Saturday, September 1, 2007

Bulan Penerangan PAS Hulu Langat & MTD Dusun Tua

Malam merdeka selamat ditempuhi dengan MTD Dusun Tua mengakhiri siri pengisian Bulan Penerangan untuk bulan Ogos 2007 dengan jayanya insya Allah. Sambutan malam merdeka peringkat DUN Dusun Tua mengadakan sedikit kelainan dalam penganjuran program bersama penduduk setempat berbanding pihak-pihak lain. Tepat jam 9.30 malam bertempat di Taman Pinggiran Delima agenda program malam merdeka diisi dengan program ceramah ala-ala santai dengan dibarisi penceramah jemputan iaitu al-Fadhil Ustaz Solehin Mokhyi Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor dan Puan Hajjah Rahainah Ketua Dewan Muslimat PAS Ampang.

Program ceramah lebih bertumpu kepada sembang-sembang isu sejarah kemerdekaan dan perkembangan negara dalam menempuh 50 tahun usia bebas dari penjajah Inggeris. Program ceramah hanya sekadar jam 11 malam sahaja sebelum ditangguhkan untuk pengisian yang lebih penting.

Atas sokongan Lujnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Hulu Langat dan kerjasama jitu dari AJK MTD dan HELWA MTD, rombongan ekspedisi dakwah telah dijalankan dengan berbekalkan hampir 6 ribu keping risalah yang menjadi buah tangan dan bekalan para Da'i dan petugas untuk bersama-sama berkongsi maklumat kepada rakyat dalam usaha untuk memberikan maklumat yang tepat, mendekati masyarakat dan mengajak kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Alhamdulillah seperti 2-3 tahun yang lalu program ini terus diberikan sokongan yang baik dari seluruh Mad'u ( rakyat dan pengunjung) bahkan salam, senyuman dan sapaan para petugas disambut baik oleh para mad'u. Program berakhir jam 2 pagi dengan jayanya.

Kepada Allah doa dipohon semoga masyarakat DUN Dusun Tua khasnya mendapat hidayah kebenaran dan terbuka hati untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihanraya umum akan datang sekaligus bersama-sama memperbaiki nasib hidup yang semakin terhimpit setelah 50 tahun mencapai kemerdekaan yang sebenarnya hanya menguntungkan golongan tertentu sahaja.