdaulat (SWF), pengaruh petro-dolar dan penipuan dalam inbois dagangan.

8. Secara langsung petunjuk-petunjuk ini mendorong kita untuk mempersoalkan kredibiliti Khazanah, Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ianya sekaligus mengukuhkan persepsi bahawa institusi-institusi ini telah dipergunakan secara sistematik untuk menambah kekayaan ahli-ahli politik pemerintah UmNo-BN, ahli keluarga mereka dan kroni.

9.  Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat dan LHDN sebenarnya cukup berupaya menjejak transaksi meragukan melalui instrumen forensik audit di samping keupayaan pihak SPRM dan PDRM membina kes jenayah komersil ke atas pihak-pihak terlibat.

10. Malah Ketua Audit Negara boleh mengambil pendekatan lebih aktif dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya melalui Perkara 5(d) Akta Audit 1957 yang membolehkan beliau memperinci akaun-akaun syarikat swasta yang menggunakan dana awam (GLC seperti Khazanah dan Petronas) bagi mewujudkan sikap kebertanggungjawaban.

11. Teguran yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Cara terbaik kini ialah menggunakan kesedaran tersebut untuk menukar rejim korup sedia ada pada PRU ke-13 dengan kepimpinan baru yang jujur dan adil.

12. Antara langkah awal yang pasti ialah dengan membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang telah dipelopori oleh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi menjamin ketelusan kepentingan ahli politik dan penjawat awam.

13. Pada masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat mestilah  komited untuk memberdaya mekanisme semak imbang negara agar ketirisan dapat segera dihentikan dan kekayaan negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Penangguhan Perlaksanaan AES, GST Dan Lain-lain Kerana Pilihanraya

Rakyat diingatkan penggantungan beberapa keputusan besar kerajaan hanyalah bersifat sementara, menjelang PRU13 sahaja. Terkini keputusan menggantung semua saman AES dibuat kerana bantahan orang ramai dan usaha gigih Kempen Anti Saman Ekor (KASE) yang diterajui PAS terhadap peraturan yang menindas rakyat.

Walaupun Menteri Pengangkutan serta anggota kabinet telah berulang kali menyatakan AES tetap akan dilaksanakan, namun terkini ia ditangguhkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Yang aneh Menteri putus untuk laksana, manakala Peguam Negara boleh batal arahan Menteri. Inilah caca-merba yang sedang melanda Malaysia.

Tidak tahu siapa buat polisi dan siapa pelaksana polisi. Kalau begini keadaan lebih baik salah seorang letak jawatan. Kalau kira patut peguam negara kerana melanggar arahan menteri, tetapi kalau difikir semula arahan peguam negara dijadikan keputusan, bukan arahan menteri, maka eloklah menteri tu letak jawatan.

Oleh kerana PRU13 dianggap sebagai PRU yang paling penting dalam sejarah negara di mana banyak projek mega untuk kroni terpaksa ditangguh dahulu kerana BN khuatir ia akan menjadi peluru bagi PR.

Di saat PR membawa isu utama bagi kepentingan rakyat, BN masih terkial-kial  menggunakan isu lapuk seperti serangan kepada Tuan Guru Presiden PAS, serangan peribadi pimpinan PR dan ugutan dalam mencari sokongan.

Apa pun rakyat perlu sendiri ingat, bahawa semua penangguhan ini samada AES, GST, tarif elektrik, cukai telefon pra bayar dan lain-lain hanyalah bersifat sementara.

Kesemua ‘hadiah penangguhan’ ini hanya menanti keputusan pilihanraya umum sahaja sebelum ditarik balik.

Kalau keputusan menyebelahi BN, maka semua yang ditangguhkan ini akan dikuatkuasa semua, dan rakyat akan terus terbeban dengan pelbagai peraturan yang menyusah dan tidak masuk akal. Di waktu yang sama, kroni terus mendapat habuan dari kalangan pemimpin BN, yang sedang kelaparan di keliling mereka.

Rakyat mempunyai kuasa memilih, samada ingin peraturan yang membebankan mereka diterus atau dibatalkan sahaja. Mengekalkan BN bermakna penangguhan sementara akan dikuatkuasa semula, atau menumbangkan BN, maka peraturan itu akan terus dibatalkan.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Thursday, December 20, 2012

UmNo : Kisah Dongeng Yang Kita Patut Lupakan

Cuba kita fikirkan.... boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusannya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UmNo. UmNo tidak ada masa depan sebab ramai pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Kalau tak masakan kita jadi jaguh dunia wang haram. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UmNo.

Kalau UmNo utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah rezeb Melayu. Kalau UmNo utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UmNo sayangkan Raja2 mereka, mereka tidak membiarkan Raja melakukan kezaliman dan kejahatan  dan penganiayaan sebab rakyat akan benci Raja2 Melayu kalau dibiarkan. UmNo biarkan sebab mereka boleh ugut Raja2 Melayu kalau tidak ikut UmNo, maka masa depan Raja Melayu yang diancam. Siapa yang mengancam? UmNo!
Orang UmNo selalu bertanya - bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UmNo kalah?

Tetapi cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. Jika UmNo kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat?  Apa kebaikan2nya? Kalau UmNo kalah, orang Melayu boleh terus hidup, agama Islam tetap utuh terpelihara, Raja2 Melayu akan terus berada ditempatnya.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UmNo kalah. Kalau UmNo tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat...... Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri sendiri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.

Rakyat benci kepada mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sistem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat yang berkerja keras dan jujur dapat hidup dengan lebih baik, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dan mendapat kelebihan dari kita. Itu system yang didukung oleh UmNo dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.

Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah UmNo - pemimpin UmNo sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh UmNo?

Masihkah anda ingin kenyokong UmNo? Tidakkah anda ingin melihat sesuatu yang lebih baik untuk anda dan generasi yang akan datang? Anda ada akal dan fikiran... Pandanglah dengan hati yang terbuka dan fikirkanlah.

Perkembangan Terbaru Pergaduhan Berdarah Di Sg. Petani

ALOR STAR, 20 Dis – Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

“Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya, polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.

Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya, apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

“Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta,” katanya.

Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.

Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.

“Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger,” kata Ahmad. ~bernama

Calendar Untuk Semua




Presiden PAS diserang kerana nama dicadang sebagai PM

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang by jma@tekali
KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' dipercayai dibuat semata-mata kerana ada ura-ura nama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memang menjadi tradisi bahawa sesiapa sahaja selain Umno yang disebut-sebut menjadi calon perdana menteri akan diserang habis-habisan.

“Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai PM.

"Kini Tuan Guru Haji Hadi pula diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, doktrin Umno di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri gagal apabila timbul isu Presiden PAS disebut sebagai calon PM.

“Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.

"Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM, akan menjadi sasaran serangan media BN,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga mengimbau kembali sejarah pertubuhan al-Arqam yang diserang habis-habisan setelah mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

“Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri.

"Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana disebut untuk menjadi PM,” kata beliau.

Justeru katanya, rakyat mempunyai satu peluang yang cerah untuk menghentikan mitos bahawa jawatan perdana menteri ini hak eksklusif Umno sahaja dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Jumpa Anda Di Stadium Merdeka 12 Jan 2013

KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya  Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di  Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri  yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.
Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah  Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.

Monday, December 17, 2012

Confused Perkasa

Perkasa: Impossible for Malays to compete economically because of Islam

KUALA LUMPUR, Dec 15 — Perkasa president Datuk Ibrahim Ali suggested today that the Malays are economically disadvantaged against the non-Malays because of certain limitations in Islam.

The outspoken conservative Malay leader, who was speaking today at Perkasa’s annual meet here, cited this as the reason to continue with affirmative action policies, arguing that this was the best way to address this shortcoming of the Malays.

“Gambling, liquor, entertainment outlets ... how could Malays afford, be able to compete?” Ibrahim asked in his address.

He had claimed that millions of ringgit were denied to the Malays since those businesses are prohibited in Islam, while non-Muslim entrepreneurs had benefited a lot from them. MI

Nota : Awas....Jangan sampai apa yang kita perkatakan dilihat seperti mempertikan Islam. Majlis Fatwa atau Majlis Agama perlu memberi nasihat atau fatwa berkenaan kenyataan seperti ini.

Sunday, December 16, 2012

Datuk Mokhtar Abd Hamid menyertai PAS

DUNGUN: Tokoh korporat, Datuk Mokhtar Abd Hamid yang baru menyertai PAS mendakwa Umno tergelincir dari perjuangan asal mereka iaitu membela Melayu.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam ini,  Mokhtar, 68 berkata, pemimpin Umno kini hanyalah perompak duit rakyat.

"Suatu masa dulu Umno perjuangkan bangsa dan agama tapi kini mereka (ibarat) kereta api tergelincir dari landasan.

"Mereka sesat lagi menyesatkan. Menangis di Perhimpunan Agung Umno kononnya Melayu berpecah belah,  tak bersatu padu tapi sebenarnya merekalah puncanya," katanya yang merupakan anak kelahiran Paka.

Beliau berkata, sudah tiba masanya beliau berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi kepentingan agama dan negara.

"Inilah masanya sebab saya mungkin tak ada masa panjang untuk berjuang bersama PAS.

"Kita mesti hentikan kejahatan kerajaan sekarang. Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berjuang tapi kalau rakyat tak menyokong mereka tak boleh buat apa juga.

"Marilah sama-sama kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya disambut laungan takbir kira-kira 50,000 hadirin.

Mokhtar menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada  Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang petang tadi.

Perkasa Dan Matlamat Dan Cara

Ibrahim Ali mengatakan dua perkara pokok disini :

Pertama “Saya perjuangkan agenda Melayu dan agenda Bumiputera, mengikut Perlembagaan, saya mempertahankan asas Perlembagaan dan Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu, yang pada pandangan saya secara tidak langsung bertentangan dengan Perlembagaan, atau bertentangan dengan dasar-dasar nasional”. .

Kedua "Mengapa orang tidak mengatakan apa-apa kepada pertubuhan Dong Zong dan Hindraf sedangkan menurutnya pertubuhan-pertubuhan tersebut membuat pelbagai tuntutan yang tidak ada dengan perlembagaan". 

Dari segi prinsip adala tidak salah kita mempertahankan Artikal 153 Perlembagaan Malaysia. Dan dari segi prinsip juga tidak salah bila kita minta sesuatu yang tidak disebut dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, apa yang menjadi kesalahan? 

Apabila sesebuah pertubuhan meminta sesuatu yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia adakah ianya salah? Kita perlu ingat bahawa Perlembagaan Malaysia boleh diubah dengan syarat-syaratnya yang telah ditetapkan.

Jadi dimanakah kesalahan Perkasa?

Perkasa bertindak diluarbatas apabila mereka cuba menjadi Polis dan hakim dalam masa yang sama. Ianya menjadi lebih pelik apabila mereka ini adalah sebahagian daripada UmNo yang mana UmNo adalah parti yang memerintah dana menguasai kerajaan Persekutuan.

Perkasa juga berada didalam situasi yang salah apabila dalam mempertahankan hak mereka juga mengancam bangsa atau kumpulan lain meminta sesuatu yang tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan. Sedangkan meminta atau menuntut atau mendesak itu adalah hak semua orang dan pertubuhan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mempertimbangkan sesuatu permintaan berdasarkan peruntukkan dan peraturan. Sekiranya sesuatu tuntutan itu dipenuhi sedangkan ianya bercanggah dangan peraturan dan undang-undang kita ada mahkamah untuk membuat keputusan...

Jadi dimana masalahnya?

Masalah sebenarnya adalam UmNo. Mereka telah gagal membawa agenda orang Melayu dan Islam. Apabila UmNo gagal mereka cuba menutup kelemahan ini dangan berselindung di sebalik Perkasa. Sebab itu majoriti ahli dan penyokong Perkasa adalah orang UmNo. Ini adalah supaya dilihat UmNo sedang memperjuangkan hak orang Melayu. Mereka berharap orang Melayu akan menyokong Perkasa dan secara tidak langsung menyokong UmNo. Sebab itu dalam kenyataanmereka,  Perkasa akan mengundi BN dalam PRU13.

Kesimpulan

Semua orang berhak meminta, semua orang berhak membuat tuntutan dan semua pihak berhak membuat permohonan. Kita ada kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penilaian dan keputusan. Mereka salah membuat keputusan kita tukar mereka. Mereka betul dalam membuat keputusan kita sokong mereka.