Thursday, June 28, 2012

Sekitar Ceramah Umum YBhg Datuk Fauzi dan Ust Dr Khairuddin Di Nanding












FGVH - Realiti Atau Fantasi

FGVH soars 20pc on debut

KUALA LUMPUR, June 28 — Shares in palm oil firm Felda Global Ventures Holding (FGVH) surged 20 per cent in their trading debut today, as investors cheered on the world’s second largest IPO after Facebook’s rocky initial public offering.

Nota : Siapa yang bersungguh-sungguh membeli saham FGV pada harga pembukaan RM5.39 dengan jumlah yang banyak sedangkan harga asalnya adalah RM4.55. Perlu di ingat harga RM5.39 adalah harga pembeli bukan harga penjual.

Monday, June 25, 2012

Minyak Mentah Telah Lama Turun.... Adakah Kita Sedar?


Ziarah Rakyat











Darul Hidayah Perlukan Sumbangan Anda. Janggan Tunggu Esok.


Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank CIMB : 1210-0004507056 : SURAU DARUL HIDAYAH

Atau boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan :

1) Sdr Sofian Othman : 019-282 7473
2) Sdr Mohamad Jan Sulong : 019-270 4432
3) Hj. Yunus Bahari : 019-228 9221

Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka

KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.

Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.

“Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.

“Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.

“Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum.

Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk.

Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004.

Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986.

Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno.

Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan.

Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia.

Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator.

Sekalung Tahniah Kepada Presiden Baru Mesir Dr Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat



Friday, June 22, 2012

JOM CERAMAH UMUM SELASA 26 JUN 2012

Jangan lupa ceramah umum dengan penampilan Datuk Fauzi Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Ustaz Dr Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat

 Datuk Fauzi Shaari, Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Semoga kita dapat suntikan semangat dan ilmu dari yang bermaklumat.

Thursday, June 21, 2012

Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif.

"Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau.

Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut.

Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Wednesday, June 20, 2012

Dekoder TV Impian dijual bermula Isnin ini

KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily.

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu.

Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini.

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.

Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepada impiantv2012@gmail.com .

Tuesday, June 19, 2012

Orang Melayu Berpolitik

Hari kita menyaksikan pertembungan dua ahli parlimen berceramah di kawasan berhampiran iaitu di Dewan Bt 16 dan Taman Sentosa. Di Dewan Bt 16 pimpinan pakatan rakyat YB Dr Che Rosli Hulu Langat dan YB Firdaus dari Parlimen Jerai menjelaskan kepada masyarakat faedah yang mereka boleh perolehi melalui sistem pilihanraya. Rakyat mempunyai hak untuk memilih dan rakyat mempunyai hak untuk menukar kerajaan. Pelbagai kelemahan kerajaan pimpinan Najib dijelaskan sebagaimana yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara disampaikan kepada rakyat.

Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh faedah yang diperolehi oleh rakyat sekiranya Pakatan Rakyat menang. Beban yang kini terpaksa ditanggung oleh pengguna lebuhraya perlu dikurangkan memandangkan keuntungan yang diperolehi oleh pemegang konsesi.

Rakyat yang tidak bergantung kepada UmNo akan menyebabkan UmNo perlu berusaha lebih. Akibatnya semangkin banyak peruntukkan dikeluarkan bagi memenuhi keperluan rakyat. Sedangkan dahulu apabila UmNo terlalu kuat, mereka tidak perlu susah payah nak dapatkan sokongan di Hulu Langat ini. Kini semua pihak UmNo dan Pakatan Rakyat berlumba-lumba memberi peruntukkan kepada rakyat. Bukankah ini menguntungkan rakyat.

Sementara di Taman Sentosa YB Zulkifli Nordin tak henti henti menghentam Anwar, TG Nik Aziz dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat. Dari mula ceramah hingga dekat pukul 12 tengah malam terus menghentam Anwar. Jarak yang dekat membolehkan penduduk bertukar-tukar tempat berceramah jika mahu.

PAS bercerita bahawa kini masyarakat berdepan dengan pelbagai masalah sosial maka kita bertanggungjawab untuk kembali kepada agama dan melaksanakan segala perintah agama untuk memulihkan kerosakkan ini. Sedangkan Zulkifli menyatakan sekarang ini dengan undang-undang yang ada pun masalah sosial pun teruk bila Anwar jadi PM nanti masalah ini bertambah teruk. Adakah Zulkifli menyatakan apa yang Najib lakukan adalah betul dan memadai? Sedangkan di sana terlalu banyak perintah Allah yang tidak dilaksanakan terutama yang melibatkan halal haram dan undang-undang Islam.

Zulkifli komen panjang lebar sokongan negara barat terhadap Anwar sedangkan hubungan baik Anwar dengan ulama besar seperti Dr Wahbah Al Zuhaili dan Dr Yusof Al Qardawi tidak disentuh langsung.

Zulkifli gagal memberi penyelesaian.... Beliau lebih banyak dan lebih berminat menyerang peribadi Anwar. Mungkin dia lupa kalau benar Anwar bersalah kenapa kerajaan tidak mengambil tindakkan sedangkan mereka menguasai polis, kehakiman dan peguam negara. Dan lebih parah lagi Najib takut berdebat secara terbuka dengan Anwar.

Monday, June 18, 2012

PAS gerakkan usaha tarik lebih banyak sokongan pengundi Melayu


KUALA LUMPUR, 17 Jun — PAS dilihat semakin agresif dalam cubaan menarik sokongan pengundi Melayu di negara ini dengan pilihan raya umum ke-13 yang dijangka semakin hampir dilaksanakan tidak lama lagi.

Parti komponen majoriti Melayu utama dalam Pakatan Rakyat (PR) itu juga semakin aktif menjelajah ke seluruh negara menganjurkan “Himpunan Hijau Menuju Putrajaya” dengan yang terbaru di Dewan SUK Selangor hari ini, dan di Johor semalam.

Sebelum ini, Himpunan Hijau telah menjengah ke Kedah, yang menyaksikan kehadiran lebih 100,000 peserta yang berlangsung di Alor Setar pada 1 Jun lalu.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang turut mensasarkan peningkatan empat peratus undi masyarakat Melayu bagi parti tersebut sewaktu pilihan raya umum ke-13 akan datang yang dijangka dilaksanakan selepas pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad, perhimpunan pra Himpunan Hijau di Dewan SUK Selangor hari ini, turut menetapkan sasaran PAS memperolehi 60 kerusi Parlimen, dengan tujuh daripadanya di Selangor.

“PAS telah membuat keputusan untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Parti-parti komponen tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa bantuan daripada mana-mana parti komponen lain,”

Selain itu, PAS juga dilihat semakin agresif dalam merekrut bekas pegawai kanan tertinggi kakitangan kerajaan menyertai parti Islam itu, dengan yang terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia menyertai parti komponen PR itu malam tadi.

Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak, semalam.

Selain Ahmad Zabidi, tindakan itu terlebih dahulu telah dilakukan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof awal bulan lalu.

Keadaan itu jelas menunjukkan PAS cuba menarik lebih banyak sokongan masyarakat Melayu dengan menampilkan imej positif mereka apabila menerima penyertaan bekas pegawai tertinggi kerajaan.

Dalam perhimpunan di Shah Alam hari ini, PAS turut melancarkan penubuhan TV Impian — medium yang membawa suara pemimpin kepada penyokong PAS.

“TV Impian ini mempunyai lima saluran, yang mengandungi ceramah, berita, ucapan pemimpin, dan sebagainya.

“Ia adalah televisyen yang dipancarkan secara online, dan memerlukan dekoder,” tambahnya.

Dalam perhimpunan hari ini, PAS turut mengumumkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor bakal dijalankan pada 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

“PAS mensasarkan anggaran 30,000 peserta akan dapat menyertai perhimpunan pada hari tersebut,” katanya lagi.

Walaupun Barisan Nasional (BN), terutamanya Umno dilihat mempunyai bilangan sokongan pengundi Melayu yang lebih tinggi, penganalisis politik tanah air melihat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melewatkan tarikh pilihan raya, situasi mungkin berubah.

“Jika BN tunggu lebih lama, ia akan kehilangan undi Melayu kerana faktor itu semakin susut,” kata Faisal Hariz, penganalisis politik dari Kuching.

Faizal menjelaskan, kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan 79 peratus pengundi Melayu berpuas hati dengan Najib, menunjukkan peningkatan daripada 74 peratus pada Febuari lalu.

Beliau turut menambah “pemberian-pemberian seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya hanya akan menjadi gangguan daripada isu pokok bagaimana negara ini dibentuk dan sama ada ianya transformasi yang sebenar atau tidak.

“Kerajaan boleh menambah lebih banyak dalam bajet akan datang, namun sokongan pengundi Melayu mungkin sudah berada di kemuncaknya,” kata pensyarah politik dahubungan antarabangsa ini lagi.

Pentadbiran Najib telah berbelanja besar apabila memberikan imbuhan tinggi kepada kakitangan awam dengan peningkatan kos sara hidup, memberikan voucher buku kepada pelajar, dan RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah program BR1M yang menyaksikan sokongan kepada Najib melonjak.

Namun pensyarah Universiti Sarawak (Unimas) itu turut berkata terdapat “peningkatan ketara dalam sokongan terhadap pembangkang dalam kalangan Melayu walaupun bantuan-bantuan tersebut  diberikan, mereka tetap menyokong PR.” MI

Friday, June 15, 2012

Anwar perlu jawab sendiri dakwaan miliki RM3b?

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Presiden UmNo adalah seorang yang paling tidak bertanggungjawab. Sekiranya menjadi kesalahan Anwar memiliki Rm3b kenapa beliau tidak didakwa di mahkamah?

Sekiranya Timbalan Presiden UmNo ini mempunyai bukti kenapa beliau tidak mendedahkannya?

Kalau Muhyiddin setakat pengerusi JKKK mungkin siapa pun tak hairan. Tetapi sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya menunjukkan perangai yang tidak matang dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Kalau benar Anwar bersalah pergi dakwa beliau. Nabi pernah bersabda sekiranya Fatimah anak baginda mencuri nescaya beliau juga akan dipotong tangannya. Kita tidak mempertahankan pimpinan jika mereka memeng bersalah. Kita tidak menyokong pemimpin membabi buta.

Kenapa main tuduh-tuduh dalam media? Ataupun itulah sebenarnya standard Muhyiddin.... politik kedai kopi..... ketuk meja dan maki hamun orang lain..... Buat malu orang Johor. Adakah ini orangnya yang akan menjadi perdana menteri selepas Najib?

Thursday, June 14, 2012

Rayuan Sumbangan Dana Bangunan Surau Darul Hidayah Hulu Langat : (19)MAIS/KP/BPM/03-2/002/11-2 Jld.4



Darul Hidayah adalah sebuah perkampungan yang terletak di Batu 16 1/2 Dusun Tua Hulu Langat Selangor. Surau asal perkampungan ini telah dibina pada 1986 hasil sumbangan penduduk kampung dan sumbangan pelbagai pihak. Perkampungan ini mempunyai hampir 200 buah rumah. Lantaran pertumbuhan penduduk yang semakin pesat dan bangunan asal yang semakin dimamah usia maka jawatankuasa bertindak pembinaan semula surau darul hidayah telah dibentuk bagi tujuan pembinaan semula surau ini.

Pembinaan semula telah dimulakan pada bulan Mac 2012 sehingga kini. Bagaimana pun dana bagi tujuan pembinaan ini masih jauh dari mencukupi untuk melengkapkan pembinaan. Jumlah keseluruhan kos pembinaan adalah sebanyak RM1.2 juta.

Sumbangan dari penderma adalah sangat dialu-alukan.

Sumbangan boleh dibuat melalui akaun Bank CIMB : 1210-0004507056 : SURAU DARUL HIDAYAH

Atau boleh hubungi untuk sebarang pertanyaan dan sumbangan :

1) Sdr Sofian Othman : 019-282 7473
2) Sdr Mohamad Jan Sulong : 019-270 4432
3) Hj. Yunus Bahari : 019-228 9221

Para penderma juga dialu-alukan untuk menziarahi lokasi pembinaan.

Terima Kasih atas perhatian semua.

Firman Allah SWT :
"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya dijalan Allah adalah serupa sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai mempunyai seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas kurniaanNya, lagi Maha Mengetahui." (Al Baqarah : 261)



Saturday, June 2, 2012

Pekan Hulu Langat Perlu Perancangan Semula



HULU LANGAT,1 JUN : Menteri Besar telah mengarahkan pihak perancangan negeri untuk mengkaji semula struktur perancangan di Hulu Langat yang kini berdepan dengan beberapa masalah seperti kesesakan jalan raya dan banjir demi memastikan kebajikan dan kualiti kehidupan rakyat terus terjamin.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas Program Aduan Rakyat di Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) Daerah Hulu Langat mengharapkan perancangan yang lebih baik untuk masyarakat di sini diberi perhatian.

“Hulu Langat menghadapi satu keadaan kesesakan oleh kerana perancangan bandarnya dahulu tidak dirangka lebih awal.

“Sekarang perancangan bandar ialah untuk menyelesaikan masalah yang ada iaitu menempatkan rumah atau masalah penempatan yang tidak sesuai yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya dan kepadatan.

” Sebab kepadatan itu sangat tinggi sehingga kualiti hidup masyarakat terjejas,” kata Abdul Khalid.

Sebelum itu,dalam ucapannya, Abdul Khalid berkata Hulu Langat merupakan kawasan sokongan kepada perbandaran di Kuala Lumpur yang memerlukan peruntukan khusus dan perancangan yang lebih rapi dan tersusun.

“Konsep pejabat turun kepada rakyat adalah konsep yang menyatakan bahawa perkhidmatan yang diberikan ialah terus kepada penggunanya bukan pengguna yang mencari orang yang memberikan khidmat,” kata Abdul Khalid di Dewan Datuk Nazir Batu 14 di sini.

Abdul Khalid menjelaskan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat bekerja untuk rakyat dengan memberikan nilai dan khidmat terus kepada rakyat yang lebih mengutamakan pelaksanaan perancangan.

Dalam program itu turut hadir Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor ,pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan negeri yang bersama-sama untuk mendengar aduan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat di Hulu Langat.

Program itu juga turut dihadiri kira-kira 2,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat di sini.