Thursday, June 30, 2011

Bersih 2.0 Akan Gulingkan Kerajaan?

Ketakutan UmNo terhadap Bersih 2.0 semakin terserlah apabila semakin banyak aktiviti provokasi seperti rampasan baju Bersih 2.0 serta tindakkan menahan penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) semakin dipergiatkan. Baru-baru ini Naib Presiden UMNO Hishammuddin Tun Hussein berasa amat penik dengan perkembangan dan sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0, lalu beliau cuba mengharamkan baju Bersih 2.0 pula. Baju Perkasa dan pemuda UmNo kenapa tidak diharamkan? Apa salah baju Bersih 2.0?

Adakah berhimpun secara aman itu adalah satu kesalahan? Adakah semua bentuk perhimpunan tanpa permit di tempat awam dikira berhimpun secara haram? Apakah kenduri kahwin pun dikira perhimpunan haram jika tiada permit? Adakah perhimpunan pasar malam juga dikira berhimpun secara haram di tempat awam? Adakah berhimpun main bola ramai-ramai di padang awam juga perlukan permit?

Pagi ini semakin banyak berita dimuatkan tentang kononnya bantahan orang ramai dan peniaga terhadap perhimpunan Bersih 2.0. Kononnya mereka akan kerugian kerana terpaksa menutup perniagaan pada 9 Julai.

Persoalannya siapa suruh tutup? Kalau semua perniagaan, LRT, bas, taxi, pasar malam, kedai makan, cenderamata dan lain-lain pusat beli-belah di tutup di mana orang ramai-ramai ini nak berbelanja serta makan dan minum? Macam mana orang ramai ini nak masuk KL?

Bersih 2.0 adalah pesta rakyat di mana ratusan ribu rakyat dari seluruh negara datang beramai-ramai ke KL untuk berhimpun. Mereka perlu makan, mereka perlu minum, mereka perlu berbelanja sebagai buah tangan bila balik kampung nanti. Kenapa mereka dihalang dari datang... Kenapa para peniaga nak tutup kedai?

Dengan prospek perniagaan yang amat baik ini kenapa semua orang perlu panik? Peniaga sepatutnya mengalu-alukan program besar ini. Sepatutnya polis meningkatkan keselamatan membantu menjaga ketenteraman awam bagi memastikan tidak ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan bagi mencetuskan provokasi. Polis sepatutnya menjaga lalulintas sepaya bergerak lancar.

Namun ketakutan UmNo terhadap kebangkitan rakyat yang menyokong PR mengatasi segalanyaa. Setelah kegagalan program UmNo menarik orang ramai datang, UmNo mahu memastikan perhimpunan PR juga gagal.

UmNo cuba mengambarkan suasana tidak tenteram serta huru-hara agar segala nama buruk di tempelkan kepada PR. UmNo akan pastikan pada hari tersebut cuma ada lima orang sahaja yang datang KL untuk menyokong Bersih 2.0. Lalu mereka akan berkata di TV, radio, akhbar UmNo dan lain-lain media... tengok Bersih 2.0 tidak dapat sambutan...... tengok sebab Bersih 2.0 peniaga kerugian.... tengok masyarakat ketakutan... tengok........tengok....... dan tengok.......

Adakah rakyat akan terus diperbohohkan oleh satu kelompok manusia yang sedang ketakutan hilang kuasa, pengaruh dan kekayaan......?


Wednesday, June 29, 2011

Kenapa BN Anti@Takut Bersih 2.0?

BN@UmNo ibarat cacing kepanasan bila mendengar tarikh keramat 9 Julai. Luka akibat perhimpunan Bersih 1.0 (10 Nov 2007) menyebabkan 4 negeri (sebenarnya 6 sebab PERAK dirampas semula dan Wilayah Persekutuan sebab perlembagaan) bertukar tampuk pemerintahaan. Kini Bersih 2.0 bakal menjanjikan mimpi ngeri kepada UmNo..... tentunya akan bertambah lagi negeri yang bakal diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Kini program turun padang Najib semakin ke penghujung, beliau tengah berkira-kira untuk mengadakan pilihanraya pada bulan Julai ini. Dalam suasana dan mood rakyat masih belum memihak kepada BN, kini Bersih pula datang tanpa diundang...... menyebabkan Najib semakin resah, sesak nafas dan kepanasan.

Kalau pilihanraya perlu ditunda ke November 2011.... Najib pula perlu merangka rancangan yang lain untuk menyedapkan hati rakyat.... Turun padang lagi ke? Ini bermakna kos baru perlu di rangka untuk program tersebut. Sedangkan kantung kerajaan semakin kering. Najib terus dalam dilema..... Tak kan nak buat satu lagi permohonan belanjawan tambahan sedangkan baru-baru ini pun dah mintak tambahan.

Bermacam-macam kelakuan pelik BN kini jelas dilihat.... terutama komponennya yang bernama UmNo dan proksinya Perkasa yang telah memberi gambaran jelas bahawa mereka semakin gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat menanti tarikh 9 Julai datang semakin hampir.

Kini BN dipaksa berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 dan berharap orang ramai takut dan tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Kini media telah dikerah untuk memberi gambaran yang amat buruk kepada Bersih 2.0. Namun persolannya apakah kasil kempen itu... adakah orang semakin takut kepada Bersih atau orang semakin ingin tahu..... Silap-silap ia menjadi kempen dan iklan percuma kepada Bersih 2.0.

Bersih 2.0 hanyalah program bersembang-sembang dan jalan-jalan keliling KL bersama kawan-kawan sahaja, adakah itu pun salah? Baru-baru ini pun KL ada mengadakan Maraton Standard Chartered iaitu program lari-lari keliling KL beramai-ramai.... Tentunya jalan juga terpaksa ditutup. Apa bezanya dengan Bersih 2.0?

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN diam membisu sahaja. Dalam pada masa yang sama, Pemuda UmNo pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UmNo. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan dan omomg kosong sahaja.

Bila lagi Umno BN mahu jadi anak jantan?

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Datuk Seri Najib Razak diminta membuktikan beliau dan Umno benar-benar anak jantan di dalam pilihan raya umum akan datang. “Pembangkang sudah lama bertarung secara jantan, masalahnya bila pula Umno dan BN hendak bertukar menjadi anak jantan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Sebenarnya, kata beliau Umno BN sudah tidak ada roh perjuangan, ia hanya hidup dengan talian hayat jentera kerajaan.

“Jantan sangatkah Umno dalam pilihan raya, jika kaki dan tangan pembangkang diikat kemudian disuruh berenang,” katanya. Soalnya, macam mana hendak menjadi jantan jika BN menggunakan segala kekuatan media dan polis untuk menyekat maklumat supaya sampai kepada rakyat.

“Suara Keadilan digantung permit, kartun Zunar dirampas, ceramah dikepong, pakai baju kuning ditangkap, apakah ini dikatakan anak jantan?” katanya. Katanya, jika benar Najib anak jantan sila bertarung di padang sama rata.

Tambahnya, biarlah parti melawan parti, bukannya menggunakan jentera kerajaan melawan pembangkang.

Justeru, beliau menyeru supaya dihapuskan undi pos, biar media perdana adil, menggunakan dakwat untuk elak penggundi berulang.

“Kalau perkara ini Najib tidak mampu membuat reform janganlah beliau mendakwa Umno anak jantan,” katanya.

Tuesday, June 28, 2011

Bersih 2.0: Jangan sampai rakyat benci polis

KUALA LUMPUR, 28 Jun: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang. “Atas alasan apa mereka ditangkap dan peruntukan mana yang digunakan (untuk menangkap mereka)?” soal beliau.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini. Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis dan jumlahnya dijangka meningkat ketika Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan polis bahawa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya. Polis, kata beliau seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat.

Mengenai kekhuatiran ramai bahawa akan wujud pertembangan tiga kumpulan yang berhimpun pada 9 Julai ini iaitu Bersih 2.0, Pemuda Umno dan rakan akribnya Perkasa, Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapa tidak di Bersih 2.0?” soal beliau. Beliau turut menyarankan polis untuk mewujudkan buffer zone untuk mengelakkan pertembugan dua kumpulan. “Kalau polis gagal mewujudkan buffer zone maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Are you YELLOW enough?

Monday, June 27, 2011

Unggun Bersih

Sasterawan negara Datuk A Samad Said berkata, siasatan polis yang dijalankan ke atasnya hari ini menunjukkan puisi telahpun menjadi "satu senjata" dan bukan lagi satu hiburan semata-mata. Dalam pada itu, beliau turut menyuarakan rasa sedih ke atas tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atasnya di bawah Akta Hasutan, sedangkan puisinya itu mengandung niat "murni."

"Apa yang saya lakukan ialah merakamkan satu peristiwa di mana saya fikir, untuk memperbaiki suasana, bukan untuk memperburukkan suasana.

"Dalam puisi saya itu memang saya katakan kita sebenarnya perlu mempersuci demokrasi bukan memperkeruhkan atau mencemarinya. "Dalam puisi itu adalah saranan-saranan yang saya fikir amat suci yang sepatutnya dihargai bukan dicurigai," katanya lagi ketika mengulas siasatan bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan itu.

Beliau turut disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis berhubung pengucapan puisinya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu. Tanpa menunjukkan rasa gentar, A Samad turut menepis pandangan bahawa tindakan pihak polis itu akan terus menekan golongan karyawan daripada menyatakan pandangan mereka mengenai perkembangan semasa.

"Barangkali (polis) memberi amaran, tapi itu kalau seorang sasterawan, ini sememangnya lebih mendorongnya, menaikkan semangatnya oleh kerana mereka mulai tahu kesusasteraan mempunyai kuasa juga.

"Saya fikir puisi sekarang sudah diterima sebagai alat berkesan sebagai senjata. Dulu puisi ini untuk menghibur-hiburkan saja, sekarang rupanya puisi sudah mendapat perhatian yang amat luar biasa," katanya lagi ketika ditemui selepas disiasat lebih sejam hari ini di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Siasatan hari ini merupakan tindakan kedua ke atas A Samad selepas tindakan sama dijalankan ke atasnya pada Mac 2009 berhubung dasar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Terdahulu ketika dihubungi Malaysiakini, A Samad berkata ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com.

Ucapan berkenaan antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal. "Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Sunday, June 26, 2011

'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Friday, June 24, 2011

Maruah Dan Harga Diri DS Anwar Dinilai Hanya RM5,500 Sahaja?

Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Thursday, June 23, 2011

Umno 'Berebut' Tanah Sekangkang Kera

Berapa banyak dah TRM (Tanah Rezab Melayu) di Kuala Lumpur telah dikorbankan atas nama pembangunan dan kepentingan ramai atau rakyat (boleh dibaca kepentingan Umno). Berapa pula jumlah yang telah digantikan? Apabila Pudu Jail diroboohkan adakah ianya digunakan untuk menggantikan TRM. Jawapannya jelas tidak.

Kini Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi pula lesap.... adakah TRM mendapat habuan... nampaknya masih tak nampak jalan. Umno buat apa untuk menggantikan tanah-tanah TRM di Kuala Lumpur? Perkasa dah hilang perkasa ke? Konon memperjuangkan hak orang Melayu?

Najib tiada idea yang lebih bernas ke selain daripada membuat perumahan rakyat?

Nampaknya orang Melayu di KL akan terus berharap terhadap mereka yang tidak boleh diharap. Mungkin bila kerajaan pimpinan Umno tumbang baru ada harapan.
____________________________________
Tapak Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi Akan Dibangunkan Dengan Perumahan Rakyat

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Sungai Besi di sini akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemubual di Radio One FM di Seri Pentas di sini pagi Khamis.

Katanya kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Putrajaya Corp untuk membangunkan PRIMA yang berkonsepkan sosial bisnes.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkankan ke Sendayan, Negeri Sembilan. - BERNAMA

“Di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang ketika forum 'Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Tanah seluas 2500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

Idris Ahmad

Karikatur: Utusan enggan minta maaf, Pemuda PAS anjur demo esok

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Utusan Malaysia sebagai “keras kepala” kerana enggan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam ekoran tindakannya menyiarkan karikatur didakwa menghina agama Islam, 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Nasrudin Hasan, pihaknya kesal dengan tindakan akhbar milik Umno itu kerana mengambil pendirian seolah-olah “tidak bersalah” dalam perkara tersebut.

Tegas beliau, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Utusan Malaysia telah tamat kelmarin dan pihaknya akan menganjurkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara esok.

“Sehingga hari ini kita masih belum menerima apa-apa pemohonan maaf daripada Utusan Malaysia dan kita kesal dan kecewa dengan keangkuhan yang ditunjukkan Utusan Malaysia seolah-olah mereka berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

“Melihat tindakan Utusan Malaysia ini saya percaya rakyat boleh menilai bagaimana media ini berperanan dengan mewujudkan banyak kekeliruan sama ada dalam hal agama atau perkauman.

“Oleh itu, kami akan mengadakan demonstrasi di setiap negeri bagi menunjukkan sikap dan pendirian kami dalam hal ini yang mana Utusan Malaysia ini angkuh, degil dan keras kepala,” katanya semalam.

Kata Nasrudin, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS setiap negeri untuk mengadakan demonstrasi esok.

“Kita akan adakan demonstrasi ini selepas solat Jumaat dan saya akan arahkan Dewan Pemuda PAS negeri untuk turun bagi mengatakan pendirian kita.

“Kita tidak akan jumpa lagi Utusan Malaysia, kita telah jalankan tanggungjawab kita... lagipun buang masa sahaja kalau jumpa Utusan Malaysia, mereka tetap begitu,” katanya.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai “Miki.”

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Selain itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa agar Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka.

Pra Himpunan Bersih 2.0

Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai ‘warm up’ (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini. Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Rasional seruan saya ini adalah sebagai ‘warm up’ (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. Selain itu, 2 Julai 2011 sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan ini.

Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Wednesday, June 22, 2011

Hentikan tindakan samseng ugut rakyat

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) beri amaran kepada Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan ahli-ahli pertubuhan itu agar menghentikan tindakan samseng mereka dan ugutan kepada rakyat Malaysia khususnya kalangan bukan Melayu yang mahu menyertai Himpunan Bersih 2.0. Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0 sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara.

DPPM kesal dengan risalah perkauman yang diedarkan Perkasa yang menyebut "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Ini sudah melampau dan jelas satu penghinaan kepada Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan kaum lain. DPPM juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya membeli makanan tambahan untuk disimpan dirumah jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan kerana Perkasa akan lakukan apa sahaja bagi menghentikannya. Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka?

Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman.

DPPM yakin bahawa Perkasa bekerja untuk Umno yang kini terdesak untuk menahan asakan Bersih 2.0. Mereka memperkudakan Ibrahim dan ahli mereka dalam Perkasa untuk mewujudkan suasana huru hara. Perkasa cuba mengumpan supaya pihak Polis membuat tangkap awal termasuk mengunakan akta ISA. Malah mereka cuba mencabar Polis untuk menangkap pemimpin mereka sendiri sebagai korban untuk menunjukan keadilan Polis dalam bertindak, walhal yang mahu membuat huru hara adalah pelampau Perkasa sendiri.

DPPM melihat Perkasa cuba untuk mewujudkan 13 Mei kedua, mereka mahu Operasi Lalang berulang. Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis. Kenapa pihak Polis berdiam bila Perkasa membuat ugutan? Diharapkan Polis tidak menutup mata dan telinga hanya kerana Perkasa melaungkan slogan yang kononnya mahu membantu Menteri Dalam Negeri didalam menghadapi Bersih 2.0.

DPPM memberikan jaminan kepada orang-orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat. Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi. Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung.

Ayuh! semua rakyat, semua anak muda. Jangan hirau, jangan takut pada pelampau Perkasa. Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini.

Riduan Mohd Nor
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tuesday, June 21, 2011

Walk the talk

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Bersih 2.0 menyambut baik kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan perbincangan mengenai pembaharuan pilihan raya tetapi menegaskan sudah terlambat untuk berbincang lagi ekoran penyalahgunaan yang jelas dan ketidakinginan kerajaan untuk memperbaiki sistem sedia ada.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SPR atas pelawaan (mereka) tetapi masa untuk berbincang dan bercakap sudah berlalu,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dalam satu kenyataannya malam tadi.

“Ini ekoran laporan-laporan terbaru mengenai penyalahgunaan yang ketara ketika pilihan raya negeri Sarawak dan menjelang pilihan raya umum (ke-13),” kata beliau.

Bekas presiden Majlis Peguam itu memberitahu SPR ada mengesyorkan beberapa pendekatan dalam pembaharuan dalam pelaksanaan undi pos, tetapi idea-idea itu tidak jauh ke mana pun.

Ambiga juga memberitahu, idea-idea itu mesti dibentangkan di Parlimen untuk dikuatkuasakan. Justeru beliau menggesa agar SPR demi kepentingan awam mendedahkan idea-idea pembaharuan yang mereka syorkan kepada pentadbrian Najib, tetapi telah diketepikan.

Ambiga juga mengecam suruhanjaya itu yang mendakwa bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah badan yang bebas, sedangkan pada masa yang sama ia juga tidak menggambarkan bahawa SPR seharusnya bertindak sebagai agensi yang tidak memihak mana-mana pihak.

“Tidak kisah dari mana syor-syor pembaharuan ini datang, sama ada kerajaan, pembangkang, NGO atau mana-mana warganegara. Mereka seharusnya mempertimbangkan kesemua syor berdasarkan merit,” katanya.

Semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.

“Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai “rubber stamp” atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

“Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin,” katanya.

Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

“Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

“Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama,” katanya.

Monday, June 20, 2011

Anda pelawat yang ke 29,001

Terima kasih di atas sokongan anda semua.....

Negara kebajikan: Buku Hijau pelengkap Buku Jingga Pakatan, kata PAS

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Buku Hijau, yang bakal memperincikan konsep negara berkebajikan PAS, akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga Pakatan Rakyat yang diterima komponen-komponen perikatan itu Disember lalu.

Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 Hari yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Khamis lalu, PAS menubuhkan satu panel khas pelaksana yang akan memperincikan konsep negara berkebajikan dalam bentuk Buku Hijau untuk dijelaskan kepada rakyat negara ini.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Buku Hijau yang akan diedarkan ke seluruh negara dalam masa terdekat tidak bercanggah dengan keputusan bersama Pakatan Rakyat yang diterjemahkan dalam Buku Jingga.

Sebaliknya kata Salahuddin yang juga pengerusi panel khas pelaksana itu, Buku Hijau negara berkebajikan itu akan menjadi pelengkap kepada Buku Jingga.

“Tidak... tidak... ia (Buku Hijau) akan menjadi satu nilai tambah dan ia sama sekali tidak bercanggah dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

“Apa yang ada dalam Buku Jingga itu adalah ciri-ciri penting negara berkebajikan dan Buku Hijau ini akan menjadi pelengkap, gandingan dua buku ini akan memperkukuhkan antara satu sama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, Buku Hijau dirangka supaya rakyat memahami negara berkebajikan yang mahu dibawa parti Islam itu yang mendapat kritikan hebat oleh Umno.

“Kalau kita lihat respons yang diberikan rakyat terhadap Buku Jingga dan negara berkebajikan, ia sangat menarik dan menggamit rasa ingin tahu kandungan konsep itu.

“Jadi apabila buku ini dilancarkan kita berharap rakyat memahami dengan jelas akan konsep negara berkebajikan yang mahu kita bawa,” kata Salahuddin sambil menambah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menerbitkan sebuah buku tentang negara berkebajikan.

“Buku Hijau adalah sinopsis daripada buku yang akan dikeluarkan presiden,” tambah beliau.

Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.

Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Panel khas pelaksana itu turut dianggotai oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat Dr Siti Mariah Mahmud.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata Buku Hijau bertindak sebagai penerangan tentang konsep negara berkebajikan dan ia tidak bercanggah dengan Buku Jingga.

Jelas beliau, segala maklumat dan ciri-ciri negara berkebajikan akan dirumuskan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk dokumen iaitu Buku Hijau.

“Kita kini dalam persiapan untuk menyiapkan buku lengkap tentang konsep negara berkebajikan, apa yang kita bincangkan akan dirumuskan supaya rakyat faham apa matlamat kita.

“Buku Hijau ini tidak bercanggah dengan Buku Jingga kerana ia dokumen yang bersifat pelengkap... Buku Jingga itu adalah tawaran Pakatan Rakyat manakala Buku Hijau ini adalah konsep tapi dalam ruang lingkup yang lebih dasar,” katanya.

Justeru beliau percaya konsep negara berkebajikan akan diterima baik sekiranya rakyat memahami dan jelas tentang dasar itu.

“Buku Hijau ini tidak bercanggah, malah konsep negara berkebajikan ini diterima oleh PKR dan DAP, malah tinjaun di peringkat akar umbi juga baik.

“Setelah buku ini, siap kita akan edarkan kepada masyarakat dan kita harap ia dapat membantu rakyat memahami dengan lebih jelas, sekali lagi Buku Hijau ini akan membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat,” katanya.

Manifesto pilihan raya umum 2008 PAS juga bersandarkan tema negara berkebajikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Selain itu dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi turut mengkritik konsep itu.

Kata SPR Tipu Kenapa PRK PR Boleh Menang Banyak?

Ini adalah soalan favorite orang UmNo. Kalau SPR ini penipu macam mana PR (PAS, Keadilan dan DAP) boleh menang pilihanraya kecil? Jawapannya adalah mudah... tipu boleh buat, namun tipu pun ada hadnya. Silap tipu senjata makan tuan. Namun tipu sikit atau tipu banyak, kita tidak mahu ada penipuan... walaupun satu undi.

Untuk menjawab persoalan ini..... saya ambil perbandingan mudah:

Katalah pengundi sesebuah kawasan itu ada 1000 orang. Katakan 400 orang undi PR, 300 mengundi BN (sorry UmNo tak bertanding). Sementara 300 orang lagi tidak mengundi. UmNo dan SPR boleh buat magic terhadap jumlah 300 orang yang tak mengundi itu. Apa yang UmNo boleh buat tak payahlah saya nak ajar UmNo....

Macam mana pulak PR boleh menang dalam PRK (pilihan raya kecil)?

Apabila pengundi mengundi PR lebih dari 50%. Katalah undi PR 600 sedangkan BN dapat 300 undi. Sementara 100 orang lagi tidak mengundi. UmNo tak mampu buat apa-apa terhadap 100 orang yang tidak mengundi itu. Kalau dicampurkan 300 + 100 pun masih tidak boleh mengatasi undi PR.

Rasanya UmNo dan SPR tak terlalu bodoh cuba menambah 350 undi kepada BN. Kalau tambah juga maka jumlah undi PR kekal 600 dan BN 300+350 maka jadi 650. Adakah ianya menjadikan BN menang dengan majoroti 50 undi? Rasanya SPR tak begitu bodoh kerana mereka sedar jumlah pengundi hanya 1000 orang. Kalau lepas mengundi jumlah kertas undi menjadi 1250 keping maka confirm yang 250 itu hantu raya (hantu pilihanraya).

Kalau orang UmNo tak paham juga maka mereka ini boleh masuk ketegori mangkuk tingkat.

Selamat memBersihkan sistem demokrasi negara. PAS perlukan sekurang-kurangnya menang 60 kerusi diparlimen dan 200 kerusi di DUN untuk membolehkan PAS ganti UmNo. Orang Melayu perlu menyokong PAS.... Melayu sokong PAS maka PAS akan memerintah. Melayu tak sokong PAS... Melayu bakal jadi pembangkang seumur hidup.

Ingat orang lain sudah berubah... kini tinggal orang Melayu sahaja yang masih menunggu seru. Berubah sekarang atau kita akan diubah...

Ku Li: Beza UmNo dulu dengan UmNo Sekarang

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan dalam perbahasannya mengenai keadaan negara dan bagaimana ia menjadi seperti sekarang - berkata perbezaan besar antara pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan dan pengganti mereka ialah 'tanggungjawab generasi' yang dipikul pemimpin sebelumnya.

Dalam ucapannya di New Club di Taiping malam tadi, ahli parlimen Gua Musang itu - yang sejak dua tahun lalu melibatkan diri dalam perbahasan mengenai keadaan tatanegara Malaysia - berkata perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman "melambangkan konsep dan pemikulan tanggungjawab generasi dalam wawasannya."

"Tunku Abdul Rahman dan generasinya adalah pemimpin yang berdedikasi, bukan untuk kuasa tetapi rasa tanggungjawab untuk masakini dan masa depan," tegas Razaleigh.

Menurutnya, mereka tidak menyertai politik kerana wang atau untuk diri sendiri.

Malah, tambahnya, walaupun selepas memegang kuasa, mereka tidak pernah menggunakan kedudukan itu untuk manfaat diri atau keluarga mereka, tidak pula membina kroni setia yang akan bertindak sebagai pembiaya mereka atau memegang kekayaan secara haram yang diperolehi dari keringat rakyat.

Razaleigh berkata Tunku mengisytiharkan pada kemerdekaan pada 1957 bahawa "Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dengan sistem kehakiman yang bebas" dan beliau mempunyai "wawasan sebuah negara yang bahagia walaupun terdapat halangan hebat ekonomi yang kita perlu selesaikan."

Selepas mencapai kemerdekaan, tegasnya, terdapat usaha untuk mencari bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang bahagia, memenuhi keperluan dan aspirasi semua rakyat Malaysia yang berterusan untuk generasi akan datang.

Friday, June 17, 2011

Astro Cekik Darah

Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) menyokong kempen yang dijalankan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk meraih sokongan rakyat bagi memboikot penyedia perkhidmatan televisyen berbayar Astro sebagai membantah kenaikan bayarannya.

Presiden Cassa Dr Jacob George berkata, kempen itu perlu diteruskan memandangkan rakyat pada masa ini telahpun terbeban dengan keadaan ekonomi semasa.

“Apa teladan yang (Astro) tunjuk pada masyarakat? Masyarakat pun (sudah) tertekan dalam keadaan ekonomi sekarang (tapi Astro) faham tentang diri sendiri saja,” katanya lagi.

George mendakwa, Astro juga telah menolak jemputan persatuan berkenaan untuk mengadakan perbincangan dua hala berhubung kenaikan harga itu.

“Apa justifikasi yang (Astro) bagi? (Cassa) minta perbincangan dua hala, (Astro) tidak mahu dengan kita," katanya yang menambah, konglomerat media itu perlu menjelaskan sebab kenaikan harga berkenaan kepada pengguna.

George berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang menyifatkan notis kenaikan bayaran perkhidmatan Astro sebagai tidak sah.

Astro sepatutnya mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Rais yang menegaskan bahawa bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro pada masa ini tidak akan berubah.

Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, George membidas syarikat berkenaan yang didakwanya ingin menambah keuntungan melalui peningkatan harga pakej tetapi tidak menyediakan program terkini.

Beliau turut mendakwa, Astro sering menyiarkan program yang berulang-ulang dan tidak mengambil tindakan sepatutnya walaupun pengguna telah membuat aduan.

“(Kalau) hujan tidak ada liputan Astro, adakah dia bayar (gantirugi)? (Astro) beri teknologi yang tidak dikemaskini. Apa yang semasa? Hanya (maklumat) untuk perkhidmatan yang kita bayar," katanya lagi.

PPIM: Dedahkan perjanjian dengan Astro

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula menyeru kerajaan supaya mendedahkan sama ada tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej televisyen berbayar adalah mengikut perjanjian yang ditetapkan.

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, pengguna perlu diberitahu apakah perkara yang dipersetujui dengan Astro bagi membolehkan pemegang lesen tunggal bagi penyiaran televisyen berbayar itu menaikkan harga perkhidmatannya.

"Sedangkan kadar tol juga perlu dipersetujui oleh kerajaan dalam perjanjian... Kalau kerajaan tidak ambil tindakan serius, kami akan boikot Astro," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berhubung tindakan Astro untuk menaikkan harga bagi pakej perkhidmatannya sehingga RM15 sebulan yang didakwa tidak mesra pengguna.

Sebaliknya, Astro boleh mencontohi langkah kerajaan yang tidak menaikkan harga bahan api demi kepentingan rakyat, kata Tunku Azwil.

Tangguhkan kenaikan

"Jika kerajaan boleh tangguh kenaikan harga, kenapa Astro tidak tunjuk rasa terima kasih kerana dapat monopoli, tangguh kenaikan harga yang ingin dibuat.

"Pulangan daripada yuran langganan saja sudah cukup untuk menampung kos operasi. Apa yang mereka mahu adalah untuk tambah keuntungan, bukan untuk tampung kos operasi," katanya lagi.

Beliau mendakwa, perbelanjaan modal yang dilaburkan oleh Astro sejak mula bersiaran telah habis dibayar malah iklan yang diterima penyiar itu juga telah bertambah.

Jelasnya, perbelanjaan periklanan di Malaysia mengikut AC Nielsen pada tahun 2010 berjumlah lebih RM9 bilion dan stesen televisyen lain hanya mendapat RM2 bilion dari kadar tersebut.

“Stesen televisyen (lain) mengambil lebih kurang 2 bilion yang terpaksa sama-sama dikongsi antara lebih kurang tujuh stesen televisyen,” tambahnya.

Katanya lagi, sebanyak 20 peratus daripada saham Astro pula terdiri daripada saham perseorangan yang juga telah cukup untuk memberi keuntungan.

“Mereka mampu berbuat demikian kerana mereka banyak (saluran),” kata Tunku Azwil.

Kadar periklanan Astro yang rendah, malah serendah kadar untuk iklan radio juga dilihat sebagai satu ancaman kepada stesen televisyen lain, katanya lagi.

Bunuh kadar iklan televisyen

“Kadar periklanan Astro pada hari ini telah membunuh kadar (iklan) televisyen yang juga mengharapkan pulangan semata-mata dari periklanan.

"(Astro) dengan sendirinya, dengan perlahan-lahan akan membunuh stesen yang lain,” katanya.

Ketika ditanya, Tunku Azwil mengakui bahawa perkhidmatan yang disediakan itu bukanlah keperluan utama bagi pengguna seperti bekalan air dan elektrik.

"(Kalau) tak ada Astro, (pengguna) tak mati pun. Bukanlah pengguna tak ada hiburan.

"Tapi (kita bantah) kerana pengguna tak mahu dipergunakan untuk belanja berlebihan untuk dapatkan sedikit hiburan," katanya lagi.

Sehubungan itu, PPIM turut melancarkan satu kempen bagi membantah kenaikan bayaran Astro. Kempen tersebut bermula hari ini di laman web persatuan itu.

“Kami akan ambil tindakan boikot Astro. Kami akan guna kempen 'No to Astro,” kata seorang lagi wakil PPIM, Mustafa Hamzah.

Tambahnya, persatuan itu juga mendakwa telah menerima "ribuan" aduan dari pengguna yang tidak berpuas hati dengan sistem perkhidmatan Astro.

Thursday, June 16, 2011

Bersih 2.0

Hari ini headline akhbar memaparkan bahawa Polis akan bertindak jika Perkasa, Bersih dan mana-mana kumpulan yang akan menyertai perhimpunan Bersin 2.0 di ibu negara pada 9 Julai depan.

Realitinya apabila perserta perhimpunan tidak ramai semua media UmNo akan kata Bersih tidak sambutan, Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi mendapat sokong dan lain-lain label bagi tujuan menghina Bersih ataupun mana-mana gerakan yang dilihat pro PR. Media bebal ini akan terus mencari jalan untuk memburuk-burukkan PR.... dengan harapan rakyat melihat BN dapat sokongan dan PR tidak.

Semua maklum dan BN sendiri sedar bahawa mereka tidak mendapat sambutan. BN terpaksa mengangkut seluruh kakitangan kerajaan dan artis bagi memastikan program yang diadakan oleh BN nampak ramai pengunjung. Namun hakikatnya BN sedar bahawa itu semua adalah lakonan.

Satu tamparan dan penghinaan besar kepada BN sekiranya Bersin 2.0 berjaya menghimpunkan 500 ribu peserta untuk perhimpunan kali ini.

Kenapa nak kecoh pasal tutup jalan? Bukankah KL pun selalu tutup jalan? Setiap hari Sabtu jalan di hadapan Dataran Merdeka ditutup.... ada siapa kisah? Creterium KL LTDL, F1 Showcase, Perarakan Citra Warna, Thaipusam..... dll. Ini tidak termasuk banjir kilat dan SMART Tunnel yang kerap ditutup setiap kali hujan lebat.

Baru-baru ini BN buat perhimpuna 1 juta belia yang tak satu juta itu pun mereka tutup jalan.... Ada orang Putrajaya mengamuk sebab tak boleh lalu jalan di hadapan Istana Keadilan? Kalau tutup jalan adalah satu kesalahan, lepas ini saya cadangkan kita buat laporan polis setiap kali kerajaan buat program yang melibatkan penutupan tutup jalan.... Baru adil.

Bodoh tak bolah diajar.... cerdik tak boleh diikut.

Jalan di tutup di KL adalah perkara biasa. Apa yang luar biasa adalah apabila Polis berkerja untuk UmNo. Namun ia adalah perkara biasa. Baru-baru ini polis dikerah di Ampang semata-mata keraja Najib merasmikan bangunan UmNo? Apa kena mengena program UmNo dengan Polis? Nak kata PM merasmikan bangunan UmNo.... Lepas ni PAS bolehlah panggil PM merasmikan bangunan PASTI... Amacam? Panggil sekali Shahrizat....

Tak payahlah memperbodohkan rakyat.... Bersih 2.0 tidak perlu jika pilihanraya di Malaysia ini Bersih dan Adil. Namun demi memastikan kelangsungan kerajaan BN pilihanraya serabut dan akibatnya rakyat turun ke jalan membuat bantahan.

Nak pulihkan sistem dan proses pilihanraya yang bersuh dan adil atau kami tuntut di jalan raya?

RON97 turun 10 sen, kali pertama sejak harganya diapung


KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter. Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

Menurut trend harga minyak mentah dunia, harga minyak telah turun sejak sebulan yang lalu dan berlegar disekitar USD100 setong.

Namun apa yang pasti, kesan kenaikan harga barang disebabkan kenaikkan harga minyak tidak akan dapat dipulihkan. Harga barang yang naik sebelum ini pasti tidak akan turun dengan penurunan harga RON 97 ini. Nampaknya kerajaan telah gagal mengawal kenaikkan harga barang.

Tuesday, June 14, 2011

PAS tolak negara Islam atau tidak?

13 JUN — Perwakilan PAS telah memilih ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS pusat yang baru untuk penggal 2011-2013. Majoriti pasukan ini terdiri daripada golongan profesional (jurutera, doktor dan sebagainya). Mereka merupakan ahli-ahli PAS yang bukan berkelulusan agama atau berpangkatkan ulama.

Ekoran ini, sesetengah pihak mendakwa bahawa parti PAS sudah menggadaikan agama Islam. Mereka kononnya kecewa bahawa PAS telah mengkhianati cita-cita parti untuk membentuk sebuah negara Islam kerana PAS mengenengahkan konsep “negara berkebajikan”.

Paling ketara melemparkan kritikan ini tanpa sebarang bukti ialah Ibrahim Ali, presiden Perkasa dan Mahathir Mohamad, maskot persatuan tersebut.

Seperti kedua-dua pemimpin tersebut, rakyat Malaysia pun mungkin keliru tentang kedudukan PAS berhubung cita-cita melaksanakan negara Islam.

Rencana ini bertujuan menjawab soalan “sama ada PAS sudah benar-benar menyeleweng dari dasar Islam dan matlamat negara Islam, atau sebaliknya”.

A. Adakah perlembagaan PAS menolak Islam dan cita-cita menubuhkan negara Islam?

PAS tidak boleh lari daripada asas dan matlamat parti seperti yang terkandung di dalam perlembagaan parti. Oleh itu kita perlu meninjau dan memahami sedikit kandungan perlembagaan PAS.

“Dasar”, “tujuan-tujuan” dan “usaha-usaha” PAS adalah tersenarai seperti di dalam Fasal-fasal 3 hingga 6 perlembagaannya. Fasal-fasal inilah yang merangkumi asas dan matlamat PAS. Jika diteliti, ketiga-tiga perkara ini tidak berubah; semuanya tetap sama seperti dahulu.

Misalnya, dasar PAS masih tercatat sebagai “Islam”. Tidak pun dipinda kepada “Kebajikan” ataupun “Melayu”. Dua tujuan parti PAS masih ialah perjuangan untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang menurut nilai-nilai hidup Islam, serta mempertahankan kesucian Islam.

Usaha-usaha parti pula menghuraikan langkah-langkah yang akan diambil oleh PAS untuk mencapai tujuan-tujuan parti. Di antara usaha-usaha utama PAS ialah untuk mendakwah kepada semua “umat manusia” (dengan menitikberatkan bukan Muslim), menjadikan Islam “sebagai panduan berpolitik dan bernegara”, dan “memperkenalkan nilai-nilai keIslaman” dalam usaha menegakkan keadilan dan membawa kemajuan ke dalam semua bidang termasuk “pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi, sosial, serta pelajaran dan pendidikan”. Menurut Fasal 7 yang berhubung Hukum dan Kekuasaan pula, hukum tertinggi PAS ialah Al-Quran dan Sunnah, dan kekuasaan PAS yang dipegang oleh muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut.

Secara ringkasnya, kesemua yang disebutkan di atas merupakan rangka dan rancangan-rancangan penting dalam membentuk sebuah negara Islam.

Jalan untuk meminda atau membatalkan dasar, tujuan-tujuan dan usaha-usaha PAS bukanlah mudah. Menurut Fasal 86, cadangan pindaan perlu dikemukakan oleh ahli parti kepada setiausaha agung parti, dan jika terima, persetujuan dua pertiga (66.7 peratus) suara yang hadir di dalam muktamar tahunan PAS diperlukan untuk meluluskan sebarang pindaan. Hasrat mana-mana ahli profesional jawatankuasa kerja pusat untuk membatalkan mana-mana fasal perlembagaan PAS yang berkenaan dengan Islam pasti akan dimatikan oleh perwakilan PAS. Tambahan, masa depan politik ahli profesional itu bersama-sama dengan puak profesional secara amnya juga mungkin terkubur.

B. Majlis syura ulama lebih berkuasa daripada jawatankuasa kerja pusat

Majlis syura ulama PAS ialah badan yang tertinggi di dalam hierarki kuasa PAS. Jawatankuasa kerja pusat, termasuk presiden dan timbalan presidennya, terletak pada peringkat yang kedua. Pada peringkat seterusnya ialah Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat (wanita).

Berbeza daripada jawatankuasa kerja pusat, majlis syura lazimnya diwakili 100 peratus oleh para ulama (Fasal 8(3)). Puak profesional tidak berpeluang untuk menguasai badan ini, apatah lagi menganggotainya.

Ahli-ahli majlis syura dipilih dan dilantik tidak lebih daripada lima orang oleh majlis syura ulama sendiri; empat orang oleh jawatankuasa kerja ulama pusat; empat lagi oleh jawatankuasa kerja pusat; dan dua masing-masing oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS (Fasal 8(4)).

Perhatikan bahawa pemilihan ahli-ahli majlis syura bukan melalui pertandingan demokratik sepertimana ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih oleh ahli-ahli PAS di muktamar. Namun majlis syuralah yang mengawal halatuju jawatankuasa kerja pusat dan PAS seluruhnya. Juga, lebih daripada 50 peratus daripada ulama di dalam majlis syura dipilih oleh golongan ulama sendiri (sembilan ahli daripada 17 ahlinya dipilih oleh majlis syura dan jawatankuasa ulama pusat). Dominasi golongan ulama cukup kuat di dalam PAS walaupun jika jawatankuasa kerja PAS pusat dikuasai 100 peratus oleh puak profesional.

Penguasaan kepimpinan ulama diperkukuhkan lagi oleh peranan majlis syura. Antara tugas utama majlis syura ulama ialah untuk ‘menjamin’ kekuasaan PAS tidak terkeluar daripada mematuhi hukum tertinggi iaitu Al-Quran dan Sunnah, dan muktamar tahunan adalah tertakluk kepada hukum itu (Fasal 8(1a)).

Majlis syura juga bertanggungjawab mengeluarkan perintah supaya dasar Islam PAS dan peruntukan yang berkenaan dengannya (seperti tujuan-tujuan dan usaha-usaha parti) “dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS”, dan majlis syura perlu ‘mengawasi’ supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam perlembagaan “dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS” (Fasal 8(1b)).

Dalam erti kata lain, majlis syura tidak akan membenarkan jawatankuasa kerja pusat menyimpang daripada dasar dan tujuan-tujuan parti seperti penubuhan negara Islam walaupun sejengkal. Dengan itu, soal puak profesional menidakkan atau melawan matlamat negara Islam tidak timbul sama sekali. Mereka perlu melangkah mayat majlis syura dahulu.

Mampukah Nik Aziz menutup mata kepada peminggiran matlamat negara Islam? Tidak mungkin. Menurut perlembagaan PAS Fasal 9(1c), tugas Mursyidul Am ialah untuk “mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi mengawasi dan memelihara perlembagaan, dasar dan hukum PAS dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS”.

Apakah pendirian Mat Sabu — yang memenangi kerusi timbalan presiden PAS baru-baru ini — mengenai hal ini? Mengikut temuramah akhbar, beliau “terus mendokong konsep kepimpinan ulama” dan berpendapat bahawa “Majlis syura perlu diperkukuhkan agar PAS tidak terkeluar daripada dasar perjuangan Islam”. Jelas bahawa Mat Sabu bukan ancaman kepada aspirasi negara Islam.

C. Kesimpulan

1. Nik Aziz, presiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presidennya Mat Sabu atau mana-mana ahli jawatankuasa kerja PAS pusat tidak pernah menolak atau menafikan harapan PAS untuk menubuhkan satu negara Islam suatu hari kelak.

2. Konsep “negara berkebajikan” yang diwar-warkan PAS ialah satu dasar sosio-ekonomi semata-mata yang tidak bercanggah dengan ataupun membatalkan matlamat utama mewujudkan sebuah negara Islam.

3. Ibrahim Ali, Mahathir Mohamad dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain tidak perlu gelisah tentang halatuju PAS. Ini selagi majlis syura PAS yang menjadi nadi cita-cita negara Islam masih wujud dan tidak dibubarkan. Jawatankuasa kerja pusat hanya melaksanakan kehendak parti dan wajib mematuhi semangat perlembagaan parti.

4. Konsep “negara berkebajikan” dan pemilihan puak profesional ke dalam jawatankuasa kerja pusat lebih merupakan satu strategi PAS untuk memancing undi kelompok bukan Muslim dan Muslim golongan sederhana yang was-was terhadap “pengIslaman” Malaysia yang radikal atau menyeluruh.

5. PAS amat sedar bahawa negara Islam perlu dilaksanakan dengan lembut dan perlahan agar tidak ditentang masyarakat Malaysia yang tidak mendokong sebuah negara Malaysia yang berlandaskan Islam teokratik (yang tidak sejajar dengan semangat perlembagaan persekutuan Malaysia).

6. Tidak ada konflik langsung di antara golongan profesional dengan fahaman “kepimpinan ulama”. Bezanya hanya dari segi pendekatan, iaitu sebahagian daripada golongan ulama lebih cenderung berpakat dengan Umno untuk mendapatkan kuasa manakala puak profesional berpegang bahawa PAS perlu menolak pinangan Umno dan mengalahkan Umno untuk merampas tampuk kuasa.

7. Para pemimpin Umno yang kononnya melahirkan rasa dukacita terhadap slogan “negara berkebajikan” PAS sebenarnya takut dengan pendekatan golongan profesional yang lebih agresif dan menolak usaha “perpaduan” Melayu-Islam yang dipelopori Umno. Mereka berasa bimbang hilang undi jika penyokong Melayu atau bumiputera Umno lebih teruja dengan PAS yang ‘berimej lembut’ dan Pakatan Rakyat secara amnya.

Belanja RM27m untuk Najib umum pertahan Putrajaya dihadapan belia.....

RM27juta dikatakan hasil dari penajaan. Siapa pula yang menaja dan apa manfaat yang kerajaan tawarkan kepada penaja? Pengecualian cukai? Kontrak? Faedah lain2......
______________________________________________
RM27m spent on Million Youths meet

KUALA LUMPUR, June 13 — Putrajaya said today it spent a total of RM27 million for the Million Youths Assembly held last month, 18 times the initial RM1.5 million budget for the National Youth Day event.

Youth And Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek stressed today that the government did not use any “additional expenditure” for the event, and said a “large” amount of the RM27 million was obtained via sponsorship from the private sector.

“The allocation which was prepared by the government to carry out the National Youth Day amounted to RM1.5 million. However, the total costs amounted to RM27 million, where most of it was obtained via sponsorship from the private sector,” Ahmad Shabery said in a reply to Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang-PAS).

The Million Youth Assembly, held from May 27 to May 29 was aimed at providing a platform for youths to “showcase their talents and interests through over 200 programmes” as well as highlighting job opportunities through a Job Fair.

Today, Ahmad Shabery said the gathering was a “success”, based on the number of youths who had reportedly attended the event in Putrajaya.

During the assembly, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had called on youths to “defend Putrajaya” from the opposition if they wished to see Malaysia transformed into a developed country.

His deputy, Tan Sri Muhyiddin Yassin, had told reporters that the total visitors to the assembly surpassed the one million mark.

Akhbar mengarut, bila PAS ubah dasar

KOTA BHARU, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengubah dasar dalam perjuangannya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini.

Menurutnya, apa yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar baru-baru ini berhubung Negara Berkebajikan, adalah sebahagian intipati perjuangan parti Islam itu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak yang mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada perjuangannya sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.

Ahl Majlis Tertingg Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PAS wajar menggugurkan perkataan Islam takut masyarakat keliru, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan nama Islam kerana PAS telah memperalatkan agama.

Ketika ditemui di kediamannya Pulau Melaka sebentar tadi, Tuan Guru Nk Abdul Aziz yang Menter Besar Kelantan berkata konsep yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan, berpandukan ajaran Islam serta nas yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai modelnya.

Ketika hijrah Rasulullah mendapat mimpi dari Allah, suatu hari nanti baginda akan memasuki Kota Makkah yang ketika itu masih kekal dengan pegangan ajaran nenek moyang mereka.

“Sewaktu baginda dan para sahabat dalam perjalanan ke Makkah, baginda disekat oleh pembesar Makkah ketika itu. Walaupun usaha baginda untuk melakukan umrah di baitullah tidak dibenarkan, namun bertolak dari situ wujudnya perjanjian di Hudaibiyah.

“Perjanjian yang memulakan tulisan perjanjian itu dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim… kemudiannya digantikan dengan ‘Bismikallahumma…dilakukan semata-mata kerana sikap lunak baginda sendiri di samping berpandangan jauh tentang Islam pada masa akan datang walaupun ianya berat sebelah,” ujar Tuan Guru lagi.

Tegasnya, di mana salahnya Presiden PAS menyebut negara berkebajikan, ianya bukan dasar kerana dasar perjuangan PAS tetap mendaulatkan Islam.

“Dalam surat khabar harian selalu menyebut PAS ubah dasar, bila PAS ubah dasar?

“Akhbar ni mengarut dan menyusahkan orang dan bukannya nak menyenangkan hati orang,” ujarnya.

Sambungnya lagi, beliau difahamkan Mohd Puad aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), sebaiknya menasihati perjuangan Umno agar kembali pada Islam dan bukannya PAS yang sudah memperjuangkannya.

“Yang tak setuju cara pentadbiran Islam orang Yahudi dan Nasrani saja, malah ulama Umno sebelum ini yang tidak suka pada dasar Umno sendiri telah keluar Umno dan tubuh PAS pada tahun 1951.

“Kami ni hanya meneruskan perjuangan ulama Umno terdahulu yang keluar parti menubuhkan PAS semata-mata tidak sukakan dasar yang Umno bawa,” ujarnya lagi.

Beliau juga turut membayangkan PAS akan menjadi Parti Islam Sedunia suatu ketika nanti bukan hanya di negara ini.

Monday, June 13, 2011

Santai bersama Aris Ariwatan Di Nanding

Buat pertama kalinya PAS mengadakan program santai di Tapak Pasar Malam di Taman Sri Nanding. Kali ini artis terkenal satu ketika dahulu iaitu Aris Ariwatan menghiburkan hadirin dengan lagu-lagu evergreen beliau. Pak Long tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Disamping berhibur tidak lupa akan pengisian untuk mengisi rohani hadirin yang kebanyakkannya terdiri dari anak-anak muda. Ceramah ringkas disampaikan oleh Ustaz Tazli.

Semoga program-program seperti ini dapat merapatkan anak muda dengan PAS.... namun yang lebih penting menyampaikan maklumat, peringatan dan pesanan kepada anak-anak muda supaya menghindarkan diri dari aktiviti-aktiviti negatif dan tidak sihat.

Sunday, June 12, 2011

ADAKAH DS NAJIB DAH BATALKAN SURAT INI ?

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

Apabila UmNo Mula Merapu....

Sekonyong-konyong UmNo yang terkenal dengan parti yang tidak minat dan tidak suka orang Melayu cenderung dan faham tentang Islam tiba-tiba bercakap macam 'Tok Alim'. Selama ini dalam kamus UmNo orang yang cenderung dengan Islam adalah penyokong PAS, namun tiba-tiba seluruh kepimpinan UmNo bercakap tentang perjuangan Islam dan negara Islam termasuklah Che Det. Sebelum ini UmNolah yang menyekat segala bentuk penyampaian dakwah, bantuan sekolah agama, ceramah dan tazkirah.....

Tetapi sejauh mana UmNo memperjuangkan Islam ini? Lihatlah suasana anak muda kini.... sesak dengan masalah sosial yang membarah. Puncanya ialah pengetahuan dan kefahaman Islam yang ala kadar.... jangan tidak ada sahaja. Sekarang UmNo cakap pandai pasal agama.

Di Hulu Langat ini sekolah kebangsaan pun tak cukup kelas.... sekolah menengah kebangsaan dah masuk tahap sardin.... Nak hantar anak ke sekolah menengah agama kena berebut dan bergaduh nak dapatkan tempat. Bagi UmNo belajar agama adalah satu pilihan bukannya kewajiban. Memang betulah UmNo tak suka orang Melayu belajar agama.

Inikah yang UmNo@Najib kata UmNo telah lama melaksanakan negara berkebajikan?

Sampai bila UmNo hendak memperbodohkan rakyat. UmNo sebagai ketua kerajaan perlulah mengkaji semula sistem pendidikan orang Melayu. Orang Melayu perlukan agama untuk membimbing mereka, perlukan masyarakat yang dekat dengan agama supaya generasi muda dapat hidup dalam persekitaran yang baik.

Betul kata orang tua-tua melentur buluh biar dari rebung. Masa anak-anak kecik inilah mereka perlu dididik dengan akhlak yang mulia iaitu akhlak Islam. Tetapi kalau pendidikan Islam hanya jangan tidak.... inilah akibatnya..... Anak-anak muda Melayu ramai yang terjebak dengan salah guna dadah, minum arak, pergaulan bebas, zina, mengandung luar nikah, buang bayi..... you name it...

Bila kita kata UmNo bodoh, penyokong UmNo marah... tapi kalau kita tak marah kat UmNo nak marah kat siapa lagi? Bukankah Malaysia ini ditadbir oleh orang UmNo. Segala baik dan buruk UmNo kenalah tanggung. Kalau tak nak tanggung jangan jadi pemerintah.... Berhenti, bagi PAS pulak tadbir Putrajaya.

Friday, June 10, 2011

PAS: Tiada yang bankrap selepas demo

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal

Exco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

Khutbah Jumaat : Jenayah qazaf

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Ketika isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum “sejuk”, hari ini khutbah Jumaat rasmi negeri Selangor mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

“Mimbar hari ini berasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

“Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hari ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, dipercayai merujuk kepada rakaman video seks yang didedahkan “Datuk T” pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir Ahad lalu juga meluluskan usul berkaitan tindakan fitnah itu.

Kata khutbah itu, sekiranya fitnah dilakukan ia boleh mendatangkan pertuduhan qazaf terhadap seseorang melakukan perbuatan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil.

“Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

“Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah,” katanya.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk sayap pemuda PKR telah memfailkan aduan qazaf kepada ketiga-tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya.

Bagaimanapun tegas khutbah itu, pembuktian melalui cara bersumpah termasuk sumpah laknat adalah tidak relevan selain tidak menepati kehendak syarat.

“Termasuk dalam kategori ini mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka dalam pelbagai bentuk dengan niat menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf.

“Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa, boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikan mengikut ketetapan syarak,” katanya.

Jelas khutbah Jumaat itu, fitnah yang dilemparkan termasuk dipaparkan melalui media akan menjatuhkan imej tertuduh.

“Lebih memburukkan keadaan apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh.

“Pemfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat,” katanya.

Kata khutbah itu, sesiapa yang terlibat dalam jenayah qazaf telah melakukan perbuatan haram dan ia termasuk dalam tujuh jenis dosa besar.

“Oleh itu, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut syariat Islam iaitu secara fizikal boleh dikenakan 80 sebatan, dari segi moral akan hilang kelayakan menjadi saksi selama-lamanya dalam semua perkara termasuk saksi perkahwinan.

“Dan, dari segi agama mereka ini tergolong sebagai orang yang fasik (pendusta),” katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan Islam yang menurut kehendak syarak.

“Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.

“Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini, kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak,” katanya.

'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'

PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.

Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno.

"Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami.

"Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap (Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.

"Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.

ADUN, exco tak boleh pohon tanah

"Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990.

Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.

"Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

"Setengah bercakap kalau PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP."

Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan.

Berebut untuk dapat 'Datuk'

Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.

"Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk.

"Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya.

Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya.

"Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali.